Monday, February 22, 2010

supplication



tahun ni bila solat berjemaah, lepas solat mesti rasa nak tersenyum. bila dah jadi kakak dan punya adik lelaki seramai 5 orang. lepas solat diorang mesti cium tangan. kalau ada 5 kakak, lima-lima kakak la diorang kene salam. ha-ha. bila lagi nk merasa peluang sebegini . he-he. dari ahmad sampai muhammad. heeee~

itu satu bab, bab lain pulak, melihat karenah ali dan junaidi. lepas saja ayah selesai doa, mesti berebut nk salam ayah dulu. lepas ayah,umi pula mereka rebutkan. si kakaknya gelak saja.

ya, dulu-dulu masa kecik pom macam tu jugak. duk lawan dengan momo-chan dan piya-chan. tapi lain sikit la, bila dah kalah tak dapat salam first dengan ayah tapi dapat salam umi  first dulu pun rasa dah puas hati. asalkan dapat salam pertama di antara kedua-duanya.

bila,ingat-ingat balik.jadi rindu pada kenangan itu.ho-ho.
 

Saturday, February 20, 2010

google reader


view di setting ada 59 blogs saya follow.mungkin akan bertambah lagi. kebanyakannya as public.


kalau tengok di dashboard boleh la tau sapa yg update blog dia.. tapi tak best sebab kene klik blog tersebut. kalau blog tersebut berat, lambat la loading. it takes time. jadi selalunya view in google reader. blog daichiviolet ni lambat loading tak? kalau lambat sila tinggalkan blog ini sekarang jugak. :P



jadi selalunya di sini la tempat rahsia saya baca blog yang saya follow. saya akan baca satu persatu. tiada yang tinggal. see, i'm good-loyal-silent-reader but not good to leave comment sbb itulah aku disabled comment diblog aku.heee. kerana saya bukan kaki komen. jadi, jangan ingat saya tidak baca blog anda. saya jamin buat masa ini. kalau ada 100 new update 100 itemslah saya baca. 



tapi kalau blog yg saya follow buat read more pada blognya..atau dah set mcm ni... sayang sekali..sependek inilah entrinya muncul pada google reader. apa boleh buat. kalau tajuk menarik baru lah saya TERpaksa klik pada blog mereka untuk baca dengan lebih lanjut. since saya malas nk tekan dan ziarah blog mereka, saya baca apa yang ada sahaja. mintak maaf ye.

untuk waktu-waktu yang mendatang, inshaALLAH saya pasti akan meluangkan masa untuk membaca blog yang saya follow. :)

Friday, February 19, 2010

tooth fairy

pertengahan 2009

buat pemeriksaan gigi. doktor suh pegi x-ray gigi. *done*

x-ray gigi - 4 batang gigi bongsu dah tumbuh.atas-bawah-kiri-kanan.

doktor perempuan-unknown perhati-kaji-tenung gambar x-ray itu. dia asyik tanya pasal gigi bawah. tapi sebenarnya ketidakselesaan adalah di bahagian atas-kiri. kemudian,dia decide. kene rujuk ke HKB. *okay*

temujanji seterusnya selepas 3 hari. doktor perempuan-unknown lagi sekali. dia tengok x-ray gigi. tanya pasal gigi bawah juga. sekali lagi, kene explain tentang ketidakselesaan gigi bahagian atas-kiri. 

respon doktor, tak perlu rujuk sini pun..tapi nevermind. tanya-soal-siasat sakit itu sakit ini.

temujanji seterusnya adalah 6 bulan kemudian - yang mana tidak menghadirkan diri kerana kad tidak dijumpai. kemas tadi baru jumpa.

temujanji baru dibuat pada awal 2010. pilih tarikh sesuai. 16februari.

harinya telah sampai. di kad merah itu ditulis mos 28 yang mana tidak diketahui apakah maksudnya oleh seorang pesakit biasa.

nama dipanggil dikaunter yang rasa aura-tak-nak-mesra dengan abang-baju-putih. dia beritahu kene buat pembedahan kecil. bayaran RM 5 untuk pendaftaran. dan RM 50 untuk pembedahan kecil. pembedahan kecil!!!! cuba bayangkan wajah ketika itu -mesti muka macam nak nangis. cuak.  boleh tak saya tak nak buat - cuba rayu dalam hati. tapi rela dengan pasrah.

seketika kemudian nama dipanggil,masuk. doktor perempuan-unknown datang memeriksa gigi. again. dia tengok x-ray tersebut. again. beritahu dia ketidakselesaan gigi bahagian atas-kiri. bukan bawah. kemudian doktor tersebut kata doktor lain akan uruskan. *Ok*

sambil menanti, another doktor perempuan-unknown-bertudung kuning-manis rasanya sebab dia pakai mask datang tanya apa-apa yang patut. setelah itu, doktor lain tersebut datang. again. dia tengok x-ray gigi. dan telah mengenalpasti tentang hakikat sebenar bahagian tidakselesaan itu. "mcm mana awak pasti bukan gigi bawah?" huh! doktor, gigi saya.saya tahu lah saya sakit gigi mana. saya nk makan pun tidak selesa.

keputusannya, gigi tersebut hanya akan dicabut tidak akan dibuat pembedahan kecil. fuhh,lega. tapi bila kene suntik ubat bius agak la... kalau buat pembedahan kecil mesti haru.

telinga ni dengar je doktor lain buat kesimpulan, "jgn terpedaya pada x-ray"  heh.tau tak pe.

doktor perempuan-unknown-bertudung kuning-manis yang cabut gigi tersebut bukan doktor lain. dia sangat baik.

balik-balik, umi beli nasi sumatera-yang-dah bertahun-jadi-pelanggan-tetap-mereka-sampai-tauke-kedai-pun-kenal-wajah -ini tapi telan air liur je la. abe ngoh beli pau pon  tengok hujung mata je. sbbnya gigi ini.

sedang menyesuaikan diri dengan kekosongan ini. ha-ha. hu-hu.

Monday, February 15, 2010

meet me halfway

waktu maghrib. kete di pecut lagi. nk solat maghrib di rumah.

trafficlight tendong dari arah rantau panjang (lebuhraya). agak jammed.bagi signal kiri sebab mahu ke kiri.jadi tak perlu la beratur panjang kan?

di depan,pajero putih.pintu keretanya di bukak.ia menahan laluan.

"encik telah memotong queu"

"saya mahu ke kiri.saya dah bagi signal.salahkah?"

"sebab sini tiada susur ke kiri " ngaaaaaaaaaa...apakah??

"tunjukkan saya dalam buku undang-undang"

"maaf encik.hari ini saya x bawa" ngaaaaaaaaaaa...apakah???

tak tahu pulak nk ke kiri di kira potong jalan jugak...

ingatkan selagi ada ruang, selagi boleh lalu, boleh jalan je...

agak-agak yusoff haslam boleh jawab tak? ye lah. diakan tukang buat drama roda-roda kuala lumpur.  :P

Wednesday, February 10, 2010

lets go to school

03022010

elok sahaja hari itu, ayah kejutkan muhammad. ayah mandikan muhammad pagi tu sebab dia sudah terbuka hati mahu ke sekolah. x da lagi budak malas pegi sekolah. x da lagi budak yang suka kacau tukang-rumah-buat-pagar. x da lagi budak yg tiba-tiba hilang-keluar-pegi umah ucu.

muhammad pegi dengan keterujaan.dia pakai baju sekolah yang ali punya. agak besar jugak la. seluar sudah berapa kali dia tarik naik atas.ha-ha. siap pakai songkok lagi. dan stokin juga. tapi dia tiada kasut lagi. sekolah. selipar je. bukan sepasang tapi lebih dari 5 pasang. aigoo...

muhammad bawa beg.beg untuk dia tukar baju lepas sekolah. baju tu dia simpan sendiri. ada jeans dan t-shirt. x pon baju melayu. dia sangat suka pakai baju melayu. baju melayu dia sama banyak dengan selipar-seliparnya juga. dia tak bagi kakaknya kemaskan begnya. sebab itu dia simpan sendiri. gaya matang la konon. he-he.

elok je sebulan sekolah bukak, rajin je dia pegi sekolah. mungkin busan bergaduh-berdating dengan kakaknya ini.hua-hua.

alhamdulillah setakat ni dia tidak ponteng sekolah.lagi, senang je nk kejut dia pegi sekolah. pastu memilih mahu pegi sekolah dengan ayah saja. ho-ho.

oleh kerana sangat suka ke sekolah, hari jumaat lepas, dia bangkit dari tido tengok rumah kosong. dia marah cakap kenapa tak kejut adik pegi sekolah? pastu, bagitau lah dia, ummi & abe ngoh pegi kelas EAP. ayah ada meeting. junaid & ali ada kelas taekwando. barulah dia sedikit lega. dan sambung tengok citer katun walaupun ada sedikit perasaan terkilan.

p/s: gambar muhammad pakai baju seragam sekolah belum dapat tangkap. sebab dia selalu buru-buru mahu pegi sekolah.

Tuesday, February 02, 2010

flight mode

1 feb 2010. birthday abdullah junaidi.

perjalanan ke KAY EL. bersama ayahanda.

12 jam tanpa siang di kota bharu.

7.30 pagi.elok saja menjejak tanah KLIA.

sebelum berlepas, jumpa ustaz sidek. sentiasa kacak. hue hue. ustaz sidek ke singapura. atas urusan istana.

jugak lihat mentari terbit di atas sana.

sampai KAY EL.selesaikan urusan sampai tengahhari.

perjalanan untuk pulang ke KAY BEE diambil masa lama. jalan jauh pulang ke kota bharu. tapi jimat. dan juga penat.

7.30 malam elok saja menjejak tanah airport sultan ismail petra.

dalam perjalanan, awan-awan sungguh cantik. macam dalam cerita disney-pixar UP citer belon. oh, nampak juga pelangi.

dan lihat matahari terbenam dari atas sana.

penutupnya, terjumpa dengan ayah fahmi.

ini saja beberapa fakta menarik untuk 1 feb.

teringat ayat dala aA+bB 

" start your day with something sweet, and end your day with something sweeter.." 
he-he. 

i'm calling you

25 disember 2009, si silver phone itu jatuh sakit. masuk air. 

mulanya ia hidup lagi,tapi setelah beberapa ketika skrin tak dapat lihat.  

hati cuak. minggu lpas ayahanda baru saja beli battery baru since si silver itu bual hal.

beritahu atau tidak, si silver sakit. lalu, ambil keputusan diamkan sahaja.takut-takut ayahanda marah.

awal tahun kemudian, 1 januari 2010. ayahanda belikan telefon baru kepada ieba-chan dan ahmad ibrahim. phone baru dengan nombor pasangan pulak tu. jeles. terkedu. 

kemudian, barulah pecah rahsia tentang si silver itu.reaksi ayahanda luarbiasa, kenapa tak bagitau phone rosak.

errr..tak tergamak mahu bagitahu.kerana ia adalah amat memalukan.

lalu,setelah dikenal pasti, ayahanda bagi duit suruh baiki skrin.

ok.si silver dah hidup balik. tapi awal-awal dulu macam tak sanggup nak guna biarpun sudah dicuci dengan sunlight tapi my dirty little secret tetap dalam ingatan.

melihat, ayahanda masih dengan setia dengan si biru-gelapnya. hati berbisik, gunalah sementara boleh guna.harta dunia bukan bawa ke syurga.

si silver sudah pulang dan bersedia untuk meneruskan khidmat untuk beberapa tempoh lagi.

tapi,terkilannya semua mesej dalam phone tu hilang. bersama 6 mesej yg tidak baca. wu-wu. 



 

si silver, saya akan jaga kamu.