hanyalah perkongsian diantara kakak dan adiknya. bila mana menjadi kakak untuk 5 orang adik lelaki. beginilah jadinya. senyum
awal-awal balik bercuti dulu, muhammad masih lagi dengan 'angau'nya dengan kad jemputan. sibuk nak kahwin. bila ada kakak yang sudah besar begini lah jadinya. muhammad ingin tengok kakak dia kahwin. dia kata dia akan carikan kakaknya ini calon suami. dia tanyakan pula nak calon suami macam mana?
muhammad tu umurnya baru 7tahun. imaginasi tinggi. kalau tidakkan atau elak malu-malu nanti tak habis topik ini. maka, kakaknya suruh la cari calon suami. yelah sibuk dia belajar buat hantaran, design kad dan rancang majlisnya. haru tak?
kemudian, ha-ha ini saja ujian cuba diri. hari tu, junaid ulang-alik dari sekolah atas masalah tulang lengan kiri dia patah. umi dan ayah risau nk biar dia duduk asrama. dah la sebelum tu dah jatuh katil. doktor pun bagi dia mc 2 minggu. seronok sampai senyum pipi ke pipi. cerita dia ulang-alik dari sekolah. dia balik dengan ustaz dia. selalu balik dengan mak saudara bongsu kami - adik ayah. tapi hari tu saja ustaz dia offer. sebab dia cerita dia balik dengan ustaz
junaid: sebenarnya junaid balik awal hari ni. balik dengan ustaz.
si kakak: pastu kenapa tak sampai rumah pun? pegi mana?
junaid : adalah.
si kakak: ustaz junaid umur berapa? dah kahwin belum? pakai kereta apa? hensem tak?
junaid: tok soh duk gelenya la.
pecah ketawa kakaknya. suka. tengok reaksi dia. protective. yalah. junaid dulu ada sejarah dengan perempuan. itu lain cerita.
si kakak: yalah, suruh sangat cari calon suami.
he-he. itu dengan junaid. bila dengan abang si tua no.2 pula. tika itu kami adik-beradik demam lagu ya hanana. siap download. buh dalam pendrive. pasang dekat tv. tengah-tengah santai tengok tv. si tua no.2 aman datang duduk tepi.
aman: lala, nanti majlis kawen-mu kita pasang lagu pasang lagu ya hanan.
si kakak diam sekejap.
si kakak: calon suami pun tak da.
aman: orang nnt majlis-mu
si kakak: kalau tak kawen-kawen
aman: adikmu tak kawen jugak la.
tepuk dahi. adeii.
nasib la si ali tak bukak cerita kawen juga. dia asyik dengan kuda dia. jangan dia bagi idea lain sudah seperti ini:
"lala, nanti kawen naik kuda la." kalau dia cakap macam ni. tak ke pening.
kebetulan hari jumaat lepas ada cerita jalan ke syurga dekat tv al-hijrah. sekarang enjoy tengok tv al-hijrah.
cerita lelaki tak tahu nak solat. pastu si kakak duk membebel pada adik lelaki. sebab 4 adik lelaki yang duk rumah layan cerita tu. ambil peluang la. he-he.
kakak: perempuan x sey lelaki macam ni.
kakak: calon suami lala nak kaya. macam hero ni. ada bmw. nak lelaki hensem. tapi beriman la. solat tahu. mengaji sedap.
saja je giat. ada lagi. cuma tak tambah.
junaid: kata x sey lelaki macam ni. mana ada lelaki kaya tapi solat. tengok cerita ni.
si kakak: ada la. ada-ada. zaman rasulullah dulu. zaman sahabat tu. abu bakar, umar, uthman, abdul rahman bin auf tu kaya tau. beriman pula. jangan kata tak ada.
junaid: tapi sekarang tak ada.
si kakak: sebab tu kene didik lo ni. (ucap pada junaid dan adik lelaki seangkatan la)
kalau tak cakap, mereka tak tahu. lelaki slow sikit. jadi, ceritanya even la. kalau perempuan tak bagitahu impian bakal suami mana nak dapat tak. ajar adik lelaki supaya jadi ideal husband pun best juga. ada juga sumbangan dari kakak. nak dapat ideal husband untuk diri sendiri pun kene la jga didik adik lelaki. they are man.
ok. dah habis. it''s up to you how to understand this entry. wassalam.
No comments:
Post a Comment