Monday, June 25, 2018

Seperti Kelip-kelip

Ada suatu pagi selepas subuh, aku scroll youtube. Entah kenapa aku pergi klik video pasal Sewol Ferry. Sebelum ini aku biar je pasal berita ini. Tapi pagi itu, tanpa sedar aku pergi sambung tengok berita tu sampai separuh hari. bukan sebab BTS. BTS ni aku tak kenal pun. tapi aku belajar BTS ada buat lagu dedikasi untuk mereka ini. itu je la.

Berita ni pasal Sewol Ferry tenggelam di Korea Selatan pada pagi satu tarikh bulan April 2014. Kejadian ni berlaku selepas beberapa minggu misteri MH370. Ia tragedi sebab kesilapan manusia. Dari kes ini, aku belajar sisi buruk sistem negara Korea Selatan. Sebelum ini layan movie drama korea drama tu kau rasa dah banyak plot twist. Tapi realiti lagi dahsyat.

setengah hari belajar pasal Sewol ferry. Dari nak tahu macam mana boleh terbalik sehingga berapa yang maut. Kalau tengok dari berita dan sempat tengok mangsa rakam dari dalam feri tu memang rasa nyawa kau terbang sekali. Ada banyak punca atas kesilapan manusia yang tak kurang prihatin terhadap keselamatan - pengubahsuaian feri tak menepati keselamatan, kecuaian yang mengawal feri, comfort zone dan paling utama duit.

Kes ini besar di Korea Selatan sebab yang menyayat hati dari lebih 400 penumpang tu hanya 100 lebih sahaja selamat. Kebanyakan penumpang adalah dari sebuah sekolah menaiki yang buat lawatan menaiki feri. 300 lebih lagi maut bersama feri tenggelam. Pelajar yang mengikuti lawatan tu pula adalah lingkungan 13-18 tahun tak silap aku. Sekolah tu juga terkesan sampai dari enam atau empat kelas tinggal dua kelas sahaja. Bayangkan dalam satu kelas hanya satu atau dua orang sahaja berjaya selamat diri. Bila pegi sekolah kosong. boleh trauma.

kalau nak cerita banyak. Mula-mula feri hanya terbalik sedikit. tapi dalam tempoh dua jam ia tenggelam sepenuhnya. kalau tengok video nya, sepatutnya semua penumpang boleh diselamatkan tapi disebabkan arahan kecemasan di speaker suruh mereka jangan bergerak. maka penumpang yang kebanyakannya pelajar sekolah menengah mendengar kata mereka hanya menunggu arahan tanpa sedar kapten dah larikan diri. sedih tengok video mereka tunggu diselamatkan tetapi tak ada.

lagi sedih sebab feri tenggelam bersama-sama dengan penumpang. tak nampak langsung mayat terapung. kalau ikut sangkaan aku mereka terperangkap dalam feri. kalau tak faham boleh la youtube lepas ni.

itu semasa kejadian. selepas kejadian pula, berita hanya bagitau mangsa-mangsa yang maut di temui berperingkat. tapi lepas 4 tahun walau feri tu dah dibawa ke darat,  5 lagi mangsa tidak ditemui dan ahli keluarga berputus asa untuk teruskan pencarian.

kes ini mencetuskan kemarahan rakyat Korea Selatan kerana kerajaan tidak ambil serius tentang kejadian ini. Kerajaan juga melambatkan proses pencarian mangsa yang maut. Daripada kes ini juga timbul pasal rasuah dikalangan menteri. Kes ini juga menyumbang kepada pilihan raya Korea Selatan tahun lepas. Detail pasal politik tu kene studi balik. tapi aku perasan artis-artis mereka ada beri sokongan dan bersungguh tunjuk mereka pergi mengundi. Artis malaysi? bai!

itu kisah Sewol feri yang boleh aku cerita. Pasal MH370 pula, awal - awal dulu aku belajar tentang kuasa Allah - kun fayakun. Sebab misteri sangat sampai canggih teknologi pun kalau Allah kata hilang. Maka hilang lah ia. kau juga belajar manusia ini ada kapasiti dan kuasa kita terhad. Cuma sekarang aku baru boleh relate perasaan ahli keluarga yang menanti dan berharap. Bila ada spekulasi kata cubaan juruterbang bunuh diri tu aku tak tahu nak percaya atau tak. banyak dah duit habis. aku bersikap natural tentang kes ini.  Biarlah ia menjadi misteri buat masa sekarang.

tajuk yang aku cuba sampai adalah aku bayangkan nyawa-nyawa mereka berterbangan seperti kelip-kelip. Bercahaya dan terbang ke langit ke tujuh.

Sunday, June 24, 2018

Ingin Berlari

Selepas sesi kaunseling K dengan Rose, K merancang percutian solonya. Rose cuba pastikan K benar-benar mengambil cuti-tanpa-gaji selama 6 bulan. Bila K memaklumkan Rose bahawa dia akan bermusafir dalam dan luar Malaysia melalui projek sukarelawan yang jumpa  di carian google. Rose begitu teruja seolah-olah dia yang akan bercuti. Dia juga tidak lupa memberi kata-kata yang positif supaya K tidak terus murung.
Ketika pertemuan tanpa sengaja K dan Ahmad, K benar-benar sibuk dengan perancangannya. Dia sungguh-sungguh lupa tentang kad nama Ahmad sehingga dia jumpa tempoh hari. sepanjang 3 bulan dia Malaysia, ada beberapa projek sukarelawan berkaitan dengan seni bina dan pembinaan dia sertai. Setiap minggu dia akan turun ke kampung orang asli untuk membina rumah untuk orang asli dengan menggunakan bahan yang mesra alam. Pada hari-hari biasa dia menjadi pelatih sukarela di Badan Warisan yang memulihara dan memelihara bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Ini termasuk mendokumentasi proses pemuliharaan dan latar belakang sesebuah bangunan bersejarah. 
Sekarang dia di Thailand untuk projek sukarelawan peringkat antarabangsa. Kalau sebelum ini K pilih untuk sertai minimum selama dua minggu untuk sesebuah projek, kali ini dia pilih satu projek sahaja untuk tempoh 3 bulan.  Projek sukarelawan sebelum ini telah memberi keyakinan kepada K untuk menyertai projek di Thailahd ini. Melalui projek sukarelawan itulah K mendapat pendedahan tentang projek sukarelawan lain yang boleh dia sertai. Rakan sukarelawan yang datang dari pelbagai negara  yang sudah pengalaman tidak kedekut berkongsi ilmu dan pengetahuan. Mereka mempunyai hati yang ikhlas untuk membantu walaupun sedikit. Disamping itu juga, K juga dapat mengenali budaya dan gaya hidup masyarakat setempat.
K mula jatuh cinta dengan aktiviti sukarela begini. Walaupun projek sukarela ni di tempat terpencil, K seperti meneroka sebuah dunia baru. Dia rasa bahagia walaupun terhad dengan akses internet dan rutin hariannya penuh dengan pelbagai aktiviti bersama masyarakat. Sepanjang menyertai projek sukarelawan ini, K sudah mampu tidur lena dan tidak lagi bergantung dengan ubat tidur untuk merawat masalah insomnianya. 
Thailand. Sudah dua minggu K tercampak di sebuah perkampungan terpencil. Kumpulan K sertai ada lapan orang semuanya. Tiga orang sukarelawan baru sampai bersama dengan K. Dua daripadanya perempuan dan seorang lagi lelaki. Ava dan Hui Wen gadis dari Australia dan Taiwan. Masing-masing menyertai projek sukarelawan kerana minat. Andrea pula satunya lelaki bujang asal dari Itali.K satu-satunya peserta dari Malaysia. Empat orang lagi sudah sebulan berkampung di situ. Ploy, Ketua K, lelaki dari Thailand sama negara dengan Nam. Nam seorang perempuan. Namanya juga tipikal warga Thailand. Senang untuk K ingat.  Satu-satunya pasangan kekasih dalam kumpulan K merentas benua, Rui dari Jepun dan Olivia dari UK. 
Hui Wen dan Nam datang menghampiri K yang sedang duduk memerhati remaja lelaki bermain bola sepak. Beginilah rutin K  setiap petang sepanjang dua minggu. K memberikan senyuman pada Hui Wen dan Nam. 
"kamu tahu, Ploy seperti berminat dengan Ava," Nam membuka cerita. Mereka sebenarnya bercerita dalam Bahasa Inggeris tetapi K sudah terjemahkan. K bukan suka sangat cakap dalam Bahasa Inggeris tetapi apakan daya bila berkawan dengan pelbagai bangsa, K haruslah berkomunikasi dengan Bahasa Inggeris. Bahasa universal kata orang. 
K hanya diam memasang telinga. Nam sedang berbual dengan Hui Wen sebenarnya. K hanya kebetulan berada berdekatan dengan mereka jadi tidak salah untuk K turut mendengar. "Iya?" balas Hui Wen mendengar gosip tentang Ploy dan Ava. Nam mengangguk. 
"Ploy pernah beritahu aku bahawa dia tidak pernah berkasih tapi sejak Ava datang, aku tengok Ploy lain macam pula," tambah Nam. Nam dan Ploy berkenalan melalui dari projek sukarelawan ini juga. Mereka pernah menyertai projek ini  tahun lepas dan tahun ini mereka kembali lagi. Jadi, Nam dan Ploy ini seperti senior K untuk projek ini. Nam dan Ploy akan membimbing nanti. Ava, Hui Wen dan Andrea adalah peserta baru menyertai projek sukarelawan ini bersama dengan K. Tidak hairan kalau Ploy berminat dengan Ava kerana mereka baru sahaja bertemu dua minggu. 
"lain macam mana?" tanya Hui Wen dengan pelat cinanya. Hui Wen tidak fasih berbahasa inggeris tetapi berusaha untuk berkomunikasi dengan bahasa tersebut. Itulah tujuan utama dia menyertai projek sukarelawan ini. Membantu sambil belajar. Sambil menyelam minum air. Menyumbang perkara bermanfaat untuk memperbaiki diri. 
"sebelum ini dia selalu bersama-sama dengan kawan lelaki sahaja. Sejak Ava ada ni, dia selalu melekat dengan Ava. Kau tak perasan ke?" K menahan ketawa. Lenggok cara Nam bercakap hampir sama dengan mereka yang suka bergosip. K ingatkan orang melayu sahaja suka gosip begini. Bangsa lain juga sama. Tak kira lelaki atau perempuan. Kalau lelaki, contoh paling dekat Andy, Leo dan Chan. Dalam group whatsapp pun boleh sambung bergosip. 
Begitulah setiap hari selama 3 bulan. Hui Wen dan Nam akan selalu duduk bersama dengan K dan mereka akan selalu berbual apa sahaja disekeliling mereka. Penduduk kampung juga termasuk dalam gossip mereka. 
Ada juga ketika K turut terkena tempias. "K, kamu tidak punya kekasih? Masih bujang sehingga sekarang?" Nam tiba-tiba bertanya. 
K tergamam. Tidak menyangka disoal begitu oleh Nam. "tak ada yang sudi," ujar K serba salah. Nama Ahmad menerjah diminda. 
"tidak mungkinlah. Kamu cantik K. Takkan ada yang berkenan dengan kamu?" sangkal Nam. Hui Wen hanya menadah telinga. Nam lebih banyak mulut berbanding dia. K gelak mendengar jawapan Nam. 
Benar, Nam. Walaupun sekali, K tidak pernah menerima sebarang pengakuan cinta dari mana-mana lelaki. Baik waktu dia sekolah menengah atau universiti. Dalam alam pekerjaan apatah lagi. K pun tidak pernah terima jemputan temujanji buta seperti kawannya yang lain. Sedihkan, kisah cinta K, Nam. 
"kamu tidak pernah ada pujaan hati atau peminat rahsia?" Nam tidak berputus asa. Tidak percaya kisah percintaan K. Pertanyaan Nam kali ini menyebabkan K hilang kata. Pujaan hati? Peminat rahsia? K mengimbau kembali perbualannya dengan Marisa tentang Adam. Kisah Adam hilang seperti debu selepas itu. K memang lupa terus pada Adam. Setakat ni K tidak pernah ada peminat rahsia. Cuma....
K tidak tahu apakah status Ahmad di hatinya. Kalau ikut mulut-mulut becok kawan-kawannya, K seperti pengintip tegar Ahmad. Tetapi benarkah hatinya benar-benar sukakan Ahmad? K tiada jawapan. Rindu datang mula bertamu di hatinya. Ahmad....
Soalan Nam tiada jawapan dari K. Ia terus menjadi tanda tanya pada Nam. Tanpa sedar, 3 bulan berlalu dengan pantas. Penyertaannya di dalam projek sukarelawan ini telah membuka mata K.  Hidupnya bukanlah semata-mata mencari cinta hati seperti yang dikisahkan oleh Nam dan Hui Wen. K lebih mengerti makna hidup. Hidup mencari cinta. Bukan cinta dengan lain jantina tetapi kepada cinta sesama manusia. Cinta kepada Tuhan. 
Keputusan K menyertai projek sukarelawan ini tidak salah walaupun dia terputus hubungan dengan Ahmad. K mula yakin, ajal,jodoh dan rezeki sudah ditetapkan. Kalau benar Ahmad itu memang untuknya, pasti K akan bertemu lagi dengan Ahmad. Itulah doa K setiap hari. 
Selepas projek ini juga, K masih lagi berhubung dengan rakan-rakannya yang lain terutama dengan Nam. Nam juga seperti Andy, Leo dan Chan masih tidak berputus asa ingin tahu penamat kisah cinta K. Nam masih belum tahu tentang Ahmad tetapi dia sangat yakin K akan bertemu belahan jiwanya nanti. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
MAAF ZAHIR DAN BATIN 

Monday, June 18, 2018

Berani dan Cantik

tak kisah tengok drama atau baca novel or buku yang buat hati kau tertinggal di sana sekali.

kenapa hati tertinggal disana kerana ia berjaya mencuri hati ku untuk kekal bersama cerita itu.

banyak kali dah terjadi. aku perlu seseuatu atau kisah baru untuk aku keluar dari dunia itu.

selalunya dalam masa sehari aku beri masa pada diri sendiri tetapi kali ini aku tak tahu sampai bila.

adakah aku terlalu serius atau sebab aku bukan sahaja melihat cerita itu tetapi aku melihat seseorang dalam setiap pemain watak itu. bukan seorang tetapi lebih.

cerita sang berani dan perawan cantik.

aku berharap bila suatu hari nanti aku baca kembali entri ini aku akan tersenyum gembira dan rasa lucu. itu bermakna aku sudah move on dan cebisan kenangan aku tinggalkan bersama cerita sang berani dan perawan cantik.


Sunday, June 17, 2018

Teori Abang Stephen

Kali ini aku nak review movie Theory of Everything. Bukan movie kedua aku tengok lepas Snowden. Movie ni aku tengok masa hujung tahun lepas. Bulan 12 hari tu. Masa tengah duduk dalam ladang line internet hidup segan mati tak mahu. Lepas kerja 12 jam setiap hari mesti akan layan movie sebagai release stress dan sambil dinner.

Yang menarik movie sebab masa tengah tengok movie ni ada pula budak dua orang gaduh pasal kecurangan si suami isteri. Ada yang kata si suami salah. Ada yang kata si isteri ni teruk. Masa tu giliran aku pilih movie tanpa tahu sinopsis. Lepas tu adalah yang bagitau movie ni pasal Stephen Hawking. Waktu tu juga kami duk buat hipotesis dia masih hidup atau tidak. Aku dengan yakin dia masih hidup. Ya, waktu hujung tahun 2017 dia masih hidup. Tiga bulan kemudian dalam tahun 2018 dia meninggal dunia.

Menarik cerita ni sebab dia cerita pasal lovelife dia dan bagaimana dia jatuh sakit. Kalau tengok gambar dia masa muda, memang dia kacak. Yang pegang watak dia pun sangat-sangat sama dengan dia (Hero dalam fantastic Beast). Kacak dan Genius. kalau bahasa inggeris Beauty with Brain. Kalau tengok rupa dia yang sakit beza dia sangat ketara. Kau rasa tak percaya orang kacak dan genius dulunya elok rupanya.

Jadi bila aku tengok movie ni, ada dua benda aku nak tahu. Siapa yang curang dan nak tahu siapakah lelaki bernama Stephen Hawking ni. gigih tengok sebab tak ada subtitle dan audio pula slow. kau tahu je la movie orang putih cakap punya slow tapi bila benda meletup sound effect boleh cabut jantung. Ada yang rosakkan tv ni. movie dia agak panjang. Dua jam. jadi jenuh kau pasang telinga. dan aku tak tengok full concerntration sebab masak untuk dinner.

Aku boleh cakap bahawa isteri tidak curang (berdasarkan movie la) dan Stephen Hawking yang lepaskan isteri dia. Bayangkan isteri dia jaga dia dari awal sakit sampai dah tak boleh jalan dan bercakap. siapa yang tak stres. nak jaga anak yang masih kecil lagi. Dia sayang isteri dia sebab tu dia lepaskan isteri dia. Kemudian Stephen Hawking couple dengan penjaga dia. Isteri dia couple dengan orang lain. setakat movie ditayangkan. Kalau google balik, mungkin ada perubahan.

movie tak terangkan detail pasal theory dia. Cuma cerita ringkas macam mana dia boleh dapat idea tentang teori dia pasal Big Bang Theory dan Black Hole. Bagaimana dia gigih tulis buku tajuk A Brief History of Time. jadi tak adalah rasa bosan tengok movie ni. Memang impressed dengan kemampuan dia yang terhad dia boleh jadi orang yang hebat. Dia cakap pun sempoi. Bukan serius sepanjang masa.

Satu lagi yang aku kagum dalam movie ni la, dia sedikit pun tak stress sebab penyakit dia. Awal-awal dia dapat tahu dia sakit je dia sedih. Dia tak nak jumpa girlfriend (kemudian jadi isteri) dia. Tapi girlfirend dia yang yakin dia. Dia tak jadikan penyakit dia menghalang kejayaan dia. Bahkan dia ambil peluang untuk jadi lebih baik. Kawan dia pun awesome. Masih setia dengan dia walaupun dia sakit.

Kalau sebelum ni aku tahu Stephen Hawking memang genius tapi aku tak ambil tahu pun. Bila tengok movie ni, kau akan cari orang-orang yang hebat macam untuk bagi inspirasi. Walaupun kau tak ada sumbangan untuk negara atau ummah, at least kau tahu kau penting untuk diri kau sendiri. Belajar untuk cintakan ilmu dan semangat tambah ilmu pengetahuan.

Sebab tu aku tak nak sambung Phd lagi. Jangan sebab tak ada kerja sambung belajar. memang sambung belajar tu isi masa tapi kena ikhlas nak cari. orang muda (Malaysia la setakat aku jumpa) tak ada life. Asyik ngadap journal dan research tapi tak sosial dengan orang.

Sunday, June 03, 2018

Sekeping Kad Nama

K berhenti membelek helaian Jurnal apabila dia ternampak sekeping kad nama terselit. AHMAD. Geoform. Jurutera. Lama K berfikir. Sejujurnya K tidak ingat nama yang tertulis di atas sekeping kad nama ini. Sebenarnya K mencari katalaluan yang pernah K catat di dalam jurnalnya sebelum ini. Untuk urusan rasmi K akan buat katalaluan yang berbeza supaya lebih selamat  dan senaraikan katalaluan tersebut didalam jurnalnya. K melihat tarikh jurnal yang terselit kad nama Ahmad. Pertengahan Disember. Hujung tahun lepas. K selak muka surat seterusnya. Makan malam sempena krismas. K menghitung tempoh masa yang telah berlalu itu. Sekarang pertengahan Februari. K sudah ingat.

“Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa?”

Makan Malam Krismas. K hanya menerima kad nama dari Ahmad dan K tidak membalas tindakan Ahmad kerana K tidak bawa kad namanya.  “ maaf, saya tak bawa kad nama saya,” ujar K dengan sopan. Bukan K mengelak tapi kebetulan itu benar. Selalunya K ada simpanan dalam tas tangannya.  Selepas Ahmad beri kad namanya pada K, dia terus beredar tanpa sempat K bertanya lebih. Kenapa Ahmad beri kad namanya. Untuk apa sebenarnya? Soalan-soalan itu hanya terapung di minda K tanpa jawapan.

K kembali ke meja makannya. Leo, Alpha, Kim, Chan dan Andy dari tadi asyik memandang K. Andy cepat-cepat merampas kad nama ditangan K sebelum sempat K simpan dalam tas tangannya.

“Ahmad, Electrical Engineer. Geoform,” Andy membaca dengan kuat. Semua yang memasang dengan penuh perhatian.  K buat muka. Dia kini menjadi sasaran Andy untuk diusik. Sekarang mereka ada cerita menarik dari K. K hanya menerangkan bahawa tentang fakta di dalam kad. Kisah K pernah berjumpa sebelum ini K tidak beritahu.

“I cannot find him in twitter.” Ujar Andy sebaik sahaja K selesai bercerita tentang Ahmad.

“He’s on Instagram,” Sahut Chan. K tepuk dahi. Pertemuan mereka kini bertukar sesi “stalk” Ahmad.  Leo, Kim dan Alpha sibuk ingin melihat profil Ahmad.

“facebook too.” Leo sengih sambil menayangkan profil Ahmad di skrin phonennya.

“Let’s be friend with him,” sahut Andy.

“Request sent!,” laju Chan membalas. K kelu. Kim dan Alpha hanya senyum.  

“Why don’t you try Linkedin too?” tambah K sarcastic sambil merampas kad nama Ahmad di tangan  Andy. Perasaan  K menjadi kacau. Pertamanya, ingin dia berterima kasih pada takdir kerana ditemukan semula dengan Ahmad. Siapa sangka dia akan bertemu lagi Ahmad dalam tempoh kurang 24 jam. Kedua, pada masa yang sama K ingin marah pada Ahmad kerana muncul dengan tiba-tiba. Muncul ketika dia bersama dengan sahabatnya. Kenapa Ahmad tidak menunggu kemudian. Ketiga, K juga geram pada sahabatnya kerana asyik mengusiknya. 

Sahabat K tidak berhenti mengusik walaupun saat mereka berpisah. Adalah seminggu juga mereka sambung mengusik dalam group chat. Ada sahaja maklumat terbaru dikongsi oleh Andy, Leo dan Chan.

Andy : dia terima request aku di FB.

Leo: Dia follow aku balik di Instagram.

Chan: Dia dah backpacking ke New Zealand, Tokyo dan Thailand.

Andy: Dia ada 5 adik beradik, anak kedua.

Andy: Graduate RMIT university tapi kerja di Sydney, hampir dua tahun.

Andy: Dia belajar diploma di UniKL dan dua tahun bekerja di Malaysia.

Chan: Mungkin setahun tua dari K

Chan: Asal Keramat, KL tapi ada kampung di Kuantan dan Terengganu

Leo: Dia lebih suka badminton dari bola

K tidak melatah dengan setiap maklumat yang dia terima tentang Ahmad. K hanya membiarkan sahaja. Malah, selepas menerima kad nama dari Ahmad K terus simpan dalam jurnalnya. K lupa terus sehingga dia membuka kembali jurnalnya. K sebenarnya tidak mengerti apa maksud Ahmad dengan memberi K sekeping kad namanya. Adakah Ahmad ingin K menghubunginya. Tapi, untuk apa K menghubungi Ahmad. K tiada sebab yang kukuh.

Selepas pertemuannya dengan Ahmad dan makan malam sempena Krismas,  K  sangat sibuk dengan halnya kembali ke Malaysia. K mengambil keputusan dengan mendadak untuk kembali ke Malaysia kerana doktor menasihatkan K untuk pulang meluangkan masa dengan keluarga. Sebenarnya  K mengalami kemurungan selepas Marisa  berkahwin. Dia cuti 6 bulan tanpa gaji.

Telefon K berbunyi. Panggilan dari Marisa. K menarik senyumnya. Marisa seperti tahu K perlukannya sekarang. K menjawab panggilan dari Marisa dan terus bercerita tentang kad nama Ahmad. Seperti jangkaan K, Marisa menjerit kegembiraan dan pada masa yang memarahi K. Gembira kerana ada seseorang istimewa berjaya menarik perhatian K. Marah kerana K mengambil masa yang lama untuk bercerita kepada Marisa.

“apa lagi, cepatlah hubungi dia K,” Marisa juga turut memberi sokongan pada K. K tidak memberi kata putus. Hatinya masih berbelah bahagi. Malu pun ada.

“nak cakap apa? Barangkali dia sudah lupa, Marisa,” K seakan mengalah.

“belum buat lagi dah mengalah?”

“I am. 3 bulan macam-macam boleh jadi. Mana tahu dia dah kahwin. Lepas tu takkan tiba-tiba I contact Ahmad out of nowhere. Kalau dia dah kahwin, I might kacau bilaukan his marriage,” terang K. Ya, dia risau kalau dia tersalah waktu dan tempat.

“ intip la dulu pasal dia,” ada saja idea dari Marisa.

“macam mana?” soal K kosong.

“kata your friend stalk dia sebelum ni. Suruh la diaorang stalk again,”

“segan,” perlahan suara K menjawab. K masih belum yakin.

“segan ke malu, “ usik Marisa.

“boleh percaya ke sumber media social ni?” K masih lagi ragu. Mengelak pun ya.

“bagi informasi Ahmad, let me contact him directly.” Marisa memberi idea. Pada masa yang sama, Marisa ingin menyokong K untuk mengambil langkah pertama. Bukan salah pun, K sebagai perempuan memulakan perkenalan – perigi mencari timba.

“gila. Serius ke?” K seperti tidak percaya Marisa cuba membantunya.

“two source better than one, right?” K diam. Untuk apa dia buat semua ini? Hati K berperang. Apa yang dia inginkan sebenarnya? Adakah sebab dia tertarik pada Ahmad? K merenung kad nama Ahmad. Marisa menanti jawapan K.

“Marisa, biar aku ingatkan kau. Kita stalk dia bukan sebab aku suka dia. Tapi sebab aku nak tau kenapa dia bagi kad nama dia,” Marisa hanya gelak dengan jawapan K. Marisa tidak mahu memaksa K mengaku perasaan hatinya. Biarlah setelah Ahmad berjaya dijejaki. Marisa tahu K takut patah hati dan tak mahu berharap. Emosi K perlu ditenangkan. Marisa tidak mahu K ditimpa kemurungan lagi. Sejak K kembali ke Malaysia, K semakin baik dan lebih gembira.

“baik, Mem. Jangan lupa bagitau your friend. Baik malu sekarang dari kemudian, K,” Marisa cuba meyakinkan K dengan tindakannya  adalah betul dan mahu K lebih positif. Sekarang K ada misi baru dan Marisa sangat teruja dengan keputusannya nanti. Harapnya ada berita baik!

Friday, June 01, 2018

Privasi dan anti sosial

tak tahu bila mula berminat dengan genre based on true story. Movie Snowden bukan movie pertama yang aku tengok. tau pasal movie ni dari facebook. Aku bukan boleh tengok movie thriller and horror. Pernah je tengok Conjuring 1 dan 2 bukan waktu malam tapi lepas subuh. Tu pun sebab orang asyik duk bandingkan antara 1 dan 2 mana lagi takut. Aku rasa Conjuring 2 lagi menakutkan sebab aku tengok Conjuring 2 dulu baru Conjuring 1. Orang kata Conjuring ni based on true story juga. Mesmerized juga pasangan dalam cerita ni adalah watak real yang menyiasat pasal hantu ni sejak dari zaman 70-an lagi. Boleh la tengok sisi orang bukan Islam menghalau hantu tu ye.

Aku tak payah tengok cerita hantu ni sebab aku pun kena. Sakit Insomnia sebelum masa belajar dulu adalah sebab aku mimpi hantu la. Bukan malam je. tapi siang pun mimpi juga. kau rasa. Pula tu rasa penat kene kejar. Sampai ada satu mimpi kau selamat dalam rumah atau keluar tetap akan diburu sampai mati. Masa duduk asrama zaman form 6 pun aku boleh nampak cuma tak cerita public je.  Jadi tak payah nak ajak aku tengok cerita hantu. Insidous tu sampai ke sudah aku takkan tengok. Munafik pun. Jangan nak memandai suruh aku tengok cerita hantu. Cukup lah aku alami depan mata.

Berbalik pada movie Snowden. Movie ni pasal lelaki nama Snowden jadi jurutera perisik negara Amerika. Aku cerita dengan memori sahaja. Malas nak google. kalau google baik kau tak payah review aku. Aku berminat tengok cerita sebab lelaki ni jurutera. Kalau nak cari jodoh, banyak kali aku sebut pada kawan dengan famili nak lelaki kerja jurutera (Sila amiinkan). Jurutera ni luas. tak kisah bidang pembinaan atau Artificial Intelligent. Aku suka lelaki jurutera sebab aku suka cara pemikirannya yang lebih kurang sama dengan orang belajar architecture. Cuma architecture ni lebih kepada kesenian dan falsafah. tapi dua-dua ni ada persamaan ada critical thinking. Walau orang yang kerja bidang jurutera ni skema (setakat aku jumpa la) skema dia tak sama dengan doktor. Aku pun ada cakap aku tak nak laki kerja doktor. Adalah beberapa faktor peribadi yang aku tak nak bagitau di sini.

lagipun orang sebenar dengan dalam movie hampir sama. Yang real lagi kacak walaupun sudah berpunya. Aku kagum dengan dia sebab dia cuba pertahankan hak privasi rakyat yang cuba digodam oleh agensi perisikan. Sampai aku pun jadi trauma juga la. Tutup kamera laptop dan phone. Mic phone je tak dapat nak tutup. Aku pun jadi kurang nak share sangat dalam sosial media. Nasib la Facebook je yang aku aktiff. Instagram dengan Twitter tak ada. Ada la sebab kukuh untuk aku tak ada akaun lain selain facebook. Jadi terhad la maklumat peribadi aku nak digodam. Pernah google nama sendiri tapi tak banyak aku jumpa. aku jadi trauma juga la lepas kejadian sebut nama aku semua orang tahu. wei, kau tak yah pakai internet pun orang tahu. seriau (se-ghi-yau) rasa.

Si Snowden pun hadkan privasi dia lepas dia tahu apa agensi perisikan negara buat. Kalau tengok dalam movie, office dia siap letak microphone tengah-tengah office. Mic yang kau nyanyi karaoke, Nak masuk office tu ada pintu scan macam dekat airport tu. Memang strict la. Kau kena jaga -jaga dalam bercakap sampai pakai bahasa kod bila komunikasi. Dia ni salah seorang yang develop software untuk godam atau collect data ( lebih kurang la) rakyat biasa. Semua benda ada dalam tangan agensi ni. Sampai dia boleh buat kau orang biasa jadi penjenayah. Menakutkan.

Sampai satu masa aku rasa tak nak pakai alat canggih. Sebab dia banyak kebinasaan dari kebaikan. kalau tengok cerita ni. Sebab tu aku pakai telefon pintar yang murah je. murah dari segi ekonomi. murah juga tapi teknologi dia tak adalah canggih seperti iphone. Pakai sebab keperluan. tapi suatu masa aku akan pakai telefon mahal juga. bila sebab kukuh tu dah ada. ha-ha. tapi sebelum pakai kene la belajar banyak lagi pasal ilmu teknologi ni.

movie ni mencabar kau untuk jadi rakyat patriotik atau rakyat yang menurut perintah. kau pilih. macam pilihan raya umum 14 Malaysia lepas la. Mana lebih penting selamatkan negara atau pertahankan pemimpin yang beragama Islam tetapi kurang Islam dalam akhlak. Kau jangan nak argue pasal ni. sebab dah lepas. aku tulis sebagai contoh sahaja.

itu je la aku nak komen setakat ni pasal movie ni. Lagipun molek juga ada movie macam ni. Sebab kau sedar benda ni adalah perkara benar. fakta. berlaku. Dan boleh google pasal lelaki bernama Snowden. Movie yang sama aku boleh relate adalah tajuk Circle tak silap lakonan Hermione atau Emma Watson. Walau bukan true story tapi akan buka minda kau la pasal kemajuan teknologi maklumat ni.

Penutup dari aku, aku tak kata aku nak cerita seluruh movie ni. aku tulis apa aku ingat dan aku nak komen.

P/s : aku tengok balik entri aku pertama yang ada blog ni adalah 2009. Ini adalah tahun ke-10 walaupun aku mula blog tahun 2005 lepas spm. gila kental aku bertahan. MashaALLAH.