hari jumaat sudah menjadi rutin dia tilawah surah kahfi.
untuk dia kekalkan rutin itu, dia baca sikit-sikit. sehingga sampai ayat berkisar kisah nabi musa dan khidir.
sungguh sikit sabar dalam diriku. dia bagai tersedar. mungkin apa yang dilalui-nya kini kerana kurangnya sabar. kalau kisah nabi musa itu ada 3 peristiwa barulah nabi musa berhenti mengikuti nabi khidir.
tapi dia. umur tak berapa. dah mengeluh. merasakan dunia sudah gelap. nampak sangat kisah dari surah kahfi itu belum dia hadam betul-betul.
mungkin sekarang dia nampak buruk. teruk. gelap. tapi masa depan dia tidak tahu. adalah sebabnya.
sambil itu dia juga baca buku dihamparan shamrock. macam ada kene mengena dengan dirinya. terdetik hati, wargh, tak da ke orang nak bawa saya lari. merepek!
jadi dia berkeputusan. ada baiknya begini. tarik nafas dan bersedia. mari susun balik. mari cari jalan pulang.
mudah-mudahan..
No comments:
Post a Comment