16hb januari lepas muhammad genap 7 tahun. hari rabu. hari sabtu kemudian dia meraikan hari jadinya dengan jamuan tanpa kek. saudaranya di kampung dijemput makan. malah telah dia persiapkan beberapa bulan sebelum itu.
bila dia genap 7 tahun, perkara pertama disuruhnya adalah cukup solat 5 waktu. kebetulan abe syi-nya ada rajin dia ikut solat di masjid. rajin solat bila disuruh. selepas abe syi-nya berpergian, solatnya kurang cukup.
ikut mood dia. kalau rajin, maka dia solat. habis kakak-umi-abang suruh dia solat tapi dia jadi liat. kalau disuruh jawapannya "sekejap la" ataupun "adik nak mandi dulu" ataupun "siap kerja adik solat"
itu awal-awal. kemudian hari tu dia umi tinggalkan dia dirumah. disuruh muhammad solat isya. lalu kata kakaknya kalau malam ni adik tidur tak bangun-bangun. ada lagi ayat lain. yang berbau seperti itu. terus dia menangis.
ditanya kenapa menangis. tidak berjawab. dia hanya menangis.
ditanya lagi takut mati ke? dia angguk. dia takut. terbayang neraka barangkali. seksa sebab tak solat.
lalu, dengan lembut disuruhnya ambil wudhu' dan solat.elok saja dia masuk bilik air ambil wudhu' kemudian bentang sejadah, solat. ketika dia solat disuruh orang sekeliling diam tidak ganggu solatnya. selesai dia solat, disuruhnya do'a dan dia berdoa.
tidak tersangka dia, muhammad 7 tahun itu takut mati. belum bersedia dengan amalan yang ada. apatah lagi kakaknya yang sudah hidup lama dari dia. peringatan pada dia juga mengingatkan pada kakaknya.
sekarang ini pun, sambil suruh dia solat. sambil ajar dia kelebihan solat jemaah.
ingat kembali zaman kakaknya, mudah sedikit. mungkin sebab kami perempuan. tak ingat sangat. yang ingat, kami perempuan ramai-ramai ikut ayah solat. itu saja/
No comments:
Post a Comment