Saturday, February 09, 2013

fall february

duduk. berhenti. rehat. ambil nafas.

untuk waktu ini. untuk dia melihat. merenung dirinya sejenak.

berita sedih atas berita gembira.

dia harus menerima. dia memujuk diri sendiri. salah orang hanyalah 1% sahaja 99% adalah silap dirinya. untuk melihat jauh ke hadapan dia menutup pintu tersebut. kerana bila tiba masanya dia akan melangkah ke pintu itu. sekarang ini waktu dia memantulkan kesalahan dan kesilapan dirinya.

ada sesuatu mengapa perkara itu terjadi. sesuatu yang dia sebenarnya tahu. tetapi dia butakan mata dan hati.
dalam senang itu ada gelisahnya. ada yang kurang. yang kurang itu perlu dia perbaiki sekarang sebelum dia melangkah lebih jauh. jauh lagi tersasar.

failed.dosa.ampun.taubat. dia insaf. mungkin sekarang dia belum bersedia. namun siapa tahu nanti.

dia harus cepat bertindak. tak mengapa dia berhenti sekarang. berhenti untuk dia melihat jalan yang patut dia ambil. dia perlu betulkan halatujunya. 

yakinlah ada yang baik sedang menanti dia. benarlah. tertutup satu pintu banyak pintu lagi yang terbuka. sudah diberi peluang. namun dia mendapat peluang. bukan kah itu rezeki.

namun, hatinya belum besar. sebesar hati Bilal yang mencintai ALLAH dan rasulnya saat dadanya diletakkan batu yang bisa menghancur tulang dan isi dalamnya, lidah masih utuh menyebut Ahad, Ahad, Ahad. sebesar hati umm sulaim untuk mengkhabarkan syahid anaknya pada suaminya. hati belum sebesar itu menerima ujian kecil yang menimpanya. kerdilnya dirinya. malu.

No comments: