bulan disember hari tu, ada iklan untuk pre-marriage course ni. tapi online la. sbb COVID-19, mmg tak boleh buat majlis ramai-ramai. tanpa teragak aku register dan bayar.
sebab online, course ni 6 hari, dari hari selasa sampai ahad. lama kan. tapi bukan full satu hari. setiap hari tu ada dua sesi je. sesi petang dan malam. kira dua jam setiap hari. medium dia guna untuk penyampai jugak menarik. sebab ada sesi zoom ada sesi kulwap. dan pertama kali aku baru kenal term kulwap ni. seronok juga. mmg boleh fokus tak payah nk baca meseg wassap lain. sbb kita betul nak dengar. dengan slide provide mmg fokus sbb dia pendek2 kulwap ni. dan aku boleh ulang dengar banyak kali. itu yang best.
sesi pertama psikologi suami isteri. menarik sebab penceramah point out sikap suami isteri tapi tu la kecewa sebab tak sempat nk tanya. sbb malu. tapi sesi lepas tu, aku jadi berani nk bertanya sbb tanya dlm wassap je. aku ni introvert mmg malu dan takut dgn orang ramai. tu pun takut juga sbb orang akan baca soalan kau. tapi kalau tak tanya tak tidur malam. mcm sesi pertama tu.
sesi kedua malam tu, tentang kenapa berkahwin dengan si dia, lebih kepada goal dan matlamat perkahwinan sebenarnya. dan self-love first. sbb bila berkahwinan bukan semata cinta tetapi sakinah, rahmah dan mawaddah. dan sebab aku tak da pasangan lagi, aku rasa topik tu mcm tak relevan untuk aku. ha-ha. cannot relate yet. tapi bagus jugak la untuk aku tahu about marriage. sbb orang sekeliling aku ada yang dah kahwin. jadi, aku perlu faham mereka yang sudah berumah tangga. jadi, soalan2 tentang perkahwinan adalah homework yg aku tak tahu bila aku boleh jawab. kalau dh jumpa my other half kot.
next day pula session, petang sesi komunikasi aku dan dia. suami isteri. yg ni penting. masa aku kerja pun komunikasi ni penting. kalau kau tak tahu, tak paham kene tanya. kalau dalam perkahwinan ni, komunikasi penting. ia sepanjang masa. bukan tungu bila ada isu. dan aku ada prinsip ni, mesti settle sebelum tidur. sbb umi cerita atuk dan nenek mesti sama-sama. bila atuk tak da, nenek la yg terasa kehilangannya. dan tak boleh simpan2 perasaan atau berahsia. semua kene luah. lagi kalau isu famili - mentua. seram la jgak kalau dengar yang ni. sebab tu penting komunikasi.
sesi malam, bukan sekadar cinta. pasal goal dan persefahaman antara pasangan. kira kene sekufu. setiap pasangan ada goal dia. nk kerja. nk kaya. so, kene sefahaman juga life goal. jadi saling melengkapi. dan seiring dengan usia perkahwinan tu. sbb kahwin ni bukan setahun dua tapi life long relationship. kita nak kekal sehingga syurga.
hari ketiga, pasal kewangan dan mental emosi. pasal kewangan tu aku tak fokus sgt. lepas habis sesi tu muncul la soalan2 yg berkait. sbb penceramah share tu mcm basic sgt. yg aku dh tahu. ha-ha. so berlagak la sikit. padahal boleh je tanya. tapi tu la. regret sikit la. kira mcm aku main-main pulak waktu sesi tu. yang malam pun. bagus juga input walaupun aku dah tahu tapi aku fokus jugak. sbb ia membantu untuk mengawal stress. yg dah depress ni. macam remind aku jgak la.
untuk hari seterusnya aku sambung next entri la. ha-ha. biar ada topik nk tulis untuk februari. ada topik aku dh tulis dlm plurk. tak tahu patut tak aku share dekat sini. haha.
No comments:
Post a Comment