setelah dekat dua minggu kerja, umi kata aku berjaya ice breaking dengan orang ofis. dua minggu ni aku stress juga la tak da orang nak berbual dengan aku. masa kerja memang aku kerja je. ada masa rasa nak mengunyah. jadi aku beli gula-gula untuk makan waktu mengantuk.
siapa tahu, dengan satu pek gula-gula orang mula datang pada aku. macam aku ni gula diorang ni semut. aku macam la, kalau tahu lama dah aku bawa. diorang ni makan gula-gula juga. kenapa la sebelum ni tak da orang yang bawa. stress aku.
ofis lama pun memang aku akan ada stok makanan untuk mengunyah. kalau tak gula-gula, biskut raya. macam-macam la. dan ofis lama, kitorang suka order food panda. tapi dekat sini lain pula caranya. order makan tengahhari lambat dari waktu rehat. aku tak suka panjangkan waktu rehat. sebab rehat-rehat. bukan macam dapat nasi kira rehat.
jadi, itu je la progress kerja baru aku. memang akan ambil masa.
sebab har-hari balik 5.30, balik tu terus penat. malam aku rehat je la. layan phone je. konon nak update blog pun tak sempat. otak rasa jem teruk. memang tak nak hadap laptop dah. bila dekat ofis pun terhad untuk layan chrome ni. sebab ada mata-mata yang duk tengok. kene jaga privasi aku. aku tak nak orang tahu aku suka buat apa. kalau shopee tu ok je. tak kisah sgt. tapi kalau buka blog nk update mcm...hmm..plurk pun sama. fb aku tak bukak dalam laptop. bukak dalam phone je.
dan nak main game pun tak sempat. nak belajar cina pun mcm aku belajar satu app je. sebelum ni ada 3 atau 4 apps aku belajar mandarin ni. jadi slow balik. susah nak consisten. exercise pun aku cuba consisten. cuba cukup 6000 step tu. cuba kekal aktif.
tengok la minggu depan pula. kerja ok je. untuk tempoh 3 bulan tu, aku tak tahu aku nak stay ke tak. semoga baik-baik sahaja.
No comments:
Post a Comment