Saturday, February 27, 2021

Eh

 lepas dapat kerja, skrol FB...eh, banyak pula iklan ikut kelayakan akademik aku ni. rasa, YA ALLAH, dugaan apakah ini? aku bersangka baik, sebab nak kata rezeki tu...kalau ada, dapat lah. Aku pun tak adalah tamak, nak berhenti kerja sekarang. Sebab aku pun dah decide untuk stay sampai raya. kira Allah dah mudahkan urusan aku yang tak ready kerja luar kelantan, jauh dari famili - umi ayah sebelum hari raya. 

aku rasa mungkin sebab aku dah pernah beraya 3 tahun di Aussie dan tahun 2019, aku balik cuti raya lambat. jadi aku tak nak terlepas peluang hari raya jauh dari famili. adik beradik aku pun ada yang tak dapat balik. cuma aku rasa aku tak kuat, itu sahaja. 

iklan kerja kosong tu banyak la juga kalau dah lebih 3 iklan kan. dapat ke tidak, tu lain kira. bila cerita dengan adik beradik, mungkin diorang tak faham. lompat kerja, cari kerja tu semua penat. penat emosi dan fizikal dan mental. mental masa cari kerja tu berperang macam mana kalau tak dapat, diorang tengok kelayakan yang macam mana, betul ke email aku hantar, isi email aku ok ke tak. gitu la. emosi pula, ala nak yang macam ni, apply je la. fizikal pun penat kalau lama duk mengadap semua jawatan dan nak betulkan resume. 

bila pergi interview tak da masalah sangat untuk aku. sijil semua settle. lepas ni aku buat copy je la supaya bila diorg minta aku boleh bagi. portfolio pun kene print siap. dan bawa laptop. kalau boleh angkut semua. gitu la. lain profesion lain la keperluan yang perlu dia sedia untuk interview. 

lepas tu, kalau dah dapat kerja nak kene adapt dengan sistem company tu, staff -staff dia semua. kalau ramai lagi la amik masa. kalau kau jenis introvert pula kau akan teragak-agak nak tanya. sebab kau tak familiar lagi dengan keadaan tu. 

so, aku let go je la iklan semua tu. aku macam lepas tiga bulan la fikir balik. jangan semakkan kepala dengan benda yang kau tak boleh kawal dan kau tak pasti. aku dah settle down dengan kerja sekarang. tunggu lepas tiga bula pula macam mana nanti. 

kerja sekarang, aku rasa ok. aku tak rasa pressure. aku tak da perasaan tak nak. aku move forward and looking forward. dan otak aku pun dah settle down nak fikir future tu rasa penat la jugak. sebab tiga tak kerja ni memang otak banyak fikir. so, aku rasa bagi otak aku rehat sekejap. 

No comments: