Thursday, December 14, 2017

Ahmad seorang lelaki soleh

Selepas peristiwa lelaki soleh di dalam kereta api. K kadang-kadang masih terperangap dengan memori tersebut. Adakala K terfikir jika sekiranya mereka terserempak lagi. Masih adakah kebarangkalian untuk K terjumpa lagi Lelaki Soleh itu. Adakah K bersedia untuk bertemu lelaki soleh lagi? Apa yang K akan lakukan sekiranya mereka bertemu lagi. K tidak tahu nama sebenar lelaki soleh tetapi hati K tetap menyeru sang lelaki soleh.

Selepas 60 hari atau 90 hari K tidak menghitung bila 'pertama' kali pertemuan K dengan lelaki soleh. ketika K sampai ke pejabat pagi tadi, hati K menyeru sang lelaki soleh dengan perasaan yang pelik. ternyata perasaan yang pelik itu memakbulkan doa K. Waktu makan tengah hari, K bersama Michael dan Susan makan bersama dan itulah pertemuan ketiga K dan lelaki soleh.

Selalunya K makan tengah hari hanya di pantri pejabat. K suka bawa bekal dan lebih suka masak makanan Malaysia. Lidah K masih kental dengan masakan Malaysia. K juga kurang suka makanan barat seperti fish n chips atau salad. Nasi menjadi satu kemestian untuk hidangan utama K. Cuma sekali sekala K akan keluar makan seperti kali ini.

Michael mengajak K makan tengahhari di restauran Thai. Michael juga seperti tahu K ingin makan tom yam. jadi K setuju untuk keluar makan tengahhari. lagipun, mereka tidak sibuk untuk siapkan tarikh tutup projek. Jadi, mereka boleh makan dengan santai.

"hei," K, Michael dan Susan sudah selesai makan dan Michael tiba-tiba menegur seseorang. Dari sinar mata Michael, K agak orang yang Michael tegur membelakangkan K. K hanya memandang Michael dan tidak berpaling. Ada dua sebab K tidak berpaling, pertama supaya dia tidak salah urat lehernya dan kedua, dia tidak mahu nampak teruja. Kebarangkalian untuk K kenal juga rendah. Mustahil mereka ada mutual friend.

Orang yang Michael tegur menghampiri meja makan mereka. K tahu kerana Michael bangkit dari kerusi dan waktu itulah K memandang teman Michael. Mata K bertemu dengan mata teman Michael.

"K, this is engineer from Solution Geoform," Lelaki soleh! seru hati K. saat itu hati terlompat gembira walaupun K tetap dengan wajah terkejut. K hanya mengangkat tangan sebagai isyarat 'hi'.

"Ahmad, this is K dan Susan. K, Susan, this is Ahmad," Ahmad! akhirnya, lelaki soleh punya nama. K hanya kaku di meja, juga tidak bangkit. Fikirannya kosong dan hati sedang meletup dengan perasaan gembira.

"actually, we've met before," Ahmad si lelaki soleh bersuara dan berlagak mesra. Ya, Ahmad lelaki peramah dan masih ingat akan K. K ingin menarik senyum tapi ditahan. K hanya mengangguk mengiakan kata-kata Ahmad. Selepas itu, K hanya diam kerana Ahmad berbual sebentar dengan Michael sebelum dia beredar.

Tidak perlu K bertanya sang lelaki soleh, Michael sudah membuka cerita. Ahmad bukan sahaja si Lelaki Soleh tetapi juga encik jurutera. Michael kenal Ahmad atas urusan profesional bukan peribadi. Jurutera untuk projek yang diuruskan Michael adalah Ahmad dan mereka bertemu setiap kali mesyuarat. Untuk kali ini, Ahmad hadir mesyuarat di kawasan berhampiran untuk projek lain. Dia singgah makan tenghahari di restauran yang K, Michael dan Susan makan. Kebetulan yang indah.

Pulang dari makan tengah hari, K sedikit berubah. K lebih ceria dan semangat menyiapkan kerjanya. Kadang-kadang fikiran K melayang dan minda asyik ulang tayang peristiwa makan tengahhari tadi. K cuba mengingat gaya pemakaian Ahmad. Kemas dan segak. Minda K juga semakin jelas dengan bayangan wajah Ahmad. Walaupun mata K fokus pada monitor komputer dengan lukisan kompleks, tanpa sedar bibir K menarik senyum panjang. Kata orang dari pipi ke pipi.

Separuh hari K yang indah masih belum berakhir. Selepas kerja, K ada temujanji dengan teman kuliahnya untuk makan malam bersama. Musim perayaan krismas menjelang menjadi tema pertemuan mereka setiap tahun. Walaupun teman kuliah tidak beragama kristian, mereka tetap mengambil peluang perayaan krismas  untuk mecipta kenangan indah bersama. Biasanya mereka akan makan malam dan saling bertukar hadiah. Hubungan K dan lima teman kuliahnya sangat rapat walaupun jarang sekali berjumpa. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan kehidupan sendiri. Malahan ada yang tinggal berbeza tempat, perayaan krismas adalah masa untuk mereka bertemu dan sanggup untuk meredah perjalanan yang jauh.

Janji makan malam K bersama teman kuliah tidak jauh dari pejabat K. K beruntung hanya perlu naik pengangkutan awam bas dan keretapi sahaja. Restauran yang mereka tempah kali ini biasa sahaja. Sama seperti tahun sebelum nya. Lima kuliah sedaya upaya menghormati K seperti mencari restauran yang menyediakan makanan halal. Namun, mereka tidak dapat elak restauran yang turut menyediakan minuman alkohol. Itu luar bidang kuasa mereka.

Ketika K sampai, Leo, Alpha dan Kim sudah di meja menantinya manakala Chan dan Andy sampai beberapa kemudian. Seperti biasa, mereka akan memesan makanan terlebih sebelum berbual panjang. Alpha dan Kim bercinta ketika mereka masih kuliah dan sudah bertunang. Mungkin tahun depan mereka akan melansungkan perkahwinan. Leo dan Andy masih belum berpunya seperti K. Chan pula sudah punya pasangan yang masih lagi kuliah. Andy suka mengusik K untuk dijodohkan dengan Leo kerana Leo masih tiada siapa-siapa. K sudah biasa dengan usikan Andy dan membalas usikan Andy. Ada juga masa, K hanya diam mendengar tanpa memahami kerana teman kuliahnya berbicara dalam bahasa mandarin. Kim juga tidak faham kerana dia asal Korea dan akan cuba mendominasi topik untuk elak kaku di dalam perbincangan mereka.

"Assalamualaikum," K berhenti berbicara dan berasa aneh apabila mendengar ucapan salam. Assalamualaikum, bermakna orang ini Islam dan menegur K. K berpaling kanannya. Ahmad! Apa yang sedang terjadi? Otak K berhenti berfikir.

"waalaikumsalam," K jawab dengan perlahan. K tiba-tiba sahaja menjadi segan dan malu kerana dia tertangkap oleh Ahmad dengan kehidupan peribadinya. Teman kuliah K juga berhenti berbual dan mata masing-masing tertumpu pada seorang lelaki asing menegur K.

"saja nak tegur. tengah hari tak sempat nak cakap sebab kena cepat," kata Ahmad dengan tenang. Kali ini K merakan suara Ahmad untuk dia simpan dalam kotak mindanya.

"oh, tak apa. Faham, kerjakan.buat apa dekat sini?" Soal K dengan kekok. K sebenarnya terkejut dengan kemunculan Ahmad dengan tiba-tiba. Mereka bertemu dua kali dalam masa sehari. Mungkin juga tidak wujud babak ini dalam drama bersiri.

" Ada Dinner Party dengan company. oh, boleh cakap sekejap? " jawab Ahmad dan mengajak K untuk bercakap dengan lebih peribadi apabila menyedari dia menjadi tumpuan teman K. K menyedari situasi bangkit. Dia sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

K mengekori Ahmad dengan perasaan ingin tahu. Kenapa Ahmad menegur K? Kenapa dia ingin bercakap dengan K? Hal apa yang ingin dia cakap? Adakah dia mahu menegur K untuk tidak keluar dengan temannya? K berdebar menanti. Segala sangkaan K meleset apabila Ahmad memberi kad businessnya pada K dan meminta maaf kerana tidak memberi kad nya tengah hari tadi. Sungguh K tidak sangka dengan tindakan Ahmad. Selepas itu, Ahmad beredar dan K maih keliru.

Tapi, kenapa lelaki soleh ini beri kad businessnya? K tiada jawapan dan selepas itu, K menjadi bahan utama untuk Andy usik. K tidak tahu apakah ini kebaikan atau keburukan dengan muncul lelaki soleh ini.


yang penting, nama dia AHMAD.


No comments: