Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Saturday, March 19, 2022

SPA 41

 terlupa nak kongsi cerita pengalaman temuduga SPA pada 9hb Mac 2022. 

Hari ke-10 kena covid. kena la tulis macam tu, sebab kalau buat test hari ke-7 tu positif maknanya kena kuarantin sampai hari temuduga la. alhamdulilah, hari ke-7 negatif. boleh la proceed urusan untuk temuduga. 

kena muat turun segala sijil dalam myresume, dan bawa sijil ikut susunan. Dan, sebab jawatan aku arkitek, jadi kena la juga bawa portfolio. Sebab aku buat saiz A3, adalah dekat 40muka surat, jadi banyak la cost printing. Kerugian hampir RM100 untuk print warna. 

preparation temuduga lain, aku adalah juga belajar pasal background KKR tu. memang berdebar. 

pagi tu, aku punya sesi pukul 8 pagi. kira untuk sesi aku, dua orang. Sesi pukul 9, dua orang. aku agak je. sebab masa aku sampai, aku dan seorang budak laki. 

kemudian, lepas pukul 9 baru datang dua orang lelaki. aku tak pasti ada tak sesi pukul 10. 

tapi setakat aku tengok senarai macam tak ramai. kurang dari sepuluh orang je. mungkin 6 orang. entah. 

kira masa aku temuduga tu, aku seorang je la perempuan dan tiga lagi lelaki. 

masa sampai, kena daftar dulu. dan naik ke bilik temuduga. tunggu ikut nombor giliran. 

oh, sebelum tu, aku nak cerita juga, selain jawatan Arkitek ada  juga temuduga untuk jurutera J41. Untuk jurutera ramai sikit. adalah dalam 6 orang tak silap. dan ada juga sesi online yang kena positif dan tak dapat hadir. 

aku jealous la jugak, sebab untuk sesi aku ni, Jurutera ni semua dari J29, kira nak naik pangkat atau naik gred la. seronok diorang sembang pung pang sampai tak peduli sekeliling. sebelum diorang naik, aku sempat la dengar soalan2 temuduga bagi pihak jurutera ni. aku rasa, ok boleh jawab. 

bila budak laki yang interview dulu dari aku pun, aku sempat juga la dengar soalan dia. dan lepas tu aku terus dapat anxiety. lama juga la. aku tak boleh nak fokus dah. 

budak laki tu, lama gila sesi dia. adalah hampir satu jam. aku macam, weh lamanya mesti dia dapat ni. cuma silap sikit dia tak bawa portfolio. aku agak mungkin dia baru habis belajar. agak je la sebab nampak segak je. sijil dia bawa tebal weh. adalah tiga kali ganda aku. memang cemerlang la. 

sijil aku nipis je. hu-hu. 

then, bila turn aku. aku masuk. bagi fail sijil dan portfolio. dan duduk. sedia untuk temuduga. 

tapi......

soalan pertama aku dapat, ok jual diri you. apa....? aku macam blank, macam mana nak jual diri. aku mula la goreng segala. 

penemuduga potong aku, cuba awak bagi value yang ada pada diri awak....dan aku terus blank. cuba cari perkataan yang sesuai. dia tak nak dengar aku goreng. dia nak aku jawab satu atau dua patah perkataan sahaja. macam am good in communication skill. am a good team player. gitu je. 

kemudian soalan yang aku tak dapat jawab juga. 

cuba bagitau visi dan misi. weh,,aku baca tapi aku tak hafal. aku duk hafal fungsi dan strategi dan rancangan sesi 2022- 2025 untuk kementerian tu. 

aku rasa nak jerit je. dia tak da tanya pasal job scope aku. tak de tanya pasal projek ke apa. 

maka berhu-hu la aku. 

soalan lain lagi, apa maksud quality? huh?

penemuduga tu cakap la - quality tu fit to purpose. kiranya aku ni tak fit la. tak da quality yang dia nak la kot. 

failed. dan failed. 

soalan terakhir, kalau dapat sabah sarawak atau johor, awak nak ke? 

aku jawab la nak, memang aku tengah nak lari sekarang ni. 

itu je la soalan yang aku ingat. ada lagi benda lain lagi yg tak penting sangat dia. 

yang temuduga aku dua orang, seorang pengerusi dan seorang ahli. nama, aku tak ingat. aku tak tengok pun nametag tu. 

dan sesi temuduga aku tu 30 minit je. memang rasa tak ada harapan la. 

ada yang cakap, benda basic mcm tu pun tak boleh jawab. hu-hu. mana la aku tahu. si penemuduga pun macam tak percaya aku tak ada kawan kerja di kementerian. tak ada. memang tak ada. aku belajar taylor. aku kawan dengan cina je. mana ada kawan melayu. bila dah kerja ni baru kawan dengan melayu. pandai-pandai dia je cakap aku tak ada kawan. 

dan siap cakap lagi kalau nak kenal orang kena tahu background dia. aku patut jawab je, saya tak setuju sebab saya selalu kena friendzone. kita risik2 pun nanti kena reject. seharian la aku duk kecewa dengan soalann visi dan misi tu. 

lepas tu, bila masuk kerja, ada la yang pujuk. sebab dah ada banyak pengalaman dengan temuduga tu. kira ada rezeki ada lah. aku tak tahu nak berharap ke tak. memang kecewa lagi ni. ready nak cari kerja tempat lain dah lepas raya ni.

pengalaman pahit la dengan interveiw SPA ni. aku interview di private firm ni sempoi je. memang sembang macam kedai kopi je. tak da nak tanya soalan skema macam tu. 

Saturday, February 26, 2022

dua bulan 2022

 bak kata officemate, walaupun bulan dua ni sekejap tapi setiap hari tu terasa lama. bila tengok tarikh, baru belas-belas. baru puluh-puluh. nak tunggu gaji tu, alahaiii...lama.

untuk dua bulan ni, tiada apa yang menarik sangat. sedang melayan jiwa dan merancang perasaan. jiwa sekejap hidup sekejap terasa mati. bukan senang nak bangkit. bukan senang nak kata it's okay. i'm going well. I can take care of myself. I have to live on my own. I only have myself. I have enough happy life. I need to stop dreaming. 

dan untuk perancangan kerja, minggu lepas aku kira-kira. lepas raya nk resign. aku tengok tarikh. raya awal bulan mei. jadi, bulan april dalam bulan ramadhan tu aku dah patut job hunting dah. dan untuk march ni aku patut dah prepare portfolio dengan resume. 

dan sama-sama officemate pun, masing-masing mula mengejar cita-cita masing selepas raya juga. kerja sekarang memang la sangat selesa. tapi untuk perkembangan kerjaya tidaklah membantu. Kalau nak dapat Ar. aku kena cari peluang di tempat lain. walaupun aku ada sedikit tak yakin. 

oleh sebab jiwa aku lemas, aku patut merangkak balik untuk kembali ke jalan atau perancangan hidup yang aku sebenar yang mana aku dah susun disember hari tu. 

tapi kerana disaster disember, aku jatuh dan mati. untuk hidup kembali tu, aku kena hapus segala benda yang menghalang untuk aku hidup. kemas balik kotak-kotak lama. buang diari. buang baju. buang segala yang mematikan jiwa aku. hanya beberapa cebisan sahaja aku simpan sebagai bukti. tiada sisa -sisa kenangan untuk aku simpan. aku dan susun kotak aku, yang aku akan bawa bila aku dah dapat tawaran kerja nanti. 

 diari 2009, aku tangguh dulu sebab aku tak habis baca lagi. sibuk nak susun hidup dan hala tuju. 

untuk dua minggu akan datang ni, sangat penting aku. semoga baik- baik saja. semoga aku dipermudahkan urusan.

Saturday, November 13, 2021

emosi itu

 aku sebenarnya malas nak tulis tapi sebab benda bermain-main dalam minda aku buat aku jadi penat. aku perlu tulis untuk let go. nak tulis sendiri pun aku masih ragu-ragu. perlu atau tidak. 

tapi sensitif aku masih tak mahu lupakan walaupun dah lama. aku ingat lepas dua tiga hari ok la. 

tapi tak. aku cari sebab. kerana aku skip ubat. aku jadi tak boleh lupa. aku skip ubat. aku jadi letih. aku skip ubat emosi aku jadi lebih terasa. 

silap aku tapi aku tak ucap maaf. silap aku sebab aku lupa nak tulis maaf. sebab aku semua jadi kacau bilau. maka, apa yang jadi sekeliling aku, aku jadi lebih perasa. hanya sekali aku skip ubat. bukan kehendak aku. aku salah perkiraan sebab aku skip ubat.

sebenarnya aku boleh tenang walaupun aku terskip ubat sehari. tapi sebab sekeliling yang aku tak boleh kawal, maka emosi tak mampu nak bertenang. 

sebenarnya aku tak suka berada dalam emosi ini. terlalu lama rasa. terlalu lama mendalam dengan rasa ini. aku tak tahu apa yang perlu aku perlu ganggu minda aku dari fikir semua ini. 

bukan aku nak jadi rasa begini. aku tak mampu nak kawal walaupun aku dah bertenang. aku perlu biarkan rasa ini untuk dua tiga hari lagi. sungguh emosi aku sekarang sangat-sangat rapuh. sensitif. 

aku tak berani nak tulis untuk perasaan sebenar sebab aku takut orang kecewa. orang terasa. entah, aku takut untuk lukakan hati orang lain lagi. aku memang tak pandai nak jaga perasaan orang. aku memang dan selalu lukakan hati orang. sebab tu aku tulis tentang rasa aku sahaja. aku yang sensitif. aku tak tahu sampai bila aku perlu bergantung pada ubat. sebab aku tak suka tunjuk aku marah. aku tak suka tunjuk bad side sebab aku rasa aku akan jadi monster. aku takut untuk lihat diri aku begitu. 

aku harap aku boleh lupa rasa ini esok hari. sebab aku tahu aku boleh lalui benda ini. cuma aku perlu masa. 

Monday, July 02, 2018

Suara dalam Otak

Movie ni tajuk sebenarnya adalah Brain on Fire.

Aku tak tengok dari awal. Tengok dalam sebuah saluran televisyen. Kebetulan sahaja sebenarnya. Sebab aku tengok tajuk terlebih dahulu kemudian baca sinopsis dia. Rupanya based on true story. Masa aku tengok tu Mary (bukan nama dalam movie, tulis supaya faham cerita ni - lagipun malas nak google balik pasal movie ni. tulis berdasarkan memori aku sahaja) dah mula sakit dan menunjukkan simptom yang pelik. Mula-mula ingat cerita horror. Sebab Mary cakap dia dengar suara bisikan. Horror sebab Mary boleh tahu apa yang emak tirinya rasa dalam hatinya.

Ayah dia dah aware sebab emak dia dah pesan awal. Mary ada masalah. oh, mak dan ayah Mary ni dah berpisah dan ayah dia dah kahwin lain. Mary kemudian jerit-jerit dekat ayah dia. Ayah tak jadi nak marah dia tak silap aku. ayah cuba tenangkan dia.

selepas simptom pelik ni, mak dan ayah bawa pergi ke hospital untuk periksa apa masalah Mary ni. Pada awalnya, doktor cakap Mary mungkin ada masalah psikologi. macam schizophrenia atau bipolar. Mak dan ayah dia tak percaya. maka, mulalah doktor buat beberapa ujian. Scan otak dia. Tapi doktor tak dapat nak diagnos sakit sebenar. Pada masa yang sama, Mary terus jatuh sakit. jatuh sakit as dia tak boleh berjalan dengan baik. Dia tak boleh nak bercakap dengan baik. macam orang sakit strok pun ada.

Mary ni ada boyfriend. Mary ni dah bekerja sebagai wartawan. Dia mula sakit ketika di pejabat. dia buat aksi pelik-pelik. Daripada situlah bermula pencarian penyakit sebenar dia. oh, pasal boyfriend dia ni yang bagus walaupun bukan halal relationship, boyfriend tetap dengan dia. tak tinggalkan dia dan support dia masa sakit. Mak ayah dia pun kenal boyfriend Mary ni.

Bagaimana penyakit sebenar Mary dapat dikenalpasti apabila salah seorang doktor ni pergi berjumpa dengan cikgu dia (lebih kurang la, sebab doktor ni mengajar yang berkaitan dengan otak jugak la) itupun setelah mak ayah Mary desak doktor dan percaya anak dia bukan gila dan tak nak hantar Mary ke hospital sakit jiwa.

Mak dan ayah punya nalura hati halus mulus ni memang tepat la kan. Bila cikgu ni datang tolong diagnos dia dapati ada sesuatu dekat otak Mary. part ni la aku mesmerize, sebab hampir sama dengan video aku tengok pasal budak laki ni diselamatkan oleh doktor ni sebab dia yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan otak budak lelaki tersebut. Dia amik risiko untuk bedah otak budak tu. ternyata doktor tersebut betul. kebetulan juga aku tengok video pasal penemuan organ baru dalam badan manusia. MashaALLAH SubhanALLAH. Waktu ni rasa ilmu dalam dunia sangat luas. Benarlah macam ayat last surah al-kahfi tu kan. Tulis 7 lautan belum tentu habis. Tu dunia perubatan.

Satu bahagian sahaja ilmu. Ilmu architecture ni lagi luas. bukan kau belajar pasal bangunan. kau akan belajar eksosistem alam. feeling. atmosphere space tu sendiri pun luar biasa. dua contoh aku bagi. pagi-pagi kau pergi sekolah ramai orang dalam kelas. bising. serabut. suara cikgu menjerit lawan suara dengan anak murid. tapi bila kau pergi sekolah tu pada waktu malam terus kau rasa seram. sunyi. sepi. gelap. terus otak kau diterjah dengan cerita hantu yang berkaitan. contoh dua pula, kau pergi masjid mesti kau akan tenang je kan. solat inshaALLAh lebih khusyu berbanding tempat lain. kalau ada setengah masjid tu rasa tak nak keluar sebab syok sangat.

Aku tak nak cerita ending movie ni tapi kalau nak tahu juga silalah google. nanti cakap aku spoiler pula. lagi pun ni cerita benar kau boleh tahu ending dia juga sebab Mary terbitkan buku pasal sakit dia ni.

walaupun aku tak suka benda berkaitan dengan perubatan ni tetapi ilmu dia tu aku tetap kagum. belajar architecture pun aku tak pernah habis rasa kagum dan teruja. sebab memang setiap kali aku cerita pasal A berulang kali setiap kali itu juga aku akan dapat ilmu baru. Ada saja reference projek yang berkaitan. Aku pun tengah cari semangat yang hilang. tak tahu lah sesat ke mana. hmmm...

Monday, June 25, 2018

Seperti Kelip-kelip

Ada suatu pagi selepas subuh, aku scroll youtube. Entah kenapa aku pergi klik video pasal Sewol Ferry. Sebelum ini aku biar je pasal berita ini. Tapi pagi itu, tanpa sedar aku pergi sambung tengok berita tu sampai separuh hari. bukan sebab BTS. BTS ni aku tak kenal pun. tapi aku belajar BTS ada buat lagu dedikasi untuk mereka ini. itu je la.

Berita ni pasal Sewol Ferry tenggelam di Korea Selatan pada pagi satu tarikh bulan April 2014. Kejadian ni berlaku selepas beberapa minggu misteri MH370. Ia tragedi sebab kesilapan manusia. Dari kes ini, aku belajar sisi buruk sistem negara Korea Selatan. Sebelum ini layan movie drama korea drama tu kau rasa dah banyak plot twist. Tapi realiti lagi dahsyat.

setengah hari belajar pasal Sewol ferry. Dari nak tahu macam mana boleh terbalik sehingga berapa yang maut. Kalau tengok dari berita dan sempat tengok mangsa rakam dari dalam feri tu memang rasa nyawa kau terbang sekali. Ada banyak punca atas kesilapan manusia yang tak kurang prihatin terhadap keselamatan - pengubahsuaian feri tak menepati keselamatan, kecuaian yang mengawal feri, comfort zone dan paling utama duit.

Kes ini besar di Korea Selatan sebab yang menyayat hati dari lebih 400 penumpang tu hanya 100 lebih sahaja selamat. Kebanyakan penumpang adalah dari sebuah sekolah menaiki yang buat lawatan menaiki feri. 300 lebih lagi maut bersama feri tenggelam. Pelajar yang mengikuti lawatan tu pula adalah lingkungan 13-18 tahun tak silap aku. Sekolah tu juga terkesan sampai dari enam atau empat kelas tinggal dua kelas sahaja. Bayangkan dalam satu kelas hanya satu atau dua orang sahaja berjaya selamat diri. Bila pegi sekolah kosong. boleh trauma.

kalau nak cerita banyak. Mula-mula feri hanya terbalik sedikit. tapi dalam tempoh dua jam ia tenggelam sepenuhnya. kalau tengok video nya, sepatutnya semua penumpang boleh diselamatkan tapi disebabkan arahan kecemasan di speaker suruh mereka jangan bergerak. maka penumpang yang kebanyakannya pelajar sekolah menengah mendengar kata mereka hanya menunggu arahan tanpa sedar kapten dah larikan diri. sedih tengok video mereka tunggu diselamatkan tetapi tak ada.

lagi sedih sebab feri tenggelam bersama-sama dengan penumpang. tak nampak langsung mayat terapung. kalau ikut sangkaan aku mereka terperangkap dalam feri. kalau tak faham boleh la youtube lepas ni.

itu semasa kejadian. selepas kejadian pula, berita hanya bagitau mangsa-mangsa yang maut di temui berperingkat. tapi lepas 4 tahun walau feri tu dah dibawa ke darat,  5 lagi mangsa tidak ditemui dan ahli keluarga berputus asa untuk teruskan pencarian.

kes ini mencetuskan kemarahan rakyat Korea Selatan kerana kerajaan tidak ambil serius tentang kejadian ini. Kerajaan juga melambatkan proses pencarian mangsa yang maut. Daripada kes ini juga timbul pasal rasuah dikalangan menteri. Kes ini juga menyumbang kepada pilihan raya Korea Selatan tahun lepas. Detail pasal politik tu kene studi balik. tapi aku perasan artis-artis mereka ada beri sokongan dan bersungguh tunjuk mereka pergi mengundi. Artis malaysi? bai!

itu kisah Sewol feri yang boleh aku cerita. Pasal MH370 pula, awal - awal dulu aku belajar tentang kuasa Allah - kun fayakun. Sebab misteri sangat sampai canggih teknologi pun kalau Allah kata hilang. Maka hilang lah ia. kau juga belajar manusia ini ada kapasiti dan kuasa kita terhad. Cuma sekarang aku baru boleh relate perasaan ahli keluarga yang menanti dan berharap. Bila ada spekulasi kata cubaan juruterbang bunuh diri tu aku tak tahu nak percaya atau tak. banyak dah duit habis. aku bersikap natural tentang kes ini.  Biarlah ia menjadi misteri buat masa sekarang.

tajuk yang aku cuba sampai adalah aku bayangkan nyawa-nyawa mereka berterbangan seperti kelip-kelip. Bercahaya dan terbang ke langit ke tujuh.

Monday, June 18, 2018

Berani dan Cantik

tak kisah tengok drama atau baca novel or buku yang buat hati kau tertinggal di sana sekali.

kenapa hati tertinggal disana kerana ia berjaya mencuri hati ku untuk kekal bersama cerita itu.

banyak kali dah terjadi. aku perlu seseuatu atau kisah baru untuk aku keluar dari dunia itu.

selalunya dalam masa sehari aku beri masa pada diri sendiri tetapi kali ini aku tak tahu sampai bila.

adakah aku terlalu serius atau sebab aku bukan sahaja melihat cerita itu tetapi aku melihat seseorang dalam setiap pemain watak itu. bukan seorang tetapi lebih.

cerita sang berani dan perawan cantik.

aku berharap bila suatu hari nanti aku baca kembali entri ini aku akan tersenyum gembira dan rasa lucu. itu bermakna aku sudah move on dan cebisan kenangan aku tinggalkan bersama cerita sang berani dan perawan cantik.


Sunday, June 17, 2018

Teori Abang Stephen

Kali ini aku nak review movie Theory of Everything. Bukan movie kedua aku tengok lepas Snowden. Movie ni aku tengok masa hujung tahun lepas. Bulan 12 hari tu. Masa tengah duduk dalam ladang line internet hidup segan mati tak mahu. Lepas kerja 12 jam setiap hari mesti akan layan movie sebagai release stress dan sambil dinner.

Yang menarik movie sebab masa tengah tengok movie ni ada pula budak dua orang gaduh pasal kecurangan si suami isteri. Ada yang kata si suami salah. Ada yang kata si isteri ni teruk. Masa tu giliran aku pilih movie tanpa tahu sinopsis. Lepas tu adalah yang bagitau movie ni pasal Stephen Hawking. Waktu tu juga kami duk buat hipotesis dia masih hidup atau tidak. Aku dengan yakin dia masih hidup. Ya, waktu hujung tahun 2017 dia masih hidup. Tiga bulan kemudian dalam tahun 2018 dia meninggal dunia.

Menarik cerita ni sebab dia cerita pasal lovelife dia dan bagaimana dia jatuh sakit. Kalau tengok gambar dia masa muda, memang dia kacak. Yang pegang watak dia pun sangat-sangat sama dengan dia (Hero dalam fantastic Beast). Kacak dan Genius. kalau bahasa inggeris Beauty with Brain. Kalau tengok rupa dia yang sakit beza dia sangat ketara. Kau rasa tak percaya orang kacak dan genius dulunya elok rupanya.

Jadi bila aku tengok movie ni, ada dua benda aku nak tahu. Siapa yang curang dan nak tahu siapakah lelaki bernama Stephen Hawking ni. gigih tengok sebab tak ada subtitle dan audio pula slow. kau tahu je la movie orang putih cakap punya slow tapi bila benda meletup sound effect boleh cabut jantung. Ada yang rosakkan tv ni. movie dia agak panjang. Dua jam. jadi jenuh kau pasang telinga. dan aku tak tengok full concerntration sebab masak untuk dinner.

Aku boleh cakap bahawa isteri tidak curang (berdasarkan movie la) dan Stephen Hawking yang lepaskan isteri dia. Bayangkan isteri dia jaga dia dari awal sakit sampai dah tak boleh jalan dan bercakap. siapa yang tak stres. nak jaga anak yang masih kecil lagi. Dia sayang isteri dia sebab tu dia lepaskan isteri dia. Kemudian Stephen Hawking couple dengan penjaga dia. Isteri dia couple dengan orang lain. setakat movie ditayangkan. Kalau google balik, mungkin ada perubahan.

movie tak terangkan detail pasal theory dia. Cuma cerita ringkas macam mana dia boleh dapat idea tentang teori dia pasal Big Bang Theory dan Black Hole. Bagaimana dia gigih tulis buku tajuk A Brief History of Time. jadi tak adalah rasa bosan tengok movie ni. Memang impressed dengan kemampuan dia yang terhad dia boleh jadi orang yang hebat. Dia cakap pun sempoi. Bukan serius sepanjang masa.

Satu lagi yang aku kagum dalam movie ni la, dia sedikit pun tak stress sebab penyakit dia. Awal-awal dia dapat tahu dia sakit je dia sedih. Dia tak nak jumpa girlfriend (kemudian jadi isteri) dia. Tapi girlfirend dia yang yakin dia. Dia tak jadikan penyakit dia menghalang kejayaan dia. Bahkan dia ambil peluang untuk jadi lebih baik. Kawan dia pun awesome. Masih setia dengan dia walaupun dia sakit.

Kalau sebelum ni aku tahu Stephen Hawking memang genius tapi aku tak ambil tahu pun. Bila tengok movie ni, kau akan cari orang-orang yang hebat macam untuk bagi inspirasi. Walaupun kau tak ada sumbangan untuk negara atau ummah, at least kau tahu kau penting untuk diri kau sendiri. Belajar untuk cintakan ilmu dan semangat tambah ilmu pengetahuan.

Sebab tu aku tak nak sambung Phd lagi. Jangan sebab tak ada kerja sambung belajar. memang sambung belajar tu isi masa tapi kena ikhlas nak cari. orang muda (Malaysia la setakat aku jumpa) tak ada life. Asyik ngadap journal dan research tapi tak sosial dengan orang.

Friday, June 01, 2018

Privasi dan anti sosial

tak tahu bila mula berminat dengan genre based on true story. Movie Snowden bukan movie pertama yang aku tengok. tau pasal movie ni dari facebook. Aku bukan boleh tengok movie thriller and horror. Pernah je tengok Conjuring 1 dan 2 bukan waktu malam tapi lepas subuh. Tu pun sebab orang asyik duk bandingkan antara 1 dan 2 mana lagi takut. Aku rasa Conjuring 2 lagi menakutkan sebab aku tengok Conjuring 2 dulu baru Conjuring 1. Orang kata Conjuring ni based on true story juga. Mesmerized juga pasangan dalam cerita ni adalah watak real yang menyiasat pasal hantu ni sejak dari zaman 70-an lagi. Boleh la tengok sisi orang bukan Islam menghalau hantu tu ye.

Aku tak payah tengok cerita hantu ni sebab aku pun kena. Sakit Insomnia sebelum masa belajar dulu adalah sebab aku mimpi hantu la. Bukan malam je. tapi siang pun mimpi juga. kau rasa. Pula tu rasa penat kene kejar. Sampai ada satu mimpi kau selamat dalam rumah atau keluar tetap akan diburu sampai mati. Masa duduk asrama zaman form 6 pun aku boleh nampak cuma tak cerita public je.  Jadi tak payah nak ajak aku tengok cerita hantu. Insidous tu sampai ke sudah aku takkan tengok. Munafik pun. Jangan nak memandai suruh aku tengok cerita hantu. Cukup lah aku alami depan mata.

Berbalik pada movie Snowden. Movie ni pasal lelaki nama Snowden jadi jurutera perisik negara Amerika. Aku cerita dengan memori sahaja. Malas nak google. kalau google baik kau tak payah review aku. Aku berminat tengok cerita sebab lelaki ni jurutera. Kalau nak cari jodoh, banyak kali aku sebut pada kawan dengan famili nak lelaki kerja jurutera (Sila amiinkan). Jurutera ni luas. tak kisah bidang pembinaan atau Artificial Intelligent. Aku suka lelaki jurutera sebab aku suka cara pemikirannya yang lebih kurang sama dengan orang belajar architecture. Cuma architecture ni lebih kepada kesenian dan falsafah. tapi dua-dua ni ada persamaan ada critical thinking. Walau orang yang kerja bidang jurutera ni skema (setakat aku jumpa la) skema dia tak sama dengan doktor. Aku pun ada cakap aku tak nak laki kerja doktor. Adalah beberapa faktor peribadi yang aku tak nak bagitau di sini.

lagipun orang sebenar dengan dalam movie hampir sama. Yang real lagi kacak walaupun sudah berpunya. Aku kagum dengan dia sebab dia cuba pertahankan hak privasi rakyat yang cuba digodam oleh agensi perisikan. Sampai aku pun jadi trauma juga la. Tutup kamera laptop dan phone. Mic phone je tak dapat nak tutup. Aku pun jadi kurang nak share sangat dalam sosial media. Nasib la Facebook je yang aku aktiff. Instagram dengan Twitter tak ada. Ada la sebab kukuh untuk aku tak ada akaun lain selain facebook. Jadi terhad la maklumat peribadi aku nak digodam. Pernah google nama sendiri tapi tak banyak aku jumpa. aku jadi trauma juga la lepas kejadian sebut nama aku semua orang tahu. wei, kau tak yah pakai internet pun orang tahu. seriau (se-ghi-yau) rasa.

Si Snowden pun hadkan privasi dia lepas dia tahu apa agensi perisikan negara buat. Kalau tengok dalam movie, office dia siap letak microphone tengah-tengah office. Mic yang kau nyanyi karaoke, Nak masuk office tu ada pintu scan macam dekat airport tu. Memang strict la. Kau kena jaga -jaga dalam bercakap sampai pakai bahasa kod bila komunikasi. Dia ni salah seorang yang develop software untuk godam atau collect data ( lebih kurang la) rakyat biasa. Semua benda ada dalam tangan agensi ni. Sampai dia boleh buat kau orang biasa jadi penjenayah. Menakutkan.

Sampai satu masa aku rasa tak nak pakai alat canggih. Sebab dia banyak kebinasaan dari kebaikan. kalau tengok cerita ni. Sebab tu aku pakai telefon pintar yang murah je. murah dari segi ekonomi. murah juga tapi teknologi dia tak adalah canggih seperti iphone. Pakai sebab keperluan. tapi suatu masa aku akan pakai telefon mahal juga. bila sebab kukuh tu dah ada. ha-ha. tapi sebelum pakai kene la belajar banyak lagi pasal ilmu teknologi ni.

movie ni mencabar kau untuk jadi rakyat patriotik atau rakyat yang menurut perintah. kau pilih. macam pilihan raya umum 14 Malaysia lepas la. Mana lebih penting selamatkan negara atau pertahankan pemimpin yang beragama Islam tetapi kurang Islam dalam akhlak. Kau jangan nak argue pasal ni. sebab dah lepas. aku tulis sebagai contoh sahaja.

itu je la aku nak komen setakat ni pasal movie ni. Lagipun molek juga ada movie macam ni. Sebab kau sedar benda ni adalah perkara benar. fakta. berlaku. Dan boleh google pasal lelaki bernama Snowden. Movie yang sama aku boleh relate adalah tajuk Circle tak silap lakonan Hermione atau Emma Watson. Walau bukan true story tapi akan buka minda kau la pasal kemajuan teknologi maklumat ni.

Penutup dari aku, aku tak kata aku nak cerita seluruh movie ni. aku tulis apa aku ingat dan aku nak komen.

P/s : aku tengok balik entri aku pertama yang ada blog ni adalah 2009. Ini adalah tahun ke-10 walaupun aku mula blog tahun 2005 lepas spm. gila kental aku bertahan. MashaALLAH.

Friday, December 15, 2017

Mencari Paras Normal

Ini adalah yang terakhir untuk 2017.

aku mencari kehidupan yang aku sendiri definisikan bahagia. Selesai sahaja exhibition master tahun lepas, tutor ajak kumpulan aku ke tempat dia mencari ilham. ada perbincangan tentang masa hadapan. apa perancangan. ketika itu, aku tidak mahu berkecimpung lagi dalam bidang seni bina buat sementara. aku ingin mencari dan mencuba sesuatu yang luar dari seni bina. aku sebenarnya ingin cuba melukis. sketch. atau travel bebas. atau belajar memasak makanan dari negara lain. sesuatu yang aku definisikan seni dari sisi lain.

tutor aku setuju untuk aku buat begitu dan kemudian kembali ke bidang ini. bahasa inggerisnya explore. ternyata ia berlaku diluar kawalan aku. setahun yang kosong. aku hanya bekerja menjaga kanak-kanak bawah 5 tahun dan mencuci dan membersih rumah peribadi. tetapi masih target aku masih belum capai.

setahun ini juga aku memerhati dan berfikir. kadang-kadang terasa adakah aku tidak normal. saat-saat mereka yang sudah punya kehidupan stabil. Yang bujang sebelum ini kini berteman. yang berdua kini bertambah satu. yang punya kereta tambah aset rumah pula. yang punya kewangan kukuh berjalan ke serata alam. Aku. aku hanya ingin hidup dengan keluarga aku. mencari kebarangkalian untuk berkerja dalam bidang aku di tanah kelahiran. kalau newcastle boleh, apakah kota bharu tidak boleh. Aku masih kurang ilmu tentang ini. aku masih mencari formula.

aku tidak ingin punya rumah. cukuplah sekadar rumah kecil. aku masih mencari rasional, zaman sahabat itu harta itu diinfakkan seluruhnya tanpa ada simpanan untuk diri sendiri. aku masih mencari praktikal dan formula. pasti ada tapi bagaimana.

aku juga masih mencari isu apakah yang ingin aku tangani. aku mahu jadi environmentalist. mahu dunia bersih. aku juga mempersoalkan diri aku, kalau mahu jadi arkitek. kenapa perlu design parking. kenapa perlu naik kereta. sedangkan aku sedang membinasakan dunia. case studynya ada kalau banyak mencari. ilmu ini luas. tetapi hakikat dunia berputar berbeza. yang menyebabkan aku rasa aku hidup tidak normal. tidak normal bagi aku.

aku terima teknologi moden tapi menolak pada masa hadapan kerana pada saat ini ia banyak keburukan dari kebaikan.

apabila aku berada dikelompok mereka yang ingin bekerja di luar negara, aku cuba menjadi seperti mereka. tanpa aku sedar sebenarnya ia adalah satu cabang. benarlah kata lecturer aku yang aku masih kurang pengalaman.

sehingga sekarang aku masih belum tahu apa yang aku inginkan. Apakah normal untuk aku.

Wednesday, December 13, 2017

Review 2017

masa berlalu dengan pantas. Benarlah, seperti orang ramai macam rasa semalam je exhibition. Bila tengok event exhibition junior, sudah setahun aku habis belajar. Penat dengan projek tu masih belum hilang. kalau orang tanya tak nak sambung Phd? terima kasih. tak sanggup lagi. lagi pun, aku tengok pelajar Phd yang belum kahwin macam tak da life. Macam kerja juga. hari-hari pergi uni, masuk office. reading, simulation dan menulis. Different stage untuk tempoh 4 tahun. aku tak mahu hidup yang tak bergaul dengan orang. balik rumah rehat. seolah-olah penat sungguh buat Phd. Dan, ayah pun belum dapat Phd lagi. Kalau nak hidup sebagai academician, boleh sambung Phd. Lagipun, untuk aku dapat title Ar. tak perlu Phd. kalau kita tahu untuk apa kita diciptakan, maka untuk buat Phd pun kene lebih jelas. Untuk apa sambung belajar. Will I continue study? inshaALLAH, I will but not so soon. if love to knowledge, then go for it. Dont just to achieved Phd to get the title.

Aku masih tercari-cari apa yang aku nak. Betul ke nak kerja dalam bidang seni bina ni? Bila jobless, kadang-kadang keliru. keliru dengan kehendak hati atau keperluan hidup. Kalau ikut hati, sanggup ikat perut. tahan nafsu. Hidup dengan terhad. Kalau keperlun hidup, sanggup terima apa sahaja. Fokus untuk capai impian. kadang-kadang jadi pak turut, rasa hati dipermainkan asalkan dibayar. Susah. kadang-kadang ada saja persoalan, kenapa kau perlu kerja 8 jam sehari? Siapa yang buat undang-undang wajib kerja 8 jam? Kenapa kau  kena pakar skill tertentu yang kau tak belajar di universiti? ada juga mazhab kata kau pergi terjah office untuk interview. ada juga mazhab kata kau tak boleh apply online sahaja. Kau kene call follow up. Kau jadi keliru adab, etika dalam memohon pekerjaan. Hakikatnya, pekerjaan itu rezeki. Rezeki itu akan datang dengan cara kau tak jangka. Walaupun, kau dah solat dhuha dan amalkan al-waqiah selepas maghrib tapi masih belum dapat kerja. Mungkin ada khilaf yang kau tak sengaja atau sengaja buat dalam perjalanan hidup dan kau perlu bayar dengan tunai. Yang penting kena seimbang hubungan antara Tuhan dan manusia. 

Manusia? Aku orang nya sangatlah sensitif. penuh observant. Tempoh ini juga aku belajar, untuk kawal dan uruskan perasaan, jiwa dan emosi. Bila kau rasa perasaan kau alami tak sama dengan orang kau cuba berkompromi. tetapi manusia itu macam ragam. sampai aku yang penat. penat fizikal pun ye. situasi aku untuk setahun ini sangat-sangat lah hopless. sampai satu tahap aku rasa setiap benda aku buat. aku cakap semua salah. everything goes wrong. sebab itu kau jadi keliru dengan perasaan sendiri. kau akan jadi fikir lebih. dalam. lebih rasional. kalau aku buat begini apa akan jadi. betul ke? boleh ke? sampai kau tak tahu adakah ini dibolehkan? yang mana normal dan tak normal. fikiran kau tak sama dengan apa yang kau lihat. orang cakap begini dengan kau tetapi reaksi berbeza. aku juga belajar bangsa kau pun tak sama level common sense dengan kau. atau aku terlalu berhalus dengan bahasa. entah. aku takut kalau orang kata aku ni kasar. tapi paling sedih, aku sangat lah cuba sedaya untuk membantu orang walaupun diri sendiri helpless tapi orang kadang-kadang tak appreciate aku.

Ada satu peristiwa, tempoh 3 tahun aku disini. Orang tak peduli tentang aku. Aku tak penting untuk sesiapa. seperti aku tak wujud. peristiwa itu aku dah move on lepas cakap dengan umi. At the end, aku berbalik kepada ayat bukan rezeki aku. Dan juga, bila seseorang stress tanpa sedar dia akan lempiaskan stressnya pada seseorang. selalunya aku lah yang jadi mangsa. atau aku perlukan pertolongan mereka pada masa yang salah. masa yang salah iaitu orang itu sedang stress. Reaksi aku mesti lah terkilan. makan hati. orang sensitif. nyanyi lagu biarkan aku menjaga perasaan iniiii...

habis dengan manusia. walaupun banyak hal, aku lupa dan malas nak ingat semata nak tulis review. banyak lagi aku nak review. walalupun aku helpless, tanpa aku sedar aku semakin berani buat sesuatu dengan penuh rasa takut dan tak yakin. Contoh, teruskan hidup. lol. maksudnya aku tak tahu masa depan aku. tetapi aku terus berjalan dalam gelap. turut serta dalam sukarelawan untuk sebuah muzium. duduk serumah dengan lain bangsa. dapat perlindungan sementara tanpa bayar sewa. jual barang online dan ada orang beli. minta kerja walaupun kene reject banyak kali.

dan aku bersyukur sungguh untuk hidup yang jatuh gaung ni. kalau english to the rock bottom. apa - apa lah. bersyukur lah, boleh hidup dengan  20aud seminggu. gigih bayar sewa sampai kene kecam. exxagerated. kecam la sampai aku emosi. rezeki yang dapat aku boleh survive hidup. bayar segala keperluan hidup di sini. kadang-kadang ada minggu tak da kerja langsung. menangis. paling teragik bila bilik terkunci dan aku kena bayar 180aud pada locksmith untuk dia buka. terduduk aku. duit banyak tu boleh bayar sewa dan topup phone. tapi sebab berbalik kepada rezeki. ternyata segala duit yang kau perolehi tak semestinya hak mutlak.

kalau orang tanya, satu perkataan untuk terangakan hidup 2017 aku, helpless. gelap.tahun paling gelap yang kalau bukan orang rapat atau orang tak hadir dalam 2017 ni aku akan tutup buku. tidak akan diceritakan pada sesiapa yang bertanya. terima kasih pada hadir dalam hidup 2017 aku ni. sebabnya ada kenangan manis pada tahun yang pahit. rasa aku tak buat apa-apa untuk tahun 2017. I have nothing to achieve.

untuk 2018, selamat menempuh 3series. aku lebih menghargai hidup aku. buat benda yang aku nak. no need to rush to everything. aku hanya nak balik dan spend masa dengan keluarga. hu-hu. semoga aku dapat langsaikan hutang. Amiin. zero hutang. 

Friday, October 21, 2016

post-birthday

lepas bersenang sambut hari jadi . cek kalendar akademik. berbaki 5 minggu sebelum ke final presentation. masa usrah minta berkompromi dengan naqibah. masalah tidur datang kembali bila masalah pasal usrah. D&T datang. berat. jadi banyak fikir. ubat tidur doktor bagi nak habis. no repeat. dah beritahu doktor tidur saya makin ok. doktor gembira mendengarnya.

bila buka pekung dada. maknanya dah terlambat. aku diminta berkompromi. masalah usrah. aku jadi takut balik nak jumpa orang. kes melbourne aku dah maafkan. aku dah lembut hati. tapi ingatan itu tetap kekal.

aku berkompromi dengan naqibah. aku tak nak pegi katibah. naqibah aku suruh datang juga. aku minta datang ahad. naqibah aku suruh aku hadir penuh katibah. aku cakap aku datang sabtu. jumaat aku kelas. aku malas nak beratkan masalah aku lagi. naqibah akur.

sabtu aku dengan lambat aku bergerak. aku diuji lagi. train stop tengah perjalanan. di Gosford. ada bushfire. aku terkedu. patah balik atau teruskan. aku tunggu dua jam. Allah mudahkan. pukul 3, train bergerak ke sydney. sampai pukul 5.30. penat. satu hari perjalanan.

aku fikir hikmahnya Allah nak uji aku. ikhlas tak. aku minta Allah tunjukkan inikah jalan terbaik. teruskan ke Sydney. Allah arahkan aku ke sana. tetapi sebenarnya Allah nak aku siapkan diri dengan muka senyum. sembunyikan sedih aku. Allah pendekkan masa aku dengan mereka. Aku temu mereka dengan keadaan jadi aku tiada nak fikir masalah emosi aku. aku tenang.

ahadnya berprogram lagi. petangnya ada famili day. dan pulang. aku dihadiahkan oleh usrahmate sejambak bunga. dan hadiah mug. aku tak harap sangat. sebab aku akan datang aku akan sakitkan mereka lagi. sejambak bunga itu macam Allah makbulkan doa aku. nak beli bunga. memang sejak dua minggu ni, aku mula beli bunga letak di studio. bagi aku gembira. terapi.

jadi masuk minggu ini, maka tinggal 4 minggu untuk siapkan segala urusan belajar aku. dari finalized design. kene buat report. kene buat buku. print and publish buku. kene prepare presentation. skrip sekali. berserta model. banyakkan nak buat. Alhamdulillah, Allah mudahkan. dan hari-hari aku hanyalah studio dan rumah. sekarang ni aku dah siap tempat tidur distudio. aku dapat sofa. ha-ha. mungkin next entri aku patut masukkan semua gamba ni.

kerana tinggal 4 minggu. aku mula left usrah group. block mereka. contact mereka masuk reject list and spam msg. jadi sebarang komunikasi mudah alih aku telah sekat. aku tahu aku buat begini mereka akan risau. tapi aku pun tak tahu mana lebih baik diri sendiri terluka atau lukakan orang lain. yang penting aku nak natural. segala aku buat ni nnt aku tak nak salahkan sesiapa nnt. hanya aku dan Allah.

ahli usrah mula hubungi aku. mereka mula risau. tapi belum cukup. saat ini ujian taaruf sedang berlaku. aku bukan ada kawan nak lepak. kalau mereka tahu aku bagaimana, mereka akan kerja kuat. tiada guna aku bagi isyarat lagi yang aku sakit. aku masih belum penting untuk mereka. jadi aku perlu nyahkan mereka. aku perlu tidak mementingkan mereka lagi. aku tahu apa mereka buat kerana tindakan drastik aku. sekejap lagi senyaplah mereka. mereka ada hidup mereka yang perlu mereka fokuskan. aku bukan sesiapa. hanya sebulan aku perlu abaikan mereka. kerana aku perlukan ketenangan. aku tak mahu masalah tidur aku kerana mereka. aku tak mahu stress kerana mereka.

hayatilah kejadian ini dengan penuh hikmah dan mendalam. ALLAH sedang mengajarkan aku sesuatu yang aku juga belum tahu apa akan berlaku masa depan.

jalan masih panjang. semoga apa yang aku alami sebagai kerehatan dan memekatkan lagi aku dalam jalan D&T nnt. maafkan aku. aku perlu positif. sebab aku nak syurga juga.

Sunday, October 09, 2016

henna : inai di jari


ada 3 kisah tentang inai ni.

kisah bila aku bersama orang malaysia. kebanyakan orang malaysia bila tengok orang pakai inai akan ingat orang tu sudah bernikah. tetapi.... bukan aku.

satu hari..

lady A ; kenapa pakai inai?

soalnya sedang kami makan bersama dalam talam.

aku: STRESS.

lain yang satu dulang mengangguk.

Lady B: paham.

katanya paham. sebab cara orang hadapi stress itu berbeza. rasanya tukang tanya ini amik psychology. boleh la relate kan.

sejak datang ausie ni, inai macam terapi. nak kawen tiada yang sudi. jodoh pun tak sampai lagi. tunggu dekat syurga barangkali. lagi gelap warna inai di jari lagi aku suka. bagi satu keyakinan.

dan ada yang menambah...

Lady c: stress sebab tak ada cincin.

LOL!

ada setengah perempuan pakai q-tec thing. yang color pada kuku tu waktu mereka period. (pecah rahsia) tapi bagi aku leceh. nk lekat boleh. nak buang masalah. inai senang. sapu pada kuku. semalaman atau minimum dua jam. jadi warna. tak yah nak fikir nk cuci mcm mana. halal.


kisah dua, bila jumpa Abang Chris sesi tutorial. dia perasan aku warna jari aku. maka aku terangkan lah apakah inai ini. bahasa mudah henna la. orang india lukis atas tangan tu. tapi boleh juga pakai pada jari. aku ini muslim. apa-apa yang aku buat akan impresskan orang luar. mereka ingat orang muslim terutama perempuan ni biasa sahaja. bila aku warna kuku aku jadi mereka akan kagum juga la wanita Islam ni sama macam wanita lain. pakai tudung je yang beza.

kisah tiga, pergi famili day. aku terkedua semua orang arab. mak cik2 pula tu. mak cik2 la semua bawa anak. aku dengan teman aku je yang terang-terang budak uni. beberapa ketika, ada sorang mak cik tegur. bahasa arab yang pelik. pelik lah sebab tak boleh nak hadam.

sebenarnya dia tertarik dengan inai aku. nak tanya aku beli dekat mana. senang cerita aku cakap aku bawa dari malaysia. ada orang terjemahkan. mereka tak faham bahasa inggeris juga. masalah! aku beli dalam tube. sebenarnya ada orang bawa balik mekah. haji ke umrah tak ingat. jari aku ni boleh la 3 - 5 kali ulang pakai. pakai dekat jari je.

diorang tahu inai aku ni henna tapi mungkin pelik sebab aku pakai di jari barangkali. kalau dah perempuan, dia akan berminat dengan kecantikan.

dan bagi aku, inai ni bukan hukum wajib pakai ketika kawin. bukan rukun pun. tak da tak boleh buat majlis. jadi aku sedang melawan arus lah ni. lagi pun kecik-kecik dulu tak pernah dapat pakai inai. sedih la. dah besar ni boleh jaga diri. belajar la nak cantik.


Monday, August 08, 2016

perfectionist yang gugur

hari ni. tengah hari tadi. pergi beli groceries. tunggu bas. text kawan. naik bas simpan phone. sampai kedai. turun bas. lintas jalan. misi nak jimat kena keluarkan duit dulu supaya tak belanja lebih.

teeet...duit keluar. simpan dalam purse. cek poket. ringan. ada benda hilang. ya, si putih telefon tiada. eh. tadi rasanya dengar bunyi. hmmm. cek jalan masuk sampai bus stop. tiada kesan.

pergi ke kedai telekomunikasi. keliru. nak minta tolong siapa. encik customer service tak membantu. dia hanya activate card baru. terima. masih bingung. maksudnya tak boleh call dah la phone tu. apatah lagi data pun on.

kurangnya encik customer service ringankan sikit beban. teruskan beli barang. beli cepat-cepat. tiada semangat sudah. rindu pada yang jauh. betul-betul tak tahu macam mana nak buat. balik rumah. kemas barang datang uni.

cari kawan di studio. bagitahu masalah. dia tolong. tapi telefon tersadai la. contact operator bas. dia jumpa telefon dalam bas. tapi esok baru boleh amik. sempat lah nak kena marah dengan kawan. kata dia jangan panik kalau jadi macam ni. mata dah berair. nampak masalah social phobia tu. lagi-lagi rasa tak yakin orang akan tolong saya. huuuu...

ada teguran sebenarnya. fikir-fikirkan lah.

Thursday, August 04, 2016

HOW TO BE SINGLE

Raya dah habis. tapi soalan bila nak kahwin masih diulang-ulang.

masih sendiri? masih belum jumpa Mr. Right? boifrend Halal? the other half? belahan jiwa?... tak mengapa. senyum dan teruskan positif.

untuk orang patah hati macam saya pun boleh pakai. patah hati sebab simpan perasaan. dia mana nak pandang kita. apatah lagi wajah muda mana ada orang tanya bila nak kahwin. tapi umur makin meningkat. jadi untuk teruskan hidup. tak mengapa hidup sendirian.

movie how to be single tak boleh pakai langsung. tak da pun tips macam mana nak hidup single. jadi saya buat list as follows:

1. BE LIKE MARYAM. jadi hamba pada Tuhannya yang menuruti segala perintah. amar makruf nahi mungkar.


"Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat." (At-tahrim :12)
2. BE A GOOD DAUGHTER/SON. jadilah anak soleh yang boleh bawa ibu ayah kalian ke syurga. anak soleh/ah bawa ke syurga. 
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Luqman : 14)
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). " (Al-Isra :23)
3.IMPROVE/INCREASE YOUR KNOWLEDGE. spread your knowledge.  selain anak solehah, ilmu pengetahuan amalan yang boleh bawa kita ke syurga. belajar sebanyak. ilmu dunia dan akhirat. walaupun belajar benda sama masih juga akan ada ilmu baru. 

"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. "(Luqman:27)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". (Al-Kahf:109)

4. BE GRATEFUL. you only live once (YOLO). bersyukur apa saja kalian ada. hidup sendirian bukan satu pengakhiran. hiduplah secara bebas. hiduplah dengan memberi. hiduplah dengan gembira. 

“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” (Az-Zumar: 42)

5. DO CHARITY. banyakkan sedeqah. kalau sendiri ini kita akan kumpul harta. bukan salah. tapi banyakkan buat baik. waqafkan harta. ya, yang kedua amalan yang bawa kita ke syurga adalah harta. lagi banyak sedeqah. lagi bertambah rezeki. kaya harta kaya pahala. 

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al-Baqarah:261)

6. KEEP PRAYING. doalah apa sahaja. andai tiada jodoh. mohon la semoga diberi ketenangan hidup. semoga diberi kebahagiaan dunia dan akhirah. doalah apa sahaja. kita tak tahu bila dan bagaimana Allah makbulkan doa kita. teruskan positif.

“Berdoalah (mintalah) kepadaku, niscaya aku kabulkan untukmu”. (Al-Mukmin :60)

bawah ini lagu sesuai untuk kalian untuk hidup sendiri. single. 

Monday, August 01, 2016

unplanned trip 2

episode kali ini pasal ihya ramadhan. ini pun termasuk unplanned trip juga. sebab masa sibuk dengan sem rasa macam tak nak pergi. ye lah, Queensland kot. nak gi guano. kita ditaja mak ayah. kenalah berjimat. oh ya, total cost trip goldcost tu lebih kurang 350aud. mahal sebab sewa kereta. tak tahu lah apa masalahnya. mungkin insurans mahal. tapi kereta sedap bro. sampai gear 6. manual. cuma tak best lambat pickup. tahu ajalah jalan ausie ni banyak bukit juga. begitulah.

kisah ihya ramadhan ni. selepas survey dan usrahmate ajak event di facebook. jadi keputusannya masih 50-50. dengarnya si singapore akan exchange study ke norway inilah masa yang tinggal untuk diluangkan. banyak godaan faktor luar. Lagipun cuti. ramadhan. nak juga merasa puasa di tempat lain. sambil itu, dalam hati bersedih sebab ramai balik raya. jadi ini adalah sebagai pre-raya la.

well, ihya ramadhan bermula 25-28 jun. di kawasan perkhemahan. kalau nak tengok gambar sila like ikramoz. ada album gambar perkampungan ihya ramadhan dari hari pertama sampai last. jadi, apa yang dapat dari ihya ramadhan. pertamanya, saya dinasihatkan untuk keluar bersosial. sebab sekarang ada masalah sosial. i had social phobia. jadi, bukakan diri untuk bertemu orang. memang hari pertama ditempatkan dengan orang tak dikenali hati dah cuak. saya fobia dengan taaruf. geng trip ke gold cost di bilik lain. jadi rasa sedikit kehilangan. nak kawan dengan siapa? hmmm...

hari kedua, orang newie separuh dah balik sebab diorang budak medic. ada kelas. budak medic tak sama cuti dengan budak course biasa. hari pertama selesa dalam program dan ceramah sebab ada mereka. bila mereka balik, kene cari geng baru. geng yang tinggal.

i met a new buddy. sebaya. studi di wollogong. master of engineering. best. maka disinilah mulanya kami kamceng. we meet mutual interest and belajar dalam same industry. boleh jadi juga rival. ye lah arkitek musuh jurutera kot. kenapa musuh sebab arkitek desing suka hati yang sakit kepala si jurutera.

sebelum cerita pasal wishlist. cerita kedua pula, kepastian patah hati juga di ihya ramadhan. siapa. apa. tak boleh cerita detail. yang pasti sebuah hakikat telah dibuktikan. jadi ada dua stage peristiwa dalam ihya ramadhan. pertama nak atasi social phobia. dan berita patah hati di bulan ramadhan. sedih. tanpa segan silu menangis dalam program. ada ustaz nasyid satu lagu. bila difikir balik sakitnya patah hati ini buka mata Allah ultimate love that i need more. kena doa banyak lagi. doa untuk jadi hamba lagi baik. ada juga rasa putus asa untuk fikir pasal jodoh. tak mengapa. kalau tak temu jodoh di dunia mungkin di syurga menanti. pujuk hati. huhu. fikir balik pasal ni lagi rasa sedih nak sambut raya.

juga dalam patah hati, sebut pada seseorang depan meja jualan buku.

"quran pelangi ni memang ada dalam wishlist ramadhan. tapi dah berapa kali ramadhan masih tak dapat lagi."

ye. tahun 2013 ada tulis yg tanpa niat tulis nak telekung. nak jubah hitam. nak quran pelangi. nak kurma. telekung pada tahun pertama bekerja. jubah hitam dihadiahkan oleh adik ipar si kakak. kurma sedap yang adik najah jual dah merasa. quran pelangi ini adalah yang terakhir.

selepas berbuka puasa hari ketiga, dia hulur quran pelangi. katanya hadiah untuk saya. hati rasa nak terharu. menangis. tertanya kenapa bagi saya. i wish i can tell thank you so much for such beautiful gift. ubat hati pada gadis yang sedang patah hati. see, Allah makbulkan doa mu in a way you never think. tiada niat pun nak minta dari dia. hanya sebut saja depan dia. but MashaALLAH, Allah the greatest. kan, tak mengapa patah hati masih ada yang sudi..

ihya ramadhan? program? sejuk as expected. duk dalam hutan. apa pengisian. banyak dapat belajr sirah. hadith. improve bacaan quran. makanan sedap. alhamdulillah. inilah program pertama setelah dua tahun di sini. bila orang tanya tak pernah nampak cakap je la baru join.

dalam ihya ramadhan ni ada dua awkward moment juga. ada dua. pertama jumpa teman lama. yang dah kahwin dan anak nak masuk tiga. dan saya masih sendiri. hati juga sedang berduka. kedua, yang boleh saya sebut sesi sahur. yang paling takuti berlaku di hari terakhir. maafkan saya. i cant hide all my feeling.

inilah kisah ihya ramadhan. tak sama macam di malaysia. but a new experience that i wasn't plan at all. pengalaman dan kenangan.

nanti cerita raya menyusul.

Tuesday, July 19, 2016

si Pakistan

tajuk atas pasal teman serumah yang saya berkenalan sejak oktober tahun lalu. 3 bulan pertama sebelum balik cuti ke malaysia, kami sangat baik dan mesra. ada persamaan. mutual interest orang kata. kata dia orang pakistan lain tak mesra tegur mereka. tak nak kawan dengan mereka. dan saya kata sama la. orang senegara dengan saya pun tak mesra dengan saya terutama bila contoh ada depan mata. waktu tu ada seorang teman serumah dari malaysia. sekarang dah pindah duduk kelompok orang malaysia yang qawiy.

berbalik si pakistan. waktu tu si nepal sangat terkejut apabila saya mengatakan saya lebih suka tinggal bersama dengan si pakistan. si nepal seperti memberi peringatan kepada saya. "awak baru kenal dia 3 bulan belum tentu awak akan bahagia tinggal dengan dia untuk tahun seterusnya.."

benar. selepas insiden kipas dan kereta lama-lama saya terkilan dengan dia. selepas itu, dia semakin kerap menziarahi kakaknya dan lupakan saya. sedangkan sebelum pulang dari malaysia "awak mesti hubungi saya selalu," si pakistan mengingatkan saya. saya hanya sengih dan angguk. bila pulang malaysia si pakistan pula senyap. alasannya telefon rosak. hmmm.. saya percaya tapi bila balik sini hari-hari awak boleh cakap dengan ayah dan adik awak jauh dari australia. dua tiga pagi pula tu awak cakap2 dengan mereka. awak tahu tak dinding rumah ini nipis. apa yang cakap telus masuk bilik saya. "cakap telefon pukul 3 pagi gaya macam cakap pukul 3 petang," sigh.

bila dia ada kereta, dan sudah boleh memandu, saya gembira tetapi awak tidak mengajak saya ke mana-mana. tapi saya pula terhegeh minta tolong dengan awak kalau saya perlukan kereta. awal-awal dulu awak cakap kita boleh pergi berjalan-jalan bersama tetapi tiada pun. saya yang menanti dengan kecewa. sehinggalah satu hari ketika saya ajak vawak shopping. paling terkilan awak tunggu saya dalam kereta sahaja. langsung tidak ikut serta shopping dengan saya.

bila saya tanya. kata awak, "tak mengapa, saya akan shopping dengan kakak saya." atau "saya lebih suka shopping dengan kakak saya," kata-katanya seperti buat saya makan hati. bunyinya macam jeles bukan. ha-ha tetapi hakikatnya saya menyedari bahawa awak tidak meletakkan saya sebahagian orang yang penting.

bila awak kehabisan beras, awak ambil saya punya macam itu sahaja. nasib baik awak ganti balik. lepas saya nasihatkan beli jenama sama sahaja.saya beli roti awak nak juga. sekarang bila tengok roti tu saya beli untuk awak juga. sudu mangkuk saya pun awak guna simpan dalm bilik tetapi tidak pernah letak dalm tempatnya.sejadah pun awak pinjam dari saya. nasib la saya bawa dua. terbaru awak patahkan senduk saya. takkan saya nak minta awak ganti sebab senduk tu masih boleh guna. hanya ok sahaja respon saya. sikit sahaja saya whining dalam blog ni.

tetapi tak mengapa. saya sengaja tulis di sini untuk ingatkan diri sendiri teruskan buat baik. saya perlukan kekuatan bahawa tak mengapa bersendirian. jadi kau akan keluar dari comfort zone. beruntung awak ada kakak tinggal disini. ada keluarga boleh telefon hari-hari. nikmat tu tiada untuk saya. tak mengapa. saya belajar untuk lebih berdikari.

Friday, February 26, 2016

week 1 : permulaan baru

lebih kurang 83 hari di rumah. kini kembali meneruskan perjuangan. hmmm..ayat..

berjaya menguruskan hidup dengan kaki sendiri. cari rumah sendiri. beli barang sendiri. meng'explore' dunia newcastle sendiri. 

ternyata balik malaysia ubat rindu. pada awal cuti rancang itu ini tetapi akhirnya hanya menetap di dalam rumah. menikmati masa sedih, gembira, kucar-kacir di rumah. himpunan memori sebagai bekalan untuk menghabiskan dua semester di sini. perasaan yang bercampur itu aku simpulkan kasih sayang yang indah untuk aku kenang nanti. 

kisah semester tahun lepas sepertinya berulang lagi. menaiki kapal terbang. sendiri. menangis saat kapal terbang menderu naik atas langit. menunggu di klia. dengan sedikit masalah boarding pass. menikmati makanan dan movie atas langit. sebaik ia mendarat berbaris di kaunter immigrant yang suasananya juga seperti tahun lepas. ramai yang perlu declare barangan yang di bawa. kalau tahun lepas kotak makanan kene buka untuk kepastian tahun ni pakai anjing. berhadapan dengan anjing hati terus jadi berdebar. takut. namun, hidung anjing tu tahap sensitif dia rendah. makanan tahun ni semua selamat. makanan tahun ni ada juga yang kuat. ha-ha. rezeki budak merantau sendiri. alhamdulillah. 

rezeki lagi bila dapat tinggal di rumah yang sama tapi bilik lain. kerana bilik lama telah dihuni. rezeki juga dapat lagi murah padahal telah pun dikecam oleh si-tukang-cari-rumah-tahun-lepas. katanya lagi dekat buka semester lagi mahal rumah sewa nanti. tapi berbekalkan ilmu dan banyak network. urusan lebih mudah. akhirnya, rumah sebelah dihuni oleh orang malaysia. 

walaupun tahun lepas banyak kisah sedih. kisah hati luka. tetapi ternyata aku merindukan si teman rumah Nepal yang banyak memberi semangat. namun, kejutan baru apabila orang banyak menyangka. bila mendengar kisah aku, timbul rasa bersalah. aku hanya senyum. dan sekali lagi, aku belajar benda baru. mengenali tempat makan baru. jenis makanan yang boleh dimakan. dikenalkan seperti aku pertama kali datang. bahkan lebih banyak info dan lebih praktikal. 

itu kehidupan di sini. ternyata minggu ini masih lagi ada sisa musim panas. berbanding tahun lepas sejak sampai terus rasa sejuk. dan sekarang bertahan tanpa kipas sebab kipas dah habis jual. menanti musim luruh. jadi sepatutnya sejuk. sekurangnya dapat juga rasa musim panas di sini. 

kelas sedikit kucar kacir. bila timetable berubah dari asal. seronok bertemu kawan sekelas. tapi aku masih lagi malu. segan. masih lagi muslim malaysian only dalam kelas berbanding junior. yang mana I tak tahu nak berdepan dengan mereka. final project yang dalam kepala ini bercadang mahu buat sports complex untuk wanita. isu? banyak relevan. site? di kelantan. nampak tak? kata senior tahun lpas menarik tapi a little bit tricky kerana boleh melibatkan politik. itulah yang dirisaukan.

sekarang, di mana nak mula? 

Thursday, January 28, 2016

mengGUA

apa khabar 2016?

sekarang di malaysia. katanya jasad di malaysia. tapi jiwa sekejap di korea. sekejap di india. kadang-kadang dibawa ke Peru. Indonesia. Thailand. Laos. terbaru Iceland. malam-malam bermimpi ke New Zealand. Turki. Australia.

kalau ada, ada. ada jodoh kita bertemu. sebab utama, untuk bertemu keluarga. menikmati masa-masa dengan keluarga. yang pasti disana akan menangis cengeng merindukan di sini.

kalau ada yang terasa maaf. bukan tidak ingin bertemu. yakinlah,kita akan bertemu pada masa yang sesuai. simpanlah rindumu. ingatanmu ketat-ketat.


Monday, October 26, 2015

10hari

ada sepuluh hari lagi tinggal untuk submission.

3 hari lepas, phone meragam. dia dulu tewas dalam perjuangan ini. 2 minggu sebelumnya, dia meragam dalam tempoh 3 jam battery dah tinggal 15%. entah kenapa dia jadi begitu.

tidaklah merasa huru-hara tiada phone. cuma waktu kritikal begini, mahu cari waktu hubungi umi dan ayah. umi dan ayah bukan kaki skype. selalu je cap credit itu berlebihan, jadi call international membantu untuk menghabiskan cap credit tu. cakap sejam dengan macam-macam topik. bukan mengadu. sekarang dah kurang mengadu, selalu bertanya khabar. suara yang buat kau rasa nak senyum sepanjang masa. macam tahap angau.

orang lain pakai bil sebab contract bayar phone. semestinya iphone. tapi hari tu jejak bumi kangaroo dah ada smartphone budget murah, jadi pakai credit. jimat pun jimat juga. sekarang dia promo, combo. 40dollar 28 hari. 28 hari ye bukan sebulan 30hari. apa yang dapat pakai pakej kredit vodafone ini? 750 cap credit, 3GB data. sms free (kalau yg saya faham la). zaman wifi rumah menggila tu 2GB tu memang cukup sebab weekend dia promo unlimited data usage. memang best la. cap credit jangan tanya diriku. dapat free call international 90 min tak silap. entah, x pasti. yang tahu 750 cap credit tu, call malaysia pun tak habis. beli topup semua burnt, dia tak carry forward. jadi dripada rugi, baik la guna to the maximum.

wifi umah skarang lembap sikit, jadi smartphone tu on data je. 3GB data kau, kalau duk berwassap je memang tak habis la.

topik sebenarnya adalah pasal phone rosak. skrin tak detect. kenapa kenapa dia meragam sekarang. aduhai. semoga ditemui orang yang mampu baiki phone ni. kalau malaysia, tahulah nak baiki dkat mana. kalau disni? untuk smartphone cap ayam? lagila rare.

alternatif lain, boleh je nak minta bantuan orang lain cari phone spare dari orang-orang malaysia. yang seakhawat. tapi entah lah. yang dalam satu rumah ni pun tak berapa nak bercakap. yang luar rumah lagi la tak rasa nak gapai tangan mereka untuk bantuan. tak keluar perkataan minta tolong boleh tak?

diri sendiri pun tengah huru hara. nak saja update di FB bagitau semua orang phone rosak. tapi tak boleh fikir. tak boleh nak uruskan. sekarang duk fokus nk siapkan dua kerja yang makan 50-60% markah. mana lagi penting?

kalau betul mereka perlukan saya, kau tahu mana nak cari. cuma kesian dengan group member. mmg kene slalu bukak FB la. sebab tu malas nak update dengan benda bukan-bukan. lagi ramai terima kawan baru lagi kau akan jaga perangai. kebebasan untuk menggila semakin terhad. menjaga ketatasusilaan di situ.

dah. habis. sambung taip thesis research pula.

Sunday, June 09, 2013

april itu

mula april lepas. senyap. sunyi. tanpa update entry.
terasa perlahan hari-hari yang dilewati april lepas.
juga kejutan dan sejarah tercipta april 2013

april yang indah.
awal april sejarah malaysia tercipta.
bermula perjalanan politik. fokus.
april itu bermula kisah perjalanan tidak tetap dia.
bernomad.
sekejap dia di sini. sekejap dia di sana.
kemudian, eh ada sini balik!
boleh saja dikatakan dia muncul dimana-mana.

april itu
dia punya dua tempat.
dinamakan Thur dan Hira'.
signifikasi Hira; itu sebagai tempat wahyu pertama diturunkan.
tempat Nabi Muhammad saw beruzlah sebelum dilantik menjadi rasul.
dia ada tempat sebegitu.
tempat yg saling ingt-mengingati.
damai.

Thur.
signifikasinya adalah persinggahan hijrah Rasulullah dari mekah ke madinah.
persinggahan untuknya sementara yang mana dia belum ada hala tuju yang jelas.
setelah kesanggupan dan pengorbanan dia.
baik sekali.

dan ada cerita kenang-kenangan.
yang memberi inspirasi.
motivasi.
sama-sama akan dikongsikan di sini nanti. inshaALLAH.

sekarang ini tengah mensetting perjalanan hidup yang seterusnya.
 hasil april itu. senyum.