Kali ini aku nak review movie Theory of Everything. Bukan movie kedua aku tengok lepas Snowden. Movie ni aku tengok masa hujung tahun lepas. Bulan 12 hari tu. Masa tengah duduk dalam ladang line internet hidup segan mati tak mahu. Lepas kerja 12 jam setiap hari mesti akan layan movie sebagai release stress dan sambil dinner.
Yang menarik movie sebab masa tengah tengok movie ni ada pula budak dua orang gaduh pasal kecurangan si suami isteri. Ada yang kata si suami salah. Ada yang kata si isteri ni teruk. Masa tu giliran aku pilih movie tanpa tahu sinopsis. Lepas tu adalah yang bagitau movie ni pasal Stephen Hawking. Waktu tu juga kami duk buat hipotesis dia masih hidup atau tidak. Aku dengan yakin dia masih hidup. Ya, waktu hujung tahun 2017 dia masih hidup. Tiga bulan kemudian dalam tahun 2018 dia meninggal dunia.
Menarik cerita ni sebab dia cerita pasal lovelife dia dan bagaimana dia jatuh sakit. Kalau tengok gambar dia masa muda, memang dia kacak. Yang pegang watak dia pun sangat-sangat sama dengan dia (Hero dalam fantastic Beast). Kacak dan Genius. kalau bahasa inggeris Beauty with Brain. Kalau tengok rupa dia yang sakit beza dia sangat ketara. Kau rasa tak percaya orang kacak dan genius dulunya elok rupanya.
Jadi bila aku tengok movie ni, ada dua benda aku nak tahu. Siapa yang curang dan nak tahu siapakah lelaki bernama Stephen Hawking ni. gigih tengok sebab tak ada subtitle dan audio pula slow. kau tahu je la movie orang putih cakap punya slow tapi bila benda meletup sound effect boleh cabut jantung. Ada yang rosakkan tv ni. movie dia agak panjang. Dua jam. jadi jenuh kau pasang telinga. dan aku tak tengok full concerntration sebab masak untuk dinner.
Aku boleh cakap bahawa isteri tidak curang (berdasarkan movie la) dan Stephen Hawking yang lepaskan isteri dia. Bayangkan isteri dia jaga dia dari awal sakit sampai dah tak boleh jalan dan bercakap. siapa yang tak stres. nak jaga anak yang masih kecil lagi. Dia sayang isteri dia sebab tu dia lepaskan isteri dia. Kemudian Stephen Hawking couple dengan penjaga dia. Isteri dia couple dengan orang lain. setakat movie ditayangkan. Kalau google balik, mungkin ada perubahan.
movie tak terangkan detail pasal theory dia. Cuma cerita ringkas macam mana dia boleh dapat idea tentang teori dia pasal Big Bang Theory dan Black Hole. Bagaimana dia gigih tulis buku tajuk A Brief History of Time. jadi tak adalah rasa bosan tengok movie ni. Memang impressed dengan kemampuan dia yang terhad dia boleh jadi orang yang hebat. Dia cakap pun sempoi. Bukan serius sepanjang masa.
Satu lagi yang aku kagum dalam movie ni la, dia sedikit pun tak stress sebab penyakit dia. Awal-awal dia dapat tahu dia sakit je dia sedih. Dia tak nak jumpa girlfriend (kemudian jadi isteri) dia. Tapi girlfirend dia yang yakin dia. Dia tak jadikan penyakit dia menghalang kejayaan dia. Bahkan dia ambil peluang untuk jadi lebih baik. Kawan dia pun awesome. Masih setia dengan dia walaupun dia sakit.
Kalau sebelum ni aku tahu Stephen Hawking memang genius tapi aku tak ambil tahu pun. Bila tengok movie ni, kau akan cari orang-orang yang hebat macam untuk bagi inspirasi. Walaupun kau tak ada sumbangan untuk negara atau ummah, at least kau tahu kau penting untuk diri kau sendiri. Belajar untuk cintakan ilmu dan semangat tambah ilmu pengetahuan.
Sebab tu aku tak nak sambung Phd lagi. Jangan sebab tak ada kerja sambung belajar. memang sambung belajar tu isi masa tapi kena ikhlas nak cari. orang muda (Malaysia la setakat aku jumpa) tak ada life. Asyik ngadap journal dan research tapi tak sosial dengan orang.
No comments:
Post a Comment