Saturday, March 13, 2021

Dating Jumaat Lepas

 elok pkpb habis, boleh rentas daerah. janji dengan del nak keluar sarapan dan jalan-jalan. mula-mula risau juga kalau tak dapat rentas daerah, waktu tengah rancang tu. kemudian keluar berita boleh rentas daerah, lega la sikit. 

pagi jumaat tu sarapan dulu dekat kawasan rumah del. kemudian ke pantai senok. sampai pantai, pergi ke hujung pantai. tak pergi ke kawasan banyak pokok. duduk santai-santai dengan del. 

kemudian, kami berbual macam cerita. aku dan del sama. masih belum temu jodoh. tapi duduk dengan famili dan bekerja. dia cakap dah bahagia dapat duduk dengan famili sebab mak dia tak berapa sihat. bila adik beradik ada dekat rumah mak pun rasa bahagia. tak kisah lah gaji berapa pun. asal boleh duduk dengan famili. hilang rasa stress.

 del pernah duduk kl. dan aku pernah duduk johor. pernah rasa duduk sorang. sorang maksud jauh dari adik beradik. keluarga. lain rasanya bila dapat duduk dengan keluarga. 

dan del juga cerita pasal jodoh, kalau dapat lelaki tu nampak soleh bagus agamanya tapi tak bertanggungjawab. tak boleh memberi nafkah, tidak pandai mencari pendapatan atau menanggung keluarga baik tak payah kahwin. aku beritahu del, itu lah yang aku fikir lepas dah lebih umur 25 tahun. tak fikir nak seronok kahwin dah. dah boleh fikir dengan matang dan serius. 

lagi-lagi kalau dapat mertua yang tak ngam, banyak benda nak fikir. ipar duai yang jenis banyak gossip. depan lain cakap lain. dan de pun dah merasa menjaga anak sedara sebagai suri rumah. del boleh faham kenapa suri rumah boleh stress. jaga anak bukan senang. aku setuju denga del. 

kami berbual sesuatu yang serius dan aku rasa del dah matang. beza aku dengan del, tak da orang tekan bila nak kahwin. bila cakap tak nak kahwin, tak ikut sunnah pula. aku bukan cakap tak nak kahwin tapi belum ada lagi. del cakap rela tak kahwin kalau dapat lelaki yang tak boleh jadi ketua keluarga. bukan tak nak kahwin langsung. kalau ada lelaki yang jenis pemikiran tertutup, malas, dia rela bujang. itulah maksud del. nak cari lelaki yang baik tu bukan senang, ada tapi kena betul-betul pilih, tapis terlebih dahulu. 

aku dan del bersetuju, kalau dapat jodoh yang kerja petani, kerja kampung kami terima asal dia pandai dan usaha cari pendapatan dan bersungguh-sungguh membina keluarga. kami tak pandang yang kaya dah. walaupun pendapatan cukup2 makan, kami terima. sebab tu tak salah kalau nak yang kaya. kena tahu kenapa nak lelaki kaya. kalau hensem tu pakej la. 

bila cakap denga del, buat aku teringat 100 soalan ketika pre-marriage course tu. ok ke kalau dapat duda atau yang dah isteri? ada orang akan terima sebab dia mampu. kita tak perlu susah kerja tampung keluarga. ada juga soalan bahagian kewangan. kena tahu flow money dia sebulan. kerja apa. berapa pendapatan dia. ada setengah orang tak tanya dan tak tahu. tapi aku kalau tengok pekerjaan dia mungkin bawah dari gaji aku expect jadi perlu untuk rancang kewangan. 

itu je la yang boleh aku simpulkan. 

No comments: