Wednesday, May 28, 2014

sarcastic

minggu ke-3 mei, i went to daurah. the talk were present in arab language. excited, cause i love much this language.

mendengar hujahnya. sungguh, hati rasa MashaALLAH. baik sungguh perkataannya.

awal-awal pengucapan mengingatkan tentang nikmat Iman dan Islam. juga ditambah, untuk majlis sebaiknya dimulakan pujian kepada ALLAH dan selawat atas Rasulullah.

saat-saat bertanya kepada audience. disuruh untuk lekas-lekas menjawab. katanya pemuda harus aktif. qawwiyul jismi. selepas mendapat jawapan, dia memuji dengan Jamil. Jamil. Subhanallah.

apabila audience ada bertanya dengan soalan negatif, dia tidak laju-laju berkata tidak. djawabnya dengan dalil quran atau hadith terlebih dahulu. dan penerangan dengan lebih mendalam. dan audience mendengar juga tenang dan lebih positif untuk tindakan seterusnya. MashaALLAH. tentu Murabbinya seorang yang hebat.

dalam penghujahannya juga ditunjukkan secara praktikal. ayat-ayat untuk menundukkan hati. maksudnya melembutkan hati ketika suasana tegang. mendengar bicara ini terbayang bagaimana Imam Hassan al-banna dalam penulisannya. bahkan sekiranya berhadapannya sungguh tentu lembut sahaja bicaranya.

dengan itu. sewaktu in that daurah, melihat buku memoar Hassan al-Banna terus saya capai. kerana ingin membaca catatan kepada para dakwah.

and of course, lagi terbayang saat Rasulullah dan sahabat berbicara antara satu sama lain. ada hadith yang saya baca saat sahabat bertanya untuk dirinya. Rasulullah akan memberi jawapan sesuai untuk dirinya. juga membaca sirah Rasulullah tentang dakwah di Taif rasa ingin menangis sahaja. Rasulullah tidak marah bahkan melihat ke hadapan dengan percaya bahawasanya generasi seterusnya akan menerima Islam.

and me, people always misunderstood the way am saying something. either verbally or comment in media social. i usually said sarcastically to my sibling.especially to her. since she always forget her sister. :p
but in other people, I not intention in that manner (read: sarcastic) but they interpret like that. so, i hardly to explain that i never intend to do that. seriously, i just said straight through my heart. tak niat untuk sakitkan hati orang.

in some way i took it, as my kelebihan. but sometime its not. and i also need to learn to say in other manner. as this sheikh. melihat sheikh bicara sheikh ni, i try to speak good. especially with her.

as i put my status in fb : Percakapan yang baik itu bicaranya yang menyenangkan dan memilih perkataan yang elok/ baik shj.

ya, saya belajar perlahan-lahan untuk menjadi orang yang bicaranya menyenangkan.

am sorry for what i said.

Sunday, May 25, 2014

apologizing


i had issue. small issue. because you are sensitive you take small issue as big issue for you. then learn to say sorry even it wasn't you are wrong.

saya ingat hati saya sudah besar. mampu berlapang dada. terima kesalahan. tapi tidak. not easy.

ada beberapa perkara yang terjadi. saya menanti ucapan maaf dari mereka. tetapi tiada. langsung. akhirnya, saya mengambil langkah. meminta maaf. sound pathetic. but am proud. because i learn this way to have big heart. i dont feel like am looser but i know how to put my pride.

even it hurt to say sorry at the end you will able to put smile on your face. lega. even the scar still there. but keep moving. time will heal it. i have this experience.

kita juga selalu diingatkan memaafkan orang lain sebelum tidur. but why not you say directly to that the person who you think hurt you so much. so that the person know what he/she done to you wasn't right for you.

dan satu lagi. marah sangat berkait dengan perkataan maaf. maafkan walaupun hati kita masih marah. istighfar. disuruh istighfar memohon ampun pada rabb. sambil hati juga memaafkan apa yang terjadi. selepas marahkan orang lain. sila minta maaf padanya. walaupun orang itu membuatkan kita marah dan dia tidak meminta maaf. biar kita meminta maaf. menunjukkan kita marah atas perkara tersebut dan meminta maaf kerana berkasar. kadang-kadang itu juga sebagai pengajaran padanya.

especially dikalangan orang melayu. mereka yang lebih tua pada kita wont easily to say sorry.

kata-kata akhir : if you can't say sorry then you are EGO!





Saturday, May 17, 2014

7 month

sebenarnya entry ini dedikasi untuk tempoh keje selama 6 bulan.

tapi kerana masalah internet, jadi maka ia jadi entry 7bulan.

kalau diletak dalam status fb - is feeling blessed.

kalau ingat-ingat, rasa syukur sbb perjalanan untuk alam pekerjaan dipermudahkan.

yusuf 8 bulan. tapi saya tak se-advance level as yusuf. every month dia ada peningkatan. ada perkembangan terbaru. dia banyak belajar tentang dunia ini.

saya. dikatakan tiga awal terdahulu rasa sangat bosan. tiga bulan kemudian rasa ok. feeling good. feeling wonderful. rasa teruja dengan dunia pekerjaan ini datang balik. disibukkan dengan projek dan masalah sekeliling.

dan harapan untuk bulan-bulan akan mendatang rasa excited dan challenging. sbb ilmu yang ada sekarang rasa sangat sikit.

kadang-kadang rasa tak setimpal dengan yang dibayar.

tapi bila tiada senior. semua kene up level yang lebih advance.

berharap muga prestasi terus meningkat dan cemerlang. (as right now, wasn't feeling good)

Monday, February 10, 2014

4 bulan

tiba-tiba bos tarik kerusi dan duduk.

"berapa lama dah awak keje?"

"almost 4 month,"

kemudian dia memberi nasihat dan guidance. 

hati - lega. 

kalau nilai prestasi diri sendiri, rasa jauuuuuh lagi perjalanan ini.


rutin. sama. untuk tidak menampakkan seperti robot. maka kadang-kadang awal ke office. selalu lambat beberapa minit. jarang-jarang lambat sangat. projek yang sama. beza processnya. selalu naik level. 

di office.selalu mata ngadap pc. telinga dgr lagu. bila lenguh strecthing sikit-sikit. setiap bulan meeting. jarang-jarang jumpa orang. ada ketika rasa bosan. 

weekend. selalu dinanti. ada je agenda. 


lama-lama tak update blog nak cerita ini?

bukan. nak cerita lain. tapi ini mukaddimah bulan februari. rutin orang dah keje.

tapi nikmat keje tak sama nikmat keje dengan orang lain. ada orang dapat bos garang. jumpa patient yang memeningnkan. ada keje shift. ada yang keje jauh dari rumah. banyak lagi. 

keje bagus. gaji banyak. tapi dapat bos garang. stress. 

keje bagus. gaji banyak. tapi service tak mesra. muka ketat. stress.

keje bagus. gaji banyak. tapi semua utk dunnia. stress.

then, i'll learn something.even  i had least than other. but i'm happy. jarang stress. stress sbb couldn't make it for the best. and i kept thinking how i should improve myself rather than think about others. ini kira cari pasal. heheh.

there is a quote "afraid couldn't stop you from facing life." lebey kurang la. semakin takut semakin kita melangkah bukan berhenti. 

rasanya keje part-time dulu satu langkah sebelum to real work life. tiba-tiba feeling bless. 

jadi, yang boleh disimpulkan betulkan niat bila nak keje. 

tapi satu perkara bila keje, payoh nk kelik kg..wu-wu.

another topic next entry. (soon..entah bila)






Friday, January 03, 2014

two zero satu rabia

bila tengok last update blog June. ada la 6 bulan tanpa berita. hmmm.

i- apa cerita antara masa tersebut:

1. antara Jun - Julai keje part time. shift. selain keje nak dapat duit, sambil reflect diri. dalam tempoh dua bulan keputusan nekad dibuat. shift am. afternoon. tanpa cuti hujung minggu bukan kesesuaian saya. susah nak ikut program. tak da life. orang keje kita cuti. kadang rasa best tapi alone. lonely. raya berhenti. wish to visit them.

2. raya- august. bercuti. sebelum setting balik timeline hidup.

3.sept - mula misi cari keje. tempoh cuti raya-august sehingga sept persiapan.

4. oct - raya haji. mula bekerja.

5. nov - convo day.

6. dec - celebration month.

now, 2014.

cerita 2013 selain unexpected journey juga blessing year.

ii - cerita pendek. mudahnya proses mencari kerja. walaupun gaji untuk fresh graduate orang kata rendah tapi letakkan ia pada ALLAH. rezeki kan dari ALLAH. kene positif.

expectation of main objective keje alhamdulillah. almost there. bos yang baik. walaupun balik kerja jarang-jarang awal.

pengalaman bekerja in your chosen profession i would i say kalau pilih bayaran you will not always satisfied. but work for fun, experience with good environment you, inshaALLAH tak stress and happy. i believe start from zero make you appreciated of your hard work. selamanya kita takkan diatas. banyak itu bermula dengan sedikit.

iii - having gathering with ex-taylorians, we update current live and share others life too. setakat ni, tiada yang comment stress menggila, tak suka current keje. compare to top professional work, most of them graduate dan keje but what i see, kamu pilih keje tersebut tapi tak tahu nak handle stress belaja 5 tahun penat-penat, susah payah but end up bagi performance tak berapa bagus.tak boleh bagi servis yang terbaik. (ha, melalut, complain plak. ok, stop)

continue, kebanyakan our coursemate ada yang sambung belaja ke australia. uk. dan keje as to get experience. yang paling surprise, dapat tahu ex-class rep, siang keje di architect firm. malam jadi DJ. tak ke impressive. DJ tu sbb memang dia suka sangat selain architecture. mesti dpt boss yg memahami ni.

i would conclude that, tak semestinya what you study you end up it as you career. dan you choose to study to make it as your career then give it best.

iv- cerita 2014 berchenta dengan kerja. improve DnT.  life is full surprise but life also must go on. ;)


Tuesday, June 11, 2013

nama saya khaulah

tempat: Hira'

sesi tazkirah. ahlinya memberi tazkirah selepas selesai solat isya' berjemaah.

kemudian, permintaan adik Bunga Melor menceritakan tentang siapa Khaulah.

lalu, dengan segan + malu. juga ingat-ingat lupa dikisahkan tentang nama Khaulah.

muqaddimah: umi pilih nama Khaulah. Sa'adah tu ayah yang pilih. makanya Khaulah Sa'adah. senyum.

i never asked umi. which Khaulah that makes her choose my name.

but I've found 3 different Khaulah.

Khaulah boleh dikatakan sahabat.

Khaulah pertama. yang senang untuk jumpa. buka surah al-mujadilah. diceritakan asbab nuzul surah Mujadilah. tentang zihar. saya tak nak cerita detail. sila ambil Quran sekarang dan check the surah. muga terus sampai hati. senyum.

ringkas, Khaulah binti Tsa'labah di dalam surah al-mujadilah.

ada cerita lain tentang Khaulah binti Tsa'labah. dengan beraninya dia menegur amirul mukminin, Umar al-Khattab ketika kekhilafahannya. sampai Umar juga hormat dengannya. kerana disebutkan (ayat lebih kurang) ALLAH mendengar doa. rujuk diatas.


Khaulah kedua. (sepatutnya yang pertama). Khaulah al-azwar. Khaulah ini hebat. dia pergi berperang senyap-senyap. kerana kalau ketua perang tahu dia perempuan mesti dia tidak dibenarkan pergi. dia ikut sebab nak selamatkan abangnya. ketika di medan, semua terkagum dan tertanya-tanya siapakah gerangannya. kerana Khaulah menutup mukanya. bila ditanya Khaulah senyap. sehingga ketua ketika itu (tidak silap) Khalid al-walid. akhirnya Khaulah mengalah dan membuka hijab mukanya. maka semua terkejut.

yang ini mengkagumkan.

another Khaulah, tidak silap namanya Khaulah binti Hakim (kene tengok balik). a matchmaker. dalam bahasa melayu telangkai. hek-hek. tukang cari jodoh.Khaulah tukang cari jodoh untuk Rasulullah setelah Khadijah meninggal.

jadi itu lah tak seberapa tentang Khaulah.

adik Bunga Melor tambah, dia kagum dengan Khaulah Al-azwar sebab tu dia minta Khaulah ini kisahkan tentang Khaulah.

saya? saya nak jadi macam tiga-tiga Khaulah ni boleh? he-he.

Sunday, June 09, 2013

april itu

mula april lepas. senyap. sunyi. tanpa update entry.
terasa perlahan hari-hari yang dilewati april lepas.
juga kejutan dan sejarah tercipta april 2013

april yang indah.
awal april sejarah malaysia tercipta.
bermula perjalanan politik. fokus.
april itu bermula kisah perjalanan tidak tetap dia.
bernomad.
sekejap dia di sini. sekejap dia di sana.
kemudian, eh ada sini balik!
boleh saja dikatakan dia muncul dimana-mana.

april itu
dia punya dua tempat.
dinamakan Thur dan Hira'.
signifikasi Hira; itu sebagai tempat wahyu pertama diturunkan.
tempat Nabi Muhammad saw beruzlah sebelum dilantik menjadi rasul.
dia ada tempat sebegitu.
tempat yg saling ingt-mengingati.
damai.

Thur.
signifikasinya adalah persinggahan hijrah Rasulullah dari mekah ke madinah.
persinggahan untuknya sementara yang mana dia belum ada hala tuju yang jelas.
setelah kesanggupan dan pengorbanan dia.
baik sekali.

dan ada cerita kenang-kenangan.
yang memberi inspirasi.
motivasi.
sama-sama akan dikongsikan di sini nanti. inshaALLAH.

sekarang ini tengah mensetting perjalanan hidup yang seterusnya.
 hasil april itu. senyum.
 

Saturday, June 01, 2013

ukhwah ABC


perjalanan ke kuantan.

dua kali april lepas ke kuantan. dengan tempoh perjalanan mengambil masa selama 2jam. hasil pecutan melebihi 110km/j.

bersama kakanda.

ukhwah ABC kukatakan begitu kerana travel bersama kakanda. orang lain yang ikut bersama bukanlah orang yang kukenal. perlukan taaruf terlebih dahulu.

setibanya di Kuantan. terpisah dengan kakanda. bersama dengan kelompok lain. menjadikanku sedikit diam. terlebih segan. juga malu.

saat-saat terpisah dengan kakanda, terasa jauh. seakan mahu saja kata tak mahu. mahu dekat sama kakak. tapi tidak. soalan lain menerpa. sampai bila mahu dekat. inilah masanya berdikari. bersama tidak semestinya dekat.

lalu, aku harus berani. setelah bertaaruf. terjalin satu ikatan persahabatan. ukhwah. bila bertemu bahagia bila berpisah rindu menggebu-gebu.

ukhwah ini ukhwah ABC kerana tidak selamanya kami bersama. tetapi inshaALLAH bertemu lagi.
ukhwah ini ukhwah ABC kerana taaruf kami bukan di tempat kami. tetapi sebuah musafir singkat.

Monday, May 20, 2013

the choice

sebelum kisahkan diamnya selama sebulan tanpa berita.

dalam kepala ada ayat kontroversi. ayat kontroversi la sebab selalu buat orang salah faham. kui kui kui.

i was confuse.
istikharah wa istisyarah.

sedikit pengisian dari daurah BM hujung minggu lepas.

keputusan istikharah dibuat atas 3 cara:

1. mimpi.
yang ni susah la. kita orang biasa ni. orang awam tak boleh nilai mimpi kita sebagai tanda atau alamat atau isyarat.
2. kebiasaan.
tgh cari ayat sesuai jugak. tak jumpa. boleh dikatakan seperti perkara yang berlaku di rutin harian kita. erm, how to explain. can not find the correct. kebiasaan hidup kita.
3.hati.
 hati ini akan cenderung arah mana ok atau tidak. yes or no. mahu atau tak mahu.

 setelah diperdengarkan sebahagian tentang BM. fikir. istisyarah. berbincang.ask.

the decision has been made.

ha-hah!

Thursday, March 21, 2013

misunderstood

banyak kali orang salah faham dengan saya.

the words that write. the things that i spoke. statement that i post.

i don't know. people easy to judge people huh?

tahu tidak mendalami.

 same goes to politic.

why don't you ask me straight away. am i that scary person?

Wednesday, March 20, 2013

the place that i cherish

entah betul entah tidak tajuknya.

hari ni. selepas 5 tahun. yup consider as after 5 years. tahun terakhir 2008. i visit that place. the place yang mungkin nampak tiada makna. but make me realize about life.

tahun 2005. SPM. esok my brother 95 will taking his result. oh, i miss the SPM years. year that i learned about friendship. friendship with lillahi ta'ala.

2006. result SPM. it may seem look like tersalah langkah tersalah pilih jalan. sometime i regrett sometime i feeling glad. i choose taking STPM. i know how susah-gila amik that STPM. and people so mesmerized when said i'm taking STPM eventhough the result wasn't good. which took me a rough-jalan jauh to reached this level.  but that 2 years STPM life i learn something.

my SPM classmate less than 20 student. same goes to STPM class. at first ramai. but the upper class left only 12 student. including me. 5 girl. as far i remember. sempat merasa duduk asrama for 3 month. i'm physic student. next time i talking about STPM. cause every year the graph wasn't good.

baru muqaddimah. yes, today i visit again that school. 2008 after exam, i work there as gadis koperasi. cewah. ayat ke main. yelah. baru awal 20-an masa tu. gadis la kan. kerja dekat koperasi. pastu kerja nya duk melayan budak sekolah. yang majoriti budak lelaki. boleh tahu la geng yang menggatal. geng yang gangster. gang yang nakal. gang yang skema. gandg yang lembut.

hari ni. pergi lagi. cikgu ada yang baru. bertambah. budak-budak pun dah tak kenal. ye la. yang tingkatan satu dulu sekarang tingkatan 5. dah besar semua. cuma cikgu form 6 tu masih yang lama. jumpa cikgu haizam. yang ajar pengajian am. yang silibus dan sistem pembelajaran juga berubah. cikgu koperasi. cikgu nuar. cikgu fizik. yang ajar fizik dengan ayat-ayat bombastic. ayat gila-gila. dan cikgu music. yang dulu kononnya nak buat lagu untuk saya. ha-ha. jumpa ketiga-tiganya. maka misi hari ni tercapai.walaupun tak bertemu secara formal they still recognize me. i havent change at all. remain the same. the small me. even my style. i;m glad. senyum.

the koperasi banyak sangat berubah. makin maju. contoh peti sejuk. dulu sikit je sekarang bertambah tiga tu. pergh. banyak la pilihan jenis air. but kakak koperasi still yang sama. sempat kenal. yep. cik salwana my classmate. kene heret kerja di situ. kerja di situ seronok. walaupun letih jgn kata.

i love that place. dulu tempat tu sekolah ayah. and saya sempat ada kenangan di situ. the student dah tak macam dulu. mereka jujur, lurus yang jahat mereka macam senior-senior tak da sangat la. itu dari cerita kakak koperasi. even you work koperasi still you will know lots of things in that school.

ada idea nk tulis cerita. but tak tahu nk start mcm mana. cerita pendek. kenangan untuk sekolah itu.  dari dulu sampai sekarang saya tak banyak kawan. walaupun form 6 disitu, kawan tetap tak ramai. tadi kami berbicara tentang classmate. we have plenty. some keep up-to-date some lost contact. but the friendship there i treasure a lot in my heart. friendship that dont care who you are. your background. kalau nak kawen jemput. plus, suprisingly i've got invitation at 5am from this classmate. how crazy are they. and i learned cinta monyet disana. ha-ha.

why cinta monyet. cause sempat la juga tengok mcm drama sembilu kasih pun ada di situ. macam cerita korea pun ada. kami tidak dimotivasi untuk berjaya dengan STPM. sepertinya ia hanya tahun untuk berpuya-puya. tetapi tidak. kami mengenali the way how to succes. yes, now mereka berjaya dengan cara masing-masing. dan yang dah kawen. ada anak. sudah bekerja. saya belajar matang untuk hidup.

senyum. untuk kenangan ini.

Sunday, March 17, 2013

adik lelaki dan calon suami

hanyalah perkongsian diantara kakak dan adiknya. bila mana menjadi kakak untuk 5 orang adik lelaki. beginilah jadinya. senyum

awal-awal balik bercuti dulu, muhammad masih lagi dengan 'angau'nya dengan kad jemputan. sibuk nak kahwin. bila ada kakak yang sudah besar begini lah jadinya. muhammad ingin tengok kakak dia kahwin. dia kata dia akan carikan kakaknya ini calon suami. dia tanyakan pula nak calon suami macam mana?
muhammad tu umurnya baru 7tahun. imaginasi tinggi. kalau tidakkan atau elak malu-malu nanti tak habis topik ini. maka, kakaknya suruh la cari calon suami. yelah sibuk dia belajar buat hantaran, design kad dan rancang majlisnya. haru tak?

kemudian, ha-ha ini saja ujian cuba diri. hari tu, junaid ulang-alik dari sekolah atas masalah tulang lengan kiri dia patah. umi dan ayah risau nk biar dia duduk asrama. dah la sebelum tu dah jatuh katil. doktor pun bagi dia mc 2 minggu. seronok sampai senyum pipi ke pipi. cerita dia ulang-alik dari sekolah. dia balik dengan ustaz dia. selalu balik dengan mak saudara bongsu kami - adik ayah. tapi hari tu saja ustaz dia offer. sebab dia cerita dia balik dengan ustaz

junaid: sebenarnya junaid balik awal hari ni. balik dengan ustaz.

si kakak: pastu kenapa tak sampai rumah pun? pegi mana?

junaid : adalah.

si kakak: ustaz junaid umur berapa? dah kahwin belum? pakai kereta apa? hensem tak?

junaid: tok soh duk gelenya la.

pecah ketawa kakaknya. suka. tengok reaksi dia. protective. yalah. junaid dulu ada sejarah dengan perempuan. itu lain cerita.

si kakak: yalah, suruh sangat cari calon suami.

he-he. itu dengan junaid. bila dengan abang si tua no.2 pula. tika itu kami adik-beradik demam lagu ya hanana. siap download. buh dalam pendrive. pasang dekat tv. tengah-tengah santai tengok tv. si tua no.2 aman datang duduk tepi.

aman: lala, nanti majlis kawen-mu kita pasang lagu pasang lagu ya hanan.

si kakak diam sekejap.

si kakak: calon suami pun tak da.

aman: orang nnt majlis-mu

si kakak: kalau tak kawen-kawen

aman: adikmu tak kawen jugak la.

tepuk dahi. adeii.

nasib la si ali tak bukak cerita kawen juga. dia asyik dengan kuda dia. jangan dia bagi idea lain sudah seperti ini:

"lala, nanti kawen naik kuda la." kalau dia cakap macam ni. tak ke pening.

kebetulan hari jumaat lepas ada cerita jalan ke syurga dekat tv al-hijrah. sekarang enjoy tengok tv al-hijrah.
cerita lelaki tak tahu nak solat. pastu si kakak duk membebel pada adik lelaki. sebab 4 adik lelaki yang duk rumah layan cerita tu. ambil peluang la. he-he.

kakak: perempuan x sey lelaki macam ni.

kakak: calon suami lala nak kaya. macam hero ni. ada bmw. nak lelaki hensem. tapi beriman la. solat tahu. mengaji sedap.

saja je giat. ada lagi. cuma tak tambah.

junaid: kata x sey lelaki macam ni. mana ada lelaki kaya tapi solat. tengok cerita ni.

si kakak: ada la. ada-ada. zaman rasulullah dulu. zaman sahabat tu. abu bakar, umar, uthman, abdul rahman bin auf tu kaya tau. beriman pula. jangan kata tak ada.

junaid: tapi sekarang tak ada.

si kakak: sebab tu kene didik lo ni. (ucap pada junaid dan adik lelaki seangkatan la)

kalau tak cakap, mereka tak tahu. lelaki slow sikit. jadi, ceritanya even la. kalau perempuan tak bagitahu impian bakal suami mana nak dapat tak. ajar adik lelaki supaya jadi ideal husband pun best juga. ada juga sumbangan dari kakak. nak dapat ideal husband untuk diri sendiri pun kene la jga didik adik lelaki. they are man.

ok. dah habis. it''s up to you how to understand this entry. wassalam.

Friday, March 08, 2013

angan mat jenin

hidup tak produktif. bila akhir malam siap-siap mahu tidur.niat untuk esok jadi lebih baik. tapi esoknya masih rutin yang sama. lame. lagi tak produktif bila diajak keluar susah benar. kalau boleh tak mahu tengok orang. inferior complexity. rancang nak buat itu nak buat ini. tapi tak jadi. itu hal luar rumah. hal dalam rumah sama saja.

awal-awal dulu. rancang nak ikut kelas jahit. sampai sekarang tak daftar lagi. cari contact tu pun dah amik masa. bila contact tak mesra pula. dah mula rasa malas. lepas pasal kenderaan pula. boleh je plan elok-elok. tu la. masalah komunikasi betul. bertambah-tambah malas.

janji dengan kawan nak jumpa. kata pada dia minggu depan. pastu minggu depan. dan seterusnya minggu depan. tahu-tahu dah tak ada masa. apa lagi masalahnya. malas nk keluar. kenderaan. duit. alasan. kalau dah tak da keinginan untuk semua ini memang tak jadi la.

lagi? ni tengah tolong buat projek. tu pun malas jugak ni. perlahan gila progress.

resume? pun tak buat lagi. sebab utama malas. bukan malas. tak bermotivasi. tengah tak mahu berinspirasi.

itu rutin. tapi hari-hari tetap berangan. angan-angan mat jenin.

1. library. hari tu dah progress sikit blog-library. tapi kalau seorang saja buat tak jadi. feedback pun tak da. susah nak develop. memang angan-angan la. cuma kalau imaginasi lebih. memang nak buka library sendiri. bukan tak boleh. kalau orang lain duk buat rumah anak yatim. apa kata buat library. membangun sikit minda rakyat malaysia. bukan. orang kelantan lagi spesifik. takkan nak harap dewan bahasa dan pustaka dan iklan sahaja. bahasa jiwa bangsa. tapi semangat berbuku tiada. bukak library langkah permulaan. pastu boleh buat deparment pula. pusat bahasa pula ka. pusat translate karya-karya agung. wah, imaginasi macam zaman abbasiyyah sahaja. hah, baru ingat zaman tu library tu bukan hak milik kerajaan. pastu ada variasi seni bina pula. asyik tengok bangunan pejabat, masjid dan bangunan ikon. tak ke busan malaysia ni. ni nak bagi gambar sikit supaya gambaran lebih jelas. buka mata luas-luas.

 lagi banyak dekat sini open air library

 

yang ni dekat jepun. japanese house

2.ladang kuda. selepas tengok cerita kuda. terinspirasi nak bukak kandang kuda. kat kelantan ni dah ada. persatuan pun. cuma nak menambah pemilihan tempat. yalah orang duk rantau panjang nak kena pegi gunong-bachok. jauh tu. kalau satu daerah tumpat tak da la jauh merentas sungai kelantan tu. mula-mula nak kena belajar pasal kuda. pastu kena belajar pasal jagaan dia. pastu belajar design tempat tinggal dia. yang ni pass kat ali. senang. kalau kongsi minat yang sama seronok. serahkan pada dia. cuma nak beli sekor kuda tu boleh habis belajar 1 semester dekat taylor's. fuh!

3.menulis. sekarang ni duk gila menulis. cuma idea tu la. datang merangkak-rangkak. nasib baik dah tahu ending. kalau tak da ending lagi la tergantung cerita. tak da hala. 4 idea kot nak tulis. cuma nak kena studi lebih sikit. apa, ingat tulis tu suka hati. tulis suka hati tulis tak ada ilmu.

4. butik. sebab kelas jahit pun tak mahu pergi. angan-angan ini terpaksa digantung dahulu. angan-angan ini adalah nak buka butik sendiri. bagi umi jaga nanti bersara. pergh. tinggi benar angan-angan tu. belajar jahit. belajar jenis kain. pastu nk buat design sendiri. nak buat blouse ikut piawian cop sirim ayah dan adik lelaki. design jubah yang tak da ikut bentuk dengan manik segala bagai. tabarruj tahu. tabarruj. satu lagi, nak design seluar. design seluar perempuan yang commercial tu sesuai untuk model ja. tak ikut keselesaan langsung. sakit hati tahu tak. kalau ada pun, tak mampu nak beli. sedih betul. tunggu je la yang ni. yang paling comel, boleh jahit baju anak-anak nanti. macam umi jahit baju kami 5 beradik perempuan dulu. kenangan manis tu. kenangan antara mak dan anak. cewah.

yang jual online tu pun tak sesuai dengan hati. tengok betapa cerewet. cerewet ikut ayah la ni.

5.firm. terakhir sekali, mesti lah nak bukak firm sendiri. rancang dah rancang. tapi sila tengok pada diri sendiri. lembik. jatuh gedebuk. kita cakap lain kali.

dah habis berangan. dah habis merepek pasal rutin. ingatan untuk diri sendiri sebenarnya. tengok apa yang  dah tulis. memang ingatkan diri sendiri. sedang perasan angkat bangkul.




Tuesday, February 26, 2013

musa & khidir

hari jumaat sudah menjadi rutin dia tilawah surah kahfi.

untuk dia kekalkan rutin itu, dia baca sikit-sikit. sehingga sampai ayat berkisar kisah nabi musa dan khidir.

sungguh sikit sabar dalam diriku. dia bagai tersedar. mungkin apa yang dilalui-nya kini kerana kurangnya sabar. kalau kisah nabi musa itu ada 3 peristiwa barulah nabi musa berhenti mengikuti nabi khidir.

tapi dia. umur tak berapa. dah mengeluh. merasakan dunia sudah gelap. nampak sangat kisah dari surah kahfi itu belum dia hadam betul-betul.

mungkin sekarang dia nampak buruk. teruk. gelap. tapi masa depan dia tidak tahu. adalah sebabnya.

sambil itu dia juga baca buku dihamparan shamrock. macam ada kene mengena dengan dirinya. terdetik hati, wargh, tak da ke orang nak bawa saya lari. merepek!

jadi dia berkeputusan. ada baiknya begini. tarik nafas dan bersedia. mari susun balik. mari cari jalan pulang.

mudah-mudahan..

Thursday, February 21, 2013

a walk to remember

bersama air mata pasti ada senyuman,
bersama kesedihan ada kegembiraan,
bersama musibah ada anugerah,
semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan ALLAh swt.
- copypaste tak-ingat-tajuk-buku

 ada orang pernah kata you are nothing. not worth to remember. kecik hati. siapa tak kecil hati bila orang kata macam tu. terkilan. sapa tak terkilan.

ada orag kata lagi, buat la sesuatu untuk orang ingat kita. maka, bila niat buat orang ingat kita. kita tak sedar. ada dua untuk orang ingat. either good or bad. orang ingat tapi bukan dengan cara kita nak. bad. lagi sedih kan.

ingat lagi ada orang cakap, kalau buat ikhlas. kerana ALLAH, buatlah sekecil-kecil perbuatan walaupun tak dihargai. biarlah orang tak ingat tapi bila kita tiada baru lah orang merasa kehilangan. seperti patah tangan putus kaki. baru lah mula nak menghargai.

teori diatas hanyalah teori. praktikalnya tidak.

orang kecik ini tidak pernah merasa dia bukan untuk siapa ingati. tapi hanya dengan satu text. satu berita. sudah buat orang-orang tarik senyum lebar-lebar. pipi ke pipi. muka terkejut. reaksi-reaksi itu tidaklah dia harapkan tapi dia tahu siapa dan dimana layaknya untuk orang hargainya. 

mana taqwa-mu? ingat TAQWA yang ALLAH lihat. bukan rupa paras atau statusmu.

Saturday, February 16, 2013

mulanya solat berumur 7 tahun

16hb januari lepas muhammad genap 7 tahun. hari rabu. hari sabtu kemudian dia meraikan hari jadinya dengan jamuan tanpa kek. saudaranya di kampung dijemput makan. malah telah dia persiapkan beberapa bulan sebelum itu.

bila dia genap 7 tahun, perkara pertama disuruhnya adalah cukup solat 5 waktu. kebetulan abe syi-nya ada rajin dia ikut solat di masjid. rajin solat bila disuruh. selepas abe syi-nya berpergian, solatnya kurang cukup.

ikut mood dia. kalau rajin, maka dia solat. habis kakak-umi-abang suruh dia solat tapi dia jadi liat. kalau disuruh jawapannya "sekejap la" ataupun "adik nak mandi dulu" ataupun "siap kerja adik solat"

itu awal-awal. kemudian hari tu dia umi tinggalkan dia dirumah. disuruh muhammad solat isya. lalu kata kakaknya kalau malam ni adik tidur tak bangun-bangun. ada lagi ayat lain. yang berbau seperti itu. terus dia menangis.

ditanya kenapa menangis. tidak berjawab. dia hanya menangis.

ditanya lagi takut mati ke? dia angguk. dia takut. terbayang neraka barangkali. seksa sebab tak solat.

lalu, dengan lembut disuruhnya ambil wudhu' dan solat.elok saja dia masuk bilik air ambil wudhu' kemudian bentang sejadah, solat. ketika dia solat disuruh orang sekeliling diam tidak ganggu solatnya. selesai dia solat, disuruhnya do'a dan dia berdoa.

tidak tersangka dia, muhammad 7 tahun itu takut mati. belum bersedia dengan amalan yang ada. apatah lagi kakaknya yang sudah hidup lama dari dia. peringatan pada dia juga mengingatkan pada kakaknya.

sekarang ini pun, sambil suruh dia solat. sambil ajar dia kelebihan solat jemaah.

ingat kembali zaman kakaknya, mudah sedikit. mungkin sebab kami perempuan. tak ingat sangat. yang ingat, kami perempuan ramai-ramai  ikut ayah solat. itu saja/

Monday, February 11, 2013

horse and dreams

ali mu;la jatuh cinta dengan kuda bila menonton movie flicka 3 setelah dia mendengar kesukaan kakak dia. dia menonton berulang kali sehingga orang sekeliling penat melayan dia. akhirnya kakaknya telah remove movie itu dari pendrive. dan dia berusaha menontonnya dalam chrome. pakai internet.



bila tahu movie juga boleh ditonton online. di youtube. dan diperkenalkan website watch movie online. dia menonton warhorse. interesting movie. movie of the year. ada juga cerita kuda lain ditontonnya. yang tak berapa fames dan lama. lewat 80-an dan 90-an. begitu sukanya dia dengan kuda.


kemudian dia baru sedar ada secretariat dalam pendrive. dan kini dia berulang kali menonton cerita ini sedangkan sudah lama cerita ini didownload. mujur lah juga. dia tidak lagi beria dengan flicka 3. kongsi juga maklumat dengan dia bahawa secretariat adalah cerita benar. suka sekali dia dengan kuda. dia mula belajar tentang kuda.


pernah dulu ada satu impian untuk membuka kandang kuda. nak punya kuda sendiri. boleh la sekarang ini pindahkan angan-angan itu pada ali. banyak lagi dia perlu tahu tentang kuda. rasanya boleh mulakan dengan beli buku tentang kuda. agar impian jadi kenyataan. ha-hah.

Saturday, February 09, 2013

fall february

duduk. berhenti. rehat. ambil nafas.

untuk waktu ini. untuk dia melihat. merenung dirinya sejenak.

berita sedih atas berita gembira.

dia harus menerima. dia memujuk diri sendiri. salah orang hanyalah 1% sahaja 99% adalah silap dirinya. untuk melihat jauh ke hadapan dia menutup pintu tersebut. kerana bila tiba masanya dia akan melangkah ke pintu itu. sekarang ini waktu dia memantulkan kesalahan dan kesilapan dirinya.

ada sesuatu mengapa perkara itu terjadi. sesuatu yang dia sebenarnya tahu. tetapi dia butakan mata dan hati.
dalam senang itu ada gelisahnya. ada yang kurang. yang kurang itu perlu dia perbaiki sekarang sebelum dia melangkah lebih jauh. jauh lagi tersasar.

failed.dosa.ampun.taubat. dia insaf. mungkin sekarang dia belum bersedia. namun siapa tahu nanti.

dia harus cepat bertindak. tak mengapa dia berhenti sekarang. berhenti untuk dia melihat jalan yang patut dia ambil. dia perlu betulkan halatujunya. 

yakinlah ada yang baik sedang menanti dia. benarlah. tertutup satu pintu banyak pintu lagi yang terbuka. sudah diberi peluang. namun dia mendapat peluang. bukan kah itu rezeki.

namun, hatinya belum besar. sebesar hati Bilal yang mencintai ALLAH dan rasulnya saat dadanya diletakkan batu yang bisa menghancur tulang dan isi dalamnya, lidah masih utuh menyebut Ahad, Ahad, Ahad. sebesar hati umm sulaim untuk mengkhabarkan syahid anaknya pada suaminya. hati belum sebesar itu menerima ujian kecil yang menimpanya. kerdilnya dirinya. malu.

Tuesday, February 05, 2013

first february

pertama di february.

tiba-tiba sahaja selepas post terakhir hari lahir muhamad terus menghilang. senyap tanpa kata. untuk diugkap oleh tuan penulis adalah sukar sekali. menghadapi keadaan adalah sesuatu yang tidak dapat dia terima. sedangkan situasi itu adalah perkara biasa untuk orang biasa sepertinya.

dua hari dia tidak mampu berbicara. untuk katakan. sehingga ditanyakan. tanpa elak. lancar saja dia menerangkan pada ayahandanya. untuk seterusnya dia hanya perlu menunggu.

dan yang pasti doa. doa yang tidak boleh putus. sebenarnya dia tidak tahu bagaimana untuk dia berdoa. malu. malu dengan sikapnya. tingkahnya. dengan ibadahnya. lalu dia temukan jawapannya. apabila dia mencari.

dia juga  bersembunyi. tapi rencana ALLAH itukan lebih baik. tidak dapat tidak dia harus hadapi. sedikit pun tidak dia elak. tenang sahaja dia waktu itu walaupun dia sebenarnya tidaklah punya keberanian. kerana dia berani mengambil langkah itu. tanpa mempersoalkan.

dia imbas kembali. hatinya bukanlah sebesar hati sahabat-sahabat yang hidup di zaman Rasulullah. mereka terima dan hadapi ujian yang mana mungkin dia mampu hadapi. dia tak mampu. sungguh dia tidak mampu.dia menghela nafas. sungguh sukar sebenarnya kita ikhlas. kita terima ketentuan yang telah tetapkan. itulah perasaan yang indah dari ALLAH. sakit. kecewa. jatuh.

itu perasaannya. waktu ini dia masih belum bertindak. bila? dia tidak  tahu. dia punya rutin yang sama.mungkin disini langkah dia bermula. siapa tahu.

Wednesday, January 16, 2013

bulatan gembira 2.0

bulatan gembira saya ada banyak versi.

pada awal-awal dulu. tak da bulatan gemira. cuma sesi lutut bertemu lutut. maknanya saya seorang dan murabbi. kemudian bertukar. bertambah satu ahli.

dia ahli gang bulatan gembira saya yang pertama. juga menjadi kaki kepada bila kami perlu ke bulatan gembira. setiap kali. bukan sekali dua. sehingga saya jadi segan padanya. rasa menyusahkan pun ada. bahkan untuk mana-mana program saya pertama cari dia. kami serasi bilamana fizikalnya kami tiada beza. kadang-kadang macam adik beradik.

namun saya senang dengan sikap cool dia. suka dengar dia berceloteh. spontan dan bersahaja. saya tak tahu bila dia marah. tapi saya tahu sayang dia.

kami tidak terpisah. malahan gang bulatan gembira saya bertambah. bahkan lebih meriah bilamana kadang-kadang kami dapat ahli kecil - si bayi. membesar dengan sihat - fizikal dan mental. senyum. geram-geram saja bila bertemu.

kali ini untuk bulatan gembira yang baru ini saya dapat kaki baru yang mana lebih mudah untuk urusan pergerakan. hubungan kami membesar dan lebih ketat. sampai ada yang bertanya "kawan baik ke?"

saya jawab dalam hati. bukan bahkan lebih dari itu.

kerana, setiap kali bertemu mereka sudah tahu saya ini banyak masalah. tiap kali bertemu ada saja mulut ini berbicara. berceloteh. mengadu hati ke hati. tidak saya ganggun mereka menelefon untuk berbual panjang. namun seketika dalam kereta untuk perjalanan pergi dan balik sudah cukup. kalau tidak saya bercakap banyak yang lain juga akan bercakap banyak. saling dengar mendengar. saling tegur menegur. saling nasihat dan menasihati.

sebelum bertemu saya merindui mereka. bila bertemu semua rasa hilang dibawa angin namun berpisah kembali rindu menggebu-gebu. sungguh saya sayangkan mereka.

gang bulatan gembira mengajar saya untuk lebih merendah diri. well, to confess here i'm too perfectionist. i'm learned from them. saling text each other untuk mengingati.

mungkin kerana sentuhan doa rabitah yang menyatukan hati-hati kami. berpisah pada hari itu tiada tangisan. tapi hati-hati merasai perpisahan itu. merasai kehilangan. tidak diluahkan dengan airmata. tapi saya tahu saya akan merindukan gang bulatan gembira saya sewaktu di taylor's.

saya bukanlah sesiapa. budak hingusan yang kuat marah.

p/s: rindu la mereka. and selamat hari jadi muhammad kecik. :P