malam ke-2 terawih hanya di rumah. lpas iftar, solat maghrib rasa letih. tidur tak sempat tunggu isya'.
pkul 3 tersedar, bangkit solat isya' dan terawih. sambil nak tunggu sahur, sempat habiskan juzu' 30.
untuk hari ke-2 puasa, alhamdulillah masih dapat bangkit sahur. menu sahur hari ke-2 buat lain sikit. he-he. macam kalau di rumah, umi selalunya masak roti telur. tak pun nasi goreng udang sayur brokoli. berserta air coklat panas. sama macam hari pertama sahur berseorangan juga. si teman rumah sahur awal. adapun diri ini suka lewatkan sahur. lambatkan sahur mudah terus boleh buat subuh sekali. ha-ha.
selesai subuh, untuk elak tidur selepas subuh. sebelum ramadhan dah buat tapi masih tak konsisten. sambung al-mathurat dan al-waqiah. ada juga waktu tertentu, selepas al-waqiah memang sambung tidur. kalau mengantuk sangat lah. hu-hu. payah dok nak buat benda baik ni.
ramadhan ni, lepas al-waqiah sambung tilawah satu juzu. tapi hari ke-2, bukak youtube cari tazkirah ramadhan. sebelum ramadhan tak da persiapan. sementara ada waktu santai begini, ambillah masa. adalah satu jam. hari pertama ada layan the return of superman, tapi sebabkan banyak scene makan, menambahkan kelaparan maka aktviti tersebut dibubarkan di dalam ramadhan ini.
nak feel ramadhan lagi dan nak perbetulkan bacaan lagi, cari mp3 al-quran. kali ini, bukan dengar sahaja tapi sambil bukak al-quran sekali. mulakan dengan al-baqarah dari muhammad taha al-junayd. memang al-baqarah nak habis satu surah amik masa 2 jam. tapi yang terjumpa yg cut bacaannya. kiranya tak menyeluruh.
rindu malaysia, ramadhan di malaysia. akhirnya mengalah dengan bukak tonton,com.my. cari drama ramadhan. ha-ha.
lepas zohor, sebab hari jumaat, habiskan al-kahfi dulu. asar baru habis juzu' satu.
persiapan untuk berbuka, ringkas sahaja. sebab hari pertama dah masak lebih. jadi hari kedua makan lauk semalam lah. tambah telur dadar capsicum. he-he. tapi juga bersendirian. sedih betul. tinggal berdua tapi makan sorang. si teman makan dalam bilik. selepas saya masuk bilik, baru dia keluar masak untuk berbuka.
kalau tahun lepas, sepanjang ramadhan memang sibuk bekerja. jadi nak dekat waktu berbuka, singgah masjid sahaja. sorang juga tapi orang ramai. seronok. kat sini, setakat ini tiada lagi majlis iftar sana sini. suram sahaja suasananya. di malaysia, sebelum ramadhan dan ada senarai program sempena ramadhan. dan di sini, hanyalah ramadhan fardhi.
sebut fardhi ni, banyaklah pula post pasal terawih bersendirian. witir dan sebagainya. setiap kali ramahdan ada sahaja ilmu barunya kan. jadi, mungkin tahun ini ALLAH nak bagi peluang untuk diri ini istiqamah terawih bersendirian.
ayat pujuk hati, hey khaulah. baru dua hari ramadhan. maka, tarik senyum sahajalah.
dan juga, baru faham hikmah sunat melambatkan sahur dan mempercepatkan berbuka. sebab lambatkan sahur supaya bila dah masuk waktu terus tunaikan solat subuh. dan cepatkan berbuka supaya dapat tunaikan maghrib. waktu maghrib kan pendek. dua solat ini juga ramai yang abaikan dua waktu ini. hikmah terawih itu sendiri, mesti selepas isya. mengajak kita untuk istiqamah untuk tunaikan rukun islam yang ke-2 ini.
tapi kalau masih ada yang tak nak solat alangkah ruginya mereka.
semoga istiqamah dengan targetnya.
untuk hari kedua. terlupa untuk satu hari ayat. inshaALLAh hari ke-3 ada.
No comments:
Post a Comment