tak tahu bila mula berminat dengan genre based on true story. Movie Snowden bukan movie pertama yang aku tengok. tau pasal movie ni dari facebook. Aku bukan boleh tengok movie thriller and horror. Pernah je tengok Conjuring 1 dan 2 bukan waktu malam tapi lepas subuh. Tu pun sebab orang asyik duk bandingkan antara 1 dan 2 mana lagi takut. Aku rasa Conjuring 2 lagi menakutkan sebab aku tengok Conjuring 2 dulu baru Conjuring 1. Orang kata Conjuring ni based on true story juga. Mesmerized juga pasangan dalam cerita ni adalah watak real yang menyiasat pasal hantu ni sejak dari zaman 70-an lagi. Boleh la tengok sisi orang bukan Islam menghalau hantu tu ye.
Aku tak payah tengok cerita hantu ni sebab aku pun kena. Sakit Insomnia sebelum masa belajar dulu adalah sebab aku mimpi hantu la. Bukan malam je. tapi siang pun mimpi juga. kau rasa. Pula tu rasa penat kene kejar. Sampai ada satu mimpi kau selamat dalam rumah atau keluar tetap akan diburu sampai mati. Masa duduk asrama zaman form 6 pun aku boleh nampak cuma tak cerita public je. Jadi tak payah nak ajak aku tengok cerita hantu. Insidous tu sampai ke sudah aku takkan tengok. Munafik pun. Jangan nak memandai suruh aku tengok cerita hantu. Cukup lah aku alami depan mata.
Berbalik pada movie Snowden. Movie ni pasal lelaki nama Snowden jadi jurutera perisik negara Amerika. Aku cerita dengan memori sahaja. Malas nak google. kalau google baik kau tak payah review aku. Aku berminat tengok cerita sebab lelaki ni jurutera. Kalau nak cari jodoh, banyak kali aku sebut pada kawan dengan famili nak lelaki kerja jurutera (Sila amiinkan). Jurutera ni luas. tak kisah bidang pembinaan atau Artificial Intelligent. Aku suka lelaki jurutera sebab aku suka cara pemikirannya yang lebih kurang sama dengan orang belajar architecture. Cuma architecture ni lebih kepada kesenian dan falsafah. tapi dua-dua ni ada persamaan ada critical thinking. Walau orang yang kerja bidang jurutera ni skema (setakat aku jumpa la) skema dia tak sama dengan doktor. Aku pun ada cakap aku tak nak laki kerja doktor. Adalah beberapa faktor peribadi yang aku tak nak bagitau di sini.
lagipun orang sebenar dengan dalam movie hampir sama. Yang real lagi kacak walaupun sudah berpunya. Aku kagum dengan dia sebab dia cuba pertahankan hak privasi rakyat yang cuba digodam oleh agensi perisikan. Sampai aku pun jadi trauma juga la. Tutup kamera laptop dan phone. Mic phone je tak dapat nak tutup. Aku pun jadi kurang nak share sangat dalam sosial media. Nasib la Facebook je yang aku aktiff. Instagram dengan Twitter tak ada. Ada la sebab kukuh untuk aku tak ada akaun lain selain facebook. Jadi terhad la maklumat peribadi aku nak digodam. Pernah google nama sendiri tapi tak banyak aku jumpa. aku jadi trauma juga la lepas kejadian sebut nama aku semua orang tahu. wei, kau tak yah pakai internet pun orang tahu. seriau (se-ghi-yau) rasa.
Si Snowden pun hadkan privasi dia lepas dia tahu apa agensi perisikan negara buat. Kalau tengok dalam movie, office dia siap letak microphone tengah-tengah office. Mic yang kau nyanyi karaoke, Nak masuk office tu ada pintu scan macam dekat airport tu. Memang strict la. Kau kena jaga -jaga dalam bercakap sampai pakai bahasa kod bila komunikasi. Dia ni salah seorang yang develop software untuk godam atau collect data ( lebih kurang la) rakyat biasa. Semua benda ada dalam tangan agensi ni. Sampai dia boleh buat kau orang biasa jadi penjenayah. Menakutkan.
Sampai satu masa aku rasa tak nak pakai alat canggih. Sebab dia banyak kebinasaan dari kebaikan. kalau tengok cerita ni. Sebab tu aku pakai telefon pintar yang murah je. murah dari segi ekonomi. murah juga tapi teknologi dia tak adalah canggih seperti iphone. Pakai sebab keperluan. tapi suatu masa aku akan pakai telefon mahal juga. bila sebab kukuh tu dah ada. ha-ha. tapi sebelum pakai kene la belajar banyak lagi pasal ilmu teknologi ni.
movie ni mencabar kau untuk jadi rakyat patriotik atau rakyat yang menurut perintah. kau pilih. macam pilihan raya umum 14 Malaysia lepas la. Mana lebih penting selamatkan negara atau pertahankan pemimpin yang beragama Islam tetapi kurang Islam dalam akhlak. Kau jangan nak argue pasal ni. sebab dah lepas. aku tulis sebagai contoh sahaja.
itu je la aku nak komen setakat ni pasal movie ni. Lagipun molek juga ada movie macam ni. Sebab kau sedar benda ni adalah perkara benar. fakta. berlaku. Dan boleh google pasal lelaki bernama Snowden. Movie yang sama aku boleh relate adalah tajuk Circle tak silap lakonan Hermione atau Emma Watson. Walau bukan true story tapi akan buka minda kau la pasal kemajuan teknologi maklumat ni.
Penutup dari aku, aku tak kata aku nak cerita seluruh movie ni. aku tulis apa aku ingat dan aku nak komen.
P/s : aku tengok balik entri aku pertama yang ada blog ni adalah 2009. Ini adalah tahun ke-10 walaupun aku mula blog tahun 2005 lepas spm. gila kental aku bertahan. MashaALLAH.
No comments:
Post a Comment