Tuesday, June 11, 2013

nama saya khaulah

tempat: Hira'

sesi tazkirah. ahlinya memberi tazkirah selepas selesai solat isya' berjemaah.

kemudian, permintaan adik Bunga Melor menceritakan tentang siapa Khaulah.

lalu, dengan segan + malu. juga ingat-ingat lupa dikisahkan tentang nama Khaulah.

muqaddimah: umi pilih nama Khaulah. Sa'adah tu ayah yang pilih. makanya Khaulah Sa'adah. senyum.

i never asked umi. which Khaulah that makes her choose my name.

but I've found 3 different Khaulah.

Khaulah boleh dikatakan sahabat.

Khaulah pertama. yang senang untuk jumpa. buka surah al-mujadilah. diceritakan asbab nuzul surah Mujadilah. tentang zihar. saya tak nak cerita detail. sila ambil Quran sekarang dan check the surah. muga terus sampai hati. senyum.

ringkas, Khaulah binti Tsa'labah di dalam surah al-mujadilah.

ada cerita lain tentang Khaulah binti Tsa'labah. dengan beraninya dia menegur amirul mukminin, Umar al-Khattab ketika kekhilafahannya. sampai Umar juga hormat dengannya. kerana disebutkan (ayat lebih kurang) ALLAH mendengar doa. rujuk diatas.


Khaulah kedua. (sepatutnya yang pertama). Khaulah al-azwar. Khaulah ini hebat. dia pergi berperang senyap-senyap. kerana kalau ketua perang tahu dia perempuan mesti dia tidak dibenarkan pergi. dia ikut sebab nak selamatkan abangnya. ketika di medan, semua terkagum dan tertanya-tanya siapakah gerangannya. kerana Khaulah menutup mukanya. bila ditanya Khaulah senyap. sehingga ketua ketika itu (tidak silap) Khalid al-walid. akhirnya Khaulah mengalah dan membuka hijab mukanya. maka semua terkejut.

yang ini mengkagumkan.

another Khaulah, tidak silap namanya Khaulah binti Hakim (kene tengok balik). a matchmaker. dalam bahasa melayu telangkai. hek-hek. tukang cari jodoh.Khaulah tukang cari jodoh untuk Rasulullah setelah Khadijah meninggal.

jadi itu lah tak seberapa tentang Khaulah.

adik Bunga Melor tambah, dia kagum dengan Khaulah Al-azwar sebab tu dia minta Khaulah ini kisahkan tentang Khaulah.

saya? saya nak jadi macam tiga-tiga Khaulah ni boleh? he-he.

Sunday, June 09, 2013

april itu

mula april lepas. senyap. sunyi. tanpa update entry.
terasa perlahan hari-hari yang dilewati april lepas.
juga kejutan dan sejarah tercipta april 2013

april yang indah.
awal april sejarah malaysia tercipta.
bermula perjalanan politik. fokus.
april itu bermula kisah perjalanan tidak tetap dia.
bernomad.
sekejap dia di sini. sekejap dia di sana.
kemudian, eh ada sini balik!
boleh saja dikatakan dia muncul dimana-mana.

april itu
dia punya dua tempat.
dinamakan Thur dan Hira'.
signifikasi Hira; itu sebagai tempat wahyu pertama diturunkan.
tempat Nabi Muhammad saw beruzlah sebelum dilantik menjadi rasul.
dia ada tempat sebegitu.
tempat yg saling ingt-mengingati.
damai.

Thur.
signifikasinya adalah persinggahan hijrah Rasulullah dari mekah ke madinah.
persinggahan untuknya sementara yang mana dia belum ada hala tuju yang jelas.
setelah kesanggupan dan pengorbanan dia.
baik sekali.

dan ada cerita kenang-kenangan.
yang memberi inspirasi.
motivasi.
sama-sama akan dikongsikan di sini nanti. inshaALLAH.

sekarang ini tengah mensetting perjalanan hidup yang seterusnya.
 hasil april itu. senyum.
 

Saturday, June 01, 2013

ukhwah ABC


perjalanan ke kuantan.

dua kali april lepas ke kuantan. dengan tempoh perjalanan mengambil masa selama 2jam. hasil pecutan melebihi 110km/j.

bersama kakanda.

ukhwah ABC kukatakan begitu kerana travel bersama kakanda. orang lain yang ikut bersama bukanlah orang yang kukenal. perlukan taaruf terlebih dahulu.

setibanya di Kuantan. terpisah dengan kakanda. bersama dengan kelompok lain. menjadikanku sedikit diam. terlebih segan. juga malu.

saat-saat terpisah dengan kakanda, terasa jauh. seakan mahu saja kata tak mahu. mahu dekat sama kakak. tapi tidak. soalan lain menerpa. sampai bila mahu dekat. inilah masanya berdikari. bersama tidak semestinya dekat.

lalu, aku harus berani. setelah bertaaruf. terjalin satu ikatan persahabatan. ukhwah. bila bertemu bahagia bila berpisah rindu menggebu-gebu.

ukhwah ini ukhwah ABC kerana tidak selamanya kami bersama. tetapi inshaALLAH bertemu lagi.
ukhwah ini ukhwah ABC kerana taaruf kami bukan di tempat kami. tetapi sebuah musafir singkat.