Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Saturday, April 06, 2024

April Raya Ramadan

 hati membuak nak menulis. sebab aku tak balik raya. aku rasa pressure di dada. rasa macam tak boleh kepala nak meletup. padahal tak balik kampung je. 

tahun kedua tak balik. tahun kedua aku tak beritahu orang aku tak balik raya. tahun kedua aku raya sendiri. kalau tahun lepas, aku berjalan ke melaka. kali ini aku tak tahu perlu tak aku pergi bercuti. atau simpan duit dulu. 

aku tak tahu macam mana aku nak cover cerita aku hadap jem balik kampung. padahal aku rileks je duduk kl ni. beraya seorang. tiada yang tahu. hanya bos dan seorang kawan ofis. aku rasa aku ok je beraya sorang-sorang sebab di Australia dulu 3 tahun aku beraya di perantauan. so, sepatutnya tak ada masalah aku tak balik raya. bukan ada yang rindu aku. dan aku tak mampu nak jadi macam dulu. nak senyum, nak gembira. 

lagipun, aku rasa macam dah tak ada kampung nak balik. sebab nenek pun dah tak ada. rasa macam tak ada makna raya. walaupun raya 4 hari lagi. tapi gitu la. i lost nenek. nenek dan datuk sebelah sana memang dah lama tak balik. so, sama je raya sendiri ni. yang berbeza aku tak dapat makan makanan raya. itu saja. aku hanya siapkan biskut raya sahaja. (sekarang baru teringat jadi aku kena buat calculation untuk biskut raya, duit raya dan baju raya total aku kerugian). 

sekarang baru nk cerita ramadan, ramadan tahun ni pun aku rasa macam tak feel betul-betul. taraweh sendiri. nak masjid hoping pun tak dapat. ada kawan yang ada kereta pun tak pergi terawih. hanya sempat khatam quran je. join tadarus geng ofis. aku banyak berbuka dekat rumah dari luar. dan aku rasa aku rindu ramadan di Australia. aku usaha untuk hidupkan ramadan. tahun ni lain sikit but i tried my best. enjoy ramadan in my own way. belajar doa baru. 

dan, bulan mac hri tu aku tak update pun blog. konon sibuk la. sibuk dengan ramadan. sibuk pergi kursus. sampai tak teringat nak update blog. aku nak tulis panjang lagi tapi rasa setakat ni dulu la. ni pun dah kira banyak dah ni aku tulis. 

itu je nak luah. kalau aku ingat, aku update lagi masa raya. sbb aku amik cuti duduk rumah semata. layan drama. dan sambung menulis. kalau tak amik cuti nanti orang ingat tak balik cuti pula. so, kena la cover sikit walaupun tak balik. 

next year, kita buat pelan lain pula. raya gaya lain pula. 

Sunday, January 14, 2024

Permulaan 2024

 Untuk 2 mingg Januari tiada apa yang menarik sangat. same routine. pergi keja. keluar waktu yang sama. balik on time. kerja tak banyak. boleh kawal lagi. projek baru masuk pun satu je. 

hujung minggu, aku tak ke mana. minggu lepas ada wedding. keluar ke pergi kenduri. ada kelas swimming. dan minggu ni aku rehat. lepas subuh terus terbongkang sambung tidur tak ingat dunia.

minggu lepas berakhir sesi kelas swimming yang mahal. worth la bayar mahal aku boleh berenang dah. minggu ni aku praktis. ada peningkatan skill. aku dah boleh berenang dari hujung tangga ke hujung tangga kolam. 

dan aku ada sesi terakhir dengan psikologist aku. tak banyak aku update sebab tak ada yang menarik. bukan, tak ada yang menarik. aku jalani rutin hidup yang sama. dan aku tak ingat apa aku nak bagi tahu kaunselor aku. about marriage. aku makin diam. tapi aku bahagia. tak da nk rasa down bila orang lupakan aku. tapi semua tu dalam kepala otak aku je la. bila kaunselor tanya aku jadi blank. 

lagi, aku banyak fikir pasal future. dah amik mood raya dah. hu-hu. tahun ni raya, aku dah tak ada kampung nak balik. nenek dah tak ada. i'm gonna miss her badly. ada masa termimpi nenek. sebab aku tak nampak nenek dikebumikan. aku tak sempat cium nenek. hatiku masih lagi rasa nenek hidup lagi. but i have good memori dengan nenek. sempat sahur dengan nenek. sempat balik kg sebelum raya. dan sebelum nenek pergi aku sempat jumpa nenek. nenek gembira sangat cucunya balik jumpa dia. tak da rasa ralat. cuma i never had goodbye with nenek. may be a closure. i don't know. 

tahun ni, aku nak fokus diet juga. berat dah naik mencanak. baju banyak dah tak muat. tak capai la konsep minimalist aku. aku dh ada cukup baju untuk beberapa tahun ni. tak perlu nk beli baru. aku jimat dari beli baju. tapi tudung aku tak habis habis beli baru. sbb aku nk recycle baju yang ada dengan tudung yang lain-lain. sampai aku pun dah terkira tudung ni dah pakai belum dengan baju ni. gitu la.

tapi untuk bulan ni aku pause dulu untuk diet. just normal diet. masih makan benda-benda yang tak boleh makan. aku nk kena puasa dari makan benda-benda manis. lepas ni kalau beli, aku kena bagi pada orang la kot. huhu. aku dapat inspirasi dari khairul aming dia diet amik masa setahun. jadi, aku tak boleh nk target 3 bulan berat turun. sbb aku makan ubat. tak sama cara diet normal. aku kena consult dengan doktor pada temu janji akan datang. 

banyak pula aku meluah. cukup dulu kali ini.

azam tahun ni nk update blog regularly. just spill what's on my mind. sebab aku dh tak boleh tidur dengan senang. letak kepala adalah overthinking nya. bukan terus lena. 


Sunday, December 31, 2023

Back to December

 ada beberapa minit lagi sebelum 2024.

aku tak tahu nk tulis apa.

3 hari cuti. melepek dekat rumah je. tak da nak keluar-keluar. santai duk rumah. tak perasaan nk keluar rumah. sendiri. seorang diri. 

mcm ok je tak da kawan nak ajak keluar. setahun mcm ni. aku bahagia. 

masalah yang buat aku murung pun aku perlahan-lahan biarkan. abaikan. sebab bukan ada yang peduli. 

jom, recap tahun 2023.

januari sampai mac aku join kelas LAM. saja nk mendedahkan diri pasal part III. aku rasa aku tak ready lagi. baru je tengok form untuk isi logbook. hu-hu. jauh lagi perjalanan. 

april - mei. puasa. raya. raya sendiri je. bahagia. 2024 punya raya aku dah fikir. sebab aku dah tak ada kampung nak balik. i lost my grandmother. mei, pergi berjalan melaka & johor. next year, kita buat trip oversea la ye. 

jun - aku start join kelas swimming. memang takut air. aku takut lemas. amik untuk confident. sampai disember kelas. nak sambung 2024 nanti. 

julai - accident kereta. bukan kereta aku. kereta adik si ibrahim. 

ogos - nenek meninggal. i will remember her words "cucu bertuah". she happy to see me. and i think she know my situation but she just give nasihat. and i just take it. and tahun punya raya aku tak balik jumpa nenek. that's what last time jumpa nenek. dan tak sempat cium nenek sbb flight delay. terasa nenek masih ada. i really miss her. 

september nothing much. 

october sambut birthday with minimal. tak nak orang tahu sebenarnya tapi terpecah juga rahsia. konon start diet nk turun berat badan. turun sekejap je. pastu naik naik naik. tak turun turun.  

november nothing special juga.

and disember audit diri dengan harta pusaka yang ada. buat calculation next year. kerja tak sibuk sangat. santai sahaja. sampai aku takut orang ingat aku tak buat kerja. kerja tak banyak. nak buat macam mana. 

lagi...itu je la....achievement untuk tahun ni, aku da boleh berenang. dan kenangan pahit, aku tak boleh nk drive lagi. trauma lagi. mungkin tahun depan boleh cuba drive balik. hu-hu. 

ok. setakat tu je la. entri kali ini. baru ingat nk update blog. cuti ni memang aku tidur je la. main phone. tak buat apa-apa pun. 

Sunday, November 12, 2023

Terlupa Dah November

 asyik tak ingat nak update blog. 

rupanya, last aku update blog june. hampir 5 bulan la aku tak update blog. 

konon nanti birthday aku nk update, tu pun aku lupa. 

so, apa yang aku tak ingat nak update blog ni. 

pertama, aku sedang belajar berenang. aku masuk dua kelas yang lain. satu kelas murah, satu kelas mahal. tak apa la habis duit yang penting aku boleh berenang. skill baru aku belajar. tiap-tiap minggu pergi kelas berenang. cuma minggu ni aku take a break. improvement tu nampak lepas 4 bulan aku belajar. aku puas hati. alhamdulillah. rasa macam tak percaya pun ada sebab aku ada pengalaman lemas. jadi, aku takut air. memang amik masa untuk dapat confident. keyakinan. takut lagi banyak. lagi-lagi aku accident bulan 7 hari tu. lagi la datang ketakutan yang mengarut. semua benda aku takut. 

aku belum cerita aku accident bulan tujuh hari tu. kereta total lost. nanti next entri aku cerita apa yang aku ingat. 

Kedua, aku tengah berusaha untuk turun berat badan. badan aku naik banyak baju aku tak muat. takkan aku nak kena beli baju lagi. aku tengah aim nak jadi minimalist. orang tak faham goal aku. aku nk turun berat badan sebab kalau naik lagi aku dah kira obese. sekarang ni koletrol aku tinggi. aku nak jaga kesihatan dengan background famili ada kencing manis. kena la jaga. umur tak sampai 40 lagi dah macam penyakit. 

tapi untuk november ni, aku hilang motivasi nk kurus. rasa nak makan je. aku tak konsisten. harap disember boleh fokus balik. 

esok cuti lagi. aku nak rehat je. even petang esok aku tak tahu aku nak pergi tak tapi aku dah register. pergi je la kot...

Wednesday, June 14, 2023

Gula dan Penat

 Misteri penat yang aku tak tahu yang mana valid. 

penat sebab emosi? penat sebab tak cukup vitamin. penat sebab gula. atau sebab PMS. 

minggu ni kena figure out. mengadu pada doktor tu dia nk suruh tambah dos. dia tak fikir other reason aku penat. penat sbb recycle tidur aku terganggu. patut pukul 10 malam aku dh boleh tidur tapi masa tu la mata terang. 

banyak faktor. bila aku baca kalau tak cukup vitamin D, aku jadi penat. dan aku depressed. banyak faktor la yang menganggu aku. aku penat terlebih tidur. tidur pun penat lagi. macam tak cukup tidur. padahal dah tidur hampir 12 jam. 

mungkin betul tak cukup vitamin D. sebab aku asyik duk dalam office. dua tiga minggu lepas, panas. nak keluar pun tak ada mood. so, aku kena cari makanan yg boleh tambah vitamin D dalam badan aku. dan juga mungkin kesan aku PMS juga. 

bila tak cukup vitamin D ni aku jadi depressed. banyak benda yang triggered aku minggu lepas. aku memang kena off social media la. kalau tak memang triggered. padahal emosi aku ok je. tapi badan aku mcm melawan. sbb tu la kot. orang kata jangan bergantung pada ubat. habis, kalau tak makan ubat aku nak buat apa lagi. ni pun aku minta doktor tukarkan ubat. yang penatnya temujanji ni aku jumpa doktor lain-lain jadi susah untuk aku deal. aku penat juga jumpa doktor ni. 

dan juga ada orang bagitau mungkin sebab gula dlm darah aku ni tinggi. jadi penat. aku tak tahu tapi aku banyak makan manis lately ni. asyik nk gula. mungkin juga faktor ni. aku kena kurangkan gula. asyik nk teh ais je. so, aku kurangkan gula. makan buah pun gula juga sebenarnya. tapi aku cuba la. tak makan malam dan nasi pun aku dh kurang. tapi makan benda manis yang lain macam coklat. hu-hu. kena banyak minum air masak la jawabnya. harap-harap diet aku menjadi. 

nak excercise aku malas sekarang dan berat aku makin naik. aku tak nak berat naik. masalah utama, baju aku tak muat. aku kena beli baju baru. satu kerja pula tambah harta. bukan takut gemuk. takut pun ya tapi sedikit je percent dia. badan pun dah sakit berat naik ni. dan kena berjaga-jaga sbb aku ada family history kencing manis. so, nk ibadah senang kena lah jaga kesihatan. 

sakit tak nampak fizikal ni pun orang tak berapa sudi nak jaga kita. kenalah jaga diri sendiri. sihat untuk ibadah. 

Monday, June 05, 2023

mountain and ocean

 tu tajuk drama cina aku layan dan fall in love the hero. sebelum ni tengok drama lain. drama hero tu juga la. memang fall in love teruk. padahal hero tu muda lagi. first drama dia aku tengok pasal revenge. second drama pula chill and fun je. sesuai la watak dia. jiwa muda remaja. tapi bila dah habis belajar terus jadi matang gitu. menarik la. 

sekarang ni duk stuck dengan drama Here We Meet Again. dan The Love You Give Me. drama korea tak da yang menarik. Dr. Cha tu cerita scandal. aku malas nak layan drama mcm ni. buat sakit hati je tengok. 

Habis pasal drama. Dah masuk bulan Jun. Aku dah register kelas swimming. harap lepas ni boleh la selalu terjun kolam depan rumah ni. Ada kolam tapi tak pernah nak guna. bila belajar berenang ni harap makin rajin la. sambil nak kurangkan berat badan ni. susah betul nk turun berat sekarang. memang kena kawal makan la.

sekarang ni, kena kawal diet makan. kena makan nasi sekali sehari je. kalau breakfast dah makan nasi, tgh hari tak boleh makan nasi. kena makan cukup kenyang je. kalau terlebih kenyang lagi bertambah berat ni. dan benda paling susah nak elak sekarang ni, makan benda manis. sebab selalu ada stok. seorang Khaulah tak boleh tak cukup stok makanan. harap boleh turun satu atau dua kilo dulu ni. 

sejak tukar ubat, mood dan emosi aku jadi better. cuma masalah tidur ni susah sikit untuk aku control. kalau waktu cuti, tidur terlebih. tak tahu la kenapa aku suka tidur. nak bangun lepas subuh tu susah. waktu pergi kerja pun ada hari aku tidur juga sekejap bagi elak mengantuk dalam train. masih lagi susah nk ubah rutin ni. 

macam hari ni, aku tak tahu nk buat apa selain tidur. tiba-tiba tak tahu nk buat apa. padahal ada je buku yang nak kena baca. nak tulis cerita tak ada idea nk tulis. nak layan drama pun malas. bilik pun dah kemas. vacuum je malas. layan dengar lagu je la. 

oh, lupa. aku nak cerita pasal mimpi yang pelik-pelik sejak seminggu ni. mimpi yang aku harap benar dan real. tapi itu hanya mimpi. mimpi kahwin siap sebut nama lagi. mengarut betul. mimpi jumpa orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku. mimpi yang aku dah ok. tak lagi emo. nak cerita detai pun aku dah lupa mimpi tu, sebab mimpi tu. bila bangun, terus lupa. tapi ingat la sedikit apa yang aku mimpi. 

cukup la kot, untuk entri ni. banyak dah aku cerita. 

Thursday, May 25, 2023

Raya & Mei Trip

 Raya sendiri tahun ni. berseorangan sahaja. aku ingat aku akan sedih. depressed. but entahlah, Allah hadirkan rasa bila lagi nak rasa raya sendiri. aku tak perlu nak sedih. aku perlu enjoy masa sendiri aku di tempat aku sendiri. 

marathon gilmore girl. jadi, aku sebelum mei tu, aku dah settlekan gilmore girl. sekali special eps. review aku? sucks! rasa buang masa aku je untuk 7 season tu. aku ingat ending dia akan pilih antara lelaki tu ataupun ada lelaki lain. setakat tu je la komen aku. ni pun terjebak sebab review season drama naik dalam youtube. 

then, next week tu. masuk mei. cuti seminggu. ke Melaka dan Johor. my first solo trip. i was scared to make that step. tapi bila booking hotel. jadi kena pergi la. kalau tidak, nanti burn la kan deposit tu. so, here i come. Melaka tu memang pusing bandar melaka je. Satu hari je. boleh cover semua tempat. macam mengenang kembali trip ke Melaka zaman kanak-kanak dulu. rasa macam lain sangat. aku tak jumpa Istana. mungkin aku tersilap. dan A Famousa tinggal seketul bangunan tu je. 

then nak ke Johor tu turun Kluang dulu. Mencabar juga la trip kali ini. sebab naik bas je. dari KL-Melaka-Kluang-Johor-KL. semua aku cover dalam 5 hari. ok la. 

naik-naik cuti, terus sibuk dengan projek baru. dan sambutan Hari Raya di cawangan. terus la aku senyap dari buat bising. menyembang. sampai akak ofis tegur tak dengar suara aku. itulah aku. kalau orang complain, aku memang menjauh la. diam je la. padahal yang complain tu pun sama, kuat je menyembang cuma bezanya. orang datang meja atau dia pergi meja belakang. aku sembang dengan orang biasa-biasa. 

down juga bila ada orang komen macam tu. so, sekarang ni duduk dekat meja je. Tak payah nak kecoh, makan tengahhari pun dekat meja. sungguh la, aku rindu suasana kerja tempat lama. makan sama-sama. tak da beza. aku tak suka makan dekat ofis sebenarnya. aku lagi suka keluar tapi tempat makan terhad. orang kerja ramai. waktu lunch pun fixed. tak flexible. susah nak makan luar. 

dan next week, aku ada site visit ke Pahang. hari ni site inspection. ada dua kemalangan. pergi dan balik. balik tu aku tak tengok depan2. dah la tengah berdebar naik bot minggu depan ni. dan orang tak tahu aku mudah sangat trauma. aku memang tak boleh tengok aksi ganas-ganas. menggigil nanti. 

lagi, sambutan hari raya ok la. rasa nak pecah perut. dua jam nak makan 7 tingkat. tapi ada yang complain sebab kena tinggal. aku malas nak kecoh, sebab kau tak cuba berkawan. orang pun tak ingat nak fikir pasal kau. kalau nak buat boundary pun, sibuk kerja tapi kena la pandai networking dan socialize. orang takkan kata kau sombong. 

kalau cerita pasal benda-benda macam ni, orang tak nak kawan. takut kena kata. macam aku la, orang mengata take a step back. kemudian move forward cara lain. bila awal-awal kau dengar benda negatif, jadi negatif la. bagi aku, kena amik both side. kau buat benda tak langgar peraturan. waktu makan, makan. bukan makan waktu kerja. memang salah la. waktu makan je waktu kau socialize dengan orang. waktu kerja kau dah fokus kerja. orang pun takut nak kacau kau. kalau cakap busy, takkan la tak boleh rehat langsung. banyak pula complain. ha-ha. 

sebab satu benda kecik je, kau dah hadkan perkembangan diri kau. 

itu je la kot. aku tak re-read apa aku tulis. nanti ada masa aku baca balik. settle sesi luahan untuk kali ini. daripada aku ingat tapi lupa nk update. baik aku update sementara ada masa.

Monday, March 27, 2023

MAC dan Ramadan

 Dah masuk Ramadan. 

kali ini aku cuba update guna pc ofis. sebab asyik lupa nk update. sekarang aku dah jumpa cara untuk aku luahkan perasaan sebelum atau selepas kerja nanti. tak ada emo asyik tengok phone je. 

dan emosi aku sejak dua minggu lepas tak berapa ok. kejap ok kejap menangis tak tentu hala. kalau sebut pasal sedih ni, aku dah tulis banyak kali. mungkin aku masih tak move on. atau masih tak boleh let go. entah. aku tak boleh nk settle down lagi dengan emosi aku ni. aku just validate bila aku rasa down je.

Rabu ni ada appointment dengan Psychology. aku pun tak harap apa-apa. nobody gonna help me. i just need to help myself. sebab tu la kejap kejap aku jadi down. sebab masih ada yang contact aku tapi orang yang aku harapkan langsung tak ada mesej aku. sebab tu la aku sedih.

itu cerita pasal emosi aku. 

nak cerita Ramadan pula, gigih aku usaha cari masjid dekat dengan Lrt senang untuk aku ulang alik. habis kerja lepas asar, aku lepak di masjid. tilawah dan tadarus sambil tunggu waktu berbuka. setakat ni aku jumpa dua masjid. satu masjid aku tak suka sangat. satu lagi aku dapat la feel ramadan tu. dua-dua masjid ada iftar. aku bukan nak jimat sangat cuma nak meraikan makanan tu. kalau tak makan nanti membazir. untuk 5 hari puasa aku dah jumpa rutin aku. aku akan selang seli pergi masjid. satu masjid aku stay sampao maghrib. satu lagi aku nak stay sampai terawih 4 rakaat. ini untuk 10 malam awal. 10 malam tengah mungkin tak kemana. duduk rumah. 10 malam akhir nk ke putrajaya. kalau boleh. 

masuk ramadan ni emosi tak tetap. sebelum ramadan lagi. jadi aku fokus diri aku je. malas nak fikir apa housemate aku fikir. aku nk baik diri aku dulu dalam ramadan ni. aku harap aku ok la lepas 20 malam nanti. 

itu je la untuk entri kali ini. 

Sunday, February 05, 2023

Perlis

 awal bulan hari tu ke Perlis untuk AQPI site. Pergi tiga hari, Rabu sampai Jumaat. berempat. 

aku tak ada expectation apa-apa. sebab aku rasa aku selesa sahaja. tapi sebelum nak bertolak tu macam-macam drama juga la. drama aku dapat kereta. drama nak kena ganti orang. tapi alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. 

kereta tu , rezeki aku dapat adiknda nak beri sewa pada kakaknya. dan bermula la, episod cari parking. sewa parking. sebab si housemate pun nak pakai kereta. tapi tu la, dia tak bagitau tarikh sebenar, sakit kepala la juga aku cari. so, bermula februari aku dah sewa parking walaupun sebenarnya tak perlu. tapi biarlah. aku rasa aku masih lagi failed merancang benda-benda macam ni. aku selalu kerugian. tapi tak kisahlah. sebab alhamdulillah rezeki aku cukup untuk gaji januari hari tu. 

itu bab parking dan kereta. pasal orang pula, assistant aku ada masalah kesihatan jadi tak dapat pergi. dan ada assistant lain yang macam tak nak pergi. aku pun malas nak fikir. Lepas ni, tahu dah untuk ke site. sebab tahun ni aku akan ada banyak inspection may be lepas raya kena pergi lagi. 

sepanjang bertugas luar kawasan, banyak la input aku dapat. input kerja dan input perangai orang. kesimpulan aku boleh buat, kalau tak pernah kerja swasta, jadi kau akan ada perangai dan mindset kau sendiri. dan aku rasa aku nak bawa perangai kerja swasta ni. sebab aku rasa masa kerja swasta ni, aku sembang je tapi jarang sembang perangai orang. sebab kami boleh selesaikan masalah kerja dan buat kerja berpasukan. 

hari jumaat sampai, hari sabtu aku macam dalam dunia khayalan. penat. dan sakit perut sebab salah makan. terasa dalam dunia lain sekejap. dan aku tidur lewat malam tadi. terngiang-ngiang juga la benda aku sembang tu. sebab aku rasa aku tak suka nak luah tapi aku share juga. macam menyesal la. kalau dah cakap tu, patutnya tak payang la nak fikir. semalam tu aku overthinking. tu rasa macam dalam dunia lain sekejap. makan pun tak lalu. 

sekarang ni, aku kena tulis dekat sini sebab aku tak nak fikir dah. ada juga la sikit rasa macam masuk ofis nanti nak isolate diri. jeng. tak apa la. buat macam biasa je. aku suka kerja aku. dan yang paling penting, kena banyak doa la. semoga dipermudahkan urusan. dan dijauhi dari fitnah dan kata-kata orang dekat belakang. padahal, aku dah banyak pasang perisai. prepare, kalau ada masalah aku share dengan orang-orang yang boleh bagi semangat dekat aku. 

aku tak patut terkesan sebenarnya. tapi sebab ada individu yang terasa dengan sikap aku. jadi, aku bermuhasabah juga la. tak buat apa-apa pun ada yang sakit hati. kalau buat pun, lagi la. semoga aku sentiasa dilindungi dari fitnah dan penyakit ain ni. sakit kalau kena ni. 

dan weekend ni weekend panjang. so, dapat berehat extra. aku memang penat. betul la, aku penat dengan orang. energi aku kena recharge. sebab hari sabtu tu aku macam dalam dunia lain. 

dan aku bahagia hidup sendiri. pasal jodoh, kalau ada, ada. inshaALLAH. tak payah nak risau. 

Monday, January 30, 2023

Tahun 2023

 ringkasan untuk Januari 2023.

tiada yang istimewa. rasa sekejap je bulan 1 ni. 

first week tu pergi ke Melaka ada team building. 

second week, berehat dekat rumah je. ada kelas untuk part III. 

third week tu, dah raya cina. ingat tak nak balik. tapi balik tengok adiknda. alhamdulillah dia dah sihat. sembuh. tidur hotel satu malam. balik sekejap je. nothing to looking forward dekat kelantan tu. 

dan last week Januari ni, ada kelas untuk part III dan ada picnic akhawat Lembah Pantai. itu je la kesimpulan hujung minggu.

aktiviti yang cuba konsisten setakat ni, buat zumba. sebab nak kurus hajatnya. kurus bukan sebab gemuk. tapi kena jaga berat supaya tak obese. dan aku pun kena jaga kesihatan sebab ada sejarah keluarga kencing manis. so, sekarang dah kena jaga. orang ingat jaga kesihatan ni sebab nak kurus. tak, nak sihat supaya mudah untuk beribadah. boleh fokus kerja. dengan kena keluarkan happy chemical untuk mood tak kacau bilau. 

kerja, setakat ni tak da yang nak segera, boleh uruskan lagi. tapi bulan dua rasa macam akan sibuk buat macam-macam walaupun aku tak pergi kursus atau apa-apa. direct jawapan aku cakap malas. tapi aku rasa masa depan kerja aku tak berapa cerah. baik aku siapkan kerja-kerja aku. aku nak kemaskan fail-fail aku ni. supaya lebih teratur. 

itu je la kot kesimpulan Januari aku.

awal Februari, aku ke Perlis untuk site inspection. 

Saturday, December 24, 2022

Last December 2022

 kalau ikutkan tiap-tiap minggu aku nak update tapi aku lupa. 

aku lupa sebab aku nak rehat. nak tidur jer. penat. penat dengan suasana yang aku dah banyak kali share dekat sini. 

disember ni aku banyak spent time sendiri. sebab cerita oktober november buat aku penat. penat emosi dan tenaga. 

disember aku jadi bertambah sebab aku dah unblock dah nama-nama yang aku block sebelum ni. aku ingat aku ok tapi tak. aku tak ok. 

sebab aku masih clinging dengan perasaan yang aku takkan dapat lagi. aku perlu buat finale selamat tinggal. 

bulan disember ni, aku gembira bila pergi kerja. sebab aku enjoy kerja. aku dah sort kerja aku. aku ada stress kerja juga. tapi boleh handle. 

setiap orang aku akan cerita pasal "tak nak tahu dan tak perlu aku explain," ternyata reaction semua orang sama. maknanya aku ni ok je. tapi sebabkan tu aku jadi trauma la juga nak bercakap. one of my friend told me, jawab tu seakan macam a big bully. dan bila sekarang aku dah jauhkan diri, sebab aku rasa tak selesa dan aku stress bila ingat balik. orang nampak aku yang bermasalah. dan orang tu pun sekarang nampak macam nk bermesra balik tapi aku rasa macam kekok (awkward). dan sebelum aku cuti hari tu, tiba-tiba datang dekat meja aku, dan tanya "rumah tak banjir?" aku macam huh? apa? blurr...rumah aku? banjir? aku ok je ni, masuk kerja. lepas tu baru la explain  rumah dekat kampung tak banjir ke? 

hailaaa...aku rasa macam, bukak la dulu pendahuluan, buat apa tu. busy tak? tak adalah orang tu macam terkejut. dah la tengah fokus buat kerja. lepas tu, aku macam jangan layan sangat. jawab yang perlu je. 

aku ni introvert, memang takkan sembang dengan orang sembarangan. tapi aku belajar macam mana nak tegur orang. taaruf skill tu kena ada. supaya orang selesa nak sembang dengan kau. kalau kau kena buat social experiment, kau nak kenal orang tu, observe dulu apa yang dia suka dan kau boleh cari topik untuk sembang dengan dia. 

aku ni selalu ingatkan diri sendiri, aku nak kerja lama. 20 tahun lagi aku nak kerja sini. aku takkan cari kerja lain. jadi kena pandai buat networking. walaupun aku tak suka nak social. networking dengan semua orang kau kena pandai cakap. pandai komunikasi. pandai nak tarik perhatian dia untuk dia berminat pasal diri kau. company kau. kerja kau. 

tapi sebabkan orang cakap pasal suasan tempat kerja kau ni toksik. kau pun macam takut. kalau tak nak toksik, kau lah yang ciptakan suasana yang baik. orang tak pandai komunikasi kau ajar. awal-awal dulu aku pun macam down juga la. nak cakap macam salah. tak cakap pun salah. jadi, aku kena clear method komunikasi aku. kalau tak tahu, aku tanya. aku tak kisah jadi bodoh. dan kalau komunikasi dua hala verbal tak berjalan, aku guna komunikasi WA. 

itu pasal yang kau concern sekarang ni. 

dan banyak lagi perkara bermain dalam fikiran aku. 

hari tu pun, aku stress sebab aku nak cuti tapi aku tak nak balik kelantan. dan, lepas fikir aku macam, aku tak perlu nak balik. sebab aku tak ada apa-apa yang penting untuk balik. melainkan aku kena site visit. the only reason untuk aku balik, kan. 

jadi, aku decide rancang cuti raya cina dan cuti thaipusam je. sebab orang lain semua dah pelan cuti sampai raya aidilfitri dah. kalau aku nak pelan cuti aidilfitri, aku nak kena renew passport. nak bercuti. 

cuti krismas ni aku amik cuti awal. aku ingat nak keluar bercuti tapi sebab emosi aku tak ok. aku jadi tak nak jumpa orang. dan sekarang ni aku hanya berkurung dalam bilik. sebab kawan serumah aku dia cuti aku tak kacau. aku cuti dia tak tengok pun status WA aku. tiba-tiba eh, kau tak kerja. nampak sangatlah kan, kau ignore. aku bagitau aku cuti pun kau tak ambil peduli. aku tengah enjoy duduk rumah, tiba-tiba kau dah balik waktu lunch dah sampai rumah. memang aku lagi la tak nak sembang dan jumpa orang. mood memang ke laut. kunci pintu bilik. dan dengan lagu pakai headphone. bilik master memang tak payah nak keluar la. toilet dalam bilik. aku dah angkut stok makanan letak dalam bilik. berkurung tiga hari pun tak da masalah. aku malas nk dengar suara ketawa kuat-kuat. serabut. aku tak boleh nak me time. kalau dia ketuk pintu bilik pun aku takkan buka. baju pun aku gosok nanti nak pergi kerja. nak balik kerja minggu depan pun aku balik lambat sebab malas nak deal. 

dan hari ni aku off phone. sebab teringat cerita tahun lepas dan fikir pasal orang yang tak pentingkan aku. dan aku tak masuk dalam senarai sibuk mereka. kalau aku ni penting, mesti akan cari aku kan. biarlah aku hilang macam debu. tak da aku pun tak apa. sebab kalau ada yang sakit dah ada jururawat. aku ni tak kepentingan langsung. tak wujud pun tak apa. orang lain masih boleh bahagia. 

banyak lagi aku nak tulis. tapi tulis setakat ni dulu. kalau rajin aku update lagi esok. sebab menulis macam ni aku jadi lega sedikit. 

Saturday, November 05, 2022

Beginning November

 Dah masuk bulan november. 

Kalau tengok kalendar tak da la sibuk sangat. rileks je. 

sedar tak sedar, dah 5 bulan kerja JKR. Alhamdulilllah. 

1st Novemer excited sebab sesi bergambar dengan bahagian masing-masing. macam hari raya sebab semua pakai sama. satu bahagian pakai pattern sama. bahagian lain pakai tema lain. seronok sebab rasa semua ada hari tu. dan, bukan sibuk bergambar je. petang tu pula, mesyuarat bahagian. kenalkan ahli. kemaskini pasal projek. juga aktiviti yang akan datang serta jawatan yang perlu disandang. 

5 bulan kerja dah rasa perbezaan. sangat ketara. 1 November je rasa senyum sampai ke pipi. dan hari ke-3 kena serangan anxiety. sebab buat silap. bukan aku buat silap tu. tapi sebab buat silap tu macam rasa semua orang tahu tu salah. menangis la. dah tak peduli kalau orang tanya. kena la makan ubat. nak bertenang tu amik masa la juga. dalam setengah jam. tapi rasa tu still rasa sampai petang. memang terus hilang mood nk kerja hari tu. but i don't regret that mistake. it just i feel palpitation.

then, friday. aku dah give up nk keluar dengan seorang kawan. sebab awal-awal dulu banyak sangat alasan dia masa nak makan tengah hari. sebab jadi macam tu, aku lah yang conflict dengan diri sendiri. macam nak makan mana. kena makan seorang. aku ok je makan seorang tapi sebab dah biasa dengan kerja sebelum ni, everyday soalan - makan mana? dan keluar makan beramai-ramai atau decide nk delivery ke. itu lah moment paling aku rindu. aku lebih suka keluar jalan. makan dekat luar. sehari duk dalam pejabat, tepu juga la. 

aku banyak pujuk diri, treat this time as masa zaman studi master dulu. sebab aku boleh je survive makan seorang. study sorang. lepak library sampai malam. dan decide menu nk makan apa. i was happy. and sedih sebab tak da kawan la. itu je, tapi aku ok je bersosial kadang-kadang. 

so, aku macam back to that year balik la. 5 bulan ni banyak kejutan aku kena hadap. jadi, aku rasa aku kena bagi masa untuk diri aku lagi lama untuk suai dengan keadaan tempat kerja aku. benda paling ketara nak berkawan. kerja-kerja sebelum ni, aku boleh adapt dengan cepat. kali ni aku tak boleh nak push diri aku. bila analisis balik. fikir balik, aku nak kena deal dengan 35 orang. belum lagi bahagian lain. jadi, aku memang kena adapt dengan masa lama. 

banyak kali juga aku anxiety sebab kerja. bukan sebab kerja banyak tapi sebab banyak yang perlu disegerakan. aku punya tempo kerja pun macam perlahan sangat sebab terlalu santai bagi aku. nak fokus pun tak ada yang perhati kau. buat kerja tak. duk kat meja tu bukan orang tahu kau buat kerja ke tak. memang kena jujur dengan diri sendiri la. 

itu pasal keadaan tempat kerja dengan orang. 

rutin pun satu hal juga, aku masih tak da rutin yang tetap lagi. masih lagi bermain dan bereksperimen dengan masa sendiri. 

jadi, banyak kali aku kena justified pada diri sendiri. 

dan, kerana ini aku rindu life zaman Australia dulu. my darklife but happy life. aku jadi diri aku sendiri. 

sekarang aku tak mampu nk gembirakan orang. jadi, diri sendiri. kena tone down. keep low. jangan terlalu menyerlah. fokus buat kerja. 

dan aku ada banyak cara escapism. cuma, kena banyak kali remind diri sendiri la. 

am gonna be okay.

dan comfort buat masa sekarang, Imagine dragon. 

itu je la kot dulu untuk minggu first ni. 

Friday, October 28, 2022

Medical History

 hari ni ada appointment dengan doktor psikiatri. Tukar hospital dengan rujukan doktor sebelum ni.

tapi aku rasa aku makin hilang rasa. aku pergi jumpa doktor semata nk ambil ubat je. lepas ni malas nk cakap dah dengan doktor. aku sendiri figure out aku dah burnout dengan keadaan sekeliling. doktor suruh aku pergi bercuti. buat me time. tapi aku rasa aku tak boleh dan tak mampu sekarang. 

untuk tempoh empat bulan ni aku punya burnout makin teruk. dan anxiety pun datang balik. sebab aku suka dengan hidup baru tapi aku tak boleh kawal benda yang bukan dalam genggaman aku. orang sekeliling. aku punya sekeliling kawan serumah, ofis je. betapa lonely nya aku. tapi aku bahagia sebenarnya sebab ada circle baru yang orang tak kenal keluarga aku. 

cuma, untuk aku hadap perangai orang yang berbeza yang perlu aku raikan sampai aku jadi terluka. terluka dengan perasaan sendiri sebab memberi peluang pada orang. bukan memberi peluang sebenarnya, tapi aku suka fleksible kan diri supaya mudah untuk aku adapt. tapi aku lupa expectation orang dan judgment orang. mungkin orang tak suka cara aku. dan aku kena sidai. jadi aku pilih untuk sendiri. aku tak mampu nak buat orang suka aku. sedangkan aku sedang untuk cintai diri sendiri. 

empat bulan ni macam-macam jadi, sebab tu aku lupa nk update blog. nak ikut ritma rutin aku sebelum ni pun masih ambil masa. pagi pergi kerja, terkejar-kejar nk kena keluar awal. bagi aku, tak perlu push diri tapi nk buat macam mana itu lah yang perlu aku hadap. may be itulah yang si kawan tu rasa sebelum ni. kalau jenis lambat memang rasa sakit hati la kot. aku pula aku memang ikut time aku cuma, aku jenis slow and steady jangan push orang. take time. tapi tak pe la. hadap je. aku malas nk fikir benda-benda kecik macam ni. kalau lepas ni aku rasa aku tak boleh pergi awal aku bagitahu je la. bukan susah pun. 

balik kerja aku dah boleh buat rutin sikit cuma aku kena kurangkan masa berjalan-jalan shopping tu. tak pe, kena bagi masa untuk aku explore dunia KL yang dah lama aku tinggal. dan sekarang kena get life dekat KL ni. so, no rush. bila tulis macam ni la baru boleh fikir. 

emosi aku, sangat la roller coaster. turun naik. kejap rasa dah normal kejap rasa memang nak jatuh bangunan pun ada. masuk dalam tanah. masuk dalam gua. tak nak ada apa-apa connection dengan orang. tapi kalau putus hubungan terus nanti orang kata apa pula. dah pernah buat kerja ni 5 tahun lepas. tapi nak buat macam mana. aku tak mampu. aku ingat dah ok tapi tak. kaki dah keluar selangkah dah tapi terus lari masuk gua balik. orang tak faham rasa tu. 

cukup pasal masalah jiwa. yang aku nak cerita pasal buat medical check-up untuk Stroke sebenarnya. dapat complimentary voucher. free. walaupun rasa muda lagi tapi ada peluang cuba buat. dan aku pergi hari ni. aku ingat dalam sejam settle la sekali dengan doktor consultation tapi dua jam menunggu nak jumpa doktor. nasib baik la dapat surprise birthday. dan tempat cozy. memang aku enjoy je la menunggu tu. walaupun rasa macam upside down bila jumpa doktor. 

overall, ok. tapi aku on high risk la sebab famili ada history kencing manis. aku tak sempat nak tanya apa-apa. tak pe. at least aku dah buat check up. nanti lepas 6 bulan, kena buat blood test. aku tak tahu nk buat ke tak. dekat RM500 juga la. itu kita fikir kemudian. sebab tak da medical card. jadi banyak la aku fikir. komitmen bulan-bulan nak bayar medikal tu la. tunggu la dua tahun lagi. tahu, dah tua ni bnyk la kena bayar. tapi nk buat macam mana. kena la jaga diri. 

Tuesday, October 11, 2022

34th

 

Happy Birthday To Me.

34th year. 

grow stronger. 

terasa buta dengan pandangan ilusi yang aku sendiri tak tahu apakah ia benar atau khayalan.

tapi aku gembira. tanpa expectation dari manusia. tanpa aku fikir perasaan jiwa yang aku perlu jaga.

sambut hari jadi dengan gaya tersendiri. makan buffet hotel sorang-sorang. live on my own. no wishes dari orang. beli kek untuk orang makan. fokus buat kerja. 

you are doing great, dear Khaulah. Now, you know your capacity. your strength. your good side. 

it's okay to cry. meraikan segala rasa yang Allah ciptakan. kalau tak sedih, tak normal. 

triggered. things i can't control. kena let it go juga sebab luar kawalan aku. menangis setiap jam pun, hadap la. anxiety pun kena lawan. tak nak rebah depan orang ramai. 

dan, tak ada nak tulis apa. sebab tak ada apa-apa nak raikan. dah makan sedap. dah hadap hari ini macam hari biasa. 

adakah hari ini juga satu ilusi? 

aku takut untuk bermimpi. 

Wednesday, September 28, 2022

Probation 3 bulan

 Julai, Ogos, September.

JULAI 

sibuk dengan urusan lapor diri dan dua minggu berturut-turut house hunting, mencari rumah yang sesuai dan yang aku berkenan. jadi, berkejar ke sana-sini juga la mencari rumah sewa. dari sentul ke cheras. penat naik public. lepas kerja cari masa pergi tengok rumah. 

dan Julai, juga bulan bertuah aku la, masuk-masuk terus dapat pergi Kursus BIM. kursus yang aku aim nak dapat certified dan nak pandai guna. sebab dah masuk team BIM wajib la kena tahu. dan. bila belajar tu, boleh la faham dan tahu dah trick and tips sikit-sikit pasal revit tu. 

itu je la, highlight Julai. 


OGOS 

masuk-masuk Ogos tiba-tiba kena pergi Kursus. 5 hari straight berkursus. excited la sikit sebab baru masuk kerja kan. kursus ni kira macam suaikenal la. berkursus di Melaka. tak ada apa- apa sangat untuk up cerita bulan ogos. 

cuma, kena kejar cukupkan kursus 40 jam. dan projek-projek aku banyak dh onsite. jadi tak ada apa sangat yang segera aku perlu siapkan. jadi, aku punya kerja santai je dulu untuk awal-awal ni. tak tahu la nanti datang kena design. masak. 

so, aku banyak fokus pada dokumentasi la. belajar pasal projek. kena baca fail. sebab kena tahu proses dan apa yang belum selesai. dan kena la buat connection dengan segala disiplin yang lain. Perancangan, jurutera, arkitek negeri. 

dan, untuk sambutan hari merdeka. pertama kali tengok orang buat raptai perarakan merdeka. memang teruja la. bermula dengan pemasangan kelengkapan khemah dan kerusi sampai la ke hari sambutan. tahun ni memang meriah la. aku dah puas hati. nasib tak pergi masa hari kejadian. 

sebelum ni tak peduli sangat pasal sambutan ni. tapi sebab raptai tu depan ofis, memang la kena turun dan tengok. ambil peluang. harap-harap tahun depan dapat tengok lagi. aku yang tengok raptai ni pun dah teruja apatah lagi yang turun tengok pada hari kejadian. sampai viral tu. 

tapi sayang, semua gambar dan video aku hilang sbb aku delete dalam google photo. dan google photo delete sekali yang dalam phone. kecewa sungguh. tak ada rezeki. nk kongsi. sempat kongsi dalam status WA je la waktu hari raptai tu....sediiiiih.


SEPTEMBER 

masuk september pula, tiba-tiba dapat makluman kena hadir mesyuarat arkitek, tapi aku tak pergi walaupun wajib sebab aku dah beli tiket balik kg. logik dia memang aku tak salah pun. sebab aku rancang nak balik awal bulan 8 lagi. jadi aku terlepas majlis mesyuarat tu. miss the excitement. tapi aku puas hati dapat balik sebab jumpa orang-orang yang aku hargai. dan orang -orang yang buat kau gembira dan bahagia. 

dan sebab aku cakap aku nak cuti balik kampung, aku kena turun pergi tengok site juga. antara dari 6 projek yang aku kena tanggungjawabkan. 

aku balik tapi tak tidur rumah pun. tidur hotel. kira staycation from hometown la. bila lagi nk merasa tidur hotel. dan lepas ni pun, kalau nk balik satu malam je la. pergi site dan balik. tak da teruja balik kampung untuk jumpa orang yang sepatutnya. lagi pun am not that important person. 

september ni, aku pun gila pergi TALK, lagi-lagi kalau dapat merchandise. kali ini, aku perasan aku dah tak malu nak tegur orang. maksud aku, kalau orang tegur aku layan tak da malu segan. dan aku dah boleh buat conservation with stranger.

cuma, dah tiga bulan ni nampak la perangai-perangai orang. aku lah yang makan hati sebab hati tisu. aku penat nk terima kejutan perangai tu. aku dah la tak ada orang nk sembang. kalau yang nak sembang pula, jenis yang cakap banyak sampai aku nak cerita dan nak selit pun susah. padahal topik yang disembang berulang-ulang. sampai aku dengar dan boleh cerita balik. 

jadi, emosi macam roller coster. sekejap ok sekejap menangis bawah meja. memang sangat la susah nk handle emosi ni. aku dah la penat nk layan orang sekeliling tapi orang tak nak faham, aku suka stay dalam bilik sbb aku tak perlu nk sembang banyak. masa aku untuk diri sendiri dalam bilik je. tu pun ada yang terjah macam tu je. 

aku sejujurnya penat. penat sangat. so, bila jumpa orang yang dah lama aku tak jumpa. aku suka sangat, aku boleh sembang cara aku. sembang benda yang aku suka. sembang macam-macam benda. kalau jumpa lama pun, takkan habis. 

dan kerana emosi roller coster, rutin yang masih lagi kacau bilau, aku sampai lupa nk update blog. juga terpengaruh dengan orang cakap, aku tak da FB. aku tak instagram. dan aku sampai tutup blog untuk sementara. dan aku terus lupa nk update blog. 

so, lepas ni aku pastikan aku update setiap minggu. lagi pun, bukan orang baca blog aku. lepas oktober aku buka balik blog ni. 


Wednesday, July 13, 2022

Tutup sementara

untuk update Julai ni terpaksa tutup dulu untuk public. sebab rasa macam buat kesalahan besar je. padahal tak ada apa-apa pun. cuma bila orang kalut, kita pun kalut. kalut yang orang nampak tenang. padahal dalam otak ni, rasa macam dah berapi. nak jerit pun ada. nasib baik tak hantuk kepala ni. 

bukan tak jujur, tapi rasa macam tak penting. dan blog ni pun bukan orang tahu pun. dan. ramai dah tinggalkan dunia blog. aku je yang rajin update dari tahun lepas. sebab blog terapi untuk aku menulis separuh perasaan. 
 
tengok la bila rasa dah tenang dan tak ada rasa ancaman, buat view untuk semua. lagi pun siapa je yang baca blog ni selain tuan badan sendiri. ha-ha. 

ok, pendek kali ini. sebab rasa urgent and rush adrenalin. 

Saturday, April 23, 2022

Fasa ketiga Ramadan

 dah masuk 10 terakhir ramadan. 

sepanjang 20 hari ni, ingatkan adalah masa nak buat itu ini. tetapi lagi sibuk dari hari biasa. walaupun balik kerja pukul 4, kejar nk jemaah solat asar. kebetulan masjid ada tadarus, join la sekali. ada juga buat masjid hopping, ingatkan ada masjid lain buat tadarus lepas asar. tapi masjid tu je buat. lekat gi situ la. tadarus tu habis satu juzu terus. ikut hari puasa. melekat di situ. 

dah habis tadarus baru kalut nak cari makan iftar. masjid ada je bagi makanan iftar tapi tengok yang beratur pun ramai. jadi, berikan peluang mereka yang mungkin kurang berkemampuan. kita beli je la buat sedekah cara lain. 

balik rumah, dekat2 waktu buka puasa dah. tunggu iftar, maghrib. isya sekali dengan terawih ikut masjid mana nak pergi. jadi, masa tu kena lah fleksible. maksimum sampai pukul 10.30 malam. ikut habis terawih tu la makan ubat. layan phone kejap and tidur. sebab nak bangun sahur pula. 

gitu la rutin hari-hari. puas hati. 

dan itu lah setiap kali ramadan, mesti journey dia berbeza-beza. nak cari ruh ramadan tu kena usaha, kena cari suasana untuk hidupkan ramadan. 

zaman duk australia dulu, walaupun sorang-sorang boleh buat ruh ramadan tu ada. walaupun tak hari-hari pergi masjid. terawih sendiri dekat rumah. dan tak ada bazar ramadan, buat makan iftar sendiri. 

tahun ni pun, tak bersungguh nak food hunting cari makanan viral. makan sekadar nasi dan air kosong je. kadang-kadang je cari air manis. sahur pun sama. tak fikir nak masak. makan apa yang senang makan - ready made je. menariknya, makan cukup macam tu tak rasa kenyang sangat dan tak rasa lapar sangat masa puasa. dan nafsu makan pun tak membuak-buak. 

ada orang kata, sahur kena makan nasi. ada yang orang, bukak puasa kena makan nasi. dan aku, sebab dah lalui masa tak ada nasi, boleh saja survive. tak makan nasi 3 hari pun ok. tapi bila rasa badan macam lemah sikit baru cari nasi. kalau dapat kawal nafsu makan dalam bulan puasa ni. inshaAllah lepas ni boleh je buat. sebab utama makan tu, nak dapat tenaga. dan jaga badan juga pada masa yang sama. kalau dah genetik ada kencing manis, kena kawal la makan tu. jangan makan berlebih -lebih. 

bulan puasa ni juga, berusaha untuk doa banyak. doa yang kita nak sungguh. setiap kali ada masa doa. jangan putus asa. sebab Allah akan makbulkan doa tu dengan cara kita tak sangka. kena minta sungguh. mungkin bukan sekarang tapi mungkin lepas ramadan. siapa tahu. 

Ramadan memang bulan keberkatan. kalau dapat ruh dia. tahun ni, goal lain niat nak sedekah hari-hari. sebab nak buat hari-hari, jadi mulakan dengan RM 1. sebab nak bagi RM 5 rasa macam berat sangat dengan gaji ciput ni. dapat buat RM 1 ni dah rasa lega dan lapang hati. dan tak fikir dah apa yang orang kata. sebab bukan nilai yang kita nk tgk, tapi istiqamah dapat buat infaq ni. 

tengok la, ada lagi tak entri untuk ramadan ni. sebab macam-macam pelan dah untuk raya ni walaupun tak semangat nak raya. 

Saturday, February 26, 2022

dua bulan 2022

 bak kata officemate, walaupun bulan dua ni sekejap tapi setiap hari tu terasa lama. bila tengok tarikh, baru belas-belas. baru puluh-puluh. nak tunggu gaji tu, alahaiii...lama.

untuk dua bulan ni, tiada apa yang menarik sangat. sedang melayan jiwa dan merancang perasaan. jiwa sekejap hidup sekejap terasa mati. bukan senang nak bangkit. bukan senang nak kata it's okay. i'm going well. I can take care of myself. I have to live on my own. I only have myself. I have enough happy life. I need to stop dreaming. 

dan untuk perancangan kerja, minggu lepas aku kira-kira. lepas raya nk resign. aku tengok tarikh. raya awal bulan mei. jadi, bulan april dalam bulan ramadhan tu aku dah patut job hunting dah. dan untuk march ni aku patut dah prepare portfolio dengan resume. 

dan sama-sama officemate pun, masing-masing mula mengejar cita-cita masing selepas raya juga. kerja sekarang memang la sangat selesa. tapi untuk perkembangan kerjaya tidaklah membantu. Kalau nak dapat Ar. aku kena cari peluang di tempat lain. walaupun aku ada sedikit tak yakin. 

oleh sebab jiwa aku lemas, aku patut merangkak balik untuk kembali ke jalan atau perancangan hidup yang aku sebenar yang mana aku dah susun disember hari tu. 

tapi kerana disaster disember, aku jatuh dan mati. untuk hidup kembali tu, aku kena hapus segala benda yang menghalang untuk aku hidup. kemas balik kotak-kotak lama. buang diari. buang baju. buang segala yang mematikan jiwa aku. hanya beberapa cebisan sahaja aku simpan sebagai bukti. tiada sisa -sisa kenangan untuk aku simpan. aku dan susun kotak aku, yang aku akan bawa bila aku dah dapat tawaran kerja nanti. 

 diari 2009, aku tangguh dulu sebab aku tak habis baca lagi. sibuk nak susun hidup dan hala tuju. 

untuk dua minggu akan datang ni, sangat penting aku. semoga baik- baik saja. semoga aku dipermudahkan urusan.

Saturday, February 19, 2022

2008

 aku habis STPM, aku kerja sekejap di koperasi sekolah. adalah sampai bulan 3 gitu. tak ingat. untuk 2008, diari aku merata. sekejap buku ini. sekejap dalam buku lain. emosi aku waktu 2008 sungguh la celaru. 

result STPM tidak berapa bagus. memang tak ada harapan nak sambung belajar dengan result tu. bila dapat tawaran dari unknown universiti dengan course yang aku nak, aku terima. 

berhenti kerja koperasi aku banyak duduk rumah. dan duduk rumah bukan pilihan yang baik. sebab duduk rumah aku tak buat apa-apa pun. tak buat kerja rumah. tak kemas rumah. tak basuh baju. hantar adik-adik pergi sekolah pun malas. bangun pagi pun lambat. asyik bergaduh dengan adik-adik kecik tu. sampai dikata aku tak matang. dan sebab tu sampai sekarang ni aku tak matang. asyik ikut perasaan. tak fikir perasaan orang lain. 

ada isu di rumah yang aku malas nak tulis. buat nak ingat sebab at the end yang akan disalahkan. better people misunderstood me. malas nak explain. dan better aku keluar rumah sebab tak susahkan orang. tak serabutkan orang. 

bila aku sambung belajar, aku culture shock juga. sebab walaupun aku tua dari semua orang, tapi dapat rakan serumah yang tak sembahyang. yang kata dia baik je walaupun tak solat. bulan puasa pula, puasa je semata solat tak. ada juga bulan puasa je solat. macam-macam. rasa nak juling mata. nasib baik la aku duduk sekejap je situ. adalah satu semester kemudian pindah rumah lain. duduk dengan orang tak kenal pun jadi isu juga. nampak sangatlah aku tak pandai sosial dengan orang. sekarang dah lebih 10 tahun dah, semua dah kahwin dah. ada anak, mungkin dah berubah la kot. 

aku cuba ingat lagi insiden-insiden lain, mungkin itu la kot. kalau ada, aku buat entri 2.0 la pula untuk 2008. 

next, 2009. 

Saturday, February 12, 2022

2007

bila baca balik 2007, pun ada isu dengan manusia. lebih-lebih lagi lelaki la. aku duduk asrama dan ada konflik dengan seorang kawan. entah la, aku rasa aku ni teruk bab sosial. aku tak ingat macam mana berlaku. tapi aku attack dia. sebab aku rasa aku rapat dengan dia dan habis macam tu je. sebab aku bukan sekelas dengan dia pun. 

yang lelaki pula. aku tak tahu kenapa tiba-tiba tak bertegur sapa. kalah orang perempuan. mungkin ada benda aku terlepas pandang. mungkin. sampai sekarang aku tak tahu sebab. bila habis STPM tu, hilang macam tu. dan dia nampak ok. 

ada yang aku tak boleh share sini. tetapi ada dalam memori aku. memori yang boleh buat aku senyum. memori manis. dan aku tak banyak sangat tulis tentang perasaan sebab aku terlalu stress nk STPM. paling aku ingat aku menangis sebab aku tak faham Kimia. dan resultnya aku failed dua subjek ni fizik dan kimia. 

lain-lain, aku cuba ingat.tapi tak ada yang significant sangat. aku suka memori 2007 tapi ia bukan memori yang pahit jadi tak ada peristiwa yang beri kesan pada aku. 

aku banyak main sms sebab masa ni dah ada telefon bimbit. ada masa aku sengaja salah hantar sms. ngek sungguh. dan aku banyak salin sms yang comel. tiba-tiba rindu nak sms dengan orang. beza dengan sekarang pakai WA. 

ok, next 2008.