Saturday, March 20, 2021

Minggu Ketiga Kerja

 kerja ok. aku pun dah ice breaking dengan staff semua dan ada seorang staff resign. Sekejap je kenal tapi rasa macam dah lama kenal. sebab dia jenis yang mesra. dan buat kerja pun macam bagus. 

cerita minggu ni aku kene guide budak praktikal design roof. bila sama-sama buat rasa macam satu kejayaan. puas hati juga la. sebab aku pun dah lama tak sentuh design ni. 

dah office kecoh pasal gula-gula aku. aku jadi lubuk makanan. ada sahaja makanan aku bawa. aku rasa macam puas hati kalau ada makanan depan mata walaupun tak makan. seronok. bila orang makan. orang datang dekat meja aku semata nak gula-gula. seminggu tu boleh habis stok. ok je. nanti dah gaji aku beli stok baru pula. tak berkira dan tak kisah pun. sebab aku nak create bonding dengan mereka. 

kalau cakap nak stay ke tak, aku tak nak fikir. bila dah sampai masa aku buatlah keputusan tersebut. walaupun ada yang mempertikaikan gaji rendah sangat. aku macam terfikir apa yang aku cari, aku macam terima dan ok dengan gaji sekarang walaupun rendah. aku rasa aku macam dah capai good life atau mungkin kebahagiaan hidup. bebas hutang. pakai kereta buruk. aku macam tak kisah. kalau orang sibuk nak pakai kereta baru atau nak beli rumah, aku tak rasa itu keperluan untuk aku. walaupun bujang, ada saja yang cakap beli buat aset. entah. aku tak ke arah itu. 

nak beli baju pun tak teringin. ada la macam nak cukupkan bilangan baju tapi tak rasa perlu atau nak sangat. tudung pun aku dah beli banyak tahun lepas. baju kurung pun dah cukup walau warnanya tak sempurna. ha-ha. tak kisah. 

aku jadi macam terfikir, setiap orang berbeza apa yang mereka nak capai dalam hidup. nak gaji tinggi. nak gaji setaraf dengan kelayakan akademik. aku jadi termangu sekejap. aku perlu demand ke kalau ikut kelayakan. entah, biarlah. aku ada teringat seorang kawan cerita tentang kawannya yang berubah kerja. juga berubah pendapatan dari setinggi pendapatan setahun ke serendah setahun. dia suka bertukar kerja sebab dia tak jumpa kerja yang sesuai. jadi ia satu inspirasi untuk aku. 

goal utama aku nak dapat lesen Ar. jadi, asal kerja. asal gembira. asal tak rasa terbeban.  mungkin juga sebab aku duduk dengan keluarga. itu kebahagiaan yang aku rasa. macam hati ke hati denga del hari tu. umur dah lepas 25 tahun akan berfikir beza. itu yang aku boleh cakap. dan kalau dah kerja macam tempat. itu yang buka mata dan minda. 

No comments: