Sunday, February 07, 2021

PKP 2.0 Duduk Rumah

 Sebab masih PKP aku masih duduk rumah. kerja yang aku nak cari Part II masih tiada iklan. aku hanya pohon bergantung pada iklan. kalau nk minta setiap firm tu aku tak berani lagi. tak da kekuatan lagi. setakat ni aku pohon jawatan kerajaan. kalau dapat aku lepaskan dulu, untuk buat persediaan peperiksaan Part III. kalau betul ada rezeki ada la. sekarang ni, aku nak ada pendapatan je dulu. kalau boleh kumpul duit untuk beli dekstop atau yang mana perlu dulu. 

aku memang tak da connection dengan orang. kalau ada pun, aku tak rapat dan aku segan nak tanya. tunggu la dulu. kalau COVID -19 dah kurang baru aku minta betul-betul. sebab COVID -19, aku macam down juga la. tak pe la. aku tak rushing. malas nak fikir banyak. aku tak nak serabutkan kepala otak. lagipun aku tak da commitment yang perlu consistent ada pendapatan. kalau ada commitment memang aku kerja je la apa-apa. 

jadi, sekarang ni duduk rumah je la. rutin aku sekarang ni bangun subuh, kalau mengantuk aku sambung tidur. aku masih tak boleh buat rutin tidur lebih awal dari pkul 11. susah betul. dah tidur, aku bangun, dhuha, sarapan dan mandi. kemudian mengadap laptop atau phone. 

kalau ngadap phone, sama ada tengok drama (cina) korea atau aku belajar mandarin denga apps aku download. aku pakai 3 apps sekarang. dan wechat pun aku ada kawan cakap cina. kawan cina aku cakap aku ada improvement. sebab aku paksa cakap cina. aku cuba cari topik nak cakap. aku sekarang dah belajar buat ayat-ayat ringkas dan pendek. tak perlu complicated sangat. kalau complicated nnt, aku la yang macam pening. sebab aku dah kukuh level 1, aku kena hafal banyak words lagi. dan belajar grammar dia. setakat ni dah boleh tangkap la sikit-sikit. ye la, 3 app kau pakai. takkan tak boleh pandai lagi. ha-ha. 

zohor. main komputer atau phone lagi. sampai asar. lepas asar, sama ada makan dulu atau aku santai-santai kejap. kemudian aku keluar buat skipping. sekarang kaki kanan aku dah start sakit. kene tuam dengan ais. aku tak nak stop buat skipping. aku dah kekalkan momentum ini, aku nak teruskan sampai hujung tahun. setakat ni berat aku maintain 50. aku kalau boleh nk kurang 2 kilo lagi. hehe. kalau boleh. 

bila dah masuk 30 series, badan pun berubah. kalau zaman remaja dulu berat aku 40 nak lepas 41 pun susah. sekarang dah boleh capai 50. kira ok la. cuma aku tak nak obese. ayah ada diebetes so, aku pun carrier la jgak. jadi kene la maintain berat tu. kira bukan aku diet semata nak kurus tapi nak sihat. nanti tak da susah nk buat ibadah. 

selalunya aku sepend skipping tu 15 min dengan 500 -700 skipping. kemudian cukup kan 6000 step. sebab maghrib sekarang lambat, pkul 7 masuk rumah dan cool down sekejap. mandi. ada je waktu aku mandi lepas isya. tengok masa. kalau rasa tight, aku cuba longgarkan rutin aku tu. tak perlu tetap kene mandi waktu maghrib je. gitu la. 

kalau dah maghrib, aku akan tilawah 6 muka dan kalau ada masa aku sambung buat hafazan. dan terus isya. isya lambat nak tunggu rasa mcm lama je. huhu. lepas isya aku ngadap phone je la. kalau weekend aku akan spend masa chatting dgn kawan cina aku. dengan app untuk belajar language. kalau buat hari-hari aku takut aku rasa akan skipp rutine tu. setakat ni, aku happy je dengan rutin sekarang. 

dan sekarang aku cuba selitkan masa menulis cerita pula. ada dua cerita aku aim nk consitent menulis. satu cerita pendek dengan 200words untuk 50 bab. aku nak cabar diri aku tulis sampai 50 bab. dan cerita satu lagi aku mungkin tulis sampai 30 bab. cerita satu lagi tu panjang la sikit untuk satu bab 1000 patah perkataan. 

dan satu lagi aku ingat nak buat 3d, tiga buah rumah tapi tu la. aku penat satu 3d jadi, aku stop kejap. dua lagi tunggu aku siap yang satu ni dulu. banyak rupanya benda nak buat. resume pula, aku kene update tiap kali nak minta kerja. tak da satu yang tetap. gigih tak. 

dan aku inspirasi dari ini. 

#Productivity Life Pro Tip:

-------------✯✯✯-----------------

When attacking a long-term goal, just show up every day. Simply showing up and putting in even a basic effort consistently will get you further than putting in amazing efforts inconsistently.

(Not only will you have more consistent practice/hours logged (and build your healthy-habit/resilience muscles), but you’ll also have the confidence and aggression of knowing you’ve earned the right to have success.

If you feel guilty about the corners you’ve cut, you won’t have that same hunger and tenacity to prove yourself.

Routines also take less mental energy. When your brain anticipates certain responsibilities on a consistent basis, it frees up valuable willpower and energy for actual performance and emergencies.)


-------------✯✯✯------------------


Saturday, February 06, 2021

Zaman Sekolah Drama Cina

 Aku mula layan drama cina ni tahun 2017. Drama apa nanti next entri la aku cerita. 

Hari ni nak cerita pasal drama cina genre sekolah atau zaman muda. zaman remaja. suka tengok drama cina sebab memang la diorang ni kaw-kaw suruh fokus belajar. tapi ada je yang tak pandai. selalunya kalau drama ni, dari tak pandai lepas suka orang ni atau ada pembakar semangat akan jadi pandai dan siap boleh masuk top universiti lagi. aku? hmmm..aku suka tengok je la. rasa nak belajar balik SPM tu tak pe la. sebab aku amik 12 subject. gila banyak, padan la, dengan result aku tu yang tak cemerlang. tapi sekarang pun tetap jadi orang. 

balik pasal drama ni, banyak la drama aku layan. umur 30 tapi masih layan drama zaman sekolah. well, kenangan zaman sekolah ni best. cuma tu la, aku tak da pengalam cinta monyet atau sampai ke jinjang pelamin. rasanya memang tak da. 

drama cina ni, ada yang sebab duduk semeja. diorang tak pe la boleh campur-campur duduk lelaki perempuan. sekolah aku tak boleh. pastu masuk uni sama-sama dan sampai kawen. kalau yang lain, sama-sama belajar. masuk uni terpisah atas sebab keluarga, peribadi dan sebagainya. dan kerja jumpa balik. gitu la. cerita cinta gini memang wujud tapi tak jadi pada aku la. tak pandai kawan. introvert. 

aku ni siap rakan sekolah tak ingat aku pun. dan masa lepas habis SPM kumpul balik pun diorang tak peduli sangat effort aku. dan lepas beberapa tahun aku baru tahu, kalau yang lelaki la diorang friendzone aku. sedih kan. padahal aku nak kawan je. 

lagi pasal drama cina ni, yang menarik perhatian aku diorang punya belajar kaw-kaw pastu kene pilih aliran. sains atau sastera. sama je la dengan malaysia. ada sekali aku tanya budak dari cina berapa subject diorang belajar. sikit je. tak banyak dan tak lebih 10. dalam 5 mcm tu la. bahasa mandarin, matematik. science...lagi aku tak ingat. nanti aku tanya balik. ha-ha. 

diorang punya sistem setakat dalam drama aku tengok la. dia kira markah up to 900 point. lagi tinggi lagi pandai la. lagi tinggi peluang nk masuk top uni. sistem peperiksaan diorang ni sama macam korea. tengok point dan dengan point tu la yang buat kau layak universiti tertentu. so,diorang lebih aim kepada university daripada course. banding dari malaysia. malaysia lebih pada course. tak kisah masuk universiti mana-mana. asal sambung belajar. 

sebab tu cina dengan korea ni, ada yang repeat exam sbb nak masuk univeristi tu. dahsyat la. sampai dua -tiga kali. malaysia cukup la sekali kau amik SPM tu. lulus ke gagal tak kisah dah. 

dan yang menarik perhatian aku dalam cina ni lain dari korea, course yang diorang belajar masa uni tu. bukan medic atau engineering tapi computer programming, IT, Fizik atau Matematik. Jadi, aku macam kagum la. kepandaian diorag ni tak fokus pada medic atau engineering. kira kepandaian diorang ni balance la bagi aku. tak fokus pada course tertentu. tapi mcm sekarang, mungkin sebab duk zaman industri revolusi 4.0, banyak diorang fokus pada computer programming la. duk main code. hack pastu buat calculation pakai math tu. 

bila tengok diorang buat calculation tu, aku rasa aku nak belajar balik matematik. tapi nanti la dulu. aku kene fokus boleh speak mandarin dulu. baru belajar math pulak. aku ni kene buat kerja satu-satu. 3d hari tu aku tak settle lagi. aku tak buat rendering lagi. Nak update resume lagi. banyak la benda aku nak buat. sekarang ni pun otak duk ligat dengan idea nk menulis cerita aku tu.  

Friday, February 05, 2021

Newcastle Playlist

 Lepas post pasal aku baca semula entri-entri blog aku yang lepas. Sekarang, aku dengar lagu ikut youtube music. bila pasal like playlist buat aku teringat lagu-lagu aku dengar waktu aku buat master dulu. waktu awal-awal sambung belajar dulu. waktu sorang2. tak pandai nak kawan dengan orang. aku selalu lepak dekat library. tengok drama dekat library. sbb internet library laju. hi-hi. lepas tu ada meja yg dekat dengan plug dan tempat dia tersorok jadi, boleh nak layan drama. waktu sem break pun aku pegi sampai malam. nampak sangat aku tak da life kan. 


1. sabar dari Brother.

rasanya adik aku yang share lagu ni. lepas tu asyik ulang lagu satu semester. sebagai kekuatan nak hadapi semester tu. yang susah. yang tak faham. yang struggle. bila lagu tu macam pujuk hati. ubat hati. yakin dengan ALLAH. what ever happen. dan bila dengar balik, aku jadi. wow. aku ni kuat juga sebenarnya. persistent la kiranya. kalau dh buat kene buat sampai hati. tak berhenti tengah jalan. 

2. immortals - Fall Out Boys

lagu ni ost movie Big Hero 6. movie ni pun ada sentimental value dia. sebab dalam flight masa aku tak igt balik atau pergi. rasa mcm pergi. jadi, inspirasi la jgak. sebab tak nak sedih sgt, aku duk dengar lagu ni la. lagu macam heavy rock metal gitu. lagu kumpulan ni je la aku dengar lepas tu. sekarang dengar balik, aku tambah kenangan baru. sebab si Mus'ab suka tengok movie ni. aku suka pada abang Hiro sebab buatkan Baymax tu. so, masa buat master tu aku teringin nk sangat ada baymax. yang boleh cek emosi aku ok tak. yang boleh bagi hug dan warm untuk aku. always there sampai emosi aku ok. jadi, fall in love dengan abang dia. sebab abang dia hensem. suara pun hensem. lepas beberapa tahun baru aku sedar suara latar abng hiro tu. mmg hensem. dan aku familiar dengan suara tu. ha-ha. 

3. lagu bollywood. yg melo punya dari atif islam. 

aku tak ingat bila aku start dengar lagu ni. cuma aku ingat setiap kali aku duk section 24 hour tu, aku akan pasang lagu ni ulang kali. bukan lagu kuch kuch hota atau lagu lama dari movie bollywood tu. lagu yg ballad aku dengar sbb youtube yang pasangkan secara automatic. sebab aku cakap aku tak perasan. dan sekarang pun masih lagi dengar lagu tu. waktu keje time aku bosan dengar lagu melayu atau dah habis lagu nk pasang. 

4. lagu hamza namira - sabah el khair

masa ni dia keluarkan album baru, lagu album baru ni pun best. so, aku layan la satu album tu. kene dengan jiwa aku waktu tu. dan maksud dia pun sesuai sangat dengan aku yang perlukan motivasi waktu tu. positive word. 

itu je la kot lagu yg aku dengar waktu awal-awal semester. final semester dengan final year aku dengar lagu lain pulak. nnt aku share sbb memang aku buat playlist. kira tiap kali ada lagu aku nk ulang dengar aku masukkan dalam playlist tu. kira banyak lagi dari playlist awal master ni. 

p/s : aku sedang nak move on dan cuba distract dari ingat satu drama yang masih on-going. huhu. 

Thursday, February 04, 2021

Pre-marriage course 2

 sambung hari ke-empat, sesi man are for mars woman are from venus  dengan sihat till jannah. sesi man from mars tu intipati dari buku tajuk yg sama. aku tak pernah baca buku jadi, ia membantu bahasa lelaki dan bahasa perempuan ni berbeza. lelaki lebih kepada problem-solving dan perempuan lebih emotion focus. jadi, kene tahu ketika berbual dengan pasangan tu kene faham apa masing-masing nk capai waktu borak. kadang-kadang perempuan ni nk ckp je. bila dengar sesi ni, aku teringat pasal babak dalam kampung people. razif dan wife tu tiap-tiap malam ada sesi berborak. padahal masing-masing cakap benda lain. jadi, aku boleh paham la benda tu. just talking. sambil nak lelap. menarikkan. 

dan untuk sihat till jannah lebih kepada fizikal. sesi sebelum ni lebih kepada emosi. kalau emosi tak ok nk buat apa dan macam mana nk hadapi stress tu. dan sihat till jannah ni aku belajar tentang fizikal badan manusia. bukan tunggu nk kawen je, buat medical checkup tapi kene consisten check up tu. yg aku boleh ckp, kalau dh kahwin bila da masalah kesihatan nnt kita mcm susahkan pasangan. tapi kalau sakit teruk yg tak terduga tu lain cerita. ini pasal kesihatan untuk perancangan keluarga. dan untuk wanita, kitaran haid pun kene tahu. normal atau tidak. kalau tak teratur, kene jumpa doktor. dan kalau nk maintain, sihat kene jaga diet dan kene buat senaman. walaupun basic tapi good reminder jugak la. sebab kalau boleh nak sama-sama hidup sampai ke tua dengan pasangan kan. tapi yg ni pun aku terlepas nk tanya pasal miband dan health apps ni. sbb bila dh habis sesi baru datang soalan tu. ha-ha. apo. ketika sesi tu, aku ada terfikir cuma tak keluar soalan yg nk tanya. 

sebab sekarang aku pakai miband. aku pakai sebab nk monitor heart rate aku dan stress dgn step skali. lepas tu, bila dh pakai dgn apps, miband ni boleh siap monitor sleep aku.  kata yiba, orang lain pakai ikut trend tapi aku tak. nk tgk heart rate tu sbb aku ada anxiety sbelum ni. nk tgk la betul ke heart rate aku ni tinggi. rupanya it's just illusion. mmg aku rasa berdebar tapi kalau ikut heart rate tak tinggi pun. kalau heart rate tinggi banyak kali kira aku ada masalah jantung la pulak. jadi cerita lain la. dan aku pun ada masalah tidur, sebab masih bergantung pada ubat dan dengan miband ni, aku boleh tahu la sleep quality aku dan sleep hygiene. aku sekarang masih maintain tidur seblum pkul 12. jarang la tidur lebih. kalau dah usrah jadi lmbt la sikit tidur sbb makan ubat pun lmbt. gitu la...setakat ni tak pernah skip lagi. sbb aku tak tahu apa akan jadi pada diri aku. 

ok last sesi, spiritual love languages. aku kene buat quiz dulu 5 love languages. jadi, masa sesi ni aku ni lebih quality time   dan physical touch aku rendah. so, sesi ni aku suka. sebab dia buka relate psikologi je tapi relatekan dgn time ibadah kita. time kita dengan ALLAH and religion. kalau kita suka physical touch boleh buat donation or meet people. lebih kurang mcm tu la. dan sesi ni aku ada tanya, kalau aku tak suka physical touch aku kene deal dgn benda, kalau tak suka kene cakap la kan. first cuba tolerate dulu. mungkin ada masa aku ok ada masa aku tak ok. jadi, kene tahu keadaan kita waktu tu. 

last day, ada group discussion tentang 100 persoalan untuk pasangan kita. so, discuss la. aku masuk group single. yg ada pasangan mereka bincang pasangan la. jadi, masa perbincangan tu, aku ada tanya pendapat tentang kalau datang pada kita pasangan yang sedang berkahwin mcm mn? atau yg pernah berkahwin, how would you deal with it? semua jawab yg sama, kalau ditakdirkan jodoh kita, terima. tapi sebelu terima bincang dulu dengan ahli keluarga. istikharah. think pro and cons. lebih kurang mcm tu la. dan kemudian kepada konsep perkahwinan. yang ni aku jawab, it changes through times. sebab zaman awal 20-an dulu, aku fikir lain. bila dh masuk 30, lain pulak. dan dalam group aku tu ada yg dah berumur 40 tahun. ingatkan aku je dah tua. hi-hi. seronok pula kenal mereka ni. dan perbincangan group ni kira dynamic la. dan ada juga yg dah ada pasangan tapi pasangan tak masuk jadi join group aku. jadi, bertambah menarik la sesi tu. 

sebenarnya tak rugi join course tu, sbb mcm aku ada kakak dan adik dh kahwin sebenarnya membantu aku untuk memahami dunia orang berumah tangga. so, aku tak da la rasa mcm terpinggir. mcm ex-ofismate pun semua dh kawin. ada masa diorg berbual pasal rumah tangga, aku ada rasa lonely. ye la, kita ni siapa nk bagi pendapat dan cadangan. jadi  tukang dengar pun dh ok sebenarnya. dan mcm aku pun dapat la tahu kisah rumah tangga tak semestinya bahagia sepanjang masa. ada ups and down. 

dan akhirnya, aku dah dapat sijil penyertaan lepas buat quiz. moderator dia sgt la baik. nnt aku nk recommend kawan aku join la. it's really worth. dan aku pun happy sebab sekarang aku jobless, jadi join benda-benda mcm ni seronok la jugak. isi masa lapang. tambah ilmu. dan kenali skill sendiri. 

lepas habis program ni, aku duk sibuk buat design renovation area rumah umi ayah ni. tu yang tak sempat nk update dua minggu tu. aku pun jadi sedar aku ni, kalau buat kerja kene siap satu-satu. i'm not at multi-tasking. dan minggu ni aku penat. kerja aku nk siapkan tak jalan. aku kene bagi badan aku rehat. next entri, aku tak tahu nk tulis apa. sebab tak da perkembangan yg menarik pun. 

Tuesday, February 02, 2021

Pre-Marriage Course 1

 bulan disember hari tu, ada iklan untuk pre-marriage course ni. tapi online la. sbb COVID-19, mmg tak boleh buat majlis ramai-ramai. tanpa teragak aku register dan bayar. 

sebab online, course ni 6 hari, dari hari selasa sampai ahad. lama kan. tapi bukan full satu hari. setiap hari tu ada dua sesi je. sesi petang dan malam. kira dua jam setiap hari. medium dia guna untuk penyampai jugak menarik. sebab ada sesi zoom ada sesi kulwap. dan pertama kali aku baru kenal term kulwap ni. seronok juga. mmg boleh fokus tak payah nk baca meseg wassap lain. sbb kita betul nak dengar. dengan slide provide mmg fokus sbb dia pendek2 kulwap ni. dan aku boleh ulang dengar banyak kali. itu yang best.

sesi pertama psikologi suami isteri. menarik sebab penceramah point out sikap suami isteri tapi tu la kecewa sebab tak sempat nk tanya. sbb malu. tapi sesi lepas tu, aku jadi berani nk bertanya sbb tanya dlm wassap je. aku ni introvert mmg malu dan takut dgn orang ramai. tu pun takut juga sbb orang akan baca soalan kau. tapi kalau tak tanya tak tidur malam. mcm sesi pertama tu. 

sesi kedua malam tu, tentang kenapa berkahwin dengan si dia, lebih kepada goal dan matlamat perkahwinan sebenarnya. dan self-love first. sbb bila berkahwinan bukan semata cinta tetapi sakinah, rahmah dan mawaddah. dan sebab aku tak da pasangan lagi, aku rasa topik tu mcm tak relevan untuk aku. ha-ha. cannot relate yet. tapi bagus jugak la untuk aku tahu about marriage. sbb orang sekeliling aku ada yang dah kahwin. jadi, aku perlu faham mereka yang sudah berumah tangga. jadi, soalan2  tentang perkahwinan adalah homework yg aku tak tahu bila aku boleh jawab. kalau dh jumpa my other half kot. 

next day pula session, petang sesi komunikasi aku dan dia. suami isteri. yg ni penting. masa aku kerja pun komunikasi ni penting. kalau kau tak tahu, tak paham kene tanya. kalau dalam perkahwinan ni, komunikasi penting. ia sepanjang masa. bukan tungu bila ada isu. dan aku ada prinsip ni, mesti settle sebelum tidur. sbb umi cerita atuk dan nenek mesti sama-sama. bila atuk tak da, nenek la yg terasa kehilangannya. dan tak boleh simpan2 perasaan atau berahsia. semua kene luah. lagi kalau isu famili - mentua. seram la jgak kalau dengar yang ni. sebab tu penting komunikasi. 

sesi malam, bukan sekadar cinta. pasal goal dan persefahaman antara pasangan. kira kene sekufu. setiap pasangan ada goal dia. nk kerja. nk kaya. so, kene sefahaman juga life goal. jadi saling melengkapi. dan seiring dengan usia perkahwinan tu. sbb kahwin ni bukan setahun dua tapi life long relationship. kita nak kekal sehingga syurga. 

hari ketiga, pasal kewangan dan mental emosi. pasal kewangan tu aku tak fokus sgt. lepas habis sesi tu muncul la soalan2 yg berkait. sbb penceramah share tu mcm basic sgt. yg aku dh tahu. ha-ha. so berlagak la sikit. padahal boleh je tanya. tapi tu la. regret sikit la. kira mcm aku main-main pulak waktu sesi tu.  yang malam pun. bagus juga input walaupun aku dah tahu tapi aku fokus jugak. sbb ia membantu untuk mengawal stress. yg dah depress ni. macam remind aku jgak la. 

untuk hari seterusnya aku sambung next entri la. ha-ha. biar ada topik nk tulis untuk februari. ada topik aku dh tulis dlm plurk. tak tahu patut tak aku share dekat sini. haha.  

Monday, January 18, 2021

Me in Past 10

 dua minggu tahun 2021 ni, lepas tiba-tiba terbuka blog ni balik. 

buat marathon baca entri blog yg dari tahun 2009. mula-mula dengan spent masa dengan adik-adik, lelaki terutamanya. tak tahu la asyik sangat share story pasal adik lelaki. well, tak ada abang. ada kakak je. jadi, ada adik lelaki ni lain sikit. sebab jaga mereka dari kecik. bila dah membesar perasan sendiri la adik lelaki ni semua kacak. ha-ha. 

dan sekarang pula ada anak sedara pun lelaki. memang disekelilingi lelaki je. am a proudest sister to whatever my brothers achieved. bukan umi ayah je. sebab adik beradik kami tak da la pandai. so bila tengok achievement adik dapat lebih baik dari kakak dia mesti la bangga. kita pun tak mampu nak capai. bila adik-adik yang achieve mesti la tumpang gembira. tak jeles pun. more support and encourage them whatever they do. umi ayah ada juga halang tapi seiring dengan masa, inshaALLAh they will approve. 

itu pasal adik-adik lelaki. adik perempuan tu tak yah cerita. zaman muda dulu suka gaduh. semua benda nak gaduh. tapi kalau bab movie, drama, novel satu kepala. semua baca. tak kira sapa beli. tapi tu la. kalau buku berebut jgak la. sebab nak tunggu habis baca berzaman. kita dah la ada kerja nk buat. semester kita pun tak sama kalau nk tunggu balik baca. gitu la. 

then masa degree tu, aku rasa seorang yg paranoid dan takut untuk buat sesuatu. mungkin suasana yg sangat lain. duk uni swasta pastu rakan sekelas ramai cina. mmg boleh culture shock jugak la. dh la kita je pakai tudung labuh. macam ustazah. mmg tak pandai kawan langsung. dan masa degree ni la, aku hilang kawan. kene kawan dengan lelaki. lelaki melayu sombong. selalu je aim aku. tapi tak pe la. dh habis belajar aku pilih jalan aku sendiri. dan masa degree ni jgak la dah sewa rumah. sewa rumah pula dengan budak lain course. jenis yg skema belajar 24 jam. mmg stress tengok. tak da masa pun aku nak berbual. mmg selalu rasa sunyi dan lonely la. pastu aku jenis tak pandai cakap. ada sekali tertulis surat cinta pastu ada yang terasa. masa tu la aku banyak sakitkan hati. ye, tanpa sedar. masa tu juga rasa semua aku buat aku rasa salah. aku guilty. dan buat aku sedih waktu. kita dh la tak da kawan dgn kawan serumah pun mcm aku yg cari pasaal. 

bila masuk kerja la aku belajar how to communicate well. dapat bos yg baik. mmg tegur kalau kita ada buar salah. dan kalau ada apa-apa terus tanya bos. mmg aku benda yang aku hargai sangat kerja dekat situ adalah komunikasi. bukan setakat yang face to face tapi yang email. deal dengan client. banyak sangat belajar dalam tempoh setahun tiga bulan dekat situ. dan supportive bos. 

kemudian sambung master, aku mula-mula mmg pemalu jugak. entah macam mana aku take first step untuk kawan dengan diorang dan terus close. semua masalah aku diorang tahu. tahun pertama memang aku sorang-sorang jugak tapi masuk tahun kedua, aku duduk studio. lepak-lepak, selalu bertegur dengan hanya hi, lama-lama aku jadi berani duduk berbual tanya pasal projek. dan seterusnya.  lagi sekali, aku gain knowledge dan jadi sedikit terbuka bila nak berkawan. cuma kalau dengan geng usrah aku masih lagi allergic. the pain or the scar still there. 

aku rasa aku masa degree dengan aku masa master pun dah lain. aku dah grow and grown up. aku tahu salah aku tak kawan dah kawan-kawan sekolah tapi aku kene move on. aku nk bahagia. aku berhak pilih jalan bahagia aku. mungkin 10 tahun nanti, aku dan mereka dh move on dan masih berkawan. yg itu biarlah masa yg tentukan. 

dan last dua tahun jobless. dua tahun di johor. aku memang jadi orang yang berbeza dan baru. aku dulu takut nak berubah sekarang aku mcm tak peduli. go for it. takut is okay but just walk. just do it. dan aku discover yg mcm aku suka je travel tapi sebab tak da orang ajak or support, so aku stuck dgn comfort life aku. dan aku suka je berkawan tapi sebab aku pemalu. aku tak kawan la dengan orang. dan bila yg encourage dan layan kau berbual, aku jadi confident. masak sedap-sedap bagi mereka makan. aku lebih banyak membesar luar dari context usrah. 

dan pasti aku lebih gembira. sedih tu ada but aku belajar untuk sedih lama-lama. don't go to that sad life anymore. i can be happy in my own way. dan aku sekarang dah tak tengok sangat cerita sedih sbb tak nak terjebak dalam emosi sedih yg panjang. 

dua tahun jobless dulu aku lost apa aku nak. sekarang pun masih tapi aku ada beberapa senarai yang aku nak capai. 

cerita course pre-marriage tu kita tangguh dulu. sorri, bukan entri kali ini. esok-esok ada lagi. 

Sunday, January 17, 2021

minggu dua 2021

 seminggu dah tak update blog. malam-malam ingat dan sedar "hari ni tak update blog". 

kemudian "tak tahu nk update apa"

pertama sibuk nak kerja deadline mintak kerja 15 Jan 2021 tarikh akhir. Sebab dia mintak hantar sekali dengan potfolio jadi kene la update portfolio. masa tu jgak masa tengah cari file poject hilang. hilang ke mana aku tak tahu. atau aku dah lupa aku ada transfer. sungguh-sungguh aku tak ingat. bila aku ingat balik, pendrive aku mmg tak ada buka lagi. atau mmg ada. entah. memori sekecil itu aku lupa dan otak aku pun tak da save. jadi pasrah la. 

terpaksa susahkan kawan ofis suruh hantar semula file. nasib baik ingat no project dan nama file yg nak. walaupun tak complete sbb file tu pun dah separate kesian pula kalau aku minta banyak kali. asal ada pun dah ok. sebab nk tunjuk dalam portfolio bukan semua. 

itu cerita projek yg aku nk update dalam portfolio. pastu kene buat tambah 3d image. kalau buat pelan macam tu takut orang yg tgk resume aku reject terus. bila buat 3d aku pakai lumion sambil berjinak-jinak nk belajar lebih pandai. 3 hari juga la untuk 3 jenis rumah aku buat. nasib baik sebelum tu aku dh buat. jadi 3 hari mmg ngam2 la. lumion pun aku dah pernah go through sebelum ni. dia punya short cut lain dari skecthup itu yg amik masa sebenarnya. dgn benda2 lain tu ok la. mmg senang pakai lumion. tapi kalau nk suruh render swimming pool, boleh tapi aku kene belajar supaya reflection ketika render lagi lawa. 

dan sekarag ni pun aku challenge diri aku untuk buat 3 rumah lagi sebagai untuk aku praktis biar lagi lawa dan improve skill. 

dah settle 3d aku kene update potfolio. susunatur balik gambar dgn ayat-ayat yg sesuai. dah tambah dua projek. kalau tanya aku, aku tak da keyakinan. tapi ada satu kata-kata bagi inspirasi untuk aku walaupun buat keje last minute, buat lah sehabis sehingga minit akhir. jadi, selagi ada masa buat. rezeki kerja ni tak tahu mana lekat. jadi, aku berusaha dan bertawakal. 

portfolio dah settle. resume pula. resume yg aku nk buat mcm tak jadi. kelam kabut jgak la. terpaksa guna resume yg lama. cuma tambah kurang apa yang terkini dan apa yang sesuai. dan ada kerja aku nak minta atas permintaan adinda ku. 

jadi, untuk minggu depan aku nk buat kerja 3d dgn hantar email untuk kerja-kerja lain. 

dan 5 hari lepas aku ada join pre-marriage course. nnt next entri aku share story. course yang menarik. 

jadi, sekarang aku dh ada tajuk untuk entri seterusnya. dan PKP pula. jadi, aku sedikit stress. 

Friday, January 08, 2021

bahasa mandarin dan 3d

 tahun 2018 aku balik malaysia. aku hilang arah. nak cari kerja tapi tak nak duduk kl. sambil mencari tempat kerja yang sesuai. aku sempat masuk kelas mandarin. untuk komunikasi. bila kerja johor, aku masuk kelas ikut level. HSK. kalau bahasa inggeris tu IELTS. aku sekarang level 2. dah tahu hampir 300 perkataan. tapi aku tak pernah praktis cakap. entah. 

jadi untuk 2021 ni aku bercadang nk fasih cakap mandarin. sebab tu aku lebih banyak tengok drama cina. sekarang aku cuba ikut cakap dan tangkap ayat-ayat yang senang. dan untuk 2021 aku cuba pastikan aku belajar mandarin setiap hari walaupun tak cakap. 

apps pun banyak aku download untuk membantu aku cakap bahasa mandarin. ada beberapa karakter atau pinyin aku dah hafal dan tau perkataannya. tapi tu la bahasa cina ni, kalau tinggal sekali mmg boleh lupa pin yin dia tu. sbb dia ada tone. jadi hari-hari kene guna. kalau guna apps ada macam aku boleh belajar. samaada praktis listening. praktis sebut. praktis kenal pinyin. 

masa kelas mandarin yg awal-awal dulu, cikgu ada kenalka apps yg boleh cakap dgn berkawan yg dgn orang nk belajar bahasa juga. best main apps tu. tapi kalau ramai sgt kawan tak terkawal juga. so, sekarang aku kurang aktif guna apps. rasa nk mula balik untuk 2021 ni. aku tekad nak konsisten. 

dan tahun lepas pula, aku beli buku mandarin level tadika dan kamus. membantu juga sebab dia ada tunjuk pinyin. cuma tu la. topik dia senang dan pendek la. kene praktis je. 

banyak lagi aku nk cerita tapi aku tak ingat masa tulis ni. mungkin lain kali aku cerita lagi. 

dan satu lagi, aku dalam proses nk belajar. tahun lepas ada tengok sikit. pastu dah balik keje johor aku dah tak praktis benda tu hari-hari. kalau buat hari-hari aku akan jadi pro jgak la. itu la kalau malas. padahal keje masa tu 3 hari je. tapi aku buang buat benda lain. tgk drama. kemas bilik. buat benda lain. 

sketchup aku dah berkarat. dan lumion aku tak pernah guna jadi aku tak tahu mcm mana. kawan aku kata senang je. mmg senang tapi aku kene belajar setting. dan short cut dia pun lain. sebab aku selalu guna cad jadi pelik sikit la. kalau photoshop aku pun dah tahu shortcut dia. cuma tak pantas. sketchup pun sama. tapi lumion ni sbb tak biasa dia kekok sikit. orang kata awkward. 

dan untuk aku mula balik guna lumion tu, aku jadi berat. sbb aku rasa mcm leceh. padahal senang je. itu la...mungkin aku tak selesa ataun entah tak tahu nk cakap apa. rasa mcm banyak kerja kot. harap-harap dipermudahkan. 

p/s : hari ni aku tak ada topik. tapi tiba-tiba datang idea ni. skill yg paling aku bangga. dan aku rasa aku boleh cabar diri aku untuk cuba benda baru. 


Thursday, January 07, 2021

cerita terkini

 bulan 11 hari tu aku bagi notis berhenti kerja untuk sebulan. dengan tekad. walaupun tak dapat mana-mana offer. aku malas nk fikir. kerja untuk aku pun tak banyak. dan aku pun malas nk buat projek baru. sebelum berhenti pun aku ada kene buat drawing untuk projek baru tapi pakai pelan lantai yang fasa sebelum nya. sebelum buat aku dah tengok ada drawing tu ada masalah. aku dah bagitau tapi mereka cakap tak apa. 

aku pun buat je la. cuma aku dah ingatkan awal-awal. lepas aku berhenti, orang yang bertanggungjawab mula complain. drawing tu mmg banyak silap. boleh dikatakan 90%. aku dah cek nama orang yang lukis. aku tak kenal pun tapi memang sakit kepala. super visor dia pun dulu tak cek betul-betul drawing tu. jadi, untuk update atau ammend mmg sakit kepala. aku yang dengar pasal drawing pun boleh sakit kepala. yang tukang buat pun lagi la. 

aku harap mereka tahu kenapa aku selalu macam lambat-lambatkan buat kerja tu. sebab aku penat hadap drawing yg dah siap tapi aku kena ammend. dari garis lurus sampai ke spek. nak warna lagi. dah la kene jimat kertas. bila salah satu, kene print lagi..itu yang bermasalah. 

dan untuk dua tahun kerja dekat situ, dan sudah berulang kali aku sebut. aku tak dapat apa-apa faedah. atau kebaikan. aku hanya duduk dekat pejabat. aku dapat keluar bila teman sekerja dapat projek lain dan aku tolong dia. takkan semata-mata aku tak ada kereta aku tak diberi peluang atau aku ni untrustable. entah, kecewa la juga. 

dan untuk aku cari kerja baru, sungguh aku sangat down. down yang aku tak tahu apa lagi yang aku boleh tawarkan pada tempat kerja baru. walaupun aku nak sambung dan amik exam part III. rasa macam susah. aku jadi takut. entah, rasa mcam tebal muka sahaja. 

tapi hari ni aku ada progress. aku dah update resume aku tapi yang ringkas sahaja. malas aku nk buat panjang. nnt esok aku update lagi. 

sekarang ni kene cari lagi kerja kosong. semoga baik-baik aja, amiin 

Wednesday, January 06, 2021

Untuk 2021

untuk tahun 2021. aku ada pelan. ada aim nak capai. orang kata tak payah nk tunggu 2021 pun nak buat semua tu. ye betul. tapi kalau nk start habit baru kene la start awal dan amalkan untuk 40 hari nnt jadi lekat la. 

aku sebenarnya nk share je dekat status whatsApp tapi aku rasa macam over pula. macam nk menunjuk pula. entah. atau aku sebenarnya nak cari perhatian orang. entah. 

untuk 2021 ni,

pertama aku kene cari kerja yg boleh buat aku stay lebih kurang dua tahun untuk aku masukkan dalam log book aku. sebab lepas dua tahun aku nak daftar untuk exam part III. dan untuk daftar exam, aku kene join kelas dulu. untuk persediaan. untuk tahu soalan apa yang ditanya. soalan mana yang boleh aku aim dan kenal jenis soalan. sebab ada banyak buku yg aku kene study walaupun ia open book. dan kalau boleh aku nk lulus sekali amik je. ini cita-cita besar aku. 

kedua ada beberapa perkara yang aku nk improve. 

1. hafal balik surah juz amma. mungkin 3-5 surah. sekarang aku duk hafal surah ikut silibus liqa usrah je. dan tahun lepas, aku ulang hafal surah al-adiyat. aku tak rasa kelakar tapi aku macam kagum dengan diri sendiri. dan aku jumpa cara untuk kekalkan hafalan aku tu. aku jadi semangat nk hafal surah-surah lain. 

2. nak bangun qiyam seminggu sekali. aku ada cuba buat tapi aku tak boleh kekalkan momentum seminggu sekali tu. mungkin dua minggu sekali. waktu tu aku kerja 3 hari, jadi boleh la buat waktu hujung minggu. kalau kerja 5 hari nnt, aku rasa aku kene cari motivasi lain. aku perlu susun masa aku untuk bangun qiyam.

3. nak konsisten belajar mandarin. aku ada muat turun beberapa app dan ada beli buku untuk belajar mandarin. tapi untuk bercakap aku masih belum mampu. faham beberapa perkataan tu ok la. sebab tu aku asyik layan drama cina. nak belajar mandarin. tapi aku masih cari strategi yg tepat untuk aku. 

4. aku nak rajin baca buku. aku target untuk baca 12 buku. kira sebulan sekali satu buku. takkira buku apa pun. last aku baca enjoy your life, aku habiskan dalam tempoh 3 bulan sebab satu chapter satu hari. aku dah mula baca buku baru tapi tak konsisten. 

5. aku nak bersenam sebab nk sihat. kurus pun ya. tapi untuk kekalkan mood aku dari terus down dan aku nak cuba untuk tidak bergantung pada ubat. sekarang ni dah ok. cuma kalau boleh aku nk improve tidur aku. aku nak quality sleeep. sebab sekarang ni aku masih tidur lepas subuh. padahal dua tahun lepas aku boleh tak tidur lepas subuh. jarang sekali kalau nk tidur lepas subuh tu. jadi, aku yakin dan tahu aku boleh. cuma kurang motivas dan aku penat sbb kadang-kadang aku mimpi pelik. 

6. aku belajar benda baru. benda aku belum pasti. tapi aku nak tambah skill. may be camping. atau buat sukan lasak. atau pergi bercuti dalam malaysia. sebab tak boleh travel luar negara. Covid-19 tak habis lagi. 

7. last, aku nk kurangkan membeli pakaian. aku aim nk jadi minimalis. semua tudung, baju aku dah cukup. cukup buat masa sekarang. sbb luggage aku dari yg saiz kecik dan besar tu tak muat dah pakaian. jadi, kalau boleh aku nk pakaian aku muat 3 luggage ni je. aku rasa tak perlu banyak-banyak. masa duk oversea dulu aku boleh je ulang pakai baju sama sebab aku tak pegi mana-mana. tak da event sgt nk pegi. kalau malaysia ni banyak majlis. kenduri la. nk bercuti la. keje pun pakai baju lain. sbb tu la asyik bertambah baju baru. waktu nk seragam kalau boleh. tak kisah la kerja ke kenduri ke. sama je. aku nk tolak pun tak boleh. 

rasa nya ini je la list aku. panjang pula penjelasan aku. hi-hi. 

Tuesday, January 05, 2021

Mengimbau kenangan lalu

 dua tiga hari ni, mengenang kehidupan 10 tahun lepas dalam blog ni.

aku beritahu momo, kehidupan aku yang 10 tahun lepas sangat sedih. 

sedih dan stress. dengan projek. dan seseorang. kini dia menghilang. entah. aku tak tahu di mana. aku harap-harap dia baik sahaja. aku tak berharap untuk bertemu dia. biarlah dia dengan kehidupan dia. 

aku rasa macam teruk juga aku ni 10 tahun lepas. tak pandai berkawan. sendiri. kesunyian. tapi nasib aku ni pandai mengikut keadaan. kalau ada yang ajak makan atau keluar, aku layan je. sekurang-kurangnya tak da lah teruk sangat kehidupan universiti aku. 

dan paling jelas, aku gembira sekali bila balik rumah. tahun 2020, aku baru sedar, aku dh habiskan degree banyak tahun dah. dan aku pun dah dapat master. 

dan ada juga entri-entri yang macam budak-budak. entah. lawak juga. 

dan untuk 2021 ni, aku masih belum ke tujuan asal. to-do-list yang berderet masih tak terbuat. mungkin sebab orang ramai dekat rumah. cuaca pun masih lagi hujan. 

aku consistent update dari 2010 sehingga 2013. tahun seterusnya kurang sebab kerja dan sambung master. lupa nk masukkan list update blog selalu. padahal masa buat master banyak juga masa aku. tengok drama. tapi dugaan selepas 2015 ni lain. aku jadi dewasa. kenal perasaan sendiri. cari hala tuju hidup yang hilang.  

mungkin aku patut tulis kenangan itu bila aku ingat. 

dan untuk tahun ni, aku niat nak konsisten update blog. walaupun bukan hari-hari. cukup la untuk aku membebel topik muncul dalam minda. seperti hari ni. dan aku pun belum bersedia untuk tulis tentang 2021 dan perancangan aku. 

awal januari ni memang la aku selalu update sebab ada masa lagi. lepas ni tak tahu la. lain la kalau aku buat habit hari-hari update selama 40 hari mungkin aku consisten. 

lagi pun akaun plurk aku dah aktif sejak bln 6 tahun 2020. jadi, aku rasa aku boleh. inshaALLAH. aku nak ingat balik perjalanan 2021 ni bagaimana. 

2020 pula dah tinggal kenangan. kalau nk baca kene tgk dekat plurk. atau nanti aku tulis balik nnt. 

seronok sebenarnya memori yg bercampur gembira dan sedih. ada entri aku tak ingat pasal sebab cakap berlapik banyak sgt. sebab masa tu  yg kenal masih baca blog aku. sekarang tak da la. jadi boleh buat random entri la. nampak sangat aku menjaga perasaan orang. bukan, aku tak nak terluka kerana kata-kata atau entri-entri aku sendiri. sakit juga bila orang tu attack kau direct. ye, ada yang terasa kita tulis pasal dia. 

lagipun sekarang aku tulis sebagai catatan secara rawak. tulis apa aku nak tulis. dan aku senang begini.  

Monday, January 04, 2021

Isu Utama Untuk Orang Bujang

 aku masih lagi belum ke topik utama untuk tahun 2021. 

sebab untuk dua tahun tanpa entri ni pun, masih orang tanya. Dah kahwin? 

tak. belum. aku masih bujang. masih belum temu jodoh. 

kalau cerita jodoh ni, entah aku tak tahu kenapa masih bujang. 

masa sambung belajar buat Sarjana, ada la juga risik-risik. tapi adik beradik cakap. demand. tak nak orang melayu. tapi tak ada rezeki. mana ada foreigner suka orang melayu. lagi-lagi muslim. tak da. jangan berangan. secara general. jadi. kalau bertemu jodoh selain bukan melayu kira rezeki dan jodoh dia la. 

pastu dah masuk kerja tak ada harapan pun sebab staff pun tak sampai 10 orang. yang ada pun dah kahwin. dan peluang temu jodoh 0.0001% sebab aku duduk ofis je. mana keluar. balik naik bas pun penumpang semua perempuan, atuk nenek dan kebanyakannya bukan melayu - kalau lelaki. 

lagi pun, ada pengalaman perit naik bas ni. cukup-cukup bau dia tu lekat sampai sekarang. allergic. 

lepas tu, cuba pakai dating apps. tapi malang. masih bukan jodoh. tambah kene scamm. cukup la. perit. aku tak mahu ingat. kalau nak tulis di sini pun tak mahu. cukup la orang tahu aku kene love scamm - ikut kata polis. cerita selebihnya biarlah aku simpan sendiri. aku pun dah ok. dah boleh move on. a life lesson. 

tipu lah kalau tak ada orang tanya bila nak kahwin. tapi aku tak da elak jumpa orang. sbb yg tanya sepupu kecik. tak terasa hati la. cuma mcm serabut sebab tanya masa kita tengah sibuk buat benda lain. adik lelaki pula bising bila nk jumpa jodoh. diorang risau nak kahwin tak lepas sbb ada kakak masih bujang. huhu. 

dan, aku pula. bila orang tanya nak tak orang ni. nakkenal yg ni tak. masalahnya bukan aku tak nak tapi cara tanya, cara approach topik mcm tak sesuai. tengah aku makan la. atau tiba-tiba buka topik padahal tadi cakap benda lain. tanya tiba-tiba takkan nak jawab nak. perkara ni perkara serius, kene pandai susun ayat buat muqaddimah. kalau tak tanya tengah minum, makan..boleh hilang selera makan. otak pun tak sempat nak fikir. 

dan untuk 2021, aku tidak meletak harapan tinggi sejak aku ada misi lain. nak amik exam part III. jadi, kalau jodoh datang, aku terima. kalau tak, aku teruskan capai cita-cita aku. no biggies. 

Sunday, January 03, 2021

Sebelum 2021 versi kawan

 itu cerita kerja. untuk pengalaman dua tahun. 

dua tahun sengaja putus hubungan dengan kawan. sebab aku tak nak mereka tahu aku murung. sebab lain yang aku nak salahkan mereka sebab tak tanya khabar tentang aku. macam budak-budak. sekarang dah sedar, hidup aku dengan hidup mereka tak sama. aku bukan penting untuk mereka. kalau mereka nk kata aku macam-macam aku tak peduli dah. 

aku sebelum ni pun, teringin nak kongsi dekat facebook tapi aku tak suka curi perhatian orang. aku pun tak nak mereka tahu dari facebook. kalau ada jemputan, pandai-pandai la mereka aku cari aku dimana. dan aku ada beri pada kawan aku seorang nombor baru aku tapi tak contact, so tak pe lah. 

dua tahun sebelum pun aku sedar, aku ada keluarga. walaupun kene perli dengan adik beradik aku tak kisah. sebab mereka tak tahu dan masih belum faham waktu itu kenapa aku tak nak jumpa kawan-kawan aku. sekarang ada adik beradik aku tak nak jumpa orang. kerana keadaan dan rasa tertekan. itulah aku waktu itu. 

dan sampai sekarang aku masih tak sedia nk jumpa mereka. dan kalau ternampak mana-mana kawan sebaya aku rasa nak hilangkan diri lagi. aku jadi anxiety. aku akan lari, pastinya kalau benar-benar berlaku. 

aku pujuk diri untuk move on. bukan lupakan tapi aku perlukan teruskan hidup. hidup yang aku pilih. untuk bahagia. untuk tenang. 

perkara ini masih lagi bermain-main dalam fikiran aku sehingga tahun lepas. hati meronta nak mereka tahu. tapi aku tak nak mereka simpati. biarlah apa yang mereka fikir. ada je yg bertemu dengan adik beradik aku tapi aku dah pesan jangan beritahu apa-apa tentang aku. hanya general. umum. tak perlu spesifik dimana aku. kalau ingin tahu, pandai cari jalan untuk hubungi aku. 

waktu whatsApp mula buat feature status, aku belajar. tidak ada seorang pun kawan aku view status. aku biar je la. lama-lama aku sedar, anggapan aku yang logik, mereka tak save pun nombor aku. jadi, bertambahlah terkilan aku. dah la jauh. ya. mungkin mereka sibuk. sepi dan sunyi aku ketika itu tiada yang tahu. 

dah aku buat keputusan untuk delete semua no. contact mereka. sebenanrya boleh je aku save dalam google contact in case aku hilang sim card atau telefon rosak. tapi aku pilih untuk delete. tanpa ada sisa. dan aku masih boleh contact mereka sebab aku ada buat nota-nota sms suatu ketika dulu. kalau mereka masih kekal pada nombor yang sama. ada banyak cara untuk aku hilangkan mereka dan ada banyak cara untuk cari mereka balik. tapi aku pilih jauh dari mereka. aku pun dah niat takkan pergi mana-mana reunion dan aku takkan jumpa mereka kalau bukan perkara penting. 

dan 2021, aku masih begitu. dalam facebook pun aku dah kurang update cerita aku dan keluarga aku. biarlah misteri. 

dan aku harap lepas ni aku dah tak fikir perkara ini lagi. sebab aku spill dekat sini. aku tak nak topik ni lalu dalam fikiran aku. aku dah buat keputusan. mungkin the next 10 year kot kalau aku nak jumpa. atau jemput mereka nnt majlis aku. sekurang-kurangnya aku masih ingat mereka dengan cara itu. sbb aku mmg tak da kawan jemput pun. dan mereka pernah rapat dengan aku. itu sahaja. 

bukan aku nk putus kawan tapi keadaan. dan aku rasa tak terikat apa-apa dgn mereka. hanya kawan. kawan sekolah. dan aku pun dh lama habis sekolah. kawan sekolah dgn kawan kerja pun tak sama. 

aku hanya ingin gembira. 

Saturday, January 02, 2021

Sebelum 2021

 sebelum cerita pada tahun baru. 


rasa nk imbau dua tahun sepi dari blog. 

2018 dapat kerja di johor. mula kerja bulan 11. hari jadi aku interview di sana. rezeki dapat kerja di sana. tapi dua tahun aku kerja tapi (dah banyak kali ulang pada semua orang) aku tengok balik apa yang aku dapat. aku tak dapat apa-apa. lepas tu, bila berhenti baru nk ckp aku ni dah tak perform. entah, rasa mcm ...kecewa juga la. kerja di situ tak dapat apa-apa. dah la semua kerja aku buat kerja orang yang tinggal. buat salah. pastu ingat aku ni, mcm malas atau buat cincai. bila dah kene batang sendiri baru tahu. 

orang mungkin ingat aku bagi alasan, tapi sebenarnya aku tak suka bila mata halus aku ni boleh nampak segala details yang orang lain tak nampak. sebab nnt kerja aku jadi perlahan la. sebab aku nk tengok banyak kali. cek betul. sebab bila dah print akan nampak. jadi, aku akan kecoh. aku akan mintak semak balik. sebab aku tahu ada yang silap. 

kemudian masuk tahun 2020 tahun yang mencabar tiba-tiba sahaja aku rasa dipermainkan. mengamuk pada orang yang salah walaupun itu silap dia. tapi aku jadi sasaran. daripada jadi lebih teruk, aku buat keputusan nak berhenti. tapi sebabkan covid-19, terpaksa tangguhkan hasrat sehinggalah bulan 11 hari tu. sebab yang tanya pun buat aku terpaksa buat keputusan sedangkan aku belum ada kata putus lagi. entah la. 

dan akhirnya, bulan 11 bulan terakhir aku bekerja. walaupun ada yang pujuk supaya aku berehat sekejap. chill dulu sebelum mula kerja baru, tapi masih ada sedikit terkilan. kerana terkilan, aku jadi hilang keyakinan. keyakinan yang ada pun masih goyah, terus aku rasa tak kuat. bulan 12 aku hanya betul santai di rumah tanpa buat apa-apa. 

namun aku masih tetap yakin, rezeki itu ALLAH yang tentukan. dan berharap semoga ada rezeki untuk aku nnt. cukup untuk hari ni dulu entri kali ini. 

aku punya perancangan nak istiqamah tulis di blog untuk tahun 2021. sebab untuk berkongsi menulis di medium sosial yang lain aku tak nak orang tahu tapi aku juga orang baca. entah. sebagai tempat aku tulis dan luah yang datang dari minda. saja berkongsi rasa. sebab 10 tahun kebelakang, blog ada tempat aku menulis sesuka hati. 

Wednesday, October 17, 2018

30 yet...

6 hari lepas genap 30 tahun ikut kalendar masihi. Ikut kalendar Hijrah akhir Safar nanti cukup lah 31 tahun. Kalau ikut umur korea 31 juga.

Jadi, walaupun belum cukup 30 ikut kalendar masihi sebelum ini tapi sudah mengaku 30 tahun tak salah lah. Kalendar Hijrah dan ikut negara korea aku dah memang 30. Tiada conflict of interest la.

Kiraan kalendar hijrah ini, ikut bulan purnama. bukan bulan januari februari itu. Cuma yang aku tak faham, tahun baru cina pun ikut kiraan kitaran bulan. kenapa mereka sambut tiap-tiap tahun pada hujung januari atau awal februari. Sedangkan kalendar Hijri ni, awal 11 hari setiap tahun. Awal muharram akan disambut setiap tahun pada tarikh yang berbeza. Kalau kau faham la,kemusykilan ini. Lunar kalendar ada berapa bulan atau berapa hari sebulan. Keinginan untuk tahu dah lama cuma baru ini saja perasaan tu lebih membuak-buak. belum jumpa yang orang faham lagi.

kenapa dibangkitkan isu ni sebab bulan sembilan hari itu, orang cina ada sambut pesta kek bulan. atau mid-autumn festival. Dia ikut bulan penuh. setakat aku faham. Kenapa sambut aku dah lupa. Ada budak cina tu pula tak pandai nak terangkan sebab dia tak berapa fasih inggeris.

kemudian, kenapa umur lebih tua. Sebab dia kira sekali "kehidupan kau 9 bulan sebelum dilahirkan tu sebagai setahun" setakat aku baca dan tengok daripada show korea. Cara kiraan pula, kalau dah sambut hari jadi, kau bertambah setahun dari umur antarabangsa. Secara ringkas untuk diterangkan la. Kalau nak kira pula ada dua formula. Formula satu ni susah sikit. keliru sikit la.

macam aku dah lahir 11.10.1988, sudah lepas hari jadi maka aku hanya tambah satu. dari 30 +1 =31.
Kalau belum lepas hari jadi, 29 + 2 = 31. gitu.

Formula kedua pula senaang sikit, tahun sekarang + tambah 1 - tahun kau lahir  = umur kau. 2018 +1 -1988 =31.

cuma yang tak best guna umur korea ni kau jadi cepat tua. Kebaikan lain pula, kau akan cepat dewasa dan boleh cepat mengundi. Yalah, umur sebenar 20 tapi umur korea 21 jadi kau dah layak mengundi. gitu.

Bagi aku 30 ini nombor yang besar. Sepatutnya hidup dah stabil dan senang. Tapi rasa macam baru hidup bermula. Lagipula, umur aku tak selari dengan umur wajah aku. Kalau ikut rupa paras ni, nampak macam umur 20. Sentiasa muda.

Setengah orang rasa untung tapi tak semua benda. Yang penting aku hanya besyukur saja. Malas nak cakap panjang.

Cakap pasal umur ini sensitif bagi orang perempuan, tapi bagi aku tak apa. Nanti orang muda akan buli aku. tak kira orang melayu ke orang putih ke. Sama je. sebab kau nampak macam BUDAK. hmm.

Monday, September 17, 2018

Relationship goals

K duduk disebelah Ahmad. Anas anak lelaki pertama mereka sedang duduk dihadapan mereka. Anas ingin mewawancara mereka. Ada tugasan yang diberikan oleh guru Anas yang perlu dia laksanakan. Anas perlu menulis karangan bertajuk 'Inspirasi Saya'.

"siapa inspirasi Anas?" K terlebih dahulu bertanya tanpa sempat Anas memulakan temubual mereka. Anas sedang mencari buku tulis dan kotak pensil di dalam beg sekolahnya.

"Mak Yang Mulia dan Baba Soleh lah," ceria Anas menjawab.

"And...cut!," kedengaran suara pengarah memberi arahan. K tidak pasti adakah babak yang dirakam perlu dilakonkan semula atau babak itu sudah lengkap. K dan Ahmad sebenarnya menerima tawaran dari BelahanJiwaBunga (BJB) Production untuk merakamkan video sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12. BJB production ingin menaja video tersebut sebagai hadiah kerana pengasas BJB Production adalah peminat Ahmad. BJB Production juga diasaskan kerana inspirasi dari seni foto yang dihasilkan Ahmad. Kiranya Pengasas BJB Production adalah anak didik Ahmad. Juga merangkap kenalan Ahmad.

Bukan senang untuk K menerima tawaran tersebut. Sebelum ini sudah banyak tawaran K tolak kerana K tidak mahu muncul mana-mana skrin. Sebenarnya Ahmad yang menerima tawaran baik dari stesen TV, akhbar, majalah atau mana-mana media yang berkaitan. Ini kerana populariti Ahmad melonjak naik setelah dia memuat naik gambar misteri K dan tudungnya (hijab) di akaun sosial medianya. Ahmad memuat naik gambar K atas kebenaran K dengan syarat tidak menayangkan wajah sebenarnya. Ketika Ahmad memuat naik gambar K, K masih lagi ada masalah anxiety. K juga masih trauma, takut diserang atau dikecam oleh kawannya. K sebenarnya sangat hargai bakat Ahmad dan mereka capai sepakat untuk meraikan setiap kekurang dan kelebihan masing-masing. Kelebihan Ahmad yang suka bergambar dan kekurangan K yang masih anxious dengan orang ramai.

gambar contoh dari google

Ketika Ahmad menerima tawaran dari pihak media, Ahmad meletakkan syarat bahawa K mesti ada bersamanya tetapi tidak dibenarkan merakam gambar atau suara K. Ahmad sengaja meletakkan syarat yang rumit dan banyak wawancara telah ditolak kerana tiada yang dapat memenuhi kehendak mereka. Tawaran di BJB Production juga sudah beberapa kali ditolak oleh Ahmad dan K. Cuma kali ini, BJB Production datang idea yang menarik tanpa perlu mendedahkan identiti K.

"suara Kak K tadi kita tukar dengan suara Abang Ahmad. Kak K tak payah cakap. Biar Abang Ahmad je berbual dengan Anas. Nanti kita suruh Sakinah, Mawaddah dan Tasnim datang peluk Kak K," pengarah datang menegur K dan menceritakan babak yang akan berlaku nanti. K mengangguk faham. Sakinah anak kedua yang mereka berumur 8 tahun, Mawaddah yang ketiga berumur 6 tahun dan Tasnim si bongsu berusia 3 tahun. K sempat menjeling sekilas Sakinah, Mawaddah dan Tasnim sedang bermain disatu sebelah kanannya. Sebentar lagi mereka akan menyertai K. Marjan dan Naim si kembar dua tahun lebih tua dari Tasnim pula sedang duduk berehat dikerusi yang sediakan.

"Mak jangan nervous, Anas ada," pujuk Anas setelah pengarah berlalu pergi. Ahmad senyum dan mengusap kepala Anas. Anas tahu K ada masalah anxiety. Sekarang Anas sudah besar dan faham K kurang gemar berada di tempat orang ramai.

"lagipun tudung Mak pakai hari ni cantik," manis mulut Anas memuji K. K gelak. Dia sudah sedikit tenang. Tudung yang dipakai hari ni dipilih oleh Ahmad. Ia bukanlah tudung baru. Ahmad hadiahkan tudung tersebut pada tahun lepas. Ahmad akan pastikan K ada sehelai tudung baru setiap tahun. Sejak berkahwin dengan Ahmad, K kurang membeli dan lebih kepada gaya minimalist. Pakai apa yang ada. Kerana K kerap memakai tudung yang sama itulah mencetuskan idea Ahmad untuk mengambil gambar K dengan latar belakang pemandangan yang menarik selama setahun. Gaya seni gambar Ahmad dikatakan hampir sama dengan Murad Osman dengan isterinya dengan kempen #followme.

Siapa sangka hubungan K dan Ahmad menjadi inspirasi orang ramai. Ramai yang bertanya bagaimana mereka masih lagi mesra dan romantik walaupun sudah lebih 10 tahun berumah tangga. K dan Ahmad sebenarnya tiada tips yang tepat untuk dikongsi. K dan Ahmad sendiri tidak sedar hubungannya dengan Ahmad sentiasa baik. K rasa kisah rumah tangganya adalah kisah rumah tangga yang biasa. K sebenarnya ada bergaduh mulut (bertengkar) dengan Ahmad walaupun bukan selalu. Masih ada sikap Ahmad yang K tidak suka tetapi K cuba memahami bahawa manusia bukanlah sempurna.

"kau tak pernah bergaduh dengan Ahmad?" sibuk datang Izzat bertanya pada K ketika K singgah rumah ibubapanya. K pandang pelik pada Izzat. Kamilah dan Rahmah turut pasang telinga.

"kenapa pula?" seperti biasa. K akan tidak menjawab tetapi membalas dengan soalan. Padahal ketika itu dia baru sahaja bergaduh dengan Ahmad dalam kereta sebelum sampai rumah ibu bapanya. Cuma tidak dia ceritakan pada Izzat atau adik beradiknya yang lain. Bukan hal besar pun.

"Yalah, tak pernah Abang Izzat tak pernah K atau Ahmad bermasam muka baik datang rumah ayah atau bila kami adik beradik singgah rumah kau orang," Izzat memberi alasan. Tidak K sangka adik-beradiknya pasang mata hal keluarganya. Pada yang sama K bersyukur, Ahmad sentiasa berlagak biasa didepan orang ramai walaupun ketika itu mereka sedang bertengkar. Bukan berlakon tetapi lebih kepada profesional. Lagipun yang bergaduh adalah K dengan Ahmad, orang lain tak patut terlibat mahupun tahu perkara tersebut. Biasanya sebelum tidur, K dan Ahmad akan selesaikan masalah tersebut. Paling lama tiga hari K dan Ahmad bertengkar dan tidak bercakap. Tidur pun tak lena asyik memikirkan masalah mereka.

"kau tahu tak, orang kata kau dengan Ahmad adalah pasangan ideal. #relationshipgoals," komen Marisa ketika dia dan Aaron datang melawat Malaysia. Eh?

"pasang ideal? aku? Aku dengan Ahmad?" tanya K tidak percaya. K sebenarnya tidak tahu apa relationship goals yang Marisa cakapkan.

"Bukan aku yang cakap. Tapi aku adalah baca komen dekat profile Ahmad tu. Mereka komen Ahmad ni suami yang manis. Selalu ambil gambar isteri. Ahmad hadiahkan tudung pada kau. Aku pun tengok kau tak pernah gaduh pun dengan Ahmad. Selain waktu awal-awal kau kahwin dulu. Mentua pun sayang kau, tak benci," ujar Marisa sambil menyuap keropok lekor yang sudah dicicah dengan sos cili. K gelak.

"Sebab mereka tak tahu apa yang berlaku. Nampak tak sama dengan rasa. Aku ada bertengkar dengan Ahmad tetapi bukan selalu. Lepas isu dia susah nak bangun, aku belajar. Belajar komunikasi dengan dia. Belajar segala kekurangan dan kelebihan dia. Jujur apa yang aku rasa. Mana boleh gaduh lama-lama dengan orang yang aku sayang. Nanti kena tinggal," jawab K.

Paling kemuncak bila Anas meluahkan rasa, " Anas nak cari isteri macam Mak Yang Mulia," Terkejut K mendengarnya. Perasaannya bercampur. Luahan Anas menyedarkan K bahawa Anas kini dalam fasa tertarik dengan perempuan.

"kenapa nak cari isteri macam Mak?" tanya Ahmad dengan terbuka. Luahan Anas menarik perhatiannya. Anas kini sudah berusia 11 tahun. Anas juga sedikit matang sebagai anak sulung.

"sebab Mak tak pernah gaduh dengan Baba. Mak selalu cakap baik-baik dengan Anas. Mak tak pernah jauh dengan Baba.Nenek sayang Mak," jawab Anas jujur. Jawapan Anas buat K bersetuju untuk menerima tawaran BJB Production. Ia bukan sahaja sebagai meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12 tetapi lebih kepada hadiah kepada Anas, Sakinah, Mawaddah, Marjan, Naim dan Tasnim. Dia mahu keluarga yang dibina menjadi inspirasi pada anak-anaknya dan juga sebagai panduan pada anak-anaknya dalam mencari pasangan. Kalau dulu, ayah pernah marah Izzat untuk menjadi contoh padanya. K rasa pendekatannya yang diambilnya sesuai untuk generasi Anas.

Lamunan K mati apabila Sakinah, Mawaddah dan Tasnim datang memeluknya erat. Rupanya rakaman sudah berlangsung. Temuramah Anas dan Ahmad bercerita tentang inspirasinya sudah selesai. Snapshot terakhir yang diambil oleh pengarah adalah dari arah belakang K. Pengarah masih mengekalkan gaya Ahmad mengambil gambar K. Wajah Sakinah, Mawaddah dan Tasnim sahaja dapat dilihat dengan corak belakang tudung K. Datang pula Marjan dan Naim dengan membawa sekuntum bunga ros untuk diberi pada K.

"selamat ulang tahun Mak Yang Mulia, Baba Soleh," ucap Marjan dan Naim dengan suara comel. Anaslah yang memulakan panggilan Mak Yang Mulia dan Baba Soleh. Anas terikut-ikut mendengar Ahmad memanggil K Yang Mulia dan K menyeru Ahmad Abang Soleh. Bukan K tak betulkan tetapi Anas sudah pengaruh adik-adiknya yang lain.

"panggilan yang baik, bukan yang buruk," ulas Ahmad bila K mengadu. K tiada pilihan melainkan membenarkan Anas dan adik-adiknya memanggil Mak Yang Mulia dan Baba Soleh.

"Nah, untuk Yang Mulia," Ahmad memberinya sebuah photo book. Di kulit buku hardcover tertulis Yang Mulia. K membelek pada muka surat seterusnya. K tergamam. Gambarnya yang dicuri 'pukul' oleh Ahmad. Gambar candid K. Bila Ahmad mengambil gambarnya pun K tidak perasan.

"hanya untuk Yang Mulia," Anas, Sakinah, Mawaddah, Marjan, Naim dan Tasnim datang berebut ingin melihat photobook. Kini K sudah tahu kenapa orang ramai kata mereka adalah pasangan romantis. K dan Ahmad sebenarnya saling memberi hadiah dan kejutan tak kira masa. Tiada siapa yang tahu.

Ahmad Lelaki Soleh. Soleh bukan pada ibadatnya sahaja tetapi soleh pada isterinya. Pada keluarganya. Soleh pada akhlaknya. Terima kasih Tuhan hadirkan Lelaki Soleh ini pada Karimah.

-TAMAT-

Sunday, August 12, 2018

Separuh Dia

K berhenti di gerai menjual sayur. Dia mencari sayur petola. Sejak hari rabu lagi K teringin makan petola masak air bersama ayam goreng. Jadi pagi sabtu ini, K turun ke Paddy's Market mencari sayur-sayuran asia yang susah didapati di kedai biasa. Kalau bertuah, bunga kantan pun boleh jumpa terjual di sini. Air tebu pun ada walaupun rasanya kurang enak berbanding tebu di Malaysia.

K memilih sayur petola dengan berhati-hati. Ada pelanggan lain juga turut singgah di gerai tersebut. K hanya mendengar pelanggan tersebut berbual. Dari lenggok percakapan mereka K sudah tahu pelanggan tersebut juga dari Malaysia.

K ambil sebatang petola. Sebatang petola cukup untuk dia seorang makan. Lagi pun petola yang dijual agak besar dan sudah puas K pilih, tiada saiz kecil. Selepas ini K perlu cari suun pula. Suun sedap digandingkan dengan petola. Kadang-kadang K masak dengan ikan bilis. Kadang-kadang K masak dengan udang. Kalau tiada ikan bilis atau udang pun enak juga.

K bayar harga petola dan petola bertukar tangan. K ingin bergerak meninggalkan gerai tersebut tapi ada tangan menahannya. "Karimah," eh?

K menoleh pada empunya suara yang menegurnya. Seorang wanita yang sedikit berusia. siapa? "ya?" balas K dengan keliru. Melihat wajah wanita tersebut, K rasa dia tidak mengenali wanita tersebut.

"Ibu, Amad dah beli sayur kacang panjang dekat gerai sebelah sana," kedengaran suara lelaki dibelakang wanita tersebut. Eh? Serentak itu K dan lelaki tersebut berpandangan.

Ahmad.

"Karimah,"seru Ahmad dengan kaget. Risau pun ya. Kalau-kalau Karimah lari seperti hari itu.

K terkedu. Ini kali pertama K bertemu Ahmad selepas K beri jawapan. Juga kali pertama selepas pertemuan di Muzium Seni Kontemporari tempoh hari.

"kalau ada orang suka Karimah, apa patut Karimah buat?" soal K ketika dia menghubungi Izzat. K masih belum buat keputusan dengan lamaran Ahmad ketika itu dan cuba meminta pendapat Izzat, abang sulungnya. Perkara ini juga melibatkan keluarga dan penting untuk K memaklumkan pada keluarganya. Namun, sebelum K beritahu Abah dan uminya dia cuba bagi pembayang pada Izzat terlebih dahulu. Itu pun K takut-takut untuk bercerita pada Izzat.

"kenapa? Ada lelaki mat saleh nak masuk meminang Karimah ke?" Izzat tidak menjawab soalan K tetapi membalas soalan dengan nada bergurau. K telan air liur. Pandai Izzat serkap jarang.

"bukan lelaki mat saleh tetapi lelaki soleh," balas K dengan nada serius. Izzat ketawa dengan jawapan K.

"kalau betul,suka. Bagitahu Abah dan Umi," nasihat Izzat setelah puas ketawakan K. Walaupun gaya K dan Izzat bercakap seperti santai tetapi masing-masing memahami perkara yang dibincangkan.

"Abang tolong beritahu Abah dan Umi, boleh? Karimah tak tahu nak cakap macam mana," pohon K dengan takut-takut. Lagipun, K tidak pernah ada pengalaman seperti ini. K percaya Izzat boleh membantunya. Izzatkan sudah berkahwin, sudah tentu dia pernah mengalami keadaan begini. Seterusnya, K menceritakan bagaimana hubungan dia dengan Ahmad terjalin. Walaupun ada ketika Izzat mengusiknya, K hanya menebalkan muka. Sungguh dia tidak pandai urus perasaan dan hati.

"Abang doakan Karimah. Suruh Abah dan Umi doakan Karimah juga. Nanti bila Karimah ada jawapan, Karimah akan maklumkan pada semua," kata K sebelum dia menamatkan panggilan jarak jauh dengan Izzat. Lama K berbincang dengan Izzat tentang Ahmad.


Siapa sangka selepas K beritahu keluarganya, K dengan tenang menerima lamaran Ahmad. Tiada lagi ragu-ragu seperti minggu sebelumnya. Izzat juga ada memaklumkan pada K bahawa keluarga Ahmad ada datang ke rumah untuk berkenalan dan berbincang tentang majlis pertunangan dan resepsi. K terasa masa berlalu dengan cepat walaupun sebenarnya proses itu berlaku dalam tempoh dua bulan.

Untuk dua bulan itu juga K dan Ahmad langsung tidak bertemu. Telefon menjadi alat komunikasi utama mereka. Kini, sekali lagi mereka bertemu tanpa dirancang di Paddy's Market.

Bila K nampak Ahmad, K jadi teringat perbualan dia dengan Izzat tempoh hari. "Karimah tahu apa maksud soulmate? Bila kita seru nama dia tiba-tiba sahaja dia muncul. Bila nampak dia rasa senang dan selamat," K rasa ingin mengiakan pendapat Izzat. Ahmad benar-benar muncul depan matanya.

"Kenalkan, ibu saya. Ibu, ini Karimah," suara Ahmad mematikan lamunan K pada Izzat. K serta-merta bersalam dengan Ibu Ahmad.

"Ahmad pernah tunjukkan gambar Karimah, sebab tu Ibu boleh kenal Karimah," jelas Ibu Ahmad pada K. Patutlah Ibu Ahmad selamba tegur K dan buat K rasa serba salah kerana tidak mengenali bakal mentua dia. Ahmad tidak pernah kongsi gambar keluarganya. Ini tidak adil. K memberontak dalam hati.

"oh, bila sampai Sydney?" soal K ramah. Sejujurnya, K rasa gementar bertemu dengan bakal mentua di pasar Sydney. Dia tidak pandai nak bermesra.

"tiga hari lepas, papa dan adik-beradik Amad semua ada. Lepas ni, mungkin tak dapat jalan-jalan ke sini dah," jawab Ibu Ahmad dengan gembira. Ia terserlah kerana Ibu Ahmad tidak melepaskan tangan K dari awal mereka berkenalan.

Mendengar jawapan Ibu Ahmad, K baru teringat. Ahmad ada memaklumkan padanya bahawa Ahmad akan kembali ke Malaysia. Kompeninya akan membuka cawangan di Malaysia pada hujung tahun nanti. Ahmad juga meminta K untuk mempertimbangkan cadangannya supaya K juga balik kerja di Malaysia. K masih belum beri keputusan. Sukar untuk K menurut kerana K suka tinggal di Sydney.

"oh, cari apa dekat pasar Paddy's ni?"sekali lagi K bertanya. Minda K giat berfikir mencari topik yang sesuai untuk berbual. Manakala hatinya pula menjerit mahu balik sekarang.

"oh, macam-macam. cari kacang panjang. Daun pandan. Nak masak lauk Malaysia," jawab Ibu Ahmad mesra seperti melayan anak sendiri. Ahmad dibelakang pula yang resah. Bimbang kalau K rasa kurang selesa. Dia tahu masalah K. Marisa sudah menceritakan peristiwa yang berlaku di Muzium Seni Kontemporari.

"hari ini Karimah lapang tak?" Ibu Ahmad terlebih dahulu melontarkan pertanyaan.

"hari ni saya nak masak..." tanpa sempat K menghabiskan ayat bicaranya Ibu Ahmad terus menarik tangannya.

"elok sangat. Jom, kita masak sama-sama. Ibu pun dah jumpa semua barang. Karimah boleh ikut ibu balik rumah Ahmad," eh? rumah Ahmad? Ajak Ibu Ahmad tanpa persetujuan K. K dan Ahmad berpandangan. Kaki K dengan lemah hanya menurut. Macam mana ni?

"Ibu, sekejap. Biar Ahmad cakap sekejap dengan Karimah," Ahmad segera bertindak menahan Ibunya membuat keputusan sesuka hati. Ahmad dan K bergerak jauh sedikit dari tempat Ibu Ahmad menunggu.

"kalau awak rasa tak selesa, saya bagitahu ibu awak datang lain kali," kata Ahmad dengan prihatin. K menunduk. Debar di hati masih belum hilang. K menarik nafas berulang kali.

"tak boleh nanti ibu awak kecil hati," jawab K setelah dia bertenang. K dilema antara menjaga hati bakal ibu mentua atau balik begitu sahaja.

"kalau awak kena panick attack?" soal Ahmad penuh risau. K memegang dadanya. Nampaknya rasa debarnya masih belum hilang. K terus bergerak mencari kerusi. Dia perlu duduk. Kakinya tiba-tiba rasa lemah. Ahmad hanya mengikut.

"awak okay?" tanya Ahmad apabila muka K nampak pucat. K hanya menggeleng. Ibu Ahmad menghampiri mereka. Ahmad memberi isyarat pada ibunya supaya tidak bertanya apa-apa. Ibu Ahmad seperti memahami dan duduk sebelah K. Dia memegang tangan K dan menyuruh K mengikut dia beristighfar. Lima minit kemudian, keadaan K bertambah baik.

"dah okay? Awak boleh balik kalau rasa tak sihat," sekali lagi Ahmad bertanya.

"tak apa. Saya ikut," K sebenarnya tersentuh dengan perhatian Ibu Ahmad terhadapnya. Ibu Ahmad hanya diam disebelahnya dan langsung tidak memandang jelek terhadapnya.

"betul ni?" Ahmad masih tidak percaya.

"ya," jawab K dengan yakin walaupun pakaian yang dipakainya agak kasual, K tidak peduli. Ketika Ahmad melamarnya di Muzium Seni Kontemporari tempoh hari, K juga berpakaian begitu. Lagipun, K hanya ke rumah Ahmad untuk makan bukan untuk majlis istimewa.

"kalau begitu, saya jemput Marisa sekali," Ahmad membuat keputusan tanpa meminta pendapat K. Ahmad benar-benar risau kalau panick attack menyerang K lagi. Jika Marisa ada bersama, K akan lebih selesa.

K tidak dapat menghalang Ahmad mengajak Marisa ke rumahnya. Mungkin lebih baik begitu. Ahmad, K dan Ibu Ahmad kemudian bergerak ke stesen Paddy's Market untuk menaiki light rail. Mereka akan menukar platform di Central untuk ke Hornsby. K masih ingat Ahmad pernah turun di stesen Hornsby pada tahun lepas dan berharap Ahmad masih menetap di situ. Sekurang-kurangnya dia dapat melihat gaya hidup Ahmad sebelum dia kembali ke Malaysia.

Dari stesen Hornsby ke rumah Ahmad hanya perlu jalan kaki 5 minit. Ahmad sebenarnya tinggal di apartment dua bilik. Walaupun dua bilik, ruang tamu dan balkoni agak luas dan K percaya ruang tersebut boleh menampung kehadiran keluarga Ahmad. K juga lega kerana Ahmad tinggal di tingkat satu. Tidaklah letih mereka memanjat tangga. Ahmad juga tinggal sendiri. Sebelum ini, dia tinggal berdua tetapi rakan serumahnya sudah berpindah kerja di Brisbane.

Ketika K sampai, Kakak Ahmad menyambut mereka. K tidak dibenarkan membantu Ibu dan adik beradik perempuan memasak. K ditugaskan menjaga anak saudara Ahmad, anak kepada kakak Ahmad yang berumur 18 bulan - Zakaria. Seperti yang diberitahu Ibu Ahmad, semua ahli keluarga Ahmad datang berjalan ke Sydney.

Dalam diam K rasa bersyukur menerima jemputan Ibu Ahmad. Ada hikmah K ikut Ahmad ke rumahnya. K dapat berkenalan dengan keluarga Ahmad. K juga baru tahu nama penuh Ahmad. Ahmad bin Jamal. Nama ibu Ahmad, Aminah binti Adnan. K rasa ia adalah satu pencapaian yang mengagumkan. Bila Marisa sampai nanti, boleh la K berlagak di depan Marisa.

K juga sudah hafal nama adik beradik Ahmad. Nama adik beradik perempuan Ahmad agak panjang berbanding nama adik beradik lelaki. Nama kakak Ahmad, Hawa Humaira dan adik perempuannnya, Asiah Amirah. Dua adik lelaki Ahmad pula, Adam dan Aliff. Sekurang-kurangnya K tahu dan kenal ahli keluarga Ahmad. Sebelum ini, Izzat ada menegur K kerana tidak mengambil tahu tentang latar belakang keluarga Ahmad.

Hanya Kak Hawa yang sudah berkahwin manakala yang lain masih bujang. Ini bermakna kalau K disatukan dengan Ahmad, K adalah menantu perempuan pertama dalam keluarga Ahmad. K tiba-tiba rasa dia bakal memikul tanggungnjawab yang berat. Kalau dia buat silap, tentu Ibu mentuanya akan memandang serong.

Zakaria tertidur ketika dia bermain dengan K. Gembira Kak Hawa apabila tahu Zakaria lena dengan K. Kata Kak Hawa, Zakaria susah tidur bila dia dengan orang asing. Kebetulan Ibu Ahmad dan adik beradik perempuan juga sudah siap memasak. Tidaklah K rasa kurang selesa tanpa ada kerja yang boleh dibuat. Ahmad bersama Papa dan adik lelakinya sibuk mengemas barang untuk dibawa balik Malaysia. Marisa sampai sepuluh minit kemudian ketika mereka semua sedia untuk makan tengahhari.

K ingatkan selepas makan tengahhari dan berbual seketika boleh terus pulang. Rupanya ia adalah hari Sabtu yang panjang buat K. Ibu Ahmad menahan K dari terus pulang dengan Marisa. Ada agenda tersembunyi yang dirancang oleh keluarga Ahmad.

"Ibu sudah jumpa keluarga Karimah dan Ibu sudah minta izin dengan ayah dan emak Karimah," ketika itu Ibu Ahmad, K, Kak Hawa, Asiah dan Marisa berada di dalam bilik. Suasana sangat serius menakutkan K. Dia masih belum mengerti apa tujuan dia dibawa ke dalam bilik ini. Ahmad dan yang lain-lain sambung mengemas barang yang entah bila akan habis.

Kak Hawa menyerahkan bekas cincin pada Ibu Ahmad. Marisa dan Asiah menjadi penonton sebagai saksi. Ibu Ahmad membuka bekas cincin dan menunjukkan cincin tersebut pada K. "Sebenarnya, memang Ibu ingin jumpa Karimah sebelum kembali ke Malaysia. Siapa tahu kebetulan kita berjumpa hari ini. Ibu tak boleh tunggu lagi. Ibu nak sarungkan cincin ni pada jari Karimah. Ayah dan emak Karimah juga berkenan dengan cincin ni," K serba salah mendengar pengakuan Ibu Ahmad. K sempat menjeling pada Marisa dan Marisa hanya memberi isyarat supaya K terima sahaja.

"errr...tak apa ke macam ni? Tak melanggar adat?" sempat K bertanya. Dia perlukan kepastian terlebih dahulu. Tak mahu dikata bakal menantu kurang beradab. Ibu Ahmad hanya senyum.

"tapi patuh syariah kan? Adat tu sebagai syarat sahaja," Kak Hawa mencelah yang duduk disebelah kiri K. Menjawab bagi pihak ibu dan keluarga Ahmad.

"kalau semua okay, saya ikut sahaja," balas K dan mengangkat tangan kanannya tetapi ditahan oleh Kak Hawa. K sempit sengih dengan kesilapannya. Dia terlupa sebenarnya. Kak Hawa kemudian membantu K mengangkat tangan kiri K dan Ibu Ahmad menyarungkan cincin di jari manis K. Asiah dan Marisa rupanya sudah siap sedia mengambil gambar. Siapa sangka makan tengahhari bertukar menjadi majlis pertunangan K dan Ahmad.

Ibu Ahmad juga memaklumkan bahawa pihak keluarga K setuju untuk dilangsungkan majlis perkahwinan pada tahun baru cina tahun depan. Ini bermakna enam bulan dari sekarang K akan diijab kabul dengan Ahmad. Hatinya tiba-tiba berdebar. Adakah dia benar-benar sudah sedia?

dua minggu kemudian, keluarga Ahmad kembali ke Malaysia dan Ahmad menyertai keluarganya pada minggu berikutnya kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Ahmad juga diberi cuti sebulan sebelum dia mula bekerja di cawangan baru. Jumpa di Malaysia nanti, Ahmad!

Sunday, August 05, 2018

Lelaki Ideal

Selepas peristiwa Marisa berkomplot dengan Ahmad dua minggu lepas, K menolak ajakan Marisa untuk bertemu di luar. K hanya memberi dua pilihan pada Marisa sama ada datang berjumpa K di rumahnya atau berbual di talian sahaja untuk pertemuan seterusnya. K masih makan hati dengan Marisa.

"assalamualaikum," sapa Marisa apabila K membukakan pintu untuknya. K buat muka kelat. Sengaja sebagai amaran supaya tidak main-mainkan perasaannya. Marisa melangkah masuk.

"macam aku janji, aku dah masakkan spaghetti bolognese untuk makan tengah hari kita,"kata Marisa sambil meletakkan makanan yang dia bawa di meja makan. K buat tidak tahu. K terus duduk di sofa. Dia menekan alat kawalan jauh. Dia sambung tengok ceritanya yang tergendala. Marisa kemudian membuka peti sejuk dan mengeluarkan pek strawberi tanpa bertanya K terlebih dahulu. Marisa tahu pek strawberi itu adalah milik K kerana segala makanan yang di susun pada para pertama dalam peti sejuk itu adalah kepunyaan K. Peraturan itu masih kekal ketika dia tinggal bersama K untuk mengelakkan percampuran makanan dengan teman serumah yang lain.

Marisa membilas strawberi terlebih dahulu sebelum dia bawa ke ruang tamu. Marisa duduk sebelah K. "cerita apa?" tanya Marisa. Dia tahu K terkilan dengannya kerana membelakangkan K tentang temu janji K dengan Ahmad.

"Gentleman's Bride," jawab K. K sudah beritahu Marisa awal-awal. K mahu marathon drama dengan Marisa sambil mereka berbual. Walaupun K terasa dengan sikap Marisa, K tetap menjadikan Marisa sebagai tempat dia meluahkan rasa dan rujukan untuk sesuatu perkara.

"drama apa ni?" soal Marisa berkerut dahi cuba memahami bahasa drama tersebut.

"turki," K masih lagi dalam mood apabila ditanya dia hanya akan jawab sepatah perkataan sahaja. Marisa mengangguk. Marisa menyuakan pek strawberi pada K. K ambil sebiji.

"kenapa tiba-tiba boleh layan drama turki pula ni?" tanya Marisa tanpa memandang K. Tangan masih belum berhenti menyuap strawberi ke dalam mulut. Matanya pula tertumpu pada skrin televisyen.

"sebab hero dia kacak," K ambil lagi sebiji strawberi di pangkuan Marisa. K perkenalkan hero utama Gentleman's Bride. Marisa juga turut bersetuju hero drama turki tersebut kacak. Kacak kerana matanya yang cantik. Mata hero tersebut berwarna biru sangat menyerlah dengan latar belakang tempat drama yang sangat menarik. Marisa dan K diam seketika. Masing-masing asyik melayan drama turki.

K baca sinopsis drama Gentleman's Bride terlebih dahulu sebelum dia meneruskan untuk melayan keseluruhan 30 episod. Hero drama ini adalah si lelaki budiman dan heroin drama adalah pengantin lelaki budiman tersebut yang mempunyai perwatakan yang berbeza. Pengantin lelaki budiman adalah perempuan yang kasar dan ganas seperti lelaki. Mereka bertemu ketika si lelaki budiman ditugaskan melaksanakan misi di sebuah kampung yang mana merupakan kampung asal pengantin lelaki budiman. Menariknya drama ini adalah ia berlaku di zaman 1930-an. K yang kebetulan dalam mood ingin menonton drama bersejarah terjumpa klip drama tersebut di youtube terus tertarik untuk menonton.

"aku ada soalan trivia untuk kau," tiba-tiba Marisa bersuara. K menoleh sekilas.

"apa?"

"soalan rawak. Tahu tak siapa datuk Nabi Isa?" tanya Marisa dengan teruja.

"Imran. Ayah kepada Ibunda Nabi Isa, Maryam,"selamba K jawab mematikan rasa teruja Marisa. Marisa mencebik. Dia menyiku K sebagai tanda tidak puas hati.

"tak seronok la,K!"Sebenarnya Marisa baru sahaja tadabbur surah Maryam dengan Aaron malam tadi. Dia ingin berkongsi ilmu yang baru sahaja dia dapat. Kalau sebelum ini, bila Marisa mempelajari sesuatu ilmu dia suka untuk beritahu pada K walaupun Marisa tahu K sudah lama tahu. Namun tidak hari ini. K seperti mahu mematahkan semangatnya.

"kau salah waktu Marisa," rupanya K masih belum lupa apa yang terjadi. K benar-benar serius terasa hati dengan peristiwa dua minggu lepas.

"you still can't forgive and forget for what happened last two weeks, K?" Marisa sudah speaking, ini bermakna perkara itu adalah serius untuk mereka bincang. K geleng.

"tell me, why?" Marisa mengalah. Dia ingin cuba memahami perasaan K. Yang pasti, memang salah Marisa berkomplot dengan Ahmad belakang K.

"you cross the border line, Marisa. Kau tahu aku tak boleh terima kejutan. Hari itu aku hampir sesak nafas. My anxiety attacks me, Marisa," ujar K sambil memandang tepat pada wajah Marisa. Benar, sebab itu K terus berlalu tanpa berkata-kata pada hari itu. Seluruh badan menggeletar setelah mendengar lamaran Ahmad. Dia juga hampir sesak nafas. Jantung berdegup kencang. Tangannya sejuk. Mujur K cepat keluar dari muzium dan menarik nafas sedalamnya.

Biasanya sekiranya ada majlis atau acara istimewa, K akan berunding dengan doktornya terlebih. Sekiranya majlis tersebut menuntut K bersosial dengan orang yang tidak kenali atau suasana yang asing, doktor akan preskripsi ubat anti-anxiety untuk K. Atau kalau K akan bersidang untuk projeknya, K akan ambil pil anti-anxiety. Walaupun K sudah berhenti menerima rawatan dan ubat, K masih lagi ada temu janji susulan dengan pakar psikologinya.

Air mata menitis ke pipi Marisa. Dia benar-benar terlupa dengan anxiety yang dialami K. "oh,no! K, aku minta maaf. Kali ini aku betul-betul buat silap. Aku tak ingat kau ada anxiety," Marisa memeluk sisi K. Rasa bersalah menyelinap dalam hatinya. Perasaan teruja telah menguasai perasan Marisa ketika Ahmad menyatakan rancangannya melamar K sehingga dia lupa untuk masalah anxiety K.

"aku gembira bila Ahmad melamar aku, Marisa. Anxiety tu serang tak tunggu kau sedih atau gembira. Mujur saja aku tak rebah depan dia hari tu, Marisa," luah K. K tidak sanggup memikirkan kalau dia pitam di muzium hari tu. Pasti semua orang akan panik. Ahmad tentunya akan risau kalau K rebah di kawasan orang ramai begitu. Mana ada orang pengsan ketika di lamar. Kalau ada, K lah yang mencipta rekod tersebut.

"nasib baik juga kau datang dekat waktu tu. Kalau tak, aku tak tahu apa akan jadi." tambah K lagi. Dia memandang Marisa sekilas.

"boleh aku tahu apa yang kau rasa? Maksud aku, kau terima dia atau tidak?" tanya Marisa dengan prihatin. K bersandar pada bahu Marisa. Drama Gentleman's Bride masih lagi ditayangkan. Marisa dan K sudah tidak peduli dengan konflik yang dihadapi oleh pengantin lelaki budiman.

"entah lah. aku keliru sejak aku tengok drama ni," luah K dengan perasaan berkecamuk.

Berkerut dahi Marisa. Tidak faham dengan apa yang K cuba sampaikan. Apa kaitan drama Gentleman's Bride dengan perasaan K pada Ahmad? "kenapa pulak?"

"mula-mula aku tengok drama ni, aku dah tahu lelaki mata biru tu hero. Perempuan yang kening lebat tu pula heroin. Aku sangkut dengan drama ni sebab hero tu. Kacak. Bertanggungjawab. Gagah pula tu. Selalu melindungi heroin bila dia ada masalah. Aku jadi mula tertanya apakah ciri-ciri lelaki ideal aku. Masa kau dengan Aaron dulu, dia ada ciri-ciri lelaki idaman kau tak?" soalan K buat Marisa termangu seketika.

"Aaron tu macam hujan. Datang tanpa aku sangka. Masa aku sekolah menengah dulu aku nak lelaki yang kacak. Yang terkenal dan pandai. Tapi bila aku sambung belajar dekat sini, aku dah tak hairan tengok lelaki kacak. Yalah, semua lelaki mat saleh kau tengok dekat sini semua kacak. Aku pun sedar, lelaki yang terkenal dan pandai takkan pandang aku. Seperti yang aku cakap pada Aaron dulu, aku tak cantik. Memang aku tak cantik pun sebab aku dapat tahu budak lelaki masa sekolah dulu buat carta perempuan paling cantik. Aku antara senarai paling bawah." Jelas Marisa dengan rendah diri.

"lepas tu, sekarang ciri-ciri lelaki ideal kau macam mana?" K masih tidak berpuas hati dengan jawapan Marisa.

Marisa mula mengimbau pertemuan dia dengan Aaron. Aaron bertentangan dengan ciri-ciri lelaki idealnya. Pada orang lain, Aaron mungkin kacak. Namun pada pandangan mata Marisa, Aaron hanya lelaki biasa. Aaron juga tidak terkenal atau pandai ketika di universiti. Dia hanyalah tipikal lelaki ke universiti untuk belajar dan genggam ijazah. Marisa mula sedar, lelaki ideal yang jumpa dalam diri Aaron adalah sikapnya yang serius dan bertanggungjawab. Malah, bila Marisa bersama Aaron dia rasa damai. Sebab itu Aaron ibarat hujan. Turun tanpa disangka tapi menenangkan.

"aku tak tahu Ahmad adalah lelaki ideal yang aku cari atau tak? Aku tiba-tiba rasa aku tak tahu pasal diri dia. Maksud aku, orangnya macam mana? Cepat marah atau jenis anak mak? Aku takut aku tidak boleh terima kekurangan dia," K mula menceritakan kebimbangannya.

"waktu mula-mula kau jumpa dia, apa yang kau nampak?" Marisa tenang mendengar masalah K. Pipi K mula merah.

"mula-mula aku jumpa dia, aku rasa dia lelaki soleh. Sebab dia bagi salam. Lepas tu tegur aku dengan mesra. Maksud aku ramah. Kemudian, dia tak segan nak tilawah dalam keretaapi." K memegang pipinya sambil bercerita pada Marisa. K masih rasa segan ketika mengimbau pertemuan pertama K dengan Ahmad.

"jadi, kau suka dia layan kau begitu?" Marisa cuba provok K. K tidak terus jawab. Dia mengurut dagunya sambil memikirkan sesuatu.

"bukan suka tapi dia buat aku rasa selesa dan tidak janggal bila duduk sebelah dia. Aku rasa dia lelaki pertama layan aku begitu. Aku selalu rasa malu kalau jumpa mana-mana lelaki tetapi dengan dia, malu tu masih ada cuma dia buat aku rasa aku boleh berbual dengan dia tanpa apa-apa prasangka," ulas K. K rasa pertemuan dia dengan Ahmad di dalam keretaapi seperti baru sahaja berlaku. Siapa tahu sudah hampir setahun peristiwa berlaku.

"sekarang apa yang buat kau teragak-agak terima dia?" tanya Marisa yang masih tidak memahami kerisauan K.

"waktu aku kecil dulu, aku letak ayah aku sebagai panduan sebagai lelaki ideal. Aku nak cari lelaki macam ayah aku. Sebab waktu kecil dulu, ayah aku tak bagi abang-abang aku berkasih dengan anak orang. Ayah suruh abang-abang aku kena melindungi adik-adik dia yang perempuan. Ayah aku tegas dengan abang-abang tapi dengan kami adik-beradik perempuan ayah berlembut. Ayah tak pernah suruh kami adik beradik perempuan pakai tudung tapi kami rela hati pakai tudung sampai sekarang. Dan, aku tak nampak ciri-ciri lelaki idaman aku pada Ahmad," ujar K sambil memandang Marisa dengan keliru. Marisa mengeluh. Dia cuba menghadam masalah K.

"kau tahu K, lepas aku kahwin dengan Aaron, aku baru nampak ciri-ciri lelaki ideal aku nak ada pada Aaron. Memang Aaron bukan pandai tapi dia suka belajar. Tambah ilmu. Kau pernah dengar dia cakap dia belajar Islam bukan sebab sukakan aku. Dia belajar Islam sebab perasaan ingin tahu dia yang tinggi. Lepas dia memeluk Islam, dia lamar aku. Dia lamar aku sebab dia suka tengok aku bersungguh belajar Islam dengan dia. Kau tak dapat semua ciri-ciri tu tapi bila dapat satu, kau akan rasa bersyukur sangat. Aku rasa kau akan jumpa ciri-ciri yang kau nak pada Ahmad lepas kau terima dia. Kau dah istikharah, kan?" pujuk Marisa. Naluri hatinya berkata Ahmad adalah calon yang sesuai untuk K. Ahmad adalah lelaki pertama yang bersungguh untuk mengenali K dan terus melamar K tanpa teragak-agak.

"aku dah buat, cuma aku perlukan masa lagi. Aku belum beritahu keluarga aku lagi. Kau tolong bagitahu Ahmad, dua minggu lagi aku bagi jawapan," jawap K sambil bangkit beralih ke meja makan. Perutnya terasa lapar. Dia macam nampak spaghetti bolognese sedang memanggilnya. Marisa turut bangkit. Nampaknya kusut di minda K sudah terlerai.

nota: Drama Gentleman's Bride adalah  drama imaginasi sahaja. 

Sunday, July 29, 2018

Soalan untuk Hati

K berjalan perlahan di ruang Museum of Contemporary Art. Dia dan Marisa merancang untuk keluar bersama pada hujung minggu. Marisa masih belum sampai jadi K masuk terlebih dahulu untuk melihat karya yang dipamerkan. K suka melihat benda seni. Masuk ke muzium ini adalah percuma. Pameran yang bermusim sahaja berbayar. Tempat pameran bermusim diasingkan di tingkat lain. Ruang yang K pusing ini adalah ruang percuma untuk orang ramai.

K duduk dihadapan lukisan abstrak yang bertema aboriginal. Ada bangku sofa yang disediakan pada kawasan lukisan tertentu. Marisa masih belum sampai. K duduk seketika sambil menunggu Marisa. Dia sudah banyak berjalan hari ni. Tapak kakinya sudah mula rasa lenguh.

"Assalamualaikum, Yang Mulia," K kaku di tempatnya. Dia kenal suara itu. Yang Mulia. Tiada orang lain yang memanggilnya Yang Mulia kecuali lelaki soleh yang bernama Ahmad. Macam mana Ahmad boleh ada di sini?

"waalaikumussalam," K jawab salam Ahmad.

"saya yang yang suruh Marisa aturkan temu janji hari ini," Jelas Ahmad seperti tahu apa yang bermain di fikiran K.

"jadi, Marisa tak datang hari ini?" tanya K kalut.

Ahmad senyum. "Marisa ada. Dia dengan suaminya," kata Ahmad sambil menunjukkan kedudukan Marisa. Ya, Marisa ada dengan suaminya, Aaron di belakang K sedang ralit melihat lukisan abstrak. K merenung Marisa dengan rasa tidak puas hati. Sejak bila Marisa berkawan baik dengan Ahmad? Kenapa K tidak tahu?

Walaupun hujung minggu, keadaan di dalam muzium agak terkawal. Tidak ramai orang. Berbeza di luar, orang sangat ramai kerana muzium terletak di pusat tarikan pelancong. Itu antara sebab kenapa K suka pergi muzium. Kebanyakan orang kurang menghayati seni. Pada K seni itu sangat subjektif dan luas. Walaupun dia dalam bidang seni bina, masih banyak yang perlu dia pelajari. Dengan melawat muzium begini dia dapat belajar budaya orang Australia.

Ahmad menghulurkan fail hitam pada K. K memandang Ahmad dengan pelik. "untuk saya?" tanya K.

"bukalah," tutur Ahmad setelah K menyambut fail hitam tersebut. Mereka masih lagi duduk di bangku sofa tersebut. Fail hitam kelihatan sungguh misteri di mata K. Perasaan ingin tahu membuak-buak di hati K. Apa yang Ahmad ingin tunjukkan padanya?

Selepas dia baca bismillah dalam hati, K membuka fail tersebut. Profil seorang Karimah. Tajuk yang muncul pada muka surat pertama. K mengerling pada Ahmad. K meneruskan ke muka surat seterusnya. K telan air liur. Ini biodata dirinya.

Nama penuh: Karimah binti Ikram (Maksud Karimah : Mulia, Ikram : memuliakan) 

Asal: Kelantan (makan budu?)

Negeri kelahiran: Kelantan

Status: Bujang 

Umur: 28 tahun (ye ke? Macam 18 je)

Tarikh Lahir: 7 September 1990 (Soon)

Tinggi: 151cm

berat: 4*kg (Oops)

Warna kulit: Sawo matang

Bangsa: Melayu

Hobi : mendengar lagu selain bahasa melayu dan menonton movie 

Pendidikan: 

1995-1996 Tadika Hidayah

1997- 2002 Sekolah Rendah Islam Amal

2003 - 2007 Sekolah Menengah Islam Amal

2008- 2012 Universiti Teknologi Mara

2014 -2015 University of Newcastle

Pekerjaan: graduate architect (masuk tahun ketiga kerja di Sydney sekali dengan Michael, kan?)

Alamat email: K.karimah@gmail.com (Ada facebook sahaja. Tiada akaun sosial media yang lain.) 

No. telefon: 04523854721 (nombor rumah malaysia?)

Alamat rumah: menetap di Newtown (5 minit jalan kaki dari stesen Newtown)

Bilangan adik beradik: 

1. Izzat (sudah berkahwin)

2. Idlan (juga sudah berkahwin)

3. Kamilah (baru sahaja mendirikan rumah tangga)

4. Karimah (ooo..Atih)

5. Rahmah (masih bujang)

Nama bapa: Ikram bin Yusoff

Pekerjaan bapa: Peguam

Nama ibu: Zainab binti Zain

Pekerjaan ibu: Guru

K menahan diri dari tersenyum. Lucu dengan komen yang ditulis Ahmad sebelah biodata dirinya. K juga kagum dengan Ahmad. Gigih mengintip tentang latar belakang K. Lebih hebat dari rakan-rakan K intip sosial media Ahmad. Maklumat tentang latar belakang K adalah tepat. Mujur sahaja Ahmad tidak menulis nombor kad pengenalannya. 

Pada masa yang sama, K rasa dia tidak adil. Ahmad awal-awal sudah tahu tentang K. Berbeza dengan K, K langsung tidak bersedia. Tidak bersedia kerana Marisa rancang senyap-senyap dengan Ahmad. Tidak bersedia sebab K tidak tahu. K rasa dia patut buat perkara yang sama seperti Ahmad buat padanya. K pun ada siasat latar belakang Ahmad juga secara tidak sengaja. Itu pun sebab rakan-rakannya selalu mengusik.

Ahmad hanya diam di sebelah K. Dia sedang memandang lukisan di hadapannya. Adakah dia menghayati lukisan tersebut K tidak tahu. K segera mengeluarkan telefon pintarnya. K buka mesej-mesej lepas berkenaan Ahmad.

Ahmad tahu K sedang menatap telefon pintarnya tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Mungkin ada urusan penting yang perlu dia uruskan. Lagi pun Ahmad tidak pasti adakah K sudah habis menilik maklumat peribadinya itu. Tak apa, Ahmad. Perlahan-lahan. Ahmad memujuk hatinya.

Lima minit kemudian, K menghulurkan telefon pintarnya pada Ahmad. Ahmad memandang pelik. Kenapa pula K beri telefon pintar padanya? Telefon pintar K bertukar tangan. Ahmad mengambil dan melihat apa yang K ingin tunjukkan padanya. Giliran Ahmad pula menahan ketawa.

Ini serangan balas ke Karimah? Ada gambar kad namanya yang pernah Ahmad beri pada K.

Ahmad.

Electrical Engineer.


Solution Geoform.

Nombor telefon pejabat : 02 9484 2551

Alamat email : ahmad@solutiongeoform.com.au (ini bukan emel peribadi, kan?)

Ada tambahan coretan dari K. tiada akaun twitter. Ada Instagram dan Facebook(ada follower nama Leo, Andy dan Chan). Linkedin...hmm

"slide gambar seterusnya," arah K setelah pasti Ahmad melihat apa yang ingin dia sampaikan. Ahmad hanya menurut. Ada beberapa imej short screen perbualan antara K dengan rakannya.

suka travel atau backpacking. dah sampai ke New Zealand, Tokyo dan Turkey.

adik beradik ada 5 orang. Ahmad anak ke-dua(Angah rupanya).

tiga lelaki dua perempuan (eh,sama la!)

degree di RMIT Melbourne tapi kerja di Sydney (masuk tahun ketiga juga).

Diploma di UniKL. Sempat kerja di Malaysia dua tahun (saya setahun je).

Mungkin setahun tua dari K (saya tak tahu umur awak).

Asal or lahir Kl. Kampung di Kuantan dan Terengganu (tapi awak kata dari Seremban, macam mana tu?).

Lebih suka bermain badminton dari bola sepak.

dah sampai ke China. kerja di sana 6 bulan.

Masih bujang.

15 Jun 19_ _ (happy belated birthday yang ke-?)

"Nama saya Ahmad bin Abdullah. Papa saya asal Kuantan. Ibu saya asal Terengganu. Saya lahir di Keramat, KL. Sekarang papa dan mama dah pencen dan beli rumah di Seremban. Saya ada seorang kakak,seorang adik perempuan dan dua terakhir adalah adik lelaki. Dan, saya berumur 32 tahun. 4 tahun tua dari Karimah," ujar Ahmad setelah dia selesai membaca profil dirinya yang disediakan oleh K dengan cara yang unik. K hanya mengangguk. Dia cuba simpan maklumat Ahmad di dalam kotak memorinya.

K diam. Dia sebenarnya tidak tahu apa tujuan utama pertemuan dia dengan Ahmad. Ahmad kemudian mengajak K melihat lukisan seni yang seterusnya. K hanya mengikut. Ahmad mengambil semula fail hitam dari K. Dia tidak mahu K terbeban memegang fail tersebut. Dia ingin K santai berbual dengannya.

"boleh saya tahu apa tujuan awak buat semua benda ini?" soal K setelah mereka menilik dua lukisan. Hati K berdebar tidak senang. Ahmad hanya memandang K sekilas.

"sebelum saya jawab soalan awak, boleh saya tahu apa pendapat tentang perkahwinan?" Sebelah tangan Ahmad menyeluk poket jaketnya. Sebelah lagi masih erat menggenggam fail hitam.

"perkara yang menakutkan." spontan K jawab tanpa perlu dia berfikir panjang.

"kenapa?"tanya Ahmad lagi ingin tahu.

"sebab hubungan adik beradik takkan sama macam sebelum kahwin. Jauh dari abang dan kakak. Nak jumpa terhad. Juga, kena mesra dengan keluarga mentua. susah," petah K memberikan hujahnya.

"I thought marriage is beautiful thing for a woman?" Ahmad masih lagi dengan topik perkahwinan. Kadang-kadang keluar juga speaking englishnya. Bila sudah biasa tinggal di negara asing, secara tak sengaja bahasa perbualan mereka akan bercampur bahasa melayu dan bahasa inggeris.

"betul tapi perlu faham maksud perkahwinan sebenarnya. Berkahwin dengan orang kita sayang, indah. Perkahwinan adalah tanggungjawab bersama. Nak kena hidup susah senang dengan seseorang sampai hujung nyawa. Bukan hujung nyawa tapi sampai ke syurga,"

"jadi, perkahwinan ni sebenarnya baik ke buruk?" sengaja Ahmad bertanya begitu. Awal hujah K berbunyi negatif. Hujah seterusnya kedengaran positif. Ahmad mahu tahu pegangang K tentang perkahwinan.

K memandang Ahmad sekilas. Sekejap Ahmad buat dia rasa selesa. Sekejap Ahmad buat dia rasa gementar. "boleh saya jawab entah? sebab saya tak kahwin lagi. Awak macam mana? What do you think about marriage?"

"walaupun ia sunnah, as you said before ia adalah tanggungjawab bersama. Saling memahami dan saling mengingatkan. Menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Bukan asyik melepas tangan. Ia adalah tanggungjawab yang sangat berat sebenarnya," Ahmad sebenarnya gembira bila K tanya pendapatnya.

"betul. Kalau orang yang tak sedia nak kahwin, dia akan tengok perkahwinan satu beban. Kalau mereka yang dah sedia nak kahwin dia akan serius untuk menerima tanggungjawab. Boleh tengok keseriusan dia waktu meminang perempuan atau lelaki tu. Pada saya, bila sampai masanya, saya percaya Allah akan mudahkan urusan tersebut untuk saya." K cepat-cepat membuat kesimpulan. Dia sebenarnya takut sembang perkara serius begini dengan Ahmad.

"agree." Dia mengiakan kata-kata K. K dan Ahmad sama-sama bergerak ke ruangan lain. Ada arca besar berbentuk separa bulat di tengah ruang tersebut.

"boleh saya tanya satu soalan lagi?" tanya Ahmad setelah masing-masing berdiam diri. Ketika itu K sangat khusyuk membaca nota ringkas yang menjelaskan tentang arca tersebut.

"tanya lah," K mengalih perhatian dari arca kepada Ahmad.

"random question. Saya jumpa waktu tengah google sesuatu." Ahmad sedikit serba salah untuk bertanya. K hanya mengangguk dan menunjukkan kesediaannya dengan soalan yang bakal ditanya Ahmad.

"Ada tak perkara yang ingin awak kongsikan dengan saya? "Ahmad teragak-agak bertanya.

"oh. do you?" K terkelu. Memang soalan ini sangat rambang. Ada sesuatu yang muncul di minda K. K tidak tahu kesediaan diri untuk berkongsi perkara tersebut dengan Ahmad. Sengaja dia bertanya balik pada Ahmad. Dia ingin melihat apakah yang ingin Ahmad kongsikan terlebih dahulu. Semestinya Ahmad sudah ada jawapan pada soalan yang ditanyanya.

Ahmad mengangguk. "Bila saya tahu nama awak, saya hampir menggodam media sosial awal sebab saya langsung tak jumpa maklumat pasal awak dalam internet. Kemudian saya upah kawan saya yang kerja polis untuk siasat latar belakang awak. Profil yang saya tunjukkan ini adalah hasil siasatan kawan saya. Saya minta maaf,"Ujar Ahmad dengan rasa bersalah. K bungkam mendengar pengakuan dari Ahmad. Dia tidak pasti adakah dia patut marah atau biarkan sahaja. Lagipun, rakan-rakannya juga turut melakukan perkara yang sama.

"saya ada sebab kenapa saya hanya ada satu akaun media sosial. Rasa ini adalah perkara yang patut saya kongsikan. Ketika tahun akhir saya belajar di sini, saya alami depresi dan anxiety. Saya terpaksa hapuskan semua akaun yang saya ada dan kurangkan aktiviti saya di sosial media. Kawan-kawan lain tak tahu saya ada depresi. Hanya kawan-kawan di sini termasuk Marisa dan keluarga saja tahu. Bukan saya tak mahu mereka tahu cuma saya lebih fikirkan apa yang buat saya rasa bahagia dan tenang. Berkenaan pengakuan awak tu, saya rasa kita kosong-kosong. Saya pun buat perkara yang sama macam saya tunjukkan tadi," panjang lebar K menjelaskan keadaannya. Baginya, bukan sahaja menjawab pengakuan Ahmad tetapi Ahmad perlu tahu siapa dirinya.

"oh, saya minta maaf. So, how you feeling now?" Ahmad jadi hilang punca mendengar pengakuan K. Sungguh dia tidak menyangka dengan pengakuan K. Patutlah wajah K berubah tadi bila dia bertanya. Mungkin berat untuk K luahkan padanya.

" getting better. That's why i'm on leave for six month," balas K tenang. K rasa terbuka untuk berkongsi dengan Ahmad. Tadi wajahnya kelihatan tegang sudah berubah dengan senyuman yang ceria.

"dan saya sekarang, saya akan jawab soalan awak. Sebab utama saya buat benda ni. Buat kejutan jumpa awak. Siasat latar belakang awak. Dan terima kasih sebab sudi kongsi masalah awak pada saya....." K perasaan dengan suara Ahmad yang gementar. Sebab apa, Ahmad?

Pada masa yang sama, Marisa dan suaminya menghampiri K dan Ahmad. "minta maaf, K. Ahmad beria-ria nak jumpa dan want to asked you about this," Marisa mencelah tanpa sempat Ahmad memberitahu perkara sebenar. Berkerut dahi K. Masih belum dapat tangkap maksud apa yang sedang berlaku.

"Ahmad nak melamar kau jadi isteri dia,"Bisik Marisa. Ahmad beri ruang pada Marisa. K tidak berkata-kata. Dia hanya terus memeluk lengan Marisa dengan erat. Dia benar-benar tekejut.

"tak apa. Tak perlu bagi jawapan sekarang. Take your time. Let me know when you are ready," Ahmad segera menahan K dari memberi jawapan. Dia tahu K terkejut dan perkara ini benar-benar serius. Dia mahu K berfikir terlebih dahulu dan bukan ikut perasaan.

Ahmad, saya pun sudi. Namun, bukan itu jawapan yang keluar dari mulut K. "saya minta maaf. saya balik dulu,"

K terus berlalu meninggalkan Ahmad, Marisa dan suaminya begitu sahaja. Dia terasa seperti mimpi. Ahmad melamarnya. Ahmad juga suka padanya. Ini kali pertama perasaan ini hadir. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. oh, hati!