hal ini kerana, setiap kali hari raya mesti terfikirkan tentang lelaki ideal.
lelaki ideal saya adalah seperti ayah saya.
kenapa ayah saya?
sebab, setiap kali hari raya.bukan sekali hari raya tetapi setiap dua kali hari raya [baca:aidilfitri & aidiladha] mesti buat saya tak sanggup untuk beraya diperantauan. cewah. hal ini kerana, setiap kali hari raya, ayah akan amik turns untuk baca khutbah. dan seingat selama dua puluh dua tahun ini, mesti akan tunaikan solat sunat hari raya di mana ayah akan baca khutbah hari raya. ada la dua-tiga kali raya tanpa ayah jadi tok khatib atas sebab-sebab tertentu. sekarang, adik lelaki cik ahmad ibrahim pula dah ikut jejak langkah ayah as tok khatib tapi ter'missed' atas sebab-sebab tertentu. jadi, lelaki ideal saya mesti kene pandai baca khutbah. ha-ha.
sebab kedua, setiap kali hari raya aidil adha ayah akan jadi the most wanted people. kerana ayah adalah hero. heronya kerana berani tengok darah. heronya kerana dialah satu-satunya tukang 'jemeleh' lembu dalam keluarganya. ingat lagi, masa pergi mukhayyam tarbawi hari tu, last aktiviti - pertandingan memasak tapi kena sembelih ayam. masa tu lah boleh lihat betapa jantannya budak sekolah menengah islam aman ni. hey, igt senang ke nak sembelih ayam or lembu ini. kena ada keberanian tahu tak. nak kene lawan perasaan kesian lagi.kalau saya, memang tak sanggup la.
sebab ketiga, sempena aidiladha juga orang akan buat aqiqah. lagi best kebetulan kalau ada yang lahir musim haji ni, cukup tujuh hari terus boleh buat aqiqah. talking about this, bila da cukup tujuh hari atau selebihnya rambut bayi akan dicukur. perkara ini juga bukan senang nak buat. bayi yg baru tujuh hari masih lembik. kulit mereka juga mulus saja. siapa berani nk cukur rambut bayi ni.silap-silap tercukur kulit.kesian, luka bayi tersebut tapi adik-beradik kami yang sepuluh orang ni, semua ayah yang cukurkan. errr..ada sorang bukan dgn ayah sebab tapi dengan atuk. he-he. tapi ada antara my cousin ayah yang cukurkan. kamu igt senang ke nk cukur rambut ni.
sebab keempat, ayah akan protect anak perempuan dia. kalau request apa-apa, ayah akan cuba laksanakan. ho-ho. ingat lagi, masa sekolah dulu, nak pergi aktiviti outdoor ayah tak pernah say no. *senyum* ringkas sahaja penerangan utk sebab keempat.he-he.
dan satu lagi lelaki ideal saya ada pada hassan al-banna. kalau nak tahu sila baca buku CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA
kalau orang lain, mungkin lelaki ideal mereka adalah yang boleh menjadi imam. ciri itu ada pada ayah saya jugak. tapi saya dah upgradekan dengan menambah kene pandai baca khutbah dan bukan baca surah 3 qul sahaja. sekurang-kurangnya hafal beberapa surah like as-sajdah and al-mulk.hehe.
jangan kata lelaki ideal saya ini impossible. TIDAK. ia adalah kenyataan. kerana contohnya ada depan mata saya selama dua puluh dua tahun. dan hasilnya adalah adik lelaki saya.
dan anda, apakah lelaki ideal anda?
ayah is my first love.
