dua tiga hari baru ni viral pasal menteri salah sebut perkataan inggeris.
aku ni, cakap melayu pun orang tegur. aku typo pun orang tegur. semua salah cara aku sebut. tapi orang lain aku tak tegur pun. aku diam je. sebab aku faham dia sebut apa. dan biar lah dia nak sebut macam mana pun.
cakap bahasa melayu pun salah. sebab aku orang kelantan, aku sebut cara aku sebut ikut negeri aku. dah orang negeri lain sebut lain. biar lah. down weh. kira apa saja aku tulis, aku sebut, aku buat ni orang duk perati. Penat pun ye. dan kita rasa semua benda aku buat tak kena. typo pun normal. dah keypad dalam phone tu kecik..faham je la. tapi tu la orang suka sangat point out salah orang. salah sendiri tak sedar. sampai siap ada defend mechanism.
jadi, aku macam hai..bukan menteri je kene. aku pun ni pun dah lali. kalau tanya perkataan yang pelik sikit pada orang yang tegur kau pun tak tahu. so, buat tak tahu. setakat tu je ilmu dia.
ni belajar mandarin ni..lagi orang suka tegur sebab dia ada tone dia. aku pun tak hafal. malas nk hafal. yang selalu tegur, end up. aku ignore je. diorang speaking asal aku faham, aku layan. aku bukan jenis tegur grammar. aku maybe tegur ejaan. bukan sebutan. sebutan tu boleh improve bila kau da belajar listening tu. kira dengar lagu ni, membantu.
ha, cakap pasal lagu. lagu cina ni dia pakai traditional. lain sikit la. kalau nak faham. lagi la kau keliru. huhu. aku pun dah cuak, aku dah salah faham maksud lagu tu..tapi..aku boleh buat ayat yang aku faham..kira ada pencapaian la..hehehe.
No comments:
Post a Comment