Saturday, December 22, 2012

home or suicide

for this 3 weeks. dikejar dengan kesibukan sehingga pada minggu terakhir merasakan tidak sempat untuk berjalan pulang menukar baju.

studio. studio itu menjadi saksi usaha insan kerdil itu.
setiap saat merasakan terlalu berharga.
alhamdulillah masih mampu menjaga makan dan ibadah.

pada minit-minit terakhir hati makin berdebar.
saat penyerahan tugasan.
kaki berdiri tegak. mulut melantunkan suara. bibir menyusun ayat-ayat terbaik dengan penuh debar.

hanya satu soalan.
air mata menitis laju.
sehinggakan ia tidak mahu berhenti.
seperti beban terangkat perlahan.

hanya menanti keputusan yang entah.
rusuh di hati masih belum.
ya ALLAH permudahkanlah.
 beban yang dinanti masih tergantung.
hanya Engkau yang mengetahui.

 perasaan ini masih kacau-bilau.

Sunday, December 02, 2012

akhawat

karnival hari kanak-kanak. permai villa. disember.

terimbau kenangan. waktu pertama menjejak tanah subang jaya. kosong. keliru.sesat.

saat-saat didatangkan ujian terbesar. mereka.sentiasa ada. ada secara langsung atau tidak.tanpa sedar hati ku dan hati mereka bersatu dalam rahmat kasing sayangNYA. bahkan saat hati-hati ini terpisah cepat saja merindui mereka.

tahun pertama. adalah tahun yang menguji. keseorangan menghadapi segala cabaran dan ujian. dari segi belajar. dakwah. kehidupan di taylor's terutama. air mata tidak pernah kering. mencari kekuatan. kekuatan dari mereka. tanpa sedar mereka telah menyalurkan kekuatan mereka padaku. belajar menghadapi segala ujian bagai dari mereka. sungguh mereka. lalu, hati berkata "aku ingin kuat seperti mereka"

terutama naqibah [sanah helwah my second naqibah. :)]. sentiasa memberi telinga sebagai tempat untuk mencurah isi dada. segala lelah yang dilalui. bersama teman usrah. kerana mereka. tidak pernah terlintas untuk menjauh. malah teringin mendekat dengan mereka. malah mengutamakan mereka dari segalanya. begitulah hati-hati mula terpaut.

tahun kedua. hati ini mula selesa dengan mereka. merasa manis melihat wajah mereka. merasa beruntung mengambil langkah. merasakan sungguh indah perjalanan yang disusun Maha Pengasih. ujian ini sebenarnya ada pelangi disebalik hujan. meneruskan istiqamah dalam journey menuju cinta Maha Penyayang.

kerana hati-hati mereka yang penuh cinta, hati ini juga mula bersedia memikul tanggungjawab dalam menyatukan hati-hati yang ingin dekat Rabbnya. sedangkan tanggungjawab ini bukanlah tanggungjawab yang ringan. indah. yang kurasakan. indah yang kulihat.

tahun ketiga. tahun terakhir. ujian itu tiada timeline. bahkan ujian yang ALLAH sediakan haruslah diterima tanpa berkata TIDAK. kerana ujian adalah berdasarkan kemampuanku. menangis. pahit. namun kerana jalan yang dilalui ini adalah untuk cinta pada Sang Pencipta. aku menoleh pada tahun-tahun yang telah aku lalui. mereka itu adalah kekuatanku sebelum ini. lalu, seperti teguran. mereka juga aku lihat sebagai contoh. betapa besar hati mereka dalam jalan ini. korban mereka bukan saja dari harta bahkan keluarga dan masa.

sehinggakan aku bertanya pada hati. apakah aku mampu berbuat seperti mereka? lihatlah. belajarlah. ambillah pengalaman dari mereka. agar hati kau juga besar seperti mereka.

hari ini, i'm work together with them. aku yang muda. dengan semangat yang membara. belajar hikmah dari mereka. sungguh mereka itu indah. mereka itu manis. mereka itu bernama akhawat.

Friday, November 30, 2012

indah namanya

bulatan gembira itu berbicara tentang 10 sahabat dijamin ke syurga.

1. abu bakar as-siddiq.
2. umar alkhattab
3. uthman bin affan
4. ali bin abi talib
5. talhah bin ubaidillah
6. saad bin abi waqas
7. said bin zaid
8. abdul rahman bin auf
9. zubair bin awwam
10. abu ubaidah al jarrah


ada akhawat menamakan anaknya Talhah. Talhah yang garang. usik sikit mesti dia cubit. Talhah yang manja. nak minum minta pada uminya. uminya bercakap dia sibuk cari perhatian. itu Talhah kecil. Talhah zaman sahabat Talhah yang hebat. Talhah yang digelar Syahid yang hidup. kerana beraninya dia ketika perang Uhud. 70 luka dibadannya. itu baru satu kisah satu sahabat.

belum lagi bercerita tentang Khalifah Pertama - Abu Bakar. dari awal Islam sehingga Madinah menjadi Negara Islam. Khalifah As-siddiq - membenarkan. melewati kisahnya terasa cemburu betapa dekatnya dia dengan Rasulullah. bukan sahaja sahabat tetapi juga mertua Rasulullah.

tambah pula Umar al-Khattab sikapnya garang tetapi gelarannya terkenal dengan al-farouk.

manisnya Uthman bin Affan kerana malunya. sehinggakan Rasulullah turut berasa malu dengan nya.walaupun pemalu dia tetap digelar dengan zunnurain kerana mengahwini dua puteri Rasulullah.
 
dan sahabat-sahabat yang lain. tak mampu nak tulis semua.

reflect diri. 10 sahabat ni masih lagi tak ingat. sahabat-sahabat lain lagi la..

cukup la hari ni mode membebel!


Wednesday, November 28, 2012

lapang dada.selfish.memaafkan.

masalah yang besar sedang menari-nari dalam otak.
melantun-lantun idea sebagai jalan penyelesaian.
tapi tak semua mampu dilakukan.

ada satu kejadian telah berlaku. antara seorang saya dengan seorang kamu. berlaku sedikit kegelinciran dimana hati seorang telah terguris. tidak. sebenarnya kedua-duanya sedang mengalami masalah hati. kalau tiada masalah hati tiada la berlaku insiden ini.

lalu, seorang saya dan seorang kamu bertemu muka ke muka untuk berbicara hati ke hati.

lapang dada.

kata kamu, saya perlu bersikap lapang dada.

saya terima. tapi dalam memahami sebuah ukhwah adakah kamu cukup taaruf pasal saya. taaruf permulaan sebuah ukhwah.

ya, serendah-rendah ukhwah bersikap lapang dada.

hati saya lapang menerima teguran kamu. tapi adakah hati kamu sudah lapang untuk menerima teguran saya?

selfish.

kamu pesan pada saya. simpan dalam otak baik-baik. manusia semua sama. masing-masing sellfish.

well, saya berfikir. tidak. saya tidak setuju. ya, mungkin dunia dan isi sekarang bersikap selfish.

namun, saya lewati kisah-kisah para sahabat. sedikit. sedikit pun tiada diantara mereka bersikap penting diri sendiri. kisah hijrah. ansar dan muhajirin. muhajirin yang tiada apa-apa ketika tiba di madinah lalu ditawarkan oleh ansar, pakaian, rumah harta bahkan isteri mereka sanggup diberikan pada muhajirin.

lagi, ingat lagi kisah para sahabat yang pergi berperang. 3 sahabat yang saya lupa namanya. saat- saat diberikan air, sahabat pertama ingin meminumnya namun terdengar sahabat kedua meminta air lalu didahulukan pada sahabat kedua. kemudian saat sahabat kedua ingin meminumnya terdengar pula sahabat ke-3 meminta air. lalu didahulukan pada sahabat ke-3. masing-masing cedera parah.  malah sahabat ke-3 tidak meminumnya kerana mendahulukan sahabat yang lain. syahidlah ketiga-tiga sahabat hanya kerana seteguk air.

baru dua kisah. belum lagi saya tuliskan tentang kisah sahabat lain. Hati mereka sangat besar.

kalau kamu berbicara tentang lapang dada. dan kamu ingatkan saya tentang manusia ini selfish. manakan mampu kamu untuk naik ke tahap ithar iaitu melebihkan sahabat dari dirinya sendiri.

tingkat-tingkat ukhwah itu lapang dada dan ithar. lapang dada dan selfish tidak mungkin berlaku. bahkan selfish tiada dalam 10 muwasafat tarbiah. memaanfaatkan pada orang lain itu bukan selfish. ingatlah.

memaafkan.

saya tahu kamu masih lagi terkilan dengan saya. yang mampu saya katakan maafkan saya. pilihan kamu untuk memaafkan saya atau tidak.yang pasti urusan saya dengan kamu sudah selesai.

ingin saya katakan bukan kamu sahaja rasa sakitnya dalam hati itu. saya juga.

namun saya sedar, saya harus memaafkan kamu walaupun tiada maaf dari kamu kerana bagi kamu, kamu tidak bersalah. mungkin. siapa tahu.

kalau lapang dada sahaja masih belum cukup kalau kamu masih belum memaafkan saya. adakah kamu tahu kuasa memaafkan orang?

orang kata ada setengah perkara perlu dirahsiakan. tapi ada perkara harus diberitahu. walaupun terlambat.

p/s: rasa macam hilang sense of bercerita. may be i missed my home. 3 weeks more to go!

Sunday, November 25, 2012

kereta api

pernah kita merasa kita tertinggal.
tertinggal kereta api. he-he.

tak kira apa situasi. belajar. tarbiyah. dakwah.
terasa seperti jauh untuk berlari bersama-sama mereka.
tercungap-cungap. lelah.semput untuk mengejar kelajuan mereka.

tanpa sedar, rasa penat. lalu berhenti.
bila berhenti kita tidak lagi mahu berlari.
maka, tertinggal la kita di belakang.

dalam laju berlari pada awal pecutan,
kita tidak sedar. ada  yang dikendong berciciran ada yang dikejar tak dapat.
what you have now? zero. nil. nothing.

i once felt like this. please don't leave me!
then, i take this way slowly. walking. peacefully. enjoy.
without i realize, now i'm able to run faster.

once, i try to bring them together. them who with me.
taking slow journey. walking together.
but at certain time, i had to let them go.
had to say, we are not at the same level.
you not able to run yet.
i have to go. cacth me later.
see you!

peranan kita mungkin sama. tapi tanggungjawab aku dan kamu berbeza...

Friday, November 23, 2012

garisan semakin hampir

minggu ni minggu ke-11. ada 3 minggu lagi.

masa untuk improvement.
masa untuk buat lagi baik.
you still have time.
belum terlewat lagi.

kalau pintu taubat sentiasa terbuka.
kenapa tidak ambil langkah untuk memohon ampun?
senyum.

ingat lagi quote better late then never?

Saturday, November 10, 2012

cold war

kita merancang. kita menyangka. tapi tidak tahu apa yang bakal kita hadapi nanti.

november. bulan kritikal. awal bulan sudah huru-hara.

berani buat berani tanggung. that's me.

buat salah, kene mengaku.

ditegur. telan. pahit.
ditegur. bagai penumbuk. lebam. sakit.
ditegur. dilanda tsunami. lemas.

diri. diam. bertafakur.
renung diri sendiri.
dalam diam, menangis tanpa airmata. siapa tahu.

attack. ambush. i'm defenless.
she comfort me, keep silent doesn't mean you loser.
but you know where to put your pride.

may be i was wrong. totally wrong.
but disebalik yang berlaku, i've no regret.
because i believe ALLAH had a good plan for me.
HE let me hurt now, so that i know how to heal it in future.

but disebalik yang berlaku, i know myself more.
i know you more. good and bad about you.
how to deal with you.
what type of person you are.

too much thing need to improve. thank you.
i'll consider about it.
as always, in everything i do. ALLAH will answer me dengan cara tak disangka.
feel blessed, alhamdulillah.

may be i'm not good with HIKMAH way. but that's my style.
may be i give bad impression but i conclude that taaruf kita masih belum cukup.
i couldn't BERLAPANG DADA because are we good enough in our ukhwah?
i take my risk. to show you, I'M NOT PERFECT PERSON.

instead you accept my weakness, you put the blame on me.
instead you frust what i've done, you take same step like me.
we are even now. can't you see it?

do u know what is empathy?
do u know how to comfort my feeling?

no. well, i comfort myself. i have to distract myself.
go facebook. likes everything that makes me feel better.
whatever happen, i just want to say I'M SORRY.


لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
‘There is no deity but You. Glory be to You! Verily, I have been among the wrongdoers’

tambah dengan tadabbur surah ad-dhuha. then you'll feel better. senyum.

mari kita fokus dengan final project. yeah!

Wednesday, November 07, 2012

untuk 3 hari

termangu.
menghadam.

taaruf.
tafahum.
takaful.

berlapang dada.
ithar.

mana satu dulu.
tengok diri sendiri.
my bad. my mistake.
saya bersalah. minta maaf.

Thursday, November 01, 2012

Monday, October 15, 2012

Sunday, October 14, 2012

Saturday, October 13, 2012

Friday, October 12, 2012

Thursday, October 11, 2012

present.



boleh tak nak perasan!
don't mind not get any present. 
but this guy always make me love him more and more. 
ha-ha.
because.he surprising me.
made my day.

dear you,
would you able do like this to me? 
:P

Thursday, October 04, 2012

karma

don't expect people to come back to you.

laugh at myself. sejujurnya. sangatlah tidak suka bila kene cakap NO! i try myself to say no. dulu rasanya sangat rare cakap NO. tapi sekarang i have my own priority. but sometimes i put that thing at the first place. dan sekarang kena lah padahnya. when u respond with NO.

kesannya, people will forget me. sedih.

its kind of sedih when you (name is cik) know your friend (name as lala) always went back very late. and cik didn't inform lala. which is cik going out and will be back late. and when lala reached lala realized nobody in the house. lala wait until midnight but cik still not come back yet. lala go to sleep. cik reach home and make some noise disturb lala sleeping. lala annoyed and distract her to sleep. instead lala yelling to cik. lala shut the door witth proper sound. silent. and lala continue sleep.

lala fault: because she did not contact cik.
cik fault : because not telling lala that she will late. +  disturbed lala. inconsiderate.

that;s why orang tak cari time lunch. thats why orang tak ingat your habit. thats why tak da orang balik sama-sama. nobody invite u, let's eat. nobody ask have u eat.

sometimes, kene berdiri di atas kaki sendiri.




Wednesday, October 03, 2012

dengan kuasa-MU

ehem..

lama tak menulis panjang. sudah masuk oktober. julai yang terindah. ogos yang menarik. september yang mencabar. oktober yang dinanti.

julai. ramadhan. masih merindukan suasana itu. suasan berbuka di surau sebelum cuti semester. hutang cerita pasal budak-budak surau. hutang cerita betapa indahnya ramadhan itu. hutang cerita setiap ramadhan perasaannya sentiasa berbeza. hutang kenangan ramadhan yang ingin dikenang.

ogos. syawal. kenduri. bertambah ahli keluarga baru. ALLAH sibukkan diri cik khaulah dengan perkara dia suka. indah perjalanan ogos yang disusun ALLAH untuk cik khaulah. ogos yang kelam-kabut. ogos satu kesan. ogos yang sakit. ogos yang menguji. i enjoy august as my last semester holiday.

both month teach me to love food. ha-ha. only me know that means.

september. new semester. another world of me. another me. di situ tak suka. di sini stress. dipersimpangan. dapatkan bantuan. half of september i lost myself. just puan momo came i got another half me. i had this imagination. tentu seronokkan bila bagitau keluarga "oh, submission this date. bla-bla. tak boleh nak balik." dan umi atau ayah said "tak pa. kalau dah siap, call. nnt umi or ayah amik." kan seronok.  tak pun. "ada kelas ke? nak hantar lunch". or " dinner nak makan apa?" mesti seronok bila dilayan begini. waha-ha. berangan.

but true. one of my classmate. datang dan balik sekolah tak bawa kereta. mak ayah amik. tak pun car pooling. mungkin ada kata leceh. tapi mungkin quality masa untuk bersama keluarga siapa tahu. another classmate, been forced to called the mother everyday. mungkin rasa macam annoyed. tapi mungkin itu satu cara untuk mengukuhkan bonding with famili. siapa tahu. me? i try to make myself call famili every week.

early semester. we already talked the future. early semester we already planned for the next. early semester terima berita yang mengejutkan. alhamdulillah, i've been through for september.

october. what waiting me? totally feeling scared. meredah jalan yang gelap. but i had good feeling. :) kita tunggu dan lihat.

i knew about surah dhuha. but i never to the translation. one day, i open it. and read. and hayati. it's beautiful surah.

Demi waktu dhuha, 
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -  
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). 
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. 
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? 
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? 
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, 
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; 
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (93:1-11)

Monday, October 01, 2012

Friday, September 28, 2012

Thursday, September 27, 2012

upside down flip flop

kita tak tahu ujian datang dari segala aspek.

niat kita hanya belajar.
untuk fokus belajar kita sudah di uji.
datang lagi ujian luar.
datang untuk menganggu konsentrasi kita.

niat kita hanya belajar.
tapi kadang-kadang niat disalah tafsirkan.

niat kita hanya belajar.
tapi kurang sabar.
menanti natijah.
ingin cemerlang. gemilang.

niat kita hanya belajar.
tapi kerana seronok.
kita lalai.

ampunkanlah hamba-MU ini. =.='

Sunday, September 23, 2012

bond of love - sahabat


baca doa rabitah untuk saya setiap hari ya!

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at-Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

p/s: date dengan ahli KPJ :)