isnin pagi lepas, 8 Mac, aku siap awal nak pergi kerja. selalunya aku buka wassap bila dah sampai ofis. tetapi pagi tu, aku ada masa sebelum panaskan enjin. aku dapat berita kehilangan akhwat. dan nama yang disebut aku seperti kenal. aku jadi risau. sebab berita kehilangan.
kemudian, lepas masuk ofis. aku follow lagi. tanya kawan-kawan ada dengar berita atau kenal akhawat tersebut. lepas beberapa jam, dapat tahu dia dijumpai tetapi telah meninggal dunia. memang meninggal impak juga pada aku. dia tidak selamat. itu sahaja aku boleh cakap.
kemudian, aku jadi curious untuk tahu berita tentang dia. ia menjadi liputan akhbar tempatan. aku ikut untuk tahu berita terbaru. kakak aku kenal arwah. dan ayah pun pergi ke majlis pengebumian dia.
cerita -cerita lain aku tahu tetapi hanya itu saja. aku tidak share pada sesiapa. sekadar untuk pengetahuan aku. setakat berita yang aku ikut, dua malam sebenarnya aku terkesan. aku mimpi dua kenalan aku
meninggal. meninggal yang menjadi misteri. begitu lah terkesannya berita arwah pada aku.
aku patut tulis sebab minggu ni aku mula mimpi pelik-pelik. dah lama aku tak mimpi pelik-pelik ni. seminggu ni je aku mimpi yang macam-macam. kesan dari kisah arwah dan keadaan keliling aku. benda aku dah lupa pun boleh mimpi balik. mimpi tu aku rasa macam real. tapi bila dapat tahu ia hanya mimpi aku rasa lega. sebab ia hanya mimpi.
dan bila aku dah sedar, tahu ia hanya mimpi, aku lega dan aku dah tak fikir sangat. selalunya aku jadi fikir balik yang buat aku stress bila ingat mimpi tu. sekarang dah tak fikir sebab mimpi je. tak yah nak serabut otak nak fikir.
pasal arwah pula, aku kenal sekilas je, pernah jumpa sebab dia satu uni dengan kakak aku. aku rasa macam pernah jumpa dia. dan masa duk kl dulu pernah jalan-jalan ke rumah sewanya. jadi aku pernah bertemu dia. aku kenal sedikit pasal dia. sebab tu aku jadi terkesan dengan berita arwah. sebelum ini, ada je berita kematian tetapi aku tak ambil tahu sangat sebab tak berapa kenal.
No comments:
Post a Comment