Love of Allah triggers sweetness of faith..
The prophet had said as narrated in both Sahih hadith, "Whoever possesses the following three qualities will taste the sweetness (delight) of faith: the one to whom Allah and His Messenger become dearer than anything else, the one who loves a person and he loves him only for Alláh’s sake, and whoever hates to revert to disbelief, after Alláh has saved him from it, as he hates to be thrown into the Fire."
Wednesday, September 28, 2011
r a s a
Allah swt said: If you never felt pain or experienced problems, how would you know i'm a healer?
If u never made a mistake, how would you know i'm forgiving?
If you were never hurt, how would you know I can comfort u?
If your life was perfect, then why would you need me?
[Hadith Qudsi]
[Hadith Qudsi]
.......
speechless.
Sunday, September 25, 2011
KK: cabaran 50 buku; (32) Rawa
Judul: Rawa: Tragedi Pulau Batu Puteh
Pengarang: Isa Kamari
Penerbit: Ameenbooks
Muka surat: 288 halaman
ISBN:978-983-3991-79-2
Harga: RM 21.90
Kata kulit buku:
Rawa. Nama itu adalah tanah. Nama itu adalah air. Anak jati ini memaut sejarah dan kebudayaan antara Singapura dan Seberang Tambak yang menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu.
Susur galur keturunannya hidup penuh rukun. Alam itulah sahabat. Firasat pula sandaran pedoman hidup. Tapi hidup tidak selalunya damai. Dendam dan hasad mula menular. Perkahwinan campur dan kedatangan orang luar menggugat bahagia.
Hanya satu jalan untuk merungkainya… diri Rawa.
‘Ah, Rawa! Kau ni macam-macamlah! Kau anak jantan. Nekadlah sikit! Ambillah satu anak dara dari mana-mana kampong pun! Asalkan Melayu. Jangan tunggu lama-lama. Rawa. Kempunan nanti.’
Kata KK:
Kisah seorang bernama Rawa dan kaitannya dengan Pulau Batu Putih. Bermula dengan zaman muda Rawa sehinggalah dia bercucu. Rawa yang keturunan Seletar dan tinggal di atas pau kajang melihat sendiri perubahan Singapura. Kemudian bertemu jodoh dan mendapat cahaya mata bernama Kuntum. Kuntum kemudian berkahwin apabila dewasa dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Hassan. Rawa yang setelah kehilangan isterinya mula tinggal bersama anaknya. Rawa pada mulanya tidak dapat menerima perubahan Singapura kerana kawasan yang pernah didudukinya dulu kini berubah. Namun, setelah cucunya Hassan banyak membantu dalam menyedarkannya bahawa kadang-kadang perubahan itu ada baiknya. Rawa juga masih ada rahsia tentang Pulau Batu Putih. Itulah satu-satunya misi yang masih dia belum capai. Biar Rawa menjawab tentang rahsianya itu.
Seronok membaca karya Isa Kamari. Rawa sekali lagi membawa saya kembali ke Singapura dan sejarahnya melalui versi seorang Rawa. Juga membangkit isu Pulau Batu Putih yang pernah menjadi rebutan Malaysia dan Singapura.
Terkilannya sebab saya masih tidak mengetahui bagaimana rupa Pau Kajang dan kawasan yang didiami oleh Rawa. Mungkin buku ini perlu menyediakan rujukan peta singapura dan bagaimana rupa Pau Kajang.
KK: cabaran 50 buku: (31) Tiada Penyesalan di sini
Judul: Tiada Penyesalan di sini
Pengarang: Zailani Taslim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Muka surat: 161 halaman
ISBN: 978-983-62-0842-2
Harga: RM 12.00
Kata kulit buku:
Novel yang menyelami kehidupan sebuah keluarga yang meniti batas-batas kehidupan yang penuh cabaran dan rintangan. Ada antara ahli keluarga itu jahat, nakal dan malas disamping yang beriman, sedar tanggungjawab dan sedia berkorban. Kematian ketua keluarga menggerhanakan lagi hidup mereka tetapi bukan bererti kematian untuk seluruh keluarga itu. Menginsafi keadaan ini, pengorbanan perlu dilakukan. Itulah keputusan dan tindakan “ aku” setelah membulatkan hati dan fikiran demi kelangsungan hidup keluarganya. Segala persoalan ini digarap dengan rapi dalam novel ini. bagaimana pengorbanan “aku” mendepani masalah yang melingkari keluarganya? Pengorbanannya bukan sedikit, malah dia terpaksa mengundurkan dahulu niat dan cita-cita murninya untuk menjejakkan kaki ke menari persada mercu ilmu. Apakah yang dirancangkannya sehinga mengorbankan niatnya dulu? Dan yang nakal pula adakah berubah atau terus menjahat? Semuanya terjawab dalam novel ini!
Kata KK:
Novel remaja dari DBP. Kisah kesusahan keluarga apabila kehilangan ketua keluarga dan diantara anak-anak itu pasti salah seorang anak menjadi jahat. Kesusahan demi kesusahan yang dialami oleh keluarga syahril. Syahid sebaga anak sulung kini memikul tanggunjawab sebagai ketua keluarga juga abang kepada Syahril. Syahid juga harus mempertimbangkan masa depannya sama ada terus belajar atau berhenti. Tetapi berkat kerajinan dan kesungguhannya semuanya dipermudahkan.
Novel remaja yang biasa saja. Namun, keseluruhanya perjalanan cerita tidaklah terlalu tipikal seperti novel biasa sebelum ini. hampir saja saya kecewa namun pengakhirannya buat tersenyum puas. Susah bukan bererti untuk berhenti tetapi membakar semangat supaya terus berusaha adalah diantara pengajaran yang diambil dari novel ini.
Ter s e n t u h
You Are Unique and Daring |
![]() You are an experience junkie. No matter what it is, you've either tried it or seriously considered it! You appreciate strangeness and eccentricity. Personal quirks charm you. You are a rule breaker to the extreme. You get a thrill from pushing boundaries and breaking taboos. You enjoy coming up with ideas. You are excellent at brainstorming and innovating. |
jangan tamak. nanti rugi.rezeki itu ALLAH yang beri.
saat saat kesuntukan, meredah dengan pilihan yang ada.
kerana mencari manisnya.
dalam proses pertabiyahan diri biarlah seperti semut mencari gula.
manisnya ada di situ.
tersentuh.
hati berkata redah.
tahu bagaimana permulaannya.
pengakhirannya berserah.
sungguh. indah.
terima kasih sangat-sangat.
....Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. [Ali imran: 159]
...And when you have decided, then rely upon Allah . Indeed, Allah loves those who rely [upon Him]. [Ali imran: 159]
KK: cabaran 50 buku: (30) Dia & Dia
Judul: Dia & Dia
Pengarang: Bunick Firdaus
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Muka Surat: 584 halaman
ISBN: 978-967-5118-54-8
Harga: RM 21.00 (Sem M’sia) / RM 24.00 (S&S)
Kata Kulit Buku:
“Dia hadir dalam hidupku untuk menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”
Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?
Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?
***
Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorang wanita pada dia yang mahu berkongsi hati dengannya. Bukankah ‘keliru’ itu maknanya hati sudah tersentuh? Biarlah Dia & Dia menjelaskan semuanya!
Kata KK:
Sinospsi Dia & Dia di kulit buku sudah jelas tentang Fazril dan Irfan yang menjadi Dia dan Dia seorang Arissa. Secara ringkas, Arissa menerima lamaran Fazril tetapi atas sebab tertentu, Arissa terpaksa melupakan Fazril dan muncul Irfan yang sentiasa di sisi Arissa sehingga mereka sempat melewati alam perkahwinan bersama-sama. Tetapi Arissa sendiri tidak tahu siapakah Dia untuk Arissa. Dia dan Dia memberikan jawapan.
Pada awalnya, jalan ceritanya agak menarik. Namun, lama-kelamaan ia menjadi bosan dan pengakhirannya sangat mengecewakan kerana apa yang BF cuba sampaikan masih tidak kuat. Ada keliru ditengah-tengah cerita itu. Alasan- alasan untuk setiap yang terjadi masih tidak kukuh. Atau ayat mudah, jalan ceritanya masih tidak kuat.
Sejujurnya, saya banyak menyalahkan Arissa dalam pemilihan Dia dan Dia. Istikharah itu sendiri seharusnya menyakinkan dirinya untuk memilih Dia dan Dia.
Apa yang lain dari yang lain dair D&D adalah BF berani menggunakan loghat Kelantan walaupun sedikit pelik.
KK: cabaran 50 buku: (29) Rahsia Ummi
Judul: Rahsia Ummi
Pengarang: Faisal Tehrani
Penerbit: Ameenbooks
Muka surat: 248 halaman
ISBN: 978-983-3991-86-0
Harga: RM 19.00
Kata kulit buku:
Sharifah Aini; namanya diambil daripada biduanita Negara yang begitu disanjungi oleh umminya: Faizah. Syed Hassan; majikan dan bapa kekasihnya turut meminati bintang seni suara yang sama. Ada misteri di sebalik namanya, tetapi ummi merahsiakan. Dia bingung; masakah seorang sharifah berbapakan seorang lelaki yang bukan syed? Apakah ada cinta terlarang dan terhalang yang dirahsiakan daripadanya?
Kata KK:
Rahsia Ummi adalah Sharifah Aini. Sharifah Aini adalah artis yang umi minati. Lalu, Ummi tumpahkah minatnya dengan menamakan dia sebagai Sharifah Aini. Namun, kerana namanya Sharifah Aini tanpa Syed maka timbullah persoalan. Rahsia Ummi adalah masa silam Ummi dengan dengan Syed Hassan. Sejarah kembali berulang bila Sharifah Aini menyukai seorang Syed.
Kata Faisal Tehrani, karya ini sedikit aneh tetapi dia membiarkan keanehan itu. Namun bagi saya ia luar biasa kerana jarang-jarang dapat saya membaca karya FT seperti ini. Konflik yang dialami terlalu berat seperti karya-karya sebelum ini. Cuma, terkilannya Ummi tidak mengetahui siapakah ayahnya yang sebenar walaupun ia bukan satu perkara yang penting tetapi disitulah bermulanya rahsia Ummi dan persoalan ini benar-benar bermain dalam minda saya.
Apapun. Rahsia Ummi adalah karya lain dari yang lain dari FT.
Tuesday, September 20, 2011
KK: cabaran 50 buku : (28) Zikir RIndu
Judul: Zikir Rindu
Pengarang: Azizi Abdullah
Penerbit: Alaf 21
Muka surat : 198 halaman
ISBN: 978-983-124-419-7
Harga: RM 10.00 (Sem M’sia) / RM 13.00 (S&S)
Kata kulit buku:
“sudah puluhan novel saya hasilkan, tetapi hati ini masih terasa kekurangan. Masih lagi tidak terasa nikmat bercinta, rindu dan kasih sayang. Jiwa tetap terlohong.
Tiba-tiba, dengan Zikir Rindu ini, saya mula merasainya. Adakah perasaan ini bagaikan ilusi? Tidak! Bagaikan halimunan malam? Juga tidak! Tetapi ia adalah satu reality hidup…agar anda dengan penuh rasa tanggungjawab bisa memahami gelodak rasa seorang tua dalam mencari erti kasih abadi…”
Azizi Abdullah, penerima anugerah SEA Write Award dan penerima anugerah MASTERA 2007 ini mengajak anda berkongsi rasa, bertingkah kata dalam karya terbarunya ini.
Novel ini memaparkan runtunan perasaan seorang tua, yang tiba-tiba diminati oleh seorang perempuan muda inilah anehnya dan aneh inilah yang dirasai oleh ‘aku’ hal ini ditokok pula dengan gambaran bagaimana tekanan seorang isteri jika keseorangan menghadapi suami yang terlantar sakit.
Zikir Rindu… menjelajah erti sebuah kehidupan dan memahami betapa luasnya erti sebuah kasih. Cinta adalah fleksibel, tetapi kasih sayang adalah kesetiaan dan abadi. Ia adalah hak semua. Hayatilah ‘aku’ dengan penuh khusyuk agar anda dapat memahami mesej tersirat di sebalik kisah tersurat.
Kata KK:
Sinopsis di kulit buku sangat jelas tetapi keseluruhan cerita kurang saya fahami apa yang penulis cuba sampaikan. Bagi saya, ‘Dee’ seorang perempuan muda terlalu misteri dan tiada watak lain selain ‘aku’ dan Dee. Zikir rindu terlalu sukar untuk saya gapai kerana ZR berkisar tentang lelaki yang sudah lanjut usianya.mungkin kerana faktor inilah yang membuat saya tidak dapat menyelami seorang ‘aku’ tersebut. Malah, terlalu banyak monolog dari ‘aku’ yang sering berulang. ‘aku’ juga mula rajin beribadah tetapi ibadah yang dilakukannya adalah dorongan nafsu tanpa merujuk kepada sesiapa. Hanya Dee sebagai tempat untuk ‘aku’ mengadu. Oleh kerana kekurangan watak dalam ZR saya merasakan dunia ‘aku’ terlalu sunyi dan kosong. Pengakirannya pula tidak disangka, bagi ia terlalu misteri. ZR terlalu banyak bermain dengan perasaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





