Friday, January 29, 2010

barakallahu lakuma

petang jumaat.keluar rumah.jenguk junaidi sedang bermain bola bersama-sama gengnya.hujung padang sana.
ada khemah putih.baru ingat. esok adalah hari nya.30Januari2010.

seingat awal januari lagi. sewaktu majlis jiran,pak cik 6 & mak cik nah baru dapat cucu. si jiran-cikgu din datang bawa berita. majlis kak long- anaknya 30hbJanuari2010.

kemudian jiran selang sebuah rumah pak cik Sik pula bawa berita - anaknya bulan jun. inshaALLAH.

dan jiran sebelah rumah pula - papa ayih dan mak cik tun  - majlis akad anaknya sudah selesai bulan disember lepas. cuma majlis makan-makan aja yang belum. februari/mac nnt. inshaALLAH.

sepakat betul jiran-jiran ni. macam amik no. giliran pula.ha-ha. pastu kira-kira balik. oh, jiran hujung sana-sikit cikgu mek belum buat majlis lagi. dan rumah kami juga. wohoho.

dan 2 minggu lepas, ter-rajin bukak friendster.tgk update. ada seseorang update gamba.ok. dia dah kahwin.saya gembira walaupun dia tidak bagitahu sengaja lostcontact.akhirnya dia bahagia dengan pilihannya.

ooops, sambil makan aiskrim potong tahniah buat my uncle too.heeeeee 

didoakan kepada mereka: 

“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul Islam wal muslimin“

ameen. 

Monday, January 25, 2010

doktor cinta!?

biarkan gigi ini sakit. cari doktor.
doktor tak nak jumpa. rejected.
sila buat temu janji.




pilih yang mana kamu suka?
  
a. doktor perubatan.
b. doktor gigi.
c. doktor mata.





saya pilih C.  
err,mcm buku jaja&din pulak.
muehehehe...

Sunday, January 24, 2010

biarlah rahsia

ia berlaku seminggu yang lepas. hari isnin.hari yg meletihkan. lepas maghrib, muhammad beria-ria mahu tidur di rumah m-rani -nendanya. mata terus lelap. abaikan permintaannya itu.

lepas pukul 10 malam, bunyi enjin innova. ayah keluar. bersama muhammad. dalam hati, muhammad bukan boleh percaya sangat kata nk tido umah nendanya itu. mesti lepas sejam-dua jam mesti kebusanan then, suh tok abah call ayah - amik dia.

umah nenda bukan jauh pun. 2 minit sampai  - dengan kete.

selepas 12 tghmalam, masih tiada apa-apa. sehingga pagi esoknya. wah, berani dan tekadnya budak kecik itu tidur umah nendanya tanpa junaidi dan ali. sampai su pah dan cik tie pon kehairanan.

lalu esoknya, selepas umi bertemu ramahnya. tanya kenapa beria-ia mahu tidur sana.

jawab muhammad " sebab ayah nak angkat muhammad pegi sekolah esok pagi"

gelak besar mendengar rahsia itu. betapa nekadnya dia tidak mahu ke sekolah. adesh.

semua dalam rumah ni tak tahu cara lagi mahu pujuk dia pegi sekolah. tahu la ada dua orang peneman setia di ruman ni..

katanya lagi " nnt muhammad besar mcm junaidi, muhammad pegi la sekolah"...





doakan nanti bulan dua ni terbukak hati dia mahu ke sekolah. ameen.

Saturday, January 23, 2010

feels like saving the world

selepas entri semalam,

terjumpa satu lagu...
feels like saving the world - outlandish.
kalau nk dengar sila cari sendiri..

persoalan cuba mencederakan diri sendiri -bunuh diri masih bermain dalam minda...
selamatkan orang yang cuba bunuh diri rasanya macam dah selamatkan dunia..
selamatkan dia dari seksaan neraka..
selamatkan dia dari mati sia-sia..
selamatkan iman dia...
selamatkan aqidah dia..

pilihan ditangan kita..
sama ada save the world or killed the world..
banyak cara untuk selamatkan dunia..
pemahaman selamatkan dunia pula subjektif.

sebab selamatkan dunia ini kan tugas kita sebagai seorang muslim - khalifah.
selain kita beribadah kepada ALLAH..

sedar atau tidak, kita mungkin sebenarnya ada melakukan kerusakan di muka bumi..
sama juga seperti killed the world..

pilihan sentiasa ada ditangan kita...

Friday, January 22, 2010

keep holding on



kalau nampak orang cuba bunuh diri depan anda..
apa yang akan anda lakukan?
 bagaimana nak pujuk dia supaya tidak melakukannya?


rasa sangat syukur sebab masih dalam nikmat iman dan islam
ALHAMDULILLAH..

Monday, January 18, 2010

straight through my heart

merapu lagi...

bila tak ok,
semua nk benda nk dipersalahkan..
semua benda jadi masalah..
terus putus asa..
terus jadi malas..
kalau boleh mahu tido saja...
harapkan ia hanyalah mimpi...

satu pagi,
bangun tido...
bukak buku Don't be sad..
cari inspirasi...
bukak secara rawak..
keluar tajuk.. they agree on three points.. 

1. one should have a close relationship with ALLAH.. [Quran 19:65]
- kita harus mempunyai hubungan dekat dengan ALLAH 
2.one must close the files of the past.
- kita harus menutup fail-fail masa lalu.
3. one should leave future alone. [Quran 28:39]
- kita harus meninggalkan masa depan sendirian

jadi, selepas membaca yang ini..
memang terus buat apa yang sepatutnya.
terus tutup buku-buku memori daun pisang itu..
terus berhenti bermimpi.
yang pasti, cuba kekalkan untuk no. 1 itu.


cuba sibukkan diri.
dua-tiga hari ni,
buat kerja-kerja yang agak gila-gila. 
search lagu kuat-kuat di youtube habis bising satu kampung
pastu uji kegedikan diri  habis sakit badan. padan muka.

sekarang ni rajin sangat buat kerja-kerja mengelap.
lap lantai. lap tangga. lipat baju. kutip semua baju tersadai atas lantai kemudian basuh x kira lah pakai ke tak lagi. nnt kipas pulak. oh, tandas! eh, buku dalam kotak...

biasalah rumah orang ramai. selalu bersepah sana-sini.tapi 2-3 hari ni keadaannya agak terkawal sedikit. 
lagi, sangat rajin tolong sepupu ayah buat jadual waktu dan jadual bertugas mengikut kekreatifan dan bahan-bahan yang ada.

lagi, berdating dengan muhammad. biarpun dia meraung-menjerit-mengamuk mahu pergi ke rumah tok ma mahu main dengan sepupunya si kasyfi tapi buat-buat tido atau tak dengar sebab tak nak bukakkan kunci pintu supaya dia terus menemani di rumah. heh! tu lah sapa suruh tak nak pergi sekolah. ada unsur-unsur sedikit kekejaman di situ.

petang-petang melepak di rumah ucu sambil makan biskut beras + cuci mata. errrr..bukan. disebabkan rumah ucu itu mengadap jalan jadi nampak lah orang yang lalu-lalang. tapi amat mengecewakan. setiap yang lalu itu diberitahu sudah berpunya biarpon umur baru 13tahun. oh, umatku dikampung...


inilah aktiviti orang yang terlalu banyak masa lapang.
internet 24/7. lagi haru. kalau boleh tak mahu tido sebab nk beronline.
tapi sekarang ini terasa agak kebusanan dengan internet.
bukak facebook. main game.FARMVILLE.tak ada yang lain.
YM jarang-jarang bukak. mode: unfriendly.
bukak google reader. baca subscribe blog. 
dan PLURK! semestinya.
jugak youtube. search la apa-apa yang terlintas difikiran.
itulah rutin bila online.heh.


bila time tido.agak susah sedikit.
ada masalah tido tidak lena-lena.
tido memang tido tetapi akan terjaga setiap jam.
pastu, lagi-lagi bila ada kes kecurian kebelakangan ni.

terus tak boleh nk tido kalau tak capai jam 3-4 pagi.
oh, masih trauma dengan itu. tragedi 4jan2009.
solution: bila nk tido pakai stokin.tarik selimut.dan lena.
tapi, masih lagi jadi masalah. ia teramat lena sampai susah nk jaga. adesh.

tapi tolong. tolong. tolong sangat-sangat.  
jangan tanya. tanya apa-apa tentang apa yang berlaku. 
tanya apa-apa about myself 
jangan tanya soalan yang macam anda sangat-sangat mengambil  berat tentang diri ini. like you care
if  you read my blog then you know me.







ok.cukup. the end.
this is straight through my heart..


Saturday, January 16, 2010

mimpi yang sempurna



suka tengok langit biru.

suka pada angin juga.
angkat tangan dan buka ruang antara jari-jari..
rasailah angin yang melalui antara jari-jari itu...
^_______^

suka pada angin malam yg sejuk.


sebenarnya..
mahu sangat update blog
tapi...
apakah yang patut diisi..
jadi...
inilah yang di rapunya..




oh, ini bulan januari.
hari ini 16 januari..
si muhammad sudah genap 4 tahun.
tapi..
dia masih tidak mahu ke sekolah..
adik,
harus bagaimana lagi harusku pujukmu supaya ke sekolah?
pesanan untuk muhammad,
macam adik selalu nyanyi la..
please,please, kamu jangan nakal..
^________________^

ultahultahultahultah


oh,lagi..
mahu tukar status di facebook..
tapi..
tiada yang sesuai..

feeling like falling in love with ali akmal
and have a date with muhammad...
senangnya1cintaooohcintasenangnya1



orang kata kita serupa.. :)



kamu tidur tidak seperti kamu benar tidur..


Monday, January 11, 2010

down

the other side,
i'm not OKAY.
I don't know what to do...
what I see, it's so dark..

keep praying...

oh ALLAH,
naega mwolhaeya hanayo?
dō sure ba ii desu ka?

Que dois-je faire?




show me the right path,please..
crying won't solve any problem..
please be strong..




if you are sad
people around you will feel very bad too..
please..

Wednesday, January 06, 2010

samurai high school

ini ada lagi gambar sesi persekolahan 2010.

umi  agak senang sekarang  sebab sempat sediakan sarapan.
sejak harga makanan di kantin sekolahnya sangat mahal. jadi, umi rajin bangun masak pagi-pagi.




nasi goreng kegemaran abe ngoh.



 lauk bekal umi...



 ini untuk ali &muhammad.



kuning.
 tahun ini, pria kacak ini sudah boleh bangun awal dan boleh siap awal. ^_________^
ready to school.



 biru.
trip pertama dengan ayah.
harap-harap tahun ini kurang skandal.
dia ada peminat perempuan.



putih.
pagi,kalau x buat cerita x sah.
kalau cerita di sini nnt malukan ali pula. *tepuk dahi*
oh, ali!!!

perasan tak:baju seragam tahun ini ada macam-macam warna...^______^



antara sebab-sebab ali selalu lambat.
kalah orang perempuan.



ini juga.
pakai dalam kereta pom boleh kan?
nasib baik, buku sekolah sudah kakaknya  susun awal-awal.



trip kedua dengan umi.
muga-muga umi tidak telat!

muhammad pula masih tak mahu ke sekolah.
kene tukar strategi ni...

p/s: ho-ho. kali ini semangat sikit.edit gambat sikit-sikit saja.

Monday, January 04, 2010

high school musical

permulaan 2010 ...
tinggal 5 brother yang bersekolah...
bila hitung balik..
wah, mereka makin membesar..

ini dia profile 5 pria terhebat: 



6. cik ahmad -16tahun
masih di MTAQ, pulai chondong.
 katanya nak pindah skolah. bila? *jeng jeng*





7. cik abdul rahman - 15tahun
masih di SMI AMAN, binjai.
(woot) PMR la tahun ni!

perhatian!!!!
kedua-dua gambar ini sengaja diletakkan gambar kabur..untuk tidak mempertontonkan
KEKACAKAN wajah mereka. wakakakaka






8. cik junaidi - 10 tahun
masih di SRI AMAN, kota bharu.
baru di lantik jadi pengawas.
peperiksaan akhir tahun lepas dapat no 1 setelah lama memegang no 20. ha-ha.
akhirnya lompat masuk kelas atas.
makin besar makin berisi





9. cik ali akmal - 7 tahun
mengikuti abangnya junaidi ke SRI AMAN juga...
ayah kata kalau nk basikal kene pandai baca buku
tapi dia sangat la MALAS..
 degil




ni muka tersenyum masa dalam perjalanan nak pegi skolah..
sebelum nak pegi sekolah..
banyak ragamnya
konon nak mandi dengan JUNAID..
tapi junaid tak nak..
tengok junaidi sudah mandi
berebut tuala dengan junaid pulak...
budak ini...




ini tag nama dia... ^______^





10. cik muhammad - 4tahun.
panggilan: abang besar. perasan
sebelum ni di nursery panggil teacher.
masuk TADIKA IMAN, panggil cikgu plak.





lukisan muhammad.
err...
gambar muhammad warnakan, sgt kreatif
ketika pergi kenal skola,
ini aktiviti yang di lakukan.
a - abu ada ayam aaa
sewonok blaja lagu tu..
ada lagi..
i - itik ikut ibu iii

dan
u- ular usik ulat uuu
tapi ulat dia hilang ke mana entah...





bila sekolah dah bukak.
beg siap. duit di tangan. tapi...
dia tak nak pegi sekolah!

hari pertama sekolah,
soalan: kenapa x nak pegi skolah?
jawab: sekolah muhammad cuti!!!!

hari kedua sekolah,
nak pegi sekolah JUNAID..
sekolah junaid depan sekolah dia saja..
tapi dia tetap tak nak pegi skolah..
aigoo..
syndrome apakah ini? 


selepas balik sekolah :

 

 susah betul nak suh tukar baju...


 
emmm..
yang ini ada macam tauke cina tak?
hehe

p/s: gambar sengaja tidak diedit. kerana dekstop mengalami syndrome LEMBAPMACAMSIPUT harap maaf.

Saturday, January 02, 2010

stairway to heaven

bicara buat mu...

kau marah aku
kerana aku bukan seorang pencari
kau marah aku lagi
dan masih menyuruh aku untuk mencari
tetapi bukan aku tidak mahu mencari
aku bimbang kerana aku tahu apa yang aku cari
lain pula yang aku temui

aku mahu kau tahu
aku adalah seorang yang peganglah tanganku 
dan bawalah aku bersama

iya, akhirnya kau bawa aku ketika kau temui aku di persinggahan jalan
tapi aku kecewa
bagi kau aku adalah beban yang memberat di bahumu
sanggup kau mengganggap aku begitu...

kau umpama keretapi yang memecut laju
lalu aku tercampak di pertengahan jalan
kau tidak bisa berundur untuk bawa aku bersama
kau tinggalkan aku
tetapi aku masih perlu teruskan perjalanan walaupun ia sangat perlahan

di perjalanan perlahan ini
aku seronok menikmati suasana yang aku lihat
sedangkan kau deras meninggalkan aku  terlalu jauh
hingga sukar untuk aku capai pada kau aku penat
kali ini aku berhenti di sebuah petempatan

namun, tidak sekali aku sangka kau kembali
kembali untuk membawa aku bersama kau
tetapi sisa sakitnya yang ditingalkan kau dulu masih terasa

kali ini, marilah! cubalah!
kejarlah aku kalau kau mampu
biar kau sendiri mengerti
rasa sakit dan pedihnya berada jauh di belakang
sedangkan aku masih ingin bersama kau
dan rasailah lelahnya aku untuk mengejarmu suatu ketika dulu...

dengarlah,
bukannya aku tak mahu ikut
tapi ketika aku sedia untuk kau pegang tanganku
aku dengan rela cuba untuk mengikuti cara kau
tapi kau sanggup lepaskan aku...

sekarang, aku mahu lihat
apakah kau mampu menangani aku atau tidak lagi inilah caraku
bersedialah dengan permainanku ini..


bukan kau seorang ingin jadi hebat
tapi aku juga punya perasaan yang sama...

















dariku,
mencari hati yang hilang...