untuk dua hari ramadhan ini. rutin yang sama. cuma beza terawih je. malam ke-enam pegi terawih di Masjid Mayfield. tapi ada satu kejadian yang buat saya hampir trauma.
di mana seperti biasa, selepas 8 rakaat buat witir dan saya akan duduk di belakang sambil dengar dan cek bacaan imam solat terawih. ada sesuatu yang pelik. seorang perempuan berpakaian agak seksi.masuk di bahagian perempuan. tak bukak kasut pun masuk dalam tu. tapi nampak macam dia nak solat. kemudian teruskan dengan bacaan imam. tetapi kelakuan wanita tersebut agak pelik. sekejap ke sana. sekejap ke sini. nampak dia besusah payah cari pakaian untuk solat. tapi bila tgk kenapa baju agak seksi. kenapa dia tutup kepala sahaja. pelik. tak senang duduk pula.
sampai lah mak cik turki ni pun tak selesa. selepas wanita ini amik tasbih dia. macam dah mencuri. mak cik turki dah tak teruskan solat. wanita seksi tu duduk belakang saya. tertanya juga kenapa dia tak tanya je kalau perlukan bantuan. mak cik turki ni bagilah kain tambahan sebab cara dia pakai untuk solat tak kena. pasti wanita seksi ni amik prayer mat yang ajar solat. dia amik quran pula. lepas tu tanya lagi dalam hati, kalau betul nak solat kenapa tak join jemaah je. kan senang. macam2 lah.
yang menjadi suspen, bila dia amik quran masuk dalam beg dia. dah macam mencuri dah. mak cik turki tu halang. hati dah cuak. sebab ingatkan dia amik dadah ke apa. rupanya sebab dia amik quran letak dalam beg dia. pastu wanita seksi tu siap bantah lagi cakap bdak perempuan tu (sayalah) boleh pula ada quran. amboi!
dah macam kecoh. mak cik turki pi panggil suami dia. minta settlekan. terawih pun dah selesai. selesai doa semua, datang lah sekali dengan imamnya. wanita seksi tu diminta untuk keluar dari masjid. keliru pun ada, betul ke dia islam. tapi sempat dengar perbualan dia dengan suami mak cik turki tu. wanita seksi tu kata dia datang dari algeria. baru nak praktis solat. yang menjadi syak, kalau dia betul islam dia takkan letakkan al-quran atas macam tu sahaja. lepas tu cara dia solat macam salah. bacaan apatah lagi.
sebab diluar bidang kuasa. dan ditempat orang. dan bersangka baik dengan orang masjid yang mungkin dah biasa dengan kes macam ni, jadi tak buat apa-apa. lagi pun badan ni kecik. kalau jadi apa2 susah juga. kes ini selesai bila wanita seksi diminta keluar dari kawasan masjid kerana telah menganggu keamanan ahli masjid.
bila balik terawih dalam kereta nampak wanita seksi tersebut merayau-rayau seperti hilang arah. kami yang dalam kereta hanya lihat dengan kesian tak mampu nak buat apa-apa.
sahur seperti biasa. malam ganjil bangun qiyam. ada hari tak pergi masjid, buat terawih di rumah sebab terawih boleh je buat sendirian. dan juga tak semestinya buat di masjid sahaja. sebab cuti maka tiada aktiviti yang menarik. duk merancang nak buat biskut tart sahaja.
setiap hari boleh cover 2 juzu'. alhamdulillah. betapa freenya masa tu. cuma dua-tiga hari ni. duk gila iron baju. sebab sekarang ni sejuk. ada waktu sahur boleh capai 4 degree. pergh. sejuk. pegang sudu dah beku.
basuh baju sebab cuaca terang benderang. sambil basuh cadar dan alas tidur. beli hari tu terus pakai tak dan nak basuh. kat sini pun siang sekejap sangat. walaupun gelap pukul 5. pukul 4 tu kain dah sejuk walau matahari ada lagi. jadi bila nampak matahari lekas-lekas basuh baju. mesin basuh kat sini pula bukan macam malaysia low, medium, high. dia ikut jenis air dan cara basuh. paling sekejap 1 jam boleh siap kalau nak betul-betul basuh. ekspres 15 min tapi spin dia tak berapa kering sangat. susah!