nasihat dari naqibah. belajar untuk berinfaq. setiap hari sekurang-kurangnya rm1.
nak amalkan rm1 tu susah. sebab sangat rare nk jumpa orang. lalu saya belajar setiap kali dapat elaun dari umi ayah saya cuba infaq. tak kira berapa amaunnya tetapi cuba berinfaq. sebab rezeki tu ALLAH bagi. dah tertulis dalam surat cintaNYA. bila berinfaq, ALLAH akan gandakan rezekinya.
kakak sulong cerita infaqnya. pelik didengar tapi dapat rezeki tak disangka.
cerita saya bukan nak tunjuk amal. tapi nak kongsi. SAYA. tak pandai nak infaq. susah nak infaq. tak tahu nak infaq. sekarang belajar nak berinfaq. nak bagi palestine banyak-banyak tak mampu. sebab selalu pikir diri selalu tak cukup duit. bunyi kedekut pun ada disitu.
bila dapat nasihat. bila baca kisah sahabat. saya cuba cairkan tabiat itu. cuba cairkan tembok susah-tak-pandai-tak-tahu-nak-infaq tu.
kisah sahabat. bukan abdul rahman bin auf sahaja yang infaq hartanya. sahabat lain turut berinfaq cumanya abdul rahman bin auf memang terkenal dengan sifatnya yang dermawan.
ada satu kisah. nanti saya tambahkan di sini. perlu rujuk sumber terlebih dahulu sebelum saya ceritakan di sini.
kisah infaq saya yang saya ingat.
kerana hari tu hari penting. tiada pilihan saya naik teksi. saya tahu teksi kawasan subang susah nak jumpa teksi meter. saya redah saja. rezeki. betul-betul rezeki. ALLAH mudahkan urusan. naik teksi pakai meter. lalu saya bila saya bayar. saya katakan pada pak cik teksi "bakinya pak cik simpan."
kisah lain kerana kasih sayang, saya belikan dia nasi lemak.saya belanja dia makan. dia mungkin tidak terkesan. tapi saya. GEMBIRA.
lain lagi, bila rasa duit banyak terus saya belanjakan mereka makan pizza.sebagai kenang-kenangan. puas hati.
tapi. ada yang tak paham maksud infaq. dengan hutang. serta tanggungjawab.
maksud tanggunjawab di sini bila kita berkongsi bayar. bayar makan. bayar bil. bayar sewa.
nak lari tanggungjawab buat infaq. lari hutang buat infaq. malas nak explain. tak da contoh nak bagi.
cuma nak ingatkan. tanggungjawab tetap tanggunjawab. hutang wajib bayar. infaq digalakkan.
jangan tunjuk baik dengan berinfaq kalau zakat pun tak bayar.
No comments:
Post a Comment