Tuesday, July 27, 2010

cerita hati

"pada awan biru ku melakar kata-kata,pada langit cerah ku panah semua cerita,
dengarlah mentari suara hatiku menyanyikan, berterbangan jiwa merentasi pelangi,

gerimis menitis membasahi bumi bagai menangisi sebuah cerita hati..."

Ada sebab saya suka langit biru.
Ada sebab untuk saya pilih langit biru.
Pelangi juga cantik, tapi bagi saya langit biru itu INDAH.
Langit biru buat saya tersenyum.
Langit biru seperti Ada kisahnya tersendiri.
Dalam penat2 memandu, lihat langit biru.hati jadi tenang.
Dalam marah2, lihat langit biru. Hati damai.

Hujan.
Hujan Ada ceritanya. Kenapa saya suka hujan.

Pelangi.
Bukan saya tak suka. Pelangi macam aiskrim.

Dalam ayat cintaNya, banyak sebut tentang langit Dan bumi.hujan membawa rahmat.menuyuburkan tanaman.bawa berita gembira.

Buat sahabat, tau tak saya rindu awak?
Saya tahu awak tak tahu sebab saya tulis dalam blog saya.
Sebab awak tak baca.sebab tu saya berani cakap saya rindu awak.
Saya tak pandai nak cakap rindu pada awak...
Angin sampaikan rindu saya, boleh?

Saya tau saya ni sombong

Sunday, July 25, 2010

tersepak batu.

sedang tersenyum tangan melebar melihat langit biru. tiba-tiba mata terasa pasir mencucuk mata.hati bagai tertikam. bak ayat click.pings.pain. itulah rasanya.cuba berkali-kali pujuk.menenangkan hati sendiri.tiada siapa yang tahu.tiada siapa yang perasan.tak tahu mahu perdengarkan pada siapa.

diri bagai terkaku.mendengar khabar berita.terasa kejamnya mereka.hati dengan luluh membicarakan ayat ini "sampainya hati mereka" .mulut mahu saja mengutuk-mengeji segala bagai ayat yang tidak sopan.tapi kerana sedar. mungkin bukan rezeki untuk kali ini. ini ujian dari DIA. manusia tidak akan berhenti dari diuji. bukankan ujian itu menguatkan hati.

mungkin ada silapnya sebab tu DIA uji begini. hati terpujuk. hati ditenangkan.

tapi untuk menghadapi hari-hari depan terasa lemah. mahu saja laungkan "cukuplah.sampai di sini saja". tapi tujuan hidup bukan setakat di sini.banyak tanggungjawab masih menanti.tugas tidak berakhir di sini. teruskanlah.perlahan-lahan. walau terpaksa merangkak sekalipun.

click.pings.pain.sakit ini berdenyut.masih belum sembuh.tetapi cuba merasa kesakitan ini. dan pasti ia meninggalkan kesan luka yang dalam. dan bila sembuh tentu ia meninggalkan parut.beringat dengan kesakitan ini.belajar dari kesilapan.dont lose hope. teruskan berdoa. have faith ini HIM.

rawat luka hati 

Wednesday, July 21, 2010

abu syaukah


hari khamis.baru bangun pagi. tok abah terpacak diluar. ajak pegi ke  kebun.dkat sungai.

respon: x mandi lagi.

tok abah: tak payah.pegi kebun je.

action: tukar baju. terus pegi dengan yiba. yiba berbasikal. me bonceng tok abah dgn motornya.

lalu, kawasan kubur. then, tok abah show tanah umi. dari pokok kelapa hingga pokok pisang. tak lebar tapi memanjang. boleh muat 2 biji umah. itu tok abah explain. pagar sebelah pokok tanah orang lain.katanya mahu buat chalet. hurm. tak tahu, tengok je lepas ni betul ke tak.



jalan-jalan cari durian.


 
durian kecik.belum masak.tengok tangkainya yang panjang.


 
ini durian yiba. dia dah chop.


 
durian buruk separuh. tapi setengah lagi boleh makan. makan bertemankan nyamuk.nga~ 

 
yiba makan di kebun. 

 
masih banyak lagi di pokok. malu barangkali mahu luruh. 

 
balik, letak depan rumah. nanti adalah yang makan tu.

buah durian yang berduri tajam bagi tazkirah pada diri sendiri. sedang asyik melilau mencari durian. ada bunyi jatuh. tahulah bahawa ada durian luruh. amazing. durian tak perlu panjat pokok nak ambil buahnya. tunggu luruh saja. kulitnya yang berduri-keras tidak rosa atau hancur walau jatuh atas tanah. kulit durian juga tidak berubah walaupun dibakar.unless bila ia dah buruk.barulah lebur kulit durian.


tangan & mulut bau durian....

Wednesday, July 14, 2010

what you waiting for?

hampir 2 minggu bercuti. teman-teman yang lain dah mula semester baru. selamat mengharungi semester baru!

semester lepas bukan sahaja belajar tentang seni bina.juga tentang silibus sebuah kehidupan.
semuanya datang sekali gus. terus kena absorb dengan cepat.
mula-mula march, cuba suaikan diri.terkejut pon ada.terkejut kena belajar balik.itu sahaja.
sebelum menjengah april, demam terkejut. tapi masih lagi boleh bertahan.
saat-saat jatuh & sakit, DIA datangkan kekuatan hati. DIA datangkan sigaraning.
DIA temukan dengan my other half.

april.titik-titik perubahan yang sangat ketara.
perubahan pada kehidupan. perubahan pada persekitaran. perubahan yang berputar kepada 180 degree.
kosong.sunyi.berseorangan.bersendirian.
tapi mesti &harus tabah menghadapinya.
kerana tahu DIA always be there.

mei.perubahan yang memberi kejutan.
stress tanpa sedar.stress dengan kerja sekolah.stress dengan dengan kelas kehidupan.
kalau ikut hati, mahu saja lari.
mahu saja kata, tolong selesaikan masalah ini untuk saya.
tapi kepala bagai diketuk.
tolonglah, belajar untuk selesaikan sendiri. takkan mahu lari selalu.
cubalah hadapinya. mohon tunjukkan jalannya...
sungguh. saat ini masih lagi boleh bertahan.

jun.kenyataan hakikat sebuah kehidupan masih belum boleh diterima.
final exam.hidup bagai kucar-kucir.
kadang-kadang hidup dalam denial.
hampir rebah.jatuh.berguling pon ada.
tapi tangan ini masih bersambut.
they hold my hand.
ada juga terdengar, i am here.
ditemukan kembali dengan sigaraning dan my other half.
seperti seolah-olah mendapat energy bersedia untuk peperangan seterusnya.
jadi jangan patah semangat. fokus.
jalan-jalan mencari ketenangan hati.
jalan-jalan melihat kehidupan.melihat alam.

julai.cuti bermula.
2 bulan setengah tak balik rumah. memang sangat-sangat bertabah.
sepanjang 2 bulan setengah terasa seperti robot.pegi sekolah.buat keje sekolah.
tidak cukup tidur.bila mula cuti. waktu tido kene adjust balik.
sampai otak macam dah bengong.sebab selalu tak cukup tidor.
tak boleh nak fikir dengan baik.

saat-saat balik rumah.rancang semuanya baik-baik.terasa sebulan itu sangat sekejap.
walaupun ada setengah kata sebulan itu panjang.
minggu pertama sampai rumah.
jadual penuh. walimah.bowling.camping.

camping.mukhayyam tarbawi.
macam mencari kehidupan that i've lost before.
rindu dengan suasana itu.
solat berjemaah.baca maathurat.qiyamullail.dengar ceramah dari ustaz.
dan paling penting berukhwah.
hati berbisik; mana sahabat seangkatan?
rindu untuk berbicara tentang tarbiyah.
rindu berkongsi rasa hati.
rindu untuk ditegur.
rindu diketuk kepala.
kesimpulan: zaman sekolah sangat best.
walaupun dulu macam-macam cara tak nak pegi qiyam, tak nak puasa sunat tapi sekarang jadi senarai mutabaah amal yang mesti dilaksanakan.

tinggal 2 minggu lagi cuti akan habis. selepas ini semester baru menjengah dengan cabaran baru.lagi hebat.
persiapkan diri sekarang. muga lagi tabah.ameen.


semester ini telah mendidik diri memahami rukun iman yang ke-6. beriman kepada qada' dan qadar.