Wednesday, June 25, 2014

jurutera hati saya

saya curi tajuk buku novel.

ada hari saya tidak bawa kereta. kemudian saya dapat arahan untuk ke MPS.

mendengar arah tersebut hati berkata"sudah..." tak sempat untuk saya katakan "err, bos, saya tak ada kereta utk beberapa hari ini" kerana tahu urusan untuk sangat segera dan penting. dengan pasrah, saya usaha.

maka, malam sblm hari kejadian. bos kata " awak pegi sendiri tau. nnt jumpa mereka di sana."
mereka itu adalah iche Tee, Mr Vee dan Sir Cee.

pada hari kejadian, saya selesaikan urusan saya dahulu. kemudian baru berhubung mereka. di sini awal-awal perlu saya igtkan diri sendiri. sila top up dan pastikan telefon masih ada 50 % kerana biasa waktu tersebut akan mengalami kejadian sibuk mcm hari raya.

"Inche T, sy di sini" text saya. dan dia membalas. "sy di b,"

lalu, setelah sy uruskan perkara sy maka ketemu mereka. ha-ha. saya expectation berbeza. sejak bekerja ini sy mengalami kecelaruan personality barangkali. saya sangka T adalah V dan sebaliknya. T itu mulutnya manis. saya senang. V pula muda dan kacak.

"umur kamu berapa?"

aduh. malas nya nak bgtau. " 26"

"betul? saya ingatkan kamu 18," ku agak dah.

begitu juga V. ramah dia menegur.

tapi ada kejadian buat saya senyum dari pipi ke pipi. abaikan.

hari itu sahaja 2 kali saya ditanyakan pasal umur.

saya jadi kelu. bagaimana untuk saya bereaksi bila ditanyakan umur. nampak terlalu muda. hu-hu.