sambung hari ke-empat, sesi man are for mars woman are from venus dengan sihat till jannah. sesi man from mars tu intipati dari buku tajuk yg sama. aku tak pernah baca buku jadi, ia membantu bahasa lelaki dan bahasa perempuan ni berbeza. lelaki lebih kepada problem-solving dan perempuan lebih emotion focus. jadi, kene tahu ketika berbual dengan pasangan tu kene faham apa masing-masing nk capai waktu borak. kadang-kadang perempuan ni nk ckp je. bila dengar sesi ni, aku teringat pasal babak dalam kampung people. razif dan wife tu tiap-tiap malam ada sesi berborak. padahal masing-masing cakap benda lain. jadi, aku boleh paham la benda tu. just talking. sambil nak lelap. menarikkan.
dan untuk sihat till jannah lebih kepada fizikal. sesi sebelum ni lebih kepada emosi. kalau emosi tak ok nk buat apa dan macam mana nk hadapi stress tu. dan sihat till jannah ni aku belajar tentang fizikal badan manusia. bukan tunggu nk kawen je, buat medical checkup tapi kene consisten check up tu. yg aku boleh ckp, kalau dh kahwin bila da masalah kesihatan nnt kita mcm susahkan pasangan. tapi kalau sakit teruk yg tak terduga tu lain cerita. ini pasal kesihatan untuk perancangan keluarga. dan untuk wanita, kitaran haid pun kene tahu. normal atau tidak. kalau tak teratur, kene jumpa doktor. dan kalau nk maintain, sihat kene jaga diet dan kene buat senaman. walaupun basic tapi good reminder jugak la. sebab kalau boleh nak sama-sama hidup sampai ke tua dengan pasangan kan. tapi yg ni pun aku terlepas nk tanya pasal miband dan health apps ni. sbb bila dh habis sesi baru datang soalan tu. ha-ha. apo. ketika sesi tu, aku ada terfikir cuma tak keluar soalan yg nk tanya.
sebab sekarang aku pakai miband. aku pakai sebab nk monitor heart rate aku dan stress dgn step skali. lepas tu, bila dh pakai dgn apps, miband ni boleh siap monitor sleep aku. kata yiba, orang lain pakai ikut trend tapi aku tak. nk tgk heart rate tu sbb aku ada anxiety sbelum ni. nk tgk la betul ke heart rate aku ni tinggi. rupanya it's just illusion. mmg aku rasa berdebar tapi kalau ikut heart rate tak tinggi pun. kalau heart rate tinggi banyak kali kira aku ada masalah jantung la pulak. jadi cerita lain la. dan aku pun ada masalah tidur, sebab masih bergantung pada ubat dan dengan miband ni, aku boleh tahu la sleep quality aku dan sleep hygiene. aku sekarang masih maintain tidur seblum pkul 12. jarang la tidur lebih. kalau dah usrah jadi lmbt la sikit tidur sbb makan ubat pun lmbt. gitu la...setakat ni tak pernah skip lagi. sbb aku tak tahu apa akan jadi pada diri aku.
ok last sesi, spiritual love languages. aku kene buat quiz dulu 5 love languages. jadi, masa sesi ni aku ni lebih quality time dan physical touch aku rendah. so, sesi ni aku suka. sebab dia buka relate psikologi je tapi relatekan dgn time ibadah kita. time kita dengan ALLAH and religion. kalau kita suka physical touch boleh buat donation or meet people. lebih kurang mcm tu la. dan sesi ni aku ada tanya, kalau aku tak suka physical touch aku kene deal dgn benda, kalau tak suka kene cakap la kan. first cuba tolerate dulu. mungkin ada masa aku ok ada masa aku tak ok. jadi, kene tahu keadaan kita waktu tu.
last day, ada group discussion tentang 100 persoalan untuk pasangan kita. so, discuss la. aku masuk group single. yg ada pasangan mereka bincang pasangan la. jadi, masa perbincangan tu, aku ada tanya pendapat tentang kalau datang pada kita pasangan yang sedang berkahwin mcm mn? atau yg pernah berkahwin, how would you deal with it? semua jawab yg sama, kalau ditakdirkan jodoh kita, terima. tapi sebelu terima bincang dulu dengan ahli keluarga. istikharah. think pro and cons. lebih kurang mcm tu la. dan kemudian kepada konsep perkahwinan. yang ni aku jawab, it changes through times. sebab zaman awal 20-an dulu, aku fikir lain. bila dh masuk 30, lain pulak. dan dalam group aku tu ada yg dah berumur 40 tahun. ingatkan aku je dah tua. hi-hi. seronok pula kenal mereka ni. dan perbincangan group ni kira dynamic la. dan ada juga yg dah ada pasangan tapi pasangan tak masuk jadi join group aku. jadi, bertambah menarik la sesi tu.
sebenarnya tak rugi join course tu, sbb mcm aku ada kakak dan adik dh kahwin sebenarnya membantu aku untuk memahami dunia orang berumah tangga. so, aku tak da la rasa mcm terpinggir. mcm ex-ofismate pun semua dh kawin. ada masa diorg berbual pasal rumah tangga, aku ada rasa lonely. ye la, kita ni siapa nk bagi pendapat dan cadangan. jadi tukang dengar pun dh ok sebenarnya. dan mcm aku pun dapat la tahu kisah rumah tangga tak semestinya bahagia sepanjang masa. ada ups and down.
dan akhirnya, aku dah dapat sijil penyertaan lepas buat quiz. moderator dia sgt la baik. nnt aku nk recommend kawan aku join la. it's really worth. dan aku pun happy sebab sekarang aku jobless, jadi join benda-benda mcm ni seronok la jugak. isi masa lapang. tambah ilmu. dan kenali skill sendiri.
lepas habis program ni, aku duk sibuk buat design renovation area rumah umi ayah ni. tu yang tak sempat nk update dua minggu tu. aku pun jadi sedar aku ni, kalau buat kerja kene siap satu-satu. i'm not at multi-tasking. dan minggu ni aku penat. kerja aku nk siapkan tak jalan. aku kene bagi badan aku rehat. next entri, aku tak tahu nk tulis apa. sebab tak da perkembangan yg menarik pun.
No comments:
Post a Comment