Sunday, April 16, 2023

Ramadan Ride

 kalau bercerita pasal emosi, aku decide untuk makan ubat yang bila perlu. setakat aku makan ni, emosi makin baik. aku dah hilang rasa. rasa kasih. rasa sayang. rasa rindu. hilang. beku. kosong. 

ada WA yang aku terima tapi aku tak mampu nak buka dan baca. ada lagi WA lain, aku hanya mampu bluetick. aku hanya baca. bluetick. tak reply. rasa itu benar-benar hilang. kalau datang rasa sedih dan kecewa and rasa unimportant, aku hanya layankan saja. ada aku menangis. ada masa aku hanya biarkan that thought mingling in my mind. 

itu bukan tempat kembali. rumah. atau rumahku syurgaku. not home sweet home. aku hanya boleh kata pada diri aku, sabar. sebab aku sendiri masih tiada jawapan untuk semua. yang aku tahu aku hanya perlu sabar. walau datang rasa sedih. kecewa. hiba. tetap begitu. 

ia tetap sama. rasa itu. air mata itu. sampai aku penat. penat kenapa aku perlu fikirkan perasaan orang lain. perasaan aku tak ada yang cuba faham. sebab itu aku diam. diam lebih baik. daripada aku ucap kata-kata yang mungkin akan menyakitkan hati orang lain. aku tak nak tambahkan rasa sedih pada orang lain. cukup aku saja rasa semua tu. 

kalau apa yang aku rasa ini adalah benda kecil. jadi, tiada guna untuk betulkan keadaan. tetapnya sama. bukan aku tak usaha. aku cuba rendah ego. dengar nasihat orang. tapi akhirnya aku juga yang kecewa. sedih. melebihkan rasa orang lain dari diri aku. 

seolah-olah aku tidak punya opinion. dan aku juga yang salah. cakap sindir-sindir. cakap berlapik. dan berlapis-lapis. end up, aku yang salah. apa saja aku cakap pasti akan sakitkan hati orang. dan end up, aku lah yang terluka sebab dah terlepas cakap. dah buat orang terasa dengan aku. 

orang yang aku harap WA aku sikit pun tak ada usaha nak hantar sedikit pesanan. seolah-olah bukan salah dia. dan perkara ini hanya antara aku dan yang lain. dan aku sakit pun bukan ada yang beri perhatian. makanan aku suka pun tak da yang peduli. my small things pun orang tak ingat. seolah-olah aku bukan sakit. aku hanya buat perangai. perangai macam budak kecik. tak padan dengan umur 35 tahun. 

aku lari pun bukan ada yang cari. ugutan untuk report polis. siapa yang tak kecewa. tiga di Australia pun mana ada yang bertanya khabar aku. naik ambulans. pergi kecemasan tiada yang tahu. sakit sendiri. macam cari pasal kan. entah la. kerana pengalaman itu, aku tahu dimana letak diri aku. 

ok, setakat itu sahaja pasal emosi ni. 

yang aku nak cerita lagi, pasal kawan-kawan sekerja. gaya macam diorang tak ajak aku. tak nak kawan sgt dengan aku. aku ada rasa terkilan sedikit. tapi bila fikir balik, aku tak perlu nk make effort sgt. bkn gaya aku sebab pengalaman aku, kitorg semua boleh sembang dan cakap apa-apa sahaja. tak ada masa nk gossip orang sgt. cerita pasal masing-masing. 

dan ada beberapa malam, aku pergi masjid balik naik grab. aku realized, this is what i want. tak mengapa sendiri. dan aku perlu enjoy the ride. bukan tak biasa sendiri. dari zaman taylor lagi, orang akan tinggalkan aku. akhirnya aku sendiri. tak ada kawan rapat. duk Aussie pun sendiri juga. tapi diorg meraikan aku. aku rindu mereka. 

so, aku banyak kena pujuk diri. kena banyak bersyukur. dan merasa cukup dengan apa yang ada. masih ada lagi ujian dan cabaran akan datang untuk aku hadapi. semoga aku kuat. dan inshaALLAH, ada yang lebih baik nanti. 

Wednesday, April 05, 2023

Lost and Confuse April

 ingatkan nak update lagi satu entry dalam Mac. tapi asyik lupa dan tak boleh fokus untuk kerja-keja lain. end up layan gilmore girls season 4 dan sekarang dah habis season 5. so, raya nanti boleh habiskan season 6. ada lagi satu season 7. kiranya ada dua season. 

raya nanti cuti 3 hari. boleh cover 1 season je. 

14hari ramadan. and half puasa. and the rest, faham2 je la.

for first 10th early ramadan ni, banyak mencari. masjid yang selesa untuk tadarus. untuk iktikaf. dan cari masa ke shopping mall. so, ada satu shopping mall aku covered. Lalaport. yang best dekat Lalaport ni, aku boleh lepak dekat bookexcess. sebab ada tempat untuk aku lepak. ada meja dan ruang study. menarik. second bookexcess aku jumpa dekat Mytown. different branch different id. kalau budak generasi baru pergi, bookexcess ni tempat ootd la. 

jalan TAR pun dah cover. sedang menyusun jadual shopping. bukan shopping. barang-barang yang aku nak beli. masih lagi tak puas nak borong tudung. selagi aku tak dapat tudung satin tu selagi tu aku tak puas. aku ada beli tudung chiffon tapi macam tak boleh. nak juga tudung satin ni. last untuk aku borong. lepas ni kena saving untuk beli yang mahal la. mahal aku pun kena bawah rm100. tapi sekarang ni yang paling murah RM35. mahal dah tu aku rasa. hu-hu. memang stress cari tudung yang aku berkenan ni. corak sekarang banyak tak menarik. bunga besar la. abstract pun pattern geometri. kalau aku bekenan pun material tak best. aku color aku expect tak sama. huhu.

lagi, emosi aku memang kacau sejak dua minggu lepas. Last weekend aku end up stay at home. tak keluar. sebab emosi kacau gila. dengan housemate lagi. yang tak faham rutin aku. yang aku endup jadi antistalking sebab aku tak nak bertembung dengan housemate aku. aku observe rutin orang. life diorang aku tak boleh nak control jadi kena faham je la rutin diorg. dan aku malas nak fikir banyak. 

Last March, aku ada temujanji dengan terapi. dan aku jadi emosi. ulang semua kisah tu. ulang semua memori tu. aku tak nak fikir banyak. either silent and dont respond pada orang yang sepatutnya. biarlah. dari aku sakitkan hati orang. dan aku lagi jadi sakit. sakit yang ada sekarang ni pun aku tak tahu macam mana handle. aku tak nak tambah sakit untuk diri aku. 

biarlah mereka nak fikir apa. setakat itu sahaja. aku tak boleh nak jadi seperti dulu. kembali like previous. people don't appreciate me. i'm not important to anyone. anybody. i just important to myself. 

aku rasa setakat itu dulu, pasal emosi ni. takut nanti aku overthinking pula. banyak dah aku overthinking. 

aku tulis sambil chillout sekejap. nak layan internet. hoi, youtube mana boleh tengok. geram!