Entah berapa kali sudah K tulis kemudian padam pada kotak mesej Leo. Perasaannya bercampur malu dengan berani meluahkan rasa. Marisa tidak sudah ingatkan dia supaya tidak menangguh urusannya dengan Ahmad. K berhenti menaip. K sedang memikirkan skrip yang sesuai untuk dihantar kepada Leo.
K ada sebab untuk mesej Leo. Ia berkaitan dengan Ahmad. K tahu Leo berkawan dengan Ahmad di Instagram dan Facebook. Dua media sosial itu menjadi sumber untuk K kumpul maklumat tentang Ahmad. Atau dengan kata lain mengintip. Mengintip melalui Leo.
K ada lagi Chan dan Andy yang boleh menjadi pengintip untuknya. K biarkan Kim dan Alpha sedang seronok bercinta. Dia tahu Kim dan Alpha pun turut akan menyokong perbuatan tetapi dia lebih selesa meminta tolong dengan Leo. Chan pun K tak mahu menganggu. Chan berubah sedikit selepas dia bercinta dengan junior dan tinggal bersama. Tinggal Andy dan Leo.
K bandingkan Andy dan Leo. K lebih percaya Leo dari Andy. Andy mulut kecoh. Satu benda K cerita, sepuluh Andy akan sebar pada rakan-rakan lain. Melebih-lebih. Leo juga tidak cerita pada orang lain dan dia hanya fokus pada dirinya sendiri. Walaupun tiada jodoh antara K dan Leo tetapi mereka tetap kawan yang saling bantu-membantu ketika masing-masing ada masalah.
Leo, need your help. Regarding to this guy named Ahmad. - K
hantar. Dah tak boleh undur dah. Leo dah baca. Kebetulan dia juga online.
K, how are you? - Leo
Ahmad? Ahmad who? - Leo
Eh, masakan Leo sudah lupa. Tempoh hari dia, Andy dan Chan seronok mengusik K dengan Ahmad.
K menghantar imej Ahmad pada Leo. Imej yang pernah Leo, Andy dan Chan short screen hantar padanya. K rasa berguna pula imej tersebut. Sebut nama Ahmad, Leo lupa. Hantar gambar senang. Mana tahu ingatan visual Leo lagi kuat.
Ha-ha. This guy. Why? - Leo
K gigit bibir bawah. Dia serba salah. Perlu cerita semuanya pada Leo atau tidak. K agak ragu-ragu untuk cerita berkenaan Ahmad. Kalau diceritakan semuanya, takut nanti Leo akan bising dalam group chat nanti. Sebab utama, Andy dan Chan turut menyibuk bila Ahmad disebut.
Erm, just need to check how he's doing. - K
K buat keputusan untuk beritahu apa yang perlu sahaja. Yang selebihnya, bila semua dah ada jawapan baru dia akan berterus terang.
He's fine. Working in China now.
K membeliakkan matanya. Lajunya Leo jawab. Macam Ahmad berada depan Leo sahaja dan Leo cuba jadi orang tengah melaporkan pada K.
oh, really? - K
wait. I thought you contacted him? You got his business card right? - Leo
Eh, Leo ingat lagi pada kad nama tu. K sudah menggelupur menggoyangkan badannya. Rasa seperti kantoi dengan Leo.
Yes, I did but I forgot. That's why I asked you about him. - K
Redah saja. K pasrah kalau Leo hebohkan perkara ni kemudian. Kalau ikut mesej yang K hantar, Leo sudah baca tapi tiada balasan dari Leo. K letak telefon pintarnya. Mungkin Leo ada kerja. Tunggulah sekejap lagi. K mencapai pakaian yang sudah berlipat dimasukkan ke dalam beg. Dia akan berangkat ke Thailand untuk misi sukarelawannya di sana.
Beberapa minit kemudian, telefon pintar K berbunyi. Ada mesej baru masuk. K pandang sekilas. Apabila tertera nama Leo terus K capai telefon pintarnya. Ada dua gambar dihantar oleh Leo. Gambar Ahmad yang telah Leo short screen. Gambar Ahmad berlatarkan bangunan di China.
he'll be there for six months. - Leo
don't worry. He still single. - Leo
K tersenyum sumbing. Leo seperti tahu apa yang bermain dihatinya. Hatinya sedikit lega.
Tiga hari kemudian, Marisa pula mengesahkan berita yang Leo sampaikan pada K. Marisa ada hubungi pejabat Ahmad. Ahmad memang dihantar ke China untuk uruskan projek di sana selama 6 bulan. Sudah 3 bulan di China. Ini bermakna pemindahan Ahmad ke China adalah hampir sama dengan cuti K.
"Aku sebenarnya ada minta nombor telefon dia tapi bila kerani tu tanya aku ni siapa, aku gelabah. Kau tau kan aku tak pandai menipu. Kerani tak berani bagi nombor telefon dia," tambah Marisa ketika mereka berbual di telefon.
"Tapi aku sempat tinggal mesej pada kerani tu kalau-kalau Ahmad ada call ibu pejabat dia dekat sini," sambung Marisa. Tetapi Marisa tidak beritahu K apa mesej tersebut. K ada juga tanya Marisa mengelak. Sudahnya mesej tersebut menjadi satu misteri buat K.
"Kau jangan la sedih. 3 bulan lagi. Kau pegi Thailand pun 3 bulan jugak kan? Kau doalah banyak-banyak. Doa kau ditemukan dia lagi nanti," pujuk Marisa. Dia tidak mahu K kecewa. Masih ada masa. Sabar dan tunggu.
"kau sendiri yang beritahu aku sebelum, doa orang musafir ni mustajab. Inilah masanya," pandai pula Marisa memberi ceramah agama pada K. K ketawa. Ada betul kata Marisa.
Sebelum berangkat, seminggu K buat istikharah. Istikharah untuk mencari jawapan untuk sebuah penantian. Untuk tempoh 3 bulan akan datang, tiada siapa tahu apa akan berlaku. Istikharah teruskan hidup yang dia bina sekarang atau tetapkan hati pada dia, Ahmad.
Jawapan istikharah yang K dapat bukanlah dari mimpi seperti orang yang selalu cakap atau letak kertas bawah sejadah kemudian selesai solat ambil kertas tersebut untuk melihat jawapan. Banyak cara lain lagi Allah boleh tunjukkan bayangan atau jawapan pada istikharah tersebut. Firasat hati tiba-tiba menerjah dengan nama Ahmad. Bukan sekali tapi beberapa kali. Firasat tersebut langsung buat hati K jadi tenang. K bertambah yakin dengan pepatah lama yang mengatakan kalau ada jodoh, takkan ke mana. Andai Ahmad jodoh K yang sudah tertulis di luh mahfuz pasti Allah akan mudahkan urusan cinta hatinya.
K menatap kad nama Ahmad. Dia selit di dompetnya. Kalau orang dulu akan selit sekeping gambar sang kekasih atau yang tersayang di dalam dompet. Supaya setiap kali dompet dibuka mereka akan ingat pada sang kekasih. Wajah sang kekasih juga perkara pertama dilihat ketika dompet dibuka. Sama juga dengan K, walaupun hanya sekeping kad nama Ahmad, dia ingin amalkan apa yang orang dulu-dulu buat. Zaman sekarang zaman digital, amalan ini makin dilupakan. K boleh saja tukar wallpaper telefon pintarnya pada imej Ahmad tetapi K tidak mahu dikatakan melebih-lebih pula. Ahmad belum tentu sayang atau suka pada dia. Hanya K ada hati pada Ahmad. Tambahan pula selit kad nama dalam dompet tiada siapa tahu. Hanya K yang mengerti maksud tersebut. K juga rasa manis dengan perbuatan itu.
Angin bayu, sampaikan salam rinduku padanya. Hembuskan namaku K pada hati dan ingatannya agar namaku melekat disitu. Katakan padanya, aku akan tetap menantinya. 3 bulan sahaja lagi!
No comments:
Post a Comment