Thursday, March 21, 2013

misunderstood

banyak kali orang salah faham dengan saya.

the words that write. the things that i spoke. statement that i post.

i don't know. people easy to judge people huh?

tahu tidak mendalami.

 same goes to politic.

why don't you ask me straight away. am i that scary person?

Wednesday, March 20, 2013

the place that i cherish

entah betul entah tidak tajuknya.

hari ni. selepas 5 tahun. yup consider as after 5 years. tahun terakhir 2008. i visit that place. the place yang mungkin nampak tiada makna. but make me realize about life.

tahun 2005. SPM. esok my brother 95 will taking his result. oh, i miss the SPM years. year that i learned about friendship. friendship with lillahi ta'ala.

2006. result SPM. it may seem look like tersalah langkah tersalah pilih jalan. sometime i regrett sometime i feeling glad. i choose taking STPM. i know how susah-gila amik that STPM. and people so mesmerized when said i'm taking STPM eventhough the result wasn't good. which took me a rough-jalan jauh to reached this level.  but that 2 years STPM life i learn something.

my SPM classmate less than 20 student. same goes to STPM class. at first ramai. but the upper class left only 12 student. including me. 5 girl. as far i remember. sempat merasa duduk asrama for 3 month. i'm physic student. next time i talking about STPM. cause every year the graph wasn't good.

baru muqaddimah. yes, today i visit again that school. 2008 after exam, i work there as gadis koperasi. cewah. ayat ke main. yelah. baru awal 20-an masa tu. gadis la kan. kerja dekat koperasi. pastu kerja nya duk melayan budak sekolah. yang majoriti budak lelaki. boleh tahu la geng yang menggatal. geng yang gangster. gang yang nakal. gang yang skema. gandg yang lembut.

hari ni. pergi lagi. cikgu ada yang baru. bertambah. budak-budak pun dah tak kenal. ye la. yang tingkatan satu dulu sekarang tingkatan 5. dah besar semua. cuma cikgu form 6 tu masih yang lama. jumpa cikgu haizam. yang ajar pengajian am. yang silibus dan sistem pembelajaran juga berubah. cikgu koperasi. cikgu nuar. cikgu fizik. yang ajar fizik dengan ayat-ayat bombastic. ayat gila-gila. dan cikgu music. yang dulu kononnya nak buat lagu untuk saya. ha-ha. jumpa ketiga-tiganya. maka misi hari ni tercapai.walaupun tak bertemu secara formal they still recognize me. i havent change at all. remain the same. the small me. even my style. i;m glad. senyum.

the koperasi banyak sangat berubah. makin maju. contoh peti sejuk. dulu sikit je sekarang bertambah tiga tu. pergh. banyak la pilihan jenis air. but kakak koperasi still yang sama. sempat kenal. yep. cik salwana my classmate. kene heret kerja di situ. kerja di situ seronok. walaupun letih jgn kata.

i love that place. dulu tempat tu sekolah ayah. and saya sempat ada kenangan di situ. the student dah tak macam dulu. mereka jujur, lurus yang jahat mereka macam senior-senior tak da sangat la. itu dari cerita kakak koperasi. even you work koperasi still you will know lots of things in that school.

ada idea nk tulis cerita. but tak tahu nk start mcm mana. cerita pendek. kenangan untuk sekolah itu.  dari dulu sampai sekarang saya tak banyak kawan. walaupun form 6 disitu, kawan tetap tak ramai. tadi kami berbicara tentang classmate. we have plenty. some keep up-to-date some lost contact. but the friendship there i treasure a lot in my heart. friendship that dont care who you are. your background. kalau nak kawen jemput. plus, suprisingly i've got invitation at 5am from this classmate. how crazy are they. and i learned cinta monyet disana. ha-ha.

why cinta monyet. cause sempat la juga tengok mcm drama sembilu kasih pun ada di situ. macam cerita korea pun ada. kami tidak dimotivasi untuk berjaya dengan STPM. sepertinya ia hanya tahun untuk berpuya-puya. tetapi tidak. kami mengenali the way how to succes. yes, now mereka berjaya dengan cara masing-masing. dan yang dah kawen. ada anak. sudah bekerja. saya belajar matang untuk hidup.

senyum. untuk kenangan ini.

Sunday, March 17, 2013

adik lelaki dan calon suami

hanyalah perkongsian diantara kakak dan adiknya. bila mana menjadi kakak untuk 5 orang adik lelaki. beginilah jadinya. senyum

awal-awal balik bercuti dulu, muhammad masih lagi dengan 'angau'nya dengan kad jemputan. sibuk nak kahwin. bila ada kakak yang sudah besar begini lah jadinya. muhammad ingin tengok kakak dia kahwin. dia kata dia akan carikan kakaknya ini calon suami. dia tanyakan pula nak calon suami macam mana?
muhammad tu umurnya baru 7tahun. imaginasi tinggi. kalau tidakkan atau elak malu-malu nanti tak habis topik ini. maka, kakaknya suruh la cari calon suami. yelah sibuk dia belajar buat hantaran, design kad dan rancang majlisnya. haru tak?

kemudian, ha-ha ini saja ujian cuba diri. hari tu, junaid ulang-alik dari sekolah atas masalah tulang lengan kiri dia patah. umi dan ayah risau nk biar dia duduk asrama. dah la sebelum tu dah jatuh katil. doktor pun bagi dia mc 2 minggu. seronok sampai senyum pipi ke pipi. cerita dia ulang-alik dari sekolah. dia balik dengan ustaz dia. selalu balik dengan mak saudara bongsu kami - adik ayah. tapi hari tu saja ustaz dia offer. sebab dia cerita dia balik dengan ustaz

junaid: sebenarnya junaid balik awal hari ni. balik dengan ustaz.

si kakak: pastu kenapa tak sampai rumah pun? pegi mana?

junaid : adalah.

si kakak: ustaz junaid umur berapa? dah kahwin belum? pakai kereta apa? hensem tak?

junaid: tok soh duk gelenya la.

pecah ketawa kakaknya. suka. tengok reaksi dia. protective. yalah. junaid dulu ada sejarah dengan perempuan. itu lain cerita.

si kakak: yalah, suruh sangat cari calon suami.

he-he. itu dengan junaid. bila dengan abang si tua no.2 pula. tika itu kami adik-beradik demam lagu ya hanana. siap download. buh dalam pendrive. pasang dekat tv. tengah-tengah santai tengok tv. si tua no.2 aman datang duduk tepi.

aman: lala, nanti majlis kawen-mu kita pasang lagu pasang lagu ya hanan.

si kakak diam sekejap.

si kakak: calon suami pun tak da.

aman: orang nnt majlis-mu

si kakak: kalau tak kawen-kawen

aman: adikmu tak kawen jugak la.

tepuk dahi. adeii.

nasib la si ali tak bukak cerita kawen juga. dia asyik dengan kuda dia. jangan dia bagi idea lain sudah seperti ini:

"lala, nanti kawen naik kuda la." kalau dia cakap macam ni. tak ke pening.

kebetulan hari jumaat lepas ada cerita jalan ke syurga dekat tv al-hijrah. sekarang enjoy tengok tv al-hijrah.
cerita lelaki tak tahu nak solat. pastu si kakak duk membebel pada adik lelaki. sebab 4 adik lelaki yang duk rumah layan cerita tu. ambil peluang la. he-he.

kakak: perempuan x sey lelaki macam ni.

kakak: calon suami lala nak kaya. macam hero ni. ada bmw. nak lelaki hensem. tapi beriman la. solat tahu. mengaji sedap.

saja je giat. ada lagi. cuma tak tambah.

junaid: kata x sey lelaki macam ni. mana ada lelaki kaya tapi solat. tengok cerita ni.

si kakak: ada la. ada-ada. zaman rasulullah dulu. zaman sahabat tu. abu bakar, umar, uthman, abdul rahman bin auf tu kaya tau. beriman pula. jangan kata tak ada.

junaid: tapi sekarang tak ada.

si kakak: sebab tu kene didik lo ni. (ucap pada junaid dan adik lelaki seangkatan la)

kalau tak cakap, mereka tak tahu. lelaki slow sikit. jadi, ceritanya even la. kalau perempuan tak bagitahu impian bakal suami mana nak dapat tak. ajar adik lelaki supaya jadi ideal husband pun best juga. ada juga sumbangan dari kakak. nak dapat ideal husband untuk diri sendiri pun kene la jga didik adik lelaki. they are man.

ok. dah habis. it''s up to you how to understand this entry. wassalam.

Friday, March 08, 2013

angan mat jenin

hidup tak produktif. bila akhir malam siap-siap mahu tidur.niat untuk esok jadi lebih baik. tapi esoknya masih rutin yang sama. lame. lagi tak produktif bila diajak keluar susah benar. kalau boleh tak mahu tengok orang. inferior complexity. rancang nak buat itu nak buat ini. tapi tak jadi. itu hal luar rumah. hal dalam rumah sama saja.

awal-awal dulu. rancang nak ikut kelas jahit. sampai sekarang tak daftar lagi. cari contact tu pun dah amik masa. bila contact tak mesra pula. dah mula rasa malas. lepas pasal kenderaan pula. boleh je plan elok-elok. tu la. masalah komunikasi betul. bertambah-tambah malas.

janji dengan kawan nak jumpa. kata pada dia minggu depan. pastu minggu depan. dan seterusnya minggu depan. tahu-tahu dah tak ada masa. apa lagi masalahnya. malas nk keluar. kenderaan. duit. alasan. kalau dah tak da keinginan untuk semua ini memang tak jadi la.

lagi? ni tengah tolong buat projek. tu pun malas jugak ni. perlahan gila progress.

resume? pun tak buat lagi. sebab utama malas. bukan malas. tak bermotivasi. tengah tak mahu berinspirasi.

itu rutin. tapi hari-hari tetap berangan. angan-angan mat jenin.

1. library. hari tu dah progress sikit blog-library. tapi kalau seorang saja buat tak jadi. feedback pun tak da. susah nak develop. memang angan-angan la. cuma kalau imaginasi lebih. memang nak buka library sendiri. bukan tak boleh. kalau orang lain duk buat rumah anak yatim. apa kata buat library. membangun sikit minda rakyat malaysia. bukan. orang kelantan lagi spesifik. takkan nak harap dewan bahasa dan pustaka dan iklan sahaja. bahasa jiwa bangsa. tapi semangat berbuku tiada. bukak library langkah permulaan. pastu boleh buat deparment pula. pusat bahasa pula ka. pusat translate karya-karya agung. wah, imaginasi macam zaman abbasiyyah sahaja. hah, baru ingat zaman tu library tu bukan hak milik kerajaan. pastu ada variasi seni bina pula. asyik tengok bangunan pejabat, masjid dan bangunan ikon. tak ke busan malaysia ni. ni nak bagi gambar sikit supaya gambaran lebih jelas. buka mata luas-luas.

 lagi banyak dekat sini open air library

 

yang ni dekat jepun. japanese house

2.ladang kuda. selepas tengok cerita kuda. terinspirasi nak bukak kandang kuda. kat kelantan ni dah ada. persatuan pun. cuma nak menambah pemilihan tempat. yalah orang duk rantau panjang nak kena pegi gunong-bachok. jauh tu. kalau satu daerah tumpat tak da la jauh merentas sungai kelantan tu. mula-mula nak kena belajar pasal kuda. pastu kena belajar pasal jagaan dia. pastu belajar design tempat tinggal dia. yang ni pass kat ali. senang. kalau kongsi minat yang sama seronok. serahkan pada dia. cuma nak beli sekor kuda tu boleh habis belajar 1 semester dekat taylor's. fuh!

3.menulis. sekarang ni duk gila menulis. cuma idea tu la. datang merangkak-rangkak. nasib baik dah tahu ending. kalau tak da ending lagi la tergantung cerita. tak da hala. 4 idea kot nak tulis. cuma nak kena studi lebih sikit. apa, ingat tulis tu suka hati. tulis suka hati tulis tak ada ilmu.

4. butik. sebab kelas jahit pun tak mahu pergi. angan-angan ini terpaksa digantung dahulu. angan-angan ini adalah nak buka butik sendiri. bagi umi jaga nanti bersara. pergh. tinggi benar angan-angan tu. belajar jahit. belajar jenis kain. pastu nk buat design sendiri. nak buat blouse ikut piawian cop sirim ayah dan adik lelaki. design jubah yang tak da ikut bentuk dengan manik segala bagai. tabarruj tahu. tabarruj. satu lagi, nak design seluar. design seluar perempuan yang commercial tu sesuai untuk model ja. tak ikut keselesaan langsung. sakit hati tahu tak. kalau ada pun, tak mampu nak beli. sedih betul. tunggu je la yang ni. yang paling comel, boleh jahit baju anak-anak nanti. macam umi jahit baju kami 5 beradik perempuan dulu. kenangan manis tu. kenangan antara mak dan anak. cewah.

yang jual online tu pun tak sesuai dengan hati. tengok betapa cerewet. cerewet ikut ayah la ni.

5.firm. terakhir sekali, mesti lah nak bukak firm sendiri. rancang dah rancang. tapi sila tengok pada diri sendiri. lembik. jatuh gedebuk. kita cakap lain kali.

dah habis berangan. dah habis merepek pasal rutin. ingatan untuk diri sendiri sebenarnya. tengok apa yang  dah tulis. memang ingatkan diri sendiri. sedang perasan angkat bangkul.