Showing posts with label books. Show all posts
Showing posts with label books. Show all posts

Monday, May 31, 2021

Syud's Clan

 last weekend, marathon dua novel syud dan sekarang tengah nak habiskan satu lagi. 

dua tahun meroyan nk baca Tentang...Dhiya...dua tahun lepas duk intai harga buku tu murah lagi...tapi sebab tak ada bajet jadi biarkan je ia terperap. tetapi sebelum raya tu tiba-tiba datang balik mood nk baca kisah Azril dengan Lisa. maka shopee la buku tu..sekali weh, susahnya nk jumpa yg available. Bila dah jumpa tu, harga rm52, terus masuk bakul dan bayar. 

masa sama cari buku Pelangi. Pelangi tu gabungan tiga penulis - Kak Su, Syud dan Hlovate. Cerita Ked dalam buku ni la. Dan cerita Syud pula, cerita sepupu Lisa tu. cerita Syud ni, kalau boleh buku dia semua ada. sebab dia dalam circle yg sama. 

First, kenapa nak baca Azril sebab lokasi cerita dekat JB. dua tahun lepas tu, duk JB. sambil baca nak feel la sekali. ni sekarang bila dah baca...jadi...oh, rindu gila. lagi-lagi bila Lisa tu jumpa Azril dekat City Square. CS tu hari-hari aku lalu masa duk Johor tu. kalau nk shopping pun, Aku singgah CS dulu. Time nak gaji pegi cashkan cek tu, pegi CS. makan tengah hari dekat CS. shopping watson dekat CS. beli baju dekat Uniqlo. H&M.Cotton On. Sapa tak rindu. 

walaupun depa ni belajar UTM, aku pun sempat pusing UTM dengan bas johor tu. ada lah dua tiga kali. Walaupun tak tahu mana PSZ tu. naik bas tu semata singgah AEON Taman U. dua tahun pun aku sempat la berjalan dalam Johor tu kalah Piya yang duduk Pasir Gudang. Dapat geng kaki jalan, aku sempoi la. ikut je. aku memang kaki ikut. Kalau tak, mereput je la duduk Larkin tu. 

habis Lisa dengan Azril. Sambung baca Vignette. sebab watak utama dia kawan baik Lisa masa di UTM, si Jiji. Nama sebenar Najiha. cerita Najiha dengan Firdaus. setting dia dekat The Garden, Midvalley. aku tak da la rajin sgt pegi sana. tapi aku jumpa kesamaan cerita dia untuk dua...bukan tiga novel ni. nanti aku cerita lepas ni. 

Masa baca pertama kali dulu, aku tak suka Vignette. tapi sekarang aku suka pula cerita dia. cuma aku rasa cerita Firdaus dgn Fakhrul tu tergantung. mungkin ada dalam other novellete. tengok, aku kene cari balik cerita pendek syud pulak. dan Ending dia mcm tak memuaskan. sedikit tergantung. dan Reza yg tak ada kesudahan. no closure bagi aku. tapi dalam Vignette ni, ada watak sampingan Ilham dan Wir. dan Ilham tu pula sepupu Firdaus dan ada suka dengan Wardah, kawan ofis Firdaus. 

dan last novel ni tgk baca, Wardah dan Pacai. Pacai nama sebenar dia Firas ni kawan Azril. so, nampak circle dia. Walaupun tak perlu pun beli semua novel syud, tapi kalau keinginan kau nak tahu tinggi jadi kena baca semua. 

aku baca ni ikut relationship. Lisa-Jiji- Wardah. tapi kalau ikut tahun terbitan, Lisa -Wardah - Jiji. oh, aku tak cerita Teja Aulia. Teja Aulia tak da dekat rumah jadi aku skip je la. dan masa first baca dulu, aku tak suka Tejau Aulia sebab melankoli. Ha, apa kaitan all those. kalau masuk Teja Aulia pula dia kene baca Azril - Pacai - Adil. Teja Aulia ni kisah Adil dengan Teja la. aku tak nak bagi ulasan sebab aku dah tak ingat dan yg aku tau plot cerita dia aku tak suka (untuk baca petama kali). 

lagi, aku perasan Lisa punya circle dgn Jiji, Syud dah tukar nama kawan diorg yg Asma pada Akhma. atau sebenarnya Akhma tu wujud juga. tak kisah la. cuma kawan UTM dia tu bertukar nama la. itu je la. Ini penangan baca back to back all her novel. haha. 

last sekali, aku wonder ada tak cerita Taufik kawan Pacai ni. Jadi aku kene buka balik cerita pendek dia. Sebab Taufik ni tak da dalam memori aku. huhu. PKP ni boleh la baca. ha-ha. 

dan bila dah reread all those novels after 5 year. lepas balik dari Aussie. dan baca ketika umur dah 30 tahun the perspective aku sebelum ni bertukar. from not like to like and aku rasa aku dewasa. sebab buku ni terbit lebih 10 tahun. I guess i'm changed. dan aku membesar dengan novel ni. Si Azril dengan Lisa tu aku baca banyak kali juga sebelum ni. 

kalau aku put in real life, aku wonder Azril, Adil dengan Pacai ni dah ada part II atau belum or dah ada title Ar. kah? gitu..sebab aku in the same line with them...but Azril ni pakai vios lepas 3 tahun tu...tinggi juga la gaji dia...kalau compare tahun covid ni...harapan la...aku ni dah kerja berapa lama tak pakai lagi kereta mahal. tak da kereta pun. dulu tu pakai myvi...like my officemate cakap, jgn berangan boleh dapat gaji mahal dan pakai kereta mahal. diorg tu engineer. sama nasib macam aku. nak cari kerja gajin tinggi...entah la..

itu je la nk komen. haha. best juga marathon novel dengan author sama. 

PKP ni..banyak benda aku nak buat. barang nak masak semua dah ada. itu cerita entri lain pula. entri ni aku cerita novel ni je. kalau aku dh habis baca cerita pendek dia..mungkin aku share sini jugak. tengok lah macam mana. 


Sunday, May 23, 2021

dilema sebuah novel

 jumaat lepas, gatal tangan pegi komen dekat page hlovate request nak baca ked's strory.

kemudian, petang tu hlovate update. rasa mcm doa makbul pulak. dia punya feeling excited. overwhelmed. 

pada masa sama, duk usha juga dekat shopee dengan marketplace dalam fb. tengok harga. paling mahal sampai rm230. yang seller tu pula berlagak, dia yakin boleh jual mahal lagi. tamak! 

aku pun contemplate lagi. sampai hari ni. aku nak baca buku tu. tapi berbaloi ke beli dengan harga mahal. lagi-lagi waktu pkp mcm ni, harga buku tu boleh dah buat aku makan seminggu. 

walaupun hlovate dh upload online, nafsu nak membeli tu masih ada. kene tunggu seminggu lagi la... 

tak da yang kata jangan beli. semua cakap mahal je. kalau ada yang kata jangan beli, memang aku tak beli. tapi yang komen hanya cakap MAHAL. itu je. mahal pun kalau ada duit boleh beli. gitu la. 

aku masih menunggu hlovate update full story. sedang memujuk hati, boleh baca online, Khaulah!!!! 

tak mati, kalau tak dapat beli novel tu berharga rm70, rm 80 tu. huhu. 

lagi, dengan isu sekarang, duit tu boleh infak ke palestine, tabung pahala, ganjaran syurga. 

novel PELANGI tu, dunia je. sekarang je rasa nak baca, dan masih lagi ada harapan untuk Hlovate publish balik buku tu. who knows....

dan aku perlu distract diri aku fikir benda lain pulak. 

dan, sebenarnya, aku pun dah beli buku tentang..Dhiya. dengan harga rm52. tambah delivery post, rm 4.66. aku tak teragak-agak beli sebab dekat dua tahun aku cari. jadi, worth la bagi aku untuk beli. 

jadi, ked's story pun aku kene tunggu dua tahun lagi la. kalau harga makin naik, aku takkan beli. biar je la tak dapat. dah pernah baca, cuma nk ulang baca balik. itu aje. 

Saturday, June 02, 2012

The Crazy One


 Here's to the crazy ones. The misfits. The rebels. The troublemakers. The round pegs in the square holes. The ones who see things differently. They're not fond of rules. And they have no respect for the status quo. You can quote them, disagree with them, glorify or vilify them. About the only thing you can't do is ignore them. Because they change things. They push the human race forward. And while some may see them as the crazy ones, we see genius. Because the people who are crazy enough to think they can change the world, are the ones who do. - Think Different ad.



think sheet again. this time i had chance to read about Steve Job by Walter Isaacson. but i  not start from beginning. just read two chapter only. still, give a little impact to me. think different. think crazy. think outside of the box.

if talk about think different, i agree the poem above. orang yang hebat orang berfikir luar biasa. its start from ordinary to be extraordinary. to be extraordinary, it start with small steps for a big change.

kalau cakap pasal dakwah, pun begitu juga. reminds me about hassan al-banna. cats steven. awal mei hari tu baca buku from cats steven to yusuf islam. its interesting. bermula dengan mencari hidayah dan selepas dia menemui Islam. betapa dia menghayati islam itu.


while discussing this book in the class, semua orang merasai kehilangannya. semua tidak dapat menerima kehilangannya. dan semua orang berfikir bagaimana dengan Apple. akan mati juga kah? betapa risaunya umat dunia dengan lenyap kecanggihan Apple itu.


reflect myself, again. kalau dunia berasa kerugian besar hilangnya Steve Jobs, ingat balik bagaimana saat-saat Rasulullah wafat, sampaikan Umar tidak dapat menerima hakikat sebuah kematian. sehinggakan ada yang murtad. betapa sahabat-sahabat merasai kehilangan Rasulullah. have you ever feel that? again. juga ketika hilangnya Hassan al-Banna. yang memberi kesan besar pada zamannya.  janganlah berasa sangat-sangat rugi kalau Steve Jobs tiada, kalau Rasulullah sendiri belum dihayati.apakah Apple lebih manis berbanding Iman kita sendiri? apapun,  Apple harus teruskan hidup.

salah satu kenapa, rasa nak baca habiskan buku ini, pengolahan penulis tentang Steve Jobs menarik. it give different view of  Steve Job. tak bosan nak baca.  


p/s: Steve Jobs masa muda sangat kacak! Ad di atas sangat terkesan! Jom jadi Hebat! Think Different.