Wednesday, March 31, 2021

Terakhir Mac

 hari tu macam tak ada apa nak cerita. 

kerja macam biasa. tapi minggu ni, ada lagi staff yang berhenti dapat tawaran kerja kerajaan. jadi ada jamuan makan la. dan tak berapa nak gembira sangat bila ada budak praktikal tambah lagi 5 orang. dan semuanya perempuan. 

aku macam, semua benda nak kene buat sama- sama ke bila bagi kerja. jadi tak suka sebab zaman aku dulu, aku sorang-sorang je budak melayu. yang lain semua cina. jadi, aku macam sombong sikit la. bukan apa, entah. rasa tak boleh nak kawan lagi dengan mereka ni. mungkin trigger ingat memori lama tu. huhu. siap kawan praktikal tu marahkan aku lagi. sedih gila. tapi yang best dapat makan yeesang. tak ingat dapat angpao tak. 

sebab satu lagi, aku rasa je la. dari perspektif aku yang sensitif dan rasa tak suka dengan suasana baru... bab semayang. solat tu ok je, tapi macam suka hati buat rules sendiri-sendiri. masa masuk toilet tadi, dah bukak lampu boleh pula dia suka2 hati tutup lampu. erm, rasa macam tak hormat la sikit. kalau lelaki faham la, diorg tu macam mana sebab perangai macam junaid. yang perempuan ni. takkan la dia tak perasan ada orang dalam toilet tu. ignore je la. kalau bab ice breaking, nnt la. 

baru masuk tak cukup seminggu dah buat gaya macam tahu semua. nasib baik bukan bawah aku. maksudnya arkitek, jadi aku tak perlu nak mesra sangat. nanti dah lama-lama pandai2 la..weh, baru sebulan kerja. banyak benda aku nak adapt. kerja. orang lama. orang baru. rules. kalau ikutkan semua tu, rasa tak nak kerja situ. tapi sebab pengalaman, kene teruskan. 

lagi sebab ramai sangat, nak solat pun susah la. kalau ikut total ada dalam 16 orang staff, tempat solat tu muat satu orang je. aku baru je set rule to myself, solat awal supaya tak berebut. tengok2 ada juga yang buat perangai sama. gaya macam duk sekolah pula. 

dan aku punya alasan, boleh anxiety kalau tak buat rules mcm tu. aku masuk kerja tu sorang-sorang je. diorang tu masuk praktikal 5 orang. memang lain la. sabar je la. 

lagi satu budak praktikal, yang aku rasa diorg ni buat kerja tak serius sangat. aku tunggu masa je nk tegur biar serius. cuma tak kena masa lagi. macam pegi site, ukur bangunan dua tiga kali pergi. kalau aku, aku memang tegur la. bila aku nak assist cakap dah tau. biar lah. aku bukan bos dia. bos dia yang perlu guide dia. bukan aku. 

ok, lah itu je la untuk mac ni. esok dah april. 

Saturday, March 20, 2021

Minggu Ketiga Kerja

 kerja ok. aku pun dah ice breaking dengan staff semua dan ada seorang staff resign. Sekejap je kenal tapi rasa macam dah lama kenal. sebab dia jenis yang mesra. dan buat kerja pun macam bagus. 

cerita minggu ni aku kene guide budak praktikal design roof. bila sama-sama buat rasa macam satu kejayaan. puas hati juga la. sebab aku pun dah lama tak sentuh design ni. 

dah office kecoh pasal gula-gula aku. aku jadi lubuk makanan. ada sahaja makanan aku bawa. aku rasa macam puas hati kalau ada makanan depan mata walaupun tak makan. seronok. bila orang makan. orang datang dekat meja aku semata nak gula-gula. seminggu tu boleh habis stok. ok je. nanti dah gaji aku beli stok baru pula. tak berkira dan tak kisah pun. sebab aku nak create bonding dengan mereka. 

kalau cakap nak stay ke tak, aku tak nak fikir. bila dah sampai masa aku buatlah keputusan tersebut. walaupun ada yang mempertikaikan gaji rendah sangat. aku macam terfikir apa yang aku cari, aku macam terima dan ok dengan gaji sekarang walaupun rendah. aku rasa aku macam dah capai good life atau mungkin kebahagiaan hidup. bebas hutang. pakai kereta buruk. aku macam tak kisah. kalau orang sibuk nak pakai kereta baru atau nak beli rumah, aku tak rasa itu keperluan untuk aku. walaupun bujang, ada saja yang cakap beli buat aset. entah. aku tak ke arah itu. 

nak beli baju pun tak teringin. ada la macam nak cukupkan bilangan baju tapi tak rasa perlu atau nak sangat. tudung pun aku dah beli banyak tahun lepas. baju kurung pun dah cukup walau warnanya tak sempurna. ha-ha. tak kisah. 

aku jadi macam terfikir, setiap orang berbeza apa yang mereka nak capai dalam hidup. nak gaji tinggi. nak gaji setaraf dengan kelayakan akademik. aku jadi termangu sekejap. aku perlu demand ke kalau ikut kelayakan. entah, biarlah. aku ada teringat seorang kawan cerita tentang kawannya yang berubah kerja. juga berubah pendapatan dari setinggi pendapatan setahun ke serendah setahun. dia suka bertukar kerja sebab dia tak jumpa kerja yang sesuai. jadi ia satu inspirasi untuk aku. 

goal utama aku nak dapat lesen Ar. jadi, asal kerja. asal gembira. asal tak rasa terbeban.  mungkin juga sebab aku duduk dengan keluarga. itu kebahagiaan yang aku rasa. macam hati ke hati denga del hari tu. umur dah lepas 25 tahun akan berfikir beza. itu yang aku boleh cakap. dan kalau dah kerja macam tempat. itu yang buka mata dan minda. 

Saturday, March 13, 2021

Ice Breaking Akhirnya

 setelah dekat dua minggu kerja, umi kata aku berjaya ice breaking dengan orang ofis. dua minggu ni aku stress juga la tak da orang nak berbual dengan aku. masa kerja memang aku kerja je. ada masa rasa nak mengunyah. jadi aku beli gula-gula untuk makan waktu mengantuk. 

siapa tahu, dengan satu pek gula-gula orang mula datang pada aku. macam aku ni gula diorang ni semut. aku macam la, kalau tahu lama dah aku bawa. diorang ni makan gula-gula juga. kenapa la sebelum ni tak da orang yang bawa. stress aku. 

ofis lama pun memang aku akan ada stok makanan untuk mengunyah. kalau tak gula-gula, biskut raya. macam-macam la. dan ofis lama, kitorang suka order food panda. tapi dekat sini lain pula caranya. order makan tengahhari lambat dari waktu rehat. aku tak suka panjangkan waktu rehat. sebab rehat-rehat. bukan macam dapat nasi kira rehat. 

jadi, itu je la progress kerja baru aku. memang akan ambil masa. 

sebab har-hari balik 5.30, balik tu terus penat. malam aku rehat je la. layan phone je. konon nak update blog pun tak sempat. otak rasa jem teruk. memang tak nak hadap laptop dah. bila dekat ofis pun terhad untuk layan chrome ni. sebab ada mata-mata yang duk tengok. kene jaga privasi aku. aku tak nak orang tahu aku suka buat apa. kalau shopee tu ok je. tak kisah sgt. tapi kalau buka blog nk update mcm...hmm..plurk pun sama. fb aku tak bukak dalam laptop. bukak dalam phone je. 

dan nak main game pun tak sempat. nak belajar cina pun mcm aku belajar satu app je. sebelum ni ada 3 atau 4 apps aku belajar mandarin ni. jadi slow balik. susah nak consisten. exercise pun aku cuba consisten. cuba cukup 6000 step tu. cuba kekal aktif. 

tengok la minggu depan pula. kerja ok je. untuk tempoh 3 bulan tu, aku tak tahu aku nak stay ke tak. semoga baik-baik sahaja. 

Berita Sensasi

 isnin pagi lepas, 8 Mac, aku siap awal nak pergi kerja. selalunya aku buka wassap bila dah sampai ofis. tetapi pagi tu, aku ada masa sebelum panaskan enjin. aku dapat berita kehilangan akhwat. dan nama yang disebut aku seperti kenal. aku jadi risau. sebab berita kehilangan. 

kemudian, lepas masuk ofis. aku follow lagi. tanya kawan-kawan ada dengar berita atau kenal akhawat tersebut. lepas beberapa jam, dapat tahu dia dijumpai tetapi telah meninggal dunia. memang meninggal impak juga pada aku. dia tidak selamat. itu sahaja aku boleh cakap. 

kemudian, aku jadi curious untuk tahu berita tentang dia. ia menjadi liputan akhbar tempatan. aku ikut untuk tahu berita terbaru. kakak aku kenal arwah. dan ayah pun pergi ke majlis pengebumian dia. 

cerita -cerita lain aku tahu tetapi hanya itu saja. aku tidak share pada sesiapa. sekadar untuk pengetahuan aku. setakat berita yang aku ikut, dua malam sebenarnya aku terkesan. aku mimpi dua kenalan aku

 meninggal. meninggal yang menjadi misteri. begitu lah terkesannya berita arwah pada aku. 

aku patut tulis sebab minggu ni aku mula mimpi pelik-pelik. dah lama aku tak mimpi pelik-pelik ni. seminggu ni je aku mimpi yang macam-macam. kesan dari kisah arwah dan keadaan keliling aku. benda aku dah lupa pun boleh mimpi balik. mimpi tu aku rasa macam real. tapi bila dapat tahu ia hanya mimpi aku rasa lega. sebab ia hanya mimpi. 

dan bila aku dah sedar, tahu ia hanya mimpi, aku lega dan aku dah tak fikir sangat. selalunya aku jadi fikir balik yang buat aku stress bila ingat mimpi tu. sekarang dah tak fikir sebab mimpi je. tak yah nak serabut otak nak fikir. 

pasal arwah pula, aku kenal sekilas je, pernah jumpa sebab dia satu uni dengan kakak aku. aku rasa macam pernah jumpa dia. dan masa duk kl dulu pernah jalan-jalan ke rumah sewanya. jadi aku pernah bertemu dia. aku kenal sedikit pasal dia. sebab tu aku jadi terkesan dengan berita arwah. sebelum ini, ada je berita kematian tetapi aku tak ambil tahu sangat sebab tak berapa kenal. 


Dating Jumaat Lepas

 elok pkpb habis, boleh rentas daerah. janji dengan del nak keluar sarapan dan jalan-jalan. mula-mula risau juga kalau tak dapat rentas daerah, waktu tengah rancang tu. kemudian keluar berita boleh rentas daerah, lega la sikit. 

pagi jumaat tu sarapan dulu dekat kawasan rumah del. kemudian ke pantai senok. sampai pantai, pergi ke hujung pantai. tak pergi ke kawasan banyak pokok. duduk santai-santai dengan del. 

kemudian, kami berbual macam cerita. aku dan del sama. masih belum temu jodoh. tapi duduk dengan famili dan bekerja. dia cakap dah bahagia dapat duduk dengan famili sebab mak dia tak berapa sihat. bila adik beradik ada dekat rumah mak pun rasa bahagia. tak kisah lah gaji berapa pun. asal boleh duduk dengan famili. hilang rasa stress.

 del pernah duduk kl. dan aku pernah duduk johor. pernah rasa duduk sorang. sorang maksud jauh dari adik beradik. keluarga. lain rasanya bila dapat duduk dengan keluarga. 

dan del juga cerita pasal jodoh, kalau dapat lelaki tu nampak soleh bagus agamanya tapi tak bertanggungjawab. tak boleh memberi nafkah, tidak pandai mencari pendapatan atau menanggung keluarga baik tak payah kahwin. aku beritahu del, itu lah yang aku fikir lepas dah lebih umur 25 tahun. tak fikir nak seronok kahwin dah. dah boleh fikir dengan matang dan serius. 

lagi-lagi kalau dapat mertua yang tak ngam, banyak benda nak fikir. ipar duai yang jenis banyak gossip. depan lain cakap lain. dan de pun dah merasa menjaga anak sedara sebagai suri rumah. del boleh faham kenapa suri rumah boleh stress. jaga anak bukan senang. aku setuju denga del. 

kami berbual sesuatu yang serius dan aku rasa del dah matang. beza aku dengan del, tak da orang tekan bila nak kahwin. bila cakap tak nak kahwin, tak ikut sunnah pula. aku bukan cakap tak nak kahwin tapi belum ada lagi. del cakap rela tak kahwin kalau dapat lelaki yang tak boleh jadi ketua keluarga. bukan tak nak kahwin langsung. kalau ada lelaki yang jenis pemikiran tertutup, malas, dia rela bujang. itulah maksud del. nak cari lelaki yang baik tu bukan senang, ada tapi kena betul-betul pilih, tapis terlebih dahulu. 

aku dan del bersetuju, kalau dapat jodoh yang kerja petani, kerja kampung kami terima asal dia pandai dan usaha cari pendapatan dan bersungguh-sungguh membina keluarga. kami tak pandang yang kaya dah. walaupun pendapatan cukup2 makan, kami terima. sebab tu tak salah kalau nak yang kaya. kena tahu kenapa nak lelaki kaya. kalau hensem tu pakej la. 

bila cakap denga del, buat aku teringat 100 soalan ketika pre-marriage course tu. ok ke kalau dapat duda atau yang dah isteri? ada orang akan terima sebab dia mampu. kita tak perlu susah kerja tampung keluarga. ada juga soalan bahagian kewangan. kena tahu flow money dia sebulan. kerja apa. berapa pendapatan dia. ada setengah orang tak tanya dan tak tahu. tapi aku kalau tengok pekerjaan dia mungkin bawah dari gaji aku expect jadi perlu untuk rancang kewangan. 

itu je la yang boleh aku simpulkan. 

Friday, March 05, 2021

Minggu Pertama Kerja Dan Mac

 sebab dah janji nak tulis pasal kerja. kene tulis la. ingat langkau sekejap. cerita benda lain. kita tulis lain hari pula la. ada la dua tiga benda nak tulis. he-he. 

cerita pasal kerja ni, seminggu kerja ni semua benda aku kene buat. Dari site visit, meeting dengan client dan submission. Dan projek yang aku buat pula bukan dekat Kota Bharu ni tapi Gua Musang. Dan drawing submission pun aku kene buat tapi aku rasa mcm seminggu tu susah la, nak edit dan amend lagi. design tingkap pun tak confirm lagi. lepas tu tengok wall tu macam tak confirm juga. banyak benda nk kene settle kan. seminggu memang tak cukup sebenarnya. 

dan aku rasa aku macam slow sikit buat kerja. bukan apa sebab banyak nak kene fikir. layout dia, layer dia. lagi dia tak da format pening juga la aku hadam benda tu. jadi, banyak la stuck, pastu kene refer 3d, mmg seminggu buat gila la. dah la tak da orang boleh guide. semua kene tanya kawan-kawan. adoii..sabar je la. 

sekarang aku tulis memang tengah fikir mcm mn nak siapkan by isnin dan selasa print tu. banyak kerja aku kene susun. penat. memang la kerja tu duit. duit tu masa. masalahnya rushing-rushing buat aku takut ada masalah nanti. aku ni particular kalau buat drawing. semua benda aku nak tunjuk detal. 

kerja satu hal. nak adapt dengan orang ofis lagi. minggu ni pula,ada budak praktikal 4 orang. jadi ramai pula dekat ofis tu. adalah dalam 15 orang. katanya ada lagi. aku rasa sakit kepala sekejap. rasa macam serabut ramai2. dah la dengan kawan ofis belum ngam lagi. aku down juga la tak da orang nak cakap dengan aku. 

pastu nak lunch lambat, aku rasa nak jadi mcm rimau. sebab lapar sangat. kemudian aku decide makan pagi sebab aku lapar lagi tak boleh fokus. boleh je buat tapi perut tak selesa la. jadi terganggu sekejap. 

dan keje dekat kelantan ni, isu air la. ramai-ramai toilet dua tapi tangki satu kecil. rasanya. macam tak cukup la. last-last zohor je aku solat dekat ofis. asar solat dekat rumah. habis kerja 5.30 terus cabut sebab nak solat dekat rumah. rasa macam tak selesa. mula-mula rasa jem juga la otak bila fikir tak ada air. balik rumah baru boleh fikir apa patut buat. 

dan aku decide do my own work. nanti lama-lama boleh la sesuaikan diri. bila aku ingat balik, duk aussie tu pun setahun baru aku boleh buat kawan. ni kerja lagi la. kalau ramai tunggu la dua tiga bulan lagi. no rush. keje dekat johor tu ok sebab orangnya pun peramah. mesra, ajak berbual santai-santai. aku macam eh, boleh eh berbual. ha, gitu. dan aku pun beritahu mereka, aku kalau nak adapt amik masa. tiga bulan probation tu untuk kerja je. untuk orang aku rasa lagi lama. biar lah. aku selesa begini. 

aku tak nak fikir benda-benda tu, nnt buat aku stress kang tak pasal-pasal rasa tak seronok pergi kerja.  benda tu memang amik masa. so, aku keep calm myself. sebab dua minggu ni rasa anxiety nak datang balik. so, aku aware the situation. 

oh lagi satu aku kene ddrive pergi kerja. sebab aku je yang kerja. umi dan ayah dah pencen. jadi, kene la mula balik memandu sendiri. dan aku drive manual ok. awal-awal anxiety dulu takut nak drive takut terlepas clutch boleh langgar orang. sebab tu perlu aku control anxiety aku tu. ha, gitu. 

aku tak jadi nak tulis panjang-panjang sebab aku dah rant dalam plurk dan orang-orang sekeliling. 

satu lagi, hari isnin tu junaid ke emergency. mmg nak rasa anxiety jugak la kalau dengar atau tahu dia ke emergency. cukup la dia masuk ICU tu. and all those incident pun berlaku dalam bulan yang hampir sama. it was like anniversary in the hospital. i not ready for this. 

dan junaid dah discharge dah hari khamis. lega la. tiada apa-apa yang serius. 

Wednesday, March 03, 2021

Bila Tengok Feed

 nak cerita pasal kerja tapi nanti dulu la. ha-ha. banyak sangat benda nak cerita kalau pasal kerja ni. rasa nak jerit jee....

ni cerita pasal skrol FB pastu tengok pasal kawan-kawan. ye, kawan-kawan yang aku dah tak nak kawan. ha-ha. kawan-kawan yang dah kahwin, cerita pasal anak masuk darjah satu. rasa macam, anak kau dah darjah satu masuk sekolah rendah dah. aku still single. a little bit down la kan. jadi, bila dah kerja ni tak da la nak tengok sangat FB tu. 

masa kerja, bukak FB dekat apps sebab tak nak distract sgt kalau bukak dekat web. dekat web still bukak shopee. ha-ha. sebab kalau bukak FB dekat web nanti asyik nak tengok FB je padahal ada benda lain boleh buat. 

anak dah sekolah satu hal. pastu naik pula kawan dah temu jodoh. aku tak da la rasa down. sebab aku dah lama tak tegur mereka ni. jadi aku like je dan comment. means, i mean it bila komen dan menunjukkan aku gembira dengan fasa hidup baru dia. tak dengki pun. cuma sebab tak rapat, aku mcm tak nak lah tahu apa-apa pasal dia. cukup gamba tu saja. 

itu je la kot cerita pasal social media. 

oh, aku ada dengar podcast cerita pasal instagram, yang mungkin akan pupus. tak tahu la. kalau tanya aku, tak ada apa-apa yang menarik di instagram. tengok gambar semata. he-he. sama juga dengan tik tok. nampak sangat lame, tik tok tu boleh je bukak dekat web. hari tu try tengok. walaupun tak da akaun masih boleh tengok yang trending. ok la. 

noob la sebab semua tu kan orang pakai apps. jadi, bila boleh buka dekat web - google chrome, mind blown sekejap. haha. nampak sangat semua orang bergantung pada telefon ni sekarang. 


Saturday, February 27, 2021

Eh

 lepas dapat kerja, skrol FB...eh, banyak pula iklan ikut kelayakan akademik aku ni. rasa, YA ALLAH, dugaan apakah ini? aku bersangka baik, sebab nak kata rezeki tu...kalau ada, dapat lah. Aku pun tak adalah tamak, nak berhenti kerja sekarang. Sebab aku pun dah decide untuk stay sampai raya. kira Allah dah mudahkan urusan aku yang tak ready kerja luar kelantan, jauh dari famili - umi ayah sebelum hari raya. 

aku rasa mungkin sebab aku dah pernah beraya 3 tahun di Aussie dan tahun 2019, aku balik cuti raya lambat. jadi aku tak nak terlepas peluang hari raya jauh dari famili. adik beradik aku pun ada yang tak dapat balik. cuma aku rasa aku tak kuat, itu sahaja. 

iklan kerja kosong tu banyak la juga kalau dah lebih 3 iklan kan. dapat ke tidak, tu lain kira. bila cerita dengan adik beradik, mungkin diorang tak faham. lompat kerja, cari kerja tu semua penat. penat emosi dan fizikal dan mental. mental masa cari kerja tu berperang macam mana kalau tak dapat, diorang tengok kelayakan yang macam mana, betul ke email aku hantar, isi email aku ok ke tak. gitu la. emosi pula, ala nak yang macam ni, apply je la. fizikal pun penat kalau lama duk mengadap semua jawatan dan nak betulkan resume. 

bila pergi interview tak da masalah sangat untuk aku. sijil semua settle. lepas ni aku buat copy je la supaya bila diorg minta aku boleh bagi. portfolio pun kene print siap. dan bawa laptop. kalau boleh angkut semua. gitu la. lain profesion lain la keperluan yang perlu dia sedia untuk interview. 

lepas tu, kalau dah dapat kerja nak kene adapt dengan sistem company tu, staff -staff dia semua. kalau ramai lagi la amik masa. kalau kau jenis introvert pula kau akan teragak-agak nak tanya. sebab kau tak familiar lagi dengan keadaan tu. 

so, aku let go je la iklan semua tu. aku macam lepas tiga bulan la fikir balik. jangan semakkan kepala dengan benda yang kau tak boleh kawal dan kau tak pasti. aku dah settle down dengan kerja sekarang. tunggu lepas tiga bula pula macam mana nanti. 

kerja sekarang, aku rasa ok. aku tak rasa pressure. aku tak da perasaan tak nak. aku move forward and looking forward. dan otak aku pun dah settle down nak fikir future tu rasa penat la jugak. sebab tiga tak kerja ni memang otak banyak fikir. so, aku rasa bagi otak aku rehat sekejap. 

Friday, February 26, 2021

Dah Kerja

 Sebab orang asyik tanya aku dan aku pun macam malas nak fikir, apa-apa iklan jawatan kosong aku minta. ada dalam bidang aku ada tak. aku macam hantar je resume. dapat ke tak lain cerita. kalau dah dapat interview, kita fikir lain. 

Jadi 3 hari lepas, aku pergi interview lepas dapat panggilan telefon. pergi interview tu memamg jawatannya bawah dari kelayakan akademik aku. tapi sebab aku nak kerja, aku minta dan aku pun terima je jawatan tu. sebab aku tak kerja, kira boleh masuk kerja bila-bila masa terus dia minta aku masuk kerja esoknya. Umi bergurau cakap nasib baik tak suruh masuk kerja terus lepas temuduga tu. kalau tak, memang aku rasa tak boleh nak hadam. 

aku sebenarnya mintak masuk minggu depan sebab aku nak susun balik rutin aku. Tapi bos dia nak juga aku masuk awal dari orang lain. orang lain tu ada lagi pekerja lain patut masuk kerja juga tapi masuk lambat sikit. Dan bos ada kerja urgent yang nak aku buat aku. masuk-masuk dah ada kerja nasib tak kena pressure. aku dapat siapkan kerja tu juga. walaupun tak berapa bagus bagi aku, tapi aku puas hati sebab arkitek dia boleh terima design aku bagi. entah. 

masa aku interview aku, bos besar ada tanya pasal latar belakang pendidikan aku. aku terpaksa buka cerita aku ada master, sebab bos besar dia tidak memandang rendah pada kelayakan akademik aku. aku macam trauma sedikit la kalau nak interview dekat kelantan ni. 

betul la apa yang aku cakap dengan kawan sekerja aku, kalau ada yang pernah kerja luar kelantan atau luar dari negeri dia membesar pemikiran dia memang berbeza. dia lebih terbuka dan ada pengalaman yang berbeza. dia tahu bagaimana nak blend dengan environment dan juga boleh create environment yang berbeza. saling boleh komunikasi. 

entri sebelum ni cerita pasal situasi sebelum kerja, bila dah kerja memang rutin aku terus bertukar. aku kene cari masa exercise. sebab aku nak sihat dan maintain kewarasan aku. ha-ha. nak tukar dari rutin hari ini ke rutin lain tu amik masa sebenarnya. 

cerita amik masa ni, aku kerja pun ambil masa dekat setahun baru boleh adapt. harap-harap aku boleh adapt cepat dengan kerja baru ni. dan ada budaya kerja yang sihat. itu je la. 

last, aku pun macam tak sempat nk update blog tapi kene maintain juga rutin yang ni. walau bukan hari-hari tapi aku ada target kene update blog. dan juga cerita yang aku tulis, lari dari goal aku la. so, kene pelan kayuh dan susun balik target dan rutin aku ni. bagi masa pada diri sendiri juga. 

Tuesday, February 23, 2021

Pilih Kerja

Macam aku sebutkan dalam entri yang dulu, aku dah berhenti kerja di johor. 

Kemudian, aku rancang nak kerja di KL dan duduk dengan cik bah. Disember aku rileks dulu. hujung disember, Hud dan Mus'ab balik. Jadi, aku macam distract sikit. Tak boleh nak fokus sebab ramai orang dalam rumah. Bukan sebab tak da privacy tapi aku macam raikan quality time dengan adik-beradik dah lama tak jumpa. Jadi, aku nak spend masa betul-betul la dengan semua orang. masa tu je mereka ada dengan aku. 

so, bila diorg dah balik. Januari. Elok je semua orang balik, PKP. jadi tergendala la rancangan asal aku. Tuhan lebih mengetahui kan. Dia lah perancang terbaik. Hikmah apa, aku belum jumpa lagi. 

Habis januari, masuk februari. aku macam keliru dan lost la jugak. kalau tak dapat kerja KL, apa aku nak buat. selain kerja dalam seni bina, apa aku boleh buat. apa skill yang aku nak improve. jadi, sela-sela masa yang ada aku apply sahaja kerja yang dicadangkan semua orang dan mana-mana kerja yang diiklankan. 

tarikh entri ni, aku pergi interview yang mana aku rasa banyak benda nak fikir sehari sebelum. What if tu banyak sangat. Tapi what if aku waktu tu, kalau dapat, nak kerja tak. aku ready ke? dia nak amik aku ke? aku pun ragu-ragu dengan kemampuan aku. lama duduk rumah pun aku jadi kurang keyakinan. 

kemudian pula, dalam fb banyak pula naik pasal PHD tak dapat kerja. PHD holder yang bagi nasihat la. semua yang mereka cakap semua tu betul. Macam aku. aku tahu tak mampu nak jadi runner. aku pun cari skill lain yang ada. nak berniaga, sungguh aku memang tak minat dan bukan kemahiran aku nak pujuk orang beli barang aku. aku lebih suka buat benda tak perlu jumpa orang. 

mungkin yang menulis tu dia nak meluahkan saja. tak perlu orang nasihat. macam aku bila dah curhat dengan kawan-kawan yang faham situasi. hati aku macam lega sebab banyak aku fikir berselirat dalam kepala otak. sebab masa aku fikir macam tak boleh. aku tak nak. bila dah luah baru la aku nampak. seperti terkurung dalam rumah. bila dah luah tu macam baru dapat keluar dari rumah dan nampak situasi sebenar. dan mereka memberi dorongan untuk aku minta apa-apa kerja. aku improve dari segi resume aku. walau ada master, aku tak letak. tapi masa interview aku beritahu jujur. aku rasa komunikasi tu penting. 

dan forget to doa dan luahkan pada Allah apa sahaja yang kau rasa. Tak kira masa. Sambil aku jalan-jalan exercise tu, aku luahkan sebab masa tu fikiran aku memang kosong. 

satu lagi, aku memang ada terfikir untuk keluar dari bidang aku. tapi Alhamdulillah, Allah led to me this field. Jadi aku masih dalam bidang aku. aku juga pegang, kalau memang rezeki, adalah untuk aku. 
aku duk fikir nak buat business makanan dah. nak jual dumpling tapi tak jadi. memang belum masanya lagi lah jawabnya. 

and aku bersyukur sangat-sangat. Esok dah kerja. Aku masih lagi rasa surreal. 

Thursday, February 18, 2021

Sebut Je Asal Orang Faham

 dua tiga hari baru ni viral pasal menteri salah sebut perkataan inggeris. 

aku ni, cakap melayu pun orang tegur. aku typo pun orang tegur. semua salah cara aku sebut. tapi orang lain aku tak tegur pun. aku diam je. sebab aku faham dia sebut apa. dan biar lah dia nak sebut macam mana pun. 

cakap bahasa melayu pun salah. sebab aku orang kelantan, aku sebut cara aku sebut ikut negeri aku. dah orang negeri lain sebut lain. biar lah. down weh. kira apa saja aku tulis, aku sebut, aku buat ni orang duk perati. Penat pun ye. dan kita rasa semua benda aku buat tak kena. typo pun normal. dah keypad dalam phone tu kecik..faham je la. tapi tu la orang suka sangat point out salah orang. salah sendiri tak sedar. sampai siap ada defend mechanism. 

jadi, aku macam hai..bukan menteri je kene. aku pun ni pun dah lali. kalau tanya perkataan yang pelik sikit pada orang yang tegur kau pun tak tahu. so, buat tak tahu. setakat tu je ilmu dia. 

ni belajar mandarin ni..lagi orang suka tegur sebab dia ada tone dia. aku pun tak hafal. malas nk hafal. yang selalu tegur, end up. aku ignore je. diorang speaking asal aku faham, aku layan. aku bukan jenis tegur grammar. aku maybe tegur ejaan. bukan sebutan. sebutan tu boleh improve bila kau da belajar listening tu. kira dengar lagu ni, membantu. 

ha, cakap pasal lagu. lagu cina ni dia pakai traditional. lain sikit la. kalau nak faham. lagi la kau keliru. huhu. aku pun dah cuak, aku dah salah faham maksud lagu tu..tapi..aku boleh buat ayat yang aku faham..kira ada pencapaian la..hehehe. 

Tuesday, February 16, 2021

Bahan Tak Sempurna

 Muhammad kata dia ada berjela list nak suruh aku masak. 

pertama, nak suruh aku buat carrot cake. dah pesan barang dengan umi,  sekali kedai aunty tutup. tak boleh buat. terpaksa tangguh. ingatkan sambil sambut hari jadi amad boleh makan kek. cream cheese tak da. kedai lain pun tak da. 

kemudian, Ali dan Junaid pulak cakap apa benda lasagna. jadi, aku determined nak buat. sebab mereka cakap pernah makan tapi tak tahu nama. jadi, aku cuba cari resepi. kirim barang dengan umi lagi sekali. umi cakap tak ada. lasagna pun tak da. tak jadi lagi. 

bulan tiga ni, aku ingat nak buat R&D resepi dumpling. dumpling bahasa melayu dia aku tak ingat. yang ni sebab aku duk tengok youn stay dan variety show korea asyik makan mandu diorang. pastu kawan-kawan cina aku pula, sambut raya cina makan jiao zi ni. meleleh la nak makan. last makan dulu masa duk aussie. si kawan buatkan. ada vegetarian dan daging. 

rasanya tiga menu ni je dulu aku nak. oh, aku ada jumpa resepi maggi aku rasa umi boleh buat. bendi masak udang. macam menarik je. nanti nak share pada umi. 

Monday, February 15, 2021

Macam Tak Buat Apa-apa

 Ingat nak buat entri raya cina, tapi aku tak da idea nak tulis. Duduk rumah, apa lah sangat cerita yang boleh aku share. Cuma aku stumble dengan youtube BCL cerita dia melangkah lagi. kira dia move on. dan aku tengok juga pasal Dewi Sandra. 

Aku bukan fans pun, cuma cerita kehidupan mereka menarik. Jadi artis ni pun bukan senang sebenarnya. Aku bukan nak cerita pasal mereka ni. Tapi ujian kehidupan yang mereka hadapi pun sama macam manusia yang lain. 

Jadi, aku buat aku reflection lagi. Sebab sekarang ni, aku duduk rumah dah tiga bulan, jobless. Ada masa aku rasa aku ni teruk sebab aku tak buat apa-apa. ye la, orang akan nampak tak buat apa-apa. padahal aku ada rutin ada je aku nak buat. macam dua mingg ni. aku aim nak siapkan 3d yang buat aku puas hati. kira aku 3d yang aku buat sebelum ni tak berapa memuaskan hati aku. sekarang ni pun aku stuck balik. aku tak jumpa teknik tu. kene amik masa. semoga aku boleh siapkan dalam minggu ni. 

Sebab aku jobless, aku rasa macam down juga la. sebab covid-19 memang susah nak cari kerja. pastu dengar pula usrahmate dapat kerja. dua orang pulak tu. seorang dapat panggilan dari kerajaan. sorang lagi dari bukan dari bidang dia. memang boleh dapat. tapi untuk kerja aku lain. dan aku pun macam tak nampak jalan. 

bila tgk dua artis cakap pasal kehidupan, aku jadi mungkin ada hikmah aku tak kerja lagi. untuk aku ingat masa mac dan april lepas memang aku rasa aku takkan kembali waktu itu. Aku memang hilang atau tidak tentu arah. sebab tak boleh fikir dan tak nampak jalan keluar. Jadi, sekarang ni untuk beri diri aku dan minda dan jiwa tidak lagi terjerumus dalam perasaan itu lagi. aku rasa bersyukur. macam aku cakap sebelum ini, badan aku stress tapi sebab makan ubat aku tak rasa benda tu. cuma apa yang aku rancang tak seperti aku nak. mungkin sebab itu. 

sekarang ni aku kene tukar balik cara aku berfikir. buat connection dengan tuhan dengan lebih dari orang lain. banyak berdoa dan meluahkan padanya those feeling and thoughts that i have. aku sekarang cuba fikir bukan lah teruk sangant tak kerja tu, tak dapat kerja. aku ada masa untuk perkara lain. mcm buat 3d, menulis balik dan belajar mandarin. dan mungkin ini sahaja masa lapang yang aku ada, mungkin lepas ni aku akan jadi sibuk balik. 

aku kan nak amik exam part III, nak pergi haji, nak pergi travel dan banyak lagi aku nak buat. masa ni je aku ada dengan keluarga. mungkin lepas ni lagi susah aku nak balik rumah dh. 

dan aku tak tahu masa depan aku mcm mana. ada masa aku rasa pasrah dan putus asa untuk sesuatu perkara tapi divert untuk fokus buat benda yang aku nak. goal aku. dan juga aku fikir mungkin juga aku belum sedia. 

semua aku tulis ni, aku baru dapat fikir dua tiga hari ni. waktu buat 6000 step tu pun aku tak fikir pun. hanya fikir nak cepat dapat 6000. mungkin aku patut guna waktu untuk berfikir benda yang buat enjoy. 

Thursday, February 11, 2021

Pre -CNY 2021

 Semalam adik aku dah mula cuti sekolah. Aku ingatkan petang semalam orang cina akan makan besar. sekali salah tarikh. malu aku dengan kawan cina tu. kawan cina tu aku kenal online. orang pertama yang tegur aku dalam apps tu. sampai sekarang masih lagi kawan. tapi dia lelaki la. dia suka aku ke aku malas nak fikir. lepas kejadian kene scam tu, aku jadi suspicious kalau ada lelaki yang muka elok nak kenal dengna aku. mesti ada motif. memang pun. nak ambil kesempatan dengan pengetahuan aku. bosan. so, aku layan je la. malas nk fikir. 

balik pada tajuk, tak ada pa nak cerita pun. cuma tiap kali raya cina, masa kerja aku dapat lebih cuti banding orang lain sebab company cina kan. jadi, dapat la extra cuti. tengok office la. kalau tak da orang, bos tak masuk. panjang la cuti. kalau tak pendek je. selalu nya aku takkan apply cuti, aku tunggu cuti dari office dulu baru aku decide nak cuti berapa hari. ha-ha. sebab nak simpan cuti raya pulak. 

dan lagi yang seronok CNY, akan dapat la ang pao atau hadiah dari bos. tu yang seronok kalau kerja dengan bos cina. setakat ni aku dapat bos yang baik. banding orang lain dapat bos yang teruk. syukur. cuma tu la last aku keje hari tu bos aku dah tak suka aku sebab aku sentuh kesayangan dia. itu je la. yang pahit untuk aku telan. 

penat-penat aku buat kerja orang lain dapat nama. gaji naik. boleh mintak advance lagi. aku ni, asyik nampak macam main-main saja. biarlah. aku pun dah berhenti. tapi tiap kali CNY aku ada memori yang baik la untuk aku ingat. 

itu je la kot untuk entri kal ini. lagi panjang aku tulis, lagi aku ingat bad memori tu. malas nk ulas. biarlah ia berlalu sampai aku lupa terus. aku nak ingat yang baik baik sahaja. 

Sunday, February 07, 2021

PKP 2.0 Duduk Rumah

 Sebab masih PKP aku masih duduk rumah. kerja yang aku nak cari Part II masih tiada iklan. aku hanya pohon bergantung pada iklan. kalau nk minta setiap firm tu aku tak berani lagi. tak da kekuatan lagi. setakat ni aku pohon jawatan kerajaan. kalau dapat aku lepaskan dulu, untuk buat persediaan peperiksaan Part III. kalau betul ada rezeki ada la. sekarang ni, aku nak ada pendapatan je dulu. kalau boleh kumpul duit untuk beli dekstop atau yang mana perlu dulu. 

aku memang tak da connection dengan orang. kalau ada pun, aku tak rapat dan aku segan nak tanya. tunggu la dulu. kalau COVID -19 dah kurang baru aku minta betul-betul. sebab COVID -19, aku macam down juga la. tak pe la. aku tak rushing. malas nak fikir banyak. aku tak nak serabutkan kepala otak. lagipun aku tak da commitment yang perlu consistent ada pendapatan. kalau ada commitment memang aku kerja je la apa-apa. 

jadi, sekarang ni duduk rumah je la. rutin aku sekarang ni bangun subuh, kalau mengantuk aku sambung tidur. aku masih tak boleh buat rutin tidur lebih awal dari pkul 11. susah betul. dah tidur, aku bangun, dhuha, sarapan dan mandi. kemudian mengadap laptop atau phone. 

kalau ngadap phone, sama ada tengok drama (cina) korea atau aku belajar mandarin denga apps aku download. aku pakai 3 apps sekarang. dan wechat pun aku ada kawan cakap cina. kawan cina aku cakap aku ada improvement. sebab aku paksa cakap cina. aku cuba cari topik nak cakap. aku sekarang dah belajar buat ayat-ayat ringkas dan pendek. tak perlu complicated sangat. kalau complicated nnt, aku la yang macam pening. sebab aku dah kukuh level 1, aku kena hafal banyak words lagi. dan belajar grammar dia. setakat ni dah boleh tangkap la sikit-sikit. ye la, 3 app kau pakai. takkan tak boleh pandai lagi. ha-ha. 

zohor. main komputer atau phone lagi. sampai asar. lepas asar, sama ada makan dulu atau aku santai-santai kejap. kemudian aku keluar buat skipping. sekarang kaki kanan aku dah start sakit. kene tuam dengan ais. aku tak nak stop buat skipping. aku dah kekalkan momentum ini, aku nak teruskan sampai hujung tahun. setakat ni berat aku maintain 50. aku kalau boleh nk kurang 2 kilo lagi. hehe. kalau boleh. 

bila dah masuk 30 series, badan pun berubah. kalau zaman remaja dulu berat aku 40 nak lepas 41 pun susah. sekarang dah boleh capai 50. kira ok la. cuma aku tak nak obese. ayah ada diebetes so, aku pun carrier la jgak. jadi kene la maintain berat tu. kira bukan aku diet semata nak kurus tapi nak sihat. nanti tak da susah nk buat ibadah. 

selalunya aku sepend skipping tu 15 min dengan 500 -700 skipping. kemudian cukup kan 6000 step. sebab maghrib sekarang lambat, pkul 7 masuk rumah dan cool down sekejap. mandi. ada je waktu aku mandi lepas isya. tengok masa. kalau rasa tight, aku cuba longgarkan rutin aku tu. tak perlu tetap kene mandi waktu maghrib je. gitu la. 

kalau dah maghrib, aku akan tilawah 6 muka dan kalau ada masa aku sambung buat hafazan. dan terus isya. isya lambat nak tunggu rasa mcm lama je. huhu. lepas isya aku ngadap phone je la. kalau weekend aku akan spend masa chatting dgn kawan cina aku. dengan app untuk belajar language. kalau buat hari-hari aku takut aku rasa akan skipp rutine tu. setakat ni, aku happy je dengan rutin sekarang. 

dan sekarang aku cuba selitkan masa menulis cerita pula. ada dua cerita aku aim nk consitent menulis. satu cerita pendek dengan 200words untuk 50 bab. aku nak cabar diri aku tulis sampai 50 bab. dan cerita satu lagi aku mungkin tulis sampai 30 bab. cerita satu lagi tu panjang la sikit untuk satu bab 1000 patah perkataan. 

dan satu lagi aku ingat nak buat 3d, tiga buah rumah tapi tu la. aku penat satu 3d jadi, aku stop kejap. dua lagi tunggu aku siap yang satu ni dulu. banyak rupanya benda nak buat. resume pula, aku kene update tiap kali nak minta kerja. tak da satu yang tetap. gigih tak. 

dan aku inspirasi dari ini. 

#Productivity Life Pro Tip:

-------------✯✯✯-----------------

When attacking a long-term goal, just show up every day. Simply showing up and putting in even a basic effort consistently will get you further than putting in amazing efforts inconsistently.

(Not only will you have more consistent practice/hours logged (and build your healthy-habit/resilience muscles), but you’ll also have the confidence and aggression of knowing you’ve earned the right to have success.

If you feel guilty about the corners you’ve cut, you won’t have that same hunger and tenacity to prove yourself.

Routines also take less mental energy. When your brain anticipates certain responsibilities on a consistent basis, it frees up valuable willpower and energy for actual performance and emergencies.)


-------------✯✯✯------------------


Saturday, February 06, 2021

Zaman Sekolah Drama Cina

 Aku mula layan drama cina ni tahun 2017. Drama apa nanti next entri la aku cerita. 

Hari ni nak cerita pasal drama cina genre sekolah atau zaman muda. zaman remaja. suka tengok drama cina sebab memang la diorang ni kaw-kaw suruh fokus belajar. tapi ada je yang tak pandai. selalunya kalau drama ni, dari tak pandai lepas suka orang ni atau ada pembakar semangat akan jadi pandai dan siap boleh masuk top universiti lagi. aku? hmmm..aku suka tengok je la. rasa nak belajar balik SPM tu tak pe la. sebab aku amik 12 subject. gila banyak, padan la, dengan result aku tu yang tak cemerlang. tapi sekarang pun tetap jadi orang. 

balik pasal drama ni, banyak la drama aku layan. umur 30 tapi masih layan drama zaman sekolah. well, kenangan zaman sekolah ni best. cuma tu la, aku tak da pengalam cinta monyet atau sampai ke jinjang pelamin. rasanya memang tak da. 

drama cina ni, ada yang sebab duduk semeja. diorang tak pe la boleh campur-campur duduk lelaki perempuan. sekolah aku tak boleh. pastu masuk uni sama-sama dan sampai kawen. kalau yang lain, sama-sama belajar. masuk uni terpisah atas sebab keluarga, peribadi dan sebagainya. dan kerja jumpa balik. gitu la. cerita cinta gini memang wujud tapi tak jadi pada aku la. tak pandai kawan. introvert. 

aku ni siap rakan sekolah tak ingat aku pun. dan masa lepas habis SPM kumpul balik pun diorang tak peduli sangat effort aku. dan lepas beberapa tahun aku baru tahu, kalau yang lelaki la diorang friendzone aku. sedih kan. padahal aku nak kawan je. 

lagi pasal drama cina ni, yang menarik perhatian aku diorang punya belajar kaw-kaw pastu kene pilih aliran. sains atau sastera. sama je la dengan malaysia. ada sekali aku tanya budak dari cina berapa subject diorang belajar. sikit je. tak banyak dan tak lebih 10. dalam 5 mcm tu la. bahasa mandarin, matematik. science...lagi aku tak ingat. nanti aku tanya balik. ha-ha. 

diorang punya sistem setakat dalam drama aku tengok la. dia kira markah up to 900 point. lagi tinggi lagi pandai la. lagi tinggi peluang nk masuk top uni. sistem peperiksaan diorang ni sama macam korea. tengok point dan dengan point tu la yang buat kau layak universiti tertentu. so,diorang lebih aim kepada university daripada course. banding dari malaysia. malaysia lebih pada course. tak kisah masuk universiti mana-mana. asal sambung belajar. 

sebab tu cina dengan korea ni, ada yang repeat exam sbb nak masuk univeristi tu. dahsyat la. sampai dua -tiga kali. malaysia cukup la sekali kau amik SPM tu. lulus ke gagal tak kisah dah. 

dan yang menarik perhatian aku dalam cina ni lain dari korea, course yang diorang belajar masa uni tu. bukan medic atau engineering tapi computer programming, IT, Fizik atau Matematik. Jadi, aku macam kagum la. kepandaian diorag ni tak fokus pada medic atau engineering. kira kepandaian diorang ni balance la bagi aku. tak fokus pada course tertentu. tapi mcm sekarang, mungkin sebab duk zaman industri revolusi 4.0, banyak diorang fokus pada computer programming la. duk main code. hack pastu buat calculation pakai math tu. 

bila tengok diorang buat calculation tu, aku rasa aku nak belajar balik matematik. tapi nanti la dulu. aku kene fokus boleh speak mandarin dulu. baru belajar math pulak. aku ni kene buat kerja satu-satu. 3d hari tu aku tak settle lagi. aku tak buat rendering lagi. Nak update resume lagi. banyak la benda aku nak buat. sekarang ni pun otak duk ligat dengan idea nk menulis cerita aku tu.  

Friday, February 05, 2021

Newcastle Playlist

 Lepas post pasal aku baca semula entri-entri blog aku yang lepas. Sekarang, aku dengar lagu ikut youtube music. bila pasal like playlist buat aku teringat lagu-lagu aku dengar waktu aku buat master dulu. waktu awal-awal sambung belajar dulu. waktu sorang2. tak pandai nak kawan dengan orang. aku selalu lepak dekat library. tengok drama dekat library. sbb internet library laju. hi-hi. lepas tu ada meja yg dekat dengan plug dan tempat dia tersorok jadi, boleh nak layan drama. waktu sem break pun aku pegi sampai malam. nampak sangat aku tak da life kan. 


1. sabar dari Brother.

rasanya adik aku yang share lagu ni. lepas tu asyik ulang lagu satu semester. sebagai kekuatan nak hadapi semester tu. yang susah. yang tak faham. yang struggle. bila lagu tu macam pujuk hati. ubat hati. yakin dengan ALLAH. what ever happen. dan bila dengar balik, aku jadi. wow. aku ni kuat juga sebenarnya. persistent la kiranya. kalau dh buat kene buat sampai hati. tak berhenti tengah jalan. 

2. immortals - Fall Out Boys

lagu ni ost movie Big Hero 6. movie ni pun ada sentimental value dia. sebab dalam flight masa aku tak igt balik atau pergi. rasa mcm pergi. jadi, inspirasi la jgak. sebab tak nak sedih sgt, aku duk dengar lagu ni la. lagu macam heavy rock metal gitu. lagu kumpulan ni je la aku dengar lepas tu. sekarang dengar balik, aku tambah kenangan baru. sebab si Mus'ab suka tengok movie ni. aku suka pada abang Hiro sebab buatkan Baymax tu. so, masa buat master tu aku teringin nk sangat ada baymax. yang boleh cek emosi aku ok tak. yang boleh bagi hug dan warm untuk aku. always there sampai emosi aku ok. jadi, fall in love dengan abang dia. sebab abang dia hensem. suara pun hensem. lepas beberapa tahun baru aku sedar suara latar abng hiro tu. mmg hensem. dan aku familiar dengan suara tu. ha-ha. 

3. lagu bollywood. yg melo punya dari atif islam. 

aku tak ingat bila aku start dengar lagu ni. cuma aku ingat setiap kali aku duk section 24 hour tu, aku akan pasang lagu ni ulang kali. bukan lagu kuch kuch hota atau lagu lama dari movie bollywood tu. lagu yg ballad aku dengar sbb youtube yang pasangkan secara automatic. sebab aku cakap aku tak perasan. dan sekarang pun masih lagi dengar lagu tu. waktu keje time aku bosan dengar lagu melayu atau dah habis lagu nk pasang. 

4. lagu hamza namira - sabah el khair

masa ni dia keluarkan album baru, lagu album baru ni pun best. so, aku layan la satu album tu. kene dengan jiwa aku waktu tu. dan maksud dia pun sesuai sangat dengan aku yang perlukan motivasi waktu tu. positive word. 

itu je la kot lagu yg aku dengar waktu awal-awal semester. final semester dengan final year aku dengar lagu lain pulak. nnt aku share sbb memang aku buat playlist. kira tiap kali ada lagu aku nk ulang dengar aku masukkan dalam playlist tu. kira banyak lagi dari playlist awal master ni. 

p/s : aku sedang nak move on dan cuba distract dari ingat satu drama yang masih on-going. huhu. 

Thursday, February 04, 2021

Pre-marriage course 2

 sambung hari ke-empat, sesi man are for mars woman are from venus  dengan sihat till jannah. sesi man from mars tu intipati dari buku tajuk yg sama. aku tak pernah baca buku jadi, ia membantu bahasa lelaki dan bahasa perempuan ni berbeza. lelaki lebih kepada problem-solving dan perempuan lebih emotion focus. jadi, kene tahu ketika berbual dengan pasangan tu kene faham apa masing-masing nk capai waktu borak. kadang-kadang perempuan ni nk ckp je. bila dengar sesi ni, aku teringat pasal babak dalam kampung people. razif dan wife tu tiap-tiap malam ada sesi berborak. padahal masing-masing cakap benda lain. jadi, aku boleh paham la benda tu. just talking. sambil nak lelap. menarikkan. 

dan untuk sihat till jannah lebih kepada fizikal. sesi sebelum ni lebih kepada emosi. kalau emosi tak ok nk buat apa dan macam mana nk hadapi stress tu. dan sihat till jannah ni aku belajar tentang fizikal badan manusia. bukan tunggu nk kawen je, buat medical checkup tapi kene consisten check up tu. yg aku boleh ckp, kalau dh kahwin bila da masalah kesihatan nnt kita mcm susahkan pasangan. tapi kalau sakit teruk yg tak terduga tu lain cerita. ini pasal kesihatan untuk perancangan keluarga. dan untuk wanita, kitaran haid pun kene tahu. normal atau tidak. kalau tak teratur, kene jumpa doktor. dan kalau nk maintain, sihat kene jaga diet dan kene buat senaman. walaupun basic tapi good reminder jugak la. sebab kalau boleh nak sama-sama hidup sampai ke tua dengan pasangan kan. tapi yg ni pun aku terlepas nk tanya pasal miband dan health apps ni. sbb bila dh habis sesi baru datang soalan tu. ha-ha. apo. ketika sesi tu, aku ada terfikir cuma tak keluar soalan yg nk tanya. 

sebab sekarang aku pakai miband. aku pakai sebab nk monitor heart rate aku dan stress dgn step skali. lepas tu, bila dh pakai dgn apps, miband ni boleh siap monitor sleep aku.  kata yiba, orang lain pakai ikut trend tapi aku tak. nk tgk heart rate tu sbb aku ada anxiety sbelum ni. nk tgk la betul ke heart rate aku ni tinggi. rupanya it's just illusion. mmg aku rasa berdebar tapi kalau ikut heart rate tak tinggi pun. kalau heart rate tinggi banyak kali kira aku ada masalah jantung la pulak. jadi cerita lain la. dan aku pun ada masalah tidur, sebab masih bergantung pada ubat dan dengan miband ni, aku boleh tahu la sleep quality aku dan sleep hygiene. aku sekarang masih maintain tidur seblum pkul 12. jarang la tidur lebih. kalau dah usrah jadi lmbt la sikit tidur sbb makan ubat pun lmbt. gitu la...setakat ni tak pernah skip lagi. sbb aku tak tahu apa akan jadi pada diri aku. 

ok last sesi, spiritual love languages. aku kene buat quiz dulu 5 love languages. jadi, masa sesi ni aku ni lebih quality time   dan physical touch aku rendah. so, sesi ni aku suka. sebab dia buka relate psikologi je tapi relatekan dgn time ibadah kita. time kita dengan ALLAH and religion. kalau kita suka physical touch boleh buat donation or meet people. lebih kurang mcm tu la. dan sesi ni aku ada tanya, kalau aku tak suka physical touch aku kene deal dgn benda, kalau tak suka kene cakap la kan. first cuba tolerate dulu. mungkin ada masa aku ok ada masa aku tak ok. jadi, kene tahu keadaan kita waktu tu. 

last day, ada group discussion tentang 100 persoalan untuk pasangan kita. so, discuss la. aku masuk group single. yg ada pasangan mereka bincang pasangan la. jadi, masa perbincangan tu, aku ada tanya pendapat tentang kalau datang pada kita pasangan yang sedang berkahwin mcm mn? atau yg pernah berkahwin, how would you deal with it? semua jawab yg sama, kalau ditakdirkan jodoh kita, terima. tapi sebelu terima bincang dulu dengan ahli keluarga. istikharah. think pro and cons. lebih kurang mcm tu la. dan kemudian kepada konsep perkahwinan. yang ni aku jawab, it changes through times. sebab zaman awal 20-an dulu, aku fikir lain. bila dh masuk 30, lain pulak. dan dalam group aku tu ada yg dah berumur 40 tahun. ingatkan aku je dah tua. hi-hi. seronok pula kenal mereka ni. dan perbincangan group ni kira dynamic la. dan ada juga yg dah ada pasangan tapi pasangan tak masuk jadi join group aku. jadi, bertambah menarik la sesi tu. 

sebenarnya tak rugi join course tu, sbb mcm aku ada kakak dan adik dh kahwin sebenarnya membantu aku untuk memahami dunia orang berumah tangga. so, aku tak da la rasa mcm terpinggir. mcm ex-ofismate pun semua dh kawin. ada masa diorg berbual pasal rumah tangga, aku ada rasa lonely. ye la, kita ni siapa nk bagi pendapat dan cadangan. jadi  tukang dengar pun dh ok sebenarnya. dan mcm aku pun dapat la tahu kisah rumah tangga tak semestinya bahagia sepanjang masa. ada ups and down. 

dan akhirnya, aku dah dapat sijil penyertaan lepas buat quiz. moderator dia sgt la baik. nnt aku nk recommend kawan aku join la. it's really worth. dan aku pun happy sebab sekarang aku jobless, jadi join benda-benda mcm ni seronok la jugak. isi masa lapang. tambah ilmu. dan kenali skill sendiri. 

lepas habis program ni, aku duk sibuk buat design renovation area rumah umi ayah ni. tu yang tak sempat nk update dua minggu tu. aku pun jadi sedar aku ni, kalau buat kerja kene siap satu-satu. i'm not at multi-tasking. dan minggu ni aku penat. kerja aku nk siapkan tak jalan. aku kene bagi badan aku rehat. next entri, aku tak tahu nk tulis apa. sebab tak da perkembangan yg menarik pun. 

Tuesday, February 02, 2021

Pre-Marriage Course 1

 bulan disember hari tu, ada iklan untuk pre-marriage course ni. tapi online la. sbb COVID-19, mmg tak boleh buat majlis ramai-ramai. tanpa teragak aku register dan bayar. 

sebab online, course ni 6 hari, dari hari selasa sampai ahad. lama kan. tapi bukan full satu hari. setiap hari tu ada dua sesi je. sesi petang dan malam. kira dua jam setiap hari. medium dia guna untuk penyampai jugak menarik. sebab ada sesi zoom ada sesi kulwap. dan pertama kali aku baru kenal term kulwap ni. seronok juga. mmg boleh fokus tak payah nk baca meseg wassap lain. sbb kita betul nak dengar. dengan slide provide mmg fokus sbb dia pendek2 kulwap ni. dan aku boleh ulang dengar banyak kali. itu yang best.

sesi pertama psikologi suami isteri. menarik sebab penceramah point out sikap suami isteri tapi tu la kecewa sebab tak sempat nk tanya. sbb malu. tapi sesi lepas tu, aku jadi berani nk bertanya sbb tanya dlm wassap je. aku ni introvert mmg malu dan takut dgn orang ramai. tu pun takut juga sbb orang akan baca soalan kau. tapi kalau tak tanya tak tidur malam. mcm sesi pertama tu. 

sesi kedua malam tu, tentang kenapa berkahwin dengan si dia, lebih kepada goal dan matlamat perkahwinan sebenarnya. dan self-love first. sbb bila berkahwinan bukan semata cinta tetapi sakinah, rahmah dan mawaddah. dan sebab aku tak da pasangan lagi, aku rasa topik tu mcm tak relevan untuk aku. ha-ha. cannot relate yet. tapi bagus jugak la untuk aku tahu about marriage. sbb orang sekeliling aku ada yang dah kahwin. jadi, aku perlu faham mereka yang sudah berumah tangga. jadi, soalan2  tentang perkahwinan adalah homework yg aku tak tahu bila aku boleh jawab. kalau dh jumpa my other half kot. 

next day pula session, petang sesi komunikasi aku dan dia. suami isteri. yg ni penting. masa aku kerja pun komunikasi ni penting. kalau kau tak tahu, tak paham kene tanya. kalau dalam perkahwinan ni, komunikasi penting. ia sepanjang masa. bukan tungu bila ada isu. dan aku ada prinsip ni, mesti settle sebelum tidur. sbb umi cerita atuk dan nenek mesti sama-sama. bila atuk tak da, nenek la yg terasa kehilangannya. dan tak boleh simpan2 perasaan atau berahsia. semua kene luah. lagi kalau isu famili - mentua. seram la jgak kalau dengar yang ni. sebab tu penting komunikasi. 

sesi malam, bukan sekadar cinta. pasal goal dan persefahaman antara pasangan. kira kene sekufu. setiap pasangan ada goal dia. nk kerja. nk kaya. so, kene sefahaman juga life goal. jadi saling melengkapi. dan seiring dengan usia perkahwinan tu. sbb kahwin ni bukan setahun dua tapi life long relationship. kita nak kekal sehingga syurga. 

hari ketiga, pasal kewangan dan mental emosi. pasal kewangan tu aku tak fokus sgt. lepas habis sesi tu muncul la soalan2 yg berkait. sbb penceramah share tu mcm basic sgt. yg aku dh tahu. ha-ha. so berlagak la sikit. padahal boleh je tanya. tapi tu la. regret sikit la. kira mcm aku main-main pulak waktu sesi tu.  yang malam pun. bagus juga input walaupun aku dah tahu tapi aku fokus jugak. sbb ia membantu untuk mengawal stress. yg dah depress ni. macam remind aku jgak la. 

untuk hari seterusnya aku sambung next entri la. ha-ha. biar ada topik nk tulis untuk februari. ada topik aku dh tulis dlm plurk. tak tahu patut tak aku share dekat sini. haha.  

Monday, January 18, 2021

Me in Past 10

 dua minggu tahun 2021 ni, lepas tiba-tiba terbuka blog ni balik. 

buat marathon baca entri blog yg dari tahun 2009. mula-mula dengan spent masa dengan adik-adik, lelaki terutamanya. tak tahu la asyik sangat share story pasal adik lelaki. well, tak ada abang. ada kakak je. jadi, ada adik lelaki ni lain sikit. sebab jaga mereka dari kecik. bila dah membesar perasan sendiri la adik lelaki ni semua kacak. ha-ha. 

dan sekarang pula ada anak sedara pun lelaki. memang disekelilingi lelaki je. am a proudest sister to whatever my brothers achieved. bukan umi ayah je. sebab adik beradik kami tak da la pandai. so bila tengok achievement adik dapat lebih baik dari kakak dia mesti la bangga. kita pun tak mampu nak capai. bila adik-adik yang achieve mesti la tumpang gembira. tak jeles pun. more support and encourage them whatever they do. umi ayah ada juga halang tapi seiring dengan masa, inshaALLAh they will approve. 

itu pasal adik-adik lelaki. adik perempuan tu tak yah cerita. zaman muda dulu suka gaduh. semua benda nak gaduh. tapi kalau bab movie, drama, novel satu kepala. semua baca. tak kira sapa beli. tapi tu la. kalau buku berebut jgak la. sebab nak tunggu habis baca berzaman. kita dah la ada kerja nk buat. semester kita pun tak sama kalau nk tunggu balik baca. gitu la. 

then masa degree tu, aku rasa seorang yg paranoid dan takut untuk buat sesuatu. mungkin suasana yg sangat lain. duk uni swasta pastu rakan sekelas ramai cina. mmg boleh culture shock jugak la. dh la kita je pakai tudung labuh. macam ustazah. mmg tak pandai kawan langsung. dan masa degree ni la, aku hilang kawan. kene kawan dengan lelaki. lelaki melayu sombong. selalu je aim aku. tapi tak pe la. dh habis belajar aku pilih jalan aku sendiri. dan masa degree ni jgak la dah sewa rumah. sewa rumah pula dengan budak lain course. jenis yg skema belajar 24 jam. mmg stress tengok. tak da masa pun aku nak berbual. mmg selalu rasa sunyi dan lonely la. pastu aku jenis tak pandai cakap. ada sekali tertulis surat cinta pastu ada yang terasa. masa tu la aku banyak sakitkan hati. ye, tanpa sedar. masa tu juga rasa semua aku buat aku rasa salah. aku guilty. dan buat aku sedih waktu. kita dh la tak da kawan dgn kawan serumah pun mcm aku yg cari pasaal. 

bila masuk kerja la aku belajar how to communicate well. dapat bos yg baik. mmg tegur kalau kita ada buar salah. dan kalau ada apa-apa terus tanya bos. mmg aku benda yang aku hargai sangat kerja dekat situ adalah komunikasi. bukan setakat yang face to face tapi yang email. deal dengan client. banyak sangat belajar dalam tempoh setahun tiga bulan dekat situ. dan supportive bos. 

kemudian sambung master, aku mula-mula mmg pemalu jugak. entah macam mana aku take first step untuk kawan dengan diorang dan terus close. semua masalah aku diorang tahu. tahun pertama memang aku sorang-sorang jugak tapi masuk tahun kedua, aku duduk studio. lepak-lepak, selalu bertegur dengan hanya hi, lama-lama aku jadi berani duduk berbual tanya pasal projek. dan seterusnya.  lagi sekali, aku gain knowledge dan jadi sedikit terbuka bila nak berkawan. cuma kalau dengan geng usrah aku masih lagi allergic. the pain or the scar still there. 

aku rasa aku masa degree dengan aku masa master pun dah lain. aku dah grow and grown up. aku tahu salah aku tak kawan dah kawan-kawan sekolah tapi aku kene move on. aku nk bahagia. aku berhak pilih jalan bahagia aku. mungkin 10 tahun nanti, aku dan mereka dh move on dan masih berkawan. yg itu biarlah masa yg tentukan. 

dan last dua tahun jobless. dua tahun di johor. aku memang jadi orang yang berbeza dan baru. aku dulu takut nak berubah sekarang aku mcm tak peduli. go for it. takut is okay but just walk. just do it. dan aku discover yg mcm aku suka je travel tapi sebab tak da orang ajak or support, so aku stuck dgn comfort life aku. dan aku suka je berkawan tapi sebab aku pemalu. aku tak kawan la dengan orang. dan bila yg encourage dan layan kau berbual, aku jadi confident. masak sedap-sedap bagi mereka makan. aku lebih banyak membesar luar dari context usrah. 

dan pasti aku lebih gembira. sedih tu ada but aku belajar untuk sedih lama-lama. don't go to that sad life anymore. i can be happy in my own way. dan aku sekarang dah tak tengok sangat cerita sedih sbb tak nak terjebak dalam emosi sedih yg panjang. 

dua tahun jobless dulu aku lost apa aku nak. sekarang pun masih tapi aku ada beberapa senarai yang aku nak capai. 

cerita course pre-marriage tu kita tangguh dulu. sorri, bukan entri kali ini. esok-esok ada lagi.