Sunday, December 02, 2012

akhawat

karnival hari kanak-kanak. permai villa. disember.

terimbau kenangan. waktu pertama menjejak tanah subang jaya. kosong. keliru.sesat.

saat-saat didatangkan ujian terbesar. mereka.sentiasa ada. ada secara langsung atau tidak.tanpa sedar hati ku dan hati mereka bersatu dalam rahmat kasing sayangNYA. bahkan saat hati-hati ini terpisah cepat saja merindui mereka.

tahun pertama. adalah tahun yang menguji. keseorangan menghadapi segala cabaran dan ujian. dari segi belajar. dakwah. kehidupan di taylor's terutama. air mata tidak pernah kering. mencari kekuatan. kekuatan dari mereka. tanpa sedar mereka telah menyalurkan kekuatan mereka padaku. belajar menghadapi segala ujian bagai dari mereka. sungguh mereka. lalu, hati berkata "aku ingin kuat seperti mereka"

terutama naqibah [sanah helwah my second naqibah. :)]. sentiasa memberi telinga sebagai tempat untuk mencurah isi dada. segala lelah yang dilalui. bersama teman usrah. kerana mereka. tidak pernah terlintas untuk menjauh. malah teringin mendekat dengan mereka. malah mengutamakan mereka dari segalanya. begitulah hati-hati mula terpaut.

tahun kedua. hati ini mula selesa dengan mereka. merasa manis melihat wajah mereka. merasa beruntung mengambil langkah. merasakan sungguh indah perjalanan yang disusun Maha Pengasih. ujian ini sebenarnya ada pelangi disebalik hujan. meneruskan istiqamah dalam journey menuju cinta Maha Penyayang.

kerana hati-hati mereka yang penuh cinta, hati ini juga mula bersedia memikul tanggungjawab dalam menyatukan hati-hati yang ingin dekat Rabbnya. sedangkan tanggungjawab ini bukanlah tanggungjawab yang ringan. indah. yang kurasakan. indah yang kulihat.

tahun ketiga. tahun terakhir. ujian itu tiada timeline. bahkan ujian yang ALLAH sediakan haruslah diterima tanpa berkata TIDAK. kerana ujian adalah berdasarkan kemampuanku. menangis. pahit. namun kerana jalan yang dilalui ini adalah untuk cinta pada Sang Pencipta. aku menoleh pada tahun-tahun yang telah aku lalui. mereka itu adalah kekuatanku sebelum ini. lalu, seperti teguran. mereka juga aku lihat sebagai contoh. betapa besar hati mereka dalam jalan ini. korban mereka bukan saja dari harta bahkan keluarga dan masa.

sehinggakan aku bertanya pada hati. apakah aku mampu berbuat seperti mereka? lihatlah. belajarlah. ambillah pengalaman dari mereka. agar hati kau juga besar seperti mereka.

hari ini, i'm work together with them. aku yang muda. dengan semangat yang membara. belajar hikmah dari mereka. sungguh mereka itu indah. mereka itu manis. mereka itu bernama akhawat.

No comments: