Friday, November 30, 2012

indah namanya

bulatan gembira itu berbicara tentang 10 sahabat dijamin ke syurga.

1. abu bakar as-siddiq.
2. umar alkhattab
3. uthman bin affan
4. ali bin abi talib
5. talhah bin ubaidillah
6. saad bin abi waqas
7. said bin zaid
8. abdul rahman bin auf
9. zubair bin awwam
10. abu ubaidah al jarrah


ada akhawat menamakan anaknya Talhah. Talhah yang garang. usik sikit mesti dia cubit. Talhah yang manja. nak minum minta pada uminya. uminya bercakap dia sibuk cari perhatian. itu Talhah kecil. Talhah zaman sahabat Talhah yang hebat. Talhah yang digelar Syahid yang hidup. kerana beraninya dia ketika perang Uhud. 70 luka dibadannya. itu baru satu kisah satu sahabat.

belum lagi bercerita tentang Khalifah Pertama - Abu Bakar. dari awal Islam sehingga Madinah menjadi Negara Islam. Khalifah As-siddiq - membenarkan. melewati kisahnya terasa cemburu betapa dekatnya dia dengan Rasulullah. bukan sahaja sahabat tetapi juga mertua Rasulullah.

tambah pula Umar al-Khattab sikapnya garang tetapi gelarannya terkenal dengan al-farouk.

manisnya Uthman bin Affan kerana malunya. sehinggakan Rasulullah turut berasa malu dengan nya.walaupun pemalu dia tetap digelar dengan zunnurain kerana mengahwini dua puteri Rasulullah.
 
dan sahabat-sahabat yang lain. tak mampu nak tulis semua.

reflect diri. 10 sahabat ni masih lagi tak ingat. sahabat-sahabat lain lagi la..

cukup la hari ni mode membebel!


Wednesday, November 28, 2012

lapang dada.selfish.memaafkan.

masalah yang besar sedang menari-nari dalam otak.
melantun-lantun idea sebagai jalan penyelesaian.
tapi tak semua mampu dilakukan.

ada satu kejadian telah berlaku. antara seorang saya dengan seorang kamu. berlaku sedikit kegelinciran dimana hati seorang telah terguris. tidak. sebenarnya kedua-duanya sedang mengalami masalah hati. kalau tiada masalah hati tiada la berlaku insiden ini.

lalu, seorang saya dan seorang kamu bertemu muka ke muka untuk berbicara hati ke hati.

lapang dada.

kata kamu, saya perlu bersikap lapang dada.

saya terima. tapi dalam memahami sebuah ukhwah adakah kamu cukup taaruf pasal saya. taaruf permulaan sebuah ukhwah.

ya, serendah-rendah ukhwah bersikap lapang dada.

hati saya lapang menerima teguran kamu. tapi adakah hati kamu sudah lapang untuk menerima teguran saya?

selfish.

kamu pesan pada saya. simpan dalam otak baik-baik. manusia semua sama. masing-masing sellfish.

well, saya berfikir. tidak. saya tidak setuju. ya, mungkin dunia dan isi sekarang bersikap selfish.

namun, saya lewati kisah-kisah para sahabat. sedikit. sedikit pun tiada diantara mereka bersikap penting diri sendiri. kisah hijrah. ansar dan muhajirin. muhajirin yang tiada apa-apa ketika tiba di madinah lalu ditawarkan oleh ansar, pakaian, rumah harta bahkan isteri mereka sanggup diberikan pada muhajirin.

lagi, ingat lagi kisah para sahabat yang pergi berperang. 3 sahabat yang saya lupa namanya. saat- saat diberikan air, sahabat pertama ingin meminumnya namun terdengar sahabat kedua meminta air lalu didahulukan pada sahabat kedua. kemudian saat sahabat kedua ingin meminumnya terdengar pula sahabat ke-3 meminta air. lalu didahulukan pada sahabat ke-3. masing-masing cedera parah.  malah sahabat ke-3 tidak meminumnya kerana mendahulukan sahabat yang lain. syahidlah ketiga-tiga sahabat hanya kerana seteguk air.

baru dua kisah. belum lagi saya tuliskan tentang kisah sahabat lain. Hati mereka sangat besar.

kalau kamu berbicara tentang lapang dada. dan kamu ingatkan saya tentang manusia ini selfish. manakan mampu kamu untuk naik ke tahap ithar iaitu melebihkan sahabat dari dirinya sendiri.

tingkat-tingkat ukhwah itu lapang dada dan ithar. lapang dada dan selfish tidak mungkin berlaku. bahkan selfish tiada dalam 10 muwasafat tarbiah. memaanfaatkan pada orang lain itu bukan selfish. ingatlah.

memaafkan.

saya tahu kamu masih lagi terkilan dengan saya. yang mampu saya katakan maafkan saya. pilihan kamu untuk memaafkan saya atau tidak.yang pasti urusan saya dengan kamu sudah selesai.

ingin saya katakan bukan kamu sahaja rasa sakitnya dalam hati itu. saya juga.

namun saya sedar, saya harus memaafkan kamu walaupun tiada maaf dari kamu kerana bagi kamu, kamu tidak bersalah. mungkin. siapa tahu.

kalau lapang dada sahaja masih belum cukup kalau kamu masih belum memaafkan saya. adakah kamu tahu kuasa memaafkan orang?

orang kata ada setengah perkara perlu dirahsiakan. tapi ada perkara harus diberitahu. walaupun terlambat.

p/s: rasa macam hilang sense of bercerita. may be i missed my home. 3 weeks more to go!

Sunday, November 25, 2012

kereta api

pernah kita merasa kita tertinggal.
tertinggal kereta api. he-he.

tak kira apa situasi. belajar. tarbiyah. dakwah.
terasa seperti jauh untuk berlari bersama-sama mereka.
tercungap-cungap. lelah.semput untuk mengejar kelajuan mereka.

tanpa sedar, rasa penat. lalu berhenti.
bila berhenti kita tidak lagi mahu berlari.
maka, tertinggal la kita di belakang.

dalam laju berlari pada awal pecutan,
kita tidak sedar. ada  yang dikendong berciciran ada yang dikejar tak dapat.
what you have now? zero. nil. nothing.

i once felt like this. please don't leave me!
then, i take this way slowly. walking. peacefully. enjoy.
without i realize, now i'm able to run faster.

once, i try to bring them together. them who with me.
taking slow journey. walking together.
but at certain time, i had to let them go.
had to say, we are not at the same level.
you not able to run yet.
i have to go. cacth me later.
see you!

peranan kita mungkin sama. tapi tanggungjawab aku dan kamu berbeza...

Friday, November 23, 2012

garisan semakin hampir

minggu ni minggu ke-11. ada 3 minggu lagi.

masa untuk improvement.
masa untuk buat lagi baik.
you still have time.
belum terlewat lagi.

kalau pintu taubat sentiasa terbuka.
kenapa tidak ambil langkah untuk memohon ampun?
senyum.

ingat lagi quote better late then never?

Saturday, November 10, 2012

cold war

kita merancang. kita menyangka. tapi tidak tahu apa yang bakal kita hadapi nanti.

november. bulan kritikal. awal bulan sudah huru-hara.

berani buat berani tanggung. that's me.

buat salah, kene mengaku.

ditegur. telan. pahit.
ditegur. bagai penumbuk. lebam. sakit.
ditegur. dilanda tsunami. lemas.

diri. diam. bertafakur.
renung diri sendiri.
dalam diam, menangis tanpa airmata. siapa tahu.

attack. ambush. i'm defenless.
she comfort me, keep silent doesn't mean you loser.
but you know where to put your pride.

may be i was wrong. totally wrong.
but disebalik yang berlaku, i've no regret.
because i believe ALLAH had a good plan for me.
HE let me hurt now, so that i know how to heal it in future.

but disebalik yang berlaku, i know myself more.
i know you more. good and bad about you.
how to deal with you.
what type of person you are.

too much thing need to improve. thank you.
i'll consider about it.
as always, in everything i do. ALLAH will answer me dengan cara tak disangka.
feel blessed, alhamdulillah.

may be i'm not good with HIKMAH way. but that's my style.
may be i give bad impression but i conclude that taaruf kita masih belum cukup.
i couldn't BERLAPANG DADA because are we good enough in our ukhwah?
i take my risk. to show you, I'M NOT PERFECT PERSON.

instead you accept my weakness, you put the blame on me.
instead you frust what i've done, you take same step like me.
we are even now. can't you see it?

do u know what is empathy?
do u know how to comfort my feeling?

no. well, i comfort myself. i have to distract myself.
go facebook. likes everything that makes me feel better.
whatever happen, i just want to say I'M SORRY.


لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
‘There is no deity but You. Glory be to You! Verily, I have been among the wrongdoers’

tambah dengan tadabbur surah ad-dhuha. then you'll feel better. senyum.

mari kita fokus dengan final project. yeah!

Wednesday, November 07, 2012

untuk 3 hari

termangu.
menghadam.

taaruf.
tafahum.
takaful.

berlapang dada.
ithar.

mana satu dulu.
tengok diri sendiri.
my bad. my mistake.
saya bersalah. minta maaf.

Thursday, November 01, 2012