raya hari tu aku rancanga nak baca cerita pelangi. Nak berangan pasal Ked.
Tapi bila tengok dekat rak buku, buku tu tak da. dah la kecewa yang Azril tak habis lagi. Aku dah tanya semua orang tapi tak da yang mengaku. entah. kecewa la, sebab JS dah tak terbitkan mana-mana buku tu lagi. kalau nak cari dalam internet, yang nak jual balik tak da. kalau ada jual pun. mahai nak mampu. nak amik untung. geram rasa.
kalau ikutkan hati, dah lama aku tak baca novel. sejak pergi Aussie, aku dah kurang baca buku. sekarang ni nak baca sebuah buku pun susah. walaupun aku target nak habiskan 12 buku tahun ni macam tak ada harapan.
raya ni, aku duk ulang baca 4 buah buku (3 je yang baru habis), Bidadari Hujan, Si Mangkuk Tingkat dan Versus. Dua novel terawal tu, dulu aku suka cerita dia. aku rasa sebab perubahan umur, aku rasa dua-dua buku dah tak best. in term of character dan gaya bahasa. Bidadari Hujan aku jadi tak suka pada hero. ikut perasaan. ada juga lelaki macam tu. lepas dah jadi baru nak insaf. geram la jugak. tak rasa cerita tu best. haha.
Si Mangkuk Tingkat pula ada perkataan yang aku rasa kurang ajar sikit. jadi spoil mood aku. flow story dia ok. sebab nama watak utama nak sama dengan Versus aku lagi la aku rasa...hmmm... tak kisah nak tulis lebih kurang gaya penulis Hlovate tapi boleh tak tukar nama tu. gitu la...walaupun cerita dia ok. tapi macam aku cakap la ada perkataan yang kurang manis tu jadi aku dah tak suka. dulu baca ok je.
dan...ini lah sebab kenapa tajuk entri aku macam tu. Versus. Sebab tak boleh baca Ked, Versus bawa aku jumpa Ked. Sebab Ked along pada Minn Edina. Minn Edina dan AO, Ashraff Omar. dan lebih buat aku macam sedih sikit sebab latar cerita dia part of Australia. Mula-mula dia pergi ke Sydney kemudian ke Macquarie. Walaupun aku tak sampai ke Masquarie tapi Sydney tu..boleh cakap la. boleh cakap, banyak weekend aku pergi ke Sydney. Kalau nak sampai Newcastle sampai Sydney. Universiti dekat sana pun ada aku dah sampai.
Kalau ikutkan lifestory aku dekat sana bosan je, tapi bila dah baca novel background tempat yang jadi part of your life, kau akan jadi rindu. akan selalu ingat. dan nak buang rasa itu bukan boleh terus hilang. boleh jadi blues sekejap. dan aku masih lepaskan perasaan aku dekat Australia tu. Untuk kembali ke sana macam tak da harapan je. entah, kalau ada rezeki memang aku nak pergi lagi. Sebab aku ada tempat tak sampai lagi. Ausie tu luas.
sekarang aku nak jerit sebab kenapa versus bawa aku ke Australia balik. kalau aku baca Ked dah sampai ke States dah. tak ada la aku nak imbau balik hidup dekat Aussie. orang tak tahu betapa aku rindu dengan Aussie. tak tahu nak luah pada siapa dah.
kalau ikutkan aku nak meroyan dekat WA status dah tapi aku tak nak orang annoyed dengan status aku. jadi pagi-pagi lagi aku dah rant dekat sini. aku luah semua perasaan sebelum aku gerak pergi kerja. sungguh la, kalau aku rindu Aussie aku akan tengok youtuber dari Aussie dan kalau dengar orang Aussie pun aku dah boleh tangkap slang mereka. dah tahu ni orang Aussie. sampai tahap macam tu sekali. Duduk sana, aku practise speak ikut slang diorang sbab nak faham. tapi yang gelakkan aku pulak. jadi half way je. tapi aku tetap practise juga, cuba dengar cara sebutan diorang sbb senang aku nk tangkap dan faham. bayangkan satu semester aku masih tak faham cara diorang cakap. gaya macam tinggi betul bahasa diorang pakai tu.
oh, kalau dalam Versus, dekat Sydney tempat yang dia sebut semestinya tempat yang aku dh sampai. Malaysian Hall, Sydney Uni pun aku dah pernah sampai. Opera House tu tak yah cerita la. Queen Victoria Building aku dah masuk. memang untuk orang yang ada-ada la. sebab branded sgt la. brand yang aku pun mungkin tak pakai.
aku pakai yang tak da brand. duk sana orang mana kisah kau pakai apa. tak da nak bezakan. kereta pun, asal ada kereta. kalau pakai yang mahal pun biasa je. kalau yang pakai kereta sport tu pula, jangan sangka yag muda-muda je. yang tua pun pakai kereta macam tu. tak yang nak bandingkan kau dengan sapa-sapa pun.
tapi sebab tak da rezeki aku dekat sana. aku terima, just bila baca pasal Aussie tu, rindu akan datang. lekat dan susah nak hilangkan perasaan tu. sungguh aku rindu.
dan harap rindu tu tak akan datang lagi. cukup la. aku nak move on.