hari jumaat tu rehat je la seharian. berurut denga ceragem. makan ubat.
dan hari khamis kelmarin pun balik2 kerja badan sakit. jumaat seharian aku tidur. sakit badan lawan dengan penat. lawan lagi nak habis drama. seharian la berehat. umi ingat aku demam dah.
aku rasa badan aku stress dan protest. entah la. musim2 pkp ni, penat jugak kalau hari-hari kerja. kita duk fikir lagi risk lagi. potential nk kene virus ni tinggi la. pastu, balik kerja nk kene hadap roadblock lagi. pegi balik pula tu. walaupun polis tak da la cek satu, tapi mental juga la sebab nak kene lepas roadblock tu. patut balik kerja tu tak lama jadi lama.
walaupun aku ok tapi badan boleh buat protes juga. musim2 pkp ni, patutnya pendekkan la waktu kerja. aku ok la sebab bujang. kalau yang ada anak, kesian.
lagi pun, nak submit projek pun tak boleh sebab majlis tutup. kerja swasta mcm ni la. memang kuli la. gaji sebelum pkp dgn masa pkp sama je. kalau ikut tangga gaji utk golongan profesional jatuh teruk. kecewa betul dgn sistem negara ni.
ada juga yg sebelum pkp, gaji dh bwh dri standard, masa pkp pula dah gaji separuh je. entah la. sekarang ni kerja, asal kerja la. nk demand pun tak boleh. kene bertahan dan bersabar.
kelantan ke kl ke, gaji tu patut sama2 la ikut tangga gaji. tapi tak, kelantan gaji murah sgt. aku yang duduk rumah dgn famili, kereta famili ni pun rasa tight sgt. nk buat kerja tepi tak pandai. tapi tak mustahil satu hari nanti aku cari kerja tepi nnt.
banyak pula aku tulis benda tak puas hati...ha-ha. cukup la. ni sekarang nak fikir apa aku nak buat lepas ni...
No comments:
Post a Comment