Monday, June 29, 2015

Ramadhan Day 3

maafkan saya, diari ni bertangguh seminggu lamanya. sebab utama, malas. sebab kedua, i feel singkat sungguh hari-hari di sini. dan tiada mood. 

ok, sambung hari ke-3 ramadhan di sini. duk berharap sangat ada majlis iftar untuk hari ke-3 ni. teraweeh malam ketiga juga dirumah. tak terasa nak buat dimasjid. rutin yang biasa. lepas terawih buat tilawah satu juzu. dan setiap malam buat rutin ni juga baca al-mulk sebelum tidur.

sebab kena marah dengan doktor, x jaga waktu tidur. dan ada masalah nak lelap. ada juga nasihat seperti amik nafas dalam dan hembus. amalkan juga yang ini. tapi bila baca al-mulk memang alhamdulillah dapat tidur dengan tenang. dan elok-elok dapat bangun sahur.

ramadhan kali ini juga target untuk qiyam untuk malam-malam ganjil untuk 10 hari terawal ni. jadi bangun awal buat tahajud. kemudian sahur. sahur makan cereal sebab nak habiskan susu. ha-ha. susu tu ada expired lepas bukak. kena habis dalam tempoh 7 tujuh hari. banding malaysia lagi dahsyat. 3 hari dah kena habiskan.

lepas subuh masih dengan rutin. sebab tak nak tidur lepas subuh, tengok ceramah ramadhan. lepas tu terjebak dengan al-khawater. sambil-sambil nak panaskan bahasa arab yang macam dah dilupakan.

lepas zohor, sambung dengar bacaan Sheikh Mahmoud al-Husayry surah al-baqarah. tapi 15 minit sahaja dengar. bacaan sheikh ni memang best tapi sebab jelas dan satu persatu dan memang lama. alhamdulillah boleh tahan 15 minit tu. lepas mengantuk amat. tidur sampai ke asar.

sedar-sedar bila ada ketuk pintu. teman serumah maklum ada orang ajak bukak puasa. apa lagi, bangkit dan solat asar. siap tunggu orang datang ambil. memang dihati tak nak masak.

berbuka di sebuah rumah dinamakan Castle or MH. MH untuk apa, x igt. rumah akhwat. sampai-sampai mereka sedang buat karipap. dan-dan waktu juga dah masuk waktu. menu berbuka rendang ayam. ok la.

maghrib bersama.

Saturday, June 20, 2015

Ramadhan Day 2

malam ke-2 terawih hanya di rumah. lpas iftar, solat maghrib rasa letih. tidur tak sempat tunggu isya'.

pkul 3 tersedar, bangkit solat isya' dan terawih. sambil nak tunggu sahur, sempat habiskan juzu' 30.

untuk hari ke-2 puasa, alhamdulillah masih dapat bangkit sahur. menu sahur hari ke-2 buat lain sikit. he-he. macam kalau di rumah, umi selalunya masak roti telur. tak pun nasi goreng udang sayur brokoli. berserta air coklat panas. sama macam hari pertama sahur berseorangan juga. si teman rumah sahur awal. adapun diri ini suka lewatkan sahur. lambatkan sahur mudah terus boleh buat subuh sekali. ha-ha.

selesai subuh, untuk elak tidur selepas subuh. sebelum ramadhan dah buat tapi masih tak konsisten. sambung al-mathurat dan al-waqiah. ada juga waktu tertentu, selepas al-waqiah memang sambung tidur. kalau mengantuk sangat lah. hu-hu. payah dok nak buat benda baik ni.

ramadhan ni, lepas al-waqiah sambung tilawah satu juzu. tapi hari ke-2, bukak youtube cari tazkirah ramadhan. sebelum ramadhan tak da persiapan. sementara ada waktu santai begini, ambillah masa. adalah satu jam. hari pertama ada layan the return of superman, tapi sebabkan banyak scene makan, menambahkan kelaparan maka aktviti tersebut dibubarkan di dalam ramadhan ini.

nak feel ramadhan lagi dan nak perbetulkan bacaan lagi, cari mp3 al-quran. kali ini, bukan dengar sahaja tapi sambil bukak al-quran sekali. mulakan dengan al-baqarah dari muhammad taha al-junayd.  memang al-baqarah nak habis satu surah amik masa 2 jam. tapi yang terjumpa yg cut bacaannya. kiranya tak menyeluruh.

rindu malaysia, ramadhan di malaysia. akhirnya mengalah dengan bukak tonton,com.my. cari drama ramadhan. ha-ha.

lepas zohor, sebab hari jumaat, habiskan al-kahfi dulu. asar baru habis juzu' satu.

persiapan untuk berbuka, ringkas sahaja. sebab hari pertama dah masak lebih. jadi hari kedua makan lauk semalam lah. tambah telur dadar capsicum. he-he. tapi juga bersendirian. sedih betul. tinggal berdua tapi makan sorang. si teman makan dalam bilik. selepas saya masuk bilik, baru dia keluar masak untuk berbuka.

kalau tahun lepas, sepanjang ramadhan memang sibuk bekerja. jadi nak dekat waktu berbuka, singgah masjid sahaja. sorang juga tapi orang ramai. seronok. kat sini, setakat ini tiada lagi majlis iftar sana sini. suram sahaja suasananya. di malaysia, sebelum ramadhan dan ada senarai program sempena ramadhan. dan di sini, hanyalah ramadhan fardhi.

sebut fardhi ni, banyaklah pula post pasal terawih bersendirian. witir dan sebagainya. setiap kali ramahdan ada sahaja ilmu barunya kan. jadi, mungkin tahun ini ALLAH nak bagi peluang untuk diri ini istiqamah terawih bersendirian.

ayat pujuk hati, hey khaulah. baru dua hari ramadhan. maka, tarik senyum sahajalah.

dan juga, baru faham hikmah sunat melambatkan sahur dan mempercepatkan berbuka.  sebab lambatkan sahur supaya bila dah masuk waktu terus tunaikan solat subuh. dan cepatkan berbuka supaya dapat tunaikan maghrib. waktu maghrib kan pendek. dua solat ini juga ramai yang abaikan dua waktu ini. hikmah terawih itu sendiri, mesti selepas isya. mengajak kita untuk istiqamah untuk tunaikan rukun islam yang ke-2 ini.

tapi kalau masih ada yang tak nak solat alangkah ruginya mereka.


semoga istiqamah dengan targetnya.

untuk hari kedua. terlupa untuk satu hari ayat. inshaALLAh hari ke-3 ada.

Friday, June 19, 2015

ramadhan day 1

selepas maghrib, ada seorang teman ajak terawih di masjid.

sebelum ini, bila bertanya suasan ramadhan disini. jawabnya solat terawih jemaah di masjid sangat terhad kerana ruang yang terhad untuk wanita. di sini tak banyak masjid. biasanya iftar di masjid, maghrib sekali kemudian balik.

namun, malam pertama terawih mereka mengajak terawih berjemaah di masjid. dekat Wallsend. Alhamdulillah, syukur dapat terawih bersama. solat 8 rakaat dan witir. cara witir di sini berbeza di malaysia.

selesai terawih ada pengumuman tentang aktiviti ramadhan di situ. ada pertandingan. ada tawaran menarik. berkobar-kobar sang gadis kecil ini untuk menyertainya. ha-ha. soalan kuiz juga menarik. dan 3 pusingan. ho-ho. sepertimana ada 3 peringkat ramadhan. he-he.

balik. tidur awal sebab nak bersahur. bangkit sahur awal juga. sempat qiyam. tapi malangnya, tiada kurma. ganti coklat cadbury sebagai manisan. sahur di sini tiada masalah sebab di malaysia pun sahur dengan cereal juga. cuma, suasan bersahur bersama keluarga tidak dirasakan disini. walaupun ada teman serumah tapi masing-masing dengan cara sendiri.

begitu juga dengan berbuka. bersendirian juga.

oleh kerana terasa macam penat, lpas maghrib terus lelap.

untuk hari pertama, sempat cover 2 juz. tapi mula dengan juzu' 27.

habiskan 1 chapter seerah nabi muhammad by martin ling.

senarai target untuk bulan ramadhan belum ditulis secara rasmi dalam kepala ini macam-macam nak buat.

ayat untuk hari pertama:

"Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam. (26)

Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa). (27)

Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya. (28)

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat). (29)

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya). (30)

Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (31) " (al-insan)

Monday, June 15, 2015

D122: Ramadhan and holiday

dear myself,

1. don't get sick. be strong.

2. i know ramadhan is approaching. you don't feel excited. because the environment here wasn't same. i know you wish to have a mosque like UIA. so that you can iktikaf the whole month. but as far you know, nothing so excited having ramadhan here. terawih in your room. no more iftar gathering as you did last time. no more mosque hoping for iftar and terawih jemaah. its not very exciting. but you have remember, ramadhan goal to get TAQWA. so, may you have checklist to gain more love. (yes, i do). semoga ramadhan kali mendekatkan dirimu dengan tuhan. bertabahlah.

3. sila belajar untuk lupa perkataan rindu.

4. teruskan hidup untuk dirimu.

5. lets make challenge, diari ramadhan Newie 2015

last, ini kenangan trip ombak rindu yang kau buang jauh-jauh.
i have memory here. 

cave beach

i am here!

syurga dunia.

take small step for big dream

Tuesday, May 19, 2015

D85: Bukan complain.

alhamdulillah, after two month my home wi-fi is working now.

the story of my wi-fi begins middle of march. before that, we had problem with slow streaming. then, they came to fixed it. one week later if i not mistaken, we can not access. i make report to real properties. after that they came checked line and modem. i was told that the wi-fi problem was not cause by modem or line but the cable outside which is need to be done by telco company.

every week i had to call to real properties to ask when the wifi will be fix. they told me within two weeks they will come. because it near to Easter day, so i think may be at least early may it will be ok. but after easter week i dont see any telco company come to fix it. then i call them again at early may. then i was told middle may they will come.

then, after my nepalian housemate go to office told that we had submission to do, we can't stay uni the whole time we need the wi-fi. then the landlord come and plug the broadband. but after one day, we cannot get connection. its very frustration because it's been almost two month that i don't have any connection.

within two month, every weekend i go to my friend house to wi-fi. but during my submission i used my data wi-fi hotspot. because it middle of week. i dont stay to their house.

the problem why it takes for two month is telco company don't want take in charge. i'm not sure how it is. may be the line under telstra but we are under optus client. i was told it need involve politician to solve the problem. thats why, today. my wi-fi is working properly now.

that the house problem.

how my life? i wasn't happy, its very hard for me.

pegi uni. sorang. balik uni sorang. duduk studio sorang. walaupun duduk satu rumah but masing-masing dalam bilik masing2. yes, they need study. 24/7.

bila nak beli barang groceries, kene minta bantuan. are they free. sbb kalau beli barang mesti penuh satu bonet. sbb setiap 2 minggu beli barang. tapi tak semua dpt beli sbb bergantung pada pemandu. kalau pemandu rushing, jadi beli barang pon laju-laju. ada setengah barang kene skip beli.

now, winter is approaching. i dont know what to prepare. yes, ada kedai mcm aeon big. kene jalan 20min. tapi harga baju dia mahal sedikit dan size macam tak kene. because i was small. and i am not good at shopping especially baju. i need some advice.

why i dont use bus? sbb skali naik 3.80aud. mahal kan?

ini macam bau ada complain. but its my life routine. i dont like to be alone. but i have to learn do everything alone.

when i rethink again, may be ini cara Allah utk increase my pahala. jadi orang sabar. jadi orang bertaqwa. hidup dengan penuh redha.

kalau nak mengadu, berbicaralah dengan DIA.

orang lain lagi hidup lagi teruk.

bersyukurlah lah Khaulah.

sekarang week 11, another 3 weeks this semester will be end. BE STRONG!


Friday, March 27, 2015

D32: site visit and workshop

kehadapan yang kusayangi,

SITE VISIT: site pertama. view dri rumah owner ni. cantik dok?

dalam tempoh selepas update cerita pertama kehidupan di NewCastle, macam-macam yang jadi. kalau ikut perancangan nak update blog setiap hujung minggu tapi setiap hujung ada sahaja rancangan tiba-tiba. 

minggu pertama : tidur RA, adik2 buat camping. tidur di luar halaman rumah. rumah orang aussie ni kan laman dia luas. sejuk tapi dengan bantuan sleeping bag. sangat lena tidur. minggu kenal akhwat disini. sambil main games bertajuk syukur. i did not add my points at all. as i keep silent and listen other people view. 

the next weekend, minggu kedua : diajak ke sydney. berprogram. jumpa ustaz fadhil. usrah group tak masuk lagi terus terjun ke daurah. dakwah fardiah. and bekalan sepanjang jalan. fuh. travel dengan naik kereta. tak terasa jauhnya. macam perjalanan dri kl - kuantan la kot.

minggu ke-3 : ulang alik dari uni. pijama night tgk movie yang sedih bercampur gelak ketawa kaw-kaw. sebab minggu nk ada submission. hari ahad tu adik-adik bw pegi tgk sunrise. osem. subhanallah. beautiful.

minggu ke 4 pula : sekali lagi ke sydney. qiyam dan syura untuk penggerak. sekali lagi pening-pening nak faham sistem. alhamdulillah, jumpa makan brazil yg halal. heaven. alhamdulillah. and shopping mcm tak ingat nak bali NC saja. haha.

SITE VISIT : Tempat kedua. rumah orang ni semua open sbb dia tinggal dalam khemah. unik dok?

then, monday ada presentation. yang mana group performance tak berapa nak bagus selepas minggu sebelum tu ada conflict dengan Mc O. dia rasa dia buat semua keje. kami ni terkial-kial nak faham lagi. berakhir dengan hasil kerja dia. hei, saya buat model tu ok. cuma isi tu tak berapa mantap. sebab dia tidak berbincang sbenarnya. kecewa mestilah ada. tapi alhamdulillah kami berjaya buat presentation. dan saya tak berapa nk puas hati sbb itu bukan hasil kerja saya. (sengaja skip part stay back at studio. sbb ini sgt berbahaya. why. only me knows. haha)

selpas habis presentation, malam tu adik-adik bawa pegi makan and tengok pantai. wuhu~ best!

SITE VISIT: tempat ke-2 lagi. ini lah avalon beach. cantik dok view dia?

rabunya pula sekali lagi ke sydney. SEBAB? site visit. pegi tengok 3 buah rumah yg berbeza tapi mempunyai thought of spending their life there. osem. and again, dpt tgk pantai. syok sgt. senyum dri pipi ke pipi. yuhu~

then jumaat, hari ni. workshop. ini memang berani mati dan gila. awal-awal tu takut juga. sebab minggu lepas tak pegi induction briefing. si Mc O tu la antara sebabnya. tapi nasib baik tutor bagi masuk. yang sedih. saya je perempuan. kecik. sambil2 tak berapa nak hadap barang-barang dalam workshop tu sbb bina keyakinan diri. sila konfiden khaulah. lucky me, yeah. thank you, ALLAH. :)



SITE VISIT: tempat last. sebelum balik. tengok tempat ni teringat ke umi. umi nk tempat rehat depan rumah tu. 

minggu depan relaks lagi. kemudian cuti easter 2 minggu. pastu banyak lah submissionnya. 

moga Allah ringankan tangan ni, kuatkan hati dan fokuskan minda ini supaya dapat buat assignment dengan jayanya.Amin. 

jumpa lagi.

Wednesday, March 11, 2015

D16.UoN

bismillah...

dear you,

hari ke-16 mejalani kehidupan di New Castle.

meneruskan perjuangan  menyediakan perkhidmatan menjadi tukang reka rumah untuk masyarakat. inshaALLAH.

mohon doa semua semoga urusan belajar di sini dipermudahkan. semoga diterangkan hati untuk menuntut ilmu dan dikurniakan rezeki melimpah ruah untuk meneruskan mengaji disini. Amiin.

masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan sekitar. dengan orang. jumpa semua muka kulit cerah-putih-melepak. orangnya besar tinggi. jalan laju. cakap pun accent tak berapa nak hadam lagi. tapi hajat hati nk singgah pantai belum tercapai lagi.

kisah hadir kelas dan jalan ke uni satu cabaran juga. macam jungle trekking. jalannya berbukit. banyak pokok. keliru sebentar masuk uni or masuk hutan. uni in the forest. menarik. namun, bila banyak pokok. sudah pasti ada nyamuk. besar-besar juga.

alhamdulillah, uni muslim-friendly sebab ada tempat solat. yang restricted dan untuk umum. selalu pegi yang umum sebab dekat studio. library juga sangat best.

cuma, makanan di uni agak terhad. selalunya berlapar je. sebab pagi-pagi lupa nk bangun awal untuk buat sarapan. tapi balik rumah petang tu terus masak ringkas-ringkas sebab nak makan. sebab lapar. hu-hu. kene buat perancangan makanan mcm ni.

lagi?

hari-hari doa semoga diringankan rasa sakit rumah ini. muga sentiasa kuat.

sekian, untuk hari ini.

sampaikan rinduku padanya.




Saturday, September 20, 2014

hati dan luahan

Bicara hati tak sama dengan bicara lidah.
Hati dulu berbicara sblm lidah.
Bisiknya pada hati sama ada baik atau buruk.

Sekiranya ada yang bicara lidah menyatakan bicara hati kita pepatahnya adalah great mind think alike.

Tapi sekiranya bicara hati disimpan rapi dalam dasarnya bisa memburuk. Hati bisa rosak secara fizikal juga mental. Bahasa lainnya tekanan jiwa.

Melantun tinggi suara. Kata "kau tidak memahami aku" atau juga memberontak -lari dari kehidupan. Kenyataan. "Sudah jangan bicara sama aku lagi."

Seharusnya apa yang aku tidak tahu katakan. Berandaian itu merosakkan sesuatu hubungan. Bicara hati tak semua tahu. Memahami. Hanya dirimu dan tuhan sahaja tahu bicara hati mu. Katakan secara nyata. Telinga dua untuk mendengar bicara seulas bibir. 2:1. Itulah hakikatnya.

Biacara itu ada caranya. Lisan. Atau mata pena. Pilih yg mana kau selesa.

Andai kau pilih untuk diam. Diam juga punya banyak makna. Kau tahu definisi diam dirimu.

Surah al-asr. Bicara yang baik adalah berpesan kepada kebenaran dan saling tegur-menasihati. Nyata berbicara menghasilkan jalan keluar yg baik.

Sunday, September 14, 2014

wrong time

Pernah pegi meeting tapi silap time. Waktu rasa malu dan bersalah. Bos tak marah cuma mesti dia tanya awak tak tahu or awak tak tahu ye.

Malu dan bersalah sbb tak confirm dgn bos btul2. Kesan di sini menunjukkan komunikasi dgn bos tu tak baik. Huhu

Nasib baik juga pihak sebelah sana juga tak marah malah melayan cik puan muda kecik ni dgn baik. Pengalaman yg rasa nk terjun tingkat bangunan shj. Huhu.

Bersyukur dpt client mcm ni. Dpt bekerks dlm suasana yang baik. Bertekak pun dlm meeting shj. In my point of view la. Yg lain Allah shj yg tahu.

Wednesday, September 10, 2014

kejar mcm along bukit beruntung

Well. Puah, sbb hri2 kene kejar. Kalau x kena kejar bos plak kejar. Kejar maksudnya chased. Kerah tenaga/ bgi tekanan pada org.

Penat kejar orang. X lari laju pun tapi sbb slow sgt larinya. Apa yg mereka buat i dont know.x pehe.

Dri hri ke hri jdi minggu ke minggu. Pastu skrg da sbln.

Ok, settle topik kejar. I wasnt along kekar org nk duit tapi nk approval shj.

Sunday, August 24, 2014

ready to go

persiapan tapi tak cukup masa.

ok, sblm tu...

kalau ikutkan connection wi-fi. mahu hari-hari update cerita kerja. personal life. my thinking. tapi apakan daya diri terhad utk segala kemudahan. agh.

sama juga untuk persiapan untuk pergi.

pergi ke mana?

syurga.

heh.

sudah. ini merepek.

merepek supaya nampak blog ini masih wujud. masih berterusan.

penat. penat keje. macam robot. lebih pada robot. 9 pagi - 6 ptg. tapi waktu kerja saya selalu lebih. boleh capai ke 6 pagi esoknya. sila nganga luas-luas.

apa, kau ingat doktor sahaja ada on-call?

tapi itu lah nikmat kerja. yang tak semua akan appreciate.

ok. itu sahaja. tak cukup masa ni. benda nak buat banyak. bai.

Wednesday, June 25, 2014

jurutera hati saya

saya curi tajuk buku novel.

ada hari saya tidak bawa kereta. kemudian saya dapat arahan untuk ke MPS.

mendengar arah tersebut hati berkata"sudah..." tak sempat untuk saya katakan "err, bos, saya tak ada kereta utk beberapa hari ini" kerana tahu urusan untuk sangat segera dan penting. dengan pasrah, saya usaha.

maka, malam sblm hari kejadian. bos kata " awak pegi sendiri tau. nnt jumpa mereka di sana."
mereka itu adalah iche Tee, Mr Vee dan Sir Cee.

pada hari kejadian, saya selesaikan urusan saya dahulu. kemudian baru berhubung mereka. di sini awal-awal perlu saya igtkan diri sendiri. sila top up dan pastikan telefon masih ada 50 % kerana biasa waktu tersebut akan mengalami kejadian sibuk mcm hari raya.

"Inche T, sy di sini" text saya. dan dia membalas. "sy di b,"

lalu, setelah sy uruskan perkara sy maka ketemu mereka. ha-ha. saya expectation berbeza. sejak bekerja ini sy mengalami kecelaruan personality barangkali. saya sangka T adalah V dan sebaliknya. T itu mulutnya manis. saya senang. V pula muda dan kacak.

"umur kamu berapa?"

aduh. malas nya nak bgtau. " 26"

"betul? saya ingatkan kamu 18," ku agak dah.

begitu juga V. ramah dia menegur.

tapi ada kejadian buat saya senyum dari pipi ke pipi. abaikan.

hari itu sahaja 2 kali saya ditanyakan pasal umur.

saya jadi kelu. bagaimana untuk saya bereaksi bila ditanyakan umur. nampak terlalu muda. hu-hu.

Wednesday, May 28, 2014

sarcastic

minggu ke-3 mei, i went to daurah. the talk were present in arab language. excited, cause i love much this language.

mendengar hujahnya. sungguh, hati rasa MashaALLAH. baik sungguh perkataannya.

awal-awal pengucapan mengingatkan tentang nikmat Iman dan Islam. juga ditambah, untuk majlis sebaiknya dimulakan pujian kepada ALLAH dan selawat atas Rasulullah.

saat-saat bertanya kepada audience. disuruh untuk lekas-lekas menjawab. katanya pemuda harus aktif. qawwiyul jismi. selepas mendapat jawapan, dia memuji dengan Jamil. Jamil. Subhanallah.

apabila audience ada bertanya dengan soalan negatif, dia tidak laju-laju berkata tidak. djawabnya dengan dalil quran atau hadith terlebih dahulu. dan penerangan dengan lebih mendalam. dan audience mendengar juga tenang dan lebih positif untuk tindakan seterusnya. MashaALLAH. tentu Murabbinya seorang yang hebat.

dalam penghujahannya juga ditunjukkan secara praktikal. ayat-ayat untuk menundukkan hati. maksudnya melembutkan hati ketika suasana tegang. mendengar bicara ini terbayang bagaimana Imam Hassan al-banna dalam penulisannya. bahkan sekiranya berhadapannya sungguh tentu lembut sahaja bicaranya.

dengan itu. sewaktu in that daurah, melihat buku memoar Hassan al-Banna terus saya capai. kerana ingin membaca catatan kepada para dakwah.

and of course, lagi terbayang saat Rasulullah dan sahabat berbicara antara satu sama lain. ada hadith yang saya baca saat sahabat bertanya untuk dirinya. Rasulullah akan memberi jawapan sesuai untuk dirinya. juga membaca sirah Rasulullah tentang dakwah di Taif rasa ingin menangis sahaja. Rasulullah tidak marah bahkan melihat ke hadapan dengan percaya bahawasanya generasi seterusnya akan menerima Islam.

and me, people always misunderstood the way am saying something. either verbally or comment in media social. i usually said sarcastically to my sibling.especially to her. since she always forget her sister. :p
but in other people, I not intention in that manner (read: sarcastic) but they interpret like that. so, i hardly to explain that i never intend to do that. seriously, i just said straight through my heart. tak niat untuk sakitkan hati orang.

in some way i took it, as my kelebihan. but sometime its not. and i also need to learn to say in other manner. as this sheikh. melihat sheikh bicara sheikh ni, i try to speak good. especially with her.

as i put my status in fb : Percakapan yang baik itu bicaranya yang menyenangkan dan memilih perkataan yang elok/ baik shj.

ya, saya belajar perlahan-lahan untuk menjadi orang yang bicaranya menyenangkan.

am sorry for what i said.

Sunday, May 25, 2014

apologizing


i had issue. small issue. because you are sensitive you take small issue as big issue for you. then learn to say sorry even it wasn't you are wrong.

saya ingat hati saya sudah besar. mampu berlapang dada. terima kesalahan. tapi tidak. not easy.

ada beberapa perkara yang terjadi. saya menanti ucapan maaf dari mereka. tetapi tiada. langsung. akhirnya, saya mengambil langkah. meminta maaf. sound pathetic. but am proud. because i learn this way to have big heart. i dont feel like am looser but i know how to put my pride.

even it hurt to say sorry at the end you will able to put smile on your face. lega. even the scar still there. but keep moving. time will heal it. i have this experience.

kita juga selalu diingatkan memaafkan orang lain sebelum tidur. but why not you say directly to that the person who you think hurt you so much. so that the person know what he/she done to you wasn't right for you.

dan satu lagi. marah sangat berkait dengan perkataan maaf. maafkan walaupun hati kita masih marah. istighfar. disuruh istighfar memohon ampun pada rabb. sambil hati juga memaafkan apa yang terjadi. selepas marahkan orang lain. sila minta maaf padanya. walaupun orang itu membuatkan kita marah dan dia tidak meminta maaf. biar kita meminta maaf. menunjukkan kita marah atas perkara tersebut dan meminta maaf kerana berkasar. kadang-kadang itu juga sebagai pengajaran padanya.

especially dikalangan orang melayu. mereka yang lebih tua pada kita wont easily to say sorry.

kata-kata akhir : if you can't say sorry then you are EGO!





Saturday, May 17, 2014

7 month

sebenarnya entry ini dedikasi untuk tempoh keje selama 6 bulan.

tapi kerana masalah internet, jadi maka ia jadi entry 7bulan.

kalau diletak dalam status fb - is feeling blessed.

kalau ingat-ingat, rasa syukur sbb perjalanan untuk alam pekerjaan dipermudahkan.

yusuf 8 bulan. tapi saya tak se-advance level as yusuf. every month dia ada peningkatan. ada perkembangan terbaru. dia banyak belajar tentang dunia ini.

saya. dikatakan tiga awal terdahulu rasa sangat bosan. tiga bulan kemudian rasa ok. feeling good. feeling wonderful. rasa teruja dengan dunia pekerjaan ini datang balik. disibukkan dengan projek dan masalah sekeliling.

dan harapan untuk bulan-bulan akan mendatang rasa excited dan challenging. sbb ilmu yang ada sekarang rasa sangat sikit.

kadang-kadang rasa tak setimpal dengan yang dibayar.

tapi bila tiada senior. semua kene up level yang lebih advance.

berharap muga prestasi terus meningkat dan cemerlang. (as right now, wasn't feeling good)

Monday, February 10, 2014

4 bulan

tiba-tiba bos tarik kerusi dan duduk.

"berapa lama dah awak keje?"

"almost 4 month,"

kemudian dia memberi nasihat dan guidance. 

hati - lega. 

kalau nilai prestasi diri sendiri, rasa jauuuuuh lagi perjalanan ini.


rutin. sama. untuk tidak menampakkan seperti robot. maka kadang-kadang awal ke office. selalu lambat beberapa minit. jarang-jarang lambat sangat. projek yang sama. beza processnya. selalu naik level. 

di office.selalu mata ngadap pc. telinga dgr lagu. bila lenguh strecthing sikit-sikit. setiap bulan meeting. jarang-jarang jumpa orang. ada ketika rasa bosan. 

weekend. selalu dinanti. ada je agenda. 


lama-lama tak update blog nak cerita ini?

bukan. nak cerita lain. tapi ini mukaddimah bulan februari. rutin orang dah keje.

tapi nikmat keje tak sama nikmat keje dengan orang lain. ada orang dapat bos garang. jumpa patient yang memeningnkan. ada keje shift. ada yang keje jauh dari rumah. banyak lagi. 

keje bagus. gaji banyak. tapi dapat bos garang. stress. 

keje bagus. gaji banyak. tapi service tak mesra. muka ketat. stress.

keje bagus. gaji banyak. tapi semua utk dunnia. stress.

then, i'll learn something.even  i had least than other. but i'm happy. jarang stress. stress sbb couldn't make it for the best. and i kept thinking how i should improve myself rather than think about others. ini kira cari pasal. heheh.

there is a quote "afraid couldn't stop you from facing life." lebey kurang la. semakin takut semakin kita melangkah bukan berhenti. 

rasanya keje part-time dulu satu langkah sebelum to real work life. tiba-tiba feeling bless. 

jadi, yang boleh disimpulkan betulkan niat bila nak keje. 

tapi satu perkara bila keje, payoh nk kelik kg..wu-wu.

another topic next entry. (soon..entah bila)






Friday, January 03, 2014

two zero satu rabia

bila tengok last update blog June. ada la 6 bulan tanpa berita. hmmm.

i- apa cerita antara masa tersebut:

1. antara Jun - Julai keje part time. shift. selain keje nak dapat duit, sambil reflect diri. dalam tempoh dua bulan keputusan nekad dibuat. shift am. afternoon. tanpa cuti hujung minggu bukan kesesuaian saya. susah nak ikut program. tak da life. orang keje kita cuti. kadang rasa best tapi alone. lonely. raya berhenti. wish to visit them.

2. raya- august. bercuti. sebelum setting balik timeline hidup.

3.sept - mula misi cari keje. tempoh cuti raya-august sehingga sept persiapan.

4. oct - raya haji. mula bekerja.

5. nov - convo day.

6. dec - celebration month.

now, 2014.

cerita 2013 selain unexpected journey juga blessing year.

ii - cerita pendek. mudahnya proses mencari kerja. walaupun gaji untuk fresh graduate orang kata rendah tapi letakkan ia pada ALLAH. rezeki kan dari ALLAH. kene positif.

expectation of main objective keje alhamdulillah. almost there. bos yang baik. walaupun balik kerja jarang-jarang awal.

pengalaman bekerja in your chosen profession i would i say kalau pilih bayaran you will not always satisfied. but work for fun, experience with good environment you, inshaALLAH tak stress and happy. i believe start from zero make you appreciated of your hard work. selamanya kita takkan diatas. banyak itu bermula dengan sedikit.

iii - having gathering with ex-taylorians, we update current live and share others life too. setakat ni, tiada yang comment stress menggila, tak suka current keje. compare to top professional work, most of them graduate dan keje but what i see, kamu pilih keje tersebut tapi tak tahu nak handle stress belaja 5 tahun penat-penat, susah payah but end up bagi performance tak berapa bagus.tak boleh bagi servis yang terbaik. (ha, melalut, complain plak. ok, stop)

continue, kebanyakan our coursemate ada yang sambung belaja ke australia. uk. dan keje as to get experience. yang paling surprise, dapat tahu ex-class rep, siang keje di architect firm. malam jadi DJ. tak ke impressive. DJ tu sbb memang dia suka sangat selain architecture. mesti dpt boss yg memahami ni.

i would conclude that, tak semestinya what you study you end up it as you career. dan you choose to study to make it as your career then give it best.

iv- cerita 2014 berchenta dengan kerja. improve DnT.  life is full surprise but life also must go on. ;)


Tuesday, June 11, 2013

nama saya khaulah

tempat: Hira'

sesi tazkirah. ahlinya memberi tazkirah selepas selesai solat isya' berjemaah.

kemudian, permintaan adik Bunga Melor menceritakan tentang siapa Khaulah.

lalu, dengan segan + malu. juga ingat-ingat lupa dikisahkan tentang nama Khaulah.

muqaddimah: umi pilih nama Khaulah. Sa'adah tu ayah yang pilih. makanya Khaulah Sa'adah. senyum.

i never asked umi. which Khaulah that makes her choose my name.

but I've found 3 different Khaulah.

Khaulah boleh dikatakan sahabat.

Khaulah pertama. yang senang untuk jumpa. buka surah al-mujadilah. diceritakan asbab nuzul surah Mujadilah. tentang zihar. saya tak nak cerita detail. sila ambil Quran sekarang dan check the surah. muga terus sampai hati. senyum.

ringkas, Khaulah binti Tsa'labah di dalam surah al-mujadilah.

ada cerita lain tentang Khaulah binti Tsa'labah. dengan beraninya dia menegur amirul mukminin, Umar al-Khattab ketika kekhilafahannya. sampai Umar juga hormat dengannya. kerana disebutkan (ayat lebih kurang) ALLAH mendengar doa. rujuk diatas.


Khaulah kedua. (sepatutnya yang pertama). Khaulah al-azwar. Khaulah ini hebat. dia pergi berperang senyap-senyap. kerana kalau ketua perang tahu dia perempuan mesti dia tidak dibenarkan pergi. dia ikut sebab nak selamatkan abangnya. ketika di medan, semua terkagum dan tertanya-tanya siapakah gerangannya. kerana Khaulah menutup mukanya. bila ditanya Khaulah senyap. sehingga ketua ketika itu (tidak silap) Khalid al-walid. akhirnya Khaulah mengalah dan membuka hijab mukanya. maka semua terkejut.

yang ini mengkagumkan.

another Khaulah, tidak silap namanya Khaulah binti Hakim (kene tengok balik). a matchmaker. dalam bahasa melayu telangkai. hek-hek. tukang cari jodoh.Khaulah tukang cari jodoh untuk Rasulullah setelah Khadijah meninggal.

jadi itu lah tak seberapa tentang Khaulah.

adik Bunga Melor tambah, dia kagum dengan Khaulah Al-azwar sebab tu dia minta Khaulah ini kisahkan tentang Khaulah.

saya? saya nak jadi macam tiga-tiga Khaulah ni boleh? he-he.

Sunday, June 09, 2013

april itu

mula april lepas. senyap. sunyi. tanpa update entry.
terasa perlahan hari-hari yang dilewati april lepas.
juga kejutan dan sejarah tercipta april 2013

april yang indah.
awal april sejarah malaysia tercipta.
bermula perjalanan politik. fokus.
april itu bermula kisah perjalanan tidak tetap dia.
bernomad.
sekejap dia di sini. sekejap dia di sana.
kemudian, eh ada sini balik!
boleh saja dikatakan dia muncul dimana-mana.

april itu
dia punya dua tempat.
dinamakan Thur dan Hira'.
signifikasi Hira; itu sebagai tempat wahyu pertama diturunkan.
tempat Nabi Muhammad saw beruzlah sebelum dilantik menjadi rasul.
dia ada tempat sebegitu.
tempat yg saling ingt-mengingati.
damai.

Thur.
signifikasinya adalah persinggahan hijrah Rasulullah dari mekah ke madinah.
persinggahan untuknya sementara yang mana dia belum ada hala tuju yang jelas.
setelah kesanggupan dan pengorbanan dia.
baik sekali.

dan ada cerita kenang-kenangan.
yang memberi inspirasi.
motivasi.
sama-sama akan dikongsikan di sini nanti. inshaALLAH.

sekarang ini tengah mensetting perjalanan hidup yang seterusnya.
 hasil april itu. senyum.
 

Saturday, June 01, 2013

ukhwah ABC


perjalanan ke kuantan.

dua kali april lepas ke kuantan. dengan tempoh perjalanan mengambil masa selama 2jam. hasil pecutan melebihi 110km/j.

bersama kakanda.

ukhwah ABC kukatakan begitu kerana travel bersama kakanda. orang lain yang ikut bersama bukanlah orang yang kukenal. perlukan taaruf terlebih dahulu.

setibanya di Kuantan. terpisah dengan kakanda. bersama dengan kelompok lain. menjadikanku sedikit diam. terlebih segan. juga malu.

saat-saat terpisah dengan kakanda, terasa jauh. seakan mahu saja kata tak mahu. mahu dekat sama kakak. tapi tidak. soalan lain menerpa. sampai bila mahu dekat. inilah masanya berdikari. bersama tidak semestinya dekat.

lalu, aku harus berani. setelah bertaaruf. terjalin satu ikatan persahabatan. ukhwah. bila bertemu bahagia bila berpisah rindu menggebu-gebu.

ukhwah ini ukhwah ABC kerana tidak selamanya kami bersama. tetapi inshaALLAH bertemu lagi.
ukhwah ini ukhwah ABC kerana taaruf kami bukan di tempat kami. tetapi sebuah musafir singkat.

Monday, May 20, 2013

the choice

sebelum kisahkan diamnya selama sebulan tanpa berita.

dalam kepala ada ayat kontroversi. ayat kontroversi la sebab selalu buat orang salah faham. kui kui kui.

i was confuse.
istikharah wa istisyarah.

sedikit pengisian dari daurah BM hujung minggu lepas.

keputusan istikharah dibuat atas 3 cara:

1. mimpi.
yang ni susah la. kita orang biasa ni. orang awam tak boleh nilai mimpi kita sebagai tanda atau alamat atau isyarat.
2. kebiasaan.
tgh cari ayat sesuai jugak. tak jumpa. boleh dikatakan seperti perkara yang berlaku di rutin harian kita. erm, how to explain. can not find the correct. kebiasaan hidup kita.
3.hati.
 hati ini akan cenderung arah mana ok atau tidak. yes or no. mahu atau tak mahu.

 setelah diperdengarkan sebahagian tentang BM. fikir. istisyarah. berbincang.ask.

the decision has been made.

ha-hah!

Thursday, March 21, 2013

misunderstood

banyak kali orang salah faham dengan saya.

the words that write. the things that i spoke. statement that i post.

i don't know. people easy to judge people huh?

tahu tidak mendalami.

 same goes to politic.

why don't you ask me straight away. am i that scary person?

Wednesday, March 20, 2013

the place that i cherish

entah betul entah tidak tajuknya.

hari ni. selepas 5 tahun. yup consider as after 5 years. tahun terakhir 2008. i visit that place. the place yang mungkin nampak tiada makna. but make me realize about life.

tahun 2005. SPM. esok my brother 95 will taking his result. oh, i miss the SPM years. year that i learned about friendship. friendship with lillahi ta'ala.

2006. result SPM. it may seem look like tersalah langkah tersalah pilih jalan. sometime i regrett sometime i feeling glad. i choose taking STPM. i know how susah-gila amik that STPM. and people so mesmerized when said i'm taking STPM eventhough the result wasn't good. which took me a rough-jalan jauh to reached this level.  but that 2 years STPM life i learn something.

my SPM classmate less than 20 student. same goes to STPM class. at first ramai. but the upper class left only 12 student. including me. 5 girl. as far i remember. sempat merasa duduk asrama for 3 month. i'm physic student. next time i talking about STPM. cause every year the graph wasn't good.

baru muqaddimah. yes, today i visit again that school. 2008 after exam, i work there as gadis koperasi. cewah. ayat ke main. yelah. baru awal 20-an masa tu. gadis la kan. kerja dekat koperasi. pastu kerja nya duk melayan budak sekolah. yang majoriti budak lelaki. boleh tahu la geng yang menggatal. geng yang gangster. gang yang nakal. gang yang skema. gandg yang lembut.

hari ni. pergi lagi. cikgu ada yang baru. bertambah. budak-budak pun dah tak kenal. ye la. yang tingkatan satu dulu sekarang tingkatan 5. dah besar semua. cuma cikgu form 6 tu masih yang lama. jumpa cikgu haizam. yang ajar pengajian am. yang silibus dan sistem pembelajaran juga berubah. cikgu koperasi. cikgu nuar. cikgu fizik. yang ajar fizik dengan ayat-ayat bombastic. ayat gila-gila. dan cikgu music. yang dulu kononnya nak buat lagu untuk saya. ha-ha. jumpa ketiga-tiganya. maka misi hari ni tercapai.walaupun tak bertemu secara formal they still recognize me. i havent change at all. remain the same. the small me. even my style. i;m glad. senyum.

the koperasi banyak sangat berubah. makin maju. contoh peti sejuk. dulu sikit je sekarang bertambah tiga tu. pergh. banyak la pilihan jenis air. but kakak koperasi still yang sama. sempat kenal. yep. cik salwana my classmate. kene heret kerja di situ. kerja di situ seronok. walaupun letih jgn kata.

i love that place. dulu tempat tu sekolah ayah. and saya sempat ada kenangan di situ. the student dah tak macam dulu. mereka jujur, lurus yang jahat mereka macam senior-senior tak da sangat la. itu dari cerita kakak koperasi. even you work koperasi still you will know lots of things in that school.

ada idea nk tulis cerita. but tak tahu nk start mcm mana. cerita pendek. kenangan untuk sekolah itu.  dari dulu sampai sekarang saya tak banyak kawan. walaupun form 6 disitu, kawan tetap tak ramai. tadi kami berbicara tentang classmate. we have plenty. some keep up-to-date some lost contact. but the friendship there i treasure a lot in my heart. friendship that dont care who you are. your background. kalau nak kawen jemput. plus, suprisingly i've got invitation at 5am from this classmate. how crazy are they. and i learned cinta monyet disana. ha-ha.

why cinta monyet. cause sempat la juga tengok mcm drama sembilu kasih pun ada di situ. macam cerita korea pun ada. kami tidak dimotivasi untuk berjaya dengan STPM. sepertinya ia hanya tahun untuk berpuya-puya. tetapi tidak. kami mengenali the way how to succes. yes, now mereka berjaya dengan cara masing-masing. dan yang dah kawen. ada anak. sudah bekerja. saya belajar matang untuk hidup.

senyum. untuk kenangan ini.

Sunday, March 17, 2013

adik lelaki dan calon suami

hanyalah perkongsian diantara kakak dan adiknya. bila mana menjadi kakak untuk 5 orang adik lelaki. beginilah jadinya. senyum

awal-awal balik bercuti dulu, muhammad masih lagi dengan 'angau'nya dengan kad jemputan. sibuk nak kahwin. bila ada kakak yang sudah besar begini lah jadinya. muhammad ingin tengok kakak dia kahwin. dia kata dia akan carikan kakaknya ini calon suami. dia tanyakan pula nak calon suami macam mana?
muhammad tu umurnya baru 7tahun. imaginasi tinggi. kalau tidakkan atau elak malu-malu nanti tak habis topik ini. maka, kakaknya suruh la cari calon suami. yelah sibuk dia belajar buat hantaran, design kad dan rancang majlisnya. haru tak?

kemudian, ha-ha ini saja ujian cuba diri. hari tu, junaid ulang-alik dari sekolah atas masalah tulang lengan kiri dia patah. umi dan ayah risau nk biar dia duduk asrama. dah la sebelum tu dah jatuh katil. doktor pun bagi dia mc 2 minggu. seronok sampai senyum pipi ke pipi. cerita dia ulang-alik dari sekolah. dia balik dengan ustaz dia. selalu balik dengan mak saudara bongsu kami - adik ayah. tapi hari tu saja ustaz dia offer. sebab dia cerita dia balik dengan ustaz

junaid: sebenarnya junaid balik awal hari ni. balik dengan ustaz.

si kakak: pastu kenapa tak sampai rumah pun? pegi mana?

junaid : adalah.

si kakak: ustaz junaid umur berapa? dah kahwin belum? pakai kereta apa? hensem tak?

junaid: tok soh duk gelenya la.

pecah ketawa kakaknya. suka. tengok reaksi dia. protective. yalah. junaid dulu ada sejarah dengan perempuan. itu lain cerita.

si kakak: yalah, suruh sangat cari calon suami.

he-he. itu dengan junaid. bila dengan abang si tua no.2 pula. tika itu kami adik-beradik demam lagu ya hanana. siap download. buh dalam pendrive. pasang dekat tv. tengah-tengah santai tengok tv. si tua no.2 aman datang duduk tepi.

aman: lala, nanti majlis kawen-mu kita pasang lagu pasang lagu ya hanan.

si kakak diam sekejap.

si kakak: calon suami pun tak da.

aman: orang nnt majlis-mu

si kakak: kalau tak kawen-kawen

aman: adikmu tak kawen jugak la.

tepuk dahi. adeii.

nasib la si ali tak bukak cerita kawen juga. dia asyik dengan kuda dia. jangan dia bagi idea lain sudah seperti ini:

"lala, nanti kawen naik kuda la." kalau dia cakap macam ni. tak ke pening.

kebetulan hari jumaat lepas ada cerita jalan ke syurga dekat tv al-hijrah. sekarang enjoy tengok tv al-hijrah.
cerita lelaki tak tahu nak solat. pastu si kakak duk membebel pada adik lelaki. sebab 4 adik lelaki yang duk rumah layan cerita tu. ambil peluang la. he-he.

kakak: perempuan x sey lelaki macam ni.

kakak: calon suami lala nak kaya. macam hero ni. ada bmw. nak lelaki hensem. tapi beriman la. solat tahu. mengaji sedap.

saja je giat. ada lagi. cuma tak tambah.

junaid: kata x sey lelaki macam ni. mana ada lelaki kaya tapi solat. tengok cerita ni.

si kakak: ada la. ada-ada. zaman rasulullah dulu. zaman sahabat tu. abu bakar, umar, uthman, abdul rahman bin auf tu kaya tau. beriman pula. jangan kata tak ada.

junaid: tapi sekarang tak ada.

si kakak: sebab tu kene didik lo ni. (ucap pada junaid dan adik lelaki seangkatan la)

kalau tak cakap, mereka tak tahu. lelaki slow sikit. jadi, ceritanya even la. kalau perempuan tak bagitahu impian bakal suami mana nak dapat tak. ajar adik lelaki supaya jadi ideal husband pun best juga. ada juga sumbangan dari kakak. nak dapat ideal husband untuk diri sendiri pun kene la jga didik adik lelaki. they are man.

ok. dah habis. it''s up to you how to understand this entry. wassalam.

Friday, March 08, 2013

angan mat jenin

hidup tak produktif. bila akhir malam siap-siap mahu tidur.niat untuk esok jadi lebih baik. tapi esoknya masih rutin yang sama. lame. lagi tak produktif bila diajak keluar susah benar. kalau boleh tak mahu tengok orang. inferior complexity. rancang nak buat itu nak buat ini. tapi tak jadi. itu hal luar rumah. hal dalam rumah sama saja.

awal-awal dulu. rancang nak ikut kelas jahit. sampai sekarang tak daftar lagi. cari contact tu pun dah amik masa. bila contact tak mesra pula. dah mula rasa malas. lepas pasal kenderaan pula. boleh je plan elok-elok. tu la. masalah komunikasi betul. bertambah-tambah malas.

janji dengan kawan nak jumpa. kata pada dia minggu depan. pastu minggu depan. dan seterusnya minggu depan. tahu-tahu dah tak ada masa. apa lagi masalahnya. malas nk keluar. kenderaan. duit. alasan. kalau dah tak da keinginan untuk semua ini memang tak jadi la.

lagi? ni tengah tolong buat projek. tu pun malas jugak ni. perlahan gila progress.

resume? pun tak buat lagi. sebab utama malas. bukan malas. tak bermotivasi. tengah tak mahu berinspirasi.

itu rutin. tapi hari-hari tetap berangan. angan-angan mat jenin.

1. library. hari tu dah progress sikit blog-library. tapi kalau seorang saja buat tak jadi. feedback pun tak da. susah nak develop. memang angan-angan la. cuma kalau imaginasi lebih. memang nak buka library sendiri. bukan tak boleh. kalau orang lain duk buat rumah anak yatim. apa kata buat library. membangun sikit minda rakyat malaysia. bukan. orang kelantan lagi spesifik. takkan nak harap dewan bahasa dan pustaka dan iklan sahaja. bahasa jiwa bangsa. tapi semangat berbuku tiada. bukak library langkah permulaan. pastu boleh buat deparment pula. pusat bahasa pula ka. pusat translate karya-karya agung. wah, imaginasi macam zaman abbasiyyah sahaja. hah, baru ingat zaman tu library tu bukan hak milik kerajaan. pastu ada variasi seni bina pula. asyik tengok bangunan pejabat, masjid dan bangunan ikon. tak ke busan malaysia ni. ni nak bagi gambar sikit supaya gambaran lebih jelas. buka mata luas-luas.

 lagi banyak dekat sini open air library

 

yang ni dekat jepun. japanese house

2.ladang kuda. selepas tengok cerita kuda. terinspirasi nak bukak kandang kuda. kat kelantan ni dah ada. persatuan pun. cuma nak menambah pemilihan tempat. yalah orang duk rantau panjang nak kena pegi gunong-bachok. jauh tu. kalau satu daerah tumpat tak da la jauh merentas sungai kelantan tu. mula-mula nak kena belajar pasal kuda. pastu kena belajar pasal jagaan dia. pastu belajar design tempat tinggal dia. yang ni pass kat ali. senang. kalau kongsi minat yang sama seronok. serahkan pada dia. cuma nak beli sekor kuda tu boleh habis belajar 1 semester dekat taylor's. fuh!

3.menulis. sekarang ni duk gila menulis. cuma idea tu la. datang merangkak-rangkak. nasib baik dah tahu ending. kalau tak da ending lagi la tergantung cerita. tak da hala. 4 idea kot nak tulis. cuma nak kena studi lebih sikit. apa, ingat tulis tu suka hati. tulis suka hati tulis tak ada ilmu.

4. butik. sebab kelas jahit pun tak mahu pergi. angan-angan ini terpaksa digantung dahulu. angan-angan ini adalah nak buka butik sendiri. bagi umi jaga nanti bersara. pergh. tinggi benar angan-angan tu. belajar jahit. belajar jenis kain. pastu nk buat design sendiri. nak buat blouse ikut piawian cop sirim ayah dan adik lelaki. design jubah yang tak da ikut bentuk dengan manik segala bagai. tabarruj tahu. tabarruj. satu lagi, nak design seluar. design seluar perempuan yang commercial tu sesuai untuk model ja. tak ikut keselesaan langsung. sakit hati tahu tak. kalau ada pun, tak mampu nak beli. sedih betul. tunggu je la yang ni. yang paling comel, boleh jahit baju anak-anak nanti. macam umi jahit baju kami 5 beradik perempuan dulu. kenangan manis tu. kenangan antara mak dan anak. cewah.

yang jual online tu pun tak sesuai dengan hati. tengok betapa cerewet. cerewet ikut ayah la ni.

5.firm. terakhir sekali, mesti lah nak bukak firm sendiri. rancang dah rancang. tapi sila tengok pada diri sendiri. lembik. jatuh gedebuk. kita cakap lain kali.

dah habis berangan. dah habis merepek pasal rutin. ingatan untuk diri sendiri sebenarnya. tengok apa yang  dah tulis. memang ingatkan diri sendiri. sedang perasan angkat bangkul.




Tuesday, February 26, 2013

musa & khidir

hari jumaat sudah menjadi rutin dia tilawah surah kahfi.

untuk dia kekalkan rutin itu, dia baca sikit-sikit. sehingga sampai ayat berkisar kisah nabi musa dan khidir.

sungguh sikit sabar dalam diriku. dia bagai tersedar. mungkin apa yang dilalui-nya kini kerana kurangnya sabar. kalau kisah nabi musa itu ada 3 peristiwa barulah nabi musa berhenti mengikuti nabi khidir.

tapi dia. umur tak berapa. dah mengeluh. merasakan dunia sudah gelap. nampak sangat kisah dari surah kahfi itu belum dia hadam betul-betul.

mungkin sekarang dia nampak buruk. teruk. gelap. tapi masa depan dia tidak tahu. adalah sebabnya.

sambil itu dia juga baca buku dihamparan shamrock. macam ada kene mengena dengan dirinya. terdetik hati, wargh, tak da ke orang nak bawa saya lari. merepek!

jadi dia berkeputusan. ada baiknya begini. tarik nafas dan bersedia. mari susun balik. mari cari jalan pulang.

mudah-mudahan..

Thursday, February 21, 2013

a walk to remember

bersama air mata pasti ada senyuman,
bersama kesedihan ada kegembiraan,
bersama musibah ada anugerah,
semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan ALLAh swt.
- copypaste tak-ingat-tajuk-buku

 ada orang pernah kata you are nothing. not worth to remember. kecik hati. siapa tak kecil hati bila orang kata macam tu. terkilan. sapa tak terkilan.

ada orag kata lagi, buat la sesuatu untuk orang ingat kita. maka, bila niat buat orang ingat kita. kita tak sedar. ada dua untuk orang ingat. either good or bad. orang ingat tapi bukan dengan cara kita nak. bad. lagi sedih kan.

ingat lagi ada orang cakap, kalau buat ikhlas. kerana ALLAH, buatlah sekecil-kecil perbuatan walaupun tak dihargai. biarlah orang tak ingat tapi bila kita tiada baru lah orang merasa kehilangan. seperti patah tangan putus kaki. baru lah mula nak menghargai.

teori diatas hanyalah teori. praktikalnya tidak.

orang kecik ini tidak pernah merasa dia bukan untuk siapa ingati. tapi hanya dengan satu text. satu berita. sudah buat orang-orang tarik senyum lebar-lebar. pipi ke pipi. muka terkejut. reaksi-reaksi itu tidaklah dia harapkan tapi dia tahu siapa dan dimana layaknya untuk orang hargainya. 

mana taqwa-mu? ingat TAQWA yang ALLAH lihat. bukan rupa paras atau statusmu.

Saturday, February 16, 2013

mulanya solat berumur 7 tahun

16hb januari lepas muhammad genap 7 tahun. hari rabu. hari sabtu kemudian dia meraikan hari jadinya dengan jamuan tanpa kek. saudaranya di kampung dijemput makan. malah telah dia persiapkan beberapa bulan sebelum itu.

bila dia genap 7 tahun, perkara pertama disuruhnya adalah cukup solat 5 waktu. kebetulan abe syi-nya ada rajin dia ikut solat di masjid. rajin solat bila disuruh. selepas abe syi-nya berpergian, solatnya kurang cukup.

ikut mood dia. kalau rajin, maka dia solat. habis kakak-umi-abang suruh dia solat tapi dia jadi liat. kalau disuruh jawapannya "sekejap la" ataupun "adik nak mandi dulu" ataupun "siap kerja adik solat"

itu awal-awal. kemudian hari tu dia umi tinggalkan dia dirumah. disuruh muhammad solat isya. lalu kata kakaknya kalau malam ni adik tidur tak bangun-bangun. ada lagi ayat lain. yang berbau seperti itu. terus dia menangis.

ditanya kenapa menangis. tidak berjawab. dia hanya menangis.

ditanya lagi takut mati ke? dia angguk. dia takut. terbayang neraka barangkali. seksa sebab tak solat.

lalu, dengan lembut disuruhnya ambil wudhu' dan solat.elok saja dia masuk bilik air ambil wudhu' kemudian bentang sejadah, solat. ketika dia solat disuruh orang sekeliling diam tidak ganggu solatnya. selesai dia solat, disuruhnya do'a dan dia berdoa.

tidak tersangka dia, muhammad 7 tahun itu takut mati. belum bersedia dengan amalan yang ada. apatah lagi kakaknya yang sudah hidup lama dari dia. peringatan pada dia juga mengingatkan pada kakaknya.

sekarang ini pun, sambil suruh dia solat. sambil ajar dia kelebihan solat jemaah.

ingat kembali zaman kakaknya, mudah sedikit. mungkin sebab kami perempuan. tak ingat sangat. yang ingat, kami perempuan ramai-ramai  ikut ayah solat. itu saja/

Monday, February 11, 2013

horse and dreams

ali mu;la jatuh cinta dengan kuda bila menonton movie flicka 3 setelah dia mendengar kesukaan kakak dia. dia menonton berulang kali sehingga orang sekeliling penat melayan dia. akhirnya kakaknya telah remove movie itu dari pendrive. dan dia berusaha menontonnya dalam chrome. pakai internet.



bila tahu movie juga boleh ditonton online. di youtube. dan diperkenalkan website watch movie online. dia menonton warhorse. interesting movie. movie of the year. ada juga cerita kuda lain ditontonnya. yang tak berapa fames dan lama. lewat 80-an dan 90-an. begitu sukanya dia dengan kuda.


kemudian dia baru sedar ada secretariat dalam pendrive. dan kini dia berulang kali menonton cerita ini sedangkan sudah lama cerita ini didownload. mujur lah juga. dia tidak lagi beria dengan flicka 3. kongsi juga maklumat dengan dia bahawa secretariat adalah cerita benar. suka sekali dia dengan kuda. dia mula belajar tentang kuda.


pernah dulu ada satu impian untuk membuka kandang kuda. nak punya kuda sendiri. boleh la sekarang ini pindahkan angan-angan itu pada ali. banyak lagi dia perlu tahu tentang kuda. rasanya boleh mulakan dengan beli buku tentang kuda. agar impian jadi kenyataan. ha-hah.

Saturday, February 09, 2013

fall february

duduk. berhenti. rehat. ambil nafas.

untuk waktu ini. untuk dia melihat. merenung dirinya sejenak.

berita sedih atas berita gembira.

dia harus menerima. dia memujuk diri sendiri. salah orang hanyalah 1% sahaja 99% adalah silap dirinya. untuk melihat jauh ke hadapan dia menutup pintu tersebut. kerana bila tiba masanya dia akan melangkah ke pintu itu. sekarang ini waktu dia memantulkan kesalahan dan kesilapan dirinya.

ada sesuatu mengapa perkara itu terjadi. sesuatu yang dia sebenarnya tahu. tetapi dia butakan mata dan hati.
dalam senang itu ada gelisahnya. ada yang kurang. yang kurang itu perlu dia perbaiki sekarang sebelum dia melangkah lebih jauh. jauh lagi tersasar.

failed.dosa.ampun.taubat. dia insaf. mungkin sekarang dia belum bersedia. namun siapa tahu nanti.

dia harus cepat bertindak. tak mengapa dia berhenti sekarang. berhenti untuk dia melihat jalan yang patut dia ambil. dia perlu betulkan halatujunya. 

yakinlah ada yang baik sedang menanti dia. benarlah. tertutup satu pintu banyak pintu lagi yang terbuka. sudah diberi peluang. namun dia mendapat peluang. bukan kah itu rezeki.

namun, hatinya belum besar. sebesar hati Bilal yang mencintai ALLAH dan rasulnya saat dadanya diletakkan batu yang bisa menghancur tulang dan isi dalamnya, lidah masih utuh menyebut Ahad, Ahad, Ahad. sebesar hati umm sulaim untuk mengkhabarkan syahid anaknya pada suaminya. hati belum sebesar itu menerima ujian kecil yang menimpanya. kerdilnya dirinya. malu.

Tuesday, February 05, 2013

first february

pertama di february.

tiba-tiba sahaja selepas post terakhir hari lahir muhamad terus menghilang. senyap tanpa kata. untuk diugkap oleh tuan penulis adalah sukar sekali. menghadapi keadaan adalah sesuatu yang tidak dapat dia terima. sedangkan situasi itu adalah perkara biasa untuk orang biasa sepertinya.

dua hari dia tidak mampu berbicara. untuk katakan. sehingga ditanyakan. tanpa elak. lancar saja dia menerangkan pada ayahandanya. untuk seterusnya dia hanya perlu menunggu.

dan yang pasti doa. doa yang tidak boleh putus. sebenarnya dia tidak tahu bagaimana untuk dia berdoa. malu. malu dengan sikapnya. tingkahnya. dengan ibadahnya. lalu dia temukan jawapannya. apabila dia mencari.

dia juga  bersembunyi. tapi rencana ALLAH itukan lebih baik. tidak dapat tidak dia harus hadapi. sedikit pun tidak dia elak. tenang sahaja dia waktu itu walaupun dia sebenarnya tidaklah punya keberanian. kerana dia berani mengambil langkah itu. tanpa mempersoalkan.

dia imbas kembali. hatinya bukanlah sebesar hati sahabat-sahabat yang hidup di zaman Rasulullah. mereka terima dan hadapi ujian yang mana mungkin dia mampu hadapi. dia tak mampu. sungguh dia tidak mampu.dia menghela nafas. sungguh sukar sebenarnya kita ikhlas. kita terima ketentuan yang telah tetapkan. itulah perasaan yang indah dari ALLAH. sakit. kecewa. jatuh.

itu perasaannya. waktu ini dia masih belum bertindak. bila? dia tidak  tahu. dia punya rutin yang sama.mungkin disini langkah dia bermula. siapa tahu.

Wednesday, January 16, 2013

bulatan gembira 2.0

bulatan gembira saya ada banyak versi.

pada awal-awal dulu. tak da bulatan gemira. cuma sesi lutut bertemu lutut. maknanya saya seorang dan murabbi. kemudian bertukar. bertambah satu ahli.

dia ahli gang bulatan gembira saya yang pertama. juga menjadi kaki kepada bila kami perlu ke bulatan gembira. setiap kali. bukan sekali dua. sehingga saya jadi segan padanya. rasa menyusahkan pun ada. bahkan untuk mana-mana program saya pertama cari dia. kami serasi bilamana fizikalnya kami tiada beza. kadang-kadang macam adik beradik.

namun saya senang dengan sikap cool dia. suka dengar dia berceloteh. spontan dan bersahaja. saya tak tahu bila dia marah. tapi saya tahu sayang dia.

kami tidak terpisah. malahan gang bulatan gembira saya bertambah. bahkan lebih meriah bilamana kadang-kadang kami dapat ahli kecil - si bayi. membesar dengan sihat - fizikal dan mental. senyum. geram-geram saja bila bertemu.

kali ini untuk bulatan gembira yang baru ini saya dapat kaki baru yang mana lebih mudah untuk urusan pergerakan. hubungan kami membesar dan lebih ketat. sampai ada yang bertanya "kawan baik ke?"

saya jawab dalam hati. bukan bahkan lebih dari itu.

kerana, setiap kali bertemu mereka sudah tahu saya ini banyak masalah. tiap kali bertemu ada saja mulut ini berbicara. berceloteh. mengadu hati ke hati. tidak saya ganggun mereka menelefon untuk berbual panjang. namun seketika dalam kereta untuk perjalanan pergi dan balik sudah cukup. kalau tidak saya bercakap banyak yang lain juga akan bercakap banyak. saling dengar mendengar. saling tegur menegur. saling nasihat dan menasihati.

sebelum bertemu saya merindui mereka. bila bertemu semua rasa hilang dibawa angin namun berpisah kembali rindu menggebu-gebu. sungguh saya sayangkan mereka.

gang bulatan gembira mengajar saya untuk lebih merendah diri. well, to confess here i'm too perfectionist. i'm learned from them. saling text each other untuk mengingati.

mungkin kerana sentuhan doa rabitah yang menyatukan hati-hati kami. berpisah pada hari itu tiada tangisan. tapi hati-hati merasai perpisahan itu. merasai kehilangan. tidak diluahkan dengan airmata. tapi saya tahu saya akan merindukan gang bulatan gembira saya sewaktu di taylor's.

saya bukanlah sesiapa. budak hingusan yang kuat marah.

p/s: rindu la mereka. and selamat hari jadi muhammad kecik. :P

Tuesday, January 15, 2013

kedua di Januari

kenapa kedua. my routine in da house.

lame thing. makan tido. nope. tido banyak sangaaaaat.

cerita kecoh adik beradik. bila tak muhammad, ali. ruined the mood of the day. either mengamuk or making something yang boleh buat orang lewat.

but, enjoying be a kakak. the only daughter.

seronok masih lagi dapat bergaduh.

when i tell ali something in english he will asked what the meaning then i replied bukak kamus la. ali will annoyed. he said ali tanya jawab la. slowly boleh la menyalahkan dia - jangan nak ponteng kelas.

Junaid problem resolved for a while. since we pujuk him said sekolah tu dekat je. plus, ayah ask permission for him to finish his taekwando, so every friday he will at home. may be. dunno the result yet. bila dia balik show him how concern his sister. asked whats happening. he tells his experienced. he introduced Muqaddimah term. cuma, petang-petang waktu main bola terasa kosong tanpa Junaid. it weird when ali play sorang-sorang dengan gu dia. the third brother grown up.

for the second brother, yang tunggu result SPM tu asyik dengan kereta. so, there the reason i no need to go out. and enjoy myself stayed at home wasting time with nothing. ha-ha. anak muda kata nya. darah panas. let him be. but sometime he bring he friends back. i dont mind. at least, when his friends around jadual harian dia jadi awal sikit. tak da la orang compete with me who wake up latest. ha-ha.

well, muhammad and ali. walaupun dua orang masih peningkan kepala. but i just enjoy with them. eat together in the same plate. kalau muhammad tak mengada ajak makan sama-sama or ali makan tak habis. makan dengan mereka tak apa. best.  jimat. i just eat what left. since i dont each much this day. or these boys waktu tido. still ask me temankan mereka. mereka penakut. kalau nak main komputer atas kayangan ni pun minta teman. cuma, i still can not handle their laundry stuff. even umi bising boys will be boys. sigh.

that's how i play kakak's role. 

with umi pula, i tell another story. best punya. hari tu umi shopping gila-gila beli kain nak buat baju. adalah 3 pasang for her and one for me. jadikan cerita, kain tu kain kosong. so umi send kain tu untuk jahit manik. the best part when tukang jahit manik pun naik gila tengok kain tu habis la dibuat segala pattern manik tu which is tak lulus  piawaian oleh penguatkuasa ayah. as we expected lawa sangat. but my baju simple and nice. he-he.

kalau pun kene marah or kene bebel dengan umi, senyum dan ia sahaja. that's tip. umi tired enough with her work. so, kalau kene marah means taks given by umi tak dibuat dengan baik la jawab nya.

oh yes, i havent finish kemas rumah as muhammad asked me. slowly i will, adik. dont worry.

so, the life of 2013. to much thing to do yet i feel lazy. masih mahu bermalasan.

Monday, January 14, 2013

jin and demons

biasanya kalau cerita pasal makhluk ghaib pada kawan yang bukan muslim, sama ada mereka tidak percaya tapi takut.

sebelum ini ada senior mintak cerita hantu. lalu saya berhikayat. dia tanya tak takut ke? saya jawab entah. takut la juga. sikit je. dia kata nasib baik saya cerita waktu siang kalau malam memang dia tidak tidur malam la.

lagi, ada satu semester pertama saya ada kelas sampai malam. mintak kawan temankan balik. balik berjalan. rumah dia lagi dekat dengan taylor's berbanding saya. sambil berjalan sambil dia cerita hantu. dia bergurau. tapi dia kata saya tak perlu takut jalan malam. sebab orang tengok saya mungkin akan ingat hantu. kalau saya pakai hitam seluruhnya atau pakai putih. orang akan takut kacau saya dari saya takut orang kacau saya. gelak.

tapi pada akhir semester hari tu, saya bercerita tentang makhluk ghaib pada seorang teman sekelas-secourse yang baik. saya hanya bercerita. tetapi reaksinya seperti saidina abu bakar percaya perjalanan rasulullah -isra' mikraj. dan kami berkongsi cerita. dia kristian. dan dia kata kitabnya menyuruhnya dia percaya pada benda ghaib. saya kagum mendengar ceritanya juga. cuma nasibnya, perkara ghaib atau cerita pasal jin or hantu tidak berlaku kepadanya. namun dia pernah melihat kejadian depan mata.

ingin saya hadiahkan buku pasal jin. supaya dia faham pasal jin dan perkara ghaib.

dia telah beriman salah satu daripada rukun iman. kalau cukup semuanya bermakna dia beriman tapi tidak muslim. harap dia temu islam nanti.

Thursday, January 10, 2013

infaq harta

nasihat dari naqibah. belajar untuk berinfaq. setiap hari sekurang-kurangnya rm1.

nak amalkan rm1 tu susah. sebab sangat rare nk jumpa orang. lalu saya belajar setiap kali dapat elaun dari umi ayah saya cuba infaq. tak kira berapa amaunnya tetapi cuba berinfaq. sebab rezeki tu ALLAH bagi. dah tertulis dalam surat cintaNYA. bila berinfaq, ALLAH akan gandakan rezekinya.

kakak sulong cerita infaqnya. pelik didengar tapi dapat rezeki tak disangka.

cerita saya bukan nak tunjuk amal. tapi nak kongsi. SAYA. tak pandai nak infaq. susah nak infaq. tak tahu nak infaq. sekarang belajar nak berinfaq. nak bagi palestine banyak-banyak tak mampu. sebab selalu pikir diri selalu tak cukup duit. bunyi kedekut pun ada disitu.

bila dapat nasihat. bila baca kisah sahabat. saya cuba cairkan tabiat itu. cuba cairkan tembok susah-tak-pandai-tak-tahu-nak-infaq tu.

kisah sahabat. bukan abdul rahman bin auf sahaja yang infaq hartanya. sahabat lain turut berinfaq cumanya abdul rahman bin auf memang terkenal dengan sifatnya yang dermawan.

ada satu kisah. nanti saya tambahkan di sini. perlu rujuk sumber terlebih dahulu sebelum saya ceritakan di sini.

kisah infaq saya yang saya ingat.

kerana hari tu hari penting. tiada pilihan saya naik teksi. saya tahu teksi kawasan subang susah nak jumpa teksi meter. saya redah saja. rezeki. betul-betul rezeki. ALLAH mudahkan urusan. naik teksi pakai meter. lalu saya bila saya bayar. saya katakan pada pak cik teksi "bakinya pak cik simpan." 

kisah lain kerana kasih sayang, saya belikan dia nasi lemak.saya belanja dia makan. dia mungkin tidak terkesan. tapi saya. GEMBIRA.

lain lagi, bila rasa duit banyak terus saya belanjakan mereka makan pizza.sebagai kenang-kenangan. puas hati.

tapi. ada yang tak paham maksud infaq. dengan hutang. serta tanggungjawab.

maksud tanggunjawab di sini bila kita berkongsi bayar. bayar makan. bayar bil. bayar sewa.

nak lari tanggungjawab buat infaq. lari hutang buat infaq. malas nak explain. tak da contoh nak bagi.

cuma nak ingatkan. tanggungjawab tetap tanggunjawab. hutang wajib bayar. infaq digalakkan.

jangan tunjuk baik dengan berinfaq kalau zakat pun tak bayar.

Monday, January 07, 2013

running man dan kasih sayang

ok, mood blog telah datang, marilah menulis dengan gembira.

cerita ini cerita ketika ribut 3 minggu itu.

kisah 3 minggu itu adalah dimana berkampung di studio yang besar sorang-sorang.

lalu ketika minggu ke-2. ada seorang classmate yang tak pernah kami berbicara langsung stay di studio untuk 2-3 hari. kenapa tak pernah berbicara? sebab selalunya tak meet studio group. tak pon tak meet subject tutorial. kalau time lecture dia bersama geng dia.

sem terakhir ini. kami dapat studio. dedicated studio. yang mana kami boleh buat macam rumah kami sendiri. dia dalam group studio ini besama saya. maka kami berkongsi studio. begitulah perjalanan ceritannya.

lalu, satu malam dia bertanya tidak kisahkah saya kalau dia pasang lagu kuat-kuat. studio kami lengkap dengan audio system and projector. saya, ok saja.

dia tanya lagi, saya minat k-pop tak?

kata saya lagi, tak minat tapi dengar juga. tahu serba sedikit. layan la.

seterusnya kami bercerita tentang lagu dan drama korea. truly, she korea drama and song lover. she even know old drama that we (malaysian) never introduce - play in tv. to tell how she die-hard-fan, she eat korean cuisine. she know korean food.

so, that night me and her watch running man together as to release tension. i had enjoy day with her. tengok pakai projector macam tengok wayang. tutup lampu siap. cuma tak da popcorn sahaja. seronoknya malam itu.

well, sejak muhammad pandai dengar lagu korea saya stop dengar lagu korea. means search by myself. if i happen to listen in radio or played by frens or share by friends, saya hanya melayan.ketika itu, saya hanya melayan running man sahaja.

namun, bila terjadi taaruf kami dengan runningman. saya cuba mengambil baiknya melayan k-drama. at least i know how to talk with friends who k-pop lover. plus, this fellow is not muslim. so i need to learn how to do dakwah at the same time. cuma bila layan korea tu jagalah masa. ini kerana selalu kena warning dengan umi. aiseh. susah tau kalau da lekat layan korea. kena kikis la tabiat begitu.

setelah itu, maka kami sedikit rapat dan boleh bertegur hai dengan riang. sebelum ni pernah juga bertegur tapi tiada kasih sayang di situ.

ini antara kasih sayang yang saya temui dalam ribut 3minggu itu. there another more i to keep in this blog. :)

Sunday, January 06, 2013

pertama di januari

wal-la. sebelum tamat 2012 tu berpuasa dari online semata-mata tak nak bayar bil.
kemudianan kepuasan menghitung hari nak balik. urusan marah-amukan tu belum selesai lagi.

alhamdulillah. dah balik rumah. ya, rumah beka de casa yang terchenta.

perancangan terpenting : bercuti sehingga februari sebelum memburu kerja.
resume tak buat lagi. nak kene masuk dalam to-do-list ni.

projek tengok drama korea innocent man sudah selesai dalam masa dua hari. umi dah bagi aura warna oren.

projek seterusnya download movie sebelum adik-adik tersayang minta nk re-tengok balik movie sebelum ni. malas nk copy paste. 2 dah siap. ada lagi 3. buat masa sekarang.

projek bakal berlaku mini library online keluarga kami. mesti buat bila mana tersilap beli buku dua kali. buku sudah dibeli hilang entah ke mana. sekarang ni dah pening tengok novel-novel. banyaknya ya ALLAH. tak mustahil suatu hari nanti kami bukak public library. a dream to be come true. yeah!

cerita menarik sampai tanah-selalu-banyak-air- bila-tiba-musim-tengkujuh ni. adik 13 tahun tiba-tiba tak nak duduk asrama katanya "nak pindah sekola" bila kami bukak file case macam ni ada terjadi pada abangnya yang jauh di Jordan. gelak. kita tengok seminggu-dua ni. kenapa? nnt kemudian kita cerita panjang.

ni cerita adik 7 tahun naik darjah satu. demand-nya macam-macam. mintak kakaknya kemas rumah sempena hari jadi. "sempat ke nak kemas sebelum hari jadi adik?" haila. ketawa. si kakaknya membalas "sempat la,macam tak biasa kerja-kerja cinderella macam ni" cerita lain pula, tiba-tiba ajak jadi rakan niaga. "nak niaga apa?" 
"coklat, aiskrim dan lain-lain"
"kat mana?"
"kedai sayur (update: depan rumah datuk)"
"siapa nak niaga"
"adik la. lala tolong jaga"
"sekola?"
"niaga jumaat dan sabtu je. sebab adik cuti dua hari"
tepuk dahi. gelak.

itulah imaginasi kanak-kanak yang kami sekeluarga biarkan ia berkembang dengan baik. biarkan dia dengan imaginasi. kami percaya dan kagum dengan pemikirannya. memandangkan ada kakak yang berada di rumah tidak mustahil ada bermacam perkara yang menarik berlaku yang bakal diterokai bersama. senyum. mari menikmati kehidupan ini.

cerita menarik lagi, bila adik 10 tahun dan 7 tahun ni belajar pakai FB. kat alam nyata dah sah-sah memang selalu gaduh. ni dalam dunia FB, chatting pun gaduh jgak. gaduh apa? lawan emoticon sh*t. gelak.

itu cerita 3 adik. harapnya meriah la. since i;m the only daughter yang kene melayan karenah-karenah adik kecil ni.

cerita yang menarik yang saya mahu kenang pada 2012 bakal menyusul nanti.

3 jan - berlari bersama angin itu telah kutinggal kenangan sakit di situ bila tiba hapus air mata aku tersenyum gembira. hujankan rahmat. selamat kembali.


Saturday, December 22, 2012

home or suicide

for this 3 weeks. dikejar dengan kesibukan sehingga pada minggu terakhir merasakan tidak sempat untuk berjalan pulang menukar baju.

studio. studio itu menjadi saksi usaha insan kerdil itu.
setiap saat merasakan terlalu berharga.
alhamdulillah masih mampu menjaga makan dan ibadah.

pada minit-minit terakhir hati makin berdebar.
saat penyerahan tugasan.
kaki berdiri tegak. mulut melantunkan suara. bibir menyusun ayat-ayat terbaik dengan penuh debar.

hanya satu soalan.
air mata menitis laju.
sehinggakan ia tidak mahu berhenti.
seperti beban terangkat perlahan.

hanya menanti keputusan yang entah.
rusuh di hati masih belum.
ya ALLAH permudahkanlah.
 beban yang dinanti masih tergantung.
hanya Engkau yang mengetahui.

 perasaan ini masih kacau-bilau.

Sunday, December 02, 2012

akhawat

karnival hari kanak-kanak. permai villa. disember.

terimbau kenangan. waktu pertama menjejak tanah subang jaya. kosong. keliru.sesat.

saat-saat didatangkan ujian terbesar. mereka.sentiasa ada. ada secara langsung atau tidak.tanpa sedar hati ku dan hati mereka bersatu dalam rahmat kasing sayangNYA. bahkan saat hati-hati ini terpisah cepat saja merindui mereka.

tahun pertama. adalah tahun yang menguji. keseorangan menghadapi segala cabaran dan ujian. dari segi belajar. dakwah. kehidupan di taylor's terutama. air mata tidak pernah kering. mencari kekuatan. kekuatan dari mereka. tanpa sedar mereka telah menyalurkan kekuatan mereka padaku. belajar menghadapi segala ujian bagai dari mereka. sungguh mereka. lalu, hati berkata "aku ingin kuat seperti mereka"

terutama naqibah [sanah helwah my second naqibah. :)]. sentiasa memberi telinga sebagai tempat untuk mencurah isi dada. segala lelah yang dilalui. bersama teman usrah. kerana mereka. tidak pernah terlintas untuk menjauh. malah teringin mendekat dengan mereka. malah mengutamakan mereka dari segalanya. begitulah hati-hati mula terpaut.

tahun kedua. hati ini mula selesa dengan mereka. merasa manis melihat wajah mereka. merasa beruntung mengambil langkah. merasakan sungguh indah perjalanan yang disusun Maha Pengasih. ujian ini sebenarnya ada pelangi disebalik hujan. meneruskan istiqamah dalam journey menuju cinta Maha Penyayang.

kerana hati-hati mereka yang penuh cinta, hati ini juga mula bersedia memikul tanggungjawab dalam menyatukan hati-hati yang ingin dekat Rabbnya. sedangkan tanggungjawab ini bukanlah tanggungjawab yang ringan. indah. yang kurasakan. indah yang kulihat.

tahun ketiga. tahun terakhir. ujian itu tiada timeline. bahkan ujian yang ALLAH sediakan haruslah diterima tanpa berkata TIDAK. kerana ujian adalah berdasarkan kemampuanku. menangis. pahit. namun kerana jalan yang dilalui ini adalah untuk cinta pada Sang Pencipta. aku menoleh pada tahun-tahun yang telah aku lalui. mereka itu adalah kekuatanku sebelum ini. lalu, seperti teguran. mereka juga aku lihat sebagai contoh. betapa besar hati mereka dalam jalan ini. korban mereka bukan saja dari harta bahkan keluarga dan masa.

sehinggakan aku bertanya pada hati. apakah aku mampu berbuat seperti mereka? lihatlah. belajarlah. ambillah pengalaman dari mereka. agar hati kau juga besar seperti mereka.

hari ini, i'm work together with them. aku yang muda. dengan semangat yang membara. belajar hikmah dari mereka. sungguh mereka itu indah. mereka itu manis. mereka itu bernama akhawat.

Friday, November 30, 2012

indah namanya

bulatan gembira itu berbicara tentang 10 sahabat dijamin ke syurga.

1. abu bakar as-siddiq.
2. umar alkhattab
3. uthman bin affan
4. ali bin abi talib
5. talhah bin ubaidillah
6. saad bin abi waqas
7. said bin zaid
8. abdul rahman bin auf
9. zubair bin awwam
10. abu ubaidah al jarrah


ada akhawat menamakan anaknya Talhah. Talhah yang garang. usik sikit mesti dia cubit. Talhah yang manja. nak minum minta pada uminya. uminya bercakap dia sibuk cari perhatian. itu Talhah kecil. Talhah zaman sahabat Talhah yang hebat. Talhah yang digelar Syahid yang hidup. kerana beraninya dia ketika perang Uhud. 70 luka dibadannya. itu baru satu kisah satu sahabat.

belum lagi bercerita tentang Khalifah Pertama - Abu Bakar. dari awal Islam sehingga Madinah menjadi Negara Islam. Khalifah As-siddiq - membenarkan. melewati kisahnya terasa cemburu betapa dekatnya dia dengan Rasulullah. bukan sahaja sahabat tetapi juga mertua Rasulullah.

tambah pula Umar al-Khattab sikapnya garang tetapi gelarannya terkenal dengan al-farouk.

manisnya Uthman bin Affan kerana malunya. sehinggakan Rasulullah turut berasa malu dengan nya.walaupun pemalu dia tetap digelar dengan zunnurain kerana mengahwini dua puteri Rasulullah.
 
dan sahabat-sahabat yang lain. tak mampu nak tulis semua.

reflect diri. 10 sahabat ni masih lagi tak ingat. sahabat-sahabat lain lagi la..

cukup la hari ni mode membebel!


Wednesday, November 28, 2012

lapang dada.selfish.memaafkan.

masalah yang besar sedang menari-nari dalam otak.
melantun-lantun idea sebagai jalan penyelesaian.
tapi tak semua mampu dilakukan.

ada satu kejadian telah berlaku. antara seorang saya dengan seorang kamu. berlaku sedikit kegelinciran dimana hati seorang telah terguris. tidak. sebenarnya kedua-duanya sedang mengalami masalah hati. kalau tiada masalah hati tiada la berlaku insiden ini.

lalu, seorang saya dan seorang kamu bertemu muka ke muka untuk berbicara hati ke hati.

lapang dada.

kata kamu, saya perlu bersikap lapang dada.

saya terima. tapi dalam memahami sebuah ukhwah adakah kamu cukup taaruf pasal saya. taaruf permulaan sebuah ukhwah.

ya, serendah-rendah ukhwah bersikap lapang dada.

hati saya lapang menerima teguran kamu. tapi adakah hati kamu sudah lapang untuk menerima teguran saya?

selfish.

kamu pesan pada saya. simpan dalam otak baik-baik. manusia semua sama. masing-masing sellfish.

well, saya berfikir. tidak. saya tidak setuju. ya, mungkin dunia dan isi sekarang bersikap selfish.

namun, saya lewati kisah-kisah para sahabat. sedikit. sedikit pun tiada diantara mereka bersikap penting diri sendiri. kisah hijrah. ansar dan muhajirin. muhajirin yang tiada apa-apa ketika tiba di madinah lalu ditawarkan oleh ansar, pakaian, rumah harta bahkan isteri mereka sanggup diberikan pada muhajirin.

lagi, ingat lagi kisah para sahabat yang pergi berperang. 3 sahabat yang saya lupa namanya. saat- saat diberikan air, sahabat pertama ingin meminumnya namun terdengar sahabat kedua meminta air lalu didahulukan pada sahabat kedua. kemudian saat sahabat kedua ingin meminumnya terdengar pula sahabat ke-3 meminta air. lalu didahulukan pada sahabat ke-3. masing-masing cedera parah.  malah sahabat ke-3 tidak meminumnya kerana mendahulukan sahabat yang lain. syahidlah ketiga-tiga sahabat hanya kerana seteguk air.

baru dua kisah. belum lagi saya tuliskan tentang kisah sahabat lain. Hati mereka sangat besar.

kalau kamu berbicara tentang lapang dada. dan kamu ingatkan saya tentang manusia ini selfish. manakan mampu kamu untuk naik ke tahap ithar iaitu melebihkan sahabat dari dirinya sendiri.

tingkat-tingkat ukhwah itu lapang dada dan ithar. lapang dada dan selfish tidak mungkin berlaku. bahkan selfish tiada dalam 10 muwasafat tarbiah. memaanfaatkan pada orang lain itu bukan selfish. ingatlah.

memaafkan.

saya tahu kamu masih lagi terkilan dengan saya. yang mampu saya katakan maafkan saya. pilihan kamu untuk memaafkan saya atau tidak.yang pasti urusan saya dengan kamu sudah selesai.

ingin saya katakan bukan kamu sahaja rasa sakitnya dalam hati itu. saya juga.

namun saya sedar, saya harus memaafkan kamu walaupun tiada maaf dari kamu kerana bagi kamu, kamu tidak bersalah. mungkin. siapa tahu.

kalau lapang dada sahaja masih belum cukup kalau kamu masih belum memaafkan saya. adakah kamu tahu kuasa memaafkan orang?

orang kata ada setengah perkara perlu dirahsiakan. tapi ada perkara harus diberitahu. walaupun terlambat.

p/s: rasa macam hilang sense of bercerita. may be i missed my home. 3 weeks more to go!

Sunday, November 25, 2012

kereta api

pernah kita merasa kita tertinggal.
tertinggal kereta api. he-he.

tak kira apa situasi. belajar. tarbiyah. dakwah.
terasa seperti jauh untuk berlari bersama-sama mereka.
tercungap-cungap. lelah.semput untuk mengejar kelajuan mereka.

tanpa sedar, rasa penat. lalu berhenti.
bila berhenti kita tidak lagi mahu berlari.
maka, tertinggal la kita di belakang.

dalam laju berlari pada awal pecutan,
kita tidak sedar. ada  yang dikendong berciciran ada yang dikejar tak dapat.
what you have now? zero. nil. nothing.

i once felt like this. please don't leave me!
then, i take this way slowly. walking. peacefully. enjoy.
without i realize, now i'm able to run faster.

once, i try to bring them together. them who with me.
taking slow journey. walking together.
but at certain time, i had to let them go.
had to say, we are not at the same level.
you not able to run yet.
i have to go. cacth me later.
see you!

peranan kita mungkin sama. tapi tanggungjawab aku dan kamu berbeza...

Friday, November 23, 2012

garisan semakin hampir

minggu ni minggu ke-11. ada 3 minggu lagi.

masa untuk improvement.
masa untuk buat lagi baik.
you still have time.
belum terlewat lagi.

kalau pintu taubat sentiasa terbuka.
kenapa tidak ambil langkah untuk memohon ampun?
senyum.

ingat lagi quote better late then never?

Saturday, November 10, 2012

cold war

kita merancang. kita menyangka. tapi tidak tahu apa yang bakal kita hadapi nanti.

november. bulan kritikal. awal bulan sudah huru-hara.

berani buat berani tanggung. that's me.

buat salah, kene mengaku.

ditegur. telan. pahit.
ditegur. bagai penumbuk. lebam. sakit.
ditegur. dilanda tsunami. lemas.

diri. diam. bertafakur.
renung diri sendiri.
dalam diam, menangis tanpa airmata. siapa tahu.

attack. ambush. i'm defenless.
she comfort me, keep silent doesn't mean you loser.
but you know where to put your pride.

may be i was wrong. totally wrong.
but disebalik yang berlaku, i've no regret.
because i believe ALLAH had a good plan for me.
HE let me hurt now, so that i know how to heal it in future.

but disebalik yang berlaku, i know myself more.
i know you more. good and bad about you.
how to deal with you.
what type of person you are.

too much thing need to improve. thank you.
i'll consider about it.
as always, in everything i do. ALLAH will answer me dengan cara tak disangka.
feel blessed, alhamdulillah.

may be i'm not good with HIKMAH way. but that's my style.
may be i give bad impression but i conclude that taaruf kita masih belum cukup.
i couldn't BERLAPANG DADA because are we good enough in our ukhwah?
i take my risk. to show you, I'M NOT PERFECT PERSON.

instead you accept my weakness, you put the blame on me.
instead you frust what i've done, you take same step like me.
we are even now. can't you see it?

do u know what is empathy?
do u know how to comfort my feeling?

no. well, i comfort myself. i have to distract myself.
go facebook. likes everything that makes me feel better.
whatever happen, i just want to say I'M SORRY.


لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
‘There is no deity but You. Glory be to You! Verily, I have been among the wrongdoers’

tambah dengan tadabbur surah ad-dhuha. then you'll feel better. senyum.

mari kita fokus dengan final project. yeah!

Wednesday, November 07, 2012

untuk 3 hari

termangu.
menghadam.

taaruf.
tafahum.
takaful.

berlapang dada.
ithar.

mana satu dulu.
tengok diri sendiri.
my bad. my mistake.
saya bersalah. minta maaf.

Thursday, November 01, 2012