Tuesday, February 23, 2021

Pilih Kerja

Macam aku sebutkan dalam entri yang dulu, aku dah berhenti kerja di johor. 

Kemudian, aku rancang nak kerja di KL dan duduk dengan cik bah. Disember aku rileks dulu. hujung disember, Hud dan Mus'ab balik. Jadi, aku macam distract sikit. Tak boleh nak fokus sebab ramai orang dalam rumah. Bukan sebab tak da privacy tapi aku macam raikan quality time dengan adik-beradik dah lama tak jumpa. Jadi, aku nak spend masa betul-betul la dengan semua orang. masa tu je mereka ada dengan aku. 

so, bila diorg dah balik. Januari. Elok je semua orang balik, PKP. jadi tergendala la rancangan asal aku. Tuhan lebih mengetahui kan. Dia lah perancang terbaik. Hikmah apa, aku belum jumpa lagi. 

Habis januari, masuk februari. aku macam keliru dan lost la jugak. kalau tak dapat kerja KL, apa aku nak buat. selain kerja dalam seni bina, apa aku boleh buat. apa skill yang aku nak improve. jadi, sela-sela masa yang ada aku apply sahaja kerja yang dicadangkan semua orang dan mana-mana kerja yang diiklankan. 

tarikh entri ni, aku pergi interview yang mana aku rasa banyak benda nak fikir sehari sebelum. What if tu banyak sangat. Tapi what if aku waktu tu, kalau dapat, nak kerja tak. aku ready ke? dia nak amik aku ke? aku pun ragu-ragu dengan kemampuan aku. lama duduk rumah pun aku jadi kurang keyakinan. 

kemudian pula, dalam fb banyak pula naik pasal PHD tak dapat kerja. PHD holder yang bagi nasihat la. semua yang mereka cakap semua tu betul. Macam aku. aku tahu tak mampu nak jadi runner. aku pun cari skill lain yang ada. nak berniaga, sungguh aku memang tak minat dan bukan kemahiran aku nak pujuk orang beli barang aku. aku lebih suka buat benda tak perlu jumpa orang. 

mungkin yang menulis tu dia nak meluahkan saja. tak perlu orang nasihat. macam aku bila dah curhat dengan kawan-kawan yang faham situasi. hati aku macam lega sebab banyak aku fikir berselirat dalam kepala otak. sebab masa aku fikir macam tak boleh. aku tak nak. bila dah luah baru la aku nampak. seperti terkurung dalam rumah. bila dah luah tu macam baru dapat keluar dari rumah dan nampak situasi sebenar. dan mereka memberi dorongan untuk aku minta apa-apa kerja. aku improve dari segi resume aku. walau ada master, aku tak letak. tapi masa interview aku beritahu jujur. aku rasa komunikasi tu penting. 

dan forget to doa dan luahkan pada Allah apa sahaja yang kau rasa. Tak kira masa. Sambil aku jalan-jalan exercise tu, aku luahkan sebab masa tu fikiran aku memang kosong. 

satu lagi, aku memang ada terfikir untuk keluar dari bidang aku. tapi Alhamdulillah, Allah led to me this field. Jadi aku masih dalam bidang aku. aku juga pegang, kalau memang rezeki, adalah untuk aku. 
aku duk fikir nak buat business makanan dah. nak jual dumpling tapi tak jadi. memang belum masanya lagi lah jawabnya. 

and aku bersyukur sangat-sangat. Esok dah kerja. Aku masih lagi rasa surreal. 

No comments: