Showing posts with label challenge 30 days. Show all posts
Showing posts with label challenge 30 days. Show all posts

Friday, July 24, 2015

Ramadan Day 9

sebab dah raya. maafkan saya andai diari ramadan ini tidak sempurna. saya cuba sedaya upaya untuk ceritakan pengalaman puasa di sini. terima kasih pada yang sudi baca. terutama anda, yang saya hargai dan ingat kemas kemas dalam minda. :)

sekali lagi terawih di Mayfield, oh menurut student dkat sini. masjid ini dikenali juga masjid org turki. sbb kebanyakan yang dtg solat semuanya orang turki.

mlm ke-8 sedikit meriah di masjid ini sebab orang rumah RA dah balik dari melbourne dan ada orang dari Ireland datang ziarah newcastle. maka ramailah ahli masjid kali ini.

seperti biasa solat 8 rakaat, tetapi sebab ada yang dah hbis awal nk balik terus tanpa tunggu habis 20 rakaat. maka saya ikut sekali. orang RA masak berbuka laksa sarawak ajak saya singgah makan "moreh".  rasanya sedap. byk juga saya makan.

sudah lama, tidak merasa orang ramai. saya berbual dengan ahli yang ada. sambil tunggu group yang solat 20 balik. selepas itu lagi meriah. berkenalan dengan orang dari Dublin. sambil makan sambil dengar. saya tak makan, sejak puasa lagi kurang nk makan lewat malam. dah jadi macam rutin kalau makan juga, kena pastikan paling minimum 1 jam selepas makan baru boleh tidur.

perasaan ketika ini, masih lagi rasa sedih. dan rasa takut untuk berjumpa dengan mereka ini.

ahli RA beria ajak tidur di rumah mereka tetapi saya tiada kekuatan. saya ingin tidur di bilik saya. bilik yang paling best untuk saya bersantai. saya tak mampu untuk tidur-hoping di mana-mana lagi. terpaksa menyusahkan mereka hantarkan saya balik.

teman rumah saya sudah siap packing bag dia sebelum ke terawih jadi dia tidak balik bersama saya.


Wednesday, July 01, 2015

Ramadhan Day 6 & 7

untuk dua hari ramadhan ini. rutin yang sama. cuma beza terawih je. malam ke-enam pegi terawih di Masjid Mayfield. tapi ada satu kejadian yang buat saya hampir trauma. 

di mana seperti biasa, selepas 8 rakaat buat witir dan saya akan duduk di belakang sambil dengar dan cek bacaan imam solat terawih. ada sesuatu yang pelik. seorang perempuan berpakaian agak seksi.masuk di bahagian perempuan. tak bukak kasut pun masuk dalam tu. tapi nampak macam dia nak solat. kemudian teruskan dengan bacaan imam. tetapi kelakuan wanita tersebut agak pelik. sekejap ke sana. sekejap ke sini. nampak dia besusah payah cari pakaian untuk solat. tapi bila tgk kenapa baju agak seksi. kenapa dia tutup kepala sahaja. pelik. tak senang duduk pula. 

sampai lah mak cik turki ni pun tak selesa. selepas wanita ini amik tasbih dia. macam dah mencuri. mak cik turki dah tak teruskan solat. wanita seksi tu duduk belakang saya. tertanya juga kenapa dia tak tanya je kalau perlukan bantuan. mak cik turki ni bagilah kain tambahan sebab cara dia pakai untuk solat tak kena. pasti wanita seksi ni amik prayer mat yang ajar solat. dia amik quran pula. lepas tu tanya lagi dalam hati, kalau betul nak solat kenapa tak join jemaah je. kan senang. macam2 lah. 

yang menjadi suspen, bila dia amik quran masuk dalam beg dia. dah macam mencuri dah. mak cik turki tu halang. hati dah cuak. sebab ingatkan dia amik dadah ke apa. rupanya sebab dia amik  quran letak dalam beg dia. pastu wanita seksi tu siap bantah lagi cakap bdak perempuan tu (sayalah) boleh pula ada quran. amboi!

dah macam kecoh. mak cik turki pi panggil suami dia. minta settlekan. terawih pun dah selesai. selesai doa semua, datang lah sekali dengan imamnya. wanita seksi tu diminta untuk keluar dari masjid. keliru pun ada, betul ke dia islam. tapi sempat dengar perbualan dia dengan suami mak cik turki tu. wanita seksi tu kata dia datang dari algeria. baru nak praktis solat. yang menjadi syak, kalau dia betul islam dia takkan letakkan al-quran atas macam tu sahaja. lepas tu cara dia solat macam salah. bacaan apatah lagi. 

sebab diluar bidang kuasa. dan ditempat orang. dan bersangka baik dengan orang masjid yang mungkin dah biasa dengan kes macam ni, jadi tak buat apa-apa. lagi pun badan ni kecik. kalau jadi apa2 susah juga. kes ini selesai bila wanita seksi diminta keluar dari kawasan masjid kerana telah menganggu keamanan ahli masjid. 

bila balik terawih dalam kereta nampak wanita seksi tersebut merayau-rayau seperti hilang arah. kami yang dalam kereta hanya lihat dengan kesian tak mampu nak buat apa-apa. 

sahur seperti biasa. malam ganjil bangun qiyam.  ada hari tak pergi masjid, buat terawih di rumah sebab terawih boleh je buat sendirian. dan juga tak semestinya buat di masjid sahaja. sebab cuti maka tiada aktiviti yang menarik. duk merancang nak buat biskut tart sahaja. 

setiap hari boleh cover 2 juzu'. alhamdulillah. betapa freenya masa tu. cuma dua-tiga hari ni. duk gila iron baju. sebab sekarang ni sejuk. ada waktu sahur boleh capai 4 degree. pergh. sejuk. pegang sudu dah beku. 

basuh baju sebab cuaca terang benderang. sambil basuh cadar dan alas tidur. beli hari tu terus pakai tak dan nak basuh. kat sini pun siang sekejap sangat. walaupun gelap pukul 5. pukul 4 tu kain dah sejuk walau matahari ada lagi. jadi bila nampak matahari lekas-lekas basuh baju. mesin basuh kat sini pula bukan macam malaysia low, medium, high. dia ikut jenis air dan cara basuh. paling sekejap 1 jam boleh siap kalau nak betul-betul basuh. ekspres 15 min tapi spin dia tak berapa kering sangat. susah!


Monday, June 29, 2015

Ramadhan Day 5

sebab semua dah pegi Sydney, maka solat teraweeh di rumah sahaja lah. seperti biasa. malam pun rutin biasa. lpas teraweeh online. cari pasal scholarship. duk kaji resepi nasi kerabu. kuih tart dan sebagainya. betapa unproductive hidup. bosan.

kejadian terlepas sahur sebab alarm tak berbunyi. jadi mulai malam ini, sebelum tidur pastikan alarm direset. alhamdulillah, dapat bangkit sahur. tapi mood untuk tak tidur lepas subuh jatuh merudum. kira habis tilawah, terus sambung tidur. niat nak bangun awal dalam pkul 7 lebih or 8 tak menjadi. memang terbabas ke pukul 9 nak ke pkul 10. kecewa!

tapi apa pun bangkit sebab ada urusan di uni yang perlu diselesaikan. selepas zuhur pergi buat urusan. nampak betapa lambat dan lama masa diambil untuk siapkan diri. ha-ha. sebab dah tahu jalan untuk basikal jadi pergi uni kali ni dengan basikal. semput juga la sebab perjalanan pergi ni banyak bukit. balik nanti turun bukit. ha-ha. cepatlah sampai rumah.

tapi ada incident di uni. jadi berlaku kejadian yang sangat sedih. sebenarnya tahu hari ni ada majlis berbuka di uni. tapi seperti biasalah tunggu orang ajak. tahu sebab nampak di FB. tapi balik dulu dengan basikal. pastu tengah bersiap untuk berbuka si teman rumah call maklum pasal majlis berbuka. maka sebab tengah sedih, terus pergi sahaja. makanan yang siap pre-heat tinggal dalam bilik. niat nak makan lepas balik berbuka.

jadi pergilah ke majlis berbuka. anjuran muslim student association. lebih kurang macam tu lah. menu nasi briyani. ayam. ingt ada kambing sebab datang. sob sob sob. pegi tu jalan kaki. dengan harapan ada orang hantar. paling teruk pun balik dengan uni shuttle bus. sebab kalau balik dgn basikal, hri dah gelap. terasa seriau.

sampai di majlis, jumpa mereka. duduk berbual. tunggu masuk waktu. makan-makan. solat maghrib. balik. D yang sedikit caring. tahu situasi saya ajak saya balik bersama. sebab dia baik, ikutlah balik sekali dengan dia. ada kawan dia dtg berjalan. akhawat juga. tapi saya tiada mood untuk bermesra. jadi berjawab ala kadar.

dan sampailah D hantar ke rumah.

hari yang paling sedih.

Ramadhan Day 4

teraweeh malam ke-4 di masjid lain. menurut mereka yang dah pergi, 20 rakaat dalam masa 1 jam 30 minit. katanya imam ni baca laju.

isya' jemaah dirumah. pastu adik-adik tu bertanya nak solat masjid mana. so, bagilah jawapan ke masjid mayfield. sbb tak sampai lagi. nak cakap sikitnya masjid di sini. nak cuba bagaimana bacaan imam tu. betul ke laju. pegi satu kereta sahaja. dalam 5-10minit jarak perjalanan.

sampai-sampai. imaam baru selesai isya. sebab kat sini isya' awal dan malamnya panjang. maka solat teraweeh dilambatkan sejam dri waktu isya'. isya' disini dalam 6.20 mlm. solat teraweeh mula 7.30mlm. masuk-masuk masjid masuk bahagian perempuan. ada mak cik-mak cik yang solat atas kerusi satu saf. tak ramai perempuan. ada lagi ruang untuk kami. mak cik ni kebanyakan dari turki. ada dari india.

solat teraweeh tu memang imam baca laju. sampai tersasul-sasul. tapi panjang juga. dalam 10 ayat satu rakaat. dia x baca ikut muka surat. saya seperti biasa solat 8 sahaja. dan diikuti witir. lepas rakaat ke 10, imam rehat sekejap. bagi tazkirah pasal surah dan bagi kuiz 3 soalan. kemudian sambung 10 lagi.

sebab datang satu kereta, jadi tunggulah di situ tunggu ahli yang buat 20 rakaat. lpas 20 rakaat, balik lah kami. dalam kereta, duk bincang pasal travel ke sydney. selalu begitu, last minute baru nak ajak betul-betul pergi mana-mana. terasa dipinggirkan. nevermind. belum buat keputusan lagi. maklum pada mereka akan confirm sahur esoknya. memang nak pegi. tapi sebab si teman rumah pun tak beria ajakkan. dan terasa teruja nk pegi.walaupun nak sangat sebab sebelum tu mereka ada merancang bersama. tapi entahlah masalah hati belum selesai.

si teman rumah tidur di castle. maka balik rumah no 12 dihantar mereka. balik-balik online. kemudian tidur.

tragedi 4 ramadhan. sedar-sedar dah 6.20pagi. memang pertama kali terlepas sahur. terus hilang mood nk ke sydney. text mereka bagitahu tak jadi pegi. bangkit solat subuh. buat rutin maathurat dan al-waqiah. kemudian sambung tidur. sedih.

sedih dengan permulaan hari. selepas bangkit tidur, online sahajalah. nak basuh baju pun dah terlambat. hari pun tak berapa cerah. niat nak keluar pun tak jadi. berdiam sahaja lah dirumah.

masuk asar tak buru-buru ke dapur sebab ada masakan dri hari sebelumnya. tomyam dan telur dadar. makan itu sahaja. buka puasa seperti biasa bila di rumah, sorang-sorang.


Ramadhan Day 3

maafkan saya, diari ni bertangguh seminggu lamanya. sebab utama, malas. sebab kedua, i feel singkat sungguh hari-hari di sini. dan tiada mood. 

ok, sambung hari ke-3 ramadhan di sini. duk berharap sangat ada majlis iftar untuk hari ke-3 ni. teraweeh malam ketiga juga dirumah. tak terasa nak buat dimasjid. rutin yang biasa. lepas terawih buat tilawah satu juzu. dan setiap malam buat rutin ni juga baca al-mulk sebelum tidur.

sebab kena marah dengan doktor, x jaga waktu tidur. dan ada masalah nak lelap. ada juga nasihat seperti amik nafas dalam dan hembus. amalkan juga yang ini. tapi bila baca al-mulk memang alhamdulillah dapat tidur dengan tenang. dan elok-elok dapat bangun sahur.

ramadhan kali ini juga target untuk qiyam untuk malam-malam ganjil untuk 10 hari terawal ni. jadi bangun awal buat tahajud. kemudian sahur. sahur makan cereal sebab nak habiskan susu. ha-ha. susu tu ada expired lepas bukak. kena habis dalam tempoh 7 tujuh hari. banding malaysia lagi dahsyat. 3 hari dah kena habiskan.

lepas subuh masih dengan rutin. sebab tak nak tidur lepas subuh, tengok ceramah ramadhan. lepas tu terjebak dengan al-khawater. sambil-sambil nak panaskan bahasa arab yang macam dah dilupakan.

lepas zohor, sambung dengar bacaan Sheikh Mahmoud al-Husayry surah al-baqarah. tapi 15 minit sahaja dengar. bacaan sheikh ni memang best tapi sebab jelas dan satu persatu dan memang lama. alhamdulillah boleh tahan 15 minit tu. lepas mengantuk amat. tidur sampai ke asar.

sedar-sedar bila ada ketuk pintu. teman serumah maklum ada orang ajak bukak puasa. apa lagi, bangkit dan solat asar. siap tunggu orang datang ambil. memang dihati tak nak masak.

berbuka di sebuah rumah dinamakan Castle or MH. MH untuk apa, x igt. rumah akhwat. sampai-sampai mereka sedang buat karipap. dan-dan waktu juga dah masuk waktu. menu berbuka rendang ayam. ok la.

maghrib bersama.

Saturday, June 20, 2015

Ramadhan Day 2

malam ke-2 terawih hanya di rumah. lpas iftar, solat maghrib rasa letih. tidur tak sempat tunggu isya'.

pkul 3 tersedar, bangkit solat isya' dan terawih. sambil nak tunggu sahur, sempat habiskan juzu' 30.

untuk hari ke-2 puasa, alhamdulillah masih dapat bangkit sahur. menu sahur hari ke-2 buat lain sikit. he-he. macam kalau di rumah, umi selalunya masak roti telur. tak pun nasi goreng udang sayur brokoli. berserta air coklat panas. sama macam hari pertama sahur berseorangan juga. si teman rumah sahur awal. adapun diri ini suka lewatkan sahur. lambatkan sahur mudah terus boleh buat subuh sekali. ha-ha.

selesai subuh, untuk elak tidur selepas subuh. sebelum ramadhan dah buat tapi masih tak konsisten. sambung al-mathurat dan al-waqiah. ada juga waktu tertentu, selepas al-waqiah memang sambung tidur. kalau mengantuk sangat lah. hu-hu. payah dok nak buat benda baik ni.

ramadhan ni, lepas al-waqiah sambung tilawah satu juzu. tapi hari ke-2, bukak youtube cari tazkirah ramadhan. sebelum ramadhan tak da persiapan. sementara ada waktu santai begini, ambillah masa. adalah satu jam. hari pertama ada layan the return of superman, tapi sebabkan banyak scene makan, menambahkan kelaparan maka aktviti tersebut dibubarkan di dalam ramadhan ini.

nak feel ramadhan lagi dan nak perbetulkan bacaan lagi, cari mp3 al-quran. kali ini, bukan dengar sahaja tapi sambil bukak al-quran sekali. mulakan dengan al-baqarah dari muhammad taha al-junayd.  memang al-baqarah nak habis satu surah amik masa 2 jam. tapi yang terjumpa yg cut bacaannya. kiranya tak menyeluruh.

rindu malaysia, ramadhan di malaysia. akhirnya mengalah dengan bukak tonton,com.my. cari drama ramadhan. ha-ha.

lepas zohor, sebab hari jumaat, habiskan al-kahfi dulu. asar baru habis juzu' satu.

persiapan untuk berbuka, ringkas sahaja. sebab hari pertama dah masak lebih. jadi hari kedua makan lauk semalam lah. tambah telur dadar capsicum. he-he. tapi juga bersendirian. sedih betul. tinggal berdua tapi makan sorang. si teman makan dalam bilik. selepas saya masuk bilik, baru dia keluar masak untuk berbuka.

kalau tahun lepas, sepanjang ramadhan memang sibuk bekerja. jadi nak dekat waktu berbuka, singgah masjid sahaja. sorang juga tapi orang ramai. seronok. kat sini, setakat ini tiada lagi majlis iftar sana sini. suram sahaja suasananya. di malaysia, sebelum ramadhan dan ada senarai program sempena ramadhan. dan di sini, hanyalah ramadhan fardhi.

sebut fardhi ni, banyaklah pula post pasal terawih bersendirian. witir dan sebagainya. setiap kali ramahdan ada sahaja ilmu barunya kan. jadi, mungkin tahun ini ALLAH nak bagi peluang untuk diri ini istiqamah terawih bersendirian.

ayat pujuk hati, hey khaulah. baru dua hari ramadhan. maka, tarik senyum sahajalah.

dan juga, baru faham hikmah sunat melambatkan sahur dan mempercepatkan berbuka.  sebab lambatkan sahur supaya bila dah masuk waktu terus tunaikan solat subuh. dan cepatkan berbuka supaya dapat tunaikan maghrib. waktu maghrib kan pendek. dua solat ini juga ramai yang abaikan dua waktu ini. hikmah terawih itu sendiri, mesti selepas isya. mengajak kita untuk istiqamah untuk tunaikan rukun islam yang ke-2 ini.

tapi kalau masih ada yang tak nak solat alangkah ruginya mereka.


semoga istiqamah dengan targetnya.

untuk hari kedua. terlupa untuk satu hari ayat. inshaALLAh hari ke-3 ada.

Friday, June 19, 2015

ramadhan day 1

selepas maghrib, ada seorang teman ajak terawih di masjid.

sebelum ini, bila bertanya suasan ramadhan disini. jawabnya solat terawih jemaah di masjid sangat terhad kerana ruang yang terhad untuk wanita. di sini tak banyak masjid. biasanya iftar di masjid, maghrib sekali kemudian balik.

namun, malam pertama terawih mereka mengajak terawih berjemaah di masjid. dekat Wallsend. Alhamdulillah, syukur dapat terawih bersama. solat 8 rakaat dan witir. cara witir di sini berbeza di malaysia.

selesai terawih ada pengumuman tentang aktiviti ramadhan di situ. ada pertandingan. ada tawaran menarik. berkobar-kobar sang gadis kecil ini untuk menyertainya. ha-ha. soalan kuiz juga menarik. dan 3 pusingan. ho-ho. sepertimana ada 3 peringkat ramadhan. he-he.

balik. tidur awal sebab nak bersahur. bangkit sahur awal juga. sempat qiyam. tapi malangnya, tiada kurma. ganti coklat cadbury sebagai manisan. sahur di sini tiada masalah sebab di malaysia pun sahur dengan cereal juga. cuma, suasan bersahur bersama keluarga tidak dirasakan disini. walaupun ada teman serumah tapi masing-masing dengan cara sendiri.

begitu juga dengan berbuka. bersendirian juga.

oleh kerana terasa macam penat, lpas maghrib terus lelap.

untuk hari pertama, sempat cover 2 juz. tapi mula dengan juzu' 27.

habiskan 1 chapter seerah nabi muhammad by martin ling.

senarai target untuk bulan ramadhan belum ditulis secara rasmi dalam kepala ini macam-macam nak buat.

ayat untuk hari pertama:

"Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam. (26)

Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa). (27)

Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya. (28)

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat). (29)

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya). (30)

Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (31) " (al-insan)

Thursday, January 27, 2011

Day 28 – Your favorite movie.

UP disney movie.



tengok berkali-kali tak pernah puas. i like the story. the sweet romantic old couples.banyak pengajaran. dan saya ingin terbang!

the chronicles of narnia.

two of the three story of it i already watched. but the third one waiting the dvd's out. yang ni pun tengok berkali-kali rasa nak pergi narnia je. first narnia kami tengok gaya macam dekat pawagam je. in the nite. dark room with the rains and windows open. pasang projector dekat dinding bilik. lagi best. ^_______________^

tadaima

Monday, January 24, 2011

Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.

pulau ketam, klang.
akhir tahun. akhir semester 2. complete first year. sebelum balik kelantan.
berjalan menghilangkan tensen. bersama 5 orang classmate dan seorang pasangan seseorang.
jadi 3 perempuan, 4 lelaki. sebelum tu ada beberapa orang nak join tapi cancel.

ada kata pulau ketam tiada yang menarik. tapi biarlah. asal boleh berjalan. melihat dunia sudah memadai.
jadi, naik ktm berhenti di klang. end of station. kemudian berjalan sedikit ke jetty.
harga tiket depends on bot yang anda naik.

sampai di sana. ada pro and cons.
pulau ketam boleh dikatakan separa mesra alam. sebab, takkan jumpa kereta di sana. betul.
sebab ia adalah pulau-not-so pulau. jadi mereka hanya pakai basikal. motorsikal pula agak rare nak jumpa.
best pula nampak mereka naik basikal. masa tengah jalan nnt ada bunyi loceng basikal dr belakang. supaya tak da la block penungang basikal mau lalu nanti.

tapi buruknya sebab banyak sampah sarap.
penduduknya masih belum sedar tentang kebersihan.
mereka hanya buang sampah begitu sahaja.
kalau mereka menjaga kebersihan sudah tentu boleh jadi tempat tarikan pelancong yang menarik.
tapi kalau anda pencinta alam, tempat ini sesuai untuk research tentang environment sustainability design.
lebey kurang la.

rumah di pulau ketam juga macam best je.
rumah kayu. ada je rumah batu bata. setingkat.
pattern rumah juga macam lebih kurang sama saja.
mereka design sesuai dengan climate pulau ketam.
kelihatan ruang tamu sangat luas. dan beberapa bilik.
bukan mengintai tapi nampak sebab mereka bukak pintu luas-luas jadi nampak la.
walaupun siang hari panas. tapi malamnya mesti best. sejuk je. tak payah pakai aircond. agak je ni.

apa sebab orang suka pegi pulau ketam adalah kerana makanannya.
pulau ketam femes dengan makanan laut mereka.
tapi kena hati-hati untuk cari kedai halal. sebab majoriti penduduknya adalah kaum cina.
kalau boleh pergi ramai-ramai lagi bagus. enjoy sikit makan.

tapi classmate saya kebanyakannya terkilan.
sebab environmentnya kotor. tiada yang menarik sangat untuk di lihat.
makanannya agak mahal.
saya *shrug*

sebenarnya 2-3 hari lagi dah nak habis short sem. dan dah merancang dengan kawan-kawan mau ke broga hill. tapi cancel. tiket habis balik kelantan. sibuk dengan cuti raya cina. jadi untuk sem ni tidak merancang ke mana-mana sebelum balik.huhu.cuma termimpi-mimpi mahu ke pantai saja. tapi inshaALLAH untuk next sem nt sy merancang untuk berjalan lagi. ke mana kene search tempat menarik la. bila lagi nak spend masa dengan kawan-kawan. tapi next sem nampak banyak je trip nak kene pegi. huhu.

teringin nak main archery!

Sunday, January 23, 2011

Day 25 – What’s in your purse?

resit.duit.ic,lesen & card bank

saya bukan feminin.
saya tak da purse.
saya ada beg kecil saja.
balik rumah baru saya pakai handbag.
ye lah. suri rumah yang berjaya bukan.haha.
ini saja apa yang ada dalam purse saya sekarang.

dulu, sy ada purse. hadiah dari sahabat. saya pakai until terkoyak rabak.
saya suka purse yg dia bagi. tapi saya tak pandai jaga.ganas sangat barangkali.
sekarang saya masih belum pakai purse.
oh, saya ada beli. online.
mungkin raya cina break nnt saya dapat.
nnt saya show off di sini. hehe.

bila la betul2 nak feminin ni...haila~

Saturday, January 22, 2011

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.

forever hold my hand
the last daughter with the last son.cute. 
last year aidilfitri.
cabaran hari ini: hold my hand and walk together with me. 


they make me strong. they are my tulangbelakang

Friday, January 21, 2011

Day 23 – 15 facts about you.

1.  i have 3 names. not include my father's name.
2.  looks younger than her age. [read: cute]
3.  the third daughter.
4.  best therapy when stress get in the car and bring her anywhere.
5.  had 2 purple shoes.
6.  had a syndrome not talking to people.
7.  never go cinema. and karaoke.
8.  can play bowling but...
9.  just finished watch sungkyunkwan scandal.
10. had syndrome hard to sleep at night.
11. had lots of note book.
12. prefer train than bus.
13. got college thumb drive for free.
14. like vanilla and ice cream potong [ kacang merah]
15. people said if u had warm hand then u had cold heart...really?

comel kan?
beautiful jumaat~!

Thursday, January 20, 2011

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

ke hadapan kamu,

rasanya tak perlu tulis muqaddimah. mari kita terus kepada topik. cabaran hari ni memang dinantikan. teruja mahu tulis surat ini untuk kamu.

masih ingat lagi kata-kata Mr Ooi. dia bilang, untuk berada dalam bidang ini kita mungkin akan kehilangan kawan. ya, mengikut pengalaman Mr Ooi sendiri. dia kehilangan teman apabila berada dalam bidang ini.itu belum lagi dalam alam pekerjaan tetapi ketika masih belajar. dan sehingga habis belajar masing-masing tidak bertegur sapa apatah lagi untuk duduk berbual. sampai kini, walaupun telah bekerja.

situasi kita juga mungkin begitu. walahupun terserempak di kaki lima atau dalam kelas, cuba-cuba sedaya upaya elak untuk tidak bertegur. kalau boleh tak terasa untuk mengatakan kita pernah saling kenal-mengenali. walaupun tiap kali ternampak mahu sahaja baling buku neufert or modern architecture berkulit tebal  berkali-kali supaya kamu rasa sakit. tetapi tidak memadai. kerana sakit itu hanya sebentar. ia tidak seperti sakit yang dirasai sekarang. ada juga kadang-kadang niat rasa nak sidekick saja. tapi itulah tak elok buat anak orang sakit. walaupun kamu telah buat diri rasa sakit.

walaupun sebenarnya sebagai orang islam, tak bertegur selama tiga hari pun dah berdosa. tapi untuk situasi ini tidak layak lagi untuk mengatakan kita bersahabat. sekarang kita seperti orang asing sepertimana kita belum pernah kenal.itu lebih baik.

kerana peristiwa itu, ya. satu peristiwa kecil tetapi memberi impak yang besar. beginilah jadinya. jangan harapkan untuk kembali seperti dulu. semua kesalahan itu diletakkan atas bahu kamu. walaupun cuba untuk memaafkan kamu tetapi hati tak mampu memaafkan. orang kata mungkin ia mengambil masa. entah. sendiri tidak pasti untuk itu. walaupun kamu kata maaf berkali-kali ia masih tidak mampu untuk menghapus atau menukar sejarah yang telah berlaku itu. setengah orang mungkin boleh maaf dan lupa tapi untuk diri ini tak mungkin lupa dan maaf. bukan tak pernah berusaha untuk itu tetapi sangat sukar.

untuk pengetahuan kamu, bilamana rasa sakit itu datang sangat berharap ia sekadar mimpi.  atau seperti ayat dalam secret garden, kamu datang dan hilang menjadi buih. atau seperti lagu peterpan, menghapus jejakmu. biar hujan menghapus jejakmu. 

akhir kata, kita kini orang asing. kita lagi bukan kawan atau teman. mungkin boleh diletakkan status sebagai seseorang belajar bidang yang sama itu sahaja. kejam. ia seperti kejam tetapi tidaklah kejam dengan kesakitan yang dialami. terima kasih memberikan kegelapan  dan kesakitan untuk diri ini. seolah-olah kamu bahagia melihat diri ini sebegini.

p/s: walaupun ini adalah surat terbuka untuk kamu, hakikatnya belum tentu kamu akan baca.lagi bagus sebenarnya.

tension buat surat ni tetapi release bila memasak.

Wednesday, January 19, 2011

Day 21 – A photo of something that makes you happy.

senyuman lebar - telinga ke telinga. ^^




inilah gambarnya. yang buat saya gembira. lupa apa yang buat kami tak tahan senyum sampai kamera pon sempat snap aksi kami. bagi saya, gambar ini sgt PRICELESS.. tapi apa yang saya ingat ia adalah malam raya aidilfitri. ayah panggil semua orang. kumpul. cakap nak amik gambar. walaupun pakai baju biasa-biasa je.

sebelum tu, ayah da cakap nanti nak ambil gamba famili. ingatkan kene bersiap cantik-cantik ambil dekat kedai gambar. walaupun impossible sbb mestila kedai dah tutup sebab nak raya. rupanya amik dekat rumah je. hihi. bukan senang nak tunggu ayah cakap amik gamba. susah nk amik gamba dengan ayah secara proper walaupun kami adik beradik suka bergambar.

sedar tak sedar 3 tahun dah berlalu. dan tahun ini. umah hanya tinggal 5 brothers. muhammad gelak-gelak cakap umi sorang je perempuan dekat rumah. haila. okes. minggu depan da start cuti. masing-masing the 5 daughters counting days to go back home.

cabaran hari ni: SAYA SUKA! SEMINGGU JE LAGI! ^^


i scream. i shout. i keep calling. MY JAANE!

Tuesday, January 18, 2011

Day 20 – The meaning behind your blog name.

the meaning behind your blog name. hmmm.

first, mula-mula blog dulu nama dia, adventurous of good girl. two years. kerana masa tu bersemangat untuk jadi good girl. semangat gadis remaja yang baru tamat sekolah. semangat gadis remaja baru tengok dunia luar. juga dengan semangat novel advencer si peniup ney.

dua, change. menjejak melangkah. still in the same theme. adventurous. move into anther world. dunia dari angka satu kepada dua. sungguh. terasa mencabar. kerana tidak mahu berhenti dari terus melangkah. dari terus menjejak dari membuka lembaran baru. you see another world. dunia bukannnya di kelantan. dunia luar. terpisah dari keluarga. tak pernah berhenti dari melakukan aktiviti melarikan diri. untuk jaga diri. untuk jaga iman. untuk tetap dalam tarbiyah.

tiga, now. say it what you mean it. mcm dah berhenti dari dari mahu meneruskan perjalanan. mungkin kerana untuk beri peluang supaya lebih berfikir. think before u act. bila mengalami masalah. terasa depressi. tak mampu untuk berbicara. terasa seperti tiada yang mahu mendengar. tapi bila mahu berbicara harapnya boleh beri inspirasi dan deep meaning pada diri sendiri. pernah dengar orang kata, words can change world. begitu besar impak words kepada dunia. apatah lagi kepada seseorang.

someone said kalau saya cakap menusuk kalbu tapi saya tak pernah berniat begitu. itu buat saya lebih berhati-hati bila bercakap. bukan niat nk kecikkan hati mereka. huhu. entah la. tapi bila berblog i can write watever i want but i have to consider what im going to say.

kalau lihat corak saya berblog sentiasa berubah. berubah ikut mood. haha. kalau mood ok. baik la isi entri kalau mood tak berapa ok still try to do the best. still. im not perfect.

ada juga orang kata, dia tidak mahu baca blog saya sebab lebih kepada diari. huh? is it? betul ke? tak pernah sedar pon. tapi selalunya saya tulis apa yang nak tulis. tulis dari hati. tulis apa yang terlintas dalam fikiran. tapi kalau itu pendapatnya dan tak perlu untuk dia baca.

tapi buat masa sekarang oleh kerana saya dalam cabaran 30 hari. maka saya tulis mengikut tajuk la. hihi.

walau apapun, kalau cakap pasal url blog saya -daichiviolet-, saya mungkin takkan ubah. saya hanya akan imported entri ini ke tempat lain. tapi url ini saya akan cuba kekal. huhu. sebab ia adalah kenangan. kenangan yang saya nak ingat selalu. kenangan yang masih boleh buat saya tersenyum. terlalu banyak kasih sayang yang saya kumpul dan simpan di dalam nya.

tak kisah la orang susah nk ingat apa url nya. asalkan ia buat saya rasa gembira sudah memadai.


mengimbau kembali kenangan saya berblog. dah 6 tahun.

Saturday, January 15, 2011

Day 18 – Something you crave a lot.


satu, last makan masa bulan 11 hari tu. dekat klsentral. agak sedap jgak la.

dua, siap mimpi lagi kak izz masakkan spahgetti ni special untuk saya. siap hantar ke rumah. perghhh. nampak sedap. tapi dalam mimpi tu saya tak sempat nk makan. huhu.

tiga, sub-leader janji kalau saya siapkan part saya dan buat dengan usaha sendiri dia nk belanja lunch.sekarang, menanti subs-leader belanja lunch. as i request to eat spaghetti. dah dua minggu. tu la pandai sgt janji belanja lunch. skarang saya tuntut janji ni. nak beli sendiri sekarang bukan mampu. duit tak cukup.huhu. u promise right?

empat, tak sabar nak balik rumah n suruh umi masakkan spaghetti.

cabaran hari ni: SAYA SANGAT LAPAR SEKARANG!



my faveret food!

Thursday, January 13, 2011

Day 16 – Your celebrity crush.

celebrity? tiba-tiba otak blank.

kalau ikut current, saya sedang melayan drama korea.

kemudian, saya realize. kalau tengok drama budak sekolah. mesti tersuka pada senior. atau nama lain, sunbae. senpai.

kira ikut musim la. oleh kerana sedang menonton sungkyunkwan scandal.




walaunpun heronya good-looking.heroinnya sweet + comel. tapi sun bae playboy inilah buat saya gelak pecah perut. mari saya kenalkan dia. dia sentiasa di bahagian kanan dengan senyuman yang CANTIK.




nama wataknya dalam citer ini adalah goo yong ha. atau nick namenya yeorim. sebab dia adalah lelaki gatal tapi dialah yang pertama boleh detect heroin itu adalah perempuan. dia juga suka berpakaian agak mewah dan pada pendapat saya penampilannya agak sedikit jambu kerana warna-warna pakaiannya semuanya lembut. pedulikan.



kalau perhati setiap gambarnya, dia mesti pegang kipas-susah-mati. itu adalah trademark. selalunya dia tidak terkesan dengan orang lain dengan kata lain tidak mudah dimanipulatif oleh orang lain. dia punya pandangannya sendiri. dan dia sentiasa melihat sesuatu perkara disudut berbeza.

dan matlamat dia masuk sungkyunkwan sebab bukan kerana ingin jadi official government. tapi kerana dia terpaksa mengikut arus...


 antara expression sun bae.
sahabat 10 tahun.

sun bae sangat loyal dengan sahabat baiknya. walaupun sahabatnya agak hati kering. tetapi sentiasa di sisi.


apapun, saya bukan promote untuk tonton cerita ini tapi kerana ingin menjawab cabaran hari ini : celebrity crush.

setiap kali tengok episode seterusnya tertunggu-tunggu apakah yang bakal dia lakukan. satu lagi perkara comel tentang sun bae ini, sewaktu dia pegang kanak-kanak dalam episode 10 or 11. walaupun dia seorang yang berada tapi still boleh layan kanak-kanak yang kerja di sungkyunkwan. COMEL.

dua, sun bae ini agak materialistik. ada dalam satu episode dia telah kehilangan forbidden citynya. orang lain sibuk mencari siapa pesalah tapi bagi sun bae, dia lebih utamakan forbidden citynya itu walaupun dalam masa yang sama dia menyelesaikan masalah tersebut.

tiga, sun bae sentiasa berusaha untuk me'reveal'kan heroin itu adalah perempuan tapi selalunya usahanya sia-sia.tapi dia pasti heroin itu adalah perempuan apabila sahabat baiknya mesti hiccups kalau bersama heroin. HAHA.

namun, cerita ini banyak pengajaran. macam sun bae, buat saya teringat zaman persekolahan. seronok jadi senior yang gila-gila seperti yeorim ini. its give colourful in our life.

conclusi: sun bae ini COMEL kan?

gambar saya amik di sini: sungkyunkwan scandal 

saya kurang kenal senior saya di sini!

Wednesday, January 12, 2011

Day 15 – Something you don’t leave the house without.

note and pen

selalunya inilah yang sayab bawa kalau ke mana. akan pastikan dalam hangbag or beg sekolah mesti bawa benda ni. lagi-lagi pen. tiap kali keluar mesti nak guna.

satu, kalau ada urusan seperti di pejabat pos or bank, mesti nak guna pen. pastu lagi teruk bila bila pen yang disediakan dakwatnya tidak berkesan. oleh kerana sebab ini, dah satu habit bawa pen pegi mana-mana.

dua, walaupun shopping. kalau shopping guna kad plastic pon perlukan pen untuk sign. tapi saya mana kad plastic pun.huhu.

tiga, bila menghadiri walimah atau kenduri. dalam perjalanan la sibuk-sibuk baru nak tulis ucapan. maka saat-saat begini pen diperlukan.

empat, kalau keluar dengan parents. pastu tiba-tiba dapat call pastu nak kene salin contact no la, alamatla. pesanan la.  umi on the spot nk g shoppin la, pastu kene buat list la.maka nota dan pen la yang berguna.

lima, time menuggu la time paling busan, so buku nota dan pen ni mcm teman untuk isi masa lapang ketika menunggu. hihi

enam, mana tahu kene pegi ceramah or talk on the sport jadi buku nota dan pen sudah siap sedia dalam beg. hihi.

lastly, salah satu langkah nak mendidik bawa buku sketches ke mana saja saya pergi.

buku nota itu hampir habis diguna. pen itu telah banyak kali bertukar ganti.


psst: itu pen kesayang saya.

Monday, January 10, 2011

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.

currently saya banyak melayan radio. pagi-pagi bangun lepas solat subuh. isnin-jumaat layan riuh pagi ERA sambil pejam mata. dengar celoteh pak nil. dengan segmennya CHAAAAAyunk. nanti pak nil call adik-adik kecil below 5 yang cakap banyak, comel je.tapi pak nil menyamar jadi ayah diorang sometimes. hehe.

pastu ada segmen CAN I HELP U? test orang-orang kita boleh speaking english tak. tak kira umur. tapi untuk warga emas tak da lagi stakat ni. hehe.

lagi segmen, MERISIK KHABAR.. bagi can pendengar luah masalah diorang.

last skali JANGAN LUPA NYANYI, tapi selalunya ramai tak ingat lagu. walaupun lagunya sometimes agak senang liriknya .haha.

tengok. dah boleh hafal apa yang ada dalam RIUH PAGI ERA.kadang-kadang tu dengar juga radio-radio lain. tapi yang tetap lekat dengar era la.

kembali kepada topik asal. jauhnya pegi tapi nasib baik ingat jalan balik. 

yang ni saya bukan addicted sangat.cuma tv show yang saya selalu tengok.


kalau dirumah, biasanya pagi-pagi saya akan layan MHI - malaysia hari ini. pukul 7 dah terpacak depan tv kalau tak send brothers pegi sekola la. selain boleh update berita boleh tahu event yang bakal berlangsung. isu-isu semasa. ada sedikit motivasi. ada juga berbincang pasal buku - recommend buku yang digalakkan baca. akhir sekali, kalau tahu ada citer baru bakal ditayangkan di tv3 boleh la tahu serba sedikit sinopsis ceritanya. dan artis undangan di akhir siaran.

selalunya, masa tengah bincang pasal isu semasa mesti tertido balik kalau tajuk sedikit busan la. kalau menarik boleh tahan sampai habis la kemudian  baru sambung tido. hihi. tak pun tengok pengacaranya. kalau ally iskandar yang jadi host. or wardina or abby  melekat la juga tengok. kalau orang lain boleh terus masuk alam mimpi la. haha. memilih sungguh.

sometimes tengok pada isi kandungan pada hari tu, kalau menarik memang layan. tapi kalau tak best sangat dah boleh agak siapa penerbitnya. kadang-kadang begitulah. sampai dah boleh kenal [baca: penerbitnya] melalui apa isinya hari tu walaupun tak kenal tuannya. ally iskandar pon dah jadi penerbit MHI jadi kalau dia tak jadi host dia akan jadi penerbit. hihi.

tapi untuk tahun 2011 ini masih belum berkesempatan untuk tengok tv. huhu.dengar kata tv di rumah pun rosak jugak. melekat layan drama korea online la. haha.


semalam melayan secret garden dan dengar AJL.

Sunday, January 09, 2011

Day 13 – Your favorite musician and why?


mari sambung cabaran hari ke-13!

musician: sami yusuf

why:
  • sebab satu kerana suaranya. mula kenal dia masa tahun 2003. first time dengar lagu dia dalam ikim. tetiba jatuh cinta dengan suaranya.
  • sebab dua kerana dia boleh bermain piano. bila diri sendiri tidak mahir untuk bermain alat muzik sungguh impressed bila tengok dia boleh bermain piano. nak belajar bukan senang.
  • sebab tiga kerana lagunya. 
  • sebab empat kerana rupanya. KACAK.agak la.

setelah seminggu tinggalkan cabaran 30 hari. kerana sibuk dengan kerja sekolah. haish. penat.