Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Thursday, February 04, 2021

Pre-marriage course 2

 sambung hari ke-empat, sesi man are for mars woman are from venus  dengan sihat till jannah. sesi man from mars tu intipati dari buku tajuk yg sama. aku tak pernah baca buku jadi, ia membantu bahasa lelaki dan bahasa perempuan ni berbeza. lelaki lebih kepada problem-solving dan perempuan lebih emotion focus. jadi, kene tahu ketika berbual dengan pasangan tu kene faham apa masing-masing nk capai waktu borak. kadang-kadang perempuan ni nk ckp je. bila dengar sesi ni, aku teringat pasal babak dalam kampung people. razif dan wife tu tiap-tiap malam ada sesi berborak. padahal masing-masing cakap benda lain. jadi, aku boleh paham la benda tu. just talking. sambil nak lelap. menarikkan. 

dan untuk sihat till jannah lebih kepada fizikal. sesi sebelum ni lebih kepada emosi. kalau emosi tak ok nk buat apa dan macam mana nk hadapi stress tu. dan sihat till jannah ni aku belajar tentang fizikal badan manusia. bukan tunggu nk kawen je, buat medical checkup tapi kene consisten check up tu. yg aku boleh ckp, kalau dh kahwin bila da masalah kesihatan nnt kita mcm susahkan pasangan. tapi kalau sakit teruk yg tak terduga tu lain cerita. ini pasal kesihatan untuk perancangan keluarga. dan untuk wanita, kitaran haid pun kene tahu. normal atau tidak. kalau tak teratur, kene jumpa doktor. dan kalau nk maintain, sihat kene jaga diet dan kene buat senaman. walaupun basic tapi good reminder jugak la. sebab kalau boleh nak sama-sama hidup sampai ke tua dengan pasangan kan. tapi yg ni pun aku terlepas nk tanya pasal miband dan health apps ni. sbb bila dh habis sesi baru datang soalan tu. ha-ha. apo. ketika sesi tu, aku ada terfikir cuma tak keluar soalan yg nk tanya. 

sebab sekarang aku pakai miband. aku pakai sebab nk monitor heart rate aku dan stress dgn step skali. lepas tu, bila dh pakai dgn apps, miband ni boleh siap monitor sleep aku.  kata yiba, orang lain pakai ikut trend tapi aku tak. nk tgk heart rate tu sbb aku ada anxiety sbelum ni. nk tgk la betul ke heart rate aku ni tinggi. rupanya it's just illusion. mmg aku rasa berdebar tapi kalau ikut heart rate tak tinggi pun. kalau heart rate tinggi banyak kali kira aku ada masalah jantung la pulak. jadi cerita lain la. dan aku pun ada masalah tidur, sebab masih bergantung pada ubat dan dengan miband ni, aku boleh tahu la sleep quality aku dan sleep hygiene. aku sekarang masih maintain tidur seblum pkul 12. jarang la tidur lebih. kalau dah usrah jadi lmbt la sikit tidur sbb makan ubat pun lmbt. gitu la...setakat ni tak pernah skip lagi. sbb aku tak tahu apa akan jadi pada diri aku. 

ok last sesi, spiritual love languages. aku kene buat quiz dulu 5 love languages. jadi, masa sesi ni aku ni lebih quality time   dan physical touch aku rendah. so, sesi ni aku suka. sebab dia buka relate psikologi je tapi relatekan dgn time ibadah kita. time kita dengan ALLAH and religion. kalau kita suka physical touch boleh buat donation or meet people. lebih kurang mcm tu la. dan sesi ni aku ada tanya, kalau aku tak suka physical touch aku kene deal dgn benda, kalau tak suka kene cakap la kan. first cuba tolerate dulu. mungkin ada masa aku ok ada masa aku tak ok. jadi, kene tahu keadaan kita waktu tu. 

last day, ada group discussion tentang 100 persoalan untuk pasangan kita. so, discuss la. aku masuk group single. yg ada pasangan mereka bincang pasangan la. jadi, masa perbincangan tu, aku ada tanya pendapat tentang kalau datang pada kita pasangan yang sedang berkahwin mcm mn? atau yg pernah berkahwin, how would you deal with it? semua jawab yg sama, kalau ditakdirkan jodoh kita, terima. tapi sebelu terima bincang dulu dengan ahli keluarga. istikharah. think pro and cons. lebih kurang mcm tu la. dan kemudian kepada konsep perkahwinan. yang ni aku jawab, it changes through times. sebab zaman awal 20-an dulu, aku fikir lain. bila dh masuk 30, lain pulak. dan dalam group aku tu ada yg dah berumur 40 tahun. ingatkan aku je dah tua. hi-hi. seronok pula kenal mereka ni. dan perbincangan group ni kira dynamic la. dan ada juga yg dah ada pasangan tapi pasangan tak masuk jadi join group aku. jadi, bertambah menarik la sesi tu. 

sebenarnya tak rugi join course tu, sbb mcm aku ada kakak dan adik dh kahwin sebenarnya membantu aku untuk memahami dunia orang berumah tangga. so, aku tak da la rasa mcm terpinggir. mcm ex-ofismate pun semua dh kawin. ada masa diorg berbual pasal rumah tangga, aku ada rasa lonely. ye la, kita ni siapa nk bagi pendapat dan cadangan. jadi  tukang dengar pun dh ok sebenarnya. dan mcm aku pun dapat la tahu kisah rumah tangga tak semestinya bahagia sepanjang masa. ada ups and down. 

dan akhirnya, aku dah dapat sijil penyertaan lepas buat quiz. moderator dia sgt la baik. nnt aku nk recommend kawan aku join la. it's really worth. dan aku pun happy sebab sekarang aku jobless, jadi join benda-benda mcm ni seronok la jugak. isi masa lapang. tambah ilmu. dan kenali skill sendiri. 

lepas habis program ni, aku duk sibuk buat design renovation area rumah umi ayah ni. tu yang tak sempat nk update dua minggu tu. aku pun jadi sedar aku ni, kalau buat kerja kene siap satu-satu. i'm not at multi-tasking. dan minggu ni aku penat. kerja aku nk siapkan tak jalan. aku kene bagi badan aku rehat. next entri, aku tak tahu nk tulis apa. sebab tak da perkembangan yg menarik pun. 

Tuesday, February 02, 2021

Pre-Marriage Course 1

 bulan disember hari tu, ada iklan untuk pre-marriage course ni. tapi online la. sbb COVID-19, mmg tak boleh buat majlis ramai-ramai. tanpa teragak aku register dan bayar. 

sebab online, course ni 6 hari, dari hari selasa sampai ahad. lama kan. tapi bukan full satu hari. setiap hari tu ada dua sesi je. sesi petang dan malam. kira dua jam setiap hari. medium dia guna untuk penyampai jugak menarik. sebab ada sesi zoom ada sesi kulwap. dan pertama kali aku baru kenal term kulwap ni. seronok juga. mmg boleh fokus tak payah nk baca meseg wassap lain. sbb kita betul nak dengar. dengan slide provide mmg fokus sbb dia pendek2 kulwap ni. dan aku boleh ulang dengar banyak kali. itu yang best.

sesi pertama psikologi suami isteri. menarik sebab penceramah point out sikap suami isteri tapi tu la kecewa sebab tak sempat nk tanya. sbb malu. tapi sesi lepas tu, aku jadi berani nk bertanya sbb tanya dlm wassap je. aku ni introvert mmg malu dan takut dgn orang ramai. tu pun takut juga sbb orang akan baca soalan kau. tapi kalau tak tanya tak tidur malam. mcm sesi pertama tu. 

sesi kedua malam tu, tentang kenapa berkahwin dengan si dia, lebih kepada goal dan matlamat perkahwinan sebenarnya. dan self-love first. sbb bila berkahwinan bukan semata cinta tetapi sakinah, rahmah dan mawaddah. dan sebab aku tak da pasangan lagi, aku rasa topik tu mcm tak relevan untuk aku. ha-ha. cannot relate yet. tapi bagus jugak la untuk aku tahu about marriage. sbb orang sekeliling aku ada yang dah kahwin. jadi, aku perlu faham mereka yang sudah berumah tangga. jadi, soalan2  tentang perkahwinan adalah homework yg aku tak tahu bila aku boleh jawab. kalau dh jumpa my other half kot. 

next day pula session, petang sesi komunikasi aku dan dia. suami isteri. yg ni penting. masa aku kerja pun komunikasi ni penting. kalau kau tak tahu, tak paham kene tanya. kalau dalam perkahwinan ni, komunikasi penting. ia sepanjang masa. bukan tungu bila ada isu. dan aku ada prinsip ni, mesti settle sebelum tidur. sbb umi cerita atuk dan nenek mesti sama-sama. bila atuk tak da, nenek la yg terasa kehilangannya. dan tak boleh simpan2 perasaan atau berahsia. semua kene luah. lagi kalau isu famili - mentua. seram la jgak kalau dengar yang ni. sebab tu penting komunikasi. 

sesi malam, bukan sekadar cinta. pasal goal dan persefahaman antara pasangan. kira kene sekufu. setiap pasangan ada goal dia. nk kerja. nk kaya. so, kene sefahaman juga life goal. jadi saling melengkapi. dan seiring dengan usia perkahwinan tu. sbb kahwin ni bukan setahun dua tapi life long relationship. kita nak kekal sehingga syurga. 

hari ketiga, pasal kewangan dan mental emosi. pasal kewangan tu aku tak fokus sgt. lepas habis sesi tu muncul la soalan2 yg berkait. sbb penceramah share tu mcm basic sgt. yg aku dh tahu. ha-ha. so berlagak la sikit. padahal boleh je tanya. tapi tu la. regret sikit la. kira mcm aku main-main pulak waktu sesi tu.  yang malam pun. bagus juga input walaupun aku dah tahu tapi aku fokus jugak. sbb ia membantu untuk mengawal stress. yg dah depress ni. macam remind aku jgak la. 

untuk hari seterusnya aku sambung next entri la. ha-ha. biar ada topik nk tulis untuk februari. ada topik aku dh tulis dlm plurk. tak tahu patut tak aku share dekat sini. haha.  

Monday, May 07, 2012

another books


sabtu. 5.5.2012.

again. cause of cik piya. i go again to KLIBF.

gerak pukul 3. sampai dalam 4.30pm. at entrace, da siap dgn dengan. list dalam kepala.

5.20pm done dengan segala pembelian. Buku tebal sekali tu ada konflik. di atas flyer, tulis RM 47.50. sepatutnya 10% discount, RM 42.75. di belakangbuku tulis, RM 52. kemudian, mereka bagi diskaun RM 46 mengikut harga asal RM 52. sebelum tu mereka kata RM 50. terbeliak mata. hampir ada argumentasi di situ. nasib baik ada yang memantau. heh!

oleh kerana ada baki lagi, beli buku nipis sekali untuk hadiah!

buku rudy hirdy itu permintaan momo, ini buku pertama. yg kedua sudah beli sesi pertama. sebelahnya buku cik piya, bidadari bidadari syurga dari tere liye juga penulis hafalan solat delisa. dua novel yang menyerlah warna itu, permintaan cik momo juga. dan satu buku tarbiah itu adalah kesilapan dari sesi pertama. tersilap beli no. 1. tp x mengapa, saya boleh guna nanti. ha-ha.

puas hati? tak. masih tak puas hati. ada banyak lagi buku nk beli.

kebanyakan orang yang saya temu, mereka kata kurang nk pergi ke pesta buku sebab buku-buku yang lepas tak sempat nak baca. hmmm...

saya? buku-buku yang sebelumnya bukan tidak kesempatan untuk dibaca tapi ada saja yang meminjam. lambat pulangkan. maka, buku dari pesta buku ini insha-ALLAH habis. tahun ini, saya rasa saya sudah baca hampir 40 buku (10 darinya sastera dan buku ilmiah). bunyi ayat perasan disitu. he-he.

anda bagaimana?

Monday, October 10, 2011

prolog 23 tahun

sungguh hati diuji lagi. saat-saat otak kacau fikir mana satu yang harus di dahulukan. lalu, ambil keputusan ikut saja apa yang terjadi.

lintasan hati datang mengingatkan. hari sabtu. bila waktu tiba untuk keluar hujan turun dengan menggila. ada lagi agenda yang harus dilakukan hari tu. hati berbelah bahagi. redah atau tidak.

berteduh 2-3 minit sebelum membuka langkah untuk meredah hujan. peduli saja kalau demam di kemdian hari. yang penting harus pergi.

sampai rumah masuk tergesa-gesa. berkemas, masa semakin suntuk. buat kerja laju-laju. bila selesai terus keluar. dalam hati berdoa dapat kejar bas pula. diluar masih lagi hujan tapi tidak selebat tadi.

keluar dari kawasan perumahan bas terpampang depan. terus rentas jalan tanpa peduli kereta. alhamdulillah. dapat naik. dapat kejar masa. masuk bas, cari purse. purse yang warnanya purple. dimana? hati berdegup kencang. jangan kata... TIADA!

oh, hati makin mendebar. bas bergerak makin jauh. text housemate. dengan pantas dia membalas, ya, purse ada di rumah. ohm tuhan! ditangan di dalam beg langsung zero duit. hati berdoa dan meredah. mohon seringgit dengan seorang kakak.sungguh, dia baik. kerana percayakanku. seringgit sangat besar nilai waktu itu.  hanya ucapan banyak-banyak terima kasih sahaja padanya yang turun di sunway pyramid.

menarik nafas panjang. lega. tapi masih belum berakhir. diuji lagi. salah komunikasi. orang yang menunggu tidak menunggu ditempat sepatutnya.  terduga lagi. macam mana. duit tiada. hanya telefon comel itu saja tempat bergantung. sampai di subang. masih lagi hujan.

akhirnya dipermudahkan.seorang kakak boleh tumpangkan dari situ ke putra height. hati mahu saja menangis. mahu saja. tiba-tiba marah dengan sendiri. sedih sebab susah dengan kenderaan awam. susah untuk bergerak. selalu saja tumpang orang. cuba, cuba untuk berdikari. guna kenderaan awam. tetapi pilihan yang ada hanyalag teksi yang cekik darah. mahu makan apa kalau selalu guna teksi.

hati memujuk. ini hanya ujian. ujian bila ingin buat baik. untuk lihat sama ada kita makin kuat atau makin lemah. untuk melihat kebergantungan kita padanya. untuk melihat sama ada kita ingin terus melangkah atau berhenti di situ. kesimpulan, jangan mudah kalah!

alhamdulillah. akhirnya sampai putra height. untuk balik fikir nanti. berprogram. tentang layanan anak terhadap ibu bapa. nampak ringan tapi secara aplikasinya sangat berat dan bukan senang. lebih-lebih lagi anak perempuan. bincang nnt entri akan datang.

selesai. tempat seterusnya, kajang! sekali lagi, dipermudahkan. ada yang akan ke kajang. purse yang tertinggal tidak menjadi masalah. benar-benar mudah urusan petang itu. selamat sampai ke kajang dan bertemu ayah. menikmati masakan timur tengah.

saat-saat makan terasa sangat nikmat. hari ni perut tak perlu rasa tidak selesa. makanan orang arab tidak. warnanya merah. merah tomato. kenyang dan berpuas hati sebab bila selesai terus saja terlena. penat. ya, hari ni bangun pagi siapkan keje sekolah untuk hantar hari isnin. hampir siap. tinggal untuk fasa kedua.

berseronok sehingga hari ahad. ahad yang dinanti. ahad bersama keluarga. dan kembali lagi ke UIA. seronok. terasa jiwa tertinggal di situ. UIA terlalu banyak kisah untuk di kenang. ha-ha. menanti orang yang berconvo berpusing di kawasan tengah uia tu. duit yang diberi untuk pujukan juga habis. paling terkesan bila belon seorang budak kecil ini terbang tinggi. bukan sekali tapi dua kali! sedih. mcm hati saya. uhuh!

sungguh ada rasa di UIA. nikmat yang tidak dikecapi di sini. saat-saat ini sangat berharap untuk tidak jauh. tapi untuk sebuah kejayaan inilah yang harus di hadapi. selamat bertabah!

dua kali belon dia terbang. kali kedua muka dia merah. sedih.tapi comel!

Sunday, October 10, 2010

prologue 11.10.10

the beginning of 2010

01.02.2010. dating with ayah. kota bharu-klia-subang jaya-nilai-klia- kota bharu.

22.02.2010. dating with umi and ayah. kota bharu - klia - subang jaya





03.2010 jaulah to kelantan.experiencing as tourist at my hometown. pasar siti khadijah - tumpat - pengkalan kubur- pantai cahaya bulan - kuala lumpur.
04.2010 pusat pendidikan aman [tadika iman, sekolah rendan & sekolah menengah islam aman] sport's day.

05.2010 study trip to redang.

20.06.2010 IKRAM big day.famili reunited. final exam.

07.2010 mukhayyam tarbawi. durian.

08.2010 ramadhan kareem. pain.


09.2010 aidilfitri - demam - runaway back to kelantan with train - amik ubat sihat - perhimpunan perdana kalam.

wonderful october.maher zain save the SOUL. *my soul*

06.10.2010 iium,gombak.maher zain.
09.10.2010 meet umi and ayah at serdang.muktamar tarbawi. *tarbiyah hati*

10.10.2010 dating with momo.reunion plurkers.walimah.

11.10.2010....

may u have wonderful life.
selamat bertabah!

Saturday, November 14, 2009

it's his day.

bgn pagi dgn penuh semangat!

 
 dia sudah bersiap!
sbb dia mau pegi ke..






 
 ini persembahan pertama dia. tak pasti yg mana satu dia sbb cik khaulah belum sampai lagi waktu ni.




 ibu-ibu. bapak-bapak yg hadir.




 ini persembahan dia seterusnya. sudah beberapa hari dia berlatih. inilah hasilnya.
dia berada dihujung kiri sekali sebelah budak lelaki tidak bersampin.




 sambil menanti persembahan seterusnya.dia yg tersenyum riang melambai tgn.




 artis jemputan!




heh,budak kecik ni main aksi kejar-mengejar sambil menanti majlis ni habis. pujuk dgn choclate hadiah smalam. coklate love-pink dimakan semua tanpa sempat cik khaulah rasa! *gerammm*. coklate bunga biru dibahagi-bahagi tu pon hampir saja buat si budak kecik ini mahu merajuk-meraung. haish!


 

dia menunggu giliran. menunggu namanya dipanggil.



 
ho yeah! balik-balik dpt hadiah belon!!
sikit pon tamau kongsi. budak ni la..





sijil dan gambarnya. bersama-sama  dengan tanda tangan umi.heh!
berakhirlah harinya ini.dan selepas ini dia akan melangkah ke alam sekolah rendah!




 Muhammad & Ali
hari-hari berperang-bergaduh-bertumbuk-bertinju-berlawan dgn mereka.
juga TEMAN SETIA disisi CIK KHAULAH selamanya.