Wednesday, November 28, 2012

lapang dada.selfish.memaafkan.

masalah yang besar sedang menari-nari dalam otak.
melantun-lantun idea sebagai jalan penyelesaian.
tapi tak semua mampu dilakukan.

ada satu kejadian telah berlaku. antara seorang saya dengan seorang kamu. berlaku sedikit kegelinciran dimana hati seorang telah terguris. tidak. sebenarnya kedua-duanya sedang mengalami masalah hati. kalau tiada masalah hati tiada la berlaku insiden ini.

lalu, seorang saya dan seorang kamu bertemu muka ke muka untuk berbicara hati ke hati.

lapang dada.

kata kamu, saya perlu bersikap lapang dada.

saya terima. tapi dalam memahami sebuah ukhwah adakah kamu cukup taaruf pasal saya. taaruf permulaan sebuah ukhwah.

ya, serendah-rendah ukhwah bersikap lapang dada.

hati saya lapang menerima teguran kamu. tapi adakah hati kamu sudah lapang untuk menerima teguran saya?

selfish.

kamu pesan pada saya. simpan dalam otak baik-baik. manusia semua sama. masing-masing sellfish.

well, saya berfikir. tidak. saya tidak setuju. ya, mungkin dunia dan isi sekarang bersikap selfish.

namun, saya lewati kisah-kisah para sahabat. sedikit. sedikit pun tiada diantara mereka bersikap penting diri sendiri. kisah hijrah. ansar dan muhajirin. muhajirin yang tiada apa-apa ketika tiba di madinah lalu ditawarkan oleh ansar, pakaian, rumah harta bahkan isteri mereka sanggup diberikan pada muhajirin.

lagi, ingat lagi kisah para sahabat yang pergi berperang. 3 sahabat yang saya lupa namanya. saat- saat diberikan air, sahabat pertama ingin meminumnya namun terdengar sahabat kedua meminta air lalu didahulukan pada sahabat kedua. kemudian saat sahabat kedua ingin meminumnya terdengar pula sahabat ke-3 meminta air. lalu didahulukan pada sahabat ke-3. masing-masing cedera parah.  malah sahabat ke-3 tidak meminumnya kerana mendahulukan sahabat yang lain. syahidlah ketiga-tiga sahabat hanya kerana seteguk air.

baru dua kisah. belum lagi saya tuliskan tentang kisah sahabat lain. Hati mereka sangat besar.

kalau kamu berbicara tentang lapang dada. dan kamu ingatkan saya tentang manusia ini selfish. manakan mampu kamu untuk naik ke tahap ithar iaitu melebihkan sahabat dari dirinya sendiri.

tingkat-tingkat ukhwah itu lapang dada dan ithar. lapang dada dan selfish tidak mungkin berlaku. bahkan selfish tiada dalam 10 muwasafat tarbiah. memaanfaatkan pada orang lain itu bukan selfish. ingatlah.

memaafkan.

saya tahu kamu masih lagi terkilan dengan saya. yang mampu saya katakan maafkan saya. pilihan kamu untuk memaafkan saya atau tidak.yang pasti urusan saya dengan kamu sudah selesai.

ingin saya katakan bukan kamu sahaja rasa sakitnya dalam hati itu. saya juga.

namun saya sedar, saya harus memaafkan kamu walaupun tiada maaf dari kamu kerana bagi kamu, kamu tidak bersalah. mungkin. siapa tahu.

kalau lapang dada sahaja masih belum cukup kalau kamu masih belum memaafkan saya. adakah kamu tahu kuasa memaafkan orang?

orang kata ada setengah perkara perlu dirahsiakan. tapi ada perkara harus diberitahu. walaupun terlambat.

p/s: rasa macam hilang sense of bercerita. may be i missed my home. 3 weeks more to go!

No comments: