bulatan gembira itu berbicara tentang 10 sahabat dijamin ke syurga.
1. abu bakar as-siddiq.
2. umar alkhattab
3. uthman bin affan
4. ali bin abi talib
5. talhah bin ubaidillah
6. saad bin abi waqas
7. said bin zaid
8. abdul rahman bin auf
9. zubair bin awwam
10. abu ubaidah al jarrah
ada akhawat menamakan anaknya Talhah. Talhah yang garang. usik sikit mesti dia cubit. Talhah yang manja. nak minum minta pada uminya. uminya bercakap dia sibuk cari perhatian. itu Talhah kecil. Talhah zaman sahabat Talhah yang hebat. Talhah yang digelar Syahid yang hidup. kerana beraninya dia ketika perang Uhud. 70 luka dibadannya. itu baru satu kisah satu sahabat.
belum lagi bercerita tentang Khalifah Pertama - Abu Bakar. dari awal Islam sehingga Madinah menjadi Negara Islam. Khalifah As-siddiq - membenarkan. melewati kisahnya terasa cemburu betapa dekatnya dia dengan Rasulullah. bukan sahaja sahabat tetapi juga mertua Rasulullah.
tambah pula Umar al-Khattab sikapnya garang tetapi gelarannya terkenal dengan al-farouk.
manisnya Uthman bin Affan kerana malunya. sehinggakan Rasulullah turut berasa malu dengan nya.walaupun pemalu dia tetap digelar dengan zunnurain kerana mengahwini dua puteri Rasulullah.
dan sahabat-sahabat yang lain. tak mampu nak tulis semua.
reflect diri. 10 sahabat ni masih lagi tak ingat. sahabat-sahabat lain lagi la..
cukup la hari ni mode membebel!
No comments:
Post a Comment