Sunday, July 08, 2018

Dejavu - First Date

K berjaya melepasi bahagian imigresen. Bila masuk ke Australia senang saja passportnya diproses tetapi anehnya bila keluar dari Australia passportnya pasti ada masalah. Entah kenapa. K tidak mahu berfikir panjang. K terus melangkan ke tempat mengambil bagasi di laluan F. laluannya masih kosong. Beg masih belum keluar. K tidak mengambi troli. Dia hanya ada satu beg seberat 20 kilo dan dia tiada masalah untuk membawanya. Ini bukan pertama kali dia travel ulang-alik Malaysia - Australia. Dia sudah biasa. Begnya itu penuh dengan isi makanan malaysia yang sukar untuk dia cari di Australia dan selepas ini dia perlu melepasi bahagian kastam untuk mengisytiharkan barangan yang dibawa masuk.

K mengeluarkan telefon pintarnya. Dia cuba mengaktifkan telefonnya. Sudah menjadi tabiat K mengaktifkan telefonnya ketika di tempat mengambil bagasi. Dia tak suka kalut ketika beratur di imigresen. Di tempat mengambil bagasi ini tempat dia bertenang sebelum dia perlu beratur untuk tempoh yang agak lama di bahagian kastam selepas ini. Proses dari keluar pesawat sehingga dia selamat keluar ke pintu ketibaan mengambil masa hampir dua jam. Lebih-lebih lagi dengan ketibaan pelawat dari pelbagai negara pada waktu yang sama.

Terdapat banyak mesej masuk dari whatsappnya. K membiarkan mesej yang bertalu-talu masuk. Perkara utama yang perlu dia lakukan terlebih dahulu adalah memaklumkan ahli keluarganya bahawa dia sudah selamat sampai. Beg sudah mula keluar tetapi K hanya membiarkan seketika. Begnya tidak lari ke mana hanya akan berpusing di tempat yang sama sehingga diambil oleh K nanti.

Suasana di tempat mengambil bagasi sangat sibuk kerana orang ramai memenuhi ruang dalam waktu yang sama. Ramai yang kalut menunggu beg. Di laluan kastam juga ramai sudah beratur. Ada pegawai yang akan memeriksa borang perisytiharan dan membimbing mereka ke laluan yang bersesuaian dengan barang perisytiharan nanti.

Bahu K terjongket naik. Terasa ada yang mencuit bahunya. K mengalih perhatian dari permukaan skrin telefon pintarnya.

"Assalamualaikum, Yang Mulia," K terpana. Yang Mulia. Dia yang menyapa tersenyum manis. Matanya turut bercahaya. K masih kaku untuk beberapa ketika. Tangannya mengenggam erat telefon pintar.

"Karimah," Dia melambai pada wajah K yang tidak berkelip. K menelan air liur. Ahmad! Lelaki soleh. serunya dalam hati.

"waalaikumussalam. Macam mana ada di sini?" Soal K. Sungguh dia terkejut dan keliru. Kenapa dan bagaimana Ahmad boleh muncul di hadapannya kini? adakah ini mimpi?

"baru sampai dari China." ulasnya dengan gembira. K masih tidak berkelip memandang Ahmad. Fikirannya masih belum hadam dengan kehadiran Ahmad.

"tunggu beg?" soal Ahmad lagi. Mungkin cuba mengalih perhatian K yang kelihatan sangat gelabah. K juga tersedar kembali menoleh ke atas tray bagasi. Dia cuba mencari begnya.

"tak keluar lagi,"jawab K lemah. Ahmad mengangguk. Ahmad memandang sekeliling. K nampak dari hujung matanya Ahmad sudah sedia dengan begnya. Jeda.

Saat itu, kalau boleh K mahu cepat-cepat menghantar mesej pada Marisa untuk memberitahu Ahmad muncul depan matanya macam jatuh dari langit. Hatinya juga tidak berhenti dari melompat tapi cuba dikawal agar tidak nampak ketara perubahan perasaan dalamannya. Dia juga tidak berhenti mengucap syukur. Beginilah rasanya andai doa dipinta termakbul dengan cara yang tidak terduga. Terima kasih Tuhan.

Untuk beberapa ketika, beg K muncul tergolek. K hanya menanti begnya bergerak sampai di tempat dia menunggu. Ahmad masih tetap berdiri disebelah K. K bergerak menghampiri begnya berwarna kelabu jenama Antler. Ahmad turut membantu K menegakkan begnya.

"Ada lagi?" tanya Ahmad apabila K sudah sedia untuk gerak.

"tak ada," Mereka bergerak seiring ke bahagian kastam. Ahmad ada dua beg. Satu beg sama size dengan beg K dan satu lagi saiz hand-luggage.

"ada declare apa-apa ke?" giliran K bertanya tanpa segan. Sebenarnya, K selesa dengan Ahmad. Dia tidak rasa janggal berada disamping Ahmad sebab itu dia berani berbual dengan Ahmad.

"Ada," sahut Ahmad sambil menunjukkan borang perisytiharan pada K. Ahmad memberi laluan kepada K terlebih dahulu dan dia mengikut dari belakang. Oleh kerana orang terlalu ramai, K dan Ahmad dibawa ke kawasan khas untuk pegawai kastam memeriksa dengan anjing. K hanya tenang berdiri menanti anjing kastam menghidu begnya. Dia sebenarnya sedikit takut dengan anjing. K menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan. K tidak peduli apa yang terjadi pada Ahmad. Dia hanya fikir untuk lepas sahaja. Dia malas berurusan dengan pegawai kastam yang macam-macam ragam.

Pegawai kastam memberi arahan bahawa dia selamat untuk pergi. K mengucapkan terima kasih dan terus bergerak ke pintu keluar. Dia sudah lupa tentang Ahmad. Satu lagi halangan yang perlu dia lalui iaitu pintu keluar. Dia tidak suka dengan orang ramai yang berkumpul di pintu keluar. Dia tahu mereka menjemput dan menanti seseorang keluar tetapi K terasa terganggu.

"lajunya. Nak ke mana?" sapa Ahmad disebelahnya. K kelu sekali lagi. Dia benar-benar lupa dengan kehadiran Ahmad.

"boleh kita singgah minum sekejap?" K tiba-tiba teringat, mungkin ini kali terakhir dia terserempak dengan Ahmad. Dia tidak mahu menangguh. Sudah 6 bulan dia menanti jawapan. Dia juga sudah bersedia untuk langkah seterusnya sekiranya Ahmad menolak.

Ahmad tidak segera menjawab. Dia mengajak K bergerak ke ruang yang lebih lapang. "saya belikan dan Karimah tunggu di sana, boleh?" ujar Ahmad sambil menunjukkan arah tempat yang perlu K tunggu. Mata K turut ikut pada telunjuk Ahmad. Setelah berpuas hati dengan tempat menunggu, K bersetuju.

"nak air apa?"Ahmad mengambil pesanan.

"cookies n' cream," balas K. Ahmad mengangguk tanda faham dengan permintaan K. Dia bergerak dengan membawa begnya. K menahan Ahmad dan menyuruh Ahmad meninggalkan begnya bersama K. K bimbang susahkan Ahmad yang akan membawa minumannya nanti. Tidak cukup tangan nanti.

Setelah memastikan beg-beg keadaan selamat, K duduk dengan selesa. Dia melihat jam di skrin telefon pintarnya. 12.30 tengahhari. Ini bermakna zuhur sudah masuk. Waktu solat di Australia berbeza di Malaysia. Waktu solat berubah mengikut musim. Kalau musim sejuk, waktu solat antara solat yang seterusnya sangat singkat. Jadi, K perlu bijak mengurus masa.

Ahmad sudah kembali dan menghulurkan minuman untuk K. Dia duduk di sebelah K tetapi dengan jarak yang selesa. Tidak rapat dan tidak terlalu dekat. K menyedut minumannya. Lega.

Tanpa membuang masa, K memulakan bicara. "boleh saya tahu kenapa awak beri kad nama awak pada saya?" Dia sebenarnya berdebar tetapi berlagak berani dan yakin. Ahmad masih menyedut minumannya. K tenang menunggu jawapan.

"Sebab saya nak awak hubungi saya," Ahmad juga memberi jawapan yang berterus terang tanpa mengelak. Apabila mendengar jawapan dari Ahmad, K mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya.

K menilik sekeping kad dengan reka bentuk yang sangat unik, "saya minta maaf sebab saya tak faham maksud awak. Saya lupa tentang kad nama awak. Lepas dapat tahu awak ke China, saya reka khas kad nama ini," jelas K sambil menghulurkan kad nama tersebut pada Ahmad. Ahmad gelak kecil.

"Mana tahu kebetulan saya jumpa awak lagi macam hari ni sebagai balas balik kad nama awak," tambah K sebelum Ahmad memberi komen terhadap kad namanya. Ahmad menyambut kad nama K. Giliran dia menilik kad nama tersebut. Karimah binti Ikram. 04523854721. K.karimah@gmail.com berserta logo facebook sahaja.

"Facebook sahaja. No instagram. No twitter," K bersuara lagi.

"terima kasih," Ringkas sahaja respond Ahmad. Hati K resah. Misi utamanya sudah berjaya. Namun, dia masih ada satu persoalan yang asyik bermain di minda. Dia tidak pasti adakah dia patut bertanya sekarang atau kemudian nanti. Dia cuba beri masa dan ruang untuk Ahmad berkongsi dengannya.

K menyedut lagi minumannya perlahan-lahan sambil matanya melirik pada Ahmad. "saya sebenarnya tunggu awak hubungi saya. Adalah dalam dua minggu tapi langsung tiada khabar berita. Jadi saya hubungi Michael dan saya dapat tahu awak ambil cuti panjang. Waktu itu juga saya ditugaskan untuk menguruskan projek di China. Saya ingat saya dah tak dapat berjumpa awak lagi tapi Alhamdulillah, hari pertama saya jejak tanah kangaroo ini awak orang pertama saya jumpa," jelas Ahmad.

"tapi macam mana awak tahu nama saya?" K segera mencelah memandangkan mereka berbicara dalam topik yang sama. Bukan K tidak perasan ketika Ahmad menegurnya tadi Ahmad ada memanggil namanya, Karimah. Ahmad memandang K sekilas. Ada garisan senyuman yang tersirat. Sukar untuk K teka.

"Yang Mulia, tahun lepas Yang Mulia tertinggal passport di airport yang sama. Saya sempat baca seluruh maklumat dalam passport Yang Mulia," Karimah Binti Ikram. Malaysia. 7 September 19**. Perempuan. No. Pengenalan **09070364**. Tempat lahir - Kelantan. Tinggi - 151 cm. Ahmad masih ingat lagi semuanya.

K berhenti menyedut minumannya. Dia rasa dia sudah terperangkap dengan Ahmad. Dia tidak tahu adakah itu perkara yang menyenangkan atau menakutkan. "oh," pendek sahaja K membalas. Tapi Ahmad kenapa Yang Mulia? K simpan soalan tersebut dalam hatinya. Dia tidak bersedia untuk mendengar jawapan dari Ahmad. Hatinya bagai mahu meletup.

Cukup untuk hari ini walaupun masih ada banyak persoalan yang ingin K selesaikan. K yakin mereka akan bertemu lagi selepas ini. Perlahan-lahan, K. Jangan gopoh.

K sambung berbual dengan Ahmad untuk beberapa minit sebelum mereka berpisah. K memilih untuk mengambil bas manakala Ahmad akan menaiki keretapi. K sebenarnya boleh ikut Ahmad naik keretapi bersama tetapi K mahu berjimat dan ingin mengelak berjalan bersama Ahmad. Ahmad terlebih dahulu memastikan K naik bas sebelum dia ke platform keretapi.

"jumpa lagi, Yang Mulia. Assalamualaikum."

Monday, July 02, 2018

Suara dalam Otak

Movie ni tajuk sebenarnya adalah Brain on Fire.

Aku tak tengok dari awal. Tengok dalam sebuah saluran televisyen. Kebetulan sahaja sebenarnya. Sebab aku tengok tajuk terlebih dahulu kemudian baca sinopsis dia. Rupanya based on true story. Masa aku tengok tu Mary (bukan nama dalam movie, tulis supaya faham cerita ni - lagipun malas nak google balik pasal movie ni. tulis berdasarkan memori aku sahaja) dah mula sakit dan menunjukkan simptom yang pelik. Mula-mula ingat cerita horror. Sebab Mary cakap dia dengar suara bisikan. Horror sebab Mary boleh tahu apa yang emak tirinya rasa dalam hatinya.

Ayah dia dah aware sebab emak dia dah pesan awal. Mary ada masalah. oh, mak dan ayah Mary ni dah berpisah dan ayah dia dah kahwin lain. Mary kemudian jerit-jerit dekat ayah dia. Ayah tak jadi nak marah dia tak silap aku. ayah cuba tenangkan dia.

selepas simptom pelik ni, mak dan ayah bawa pergi ke hospital untuk periksa apa masalah Mary ni. Pada awalnya, doktor cakap Mary mungkin ada masalah psikologi. macam schizophrenia atau bipolar. Mak dan ayah dia tak percaya. maka, mulalah doktor buat beberapa ujian. Scan otak dia. Tapi doktor tak dapat nak diagnos sakit sebenar. Pada masa yang sama, Mary terus jatuh sakit. jatuh sakit as dia tak boleh berjalan dengan baik. Dia tak boleh nak bercakap dengan baik. macam orang sakit strok pun ada.

Mary ni ada boyfriend. Mary ni dah bekerja sebagai wartawan. Dia mula sakit ketika di pejabat. dia buat aksi pelik-pelik. Daripada situlah bermula pencarian penyakit sebenar dia. oh, pasal boyfriend dia ni yang bagus walaupun bukan halal relationship, boyfriend tetap dengan dia. tak tinggalkan dia dan support dia masa sakit. Mak ayah dia pun kenal boyfriend Mary ni.

Bagaimana penyakit sebenar Mary dapat dikenalpasti apabila salah seorang doktor ni pergi berjumpa dengan cikgu dia (lebih kurang la, sebab doktor ni mengajar yang berkaitan dengan otak jugak la) itupun setelah mak ayah Mary desak doktor dan percaya anak dia bukan gila dan tak nak hantar Mary ke hospital sakit jiwa.

Mak dan ayah punya nalura hati halus mulus ni memang tepat la kan. Bila cikgu ni datang tolong diagnos dia dapati ada sesuatu dekat otak Mary. part ni la aku mesmerize, sebab hampir sama dengan video aku tengok pasal budak laki ni diselamatkan oleh doktor ni sebab dia yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan otak budak lelaki tersebut. Dia amik risiko untuk bedah otak budak tu. ternyata doktor tersebut betul. kebetulan juga aku tengok video pasal penemuan organ baru dalam badan manusia. MashaALLAH SubhanALLAH. Waktu ni rasa ilmu dalam dunia sangat luas. Benarlah macam ayat last surah al-kahfi tu kan. Tulis 7 lautan belum tentu habis. Tu dunia perubatan.

Satu bahagian sahaja ilmu. Ilmu architecture ni lagi luas. bukan kau belajar pasal bangunan. kau akan belajar eksosistem alam. feeling. atmosphere space tu sendiri pun luar biasa. dua contoh aku bagi. pagi-pagi kau pergi sekolah ramai orang dalam kelas. bising. serabut. suara cikgu menjerit lawan suara dengan anak murid. tapi bila kau pergi sekolah tu pada waktu malam terus kau rasa seram. sunyi. sepi. gelap. terus otak kau diterjah dengan cerita hantu yang berkaitan. contoh dua pula, kau pergi masjid mesti kau akan tenang je kan. solat inshaALLAh lebih khusyu berbanding tempat lain. kalau ada setengah masjid tu rasa tak nak keluar sebab syok sangat.

Aku tak nak cerita ending movie ni tapi kalau nak tahu juga silalah google. nanti cakap aku spoiler pula. lagi pun ni cerita benar kau boleh tahu ending dia juga sebab Mary terbitkan buku pasal sakit dia ni.

walaupun aku tak suka benda berkaitan dengan perubatan ni tetapi ilmu dia tu aku tetap kagum. belajar architecture pun aku tak pernah habis rasa kagum dan teruja. sebab memang setiap kali aku cerita pasal A berulang kali setiap kali itu juga aku akan dapat ilmu baru. Ada saja reference projek yang berkaitan. Aku pun tengah cari semangat yang hilang. tak tahu lah sesat ke mana. hmmm...

Sunday, July 01, 2018

Berhenti Berharap

Entah berapa kali sudah K tulis kemudian padam pada kotak mesej Leo. Perasaannya bercampur malu dengan berani meluahkan rasa. Marisa tidak sudah ingatkan dia supaya tidak menangguh urusannya dengan Ahmad. K berhenti menaip. K sedang memikirkan skrip yang sesuai untuk dihantar kepada Leo. 
K ada sebab untuk mesej Leo. Ia berkaitan dengan Ahmad. K tahu Leo berkawan dengan Ahmad di Instagram dan Facebook. Dua media sosial itu menjadi sumber untuk K kumpul maklumat tentang Ahmad. Atau dengan kata lain mengintip. Mengintip melalui Leo. 
K ada lagi Chan dan Andy yang boleh menjadi pengintip untuknya. K biarkan Kim dan Alpha sedang seronok bercinta. Dia tahu Kim dan Alpha pun turut akan menyokong perbuatan tetapi dia lebih selesa meminta tolong dengan Leo. Chan pun K tak mahu menganggu. Chan berubah sedikit selepas dia bercinta dengan junior dan tinggal bersama. Tinggal Andy dan Leo. 
K bandingkan Andy dan Leo. K lebih percaya Leo dari Andy. Andy mulut kecoh. Satu benda K cerita, sepuluh Andy akan sebar pada rakan-rakan lain. Melebih-lebih. Leo juga tidak cerita pada orang lain dan dia hanya fokus pada dirinya sendiri. Walaupun tiada jodoh antara K dan Leo tetapi mereka tetap kawan yang saling bantu-membantu ketika masing-masing ada masalah. 
Leo, need your help. Regarding to this guy named Ahmad. - K
hantar. Dah tak boleh undur dah. Leo dah baca. Kebetulan dia juga online. 
K, how are you? - Leo
Ahmad? Ahmad who? - Leo
Eh, masakan Leo sudah lupa. Tempoh hari dia, Andy dan Chan seronok mengusik K dengan Ahmad. 
K menghantar imej Ahmad pada Leo. Imej yang pernah Leo, Andy dan Chan short screen hantar padanya. K rasa berguna pula imej tersebut. Sebut nama Ahmad, Leo lupa. Hantar gambar senang. Mana tahu ingatan visual Leo lagi kuat. 
Ha-ha. This guy. Why? - Leo
K gigit bibir bawah. Dia serba salah. Perlu cerita semuanya pada Leo atau tidak. K agak ragu-ragu untuk cerita berkenaan Ahmad. Kalau diceritakan semuanya, takut nanti Leo akan bising dalam group chat nanti. Sebab utama, Andy dan Chan turut menyibuk bila Ahmad disebut. 
Erm, just need to check how he's doing. - K
K buat keputusan untuk beritahu apa yang perlu sahaja. Yang selebihnya, bila semua dah ada jawapan baru dia akan berterus terang. 
He's fine. Working in China now. 
K membeliakkan matanya. Lajunya Leo jawab. Macam Ahmad berada depan Leo sahaja dan Leo cuba jadi orang tengah melaporkan pada K. 
oh, really? - K
wait. I thought you contacted him? You got his business card right? - Leo
Eh, Leo ingat lagi pada kad nama tu. K sudah menggelupur menggoyangkan badannya. Rasa seperti kantoi dengan Leo. 
Yes, I did but I forgot. That's why I asked you about him. - K
Redah saja. K pasrah kalau Leo hebohkan perkara ni kemudian. Kalau ikut mesej yang K hantar, Leo sudah baca tapi tiada balasan dari Leo. K letak telefon pintarnya. Mungkin Leo ada kerja. Tunggulah sekejap lagi. K mencapai pakaian yang sudah berlipat dimasukkan ke dalam beg. Dia akan berangkat ke Thailand untuk misi sukarelawannya di sana. 
Beberapa minit kemudian, telefon pintar K berbunyi. Ada mesej baru masuk. K pandang sekilas. Apabila tertera nama Leo terus K capai telefon pintarnya. Ada dua gambar dihantar oleh Leo. Gambar Ahmad yang telah Leo short screen. Gambar Ahmad berlatarkan bangunan di China. 
he'll be there for six months. - Leo
don't worry. He still single. - Leo
K tersenyum sumbing. Leo seperti tahu apa yang bermain dihatinya. Hatinya sedikit lega. 
Tiga hari kemudian, Marisa pula mengesahkan berita yang Leo sampaikan pada K. Marisa ada hubungi pejabat Ahmad. Ahmad memang dihantar ke China untuk uruskan projek di sana selama 6 bulan. Sudah 3 bulan di China. Ini bermakna pemindahan Ahmad ke China adalah hampir sama dengan cuti K. 
"Aku sebenarnya ada minta nombor telefon dia tapi bila kerani tu tanya aku ni siapa, aku gelabah. Kau tau kan aku tak pandai menipu. Kerani tak berani bagi nombor telefon dia," tambah Marisa ketika mereka berbual di telefon. 
"Tapi aku sempat tinggal mesej pada kerani tu kalau-kalau Ahmad ada call ibu pejabat dia dekat sini," sambung Marisa. Tetapi Marisa tidak beritahu K apa mesej tersebut. K ada juga tanya Marisa mengelak. Sudahnya mesej tersebut menjadi satu misteri buat K. 
"Kau jangan la sedih. 3 bulan lagi. Kau pegi Thailand pun 3 bulan jugak kan? Kau doalah banyak-banyak. Doa kau ditemukan dia lagi nanti," pujuk Marisa. Dia tidak mahu K kecewa. Masih ada masa. Sabar dan tunggu. 
"kau sendiri yang beritahu aku sebelum, doa orang musafir ni mustajab. Inilah masanya," pandai pula Marisa memberi ceramah agama pada K. K ketawa. Ada betul kata Marisa. 
Sebelum berangkat, seminggu K buat istikharah. Istikharah untuk mencari jawapan untuk sebuah penantian. Untuk tempoh 3 bulan akan datang, tiada siapa tahu apa akan berlaku. Istikharah teruskan hidup yang dia bina sekarang atau tetapkan hati pada dia, Ahmad. 
Jawapan istikharah yang K dapat bukanlah dari mimpi seperti orang yang selalu cakap atau letak kertas bawah sejadah kemudian selesai solat ambil kertas tersebut untuk melihat jawapan. Banyak cara lain lagi Allah boleh tunjukkan bayangan atau jawapan pada istikharah tersebut. Firasat hati tiba-tiba menerjah dengan nama Ahmad. Bukan sekali tapi beberapa kali. Firasat tersebut langsung buat hati K jadi tenang. K bertambah yakin dengan pepatah lama yang mengatakan kalau ada jodoh, takkan ke mana. Andai Ahmad jodoh K yang sudah tertulis di luh mahfuz pasti Allah akan mudahkan urusan cinta hatinya. 
K menatap kad nama Ahmad. Dia selit di dompetnya. Kalau orang dulu akan selit sekeping gambar sang kekasih atau yang tersayang di dalam dompet. Supaya setiap kali dompet dibuka mereka akan ingat pada sang kekasih. Wajah sang kekasih juga perkara pertama dilihat ketika dompet dibuka. Sama juga dengan K, walaupun hanya sekeping kad nama Ahmad, dia ingin amalkan apa yang orang dulu-dulu buat. Zaman sekarang zaman digital, amalan ini makin dilupakan. K boleh saja tukar wallpaper telefon pintarnya pada imej Ahmad tetapi K tidak mahu dikatakan melebih-lebih pula. Ahmad belum tentu sayang atau suka pada dia. Hanya K ada hati pada Ahmad. Tambahan pula selit kad nama dalam dompet tiada siapa tahu. Hanya K yang mengerti maksud tersebut. K juga rasa manis dengan perbuatan itu. 
  Angin bayu, sampaikan salam rinduku padanya. Hembuskan namaku K pada hati dan ingatannya agar namaku melekat disitu. Katakan padanya, aku akan tetap menantinya. 3 bulan sahaja lagi! 

Monday, June 25, 2018

Seperti Kelip-kelip

Ada suatu pagi selepas subuh, aku scroll youtube. Entah kenapa aku pergi klik video pasal Sewol Ferry. Sebelum ini aku biar je pasal berita ini. Tapi pagi itu, tanpa sedar aku pergi sambung tengok berita tu sampai separuh hari. bukan sebab BTS. BTS ni aku tak kenal pun. tapi aku belajar BTS ada buat lagu dedikasi untuk mereka ini. itu je la.

Berita ni pasal Sewol Ferry tenggelam di Korea Selatan pada pagi satu tarikh bulan April 2014. Kejadian ni berlaku selepas beberapa minggu misteri MH370. Ia tragedi sebab kesilapan manusia. Dari kes ini, aku belajar sisi buruk sistem negara Korea Selatan. Sebelum ini layan movie drama korea drama tu kau rasa dah banyak plot twist. Tapi realiti lagi dahsyat.

setengah hari belajar pasal Sewol ferry. Dari nak tahu macam mana boleh terbalik sehingga berapa yang maut. Kalau tengok dari berita dan sempat tengok mangsa rakam dari dalam feri tu memang rasa nyawa kau terbang sekali. Ada banyak punca atas kesilapan manusia yang tak kurang prihatin terhadap keselamatan - pengubahsuaian feri tak menepati keselamatan, kecuaian yang mengawal feri, comfort zone dan paling utama duit.

Kes ini besar di Korea Selatan sebab yang menyayat hati dari lebih 400 penumpang tu hanya 100 lebih sahaja selamat. Kebanyakan penumpang adalah dari sebuah sekolah menaiki yang buat lawatan menaiki feri. 300 lebih lagi maut bersama feri tenggelam. Pelajar yang mengikuti lawatan tu pula adalah lingkungan 13-18 tahun tak silap aku. Sekolah tu juga terkesan sampai dari enam atau empat kelas tinggal dua kelas sahaja. Bayangkan dalam satu kelas hanya satu atau dua orang sahaja berjaya selamat diri. Bila pegi sekolah kosong. boleh trauma.

kalau nak cerita banyak. Mula-mula feri hanya terbalik sedikit. tapi dalam tempoh dua jam ia tenggelam sepenuhnya. kalau tengok video nya, sepatutnya semua penumpang boleh diselamatkan tapi disebabkan arahan kecemasan di speaker suruh mereka jangan bergerak. maka penumpang yang kebanyakannya pelajar sekolah menengah mendengar kata mereka hanya menunggu arahan tanpa sedar kapten dah larikan diri. sedih tengok video mereka tunggu diselamatkan tetapi tak ada.

lagi sedih sebab feri tenggelam bersama-sama dengan penumpang. tak nampak langsung mayat terapung. kalau ikut sangkaan aku mereka terperangkap dalam feri. kalau tak faham boleh la youtube lepas ni.

itu semasa kejadian. selepas kejadian pula, berita hanya bagitau mangsa-mangsa yang maut di temui berperingkat. tapi lepas 4 tahun walau feri tu dah dibawa ke darat,  5 lagi mangsa tidak ditemui dan ahli keluarga berputus asa untuk teruskan pencarian.

kes ini mencetuskan kemarahan rakyat Korea Selatan kerana kerajaan tidak ambil serius tentang kejadian ini. Kerajaan juga melambatkan proses pencarian mangsa yang maut. Daripada kes ini juga timbul pasal rasuah dikalangan menteri. Kes ini juga menyumbang kepada pilihan raya Korea Selatan tahun lepas. Detail pasal politik tu kene studi balik. tapi aku perasan artis-artis mereka ada beri sokongan dan bersungguh tunjuk mereka pergi mengundi. Artis malaysi? bai!

itu kisah Sewol feri yang boleh aku cerita. Pasal MH370 pula, awal - awal dulu aku belajar tentang kuasa Allah - kun fayakun. Sebab misteri sangat sampai canggih teknologi pun kalau Allah kata hilang. Maka hilang lah ia. kau juga belajar manusia ini ada kapasiti dan kuasa kita terhad. Cuma sekarang aku baru boleh relate perasaan ahli keluarga yang menanti dan berharap. Bila ada spekulasi kata cubaan juruterbang bunuh diri tu aku tak tahu nak percaya atau tak. banyak dah duit habis. aku bersikap natural tentang kes ini.  Biarlah ia menjadi misteri buat masa sekarang.

tajuk yang aku cuba sampai adalah aku bayangkan nyawa-nyawa mereka berterbangan seperti kelip-kelip. Bercahaya dan terbang ke langit ke tujuh.

Sunday, June 24, 2018

Ingin Berlari

Selepas sesi kaunseling K dengan Rose, K merancang percutian solonya. Rose cuba pastikan K benar-benar mengambil cuti-tanpa-gaji selama 6 bulan. Bila K memaklumkan Rose bahawa dia akan bermusafir dalam dan luar Malaysia melalui projek sukarelawan yang jumpa  di carian google. Rose begitu teruja seolah-olah dia yang akan bercuti. Dia juga tidak lupa memberi kata-kata yang positif supaya K tidak terus murung.
Ketika pertemuan tanpa sengaja K dan Ahmad, K benar-benar sibuk dengan perancangannya. Dia sungguh-sungguh lupa tentang kad nama Ahmad sehingga dia jumpa tempoh hari. sepanjang 3 bulan dia Malaysia, ada beberapa projek sukarelawan berkaitan dengan seni bina dan pembinaan dia sertai. Setiap minggu dia akan turun ke kampung orang asli untuk membina rumah untuk orang asli dengan menggunakan bahan yang mesra alam. Pada hari-hari biasa dia menjadi pelatih sukarela di Badan Warisan yang memulihara dan memelihara bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Ini termasuk mendokumentasi proses pemuliharaan dan latar belakang sesebuah bangunan bersejarah. 
Sekarang dia di Thailand untuk projek sukarelawan peringkat antarabangsa. Kalau sebelum ini K pilih untuk sertai minimum selama dua minggu untuk sesebuah projek, kali ini dia pilih satu projek sahaja untuk tempoh 3 bulan.  Projek sukarelawan sebelum ini telah memberi keyakinan kepada K untuk menyertai projek di Thailahd ini. Melalui projek sukarelawan itulah K mendapat pendedahan tentang projek sukarelawan lain yang boleh dia sertai. Rakan sukarelawan yang datang dari pelbagai negara  yang sudah pengalaman tidak kedekut berkongsi ilmu dan pengetahuan. Mereka mempunyai hati yang ikhlas untuk membantu walaupun sedikit. Disamping itu juga, K juga dapat mengenali budaya dan gaya hidup masyarakat setempat.
K mula jatuh cinta dengan aktiviti sukarela begini. Walaupun projek sukarela ni di tempat terpencil, K seperti meneroka sebuah dunia baru. Dia rasa bahagia walaupun terhad dengan akses internet dan rutin hariannya penuh dengan pelbagai aktiviti bersama masyarakat. Sepanjang menyertai projek sukarelawan ini, K sudah mampu tidur lena dan tidak lagi bergantung dengan ubat tidur untuk merawat masalah insomnianya. 
Thailand. Sudah dua minggu K tercampak di sebuah perkampungan terpencil. Kumpulan K sertai ada lapan orang semuanya. Tiga orang sukarelawan baru sampai bersama dengan K. Dua daripadanya perempuan dan seorang lagi lelaki. Ava dan Hui Wen gadis dari Australia dan Taiwan. Masing-masing menyertai projek sukarelawan kerana minat. Andrea pula satunya lelaki bujang asal dari Itali.K satu-satunya peserta dari Malaysia. Empat orang lagi sudah sebulan berkampung di situ. Ploy, Ketua K, lelaki dari Thailand sama negara dengan Nam. Nam seorang perempuan. Namanya juga tipikal warga Thailand. Senang untuk K ingat.  Satu-satunya pasangan kekasih dalam kumpulan K merentas benua, Rui dari Jepun dan Olivia dari UK. 
Hui Wen dan Nam datang menghampiri K yang sedang duduk memerhati remaja lelaki bermain bola sepak. Beginilah rutin K  setiap petang sepanjang dua minggu. K memberikan senyuman pada Hui Wen dan Nam. 
"kamu tahu, Ploy seperti berminat dengan Ava," Nam membuka cerita. Mereka sebenarnya bercerita dalam Bahasa Inggeris tetapi K sudah terjemahkan. K bukan suka sangat cakap dalam Bahasa Inggeris tetapi apakan daya bila berkawan dengan pelbagai bangsa, K haruslah berkomunikasi dengan Bahasa Inggeris. Bahasa universal kata orang. 
K hanya diam memasang telinga. Nam sedang berbual dengan Hui Wen sebenarnya. K hanya kebetulan berada berdekatan dengan mereka jadi tidak salah untuk K turut mendengar. "Iya?" balas Hui Wen mendengar gosip tentang Ploy dan Ava. Nam mengangguk. 
"Ploy pernah beritahu aku bahawa dia tidak pernah berkasih tapi sejak Ava datang, aku tengok Ploy lain macam pula," tambah Nam. Nam dan Ploy berkenalan melalui dari projek sukarelawan ini juga. Mereka pernah menyertai projek ini  tahun lepas dan tahun ini mereka kembali lagi. Jadi, Nam dan Ploy ini seperti senior K untuk projek ini. Nam dan Ploy akan membimbing nanti. Ava, Hui Wen dan Andrea adalah peserta baru menyertai projek sukarelawan ini bersama dengan K. Tidak hairan kalau Ploy berminat dengan Ava kerana mereka baru sahaja bertemu dua minggu. 
"lain macam mana?" tanya Hui Wen dengan pelat cinanya. Hui Wen tidak fasih berbahasa inggeris tetapi berusaha untuk berkomunikasi dengan bahasa tersebut. Itulah tujuan utama dia menyertai projek sukarelawan ini. Membantu sambil belajar. Sambil menyelam minum air. Menyumbang perkara bermanfaat untuk memperbaiki diri. 
"sebelum ini dia selalu bersama-sama dengan kawan lelaki sahaja. Sejak Ava ada ni, dia selalu melekat dengan Ava. Kau tak perasan ke?" K menahan ketawa. Lenggok cara Nam bercakap hampir sama dengan mereka yang suka bergosip. K ingatkan orang melayu sahaja suka gosip begini. Bangsa lain juga sama. Tak kira lelaki atau perempuan. Kalau lelaki, contoh paling dekat Andy, Leo dan Chan. Dalam group whatsapp pun boleh sambung bergosip. 
Begitulah setiap hari selama 3 bulan. Hui Wen dan Nam akan selalu duduk bersama dengan K dan mereka akan selalu berbual apa sahaja disekeliling mereka. Penduduk kampung juga termasuk dalam gossip mereka. 
Ada juga ketika K turut terkena tempias. "K, kamu tidak punya kekasih? Masih bujang sehingga sekarang?" Nam tiba-tiba bertanya. 
K tergamam. Tidak menyangka disoal begitu oleh Nam. "tak ada yang sudi," ujar K serba salah. Nama Ahmad menerjah diminda. 
"tidak mungkinlah. Kamu cantik K. Takkan ada yang berkenan dengan kamu?" sangkal Nam. Hui Wen hanya menadah telinga. Nam lebih banyak mulut berbanding dia. K gelak mendengar jawapan Nam. 
Benar, Nam. Walaupun sekali, K tidak pernah menerima sebarang pengakuan cinta dari mana-mana lelaki. Baik waktu dia sekolah menengah atau universiti. Dalam alam pekerjaan apatah lagi. K pun tidak pernah terima jemputan temujanji buta seperti kawannya yang lain. Sedihkan, kisah cinta K, Nam. 
"kamu tidak pernah ada pujaan hati atau peminat rahsia?" Nam tidak berputus asa. Tidak percaya kisah percintaan K. Pertanyaan Nam kali ini menyebabkan K hilang kata. Pujaan hati? Peminat rahsia? K mengimbau kembali perbualannya dengan Marisa tentang Adam. Kisah Adam hilang seperti debu selepas itu. K memang lupa terus pada Adam. Setakat ni K tidak pernah ada peminat rahsia. Cuma....
K tidak tahu apakah status Ahmad di hatinya. Kalau ikut mulut-mulut becok kawan-kawannya, K seperti pengintip tegar Ahmad. Tetapi benarkah hatinya benar-benar sukakan Ahmad? K tiada jawapan. Rindu datang mula bertamu di hatinya. Ahmad....
Soalan Nam tiada jawapan dari K. Ia terus menjadi tanda tanya pada Nam. Tanpa sedar, 3 bulan berlalu dengan pantas. Penyertaannya di dalam projek sukarelawan ini telah membuka mata K.  Hidupnya bukanlah semata-mata mencari cinta hati seperti yang dikisahkan oleh Nam dan Hui Wen. K lebih mengerti makna hidup. Hidup mencari cinta. Bukan cinta dengan lain jantina tetapi kepada cinta sesama manusia. Cinta kepada Tuhan. 
Keputusan K menyertai projek sukarelawan ini tidak salah walaupun dia terputus hubungan dengan Ahmad. K mula yakin, ajal,jodoh dan rezeki sudah ditetapkan. Kalau benar Ahmad itu memang untuknya, pasti K akan bertemu lagi dengan Ahmad. Itulah doa K setiap hari. 
Selepas projek ini juga, K masih lagi berhubung dengan rakan-rakannya yang lain terutama dengan Nam. Nam juga seperti Andy, Leo dan Chan masih tidak berputus asa ingin tahu penamat kisah cinta K. Nam masih belum tahu tentang Ahmad tetapi dia sangat yakin K akan bertemu belahan jiwanya nanti. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
MAAF ZAHIR DAN BATIN 

Monday, June 18, 2018

Berani dan Cantik

tak kisah tengok drama atau baca novel or buku yang buat hati kau tertinggal di sana sekali.

kenapa hati tertinggal disana kerana ia berjaya mencuri hati ku untuk kekal bersama cerita itu.

banyak kali dah terjadi. aku perlu seseuatu atau kisah baru untuk aku keluar dari dunia itu.

selalunya dalam masa sehari aku beri masa pada diri sendiri tetapi kali ini aku tak tahu sampai bila.

adakah aku terlalu serius atau sebab aku bukan sahaja melihat cerita itu tetapi aku melihat seseorang dalam setiap pemain watak itu. bukan seorang tetapi lebih.

cerita sang berani dan perawan cantik.

aku berharap bila suatu hari nanti aku baca kembali entri ini aku akan tersenyum gembira dan rasa lucu. itu bermakna aku sudah move on dan cebisan kenangan aku tinggalkan bersama cerita sang berani dan perawan cantik.


Sunday, June 17, 2018

Teori Abang Stephen

Kali ini aku nak review movie Theory of Everything. Bukan movie kedua aku tengok lepas Snowden. Movie ni aku tengok masa hujung tahun lepas. Bulan 12 hari tu. Masa tengah duduk dalam ladang line internet hidup segan mati tak mahu. Lepas kerja 12 jam setiap hari mesti akan layan movie sebagai release stress dan sambil dinner.

Yang menarik movie sebab masa tengah tengok movie ni ada pula budak dua orang gaduh pasal kecurangan si suami isteri. Ada yang kata si suami salah. Ada yang kata si isteri ni teruk. Masa tu giliran aku pilih movie tanpa tahu sinopsis. Lepas tu adalah yang bagitau movie ni pasal Stephen Hawking. Waktu tu juga kami duk buat hipotesis dia masih hidup atau tidak. Aku dengan yakin dia masih hidup. Ya, waktu hujung tahun 2017 dia masih hidup. Tiga bulan kemudian dalam tahun 2018 dia meninggal dunia.

Menarik cerita ni sebab dia cerita pasal lovelife dia dan bagaimana dia jatuh sakit. Kalau tengok gambar dia masa muda, memang dia kacak. Yang pegang watak dia pun sangat-sangat sama dengan dia (Hero dalam fantastic Beast). Kacak dan Genius. kalau bahasa inggeris Beauty with Brain. Kalau tengok rupa dia yang sakit beza dia sangat ketara. Kau rasa tak percaya orang kacak dan genius dulunya elok rupanya.

Jadi bila aku tengok movie ni, ada dua benda aku nak tahu. Siapa yang curang dan nak tahu siapakah lelaki bernama Stephen Hawking ni. gigih tengok sebab tak ada subtitle dan audio pula slow. kau tahu je la movie orang putih cakap punya slow tapi bila benda meletup sound effect boleh cabut jantung. Ada yang rosakkan tv ni. movie dia agak panjang. Dua jam. jadi jenuh kau pasang telinga. dan aku tak tengok full concerntration sebab masak untuk dinner.

Aku boleh cakap bahawa isteri tidak curang (berdasarkan movie la) dan Stephen Hawking yang lepaskan isteri dia. Bayangkan isteri dia jaga dia dari awal sakit sampai dah tak boleh jalan dan bercakap. siapa yang tak stres. nak jaga anak yang masih kecil lagi. Dia sayang isteri dia sebab tu dia lepaskan isteri dia. Kemudian Stephen Hawking couple dengan penjaga dia. Isteri dia couple dengan orang lain. setakat movie ditayangkan. Kalau google balik, mungkin ada perubahan.

movie tak terangkan detail pasal theory dia. Cuma cerita ringkas macam mana dia boleh dapat idea tentang teori dia pasal Big Bang Theory dan Black Hole. Bagaimana dia gigih tulis buku tajuk A Brief History of Time. jadi tak adalah rasa bosan tengok movie ni. Memang impressed dengan kemampuan dia yang terhad dia boleh jadi orang yang hebat. Dia cakap pun sempoi. Bukan serius sepanjang masa.

Satu lagi yang aku kagum dalam movie ni la, dia sedikit pun tak stress sebab penyakit dia. Awal-awal dia dapat tahu dia sakit je dia sedih. Dia tak nak jumpa girlfriend (kemudian jadi isteri) dia. Tapi girlfirend dia yang yakin dia. Dia tak jadikan penyakit dia menghalang kejayaan dia. Bahkan dia ambil peluang untuk jadi lebih baik. Kawan dia pun awesome. Masih setia dengan dia walaupun dia sakit.

Kalau sebelum ni aku tahu Stephen Hawking memang genius tapi aku tak ambil tahu pun. Bila tengok movie ni, kau akan cari orang-orang yang hebat macam untuk bagi inspirasi. Walaupun kau tak ada sumbangan untuk negara atau ummah, at least kau tahu kau penting untuk diri kau sendiri. Belajar untuk cintakan ilmu dan semangat tambah ilmu pengetahuan.

Sebab tu aku tak nak sambung Phd lagi. Jangan sebab tak ada kerja sambung belajar. memang sambung belajar tu isi masa tapi kena ikhlas nak cari. orang muda (Malaysia la setakat aku jumpa) tak ada life. Asyik ngadap journal dan research tapi tak sosial dengan orang.

Sunday, June 03, 2018

Sekeping Kad Nama

K berhenti membelek helaian Jurnal apabila dia ternampak sekeping kad nama terselit. AHMAD. Geoform. Jurutera. Lama K berfikir. Sejujurnya K tidak ingat nama yang tertulis di atas sekeping kad nama ini. Sebenarnya K mencari katalaluan yang pernah K catat di dalam jurnalnya sebelum ini. Untuk urusan rasmi K akan buat katalaluan yang berbeza supaya lebih selamat  dan senaraikan katalaluan tersebut didalam jurnalnya. K melihat tarikh jurnal yang terselit kad nama Ahmad. Pertengahan Disember. Hujung tahun lepas. K selak muka surat seterusnya. Makan malam sempena krismas. K menghitung tempoh masa yang telah berlalu itu. Sekarang pertengahan Februari. K sudah ingat.

“Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa?”

Makan Malam Krismas. K hanya menerima kad nama dari Ahmad dan K tidak membalas tindakan Ahmad kerana K tidak bawa kad namanya.  “ maaf, saya tak bawa kad nama saya,” ujar K dengan sopan. Bukan K mengelak tapi kebetulan itu benar. Selalunya K ada simpanan dalam tas tangannya.  Selepas Ahmad beri kad namanya pada K, dia terus beredar tanpa sempat K bertanya lebih. Kenapa Ahmad beri kad namanya. Untuk apa sebenarnya? Soalan-soalan itu hanya terapung di minda K tanpa jawapan.

K kembali ke meja makannya. Leo, Alpha, Kim, Chan dan Andy dari tadi asyik memandang K. Andy cepat-cepat merampas kad nama ditangan K sebelum sempat K simpan dalam tas tangannya.

“Ahmad, Electrical Engineer. Geoform,” Andy membaca dengan kuat. Semua yang memasang dengan penuh perhatian.  K buat muka. Dia kini menjadi sasaran Andy untuk diusik. Sekarang mereka ada cerita menarik dari K. K hanya menerangkan bahawa tentang fakta di dalam kad. Kisah K pernah berjumpa sebelum ini K tidak beritahu.

“I cannot find him in twitter.” Ujar Andy sebaik sahaja K selesai bercerita tentang Ahmad.

“He’s on Instagram,” Sahut Chan. K tepuk dahi. Pertemuan mereka kini bertukar sesi “stalk” Ahmad.  Leo, Kim dan Alpha sibuk ingin melihat profil Ahmad.

“facebook too.” Leo sengih sambil menayangkan profil Ahmad di skrin phonennya.

“Let’s be friend with him,” sahut Andy.

“Request sent!,” laju Chan membalas. K kelu. Kim dan Alpha hanya senyum.  

“Why don’t you try Linkedin too?” tambah K sarcastic sambil merampas kad nama Ahmad di tangan  Andy. Perasaan  K menjadi kacau. Pertamanya, ingin dia berterima kasih pada takdir kerana ditemukan semula dengan Ahmad. Siapa sangka dia akan bertemu lagi Ahmad dalam tempoh kurang 24 jam. Kedua, pada masa yang sama K ingin marah pada Ahmad kerana muncul dengan tiba-tiba. Muncul ketika dia bersama dengan sahabatnya. Kenapa Ahmad tidak menunggu kemudian. Ketiga, K juga geram pada sahabatnya kerana asyik mengusiknya. 

Sahabat K tidak berhenti mengusik walaupun saat mereka berpisah. Adalah seminggu juga mereka sambung mengusik dalam group chat. Ada sahaja maklumat terbaru dikongsi oleh Andy, Leo dan Chan.

Andy : dia terima request aku di FB.

Leo: Dia follow aku balik di Instagram.

Chan: Dia dah backpacking ke New Zealand, Tokyo dan Thailand.

Andy: Dia ada 5 adik beradik, anak kedua.

Andy: Graduate RMIT university tapi kerja di Sydney, hampir dua tahun.

Andy: Dia belajar diploma di UniKL dan dua tahun bekerja di Malaysia.

Chan: Mungkin setahun tua dari K

Chan: Asal Keramat, KL tapi ada kampung di Kuantan dan Terengganu

Leo: Dia lebih suka badminton dari bola

K tidak melatah dengan setiap maklumat yang dia terima tentang Ahmad. K hanya membiarkan sahaja. Malah, selepas menerima kad nama dari Ahmad K terus simpan dalam jurnalnya. K lupa terus sehingga dia membuka kembali jurnalnya. K sebenarnya tidak mengerti apa maksud Ahmad dengan memberi K sekeping kad namanya. Adakah Ahmad ingin K menghubunginya. Tapi, untuk apa K menghubungi Ahmad. K tiada sebab yang kukuh.

Selepas pertemuannya dengan Ahmad dan makan malam sempena Krismas,  K  sangat sibuk dengan halnya kembali ke Malaysia. K mengambil keputusan dengan mendadak untuk kembali ke Malaysia kerana doktor menasihatkan K untuk pulang meluangkan masa dengan keluarga. Sebenarnya  K mengalami kemurungan selepas Marisa  berkahwin. Dia cuti 6 bulan tanpa gaji.

Telefon K berbunyi. Panggilan dari Marisa. K menarik senyumnya. Marisa seperti tahu K perlukannya sekarang. K menjawab panggilan dari Marisa dan terus bercerita tentang kad nama Ahmad. Seperti jangkaan K, Marisa menjerit kegembiraan dan pada masa yang memarahi K. Gembira kerana ada seseorang istimewa berjaya menarik perhatian K. Marah kerana K mengambil masa yang lama untuk bercerita kepada Marisa.

“apa lagi, cepatlah hubungi dia K,” Marisa juga turut memberi sokongan pada K. K tidak memberi kata putus. Hatinya masih berbelah bahagi. Malu pun ada.

“nak cakap apa? Barangkali dia sudah lupa, Marisa,” K seakan mengalah.

“belum buat lagi dah mengalah?”

“I am. 3 bulan macam-macam boleh jadi. Mana tahu dia dah kahwin. Lepas tu takkan tiba-tiba I contact Ahmad out of nowhere. Kalau dia dah kahwin, I might kacau bilaukan his marriage,” terang K. Ya, dia risau kalau dia tersalah waktu dan tempat.

“ intip la dulu pasal dia,” ada saja idea dari Marisa.

“macam mana?” soal K kosong.

“kata your friend stalk dia sebelum ni. Suruh la diaorang stalk again,”

“segan,” perlahan suara K menjawab. K masih belum yakin.

“segan ke malu, “ usik Marisa.

“boleh percaya ke sumber media social ni?” K masih lagi ragu. Mengelak pun ya.

“bagi informasi Ahmad, let me contact him directly.” Marisa memberi idea. Pada masa yang sama, Marisa ingin menyokong K untuk mengambil langkah pertama. Bukan salah pun, K sebagai perempuan memulakan perkenalan – perigi mencari timba.

“gila. Serius ke?” K seperti tidak percaya Marisa cuba membantunya.

“two source better than one, right?” K diam. Untuk apa dia buat semua ini? Hati K berperang. Apa yang dia inginkan sebenarnya? Adakah sebab dia tertarik pada Ahmad? K merenung kad nama Ahmad. Marisa menanti jawapan K.

“Marisa, biar aku ingatkan kau. Kita stalk dia bukan sebab aku suka dia. Tapi sebab aku nak tau kenapa dia bagi kad nama dia,” Marisa hanya gelak dengan jawapan K. Marisa tidak mahu memaksa K mengaku perasaan hatinya. Biarlah setelah Ahmad berjaya dijejaki. Marisa tahu K takut patah hati dan tak mahu berharap. Emosi K perlu ditenangkan. Marisa tidak mahu K ditimpa kemurungan lagi. Sejak K kembali ke Malaysia, K semakin baik dan lebih gembira.

“baik, Mem. Jangan lupa bagitau your friend. Baik malu sekarang dari kemudian, K,” Marisa cuba meyakinkan K dengan tindakannya  adalah betul dan mahu K lebih positif. Sekarang K ada misi baru dan Marisa sangat teruja dengan keputusannya nanti. Harapnya ada berita baik!

Friday, June 01, 2018

Privasi dan anti sosial

tak tahu bila mula berminat dengan genre based on true story. Movie Snowden bukan movie pertama yang aku tengok. tau pasal movie ni dari facebook. Aku bukan boleh tengok movie thriller and horror. Pernah je tengok Conjuring 1 dan 2 bukan waktu malam tapi lepas subuh. Tu pun sebab orang asyik duk bandingkan antara 1 dan 2 mana lagi takut. Aku rasa Conjuring 2 lagi menakutkan sebab aku tengok Conjuring 2 dulu baru Conjuring 1. Orang kata Conjuring ni based on true story juga. Mesmerized juga pasangan dalam cerita ni adalah watak real yang menyiasat pasal hantu ni sejak dari zaman 70-an lagi. Boleh la tengok sisi orang bukan Islam menghalau hantu tu ye.

Aku tak payah tengok cerita hantu ni sebab aku pun kena. Sakit Insomnia sebelum masa belajar dulu adalah sebab aku mimpi hantu la. Bukan malam je. tapi siang pun mimpi juga. kau rasa. Pula tu rasa penat kene kejar. Sampai ada satu mimpi kau selamat dalam rumah atau keluar tetap akan diburu sampai mati. Masa duduk asrama zaman form 6 pun aku boleh nampak cuma tak cerita public je.  Jadi tak payah nak ajak aku tengok cerita hantu. Insidous tu sampai ke sudah aku takkan tengok. Munafik pun. Jangan nak memandai suruh aku tengok cerita hantu. Cukup lah aku alami depan mata.

Berbalik pada movie Snowden. Movie ni pasal lelaki nama Snowden jadi jurutera perisik negara Amerika. Aku cerita dengan memori sahaja. Malas nak google. kalau google baik kau tak payah review aku. Aku berminat tengok cerita sebab lelaki ni jurutera. Kalau nak cari jodoh, banyak kali aku sebut pada kawan dengan famili nak lelaki kerja jurutera (Sila amiinkan). Jurutera ni luas. tak kisah bidang pembinaan atau Artificial Intelligent. Aku suka lelaki jurutera sebab aku suka cara pemikirannya yang lebih kurang sama dengan orang belajar architecture. Cuma architecture ni lebih kepada kesenian dan falsafah. tapi dua-dua ni ada persamaan ada critical thinking. Walau orang yang kerja bidang jurutera ni skema (setakat aku jumpa la) skema dia tak sama dengan doktor. Aku pun ada cakap aku tak nak laki kerja doktor. Adalah beberapa faktor peribadi yang aku tak nak bagitau di sini.

lagipun orang sebenar dengan dalam movie hampir sama. Yang real lagi kacak walaupun sudah berpunya. Aku kagum dengan dia sebab dia cuba pertahankan hak privasi rakyat yang cuba digodam oleh agensi perisikan. Sampai aku pun jadi trauma juga la. Tutup kamera laptop dan phone. Mic phone je tak dapat nak tutup. Aku pun jadi kurang nak share sangat dalam sosial media. Nasib la Facebook je yang aku aktiff. Instagram dengan Twitter tak ada. Ada la sebab kukuh untuk aku tak ada akaun lain selain facebook. Jadi terhad la maklumat peribadi aku nak digodam. Pernah google nama sendiri tapi tak banyak aku jumpa. aku jadi trauma juga la lepas kejadian sebut nama aku semua orang tahu. wei, kau tak yah pakai internet pun orang tahu. seriau (se-ghi-yau) rasa.

Si Snowden pun hadkan privasi dia lepas dia tahu apa agensi perisikan negara buat. Kalau tengok dalam movie, office dia siap letak microphone tengah-tengah office. Mic yang kau nyanyi karaoke, Nak masuk office tu ada pintu scan macam dekat airport tu. Memang strict la. Kau kena jaga -jaga dalam bercakap sampai pakai bahasa kod bila komunikasi. Dia ni salah seorang yang develop software untuk godam atau collect data ( lebih kurang la) rakyat biasa. Semua benda ada dalam tangan agensi ni. Sampai dia boleh buat kau orang biasa jadi penjenayah. Menakutkan.

Sampai satu masa aku rasa tak nak pakai alat canggih. Sebab dia banyak kebinasaan dari kebaikan. kalau tengok cerita ni. Sebab tu aku pakai telefon pintar yang murah je. murah dari segi ekonomi. murah juga tapi teknologi dia tak adalah canggih seperti iphone. Pakai sebab keperluan. tapi suatu masa aku akan pakai telefon mahal juga. bila sebab kukuh tu dah ada. ha-ha. tapi sebelum pakai kene la belajar banyak lagi pasal ilmu teknologi ni.

movie ni mencabar kau untuk jadi rakyat patriotik atau rakyat yang menurut perintah. kau pilih. macam pilihan raya umum 14 Malaysia lepas la. Mana lebih penting selamatkan negara atau pertahankan pemimpin yang beragama Islam tetapi kurang Islam dalam akhlak. Kau jangan nak argue pasal ni. sebab dah lepas. aku tulis sebagai contoh sahaja.

itu je la aku nak komen setakat ni pasal movie ni. Lagipun molek juga ada movie macam ni. Sebab kau sedar benda ni adalah perkara benar. fakta. berlaku. Dan boleh google pasal lelaki bernama Snowden. Movie yang sama aku boleh relate adalah tajuk Circle tak silap lakonan Hermione atau Emma Watson. Walau bukan true story tapi akan buka minda kau la pasal kemajuan teknologi maklumat ni.

Penutup dari aku, aku tak kata aku nak cerita seluruh movie ni. aku tulis apa aku ingat dan aku nak komen.

P/s : aku tengok balik entri aku pertama yang ada blog ni adalah 2009. Ini adalah tahun ke-10 walaupun aku mula blog tahun 2005 lepas spm. gila kental aku bertahan. MashaALLAH.

Friday, December 15, 2017

Mencari Paras Normal

Ini adalah yang terakhir untuk 2017.

aku mencari kehidupan yang aku sendiri definisikan bahagia. Selesai sahaja exhibition master tahun lepas, tutor ajak kumpulan aku ke tempat dia mencari ilham. ada perbincangan tentang masa hadapan. apa perancangan. ketika itu, aku tidak mahu berkecimpung lagi dalam bidang seni bina buat sementara. aku ingin mencari dan mencuba sesuatu yang luar dari seni bina. aku sebenarnya ingin cuba melukis. sketch. atau travel bebas. atau belajar memasak makanan dari negara lain. sesuatu yang aku definisikan seni dari sisi lain.

tutor aku setuju untuk aku buat begitu dan kemudian kembali ke bidang ini. bahasa inggerisnya explore. ternyata ia berlaku diluar kawalan aku. setahun yang kosong. aku hanya bekerja menjaga kanak-kanak bawah 5 tahun dan mencuci dan membersih rumah peribadi. tetapi masih target aku masih belum capai.

setahun ini juga aku memerhati dan berfikir. kadang-kadang terasa adakah aku tidak normal. saat-saat mereka yang sudah punya kehidupan stabil. Yang bujang sebelum ini kini berteman. yang berdua kini bertambah satu. yang punya kereta tambah aset rumah pula. yang punya kewangan kukuh berjalan ke serata alam. Aku. aku hanya ingin hidup dengan keluarga aku. mencari kebarangkalian untuk berkerja dalam bidang aku di tanah kelahiran. kalau newcastle boleh, apakah kota bharu tidak boleh. Aku masih kurang ilmu tentang ini. aku masih mencari formula.

aku tidak ingin punya rumah. cukuplah sekadar rumah kecil. aku masih mencari rasional, zaman sahabat itu harta itu diinfakkan seluruhnya tanpa ada simpanan untuk diri sendiri. aku masih mencari praktikal dan formula. pasti ada tapi bagaimana.

aku juga masih mencari isu apakah yang ingin aku tangani. aku mahu jadi environmentalist. mahu dunia bersih. aku juga mempersoalkan diri aku, kalau mahu jadi arkitek. kenapa perlu design parking. kenapa perlu naik kereta. sedangkan aku sedang membinasakan dunia. case studynya ada kalau banyak mencari. ilmu ini luas. tetapi hakikat dunia berputar berbeza. yang menyebabkan aku rasa aku hidup tidak normal. tidak normal bagi aku.

aku terima teknologi moden tapi menolak pada masa hadapan kerana pada saat ini ia banyak keburukan dari kebaikan.

apabila aku berada dikelompok mereka yang ingin bekerja di luar negara, aku cuba menjadi seperti mereka. tanpa aku sedar sebenarnya ia adalah satu cabang. benarlah kata lecturer aku yang aku masih kurang pengalaman.

sehingga sekarang aku masih belum tahu apa yang aku inginkan. Apakah normal untuk aku.

Thursday, December 14, 2017

Ahmad seorang lelaki soleh

Selepas peristiwa lelaki soleh di dalam kereta api. K kadang-kadang masih terperangap dengan memori tersebut. Adakala K terfikir jika sekiranya mereka terserempak lagi. Masih adakah kebarangkalian untuk K terjumpa lagi Lelaki Soleh itu. Adakah K bersedia untuk bertemu lelaki soleh lagi? Apa yang K akan lakukan sekiranya mereka bertemu lagi. K tidak tahu nama sebenar lelaki soleh tetapi hati K tetap menyeru sang lelaki soleh.

Selepas 60 hari atau 90 hari K tidak menghitung bila 'pertama' kali pertemuan K dengan lelaki soleh. ketika K sampai ke pejabat pagi tadi, hati K menyeru sang lelaki soleh dengan perasaan yang pelik. ternyata perasaan yang pelik itu memakbulkan doa K. Waktu makan tengah hari, K bersama Michael dan Susan makan bersama dan itulah pertemuan ketiga K dan lelaki soleh.

Selalunya K makan tengah hari hanya di pantri pejabat. K suka bawa bekal dan lebih suka masak makanan Malaysia. Lidah K masih kental dengan masakan Malaysia. K juga kurang suka makanan barat seperti fish n chips atau salad. Nasi menjadi satu kemestian untuk hidangan utama K. Cuma sekali sekala K akan keluar makan seperti kali ini.

Michael mengajak K makan tengahhari di restauran Thai. Michael juga seperti tahu K ingin makan tom yam. jadi K setuju untuk keluar makan tengahhari. lagipun, mereka tidak sibuk untuk siapkan tarikh tutup projek. Jadi, mereka boleh makan dengan santai.

"hei," K, Michael dan Susan sudah selesai makan dan Michael tiba-tiba menegur seseorang. Dari sinar mata Michael, K agak orang yang Michael tegur membelakangkan K. K hanya memandang Michael dan tidak berpaling. Ada dua sebab K tidak berpaling, pertama supaya dia tidak salah urat lehernya dan kedua, dia tidak mahu nampak teruja. Kebarangkalian untuk K kenal juga rendah. Mustahil mereka ada mutual friend.

Orang yang Michael tegur menghampiri meja makan mereka. K tahu kerana Michael bangkit dari kerusi dan waktu itulah K memandang teman Michael. Mata K bertemu dengan mata teman Michael.

"K, this is engineer from Solution Geoform," Lelaki soleh! seru hati K. saat itu hati terlompat gembira walaupun K tetap dengan wajah terkejut. K hanya mengangkat tangan sebagai isyarat 'hi'.

"Ahmad, this is K dan Susan. K, Susan, this is Ahmad," Ahmad! akhirnya, lelaki soleh punya nama. K hanya kaku di meja, juga tidak bangkit. Fikirannya kosong dan hati sedang meletup dengan perasaan gembira.

"actually, we've met before," Ahmad si lelaki soleh bersuara dan berlagak mesra. Ya, Ahmad lelaki peramah dan masih ingat akan K. K ingin menarik senyum tapi ditahan. K hanya mengangguk mengiakan kata-kata Ahmad. Selepas itu, K hanya diam kerana Ahmad berbual sebentar dengan Michael sebelum dia beredar.

Tidak perlu K bertanya sang lelaki soleh, Michael sudah membuka cerita. Ahmad bukan sahaja si Lelaki Soleh tetapi juga encik jurutera. Michael kenal Ahmad atas urusan profesional bukan peribadi. Jurutera untuk projek yang diuruskan Michael adalah Ahmad dan mereka bertemu setiap kali mesyuarat. Untuk kali ini, Ahmad hadir mesyuarat di kawasan berhampiran untuk projek lain. Dia singgah makan tenghahari di restauran yang K, Michael dan Susan makan. Kebetulan yang indah.

Pulang dari makan tengah hari, K sedikit berubah. K lebih ceria dan semangat menyiapkan kerjanya. Kadang-kadang fikiran K melayang dan minda asyik ulang tayang peristiwa makan tengahhari tadi. K cuba mengingat gaya pemakaian Ahmad. Kemas dan segak. Minda K juga semakin jelas dengan bayangan wajah Ahmad. Walaupun mata K fokus pada monitor komputer dengan lukisan kompleks, tanpa sedar bibir K menarik senyum panjang. Kata orang dari pipi ke pipi.

Separuh hari K yang indah masih belum berakhir. Selepas kerja, K ada temujanji dengan teman kuliahnya untuk makan malam bersama. Musim perayaan krismas menjelang menjadi tema pertemuan mereka setiap tahun. Walaupun teman kuliah tidak beragama kristian, mereka tetap mengambil peluang perayaan krismas  untuk mecipta kenangan indah bersama. Biasanya mereka akan makan malam dan saling bertukar hadiah. Hubungan K dan lima teman kuliahnya sangat rapat walaupun jarang sekali berjumpa. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan kehidupan sendiri. Malahan ada yang tinggal berbeza tempat, perayaan krismas adalah masa untuk mereka bertemu dan sanggup untuk meredah perjalanan yang jauh.

Janji makan malam K bersama teman kuliah tidak jauh dari pejabat K. K beruntung hanya perlu naik pengangkutan awam bas dan keretapi sahaja. Restauran yang mereka tempah kali ini biasa sahaja. Sama seperti tahun sebelum nya. Lima kuliah sedaya upaya menghormati K seperti mencari restauran yang menyediakan makanan halal. Namun, mereka tidak dapat elak restauran yang turut menyediakan minuman alkohol. Itu luar bidang kuasa mereka.

Ketika K sampai, Leo, Alpha dan Kim sudah di meja menantinya manakala Chan dan Andy sampai beberapa kemudian. Seperti biasa, mereka akan memesan makanan terlebih sebelum berbual panjang. Alpha dan Kim bercinta ketika mereka masih kuliah dan sudah bertunang. Mungkin tahun depan mereka akan melansungkan perkahwinan. Leo dan Andy masih belum berpunya seperti K. Chan pula sudah punya pasangan yang masih lagi kuliah. Andy suka mengusik K untuk dijodohkan dengan Leo kerana Leo masih tiada siapa-siapa. K sudah biasa dengan usikan Andy dan membalas usikan Andy. Ada juga masa, K hanya diam mendengar tanpa memahami kerana teman kuliahnya berbicara dalam bahasa mandarin. Kim juga tidak faham kerana dia asal Korea dan akan cuba mendominasi topik untuk elak kaku di dalam perbincangan mereka.

"Assalamualaikum," K berhenti berbicara dan berasa aneh apabila mendengar ucapan salam. Assalamualaikum, bermakna orang ini Islam dan menegur K. K berpaling kanannya. Ahmad! Apa yang sedang terjadi? Otak K berhenti berfikir.

"waalaikumsalam," K jawab dengan perlahan. K tiba-tiba sahaja menjadi segan dan malu kerana dia tertangkap oleh Ahmad dengan kehidupan peribadinya. Teman kuliah K juga berhenti berbual dan mata masing-masing tertumpu pada seorang lelaki asing menegur K.

"saja nak tegur. tengah hari tak sempat nak cakap sebab kena cepat," kata Ahmad dengan tenang. Kali ini K merakan suara Ahmad untuk dia simpan dalam kotak mindanya.

"oh, tak apa. Faham, kerjakan.buat apa dekat sini?" Soal K dengan kekok. K sebenarnya terkejut dengan kemunculan Ahmad dengan tiba-tiba. Mereka bertemu dua kali dalam masa sehari. Mungkin juga tidak wujud babak ini dalam drama bersiri.

" Ada Dinner Party dengan company. oh, boleh cakap sekejap? " jawab Ahmad dan mengajak K untuk bercakap dengan lebih peribadi apabila menyedari dia menjadi tumpuan teman K. K menyedari situasi bangkit. Dia sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

K mengekori Ahmad dengan perasaan ingin tahu. Kenapa Ahmad menegur K? Kenapa dia ingin bercakap dengan K? Hal apa yang ingin dia cakap? Adakah dia mahu menegur K untuk tidak keluar dengan temannya? K berdebar menanti. Segala sangkaan K meleset apabila Ahmad memberi kad businessnya pada K dan meminta maaf kerana tidak memberi kad nya tengah hari tadi. Sungguh K tidak sangka dengan tindakan Ahmad. Selepas itu, Ahmad beredar dan K maih keliru.

Tapi, kenapa lelaki soleh ini beri kad businessnya? K tiada jawapan dan selepas itu, K menjadi bahan utama untuk Andy usik. K tidak tahu apakah ini kebaikan atau keburukan dengan muncul lelaki soleh ini.


yang penting, nama dia AHMAD.


Wednesday, December 13, 2017

Review 2017

masa berlalu dengan pantas. Benarlah, seperti orang ramai macam rasa semalam je exhibition. Bila tengok event exhibition junior, sudah setahun aku habis belajar. Penat dengan projek tu masih belum hilang. kalau orang tanya tak nak sambung Phd? terima kasih. tak sanggup lagi. lagi pun, aku tengok pelajar Phd yang belum kahwin macam tak da life. Macam kerja juga. hari-hari pergi uni, masuk office. reading, simulation dan menulis. Different stage untuk tempoh 4 tahun. aku tak mahu hidup yang tak bergaul dengan orang. balik rumah rehat. seolah-olah penat sungguh buat Phd. Dan, ayah pun belum dapat Phd lagi. Kalau nak hidup sebagai academician, boleh sambung Phd. Lagipun, untuk aku dapat title Ar. tak perlu Phd. kalau kita tahu untuk apa kita diciptakan, maka untuk buat Phd pun kene lebih jelas. Untuk apa sambung belajar. Will I continue study? inshaALLAH, I will but not so soon. if love to knowledge, then go for it. Dont just to achieved Phd to get the title.

Aku masih tercari-cari apa yang aku nak. Betul ke nak kerja dalam bidang seni bina ni? Bila jobless, kadang-kadang keliru. keliru dengan kehendak hati atau keperluan hidup. Kalau ikut hati, sanggup ikat perut. tahan nafsu. Hidup dengan terhad. Kalau keperlun hidup, sanggup terima apa sahaja. Fokus untuk capai impian. kadang-kadang jadi pak turut, rasa hati dipermainkan asalkan dibayar. Susah. kadang-kadang ada saja persoalan, kenapa kau perlu kerja 8 jam sehari? Siapa yang buat undang-undang wajib kerja 8 jam? Kenapa kau  kena pakar skill tertentu yang kau tak belajar di universiti? ada juga mazhab kata kau pergi terjah office untuk interview. ada juga mazhab kata kau tak boleh apply online sahaja. Kau kene call follow up. Kau jadi keliru adab, etika dalam memohon pekerjaan. Hakikatnya, pekerjaan itu rezeki. Rezeki itu akan datang dengan cara kau tak jangka. Walaupun, kau dah solat dhuha dan amalkan al-waqiah selepas maghrib tapi masih belum dapat kerja. Mungkin ada khilaf yang kau tak sengaja atau sengaja buat dalam perjalanan hidup dan kau perlu bayar dengan tunai. Yang penting kena seimbang hubungan antara Tuhan dan manusia. 

Manusia? Aku orang nya sangatlah sensitif. penuh observant. Tempoh ini juga aku belajar, untuk kawal dan uruskan perasaan, jiwa dan emosi. Bila kau rasa perasaan kau alami tak sama dengan orang kau cuba berkompromi. tetapi manusia itu macam ragam. sampai aku yang penat. penat fizikal pun ye. situasi aku untuk setahun ini sangat-sangat lah hopless. sampai satu tahap aku rasa setiap benda aku buat. aku cakap semua salah. everything goes wrong. sebab itu kau jadi keliru dengan perasaan sendiri. kau akan jadi fikir lebih. dalam. lebih rasional. kalau aku buat begini apa akan jadi. betul ke? boleh ke? sampai kau tak tahu adakah ini dibolehkan? yang mana normal dan tak normal. fikiran kau tak sama dengan apa yang kau lihat. orang cakap begini dengan kau tetapi reaksi berbeza. aku juga belajar bangsa kau pun tak sama level common sense dengan kau. atau aku terlalu berhalus dengan bahasa. entah. aku takut kalau orang kata aku ni kasar. tapi paling sedih, aku sangat lah cuba sedaya untuk membantu orang walaupun diri sendiri helpless tapi orang kadang-kadang tak appreciate aku.

Ada satu peristiwa, tempoh 3 tahun aku disini. Orang tak peduli tentang aku. Aku tak penting untuk sesiapa. seperti aku tak wujud. peristiwa itu aku dah move on lepas cakap dengan umi. At the end, aku berbalik kepada ayat bukan rezeki aku. Dan juga, bila seseorang stress tanpa sedar dia akan lempiaskan stressnya pada seseorang. selalunya aku lah yang jadi mangsa. atau aku perlukan pertolongan mereka pada masa yang salah. masa yang salah iaitu orang itu sedang stress. Reaksi aku mesti lah terkilan. makan hati. orang sensitif. nyanyi lagu biarkan aku menjaga perasaan iniiii...

habis dengan manusia. walaupun banyak hal, aku lupa dan malas nak ingat semata nak tulis review. banyak lagi aku nak review. walalupun aku helpless, tanpa aku sedar aku semakin berani buat sesuatu dengan penuh rasa takut dan tak yakin. Contoh, teruskan hidup. lol. maksudnya aku tak tahu masa depan aku. tetapi aku terus berjalan dalam gelap. turut serta dalam sukarelawan untuk sebuah muzium. duduk serumah dengan lain bangsa. dapat perlindungan sementara tanpa bayar sewa. jual barang online dan ada orang beli. minta kerja walaupun kene reject banyak kali.

dan aku bersyukur sungguh untuk hidup yang jatuh gaung ni. kalau english to the rock bottom. apa - apa lah. bersyukur lah, boleh hidup dengan  20aud seminggu. gigih bayar sewa sampai kene kecam. exxagerated. kecam la sampai aku emosi. rezeki yang dapat aku boleh survive hidup. bayar segala keperluan hidup di sini. kadang-kadang ada minggu tak da kerja langsung. menangis. paling teragik bila bilik terkunci dan aku kena bayar 180aud pada locksmith untuk dia buka. terduduk aku. duit banyak tu boleh bayar sewa dan topup phone. tapi sebab berbalik kepada rezeki. ternyata segala duit yang kau perolehi tak semestinya hak mutlak.

kalau orang tanya, satu perkataan untuk terangakan hidup 2017 aku, helpless. gelap.tahun paling gelap yang kalau bukan orang rapat atau orang tak hadir dalam 2017 ni aku akan tutup buku. tidak akan diceritakan pada sesiapa yang bertanya. terima kasih pada hadir dalam hidup 2017 aku ni. sebabnya ada kenangan manis pada tahun yang pahit. rasa aku tak buat apa-apa untuk tahun 2017. I have nothing to achieve.

untuk 2018, selamat menempuh 3series. aku lebih menghargai hidup aku. buat benda yang aku nak. no need to rush to everything. aku hanya nak balik dan spend masa dengan keluarga. hu-hu. semoga aku dapat langsaikan hutang. Amiin. zero hutang. 

Saturday, November 25, 2017

Epilog: Hidayah Cinta Seorang Taufik

K klik album majlis pernikahan Marisa dan Aaron. Majlis pernikahan Marisa dan Aaron adalah majlis tertutup dengan jemputan yang terhad. K ada persoalkan tentang majlis yang bakal diadakan oleh Marisa dari segi jemputan, tempat, makanan dan aturcara majlis sendiri. Majlis akad nikah dan resepsi digabung dalam satu sesi dan tempat akad nikah dan resepsi juga berlangsung di satu tempat. Jemputan pula hanya 200 jemputan.

"ke jemput 200 orang je?" soal K dengan suara sedikit tinggi. Terkejut dan pelik. Marisa pula tenang saja dengan reaksi K. K menilik reka bentuk kad jemputan yang sudah siap cetak. Reka bentuk kad jemputan Marisa juga ringkas dan menarik dengan hanya menggunakan kertas kitar semula berwarna coklat bersaiz A5.

" aku kira meja, 20 meja. 1 meja untuk sepuluh orang. Jadi, 20 meja 200 orang la."

"Mak ayah kau cakap apa? 200 orang tu sanak saudara je kalau ikut orang melayu," K komen lagi. Marisa menggangguk tanda setuju. Dia tiada sebab untuk berdebat dengan K tentang isu jemputan. Dia sudah kira untuk rugi baik buruk dengan jemputan terhad.

"Ikut orang melayu tapi aku bukan nikah dengan orang melayu. Lagipun, kau jangan lupa aku hilang kawan sebab kau juga," Marisa jeling K. Marisa menyusun dan mengasingkan kad jemputan. K terkedu. Ya, Marisa hilang kawan bukan sebab perkara buruk tetapi perkara baik.

"Aku nikah dengan Aaron pun sebab kau juga," Marisa jeling K sekali lagi dengan senyuman penuh tersirat. K mengeluh. Ya, siapa sangka K boleh jadi telangkai Marisa dan Aaron.

"tapi jodoh sendiri tak jumpa-jumpa lagi," tambah K dengan nada sedih. Marisa memeluk bahu K.

"tapi hidayah kau bagi aku lagi indah," Marisa meletakkan kepalanya dibahu K. K masih menilik kad jemputan Marisa dan Aaron dan buat tidak tahu dengan kata-kata Marisa. Peristiwa dua tahun lepas kembali menerjah minda K. K sudah mengenali Marisa tiga tahun tetapi dua tahun lepas menguji persahabatan K dan Marisa dengan kemunculan Aaron.

K berkenalan dengan Marisa apabila mereka kebetulan tinggal apartment yang sama. Masing-masing gembira bertemu kerana dapat tinggal bersama orang yang senegara, Malaysia. K dan Marisa pindah apartment yang sama atas dasar kerja. K dan Marisa kerja di bidang yang berbeza. K kerja di firma arkitek, Marisa pula kerja sebagai akauntan. Personaliti K dan Marisa juga berbeza. K berhijab manakala Marisa tidak bertudung dan suka memakai seluar pendek.

Peristiwa yang mengubah hidup Marisa dan persahabatannya dengan K apabila Marisa mengajak K menemaninya ke majlis perkahwinan rakan sekelasnya, Ella. Mereka bertemu Aaron di majlis tersebut. Aaron juga turut hadir kerana pasangan Ella juga rakan sekelas Marisa. Bukan Aaron sahaja tetapi ada beberapa juga rakan sekelas yang rapat dengan pengantin juga turut hadir. Marisa dan Aaron bukan rakan yang rapat. Di majlis Ella, Marisa dan Aaron di tempat satu meja yang sama.

"So, why you wearing that scarf?" Aaron asyik bertanya K. Penampilan K menjadi perhatian Aaron. Dari majlis itu juga, Aaron belajar K dan Marisa asal dari tempat yang sama.

"means that you also a muslim?" Giliran Marisa pula ditanya seperti disoal siasat menjadikan suasana janggal. K memandang Marisa dan Marisa memandang K. Soalan Aaron pada K masih belum terjawab, Marisa diterpa dengan soalan yang tak disangka.

"I was told that my religion is Islam but my parents never told me that I'm a muslim," Marisa menjawab dengan tenang dan lebih terbuka sambil menyuap pencuci mulut. K hanya diam mendengar turut asyik menikmati pencuci mulut yang disediakan. Topik ini sebenarnya tidak pernah K tanya sendiri pada Marisa dan tanpa mereka sedar Aaron cuba merungkai perkara yang agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. K cuba mengelak untuk menjawab soalan Simon. Baginya lebih baik dia diam dari terus menjawab. K lebih risau bahawa dia akan melukakan hati Marisa.

Selepas pertemuan pertama, Marisa kerap kali diajak Marisa untuk bertemu Aaron. Ada saja soalan dari Aaron menyebabkan Marisa sentiasa kelu untuk menjawab. Tanpa mereka sedari, pertemuan itu seperti kelas agama dari K untuk Marisa dan Aaron. Kalau dalam novel, pasti Aaron akan jatuh hati dengan K tetapi keadaan itu tidak berlaku. Marisa juga tidak menyangka Aaron jatuh hati dengan  Marisa.

Sebenarnya K terasa janggal jadi 'ustazah' pada Aaron kerana Aaron adalah lelaki. Pada awalnya, K menolak\ untuk mengelak fitnah dan K ada juga memberi cadangan supaya Aaron dan Marisa menghadiri kelas di masjid yang lebih formal. Namun, atas pujukan dan ugutan dari Marisa K menerima. Ada juga sesi pertelingkahan antara K dan Marisa yang menyebabkan K berfikir dengan lebih dalam. Marisa mempertikaikan keikhlasan persabahabatan mereka dan sikap penting diri sendiri K yang tidak pernah mengajak dan menegur Marisa tentang Islam.

"why you not falling to K?" Marisa terus terang bertanya Aaron tentang rasa hati Aaron pada salah satu petermuan mereka. K terkejut dengan petanyaan Marisa. Aaron tiada ciri-ciri lelaki idaman K, Marisa. Aaron menghirup kopi kegemarannya dan memandang Marisa.

"Because you are the one," Aaron cuba memenangi hati Marisa. Kisah cinta Marisa dan Aaron bukan atas dasar romantik dan Marisa juga hati keras untuk suka pada seorang lelaki. Walaupun majlis pernikahan mereka semakin hampir, Marisa masih belum percaya bahawa Aaron bakal suaminya.

"I'm not pretty, I'm not...." ayat cliche dari Marisa yang K sudah hafal tetapi  sempat dipotong oleh Aaron.

"not beautiful. ugly. bla bla bla," K senyum.

"A woman is married for four (things); her wealth, her family status, her beauty and her religion. Choose (marry the religious woman so that your home will be in abundance from Bukhari. I'm not marrying you because of your beauty but the beauty of your religion I'm marrying you," K rasa nak tercekik mendengar jawapan Aaron. Cheesy pun ya. Cepat pula Aaron belajar pasal hadith ni. Marisa juga terkedu mendengar jawapan tambah dari Aaron.

"but I'm not good muslim," tambah Marisa perlahan. K tahu Marisa sedikit sedikit sensitif dengan isu agama baru-baru ini.

"not everyone is perfect. two better than one right? That's marriage. compliment and complete each other," positif sahaja jawapan Aaron.

"I'm convert to Islam not to marring you but Islam makes me want to marrying you," K rasa nak cekik diri sendiri. Dia sudah tidak tahan drama di depan matanya.

"So you met your Hidayah, Mr Taufik. The end," K mencelah. Dia perlu menghentikan drama Hidayah Cinta Seorang Taufik. K mencapai cronut di depannya. Aish, gula lagi. MANIS!


Sunday, November 19, 2017

Lelaki soleh yang biasa

'I found a love for me..."

lagu Perfect dalam playlist K berkumandang. K tidak ingat bila dia muat turun lagu tersebut. mungkin automatic muat turun dari aplikasi whatsapp. Mesti ada seseorang hantar lagu yang K tidak perasan. 

Hari Jumaat, hari yang dinantikan. K naik keretaapi ke Newcastle untuk luangkan masa bersama temannya di sana. Serentak lagu dimainkan, ada lelaki tinggi mengambil tempat sebelah K. K hanya nampak pantulan bayangan lelaki tersebut di balik cermin. K mengambil nafas dan merehatkan matanya yang sudah penat membaca. Otak K juga perlu hadam apa yang dibaca untuk lebih faham dengan lebih mendalam. K hanya kaku bila lelaki tersebut duduk di sebelahnya. 

Strathfield. Antara stesen perhentian untuk  sampai ke Newcastle. Stesen yang mempunyai populasi tinggi mengambil penumpang. Terutama waktu puncak begini. Sebab itu K hanya membiarkan lelaki tersebut duduk di sebelahnya. semua tempat di hadapan, belakang dan kanan K sudah penuh. K tidak boleh bersikap penting diri dalam situasi begini. Dia pasti lelaki ini akan turun di antara Hornsby dan Gosford. Stesen pilihan yang ramai akan turun berbanding Newcastle. 

"assalamualaikum," sapa lelaki tersebut dengan senyum. Walaupun telinga K disumbat earphone K masih lagi mampu mendengar suara lelaki tersebut. K berpaling dan menjawab salam dengan lemah. Pasti lelaki ini juga muslim. Selalu K  menerima layanan begitu. Waktu K belajar di Malaysia dulu, K tidak akan jawab salam lelaki asing kerana salam yang mereka bukanlah ikhlas ( baca: ingin mencuri hati perempuan). K hanya jawab dalam hati. Berbeza di sini, apabila jarang- jarang jumpa orang Islam salam diraikan. 

K sempat analisa wajah lelaki tersebut. Dia nampak sedikit matang. Mungkin dia lebih tua 10 tahun dari K. Senyuman lelaki itu juga manis kerana matanya juga turut tersenyum. Ikhlas. 

"nak ke mana?" soal lelaki itu lagi. K jarang berbual dengan orang asing tapi lelaki muslim ini cuba beramah mesra dengan K. K juga membalas dan cuba berbual. Paling K tidak sangka apabila lelaki itu bercakap melayu dengan K. K membuat andaian bahawa lelaki ini mungkin dari Indonesia atau Singapura. Malaysia, K letak senarai paling akhir. K selalu elak untuk menghakimi rupa paras seseorang sebagai orang Malaysia. K pernah salah tegur orang Filipina dan K tak mahu salah sangka dengan silap pemerhatiannya. 

"asal mana? Saya asal Seremban," 

" Kota Bharu," 

"Belajar di sini?" 

"Kerja," soalan paling tipikal K terima. Fizikal K yang kecil dan nampak muda menyebabkan orang salah sangka. Semua orang akan ingat K masih belajar.  Jawapan K pula bergantung pada keadaan dan orang yang bertanya. Kalau memerlukan penjelasan lebar, K hanya akan iakan bahawa dia masih belajar. Pada lelaki ini, K lebih selesa jawab dengan jujur. 

keretaapi sudah bergerak. Perbualan antara K dan lelaki itu berhenti begitu saja. lagu perfect juga sudah hampir tamat dan K menyambung pembacaannya - Peranan Pemuda Muslim. K nampak di hujung matanya, lelaki disebelahnya mengeluarkan Quran kecil. K senang dengan lelaki sebelahnya. K juga suka-suka memanggil lelaki tersebut dengan pangilan Lelaki Soleh. K juga bukan perempuan yang gatal untuk tanya nama lelaki tersebut. Apatah Lelaki Soleh ini orang asing tidak penting untuk K tahu namanya.

K berhenti membaca 20 minit kemudian. Dia tidak boleh hadam lagi. Topik yang berat dan serius untuk K berfikir. Penat. K simpan bukunya dalam beg. Lelaki Soleh sebelahnya masih tilawah Quran. K memerhati tingkah laku lelaki soleh. Dalam diam, K kagum dengan Lelaki Soleh yang istiqamah dengan mutabaah amal. K hanya mampu tilawah quran dua muka sehari. Zikir pula jarang-jarang K buat. K tahu dia patut bawa Quran dan tilawah seperti Lelaki Soleh ini tetapi K masih belum ada kekuatan. Salah sebab tu K letak panggilan lelaki soleh kerana dia baik dengan diri sendiri dan juga buat orang ingin jadi baik juga. Satu perasaan yang buat K ingin jadi baik dengan ikhlas tanpa menghakimi orang lain cuba perasan jadi baik. 

"saya rasa saya pernah nampak awak dekat Sydney Airport dua minggu lepas," Lelaki Soleh menegur K kembali. Nampaknya Lelaki Soleh sudah selesai tilawahnya. K memandang Lelaki Soleh serta merta. 

" penerbangan dari Kul - Sydney? tiba awal pagi dan awak tertinggal passsport di kaunter isi borang declare barang," K merenung kosong Lelaki Soleh. K cuba ingat peristiwa yang diperkatakan Lelaki Soleh tersebut. Ya, setelah mendarat K lupa mengisi borang declaration yang wajib diisi untuk melepasi bahagian kastam. K isi dengan buru-buru dan hampir kehilangan passport atas kecuaiannya. Mujur ada seseorang yang mengembalikan passport milik K. K sudah ingat peristiwa tersebut tetapi K tidak ingat wajah seseorang itu. Namun, seseorang itu adalah lelaki soleh disebelah K ini.

K mengerutkan dahinya. " ya, saya hampir kehilangan passport tapi saya tak ingat orang yang kembalikan passport tu." jawab K serba-salah. Lelaki Soleh senyum.

"it's okay. Saya ingat sebab awak the only muslim woman in that flight," K tidak menafikan fakta lelaki soleh ini. Benar, penerbangan hari itu kebanyakan penumpang adalah orang Aussie berbanding orang tempatan, Malaysia. Kalaupun ada orang melayu pastinya K tidak sedar. 

Selepas itu, K dan lelaki soleh berhenti bercakap sekali lagi. K bukan kaki borak yang boleh ubah topik sekelip mata. Sungguh, K tidak pandai beramah mesra. K merenung smart phonenya. Bateri cukup untuk sampai ke destinasi. K buka applikasi whatsapp dan baca meseg yang diterimanya. 

Keretaapi berhenti lagi. Hornsby. Lelaki soleh sebelah K bangkit. Sekarang musim bunga tetapi suhu yang menentu kadang-kadang tinggi kadang-kadang rendah macam musim sejuk. K merenung belakang lelaki soleh yang makin hilang. Lelaki soleh memakai jaket blue black. Rambutnya lebat tidak panjang tidak pendek. Elok disikat kemas. K memandang air mineral sebelah tempat duduknya. Lelaki soleh sempat tinggalkan air mineral untuk K. K sudah check ia belum buka. 

"Assalamualaikum, jumpa lagi." kata-kata terakhir lelaki soleh sebelum mereka berpisah. K hanya angguk dan senyum. 

Keretaapi meneruskan perjalanan. K mengeluh. Perjalanannya masih jauh. 1 jam 45 minit lagi untuk sampai. K menyentuh dadanya. Perasaan yang dialami K dengan lelaki soleh sebentar tadi tidak sama perasaan K dengan Michael. K keliru dengan rasa hatinya. 

" Well I found a girl 
beautiful and sweet..." 

lagu perfect berkemundang sekali lagi. K semakin yakin rasa hati pada Michael adalah perasaan tickling yang sementara di hati K. Rasa hati K pada lelaki soleh tidak pernah K rasa sebelum ini. Cuma K tidak tahu apakah benar jodohnya itu adalah lelaki soleh. K tiada jawapan. Yang ada sekarang hanya rasa luar biasa di hati K. Luar biasa yang tidak mampu K gambarkan dengan perkataan. hanya satu perkataan bermain di minda K. INDAH! 



Friday, October 20, 2017

Bukan Cinta Pertama

Our Times movie kedua K dan Marisa tonton untuk malam hujung minggu. Movie pertama Crazy Little Thing Called Love dari Thailand. Our Time pula dari Taiwan. Entah kenapa Marisa memilih untuk tonton movie yang tema kembali-ke-sekolah. Lepas Our Times, Marisa mahu tonton You are the Apple of My Eye. Ini bermakna, mereka akan marathon tiga movie serentak dalam satu malam. Nasib baik la esok cuti, keluh hati K.

"kau pernah couple ke masa sekolah?" soal Marisa. K pandang sekilas pada Marisa. Dia tidak terus jawab. K masih tenggelam dengan babak Lin diusik oleh Taiyu ketika mereka keluar belajar di McDonalds. Marisa siku K. serta-merta K geleng kepalanya.

"serius?"

"ya," K mengimbas kembali zaman sekolahnya. walaupun sudah 12 tahun berlalu, zaman sekolah adalah kenangan paling indah. Rakan sekolah rendah dan menengah K adalah orang yang sama. Masing-masing pergi sekolah yang sama. Walaupun bukan semua pelajar tapi adalah separuh dari mereka sama-sama sekolah rendah. Ada sebahagian memang satu kelas sampai ke tingkatan lima.

"kau?" K soal Marisa pula. Marisa mencebik. Mukanya tidak ceria. K sengih. Mereka berdua punya kenangan yang sama. Tiada peminat rahsia atau pernah alami 'cinta monyet' masa sekolah. Ketika Lin dapat hadiah dari Taiyu, rantai kunci figure Andy Lau, K teringat dia pernah minat pada Adam. Adam sama-sama sekolah dengan K dari tadika tapi masing-masing tidak pernah bercakap. Walaupun mak dan baba kenalan ibu bapa Adam. Segala berkaitan dengan Adam, ada dalam genggaman K. Adam ada kakak dan adik perempuan. Adam orangnya pendiam. Semua K tahu dan K rahsiakan dari kawannya. Tegar betul perasaan K pada Adam. Walaupun begitu, K tak pernah bagi surat cinta atau hadiah pada Adam. Tak ada sebab kukuh untuk K bagi semua itu. Walaupun kawan, sepatah perkataan pun tak pernah K luah pada Adam. Begitu juga dengan Adam.

Bagaimana K boleh minat Adam? K minat Adam sebab Adam tu genius. Adam selalu tidur dalam kelas tapi boleh dapat A untuk semua mata pelajaran. Cikgu pun tak boleh larang dia tidur. Ada satu tahun, K berjaya kalahkan Adam sebab Adam tidak serius belajar. Selepas kejadian itu, Adam jadi rajin belajar. Bukan rajin tapi jawab kertas peperiksaan betul-betul. semua soalan dia jawab, tak ada tinggal kosong. K pun tak sangka setianya sampai habis sekolah. Masuk universiti pun K masih ingatkan Adam. Tapi Adam lansung tidak ingatkan K, sebab Adam kahwin dengan rakan seuniversiti dengannya. Sama kuliah. Dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah, K hanya pandang Adam. Dia menghabiskan masa remaja minat pada lelaki tanpa membalas perasaannya. Sedih.

"cerita ni tak sesuai untuk aku. Mana ada lelaki setia dari zaman sekolah sampai sekarang," Marisa beri komen. Tidak puas hati kerana Our Times tidak berkaitan dengan hidupnya.

"tak pe, kau ada Chris. Aku rasa Hidayah Cinta seorang Taufik sesuai jadi tajuk cinta kau," K balas. Cerita cinta  Marisa sedikit kompleks dan K akan ceritakan kemudian. Our Times mengingatkan K pada rakan sekelasnya - Hana dan Raid. Mereka sekolah rendah sama-sama tapi lain sekolah menengah. Raid sekolah menengah dengan K. Hana masuk sekolah asrama waktu sekolah menengah. Orang kata kalau dah jodoh, tak ke mana. Raid jumpa Hana balik waktu universiti. Sama kuliah. K tak sangka Raid tu setia orangnya. Raid boleh ada perasaan pada Hana dari sekolah rendah. Cuma K curiga sedikit pada Raid sebab waktu sekolah menengah Raid ada cuba mengorat budak kelas bawah. Kalau dah namanya lelaki, memang dia akan cuba juga.

"You are the Apple of My Eye sesuai dengan kita," Marisa tidak layan usikan K tapi menukar topik. Ya, sekejap lagi mereka akan menonton movie You are the Apple of My Eye. K belum lihat lagi. Marisa pun. Marisa hanya baca komen dan review orang ramai, You are the Apple of My Eye lain sedikit dari Crazy Little Thing Called Love dan Our Times.

"aku nak berangan macam movie Crazy Little Thing Called Love dan Our Times walaupun tak ada lelaki macam tu wujud dalam zaman sekolah aku," K ingin terbang di awangan. Sebenarnya mungkin ada yang minat K, tapi K tak tahu. Ada salah seorang kawan K, nama Adriana. Adriana pernah kena marah dengan ayahnya sebab ada lelaki hantar mesej pada Adriana melalui nombor ayahnya. Sampai sekarang Adriana tak tahu siapakah lelaki itu. Mungkin lelaki tu sama macam K minat pada Adam. Hanya adik beradik K sahaja yang tahu. Kawan baik K pun tak tahu K pernah suka Adam.

"sebenarnya, setiap peralihan zaman kau, mesti ada lelaki yang akan bagi kenangan pahit pada kau," K bersuara setelah lama mereka berdiam diri dan leka menonton Our Time yang kini hampir ke penghujung. Marisa memandang K dengan pelik.

"what do you mean?" Soal Marisa. Dahinya berkerut tidak memahami penyataan dari K. K pandang Marisa sekilas. Kedua tangannya kemas memeluk bantal zirafah. Kaki K dan Marisa sama berlunjur di atas meja kopi. Mereka selesa bersandar di atas sofa.

"bila ingat balik, bukan zaman sekolah je ada lelaki yang menarik perhatian kau. Zaman uni pun ada. Zaman kerja.Walaupun kau hanya berkawan dengan dia, tapi ia tetap bagi kesan pada hidup kau kan?" Jelas K. Marisa tidak mengangguk, dia cuba memahami penjelasan dari K.

"macam mana tu?" K hairan dengan Marisa malam ni. Marisa lambat faham dengan kata-katanya.

"perasan tak, setiap kali kau balik kerja atau balik kelas mesti akan ada lelaki yang kau akan cerita. Sama ada dia usik kau atau dia layan pelik-pelik pada kau,"

"betul. bila kau sebut macam ni, aku teringat pada Zakri. Kaki kacau." K sengih. Benar, akan ada lelaki yang akan buat hidup kita gembira dan sedih. Lelaki yang buat hati kita kacau bilau - gembira, sedih dan marah. Zaman uni dulu, K pernah buat kerja berani mati. Meluahkan perasaan pada Ikram walaupun Ikram tak suka dia. Sekarang, si Michael cuba intai hati K. Bukan. Bukan Michael intai tapi K cuba sorok rasa hatinya.

"siapa jodoh aku, Marisa?" soal K tiba-tiba. Malam ni, banyak pula kejutan dari K. Hati K tak keruan hanya kerana movie yang ditontonnya.


Tuesday, October 17, 2017

A walk to remember

"happy birthday, K," sapa Michael ketika dia sampai pejabat awal pagi itu. K menoleh dan membalas dengan ucapan terima kasih. Semalam hari jadinya. Mungkin Michael baru tahu hari jadi K selepas waktu pejabat. K tidak kecil hati. Hari jadinya itu hal peribadi. Michael hanya rakan sepejabat. K tidak perlu untuk merasa terkilan menerima ucapan lewat sehari.

K meletakkan tas tangannya di dalam laci. Dia menekan butang ON pada Desktopnya. Michael kembali fokus pada lukisan pelan projek bangunan komersial. Sambil menanti Dekstopnya sedia, K membuka journal. Rutinnya setiap pagi, melihat senarai kerja yang perlu disiapakan untuk hari itu dan menyemak tarik penting untuk projeknya. K bangkit dan menuju ke pantri. Dia perlu coklat panas untuk pagi itu.

K capai cawan putih milik. Dia memasukkan dua sudu besar serbuk coklat dan satu sudu kecil gula. Kemudia dia menuang air panas sehingga penuh cawan. K mengacau air coklat dan kembali ke mejanya. K perlu melalui meja Michael untuk sampai ke mejanya.

"how do you know my birthday?" soal K pada Michael. Tiba-tiba sahaja K kembali pada topik hari jadinya.

Michael menoleh sekilas pada K. " Facebook," K mengangguk. Ya, dia berkawan dengan Michael di Facebook.

Hari jadi semalam adalah hari jadi yang paling hambar. Hambar kerana dia tidak menerima ucapan dari teman rapatnya. Hambar kerana tiada sambutan hari jadi. Hambar kerana dia tifak menerima panggilan istimewa dari kawan baik. K melepas nafas berat dan menarik senyum. Inilah kehidupan.

Bukan salah sesiapa pun. Sejak dia menetap dan bekerja di luar negara, K jarang berhubung dengan rakannya di Malaysia. Sejak dia sakit depresi dan anxiety, K tutup ruang berkongsi kehidupannya. Salah K sebenarnya. Kini, dia bukan orang istimewa atau penting pada sesiapa pun. K hanyalah seorang ingin teruskan hidup.

K hanya menerima ucapan hari jadi dari mak, baba dan adik beradiknya. Juga, beberapa orang yang masih mengingatinya. Rasanya tidak sampai sepuluh orang. Mungkin lima sahaja. Bukankah berdua lebih baik K, pujuk hatinya.

K menoleh sekali lagi pada Michael. Michael bukan lelaki berkulit putih. Michael lelaki bermata sepet dari Hong Kong. Pada awal pertemuannya, K tahu Michael bukan lelaki cina dari Malaysia. Penampilan Michael yang bergaya dan punya aura orang kaya membuatkan K meragui Michael orang Malaysia.

"do you have anything to ask?" soal Michael. K tersentak. K menggeleng serta-merta. Dia tertangkap merenung lelaki bujang. K sentuh tetikus dan menekan software Revit. Minda K masih lagi memikirkan tentang Michael walaupun tangannya sudah mula bekerja.

Michael bukan lelaki istimewa. Rupanya bukan sekacak Orlando Bloom. Wajahnya elok, lengkap dengan sepasang mata yang sepet, hidung dan mulut. Oh, Michael ada lesung pipit dan berkaca mata bulat. Gayanya yang sentiasa gentelman menjadi tarikan pada wanita. K juga suka sikapnya. Michael juga bijak menyentuh hati orang sekelilingnya. Contohnya, mengucap selamat hari jadi pada K. Perkara kecil yang tidak penting pada Michael (mengikut pendapat K), tapi sangat menggembirakan hati K.

Sel otak K berhubung aktif. Mencari memori antara K dan Michael. Ada dua tiga perkara yang Michael buat sebenarnya menyentuh hati K. Yang paling meninggalkan kesan pada hati K, Michael tidak memberi komen buruk sewaktu K tengah sedih ketika projek K mengalami masalah. Michael hanya menyuruh K bersabar dan belikan sandwich untuk makan tengah hari. K tidak jadi menangis kerana reaksi Michael yang seperti tiada perasaan.

K tiba-tiba tersedak. "are you ok?" suara Michael menyapa. K memandang Michael. Michael tidak menoleh, matanya masih di skrin. jantung K berdegup laju-laju. Oh tuhan, rasanya aku suka Michael.

"K, Martin asked about aged care project. When you will submit tender?" Susan menyapa.

Friday, December 23, 2016

post-result

exhibtion master berakhir pada 2 Disember yang lalu. seminggu di rumah nombor 12. berehat. pada 13hb kemudian kontrak sewa bilik berakhir. sakit kepala cari rumah. berakhir di rumah bernama RA. cukuplah singkatan RA. RA bukanlah pilihan terbaik tapi hanyalah untuk sementara. SEMENTARA dan tidak berharap untuk apa-apa kebaikan.

barang masuk di RA. tapi masih lagi tinggal rumah nombor 12. kerana jiran sebelah. jiran sebelah budak master. juga habis semester ini. dia pulang pada 22hb. jadi luangkan masa bersama dia. movie marathon. segala jenis movie kami tonton. anime studio gibli. hindustan. bollywood. korea movie. hong kong movie. semua.

hari ni. 23hb. secara rasminya aku masuk dan tinggal di RA. rumah kosong. tempat tumpangan. tempat untuk aku susun balik masa depan aku. kosong dan sunyi.

aku merancang untuk update setiap hari sebelum tahun baru. sedikit luahan untuk tahun 2016. yang aku rasa sangat bermakna. pengalaman baru. suasana baru. kawan baru. aku jumpa ramai orang. sekejap tapi bermakna.

oh pasal keputusan projek sedikit mengecewakan. pensyarah kedekut markah. tapi tak mengapalah. aku dah lulus. alhamdulillah. malas dah nak fikir. dah dapat master ni pun syukur sangat. susahnyaaaaaaa!!

Thursday, November 24, 2016

si azril

misi untuk kukatakan sukaku pada si azril tercapai. azril si lelaki tinggi. bukan melayu. pernah menjadi jiran mejaku. hari ni peluang. aku nampak dia seorang. aku ambil peluang. aku senyum gedik. mengatakan padanya. aku mulakan dengan soalan tentang hati dia. hati dia sudah dimiliki. aku katakan padanya terima kasih hadir dalam hidupku. dia inspirasi untuk aku terus kuat. selalu duduk studio. suaranya. dari jauh sudah boleh kutahu. dia sangat lembut. sebelum dia balik aku hentikan untuk misiku. aku terus senyum walau selepas aku palingkan wajahku dari nya, aku menangis. 

aku juga katakan padanya aku akan pulang tahun depan. aku yakin aku tidak akan berjumpanya lagi. esok aku akan berjumpa lagi. aku tak tahu macam mana nak move on. life is hard. semestinya. 

gambar curi azril sebelum submission.