hari jumaat sudah menjadi rutin dia tilawah surah kahfi.
untuk dia kekalkan rutin itu, dia baca sikit-sikit. sehingga sampai ayat berkisar kisah nabi musa dan khidir.
sungguh sikit sabar dalam diriku. dia bagai tersedar. mungkin apa yang dilalui-nya kini kerana kurangnya sabar. kalau kisah nabi musa itu ada 3 peristiwa barulah nabi musa berhenti mengikuti nabi khidir.
tapi dia. umur tak berapa. dah mengeluh. merasakan dunia sudah gelap. nampak sangat kisah dari surah kahfi itu belum dia hadam betul-betul.
mungkin sekarang dia nampak buruk. teruk. gelap. tapi masa depan dia tidak tahu. adalah sebabnya.
sambil itu dia juga baca buku dihamparan shamrock. macam ada kene mengena dengan dirinya. terdetik hati, wargh, tak da ke orang nak bawa saya lari. merepek!
jadi dia berkeputusan. ada baiknya begini. tarik nafas dan bersedia. mari susun balik. mari cari jalan pulang.
mudah-mudahan..
Tuesday, February 26, 2013
Thursday, February 21, 2013
a walk to remember
bersama air mata pasti ada senyuman,
bersama kesedihan ada kegembiraan,
bersama musibah ada anugerah,
semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan ALLAh swt.
- copypaste tak-ingat-tajuk-buku
ada orang pernah kata you are nothing. not worth to remember. kecik hati. siapa tak kecil hati bila orang kata macam tu. terkilan. sapa tak terkilan.
ada orag kata lagi, buat la sesuatu untuk orang ingat kita. maka, bila niat buat orang ingat kita. kita tak sedar. ada dua untuk orang ingat. either good or bad. orang ingat tapi bukan dengan cara kita nak. bad. lagi sedih kan.
ingat lagi ada orang cakap, kalau buat ikhlas. kerana ALLAH, buatlah sekecil-kecil perbuatan walaupun tak dihargai. biarlah orang tak ingat tapi bila kita tiada baru lah orang merasa kehilangan. seperti patah tangan putus kaki. baru lah mula nak menghargai.
teori diatas hanyalah teori. praktikalnya tidak.
orang kecik ini tidak pernah merasa dia bukan untuk siapa ingati. tapi hanya dengan satu text. satu berita. sudah buat orang-orang tarik senyum lebar-lebar. pipi ke pipi. muka terkejut. reaksi-reaksi itu tidaklah dia harapkan tapi dia tahu siapa dan dimana layaknya untuk orang hargainya.
mana taqwa-mu? ingat TAQWA yang ALLAH lihat. bukan rupa paras atau statusmu.

Saturday, February 16, 2013
mulanya solat berumur 7 tahun
16hb januari lepas muhammad genap 7 tahun. hari rabu. hari sabtu kemudian dia meraikan hari jadinya dengan jamuan tanpa kek. saudaranya di kampung dijemput makan. malah telah dia persiapkan beberapa bulan sebelum itu.
bila dia genap 7 tahun, perkara pertama disuruhnya adalah cukup solat 5 waktu. kebetulan abe syi-nya ada rajin dia ikut solat di masjid. rajin solat bila disuruh. selepas abe syi-nya berpergian, solatnya kurang cukup.
ikut mood dia. kalau rajin, maka dia solat. habis kakak-umi-abang suruh dia solat tapi dia jadi liat. kalau disuruh jawapannya "sekejap la" ataupun "adik nak mandi dulu" ataupun "siap kerja adik solat"
itu awal-awal. kemudian hari tu dia umi tinggalkan dia dirumah. disuruh muhammad solat isya. lalu kata kakaknya kalau malam ni adik tidur tak bangun-bangun. ada lagi ayat lain. yang berbau seperti itu. terus dia menangis.
ditanya kenapa menangis. tidak berjawab. dia hanya menangis.
ditanya lagi takut mati ke? dia angguk. dia takut. terbayang neraka barangkali. seksa sebab tak solat.
lalu, dengan lembut disuruhnya ambil wudhu' dan solat.elok saja dia masuk bilik air ambil wudhu' kemudian bentang sejadah, solat. ketika dia solat disuruh orang sekeliling diam tidak ganggu solatnya. selesai dia solat, disuruhnya do'a dan dia berdoa.
tidak tersangka dia, muhammad 7 tahun itu takut mati. belum bersedia dengan amalan yang ada. apatah lagi kakaknya yang sudah hidup lama dari dia. peringatan pada dia juga mengingatkan pada kakaknya.
sekarang ini pun, sambil suruh dia solat. sambil ajar dia kelebihan solat jemaah.
ingat kembali zaman kakaknya, mudah sedikit. mungkin sebab kami perempuan. tak ingat sangat. yang ingat, kami perempuan ramai-ramai ikut ayah solat. itu saja/

Monday, February 11, 2013
horse and dreams
ali mu;la jatuh cinta dengan kuda bila menonton movie flicka 3 setelah dia mendengar kesukaan kakak dia. dia menonton berulang kali sehingga orang sekeliling penat melayan dia. akhirnya kakaknya telah remove movie itu dari pendrive. dan dia berusaha menontonnya dalam chrome. pakai internet.
bila tahu movie juga boleh ditonton online. di youtube. dan diperkenalkan website watch movie online. dia menonton warhorse. interesting movie. movie of the year. ada juga cerita kuda lain ditontonnya. yang tak berapa fames dan lama. lewat 80-an dan 90-an. begitu sukanya dia dengan kuda.
kemudian dia baru sedar ada secretariat dalam pendrive. dan kini dia berulang kali menonton cerita ini sedangkan sudah lama cerita ini didownload. mujur lah juga. dia tidak lagi beria dengan flicka 3. kongsi juga maklumat dengan dia bahawa secretariat adalah cerita benar. suka sekali dia dengan kuda. dia mula belajar tentang kuda.
pernah dulu ada satu impian untuk membuka kandang kuda. nak punya kuda sendiri. boleh la sekarang ini pindahkan angan-angan itu pada ali. banyak lagi dia perlu tahu tentang kuda. rasanya boleh mulakan dengan beli buku tentang kuda. agar impian jadi kenyataan. ha-hah.

Saturday, February 09, 2013
fall february
duduk. berhenti. rehat. ambil nafas.
untuk waktu ini. untuk dia melihat. merenung dirinya sejenak.
berita sedih atas berita gembira.
dia harus menerima. dia memujuk diri sendiri. salah orang hanyalah 1% sahaja 99% adalah silap dirinya. untuk melihat jauh ke hadapan dia menutup pintu tersebut. kerana bila tiba masanya dia akan melangkah ke pintu itu. sekarang ini waktu dia memantulkan kesalahan dan kesilapan dirinya.
ada sesuatu mengapa perkara itu terjadi. sesuatu yang dia sebenarnya tahu. tetapi dia butakan mata dan hati.
dalam senang itu ada gelisahnya. ada yang kurang. yang kurang itu perlu dia perbaiki sekarang sebelum dia melangkah lebih jauh. jauh lagi tersasar.
failed.dosa.ampun.taubat. dia insaf. mungkin sekarang dia belum bersedia. namun siapa tahu nanti.
dia harus cepat bertindak. tak mengapa dia berhenti sekarang. berhenti untuk dia melihat jalan yang patut dia ambil. dia perlu betulkan halatujunya.
yakinlah ada yang baik sedang menanti dia. benarlah. tertutup satu pintu banyak pintu lagi yang terbuka. sudah diberi peluang. namun dia mendapat peluang. bukan kah itu rezeki.
namun, hatinya belum besar. sebesar hati Bilal yang mencintai ALLAH dan rasulnya saat dadanya diletakkan batu yang bisa menghancur tulang dan isi dalamnya, lidah masih utuh menyebut Ahad, Ahad, Ahad. sebesar hati umm sulaim untuk mengkhabarkan syahid anaknya pada suaminya. hati belum sebesar itu menerima ujian kecil yang menimpanya. kerdilnya dirinya. malu.

Tuesday, February 05, 2013
first february
pertama di february.
tiba-tiba sahaja selepas post terakhir hari lahir muhamad terus menghilang. senyap tanpa kata. untuk diugkap oleh tuan penulis adalah sukar sekali. menghadapi keadaan adalah sesuatu yang tidak dapat dia terima. sedangkan situasi itu adalah perkara biasa untuk orang biasa sepertinya.
dua hari dia tidak mampu berbicara. untuk katakan. sehingga ditanyakan. tanpa elak. lancar saja dia menerangkan pada ayahandanya. untuk seterusnya dia hanya perlu menunggu.
dan yang pasti doa. doa yang tidak boleh putus. sebenarnya dia tidak tahu bagaimana untuk dia berdoa. malu. malu dengan sikapnya. tingkahnya. dengan ibadahnya. lalu dia temukan jawapannya. apabila dia mencari.
dia juga bersembunyi. tapi rencana ALLAH itukan lebih baik. tidak dapat tidak dia harus hadapi. sedikit pun tidak dia elak. tenang sahaja dia waktu itu walaupun dia sebenarnya tidaklah punya keberanian. kerana dia berani mengambil langkah itu. tanpa mempersoalkan.
dia imbas kembali. hatinya bukanlah sebesar hati sahabat-sahabat yang hidup di zaman Rasulullah. mereka terima dan hadapi ujian yang mana mungkin dia mampu hadapi. dia tak mampu. sungguh dia tidak mampu.dia menghela nafas. sungguh sukar sebenarnya kita ikhlas. kita terima ketentuan yang telah tetapkan. itulah perasaan yang indah dari ALLAH. sakit. kecewa. jatuh.
itu perasaannya. waktu ini dia masih belum bertindak. bila? dia tidak tahu. dia punya rutin yang sama.mungkin disini langkah dia bermula. siapa tahu.

Subscribe to:
Posts (Atom)