Friday, March 08, 2013

angan mat jenin

hidup tak produktif. bila akhir malam siap-siap mahu tidur.niat untuk esok jadi lebih baik. tapi esoknya masih rutin yang sama. lame. lagi tak produktif bila diajak keluar susah benar. kalau boleh tak mahu tengok orang. inferior complexity. rancang nak buat itu nak buat ini. tapi tak jadi. itu hal luar rumah. hal dalam rumah sama saja.

awal-awal dulu. rancang nak ikut kelas jahit. sampai sekarang tak daftar lagi. cari contact tu pun dah amik masa. bila contact tak mesra pula. dah mula rasa malas. lepas pasal kenderaan pula. boleh je plan elok-elok. tu la. masalah komunikasi betul. bertambah-tambah malas.

janji dengan kawan nak jumpa. kata pada dia minggu depan. pastu minggu depan. dan seterusnya minggu depan. tahu-tahu dah tak ada masa. apa lagi masalahnya. malas nk keluar. kenderaan. duit. alasan. kalau dah tak da keinginan untuk semua ini memang tak jadi la.

lagi? ni tengah tolong buat projek. tu pun malas jugak ni. perlahan gila progress.

resume? pun tak buat lagi. sebab utama malas. bukan malas. tak bermotivasi. tengah tak mahu berinspirasi.

itu rutin. tapi hari-hari tetap berangan. angan-angan mat jenin.

1. library. hari tu dah progress sikit blog-library. tapi kalau seorang saja buat tak jadi. feedback pun tak da. susah nak develop. memang angan-angan la. cuma kalau imaginasi lebih. memang nak buka library sendiri. bukan tak boleh. kalau orang lain duk buat rumah anak yatim. apa kata buat library. membangun sikit minda rakyat malaysia. bukan. orang kelantan lagi spesifik. takkan nak harap dewan bahasa dan pustaka dan iklan sahaja. bahasa jiwa bangsa. tapi semangat berbuku tiada. bukak library langkah permulaan. pastu boleh buat deparment pula. pusat bahasa pula ka. pusat translate karya-karya agung. wah, imaginasi macam zaman abbasiyyah sahaja. hah, baru ingat zaman tu library tu bukan hak milik kerajaan. pastu ada variasi seni bina pula. asyik tengok bangunan pejabat, masjid dan bangunan ikon. tak ke busan malaysia ni. ni nak bagi gambar sikit supaya gambaran lebih jelas. buka mata luas-luas.

 lagi banyak dekat sini open air library

 

yang ni dekat jepun. japanese house

2.ladang kuda. selepas tengok cerita kuda. terinspirasi nak bukak kandang kuda. kat kelantan ni dah ada. persatuan pun. cuma nak menambah pemilihan tempat. yalah orang duk rantau panjang nak kena pegi gunong-bachok. jauh tu. kalau satu daerah tumpat tak da la jauh merentas sungai kelantan tu. mula-mula nak kena belajar pasal kuda. pastu kena belajar pasal jagaan dia. pastu belajar design tempat tinggal dia. yang ni pass kat ali. senang. kalau kongsi minat yang sama seronok. serahkan pada dia. cuma nak beli sekor kuda tu boleh habis belajar 1 semester dekat taylor's. fuh!

3.menulis. sekarang ni duk gila menulis. cuma idea tu la. datang merangkak-rangkak. nasib baik dah tahu ending. kalau tak da ending lagi la tergantung cerita. tak da hala. 4 idea kot nak tulis. cuma nak kena studi lebih sikit. apa, ingat tulis tu suka hati. tulis suka hati tulis tak ada ilmu.

4. butik. sebab kelas jahit pun tak mahu pergi. angan-angan ini terpaksa digantung dahulu. angan-angan ini adalah nak buka butik sendiri. bagi umi jaga nanti bersara. pergh. tinggi benar angan-angan tu. belajar jahit. belajar jenis kain. pastu nk buat design sendiri. nak buat blouse ikut piawian cop sirim ayah dan adik lelaki. design jubah yang tak da ikut bentuk dengan manik segala bagai. tabarruj tahu. tabarruj. satu lagi, nak design seluar. design seluar perempuan yang commercial tu sesuai untuk model ja. tak ikut keselesaan langsung. sakit hati tahu tak. kalau ada pun, tak mampu nak beli. sedih betul. tunggu je la yang ni. yang paling comel, boleh jahit baju anak-anak nanti. macam umi jahit baju kami 5 beradik perempuan dulu. kenangan manis tu. kenangan antara mak dan anak. cewah.

yang jual online tu pun tak sesuai dengan hati. tengok betapa cerewet. cerewet ikut ayah la ni.

5.firm. terakhir sekali, mesti lah nak bukak firm sendiri. rancang dah rancang. tapi sila tengok pada diri sendiri. lembik. jatuh gedebuk. kita cakap lain kali.

dah habis berangan. dah habis merepek pasal rutin. ingatan untuk diri sendiri sebenarnya. tengok apa yang  dah tulis. memang ingatkan diri sendiri. sedang perasan angkat bangkul.




No comments: