sedar tak sedar dah tujuh hari duduk diam2 dekat rumah.
7 hari ni, apa aku buat?
1. layan drama It's Okay to not be Okay. aku dah review dah dua tiga entri sebelum ni. Dan sekarang ni, duk layan River Where the Moon Rises sambil juga tengok Do Do Sol Sol La La Sol (dodol la senang).. drama cina aku tan tengok lagi. sebab drama-drama ni aku jadi rasa masa tak cukup. sebab ada benda lain lagi aku nak buat.
2. aku dah update satu chapter cerita aku. yang mana tajuk macam tak telly dengan cerita dia. mungkin aku patut tukar tajuk. dia. entah. sekarang ni tengah tulis satu chapter lagi tapi baru dalam 100 patah perkataan. sebab aku serabut. idea ada tapi celaru. mungkin aku duk layan drama2 di atas.
3. setiap hari aku buka radio mix. online je. kalau buka youtube dengar lagu tak da mood. jadi, buat masa sekarang layan mix. bukan selalu, tengok mood sebenarnya. ada masa layan zayan. ada masa layan suria. atau hot. kalau era...dah tinggalkan dah.
4. oh, apa yang aku dah masak? kuih keria. aiskrim. perisa oreo. dan biscoff. hari ni aku dah buat roti. doh dia tunggu kembang. esok aku buat roll chicken tu. kene beli cheese baru la. dah habis adik-adik makan dengan burger. huhu.
5. aku tak lupa untuk update blog ni. apa saja terlintas dalam otak apa yang aku nak tulis. terapi yang baik untuk aku. orang lain dah bosan tapi masih ada banyak benda aku nak buat.
6. sejak PKP ni, banyak waktu solat jemaah dengan famili. tak boleh lari. kalau tertidur baru la x jemaah. rasa ini antara yang menguatkan aku.
7. buku novel aku susun bertambun tapi tak mula baca lagi sebab duk marathon drama ni. entah bila aku nak mula. dan bukan satu novel. ada dekat sepuluh. kalau aku habis baca novel ni. dah capai la goal aku baca 12 buku. haha.
8. aku ingat nak buat 3d untuk suka2 sambil model scale 1:100 tapi tak mula lagi. nampak tak betapa banyak list aku nak buat tapi tak capai lagi. aku rasa slow2 la kot. buat apa yang aku nak buat.
9. dan hari ni adalah setahun aku ikut temu janji di kelantan. dan aku makin baik. semoga next year, aku dh tak perlu makan ubat dan jumpa doktor. mahu je aku share pada dunia tapi aku tak nak sebab aku tak nak orang judge dan tahu. sakit aku bukan la sebab pkp tapi pkp jadi trigger sampai aku masuk wad. aku nak orang tahu tapi belum masa lagi. cerita itu seperti aib tapi aku sebarkan awareness. nanti la. aku tak kuat lagi. lagipun ada viewer baru aku kenal. mereka tak tahu apa yang berlaku pada aku. aku rasa tak nak update status wassap untuk sementara. tapi tangan gatal. hati meronta. so, folow the flow la. huhu.
ok, cukup untuk hari ni.
No comments:
Post a Comment